Konflik Perang Suez - Copy

5
ZAMRI ABD. SANI BT08110143 RAFIDAH ABDUL RAZAK BT08110040 SOALAN 4: BINCANGKAN SECARA KRITIS FAKTOR-FAKTOR DAN KESAN PERANG SUEZ 1956 Sejarah Suez Suez merupakan sebuah bandar di Mesir. Ia terletak di hulu Teluk Suez, iaitu di timur laut Kaherah. Dibuka pada 17 November 1869 secara besar-besaran oleh Ratu Isabella bersama Ferdinand De Lesseps dari Perancis. Terusan ini mempunyai panjang 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 m (984 kaki) Sebelum pembukaan Terusan Suez dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut menggunakan kenderaan darat di antara 2 laut tersebut. Merupakan gabungan dua bahagian iaitu utara dan selatan Tasik Besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga Teluk Suez di Laut Merah. Kronologi Perang 1. Perang Suez 1956 melibatkan 3 buah negara iaitu British, Perancis dan Israel yang berpakat untuk menyerang Mesir. 2. Perang ini juga dikenali sebagai Serangan Tiga Pihak, Perang Sinai, Perang Suez-Sinai, Perang Arab-Israeli 1956, Perang Arab-Israel Kedua, Krisis Suez, Kempen Suez, Operasi Kadesh dan Operasi Musketeer. 3. Perang ini berlaku dari 29 Oktober 1956 dan berakhir pada 7 November 1956 (selama 10 hari). 4. Tempat yang terlibat ialah Mesir Terusan Suez dan Zon Sinai. 5. Pakatan tiga pihak diketuai oleh Anthony Eden manakala tentera Mesir diketuai Gamal Abdel Nasser 6. Kemenangan berpihak kepada tentera gabungan Perancis British Israel. Gencatan senjata oleh PBB dan pendudukan pasukan UNEF di Sinai. 7. Selepas British dan Amerika Syarikat menarik balik bantuan kewangan untuk membiayai Empangan Aswan yang penting untuk mengairi kawasan pertanian penduduk Mesir berikutan memiliknegarakan Terusan Suez, Perang Suez pun dilancarkan. 8. 26 Julai, Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser mengumumkan pemiliknegaraan Terusan Suez oleh Mesir dan berjanji untuk memberikan pampasan kepada British dan Perancis. Namun, ianya tidak dipersetujui kerana menurut Perjanjian Pertama pembukaan Terusan Suez, hanya selepas 99 tahun (bermula 1869) baru Mesir boleh mengambil alih keseluruhan Terusan tersebut. Tindakan Nasser ini dilihat melanggari perjanjian yang telah termeterai. 9. Pada bulan Oktober sebuah perjanjian rahsia dicapai oleh Israel, British dan Perancis. Israel akan melancarkan operasi ketenteraan. 10. Pada 26 Oktober, 202 Briged pasukan tentera udara di bawah pimpinan Ariel Sharon, yang ditugaskan untuk memimpin pasukan brigde ke zon pendaratan di Mitla Laluan. 11. Pada 28 Oktober, unit ini bergerak ke sempadan Israel-Mesir. 12. 29 Oktober pula sebuah rejim di bawah pimpinan Rafael Eitan (Raful) bergerak melalui Gurun Sinai dalam perjalanan mereka menawan beberapa benteng Mesir lalu bergerak ke sempadan Israel- Mesir untuk bergabung dengan rejim yang lain. Tentera israel menyerang Mesir terlebih dahulu kemudian diikuti dengan tentera Perancis dan British. 13. 7 November: PBB mengusahakan gencatan senjata dan menempatkan pasukan pengaman di garisan pemisah antara Israel dan Mesir atas desakan negara-negara lain.

description

sejarah.

Transcript of Konflik Perang Suez - Copy

Page 1: Konflik Perang Suez - Copy

ZAMRI ABD. SANI BT08110143

RAFIDAH ABDUL RAZAK BT08110040

SOALAN 4:

BINCANGKAN SECARA KRITIS FAKTOR-FAKTOR DAN KESAN PERANG SUEZ

1956

Sejarah Suez

Suez merupakan sebuah bandar di Mesir. Ia terletak di hulu Teluk Suez, iaitu di timur laut Kaherah.

Dibuka pada 17 November 1869 secara besar-besaran oleh Ratu Isabella bersama Ferdinand De Lesseps dari Perancis.

Terusan ini mempunyai panjang 163 kilometer (101 batu) dan kelebaran 300 m (984 kaki)

Sebelum pembukaan Terusan Suez dalam tahun 1869, barang dagangan dipunggah keluar dari kapal dan diangkut menggunakan kenderaan darat di antara 2 laut tersebut.

