KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

12
Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017) To cite this document: Husain, H., Yaakob, S. N., & Abdul Razak, M. R. (2015). Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017). 185 KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN KOKURIKULUM MURID DI SEKOLAH MENENGAH Haslinda Husain (Pengarang Penghubung) Personalized Education Research Group, Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia [email protected] Siti Noriam Yaakob Personalized Education Research Group, Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia [email protected] Mohd Radzani Abdul Razak Personalized Education Research Group, Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia [email protected] ABSTRAK Kepentingan aktiviti kokurikulum perlu diberi perhatian kerana pencapaian murid dalam bidang kokurikulum turut menjadi ukuran sebagai pelengkap kepada satu sistem pendidikan yang seimbang.Justeru, kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum menjadi tunjang utama bagi mendorong murid untuk bergerak aktif agar impak positif terhadap pencapaian kokurikulum murid dapat dicapai.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pencapaian kokurikulum murid di sekolah menengah.Seramai 373 orang guru terlibat sebagai responden dalam kajian ini yang terdiri daripada guru-guru penasihat kokurikulum di daerah Petaling Perdana, Selangor.Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berada pada tahap tinggi.Namun, kajian mendapati bahawa tidak terdapat hubungan kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan pencapaian kokurikulum murid. Implikasi kajian dapat memberikan input yang bermanfaat dan membantu pihak-pihak yang terlibat dalam pekembangan profesionalisme guru untuk meningkatkan kompetensi guru terutamanya dari segi kemahiran dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Pelbagai strategi juga perlu dirancang untuk memastikan pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum dapat ditingkatkan. Kata Kunci: Kompetensi Guru; Kokurikulum; Pencapaian Kokurikulum Murid ABSTRACT The importance of extra-curricular activities should be given attention because students’ achievement in co- curricular activities also considered as a complement to a balanced education system. Thus, the competence of teachers as the main driving force in the implementation of co-curricular activities to encourage students to be active in order to achieve the objectives of providing a positive impact on students’ co-curricular achievements. This study aimed to identify the level of competence of teachers in implementing co-curricular activities and its relationship with the students’ co-curricular achievements in secondary school. A total of 373 teachers were involved as the respondents in this study consisted of co-curricular advisors in the area of Petaling Perdana, Selangor. Overall, the findings indicate that the competence of teachers in implementing co-curricular activities in terms of knowledge, skills and attitudes are at high level. Nevertheless, results showed that there is norelationship between the competence of teachers in terms of knowledge, skills and attitudes in implementing co-curricular activities with the students’ co-curricular achievements. The implications of the study could provide valuable input and assist the parties involved in developing the professionalism of teachers to improve the competence of teachers, particularly in terms of skills in implementing co-curricular activities. Various strategies should also be designed to ensure the achievement of students in co-curricular activities can be improved. Keywords: Competence of Teachers; Co-curricular; Students’ Co-curricular Achievements

Transcript of KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

Page 1: KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

To cite this document: Husain, H., Yaakob, S. N., & Abdul Razak, M. R. (2015). Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di

Sekolah Menengah. Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017).

185

KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN

KOKURIKULUM MURID DI SEKOLAH MENENGAH

Haslinda Husain (Pengarang Penghubung)

Personalized Education Research Group, Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

[email protected]

Siti Noriam Yaakob

Personalized Education Research Group, Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

[email protected]

Mohd Radzani Abdul Razak

Personalized Education Research Group, Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia

[email protected]

ABSTRAK Kepentingan aktiviti kokurikulum perlu diberi perhatian kerana pencapaian murid dalam bidang kokurikulum

turut menjadi ukuran sebagai pelengkap kepada satu sistem pendidikan yang seimbang.Justeru, kompetensi guru

dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum menjadi tunjang utama bagi mendorong murid untuk bergerak aktif

agar impak positif terhadap pencapaian kokurikulum murid dapat dicapai.Kajian ini bertujuan untuk mengenal

pasti tahap kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pencapaian

kokurikulum murid di sekolah menengah.Seramai 373 orang guru terlibat sebagai responden dalam kajian ini

yang terdiri daripada guru-guru penasihat kokurikulum di daerah Petaling Perdana, Selangor.Secara

keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti

kokurikulum dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap berada pada tahap tinggi.Namun, kajian mendapati

bahawa tidak terdapat hubungan kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam

melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan pencapaian kokurikulum murid. Implikasi kajian dapat memberikan

input yang bermanfaat dan membantu pihak-pihak yang terlibat dalam pekembangan profesionalisme guru

untuk meningkatkan kompetensi guru terutamanya dari segi kemahiran dalam melaksanakan aktiviti

kokurikulum. Pelbagai strategi juga perlu dirancang untuk memastikan pencapaian murid dalam aktiviti

kokurikulum dapat ditingkatkan.

Kata Kunci: Kompetensi Guru; Kokurikulum; Pencapaian Kokurikulum Murid

ABSTRACT The importance of extra-curricular activities should be given attention because students’ achievement in co-

curricular activities also considered as a complement to a balanced education system. Thus, the competence of

teachers as the main driving force in the implementation of co-curricular activities to encourage students to be

active in order to achieve the objectives of providing a positive impact on students’ co-curricular achievements.

This study aimed to identify the level of competence of teachers in implementing co-curricular activities and its

relationship with the students’ co-curricular achievements in secondary school. A total of 373 teachers were

involved as the respondents in this study consisted of co-curricular advisors in the area of Petaling Perdana,

Selangor. Overall, the findings indicate that the competence of teachers in implementing co-curricular activities

in terms of knowledge, skills and attitudes are at high level. Nevertheless, results showed that there is

norelationship between the competence of teachers in terms of knowledge, skills and attitudes in implementing

co-curricular activities with the students’ co-curricular achievements. The implications of the study could

provide valuable input and assist the parties involved in developing the professionalism of teachers to improve

the competence of teachers, particularly in terms of skills in implementing co-curricular activities. Various

strategies should also be designed to ensure the achievement of students in co-curricular activities can be

improved.

Keywords: Competence of Teachers; Co-curricular; Students’ Co-curricular Achievements

Page 2: KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah

186

PENGENALAN

Aktiviti kokurikulum merupakan landasan terbaik dalam usaha membangunkan modal insan yang cergas,

kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati diri selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK).Penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sebagai usaha ke arah memupuk pembangunan sahsiah

murid turut diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Ke-10. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib

Tun Razak ketika berucap pada majlis Anugerah Cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2010

bagi kawasan Parlimen Pekan, pencapaian akademik murid perlu seimbang dengan penyertaan dalam aktiviti

kokurikulum bagi melahirkan pemimpin yang lebih berkualiti pada masa hadapan. Justeru, sebagai pelengkap

kepada satu sistem pendidikan yang seimbang, kerajaan telah menetapkan komponen markah 10 peratus dalam

aktiviti kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke universiti awam bagi menunjukkan kepentingan kokurikulum

sebagai penentu masa depan murid.

