KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

19
1. Pendahuluan Konsep Falsafah sejarah dalam tradisi pribumi Sabah, khususnya suku kaum Dusun dilihat dari perspektif amalan adat resam dan tradisi yang diwarisi berasaskan fahaman dan agama adat "Pagan" kaum Dusun. Kepercayaan dan nilai tradisi lahir daripada kepercayaan animisme yang diwarisi daripada nenek moyang. Prof. Madya Abu Hassan Sham (1987) melaporkan Prof. Dr. Mohd. Taib Osman menyatakan tradisi ialah suatu yang diwarisi daripada nenek moyang. sistem kepercayaan orang Kadazandusun melabelkan nenek moyang Kadazandusun sebagai pagan atau animis. Berdasarkan interpretasi daripada teks mitos didapati orang Kadazandusun masa silam telah mempercayai tentang dewa-dewi yang berhierarki. Dengan kata lain, nenek moyang orang Kadazan-dusun bukannya tidak beragama (pagan), atau hanya percaya pada semangat (animis) semata-mata. Sistem kepercayaan politeisme Kadazandusun seperti ini mempunyai ciri-ciri yang mirip kepada sistem kepercayaan politeisme bangsa bertamadun lain seperti orang Yunani, Cina dan Hindu.

Transcript of KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

Page 1: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

1. Pendahuluan

Konsep Falsafah sejarah dalam tradisi pribumi Sabah, khususnya suku kaum

Dusun dilihat dari perspektif amalan adat resam dan tradisi yang diwarisi

berasaskan fahaman dan agama adat "Pagan" kaum Dusun. Kepercayaan dan

nilai tradisi lahir daripada kepercayaan animisme yang diwarisi daripada nenek

moyang. Prof. Madya Abu Hassan Sham (1987) melaporkan Prof. Dr. Mohd.

Taib Osman menyatakan tradisi ialah suatu yang diwarisi daripada nenek

moyang. sistem kepercayaan orang Kadazandusun melabelkan nenek moyang

Kadazandusun sebagai pagan atau animis.

Berdasarkan interpretasi daripada teks mitos didapati orang

Kadazandusun masa silam telah mempercayai tentang dewa-dewi yang

berhierarki. Dengan kata lain, nenek moyang orang Kadazan-dusun bukannya

tidak beragama (pagan), atau hanya percaya pada semangat (animis) semata-

mata. Sistem kepercayaan politeisme Kadazandusun seperti ini mempunyai ciri-

ciri yang mirip kepada sistem kepercayaan politeisme bangsa bertamadun lain

seperti orang Yunani, Cina dan Hindu. Dengan itu, boleh dikatakan orang

Kadazandusun juga merupakan satu rumpun bertamadun, yang mempunyai

sistem kepercayaan politiesme bangsa bertamadun lain seperti orang Yunani,

Cina dan Hindu. Dengan itu, boleh dikatakan orang Kadazandusun juga

merupakan satu rumpun bertamadun, yang mempunyai sistem kepercayaan

politeisma yang tersendiri. 

Page 2: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

Antara ciri-ciri fahaman tradisi masyarakat Dusun yang dianggap baik

ialah kaum ini mempercayai adanya alam ghaib seperti Tuhan dan setiap

perbuatan mempunyai balasan baik buruknya. Bagi masyarakat Dusun, Tuhan

ialah "Kinorohingan" dan mempunyai kuasa tertinggi dari segala sesuatu.

Tuhan tempat mereka mengkomunikasi atau meminta sesuatu khususnya

kesihatan, keselamatan dan meminta perlindungan daripada sebarang penyakit

serta kinorohingan dapat menghalang pengaruh kuasa ghaib seperti syaitan atau

"Roogon" dalam bahasa Dusun. Ini jelas terbukti dalam upacara-upacara

masyarakat Dusun, contohnya apabila membuka tanah baru untuk pertanian,

membina rumah dan masuk rumah baru, mengubati orang sakit, upacara

memulakan menuai padi dan sebagainya, semuanya dimulai dengan mentera

dan pemujaan kepada Kinorohingan. Menurut Ismaily Bungsu(1988)

kepercayaan kaum Dusun atau Kadazan tentang kinorohingan ialah

kinorohingan bersemayam di luar sebagai Tuhan dan dikaitkan dengan beberapa

lagenda khususnya hal-hal berkaitan dengan mentera pemujaan.