Merupakan gabungan dua bahagian iaitu utara dan selatan Tasik Besar Bitter yang menyambungkan Laut Mediterranean hingga Teluk Suez di Laut Merah.

Kronologi Perang

1. Perang Suez 1956 melibatkan 3 buah negara iaitu British, Perancis dan Israel yang berpakat untuk menyerang Mesir.

2. Perang ini juga dikenali sebagai Serangan Tiga Pihak, Perang Sinai, Perang Suez-Sinai, Perang Arab-Israeli 1956, Perang Arab-Israel Kedua, Krisis Suez, Kempen Suez, Operasi Kadesh dan Operasi Musketeer.

3. Perang ini berlaku dari 29 Oktober 1956 dan berakhir pada 7 November 1956 (selama 10 hari).

4. Tempat yang terlibat ialah Mesir Terusan Suez dan Zon Sinai.5. Pakatan tiga pihak diketuai oleh Anthony Eden manakala tentera

Mesir diketuai Gamal Abdel Nasser 6. Kemenangan berpihak kepada tentera gabungan Perancis – British

– Israel. Gencatan senjata oleh PBB dan pendudukan pasukan UNEF di Sinai.

7. Selepas British dan Amerika Syarikat menarik balik bantuan kewangan untuk membiayai Empangan Aswan yang penting untuk mengairi kawasan pertanian penduduk Mesir berikutan memiliknegarakan Terusan Suez, Perang Suez pun dilancarkan.

8. 26 Julai, Presiden Mesir Gamal Abdel Nasser mengumumkan pemiliknegaraan Terusan Suez oleh Mesir dan berjanji untuk memberikan pampasan kepada British dan Perancis. Namun, ianya tidak dipersetujui kerana menurut Perjanjian Pertama pembukaan Terusan Suez, hanya selepas 99 tahun (bermula 1869) baru Mesir boleh mengambil alih keseluruhan Terusan tersebut. Tindakan Nasser ini dilihat melanggari perjanjian yang telah termeterai.

9. Pada bulan Oktober sebuah perjanjian rahsia dicapai oleh Israel, British dan Perancis. Israel akan melancarkan operasi ketenteraan.

10. Pada 26 Oktober, 202 Briged pasukan tentera udara di bawah pimpinan Ariel Sharon, yang ditugaskan untuk memimpin pasukan brigde ke zon pendaratan di Mitla Laluan.

11. Pada 28 Oktober, unit ini bergerak ke sempadan Israel-Mesir.12. 29 Oktober pula sebuah rejim di bawah pimpinan Rafael Eitan

(Raful) bergerak melalui Gurun Sinai dalam perjalanan mereka menawan beberapa benteng Mesir lalu bergerak ke sempadan Israel-Mesir untuk bergabung dengan rejim yang lain. Tentera israel menyerang Mesir terlebih dahulu kemudian diikuti dengan tentera Perancis dan British.

13. 7 November: PBB mengusahakan gencatan senjata dan menempatkan pasukan pengaman di garisan pemisah antara Israel dan Mesir atas desakan negara-negara lain.

Page 2: Konflik Perang Suez - Copy

FAKTOR

Politik

1. Hubungan Mesir dengan Blok Komunis-September 1955, Nasir beli senjata dari Czechoslovakia secara besar-besaran.-mengiktiraf komunis China.-merancang membeli kapal terbang dan tank (kereta kebal) dari Soviet Rusia.-kebergantungan dengan kuasa barat semakin berkurang, kebergantungan dengan Blok Soviet bertambah.-Mesir membenarkan pengaruh Russia bertapak di Asia Barat.

2. Pemiliknegaraan Terusan Suez-26 Julai 1956, Gamal Abdul Nasir telah mengumumkan bahawa Mesir akan memiliki Syarikat Terusan Suez Inggeris-Perancis dan juga terusannya. -Pembinaanya dibiayai sendiri oleh rakyat Mesir.-Pemilik Syarikat akan dibayar pampasan.-untuk mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai Empangan Aswan.

3. Matlamat Israel-Berharap untuk berakhirnya sekatan Mesir di Teluk Aqaba.-Menamatkan pencerobohan Fidayeen (pejuang kebebasan).-Menggulingkan Abdul Nasir kerana khuatir akan kemunculannya sebagai pemimpin serantau.