Matlamat meningkatkan pencapaian kokurikulum murid menjadi matlamat utama bagi pentadbir dan guru-guru

dalam membantu semua murid mencapai markah yang maksimum dalam aktiviti kokurikulum. Ini kerana,

Memorandum Langkah Untuk Memantapkan Program Kokurikulum pada tahun 2005 telah memutuskan

penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum menyumbang sebanyak 10 peratus kepada syarat kelayakan

masuk ke universiti awam. Langkah ini mungkin menyebabkan murid cemerlang berdepan dengan masalah

untuk diterima masuk ke universiti awam di negara ini jika mereka tidak melibatkan diri secara aktif dalam

aktiviti kokurikulum. Menurut Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah,

kecemerlangan akademik semata-mata tidak menjamin murid untuk mendapat tempat di universiti awam. Oleh

yang demikian, pencapaian dalam bidang kokurikulum tidak boleh dipandang ringan memandangkan

pencapaian kokurikulum kini turut menjadi ukuran dalam sistem pendidikan negara.

Menyedari bahawa aktiviti kokurikulum menjadi kepentingan dalam sistem pendidikan negara, segala

perancangan, pentadbiran dan pengelolaannya perlu diberi perhatian khususnya dari aspek pengurusan gerak

kerja supaya aktiviti kokurikulum memberi sumbangan positif kepada pencapaian kokurikulum murid.

Pencapaian kokurikulum murid yang memberangsangkan tidak mungkin akandicapai sekiranya tanggungjawab

yang diamanahkan kepada guru-guru tidak dilaksanakan sepenuhnya. Justeru, peranan dan kompetensi guru

adalah sangat penting dalam menarik minat murid terhadap aktiviti kokurikulum yang disertai

mereka.Pengetahuan, kemahiran dan sikap guru yang berdedikasi menjadi tunjang utama bagi mendorong murid

untuk bergerak aktif, seterusnya dapat memberikan impak yang positif terhadap pencapaian kokurikulum murid.

Dalam konteks ini, aktiviti kokurikulum yang berkesan di sekolah memerlukan penglibatan guru yang komited

dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum (Jamalullail & Azhar, 2008). Aktiviti kokurikulum hanya dapat

dilaksanakan dengan jayanya jika guru memahami tugas mereka serta melaksanakannya dengan penuh minat,

jujur dan berdedikasi (Soon Sang, 2011). Penyertaan semua guru adalah perlu bagi memastikan keberkesanan

pelaksanaan gerak kerja kokurikulum di sekolah (Surat Pekeliling Bil. 1/1985).Oleh sebab itu, sekolah-sekolah

yang tidak memberi keutamaan yang sewajarnya bagi mengimbangkan antara kepentingan gerak kerja

kokurikulum dengan akademik dan kurang menekankan penyertaan menyeluruh murid-murid boleh

menyebabkan pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai (Surat Pekeliling Bil. 7/1988).

Selain itu, kajian terdahulu juga menunjukkan bahawa persepsi guru-guru terhadap penglibatan murid dalam

aktiviti kokurikulum secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana (Mohd Fazli et al., 2013). Perkara ini

perlu diberi perhatian dan dipantau oleh pihak pentadbir sekolah kerana penyeliaan aktiviti kokurikulum

memainkan peranan yang penting dalam memastikan keberkesanan aktiviti di sekolah. Penglibatan yang aktif

daripada semua pihak berkenaan akan memastikan objektif dan matlamat untuk melahirkan insan yang

seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani dapat dicapai. Selari dengan kepentingan aktiviti

kokurikulum dalam sistem pendidikan kini, guru-guru seharusnya melengkapkan diri dengan pengetahuan dan

kemahiran dalam bidang kokurikulum bagi memupuk minat murid secara aktif serta dapat membantu

pencapaian murid dalam aktiviti kokurikulum mereka. Sikap guru yang menganggap aktiviti kokurikulum tidak

sepenting akademik perlu ditangani kerana sikap dan tindak tanduk guru seterusnya akan memberi kesan kepada

pencapaian kokurikulum murid.

Kini, aktiviti kokurikulum tidak boleh diambil mudah oleh semua pihak memandangkan penilaian aktiviti

kokurikulum adalah sebahagian daripada sistem pendidikan dalam menentukan masa depan murid. Penilaian

yang diperkenalkan ini secara langsung menuntut supaya kegiatan kokurikulum ini dirancang, diurus dan

dilaksanakan secara sistematik, cekap dan berkesan sebagaimana proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Pelaksanaan kokurikulum penting agar selari dengan kecemerlangan kurikulum yang bertujuan untuk

melahirkan generasi muda yang holistik serta seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani (Nor

Page 3: KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah

187

Suhara& Jamil, 2010). Justeru, peranan guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum perlu ditingkatkan

melalui kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap agar hasrat kerajaan untuk melahirkan

murid yang seimbang pencapaiannya dapat direalisasikan.

Kompetensi mempunyai elemen yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan kualiti peribadi atau sikap (Hay

McBer, 1996). Mohammed Sani (2007) pula mentakrifkan kompetensi sebagai gabungan aspek pengetahuan,

kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki serta diamalkan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan atau

jawatan. Kompetensi yang dimiliki membolehkan seseorang melaksanakan tugasnya dengan kualiti yang tinggi

(Buley-Meissner, 2000). MenurutSutton (2004), kompetensi menggabungkan ciri-ciri sifat, kemahiran dan

pengetahuan dalam perlaksanaan kerja yang cekap atau unggul.Dalam kajian ini, definisi operasi kompetensi

merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap guru yang perlu dimiliki untuk menguruskan aktiviti

kokurikulum di sekolah.

Langkah kerajaan menggalakkan pelaksanaan dan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum merupakan

suatu langkah yang positif kerana generasi muda masa kini perlu mempunyai keselarian dalam akademik dan

kokurikulum serta keterampilan sahsiah (Ruhaiza, 2007). Oleh itu, kerajaan telah mewujudkan penilaian dalam

aktiviti kokurikulum agar dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid untuk meningkatkan penglibatan

mereka yang menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.Penilaian kokurikulum ini dilaksanakan dengan

menggunakan borang penilaian yang standard untuk semua sekolah agar unsur-unsur ketidakadilan dalam

pemberian markah dapat dihindari. Melalui penilaian ini, semua murid mempunyai peluang yang sama untuk

memperoleh markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara. Justeru, langkah kerajaan memutuskan

penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum menyumbang sebanyak 10 peratus kepada syarat kelayakan

masuk ke universiti sememangnya wajar dan bertepatan dengan matlamat FPK.

