konsep

4
Konsep Bimbingan didefiniskan sebagai perbuatan membimbing dan memberi petunjuk (Kamus Dewan Edisi Keempat). Bimbingan juga diberikan konsep sebagai suatu proses untuk membantu orang lain membuat pilihan penting yang akan memberi kesan terhadap kehidupan mereka. Menurut Campbell (1932), bimbingan merupakan suatu istilah yang memberi fokus kepada masalah-msalah seperti kesihatan, agama, rekreasi dalam keluarga, rekreasi kumpulan kawan, sekolah dan tempat kerja. Menurut Miller (1961), “Bimbingan umpama baju yang mempunyai perlbagai warna.” Beliau bermaksud bahawa istilah bimbingan tersebut telah digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah masalah penyertaan lepasan sekolah ke alam kerjaya dan banyak lagi. Shertzer (1976) pula telah memberi definisi bimbingan sebagai suatu proses membantu individu utnuk memahami dirinya dan dunianya. Menurut Hamblin (1993), bimbingan ialah suatu bentuk perkhidmatan yang merangkumi perkara-perkara seperti orientasi, maklumat pendidikan, inventori, individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan. Kaunseling pula merupakan suatu proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha untuk mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat (Kamus Dewan Edisi Keempat).

description

esaimen

Transcript of konsep

KonsepBimbingan didefiniskan sebagai perbuatan membimbing dan memberi petunjuk (Kamus Dewan Edisi Keempat). Bimbingan juga diberikan konsep sebagai suatu proses untuk membantu orang lain membuat pilihan penting yang akan memberi kesan terhadap kehidupan mereka. Menurut Campbell (1932), bimbingan merupakan suatu istilah yang memberi fokus kepada masalah-msalah seperti kesihatan, agama, rekreasi dalam keluarga, rekreasi kumpulan kawan, sekolah dan tempat kerja.Menurut Miller (1961), Bimbingan umpama baju yang mempunyai perlbagai warna. Beliau bermaksud bahawa istilah bimbingan tersebut telah digunakan untuk pelbagai tujuan termasuklah masalah penyertaan lepasan sekolah ke alam kerjaya dan banyak lagi. Shertzer (1976) pula telah memberi definisi bimbingan sebagai suatu proses membantu individu utnuk memahami dirinya dan dunianya.Menurut Hamblin (1993), bimbingan ialah suatu bentuk perkhidmatan yang merangkumi perkara-perkara seperti orientasi, maklumat pendidikan, inventori, individu, kaunseling, penempatan dan aktiviti susulan.Kaunseling pula merupakan suatu proses teratur yang melibatkan perbincangan yang rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha untuk mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat (Kamus Dewan Edisi Keempat).Menurut Chriss (1999), kaunseling merupakan suatu proses untuk menolong seseorang individu supaya menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya.Menurut Ivey (1982) pula, kaunseling merupakan suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri seseorang individu tersebut.Guru pula merupakan orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh (Kamus Dewan Edisi Keempat). Kaunselor ialah orang yang layak menjadi pembimbing dan penasihat kepada orang lain yang menghadapi masalah. Kaunselor juga merupakan orang yang berkelayakan menjalankan sesi kaunseling. (Kamus Dewan Edisi Keempat).Mizan Adiliah telah menyatakan bahawa konsep kaunselor dan guru pembimbing di Malaysia berbeza dengan konsep kaunselor di negara Barat. Di negara Barat khususnya Amerika, kaunselor sekolah terdiri daripada para profesionalis yang telah diberi tugas sepenuh masa untuk menjalankan perkhidmatan bimbingan.Menurut Delaney (1973), kaunselor sekolah di Amerika terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan di peringkat ijazah dalam bidang bimbingan dan kaunseling sekolah. Mereka juga perlulah diiktiraf oleh badan profesional dan mempunyai pengalaman menjalankan latihan kaunseling.Manakala di Malaysia, guru pembimbing atau dikenali sebagai kaunselor sekolah terdiri daripada guru-guru biasa yang telah diamanatkan oleh Guru Besar. Kadang kala guru-guru biasa ini akan diberi latihan untuk mengendalikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.Amir Awang (1983) telah menyatakan bahawa kita masih berada dalam kekaburan dan ketidakpastian mengenai konsep sebenar guru pembimbing di sekolah. Guru pembimbing sendiri dikenali sebagai guru kerjaya, guru panduan, perunding cara, kaunselor murid dan banyak lagi.

MatlamatSelalunya, matlamat utama sesi kaunseling dilaksanakan di sekolah ialah untuk membantu murid mengubah tingkah laku yang tidak baik kepada tingkah laku yang diingini. Contohnya, murid yang bermasalah disiplin diberikan khidmat kaunseling supaya tingkah laku dirinya dapat dibuat perubahan yang positif.Kaunseling di sekolah bermatlamat untuk membantu murid-murid memahami diri mereka sendiri khususnya dalam aspek kebolehan dan minat. Selain daripada itu, matlamat kaunseling di sekolah ialah untuk membantu murid untuk memajukan dirinya kea rah perkembangan potensi atau berupaya mengintegrasikan bahagian-bahagian dalam dirinya yang mempunyai masalah atau konflik.Matlamat kaunseling yang lain di sekolah ialah membantu murid supaya mereka mempunyai akal yang celik tentang dunia pekerjaan dan hubungannya dengan pendidikan. Menurut Heyden (2011), matlamat perkhidmatan bimbingan dan kaunseling selari dengan matlamat pendidikan di sekolah iaitu untuk memenuhi keperluan psikologi mereka, memahami dan menerima diri mereka sendiri, membina hubungan yang baik dengan rakan sebaya dan dapat berdikari.Gibson (2009) telah menyenaraikan beberapa tujuan program bimbingan dan kaunseling dilaksanakan di sekolah. Antara tujuan atau matlamat bimbingan dan kaunseling menurut beliau ialah menyedarkan murid tentang bakat dan potensi diri, membantu murid yang menghadapi msalah perkembangan, menyediakan sokongan teknikal kepada guru-guru di sekolah dan menyumbang kepada penyesuaian murid di sekolah.Kesimpulannya, matlamat program bimbingan dan kaunseling dijalankan khususnya di sekolah rendah adalah bertujuan untuk membantu murid-murid menyelami diri mereka sendiri supaya mereka dapat tahu atau lebih mengenali diri mereka sendiri terutamanya dari aspek kebolehan diri dan bakat.