4. Perubahan Dasar Perancis-Sebelum ini Perancis merupakan pro-Arab.-Perancis mengingkari perjanjian dan membekalkan senjata kepada Israel.-Perancis kurang senang dengan sokongan Mesir terhadap Revolusi Algeria.

5) Penggulingan Gamal Abdul Nasir-British, Perancis dan Israel menginginkan Gamal Abdul Nasir digulingkan.-Matlamat yang sama membolehkan mereka berkerjasama dan membentuk angkatan yang kuat untuk menyerang Mesir.

-British dan Perancis menyembunyikan pakatan mereka dengan Israel yang termeterai pada 24 Oktober 1956.

Ekonomi

1) Kepentingan Terusan Suez kepada kuasa-kuasa Barat-Kedudukan yang strategik menjadikan terusan ini menjadi rebutan kepada kuasa-kuasa Barat.-Memendekkan perjalanan Barat ke Timur.

2) Ekonomi British dan Perancis tergugat-Melalui ucapan Gamal Abdul Nasir, beliau menyatakan bahawa Syarikat Terusan Inggeris-Perancis menjadi milik Negara Mesir.-Perkara ini akan menggurangkan hasil pendapatan mereka meskipun dibayar pampasan.-Pihak British akan kehilangan 50 peratus import mereka dengan pemiliknegaraan terusan ini.Sosial

1) Kepimpinan Gamal Abdul Nasir-Kemunculan pemimpin ini mengusarkan Israel, British dan Perancis-Israel risau Revolusi Mesir 1952 dan perhubungan persahabatan Mesir dengan Amerika Syarikat.-Raja Husain (Jordon) telah menyingkirkan Sir John Glubb, Komander Legion Arab.-Tidak menyertai Pakatan Baghdad.-Menyokong revolusi Algeria.

2) Kebangkitan Nasionalisme Arab-Gamal Abdul Nasir telah menjadi hero anti-imperialisme dalam kalangan masyarakat Arab kerana tidak bergantung dengan Negara Barat semata-mata.-Pemberotakan Algeria dipengaruhi keberanian Gamal Abdul Nasir yang bangkit sebagai anti-imperalism.

3) Sifat Peribadi Gamal Abdul Nasir

Page 3: Konflik Perang Suez - Copy

-Sikap bercita-cita tinggi dan tidak suka kepada persaingan menyebakan beliau muncul sebagai tokoh yang berani dan tidak mudah gentar.-Contohnya kemunculan tokoh dari Iraq iaitu Nuri al-Sa’id yang turut semakin meningkat pada masa tersebut telah menyebabkan beliau pertentangan pendapat sesama mereka. Nuri pro-Barat-Nasir juga bercita-cita untuk memerdekakan seluruh bangsa Arab.

Peranan Negara dan Pertubuhan yang terlibat

Amerika Syarikat

Hubungan baik dengan Mesir Pakatan baghdad Peranan dalam pembinaan Empangan Aswan Cari jalan penyelesaian diplomatik Mesir-Perancis-Britain Paksa Israel berundur-Buka Teluk Aqabah kepada kapal Israel

Soviet Union

Pembekal senjata kepada Mesir Menjadi alternatif kepada Mesir untuk mendapatkan sokongan

kerana Negara Barat mengenakan sekatan terhadap ekonomi Mesir (eksport Kapas).

PBB

Menjadi pengaman dengan menghantar Pasukan Kecemasan Bangsa-bangsa Bersatu (U.N.E.F)

Lain-lain

Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru dan Presiden Tito dari Yugoslavia mempengaruhi dasar berkecuali Nasir sejak bertemu di Persidangan Bandung April 1955.

China juga memainkan peranan kerana mewujudkan hubungan ekonomi dengan Mesir dan fahaman komunisme bertentangan dengan kuasa barat iaitu demokrasi.

Czechoslovakia pula merupakan negara tempat Mesir membeli senjata secara besar-besaran.

Kesan Perang SuezMesir

- Gamal Abdul Nasir dianggap Hero dunia Arab. Beliau di pandang tinggi kerana berani menentang kuasa-kuasa Barat pada masa tersebut seperti British, Perancis dan Israel.Di merata-rata tempat potretnya digantung, ke mana sahaja beliau pergi rakyatnya akan melaungkan namanya.

- Mesir memiliki Terusan Suez secara rasmi. Setelah British dan Perancis berundur, Mesir menguasai Terusan Suez dan bekalan yang terdapat di kawasannya.

- Perdagangan Mesir terjejas. Amerika Syarikat, British dan Perancis telah menghasut supaya sekatan dilakukan ke atas barangan Mesir. Cthnya: AS menyekat barangan utama Mesir iaitu kapas memasuki pasarannya (1956).Akibatnya, pasaran Mesir terarah ke negara Blok Timur.