METODOLOGI

Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif iaitu satu tinjauan yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap

kompetensi guru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum serta

hubungannya dengan pencapaian kokurikulum murid di sekolah menengah di daerah Petaling Perdana. Menurut

Creswell (2002), kajian tinjauan digunakan untuk menggambarkan trend dalam populasi dari aspek sikap,

pendapat, tingkah laku atau karakter. Kajian ini dijalankan ke atas 373 orang guru penasihat kokurikulum di

sekolah menengah di daerah Petaling Perdana bagi menjawab set soal selidik kompetensi guru dalam

melaksanakan aktiviti kokurikulum. Teknik persampelan rawak mudah digunakan kerana setiap ahli populasi

mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden(Noraini Idris, 2010).

Populasi bagi pencapaian kokurikulum murid adalah sebanyak 12,085 markah murid dan saiz sampel adalah

sebanyak 373 markah murid. Maklumat berkenaan markah kokurikulum murid telah diperoleh daripada Pejabat

Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana dan jumlah sampel sebanyak 373 diputuskan berdasarkan jadual

Krejcie & Morgan (1970)di dalam buku yang ditulis oleh Sekaran & Bougie (2010). Bagi tujuan kajian ini,

persampelan kebarangkalian digunakan kerana pengkaji telah mempunyai maklumat populasi murid.Seterusnya,

pengkaji menggunakan persampelan berstrata untuk mendapatkan jumlah sampel yang tepat daripada setiap

kumpulan populasi yang dikategorikan berdasarkan julat markah kokurikulum murid Tingkatan 5 di daerah

Petaling Perdana, Selangor. Metod ini sama seperti proses yang dicadangkan oleh Zikmund (2003) iaitu

persampelan berstrata memerlukan pengkaji membahagikan populasi kepada kumpulan dan memilih sampel

dari setiap kumpulan. Kaedah persampelan berstrata tidak seimbang telah digunakan untuk memilih sampel

markah murid bagi mengukur hubungan kompetensi guru dengan pencapaian kokurikulum murid.

Dalam kajian ini penyelidik menggunakan soal selidik yang mengandungi item-item bagi mengukur tahap

pengetahuan, kemahiran dan sikap guru melalui sampel kajian yang telah dipilih serta melihat perkaitan antara

pemboleh ubah-pemboleh ubah mengikut konteks kajian. Instrumen soal selidik diubahsuai daripada beberapa

orang penyelidik daripada bidang yang sama memandangkan tiada instrumen khusus untuk mengukur tahap

kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Soal selidik yang dibina merujuk kepada soal

selidik yang telah digunakan oleh Nur Asmara Diana (2011) dan Yan Fang & Hong Ngee (2013) serta mendapat

bimbingan daripada penyelia. Gabungan soal selidik ini telah diubahsuai dan menghasilkan satu set soal selidik

yang digunakan dalam kajian ini. Terdapat dua bahagian soal selidik iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

Bahagian A mengandungi lima soalan bagi maklumat demografi. Manakala bahagian B terdiri daripada 39 item

untuk mengukur tahap kompetensi guru berdasarkan tiga aspek yang dikaji iaitu pengetahuan, kemahiran dan

sikap dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum. Skala yang digunakan adalah berdasarkan skala pemeringkatan

Likert dengan poin satu hingga lima untuk menguji setiap konstruk yang dikaji.

Page 4: KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah

188

Bagi menguji kesahan dan kebolehpercayaan item yang digunakan, kajian rintis dijalankan dalam kalangan 30

orang guru-guru sekolah yang tidak terlibat dalam kajian ini. Secara keseluruhannya dapat dirumuskan nilai

pekali Alpha Cronbach bagi mengukur kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum adalah

seperti berikut:

Jadual 1Nilai pekali Alpha Cronbach Instrumen Kajian

No Aspek penilaian Nilai alpha

1 Pengetahuan guru 0.937

2 Kemahiran guru 0.962

3 Sikap guru 0.906

Jadual 1 menunjukkan bahawa aspek pengetahuan guru (0.937), kemahiran guru (0.962) dan sikap guru (0.906)

mempunyai nilai Alpha Cronbach yang tinggi.Mohd Majid (1997) menyarankan nilai Alpha Cronbach pada aras

0.7 ke atas sebagai nilai pekali yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Secara keseluruhannya

instrumen yang digunakan bagi mengukur kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum layak

digunakan dalam kajian sebenar. Kesemua data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian program

Statistical Package of Social Science (SPSS) Version 22.0.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini melibatkan seramai 373 orang guru penasihat kokurikulum sekolah menengah di daerah Petaling

Perdana, Selangor.Demografi responden kajian ditunjukkan melalui analisis deskriptif seperti dalam Jadual 2.

Jadual 2. Profil Demografi Responden Kajian

Demografi Kekerapan Peratusan

Jantina

Lelaki 96 25.7%

Perempuan

277 74.3%

Umur

25 - 35 Tahun 152 40.8%

36 - 45 Tahun 160 42.9%

46 - 56 Tahun

61 16.4%

Keturunan

Melayu/ Bumiputera 323 92.0%

Cina 1 0.3%

India 26 7.0%

Lain-lain 3 0.8%

Pengalaman mengajar

Kurang dari 3 tahun 46 12.8%

4 hingga 10 tahun 141 37.8%

Lebih dari 10 tahun

186 49.9%

Kehadiran berkursus

Pernah 268 71.8%

Tidak pernah 105 28.2%

Jadual 3 menunjukkan bahawa responden lelaki adalah seramai 96 orang (25.7%) guru dan responden

perempuan pula adalah seramai 277 orang (74.3%) guru. Seterusnya, terdapat seramai 152 orang (40.8%) guru

dengan umur 25 hingga 35 tahun, 160 orang (42.9%) guru dengan umur 36 hingga 45 tahun dan seramai 61

orang (16.4%) guru dengan umur 46 hingga 56 tahun. Demografi responden terdiri daripada 343 orang (92.0%)

guru berketurunan Melayu/ Bumiputera, seorang (0.3%) guru berketurunan Cina, 26 orang (7.0%) guru

berketurunan India dan 3 orang (0.8%) guru terdiri daripada lain-lain keturunan. Seterusnya berdasarkan

pengalaman mengajar menunjukkan bahawa seramai 46 orang (12.3%) guru berpengalaman kurang dari 3

tahun, seramai 141 orang (37.8%) guru berpengalaman 4 hingga 10 tahun dan seramai 186 orang (49.9%) guru

berpengalaman lebih dari 10 tahun. Manakala berdasarkan kehadiran menghadiri kursus pula menunjukkan

Page 5: KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah

189

bahawa seramai 268 orang (71.8%) guru menyatakan pernah dan seramai 105 orang (28.2%) guru menyatakan

tidak pernah.