Page 3: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

1.1 Epistemologi

Konsep epistemologi Pribumi Sabah tidak nafikan sempat mengamit perhatian

bagi mereka yang mahu mencari pencerahan dari timur. Masyarakat Pribumi

Sabah khususnya Suku Kaum Kadazan Dusun melihat sumber pengetahuan dan

ilmu berkaitan undang-undang kehidupan didasari daripada kepercayaan

animisme. Kepercayaannya bersifat realitif dengan menggunakan akal fikiran

serta kuasa ghaib yang akhirnya membentuk system nilai dalam masyarakat

mereka. Kewujudan kepercayaan ini telah mempengaruhi setiap aspek

kehidupan mereka dan akhirnya mereka menyembah pelbagai unsur alam

semesta supaya mereka tidak terlibat dalam kemalangan. Kepercayaan

animisme ini memberi mereka percaya bahawa alam ini mempunyai pelbagai

kuasa yang menunggu atau mendiami di gunung, bukit, busut, sungai, laut,

pokok dan tanaman. Kepercayaan ini pasif kepada alam sekitar atau dengan

kata lain alam sekitar mempengaruhi manusia. Dalam usaha mencari makanan

seperti memburu, mengutip hasil hutan, mereka telah mewujudkan interaksi

dengan alam sekitar.

Dalam perinteraksian ini, mereka telah melihat pelbagai keanehan alam

seperti bintang-bintang yang bertaburan telah mengeluarkan cahaya pada waktu

malam dan sinaran matahari pada waktu siang. Mereka menganggap semua

benda ini berkuasa dan menyembah benda alam semula jadi ini supaya dapat

memperolehi pertolongan daripadanya. Apabila mereka membuat permintaan

pertolongan, mereka akan memuja benda ini. Sebagai contoh, masyarakat

Page 4: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

Dusun memuja padi supaya dapat memperolehi hasil pertanian yang lumayan.

Aktiviti pemujaan ini dilakukan melalui penggunaan khidmat orang tengah yang

mempunyai keahlian ilmu ghaib seperti pawing, dukun dan bomoh. Aktiviti ini

juga disertai dengan pelbagai upacara. Ciri yang paling utama bagi kepercayaan

animisme ialah percaya kepada kewujudan roh atau semangat;

i. Masyarakat ini percaya bahawa roh seseorang yang mati akan merayau

ibarat tanpa tuan.

ii. Mereka juga percaya roh orang mati akan menganggu mereka.

iii. Mereka percaya setiap roh orang mati akan kembali datang melawat

mereka juga.

iv. Maka, mereka akan selalu mengadakan arwah seperti pada hari ke-3, 7,

100 dan sebagainya.

v. Mereka percaya kepada semangat-semangat iaitu satu kuasa ghaib

terdapat dalam tumbuh-tumbuhan dan binatang, maka pemujaan telah

diadakan oleh pawang untuk kebaikan seperti pagi menjadi, hindari

bencara alam.

Dalam konteksi agama-agama samawi, kebenaran mutlak hanya dapat

diperolehi melalui sumber wahyu, iaitu kitab-kitab Taurat, Injil dan Al-Quran.

Seperti nilai dan kepercayaan Islam yang mempercaya sumber wahyu yang

didatangi oleh Allah melalui al-Quran dan hadis. Menurut konsep hierarki ilmu

pengetahuan Islam, terdapat ilmu-ilmu naqliyyah (Revealed Sciences) di tingkat

Page 5: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

tertinggi dan dikuti oleh ilmu naqliyyah iaitu ilmu tafsir, hadis, tauhid. Fiqh, ilmu

tasawuf dan sirah.

1.2. Ontologi Sejarah.

Teori kewujudan masyarakat pribumi kadazan Dusun dipengaruhi oleh

kewujudan supernatural yang berasaskan peranan objek semula jadi yang wujud

dipersekitaran mereka. Kepercayaan tentang teori kewujudan masyarakat

pribumi Suku Kaum Dusun di Sabah mencakupi ruang lingkup alam spiritual

yang menekankan aspek supernatural . Teori kewujudan tuhan datangnya

daripada bentuk-bentuk kepercayaan animisme. Ontology yang agak sempit

meliputi ciri-ciri spiritualisme.

