Konsep Addie

8
KONSEP ADDIE Pengenalan Sememangnya semua manusia sentiasa berada dalam proses pembelajaran, hatta bermula daripada janin yang berada di dalam kandungan ibunya. Seseorang individu belajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Menurut Sulaiman (2004), pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh seseorang melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan. Ia seterusnya membawa perubahan kognitif dan tingkah laku secara kekal. Sehubungan dengan itu, pembelajaran boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada pengalaman dalam kehidupan seseorang individu. Namun begitu, bagaimana seseorang individu itu belajar? Sifat semula jadi manusia yang sentiasa ingin tahu menggalakkan mereka mencari jawapan berkenaan dengan hal ini. Juga, terdapat individu yang berusaha untuk membuat kajian tentang sifat-sifat proses pembelajaran. Atas usaha individu-individu tersebut, terdapat kajian yang telah berjaya menghasilkan teori pembelajaran yang masih digunapakai di dalam bilik darjah sehingga ke hari ini. Reka bentuk pengajaran ialah satu proses untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran yang dilakukan sescara sistematik dan terancang Dick dan

Transcript of Konsep Addie

Page 1: Konsep Addie

KONSEP ADDIE

Pengenalan

            Sememangnya semua manusia sentiasa berada dalam proses

pembelajaran, hatta bermula daripada janin yang berada di dalam kandungan

ibunya. Seseorang individu belajar untuk memperoleh pengetahuan dan kemahiran

melalui pengalaman untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Menurut

Sulaiman (2004), pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh

seseorang melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan. Ia

seterusnya membawa perubahan kognitif dan tingkah laku secara kekal.

            Sehubungan dengan itu, pembelajaran boleh dikatakan sebagai sebahagian

daripada pengalaman dalam kehidupan seseorang individu. Namun begitu,

bagaimana seseorang individu itu belajar? Sifat semula jadi manusia yang sentiasa

ingin tahu menggalakkan mereka mencari jawapan berkenaan dengan hal ini. Juga,

terdapat individu yang berusaha untuk membuat kajian tentang sifat-sifat proses

pembelajaran. Atas usaha individu-individu tersebut, terdapat kajian yang telah

berjaya menghasilkan teori pembelajaran yang masih digunapakai di dalam bilik

darjah sehingga ke hari ini.

            Reka bentuk pengajaran ialah satu proses untuk mereka bentuk,

membangun, melaksana dan menilai pengajaran yang dilakukan sescara sistematik

dan terancang  Dick dan Reiser (1988). Reka bentuk pengajaran boleh dikaitkan

dengan pembinaan pengajaran. Konsep reka bentuk pengajaran ialah sebagai satu

proses untuk membina bahan pengajaran dan bahan multimedia.

Enam perkara asas dalam model Reka Bentuk Pengajaran:

1.    Menentukan keperluan murid

2.    Menentukan matlamat dan objektif

3.    Membina prosedur penilaian

4.    Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian

5.    Mencuba sistem pengajaran

6.    Menilai keseluruhan sistem

Page 2: Konsep Addie

            Tujuan utama reka bentuk pengajaran adalah untuk menghasilkan

pengajaran yang berkesan bagi membolehkan pelajar memperoleh kemahiran,

pengetahuan dan sikap yang diharapkan serta digemari oleh pelajar. Pengajaran

yang dirancang dengan teliti dan lengkap mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan

perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membina disiplin yang positif.

Ini kerana pengajar dapat melaksanakan pengajaran dengan lancar dan menarik

serta tidak membazir masa dan sistematik.

            Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah seperti

meningkatkan pencapaian pelajar, menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik

darjah lebih teratur, memungkinkan objektif pengajaran dan pembelajaran dan hasil

pembelajaran mudah tercapai, membantu dalam proses membuat keputusan,

menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi

kumpulan yang pelbagai, dan akhirnya menjimatkan masa dan peruntukan yang

besar, khusus bagi sesuatu program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan

jarak jauh.

Model Rekabentuk Pengajaran 

Model rekabentuk pengajaran merupakan garis panduan ataupun satu set strategi

yang menjadi dasar pendekatan pengajaran untuk seseorang pengajar. Ia

membekalkan struktur secara langkah demi langkah "how to practice" dan "how to

conduct".

Terdapat pelbagai model pengajaran yang diamalkan oleh guru-guru di sekolah.

Umumnya model-model ini boleh dikategorikan dalam tiga kumpulan berikut:

·         Model berorientasikan bilik darjah - Model ASSURE

·         Model berorientasikan produk - Model ADDIE

·         Model berorientasikan sistem - Model Dick & Carey

Di antara kelebihan penggunaan model pengajaran di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ialah:

• dapat membantu guru merancang pembinaan dan penggunaan media dan kaedah

yang sesuai.

• menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.

Page 3: Konsep Addie

• membantu guru membuat persediaan yang dapat disesuaikan dengan topik dan

latar belakang murid dalam proses pengajaran dan pembelajan.  

MODEL ADDIE 

Model ADDIE diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987. Model ADDIE merupakan

model rekabentuk yang berfungsi sebagai garis panduan ke arah pembinaan

perisian dan bahan pengajaran-pembelajaran berdasarkan keperluan.

Model ini merupakan antara model pengajaran yang sering menjadi asas kepada

model-model rekabentuk pengajaran yang lain. Model ADDIE merupakan proses

generik yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan.

Tujuan model ini direkabentuk adalah untuk menghasilkan rancangan pengajaran

dan bahan pembelajaran agar penyampaian sesuatu pengajaran itu akan menjadi

lebih efektif dan efisien. Model Pengajaran ADDIE yang meliputi fasa-fasa analisis,

rekabentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian.

 

Lima fasa yang terdapat di dalam Model ADDIE iaitu:

A (Analysis)             - Analisis                            

D (Design)               - Rekabentuk                             

D (Development)      - Pembangunan                    

I (Implementation)    - Pelaksanaan                   

E (Evaluation)           - Penilaian                    

Fasa Analisis (Analysis)

Pada peringkat ini ia melibatkan beberapa proses penentuan serta mengenalpasti

masalah yang ingin diselesaikan. Setelah sesuatu masalah dapat dikenalpasti

proses analisis akan dilaksanakan bagi mencari apakah punca atau faktor yang

berkaitan atau yang menimbul masalah tersebut. Proses analisis ini melibatkan

berbagai aspek antaranya:

                        i.  analisis terhadap pengguna,

                        ii.  analisis  terhadap persekitaraan pembelajaran,

Page 4: Konsep Addie

                        iii. kenalpasti matlamat pengajaran.

Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran

pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat

beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu :

a)    Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?

b)    Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan?

c)    Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?

d)    Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?

e)    Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Merupakan asas untuk fasa-fasa seterusnya dalam rekabentuk pengajaran. Antara

perkara yang dilakukan dalam fasa ini adalah memperjelaskan masalah,

mengenalpasti sumber masalah dan menentukan penyelesaian masalah. Fasa ini

melibatkan teknik kajian seperti analisis kehendak, analisis kerja dan analisis

tugasan. Output bagi fasa ini termasuklah matlamat pengajaran dan senarai tugasan

yang perlu diajar. Kesemua output ini akan menjadi input bagi fasa rekabentuk.

Fasa Rekabentuk (Design)

Peringkat ini dilaksanakan selepas proses analisis keperluan selesai. Ia menjelaskan

pandangan keseluruhan mengenai rupabentuk, struktur, pendekatan teori, jenis

media dan teknologi yang akan digunakan. Antara lain ia juga melibatkan proses:

                        i.   Pembentukan objektif yang khusus untuk pengajaran.

                        ii.  Pembinaan item-item untuk ujian.

                        iii. Pemilihan strategi pengajaran.

Fasa ini penting untuk merancang strategi dalam membangunkan pengajaran serta

menggariskan cara bagaimana mencapai matlamat pengajaran.

Antara elemen di dalam fasa rekabentuk termasuklah menulis siapa yang hendak

disasarkan, menjalani analisis pembelajaran, menulis objektif dan item ujian, memilih

sistem penyampaian dan menyusunatur pengajaran.

Page 5: Konsep Addie

Fasa Pembangunan (Development)

Peringkat ini melibatkan membina sistem sebenar dengan menggunakan semua

elemen media dan teknologi yang terpilih berdasarkan keperluan.

Dibina berdasarkan fasa analisis dan rekabentuk. Tujuan fasa ini ialah untuk

menghasilkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran. Semasa fasa ini

akan dibangunkan, langkah pengajaran serta  media yang bakal digunakan dalam

pengajaran dan dokumen lain yang diperlukan. Output dalam fasa rekabentuk akan

menjadi input kepada fasa pembangunan. Kerja- kerja pembangunan projek

mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap

pembangunan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.

Fasa Perlaksanaan (Implementation)

Di peringkat ini, bahan pengajaran yang telah disediakan akan digunakan atau

dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Projek multimedia yang telah disiapkan akan

diuji kepada pengguna sebenar bagi mengenalpasti kesilapan semasa proses

pembangunan projek berlaku. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan

dilakukan sebelum ia diserahkan sepenuhnya kepada pengguna sasaran untuk

digunakan.

Fasa Penilaian (Evaluation)

Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian

sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian

formatif seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan

keberkesanannya.

Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja

yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan

elemen multimedia melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian.

Penilaian sumatif biasanya  berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan

bahan pengajaran diselesaikan.