Jadual 3. Skor min dan sisihan piawai tahap kompetensi guru dari aspek pengetahuan

Bil Kenyataan Min Sisihan

Piawai

Interpretasi

1 Saya mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk

melaksanakan aktiviti kokurikulum.

3.90 0.521 Tinggi

2 Saya tahu tentang perlembagaan persatuan yang saya

pimpin.

3.58 0.584 Sederhana

3 Saya tahu visi dan misi persatuan yang saya pimpin. 3.84 0.489 Tinggi

4 Saya tahu objektif persatuan yang saya pimpin. 4.02 0.486 Tinggi

5 Saya tahu untuk membuat penilaian terhadap

penglibatan murid dalam aktiviti persatuan.

4.38 0.548 Tinggi

6 Saya tahu merekod segala gerak kerja dan kemajuan

aktiviti persatuan yang dijalankan dan telah dicapai.

4.30 0.529 Tinggi

7 Saya tahu membuat rancangan/ takwim tahunan untuk

persatuan di bawah pimpinan saya.

4.22 0.515 Tinggi

8 Saya tahu untuk menyediakan laporan aktiviti

persatuan.

4.13 0.589 Tinggi

9

Saya tahu dalam aspek-aspek keselamatan semasa

sesuatu aktiviti dijalankan.

4.01 0.607 Tinggi

10 Saya tahu tentang undang-undang dan peraturan bagi

permainan dan sukan yang saya pimpin.

3.66 0.831 Sederhana

11 Saya tahu untuk menguruskan penyertaan murid-

murid dalam kegiatan pertandingan, lawatan atau

projek yang dijalankan.

3.73 0.777 Tinggi

12

Saya tahu merancang belanjawan bagi pengurusan

kewangan persatuan.

3.87 0.651 Tinggi

13 Saya tahu menggunakan kemudahan yang ada di

sekolah secara optimum.

3.98 0.611 Tinggi

Keseluruhan

3.97

0.349

Tinggi

Jadual 3 menunjukkan bahawa setiap item pengetahuan guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berada

pada tahap sederhana dan tinggi. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah pengetahuan membuat

penilaian terhadap penglibatan murid dalam aktiviti persatuan (min = 4.38) berada pada tahap tinggi. Manakala

item yang mempunyai min yang paling rendah ialah pengetahuan tentang perlembagaan persatuan yang

dipimpin oleh guru (min = 3.58) berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya menunjukkan bahawa

pengetahuan guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berada pada tahap tinggi (min = 3.97).

Jadual 4. Skor min dan sisihan piawai tahap kompetensi guru dari aspek kemahiran

Bil Kenyataan Min Sisihan

Piawai

Interpretasi

1 Memimpin dan memberi tunjuk ajar dalam

sesuatu aktiviti di bawah pimpinan saya.

3.81 0.656 Tinggi

2 Mewujudkan suasana yang menyeronokkan serta

kreatif dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.

3.81 0.635 Tinggi

3 Melatih murid dalam pengetahuan/ kemahiran

asas sesuatu acara kokurikulum.

3.84 0.671 Tinggi

4 Mengelolakan program atau gerak kerja dalam

aktiviti persatuan yang saya pimpin.

3.42 0.794 Sederhana

5 Memotivasikan murid supaya melibatkan diri

dalam aktiviti persatuan.

3.72 0.657 Tinggi

6 Kemahiran komunikasi interpersonal yang baik 3.99 0.521 Tinggi

bersambung…

Page 6: KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah

190

dengan ahli persatuan.

7 Merancang dan menjalankan aktiviti yang

pelbagai untuk menarik penyertaan murid.

3.75 0.634 Tinggi

8 Menyediakan kertas kerja yang komprehensif bagi

aktiviti yang ingin dijalankan.

3.54 0.738 Sederhana

9

Merancang strategi untuk meningkatkan

pencapaian murid dalam aktiviti persatuan.

3.68 0.689 Sederhana

10 Melahirkan murid yang cemerlang dalam

pencapaian kokurikulum melalui program yang

saya susun.

3.56 0.714 Sederhana

11 Membuat penilaian terhadap pencapaian ahli pada

setiap penghujung sesi persekolahan.

4.08 0.634 Tinggi

12 Menyediakan pelan tindakan persatuan yang

mantap.

3.60 0.663 Sederhana

13 Menguruskan pengangkutan, penginapan dan

makanan ahli untuk aktiviti persatuan yang

diadakan di luar kawasan sekolah.

3.66 0.790 Sederhana

Keseluruhan 3.73 0.483 Tinggi

Jadual 4 menunjukkan bahawa setiap item kemahiran guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berada

pada tahap sederhana dan tinggi. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah kemahiran membuat

penilaian terhadap pencapaian ahli pada setiap penghujung sesi persekolahan (min = 4.08) berada pada tahap

tinggi. Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah kemahiran mengelolakan program atau

gerak kerja dalam aktiviti persatuan yang dipimpin (min = 3.42) berada pada tahap sederhana. Secara

keseluruhannya menunjukkan bahawa kemahiran guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berada pada

tahap tinggi (min = 3.73).

Jadual 5. Skor min dan sisihan piawai tahap kompetensi guru dari aspek sikap

Bil Kenyataan Min Sisihan

Piawai

Interpretasi

1 Saya mempunyai kesanggupan untuk meluangkan

masa bagi meningkatkan pencapaian dalam

persatuan yang saya pimpin.

3.91 0.698 Tinggi

2 Saya sanggup melakukan apa sahaja bagi

memastikan kejayaan dalam melaksanakan aktiviti

kokurikulum.

3.68 0.757 Tinggi

3 Saya mempunyai minat terhadap persatuan

kokurikulum yang dipertanggungjawabkan kepada

saya.

3.87 0.705 Tinggi

4 Saya menepati masa apabila melaksanakan aktiviti

kokurikulum yang saya pimpin.

3.99 0.563 Tinggi

5 Saya rasa ada kalanya terbeban apabila

mengendalikan aktiviti kokurikulum.

2.41 0.880 Sederhana

6 Saya menunjukkan kesungguhan dalam

melaksanakan aktiviti kokurikulum yang saya

pimpin.

3.98 0.565 Tinggi

7 Saya memastikan aktiviti persatuan dijalankan

mengikut takwim yang ditetapkan.

3.98 0.591 Tinggi

bersambung…

sambungan…

Page 7: KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah

191

sambungan…

8 Saya memastikan kemudahan yang ada di sekolah

digunakan secara optimum.

4.03 0.586 Tinggi

9

Saya sentiasa menggalakkan murid untuk

mengembangkan potensi diri dalam aktiviti

kokurikulum.