Ini bertolak daripada system kepercayaan dan lagenda kewujudan

mereka bahawa Kadazandusun berasal dari tempat pohon Ara ( NUNUK

RAGANG) . Lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun

menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun bermula dari "Nunuk

Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran suku kaum ini ke

seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya

mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak

kehidupan mereka. Sejarah kewujudan ini bermula di sebuah kawasan di sekitar

muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai Kogibangan (dari arah kiri) dan

Page 6: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai

yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). Kerana

diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing-

masing dengan telatah dan perangainya. Di bawah pohon, di tebing sungai dan

di atas sepanjang juntaian akar Nunuk - penuh dengan lembaga itu. Pantulan

warna ke "kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar

ke arah tubuh lembaga-lembaga itu.

Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia

dipanggil Nunuk Ragang. (Aragang/Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Merah.

Tanggapan bahawa Nunuk itu berwarba merah atau Nunuk Ragang adalah

kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang

bersenda ria di sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai

dikiaskan sebagai "warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah

pokok Nunuk itu yang berwarna merah. Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini

menjadi "identity" rakyat Sabah yang mempercayai bahawa "asal-usul" mereka

adalah dari kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk

Ragang, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk, yang

pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlambangan menunjukkan betapa

ramai manusia di tempat ini tersebut.

Page 7: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

Bentuk dan system nilai ontology sejarah kepercayaan Masyarakat

Pribumi Kadazan Dusun secara langsung membentuk satu pegangan dan

panduan hidup yang dicipta berdasarkan pemikiran rasional dan kepercayaan

spiritual. Tuhan tercipta berdasarkan kejadian-kejadian aneh yang berlaku

dipersekitarn mereka. Tidak terdapat tokoh-tokoh suci yang menjadi satu

landasan yang membentuk kesatuan pemikiran mereka melainkan tukang-

tukang pandai yang dipanggil sebagai "bobolizan" yg bermakna "tukang bayar

hutang dosa dan orang tengah utk memohon pengampunan dosa.

Dari sudut perspektif Islam terdapat pelbagai bukti dan dalil tentang

kewujudan Tuhan konsep ilmu sejarah yang bersifat heteronorni, yakni tidak

berdiri sendiri, tetapi bergantung pada Allah S.W.T. Dengan itu, sejarah tidaklah

bersifat autonomi atau berdiri sendiri, sebaliknya bersifat holistik dan heteronomi,

yakni bergantung kepada Aqidah dan Syariat. Bukan sahaja bergantung kepada

Aqidah dan Syariat, bahkan juga saling bergantung dengan sesama ilmu

Aqliyyah yang lain.

Page 8: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

1.3 Kosmologi Sejarah Pribumi Sabah

Kosmologikal dalam masyarakat pribumi suku kaum Dusun Kadazan di sabah

menjurus kepada system nilai kepercayaan yang bercorak fizikal dan bukan

fizikal. Pengaruh luar dalam penafsiran sesuatu bentuk dipengaruhi oleh

kepercayaan nenek moyang secara turun temurun.,Hal ini kemudiannya berubah

dari semasa ke semasa sehinggalah unsur luar meresap dalam pemikiran

mereka. Pemikiran yang wujud dalam system nilai diperturunkan daripada satu

generasi ke generasi lain dalam bentuk lisan.

Oleh itu, unsur mitos dalam sejarah kepercayaan masyarakat pribumi

sabah merupakan identity terpenting dalam mengkaji kosmologi pribumi ini.

Sebagai contoh; Menurut kepercayaan Dusun semangat padi merupakan

Kinoingan (Kinoringan dalam dialek Dusun)yang dikenali sebagai Bambaazon,

disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat

padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang

mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan’. Mengapakah mesti suku

kaum Dusun zaman silam mengamalkan upacara pemujaan semangat padi?

Jawapannya terletak sebahagiannya pada keadaan persoalan zaman silam

yang belum maju teknologinya dan masih mengamalkan pertanian sara diri.

Kehidupan dalam keadaan masyarakat sedemikian dapat memberi sesuatu yang

tidak diperolehi manusia yang bertamadun.