- Penubuhan United Arab Republic (UAR) Ditubuhkan pada awal tahun 1958 yang menggabungkan Syiria dan Mesir.Idea penggabungan diutarakan oleh sebilangan ahli politik Syiria yang mengharapkan penggabungan ini akan mencegah pengaruh Komunis yang mula bertapak di Syiria.UAR berpecah semula apabila berlaku pemberontakan dari unit-unit ketenteraan Syiria.

- Hubungan Mesir dan Soviet Union makin erat.

Page 4: Konflik Perang Suez - Copy

Soviet Union setuju untuk menaja projek Empangan Aswan pada tahun 1958.Soviet Union juga membantu Mesir untuk meningkatkan ketenteraan dan membantu dalam aspek teknikal Mesir.Bakal komender juruterbang dan golongan teknokrat Mesir dihantar belajar di university-universiti dalam Soviet Union.

British

- Krisis wang Peperangan menuntut pengeluaran wang yang banyak bagi membiayai peperangan.Usaha meminjam wang daripada Amerika dan agensi yang lain dilakukan namun, tidak berjaya.

- Maruah terjejas. British yang merupakan antara kuasa besar telah gagal mempertahankan Terusan Suez dalam usaha untuk menyingkirkan Nasir bersama Perancis dan Israel.Hal ini membawa kepada pengakhiran pendudukan British di Timur Tengah.

- Konflik dalaman berlaku. Parti pembangkang, akhbar tempatan serta sebahagian rakyatnya menentang Parti Eden.Anggota-anggota Komanwell yang telah merdeka berpecah dan sebahagiannya tidak menyokong Parti Eden.Akhirnya telah membawa kepada peletakan jawatan Eden dan berakhirnya karier Eden dalam arena politik.

- Kepentingan ekonomi British terjejas. Susulan tindakan Syria yang meletupkan saluran paip bagi menyekat bekalan minyak British dan Perancis.

Israel

- Berjaya mengusir keluar pangkalan-pangkalan fedayeen.

melumpuhkan percubaan pemberontakan fedayeen yang boleh memusnahkan Kota Israel. Israel yang bimbang akan penawanan kota mereka akhirnya memperoleh kemenangan apabila fedayeen tersebut berjaya dilumpuhkan sebaik sahaja penempatan Pasukan Pendamai PBB di Gaza.

- Pembukaan Selat Tiran

Selat Tiran telah berjaya dibuka yang merupakan laluan perdagangan antarabangsa,memberi kepentingan ekonomi dan ketenteraan kepada Israel.

- Sharm al-Shaykh Akibat peperangan ini, Israel berjaya memperolehi Sharm al-Shaykh.

Perancis

- Pemberontakan dalam negara jajahannya. Pemberontakan Algerian berlaku akibat pengaruh Nasir yang memberikan inspirasi kepada negara jajahannya.

Kesan lain

- Peningkatan imej Soviet Union. Imej Soviet Union meningkat di mata orang Arab dan terus mengingkat apabila Soviet Union bertindak membantu Mesir menghadapi krisis Suez.

- British dan Perancis gagal mencapai matlamat. Terusan Suez yang menjadi matlamat utama British dan Perancis akhirnya dimiliki oleh Mesir.

- Pakatan tiga serangkai memenangi Perang Suez. Pakatan British, Israel dan Perancis berjaya memenangi perang Suez.

- Kemunculan Doktrin Eisenhower. Doktrin ini diluluskan pada bulan Mac 1957.Tujuan utama doktrin ini ialah untuk mewujudkan keadaan dimana Amerika Syarikat boleh terlibat secara terbuka dalam melawan penyebaran komunis.

Page 5: Konflik Perang Suez - Copy

Doktrin ini juga menyediakan bantuan ketenteraan dan ekonomikepada mana-mana negara yang memerlukannya.

PENILAIAN

- Kepimpinan Gamal Abdul Nasir menaikkan semangat nasionalisme arab

- Percaturan yang salah oleh Kuasa Eropah - Israel mendapat keuntungan - Peranan PBB dalam menangani isu ini

KESIMPULAN

Berdasarkan peristiwa ini, Mesir telah menunjukkan sikap tidak mudah mengalah meskipun menghadapi Tiga kuasa besar iaitu Perancis, Britain dan Israel. Keberanian Mesir membuahkan hasil apabila berjaya mendapatkan Terusan Suez walaupun kalah dalam peperangan tersebut.