4.18 0.572 Tinggi

10 Saya mempunyai inisiatif untuk meningkatkan

pengetahuan dan kemahiran tentang pengurusan

kokurikulum.

4.07 0.570 Tinggi

11 Saya seronok setiap kali mengadakan perjumpaan

bersama ahli persatuan.

3.92 0.518 Tinggi

12 Saya membimbing murid yang lemah supaya

mereka tidak disisihkan dalam persatuan.

3.75 0.532 Tinggi

13

Saya sentiasa mengutip, menandatangani dan

merekod semua kad kehadiran ahli pada setiap kali

perjumpaan.

Keseluruhan

3.82

3.82

0.624

0.371

Tinggi

Tinggi

Jadual 5 menunjukkan bahawa setiap item sikap guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berada pada

tahap sederhana dan tinggi. Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah sikap guru yang sentiasa

menggalakkan murid untuk mengembangkan potensi diri dalam aktiviti kokurikulum (min = 4.18) berada pada

tahap tinggi. Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah sikap guru ada kalanya terbeban

apabila mengendalikan aktiviti kokurikulum (min = 2.41) berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhannya

menunjukkan bahawa sikap guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum berada pada tahap tinggi (min =

3.82).

Berdasarkan analisis yang dibuat, secara keseluruhannya dapat dirumuskan bahawa tahap kompetensi guru

dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah berada pada tahap tinggi (min = 3.84 dan sp =

0.339) seperti Jadual 6 berikut.

Jadual 6. Skor min dan sisihan piawai tahap kompetensi guru

dari aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap

Kompetensi guru Min Sisihan piawai Interpretasi

Pengetahuan 3.97 0.349 Tinggi

Kemahiran 3.73 0.483 Tinggi

Sikap 3.82 0.371 Tinggi

Keseluruhan 3.84 0.339 Tinggi

Dalam kajian ini, kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum diukur berdasarkan tiga aspek

iaitu pengetahuan, kemahiran dan sikap. Manakala pencapaian kokurikulum murid diukur berdasarkan

keputusan pencapaian kokurikulum murid Tingkatan 5 di daerah Petaling Perdana bagi tahun 2016 yang

diperoleh dari PPD Petaling Perdana. Analisis kolerasi Pearson dijalankan untuk menentukan hubungan antara

kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan pencapaian kokurikulum murid. Hasil

analisis kolerasi Pearson adalah seperti berikut:

Jadual 7. Hubungan antara kompetensi guru dengan pencapaian kokurikulum murid

Pencapaian

kokurikulum

murid

Kompetensi

guru

Pencapaian

kokurikulum murid

Kolerasi Pearson 1 -.013

Sig. (2-hujung) .805

n 373 373

Kompetensi guru Kolerasi Pearson -.013 1

Sig. (2-hujung) .805

n 373 373

Page 8: KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah

192

Jadual 7 menunjukkan dapatan ujian kolerasi Pearson bagi mengenal pasti hubungan kompetensi guru dalam

melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan pencapaian kokurikulum murid. Hasil analisis menunjukkan nilai r =

-0.013, n = 373, p = 0.805. Ini menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi guru

dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan pencapaian kokurikulum murid.

Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa guru berpendapat mereka mempunyai tahap pengetahuan

yang tinggi dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah

pengetahuan membuat penilaian terhadap penglibatan murid dalam aktiviti persatuan.Dapatan kajian ini selari

dengan dapatan kajian Nur Asmara Diana (2011) dan Mohamad Najib & Jamaliah (2011) yang mendapati

sampel kajian mereka mempunyai min yang paling tinggi dalam aspek menilai. Hal ini kerana penggunaan

borang penilaian dan cara penilaian yang piawai memudahkan guru-guru menilai murid dalam aktiviti

kokurikulum yang dijalankan berdasarkan garis panduan yang jelas dan terperinci. Semakan terhadap buku

rekod penilaian kokurikulum di sekolah dalam kajian yang dijalankan oleh Noor Azzam & Suria (2016)

mendapati terdapat markah yang diperuntukkan untuk murid yang dikumpul melalui kehadiran, jawatan yang

disandang dan juga peringkat pertandingan yang telah dicapai. Ini menunjukkan bahawa guru-guru komited dan

mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk membuat penilaian terhadap penglibatan murid dalam aktiviti

persatuan.

Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa guru-guru tidak mengambil berat tentang perlembagaan

persatuan yang dipimpin.Ini dapat dilihat melalui item yang mempunyai min yang paling rendah ialah

pengetahuan tentang perlembagaan persatuan yang dipimpin oleh guru berada pada tahap sederhana.Penyelidik

berpendapat guru-guru kurang memahami maksud perlembagaan persatuan yang dipimpin. Perlembagaan

persatuan penting kerana perlembagaan berfungsi sebagai panduan yang menggerakkan persatuan, melicinkan

perjalanan persatuan dan ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan

apabila timbul masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan.

Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan bahawa setiap item kemahiran guru dalam melaksanakan aktiviti

kokurikulum berada pada tahap sederhana dan tinggi. Dapatan kajian ini bercanggah dengan kajian yang

dijalankan oleh Jamalullail & Azhar (2008) tentang faktor-faktor keberkesanan pelaksanaan pengurusan

kokurikulum daripada persepsi guru penolong kanan kokurikulum menunjukkan bahawa guru kurang

pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum menghasilkan nilai skor min paling

rendah dalam kajian mereka. Abdul Halim (2005) dalam kajiannya melaporkan bahawa antara masalah-

masalah yang dihadapi guru penasihat ialah kekurangan kemahiran dan pengetahuan bagi mengendalikan

persatuan atau pasukan unit beruniform.Tambah beliau masalah ini timbul akibat daripada kurangnya latihan

yang diperoleh di universiti atau institut perguruan serta kurang pengalaman dalam bidang kokurikulum.

Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah kemahiran membuat penilaian terhadap pencapaian ahli

pada setiap penghujung sesi persekolahan.Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah

kemahiran mengelolakan program atau gerak kerja dalam aktiviti persatuan yang dipimpin berada pada tahap

sederhana.Dapatan kajian ini menunjukkan kemahiran responden dalam mengelolakan program, menyediakan

kertas kerja yang komprehensif, merancang strategi dan melahirkan murid yang cemerlang melalui program

yang disusun masih berada pada tahap sederhana. Hal ini perlu diberi perhatian kerana keberkesanan

pelaksanaan aktviti kokurikulum banyak bergantung kepada guru-guru yang berkelayakan, berkemahiran dan

berpengalaman (Jamalullail & Azhar, 2008); (Ismail Ibrahim, 2007).Justeru, guru-guru perlu didedahkan kepada

program peningkatan profesionalisme dalam bidang kokurikulum bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran

dan pengetahuan untuk menjadikan guru sebagai guna tenaga yang produktif.