Page 9: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

Namun kehidupan sehari-hari mereka penuh dengan bahaya yang tidak

disangka-sangka dan kadang-kadang menakutkan. Mereka tidak mempunyai

pengetahuan empiris yang mencukupi untuk membolehkan mereka mengatasi

bahasa ber bekalkan teknik yang dapat diuji secara ilmiah. Oleh itu, mereka

terpaksa mengatasi bahaya dengan cara simbolik dan ekspresif. Satu cara

adalah dengan menspiritualisasikan alam ini. Anggota-anggotanya yang

sederhana itu tidak mempunyai sumber yang praktik untuk menghadapi

ketidaksuburan padi atau musim kemarau. Tetapi sekiranya mereka memberi

kuasa kepada sesuatu dengan sifat-sifat yang tertentu, mereka sekurang

kurangnya dapat menyingkirkan perasaan takut terhadap ancaman yang

mendatang. Kemudian, dengan pemujaan mereka menyandarkan harapan

kepada kuasa spiritual. Cara memandang dunia begini dapat terus dihidupkan

lama selepas pengetahuan dan teknik tentang pertanian moden diketahui umum.

Cara begini memenuhi keperluan sejagat yang dalam dunia moden pun

tidak dapat dipenuhi dengan sebarang cara yang lain. Penulis tidak akan

menyentuh lagi aspek semangat padi dari segi konsep, yakni bagaimana

anggapan terhadapnya dan peri pentingnya dari segi simbolik. Dapatlah

diandaikan dengan melakukan upacara pemujaan semangat padi, mereka akan

dapat memuaskan semangat itu. Sebagai balasan, semangat tersebut diharap

akan mengundurkan pengaruh ancaman padi. Pada asasnya apa yang penting

ialah kualiti pelakuan dari segi simbolik. Seluruh perlakuan itulah yang dipercayai

Page 10: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

mempunyai kesan. Boleh dikatakan peraturan yang dipegang tersebut ialah do

ut des, yakni "memberi dan menerima".

Justeru, amalan dan juga penghayatan kosmologikal Pribumi Sabah ini

yang diambil iktibar daripada alam semesta dan unsur-unsur yang terkandung di

dalamnya; penghasilan dan pengucapan kosmologikal berdasarkan interaksi

dengan alam dan unsur-unsur alam; manifestasi kosmologi dalam pelbagai

aspek kemasyarakatan dan budaya yang tersendiri. Persoalan mengawal serta

mengatur kehidupan di alam maya selaras dengan sistem nilai dan kepercayaan

mereka dan keselarasan pengucapan dan manifestasi kosmologikal ini turut

berubah dan mempunyai kaitan dengan aspek-aspek saintifik moden

berdasarkan pengalaman dan penghayatan empirikal kepercayaan pribumi

dengan alam semesta.

Tuhan adalah wujud dan tercpita daripada interaksi dengan alam.

Kinorohingan adalah satu-satunya tuhan mereka. Pada masa kini, kebanyakan

orang Kadazandusun adalah penganut Kristian. Sebahagian daripada mereka

juga beragama Islam. Bomoh orang Kadazandusun dipanggil Bobolian.

Revolusi kebangkitan teknologi semasa membentuk satu pemikiran baru

dikalangan pribumi sabah. Unsur-unsur luar telah membawa perubahan radikal

dalam sistem nilai dan kepercayaan nenek moyang. Dalam hubungannya

dengan sejarah awal manusia, tidak syak lagi teori evolusi menjadi titik tolak

dalam pembentukan dan perkembangan pemikiran mereka. Seperti juga sejarah

awal alam dan manusia menurut pandangan agama-agama langit, mempunyai

Page 11: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

keistemewaannya tersendiri. Seperti agama-agama Yahudi dan Kristian, doktrin

kosmologi Islam adalah bersifat metafizik, di mana Allah S.W.T menjadi sebab

Pertama kepada terciptanya alam dan manusia daripada tidak ada.