Dapatan kajian ini hampir menyamai dapatan kajian oleh Mahamad Amran (2013) yang mengakui bahawa

faktor kelemahan pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah guru tidak mempunyai kemahiran asas dalam

mengendalikan kegiatan kokurikulum. Beliau menjelaskan bahawa kekurangan kemahiran guru dalam

mengelolakan aktiviti merupakan antara penyebab kepada aktiviti yang dijalankan tidak dapat menarik

penglibatan murid dan menjadi punca ketidakhadiran dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini juga menyebabkan

guru-guru gagal menjadi pakar rujuk yang terbaik kepada murid dalam pengendalian aktiviti kokurikulum

(Mohd Nor & Teik Seng, 2012). Perkara ini menjadi faktor murid bosan dan meningkatkan jumlah

ketidakhadiran murid dalam perjumpaan yang diadakan.Penyelidik berpendapat bahawa setiap guru yang telah

mendapat latihan ikhtisas di universiti atau institut perguruan telah mempunyai kemahiran asas untuk

melaksanakan aktiviti kokurikulum.Namun, disebabkan oleh pelantikan dan agihan tugas tidak mengikut

kepakaran dan kemahiran telah menjadi punca guru-guru berasa terbeban dan tidak berminat dengan persatuan

yang dipimpin. Berdasarkan kepada dapatan temu bual hasil kajian oleh Noor Habibah & Mohd Izham (2016),

kejayaan ketiga-tiga sekolah kes adalah disebabkan keupayaan pengetua membuat agihan tugasan mengikut

Page 9: KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah

193

kemahiran dan kepakaran para guru. Malah, guru turut diberi peluang untuk memilih unit kokurikulum yang

mereka minat setelah berbincang dengan pengetua.Oleh itu, pemilihan hendaklah dibuat dengan meneliti latar

belakang dan ilmu pengetahuan guru-guru berkenaan dalam bidang kokurikulum bagi memastikan guru benar-

benar kompeten dalam persatuan yang dipimpin.Ini adalah selari dengan Jemaah Nazir Persekutuan (1993) yang

menyatakan bahawa pemilihan guru-guru perlu berdasarkan kepada pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki

mereka.

Seterusnya, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa setiap item sikap guru dalam melaksanakan aktiviti

kokurikulum berada pada tahap sederhana dan tinggi.Item yang mempunyai min yang paling tinggi ialah sikap

guru yang sentiasa menggalakkan murid untuk mengembangkan potensi diri dalam aktiviti kokurikulum berada

pada tahap tinggi.Manakala item yang mempunyai min yang paling rendah ialah sikap guru ada kalanya

terbeban apabila mengendalikan aktiviti kokurikulum berada pada tahap sederhana.Secara keseluruhannya

menunjukkan bahawa guru-guru yang terlibat dalam kajian ini bersikap positif dalam melaksanakan aktiviti

kokurikulum iaitu berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian ini hampir menyamai dapatan kajian yang

dijalankan oleh Yan Fang & Hong Ngee (2013) yang mendapati bahawa secara keseluruhannya guru bersikap

positif terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Guru-guru menunjukkan tahap kesediaan,

kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam mengurus sesuatu aktiviti kokurikulum.Berdasarkan dapatan

kajian mereka, semakin tinggi tahap komitmen dan sikap positif guru, semakin besar sumbangan ke arah

peningkatan prestasi murid dalam program kokurikulum.Ini menunjukkan bahawa sikap positif guru sangat

penting ke arah mencapai kecemerlangan dalam bidang kokurikulum di sekolah.Murid amat memerlukan guru

yang baik dan cekap sebagai pembimbing bagi meningkatkan kualiti serta membawa kepada kejayaan murid.

Untuk menjadi pembimbing yang baik, guru perlu memiliki sifat-sifat seperti kesabaran kesungguhan serta

semangat untuk membantu bagi memajukan murid tanpa mengharapkan balasan atau ganjaran (Mohamad Najib

& Jamaliah 2011).

Walau bagaimanapun, dapatan kajian Azwan Wamin (2015) menunjukkan bahawa guru menganggap aktiviti

kokurikulum sebagai suatu tugasan yang membebankan. Malah, persepsi guru akan cepat berubah apabila beban

tugas semakin bertambah. Kepuasan kerja merupakan salah satu elemen khusus dan penting dalam aspek sikap

individu terhadap kerjanya. Aspek sikap guru itu sendiri dilihat dapat mempengaruhi mutu persembahan dan

kualiti tugas guru(Abdul Said & Katriani, 2014). Bebanan kerja yang tinggi akan memberikan rasa tidak puas

hati terhadap kerja yang dilakukan dan akhirnya membawa kepada sikap suka mengelak dan mengabaikan kerja

akan terhasil (Norashid & Hamzah 2014). Pendapat ini disokong olehIsmail & Mohamad Najib (2003)yang

mendapati bahawa 60.5 peratus reponden dalam kajiannya menunjukkan bantahan dan tentangan terhadap beban

tugas kokurikulum yang diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah. Responden mengabaikan tugas yang

diberikan kerana menganggap kokurikulum sebagai suatu bebanan.Berdasarkan hasil kajian, pengkaji

berpendapat bahawa guru yang terbeban apabila mengendalikan aktiviti kokurikulum kurang bersungguh-

sungguh dan tidak bermotivasi dalam melaksanakan tugas mereka. Guru-guru akan mengendalikan aktiviti

kokurikulum sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja bagi memenuhi keperluan tugas yang diamanahkan

kepada mereka. Keadaan ini sekaligus boleh menjejaskan pencapaian kokurikulum murid kerana usaha ke arah

mengembangkan potensi murid ke tahap yang cemerlang tidak begitu dititikberatkan.

Kajian ini mendapati bahawa pencapaian kokurikulum keseluruhan murid Tingkatan 5 di daerah Petaling

Perdana mencatatkan peratusan sebanyak 50.4 peratus iaitu berada pada tahap sederhana. Hasil kajian ini

mengukuhkan lagi dapatan kajian yang dijalankan oleh Mohd Fazli et al. (2013) yang mendapati bahawa

persepsi guru-guru terhadap penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum secara keseluruhannya berada pada

tahap sederhana. Hasil kajian beliau juga menunjukkan bahawa penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum

sedikit sebanyak dipengaruhi oleh faktor persekitaran sekolah.Semakin baik atau kondusif persekitaran sekolah,

semakin meningkat penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti.

Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kompetensi guru

dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan pencapaian kokurikulum murid.Dalam hal ini, peranan guru

penasihat kokurikulum adalah penting untuk mewujudkan satu pencapaian tahap penglibatan kokurikulum

dalam kalangan pelajar yang memuaskan (Mohd Nor & Teik Seng, 2012). Abu Bakar (2007) dalam kajiannya

turut menyokong bahawa peranan guru penasihat merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi tahap

penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum sekolah.Walaupun dapatan kajian ini secara keseluruhannya

mendapati bahawa tahap kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum adalah tinggi, namun

kompetensi guru tidak menunjukkan hubungan dengan pencapaian kokurikulum murid.Penyelidik berpendapat

pencapaian kokurikulum murid agak sukar mencapai ke tahap tinggi kerana penyertaan murid untuk

diketengahkan di peringkat zon, daerah, negeri atau kebangsaan adalah terhad.Tidak semua murid berpeluang

mewakili sekolah masing-masing melainkan murid tersebut telah digilap bakat sejak dari awal atau guru

Page 10: KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah

194

berperanan secara aktif dalam melatih murid sehingga murid benar-benar mampu bersaing di peringkat yang

lebih tinggi.Penyertaan murid juga masih belum mampu meningkatkan pencapaian kokurikulum murid

sekiranya kemenangan tidak diperoleh. Ini kerana pencapaian murid akan meningkat jika murid berupaya

memperoleh tempat dalam setiap pertandingan yang disertai.Kedudukan memperoleh tempat dalam

pertandingan juga diambil kira untuk markah penilaian aktiviti kokurikulum.Oleh yang demikian, pihak sekolah

memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan pencapaian murid.Berdasarkan hasil dapatan kajian,

beberapa cadangan boleh dipraktikkan bagi meningkatkan pencapaian kokurikulum murid.

Pihak sekolah dapat membantu meningkatkan pencapaian murid dengan mempelbagaikan program dan aktiviti

dalam gerak kerja kokurikulum di sekolah.Aktiviti yang dijalankan perlu menarik dan sesuai dengan kehendak

murid bagi menggalakkan mereka untuk terus bergerak aktif dalam persatuan atau kelab yang disertai.Aktiviti

yang menarik dan memenuhi kehendak murid dapat meningkatkan kehadiran murid dan seterusnya dapat

meningkatkan peratus markah dalam penilaian aktiviti kokurikulum dari aspek kehadiran murid.Ini kerana aspek

kehadiran murid menyumbang markah tertinggi iaitu 50 peratus dalam penilaian markah kokurikulum.

Selain itu, peningkatan pencapaian kokurikulum murid juga dapat ditingkatkan dengan menghantar penyertaan

murid dalam semua peringkat aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PPD, JPN atau agensi luar yang mendapat

kelulusan JPN.Pihak pentadbir sekolah disarankan supaya tidak menyekat penyertaan murid dalam aktiviti luar

hanya disebabkan masalah kewangan.Oleh kerana masalah kewangan, terdapat sekolah yang tidak menghantar

wakil pasukan sekolah kerana menganggap pasukan tersebut tidak hebat dan mantap serta gagal membawa

kejayaan yang cemerlang. Persepsi ini akan mengakibatkan murid tidak mendapat peluang untuk mencungkil

bakat dan sekaligus menghalang penglibatan murid untuk mewakili sekolah.

Kebanyakan sekolah mengalami masalah kekurangan guru pakar atau jurulatih dalam bidang-bidang tertentu

untuk mengemudi persatuan serta kelab yang dipimpin.Oleh itu, pihak sekolah perlu bijak mencari alternatif

untuk bekerjasama dan berhubung dengan agensi luar bagi mendapatkan tenaga pakar yang boleh membantu

pihak sekolah melatih murid dalam gerak kerja kokurikulum di sekolah.Pihak sekolah juga boleh menggunakan

khidmat sarana ibu bapa bagi membantu pihak sekolah dalam bidang kokurikulum.

Kejayaan dan pencapaian murid juga banyak dibantu oleh guru-guru yang memimpin persatuan atau

kelab.Justeru, bagi memantapkan kompetensi guru dalam bidang kokurikulum, pihak sekolah, PPD dan JPN

perlu menyediakan latihan dalam perkhidmatan secara berterusan bagi membantu guru-guru meningkatkan

tahap kompetensi dalam bidang kokurikulum. Pihak sekolah boleh merancang mengadakan latihan dalam

perkhidmatan seperti cara mengelolakan pertandingan atau program bagi memantapkan lagi kemahiran sedia

ada guru. Motivasi dan penghargaan kepada guru secara berterusan juga perlu bagi memberi semangat untuk

guru-guru terus aktif membimbing murid ke arah kejayaan yang cemerlang.

Tahap kompetensi guru yang tinggi masih belum mampu memberikan pencapaian kokurikulum yang cemerlang

di sekolah.Peningkatan pencapaian kokurikulum murid juga bergantung kepada kebolehan, kesungguhan dan

bakat yang ada pada seseorang murid.Selain itu, pihak sekolah turut sama memainkan peranan penting dalam

menggerakkan murid untuk bergiat aktif serta menggalakkan penyertaan murid sebanyak yang boleh dalam

aktiviti kokurikulum bagi membantu meningkatkan pencapaian kokurikulum murid ke tahap tinggi. Justeru,

untuk kajian lanjutan dicadangkan agar mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan murid

dalam bidang kokurikulum di sekolah yang dikategorikan cemerlang dalam pencapaian kokurikulum sangat

sesuai dijalankan supaya usaha-usaha menambahbaik pengurusan dan pengelolaan aktiviti dapat ditingkatkan.

KESIMPULAN

Pelaksanaan kokurikulum yang berkesan bergantung sepenuhnya pada kewibawaan guru penasihat yang

memimpin setiap unit kokurikulum di sekolah (Nur Asmara Diana 2011). Justeru, guru perlu memberi

keutamaan dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum kerana kokurikulum merupakan sebahagian daripada

sistem pendidikan kini.Kecenderungan dan sikap guru yang optimis serta kreatif dalam melaksanakan aktiviti

kokurikulum dapat meningkatkan penglibatan murid malah membantu murid untuk mencapai tahap cemerlang

dalam bidang kokurikulum.Murid memerlukan seseorang yang dapat memimpin dan memandu mereka

menjalankan aktiviti kokurikulum dan seterusnya memantau segala bentuk kegiatan mereka agar gerak kerja

kokurikulum dapat dilaksanakan dengan sempurna.Fauziah Mohd Sarjan et al. (2010) mengakui bahawa

penglibatan guru secara aktif penggerak kepada peningkatan penglibatan murid sama ada murid baik atau lemah

dalam aktiviti kokurikulum yang dijalankan. Kajian ini diharapkan dapat memberi input dan membantu semua

pihak khususnya pihak sekolah untuk mengenal pasti tahap kompetensi guru dalam melaksanakan aktiviti

kokurikulum di sekolah masing-masing. Pihak sekolah juga dapat merancang kaedah dan cara untuk

Page 11: KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah

195

meningkatkan kompetensi guru bagi memastikan pencapaian yang memberangsangkan dalam kalangan murid

dapat dicapai. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan input kepada pihak kementerian untuk merancang

strategi dan program di sekolah-sekolah agar memberi ruang dan peluang kepada murid agar cemerlang dalam

bidang kokurikulum. Kecemerlangan murid dalam bidang kokurikulum bukan sahaja dapat melahirkan murid

yang berpotensi malah matlamat melahirkan murid yang holistik serta seimbang dari segi intelek, emosi,

jasmani dan rohani juga dapat dicapai.

Rujukan

Abdul Halim Abdul Malik. (2005). Faktor-faktor Penghalang Dalam Pengurusan Kokurikulum Di Sebuah

Sekolah Menengah Di Melaka.

Abdul Said Ambotang, & Katriani Maijohn. (2014). Kajian Persepsi Guru Terhadap Agihan Tugas dan

Kepuasan Kerja. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal for Educational Thinkers), 5, 19–33.

Abu Bakar Mohd Hussin. (2007). Kedudukan Kokurikulum di Sekolah: Persepsi Guru dan Pelajar.

Azwan Wamin. (2015). Hubungan Antara Sikap Guru Terhadap Kokurikulum Sekolah Berasrama Penuh di

Negeri Selangor. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Buley-Meissner, M. . (2000). The Academy and the Possibility of Belief. Cresskill Hampton Press, Inc.

Creswell, J. W. (2002). Educational Research: Planning, Conducting, And Evaluating Quantitative And

Qualitative Research. (N. Upper Saddle River, Ed.). Merrill/ Prentice Hall.

Fauziah Mohd Sarjan, Fatimah Mohd Sarjan, Siti Mizarina Ghazali, & Mohd Noor Hashim. (2010). Penglibatan

Guru Secara Aktif Meningkatkan Penyertaan Pelajar Menerusi Penilaian 10 Peratus Markah Kokurikulum

Melalui Persatuan Kemahiran Hidup: Tinjauan Di Sekolah Menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar, Batu

Pahat, Johor (pp. 379–395).

Hay McBer. (1996). Scaled Competency Dictionary. Boston: Hay McBer.

Ismail Ibrahim. (2007). Amalan Pengurusan Kokurikulum Di Kalangan Guru-guru Di Salah Sebuah Sekolah

Menengah Di Daerah Baling, Kedah.

Ismail Md Yatim, & Mohamad Najib Abdul Ghafar. (2003). Pengaruh Beban Tugas Guru Terhadap Kegiatan

Kokurikulum di Sekolah: Satu Kajian Deskriptif di Sekolah-sekolah Menengah Negeri Johor. Universiti

Teknologi Malaysia.

Jamalullail Abdul Wahab, & Azhar A. Kadir. (2008). Faktor-faktor Keberkesanan Pelaksanaan Pengurusan

Kokurikulum Daripada Persepsi Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah-sekolah Menengah Daerah

Hulu Langat, Selangor. Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan, 18(1), 21–36

Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan. (1993). Laporan Kajian Pengajaran dan Pembelajaran Penyelesaian

Masalah dalam Matematik KBSR. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Jane Teng Yan Fang, & Chuah Hong Ngee. (2013). Teachers’ Attitudes towards Co-curricular Activities in

Selected Schools. Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 3(2), 60–70.

Krejcie, R. V., & Morgan. (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and

Psychological Measurement, 30(3), 607–610.

Mahamad Amran Kamsi. (2013). Melindungi Masa Instruksional dalam Kegiatan Kokurikulum di Sekolah: Isu

dan Cadangan Penyelesaian. Bahagian Kokurikulum dan Kesenian.

Mohamad Najib, & Jamaliah Jalaludin. (2011). Komitmen Guru-guru Terhadap Pengurusan Kokurikulum di

Sekolah-sekolah Kebangsaan Negeri Johor. Skudai, Johor.

Mohammed Sani Ibrahim. (2007). Strategi Menginstitusikan Program Mentoran Ke Arah Perkembangan

Kerjaya Guru-guru Novis Di Malaysia. In Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke

14, Institut Aminuddin Baki.

Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir, & Soaib Asimiran. (2013). Hubungan Persekitaran Sekolah dengan

Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia,

38(2), 1–9.

Mohd Majid Konting. (1997). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Nor Jaafar, & Kung Teik Seng. (2012). Pengurusan Kokurikulum dan Hubungannya dengan Tahap

Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum. In Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA

pada 7 - 9 Oktober 2012 (pp. 1–11). Hotel Puteri Pasific, Johor Baharu.

Mook Soon Sang. (2011). Pengurusan Kokurikulum. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Noor Azzam Syah Mohamed, & Suria Baba. (2016). Proses Pelaksanaan Pengurusan Kokurikulum Yang

Diamalkan Oleh Kumpulan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah Menengah Harian. Jurnal Kepimpinan

Pendidikan, 3(3), 17–43.

Noor Habibah Kaderan, & Mohd Izham Hamzah. (2016). Amalan-amalan Terbaik Pengetua dalam Proses

Pengurusan Kokurikulum Sekolah Menengah di Malaysia. In International Conference on Education and

Regional Development 2016 (pp. 580–591).

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Norashid Othman, & Hamzah Md.Omar. (2014). Beban Tugas dan Motivasi Pengajaran Guru di Sekolah

Page 12: KOMPETENSI GURU DAN HUBUNGANNYA DENGAN …

Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017)

Kompetensi Guru Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Kokurikulum Murid Di Sekolah Menengah

196

Menengah Daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal for Educational Thinkers), 5, 33–57.

http://doi.org/ISSN 1985-3637

Nor Suhara Fadzil, & Jamil Ahmad. (2010). Kepentingan Kokurikulum Dalam Pendidikan di Sekolah

Menengah. In Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference

UPI & UPSI (pp. 8–10).

Nur Asmara Diana Abdullah. (2011). Kompetensi Guru Dalam Pengurusan Kokurikulum Sekolah. Tesis Sarjana

Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ruhaiza Rusmin. (2007). Kokurikulum Bendung Gejala Sosial. Kuala Lumpur: News Starits Times Press (M)

Bhd.

Sekaran, & Bougie. (2010). Research Methods for Business: A Skill Building Approach. Great Britain: John

Wiley & Sons Ltd.

Sutton, F. . (2004). Employer Assessment of Work-Related Competencies and Workplace Adaption of Recent

Cooperative Education Engineering Graduates. University of Louisville.

Zikmund, W. . (2003). Business Research Methods. Ohio: Thompson South-Western.