1.4 Aksiologi Sejarah Pribumi Sabah

Aksiologi merupakan satu cabang dalam bidang falsafah yang berkait rapat

dengan nilai, etika, estetika dan agama, kriteria nilai dan pembuatan keputusan

berasaskan nilai. Dalam Islam misalnya, nilai dasarnya ialah wajib, sunat, harus,

makruh dan haram. Dalam aksiologi sejarah pribumi Sabah aliran ini bersifat

subjektif yang ditentukan oleh subjek dan sifatnya adalah berbeza dan berubah-

ubah. Masyarakat Dusun mempunyai norma kehidupan yang melibatkan sistem

etika dan peraturan yang perlu dipatuhi. Sistem norma ini tidaklah seperti

undang-undang bertulis tetapi sistem ini lebih merupakan kontrak sosial. Sistem

ini merupakan nilai, panduan dan kawalan dalam kehidupan bermasyarakat.

Sesiapa juga yang didapati melanggar norma-norma ini akan dihukum menurut

adat masyarakat Dusun yang berupa fizikal dan deraan emosi. Bentuk hukuman

fizikal ialah pesalah dikehendaki membayar dengan ayam, babi, lembu atau

kerbau manakala deraan emosi pula ialah menjadi celaan dan cemuhan

masyarakat sekeliling atau sinonim dengan buah mulut.

Bagi menentukan nilai moral kepercayaan terhadap tradisi dan budaya

anutan merupak hal yang amat penting bagi memperolehi kebaikan dan

menolak unsure-unsur negative yang berkemungkinan merosakkan nilai dan

Page 12: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

moral mereka. Sebagai contoh; Terdapat sebanyak 8 jenis upacara pemujaan

yang dipraktikkan oleh suku  Dusun Upaca-upacara tersebut dihubungkan

dengan kelahiran, penyakit, kematian, keselamatan masyarakat, pertanian,

memburu, dan untung nasib( Williams, 1977:23). Pertanian sering dikaitkan

dengan padi kerana padi ialah tanaman utama mereka. Pemujaan semangat

padi merupakan pemujaan kepada kuasa simbolik  yang tidak empiris. Pemujaan

merupakan hasil ciptaan fikirn manusia, tetapi ia  menjadi unsur yang kuat dalam

hal ehwal manusia dan boleh dikatakan sebagai dipersonifikasikan. Semangat

padi dianggap bukan menusia dan diberi darjat yang tinggi.

Hal ini bermakna, kepercayaan pribumi suku kaum Dusun zaman silam

mengadakan seakan-akan satu perhubungan dengan semangat padi tetapi

sempadan yang tepat tidak dapat ditentukan dengan jelas. Pemujaan semangat

padi mungkin mempunyai implikasi sosial kerana terpancar peri pentingnya

semangat padi sebagai suatu kuasa yang menyatukan masyarakat , dan sebagai

penetap adat sosial bagi kelakuan yang disetujui.

Daripada cerita dongeng tentang semnagat padi dapat ditafsirkan

bahawa anasir-anasir alam seperti guruh, kilat, dan batu boleh mempengaruhi

manusia. Umpamanya, batu dikatakan telah menjadi objek sembah dan korban.

Batu diberi personaliti dengan cara demikian, terutama sekali apabila peristiwa

yang ajaib dikaitkan dengannya. Kepercayaan ini membentuk satu hukuman

dalam system kepercayaan mereka. Perkara-perkara yang dianggap melanggar

Page 13: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

adat tata susila akan menerima padah. Oleh itu, kepercayaan ini secara

langsung memberi panduan kebaikan kepada mereka dalam menjalani proses

kehidupan.

Berdasarkan bentuk kepercayaan ini, dapat menentukan satu criteria

moral yang positif dan wajar diamalkan . Adapun falsafah moral Isla, prinsip

asasinya ialah akidah Tauhid, iaitu Allah S.W.T sebagai penentu nilai baik buruk

sesuatu, yang mana mempunyai bentuk susunan hierarkiyang tertentu. Dalam

garis besarnya terdapat dua jenis nilai, iaitu nilai-nilai yang tetap dan yang

berubah. Nilai tetap dan kekal bertolak daripada nas-nas qati`I atau jelas, yang

meliputi aspek-aspek akidah, akhlak dan juga syariat. Sedangkan nilai yang

berubah, ia menyentuh masalah-masalah cabang (furu’) figh yang tidak jelas

hukumannya, sehingga diperlukan berijithad untuk mencari penyelesaiannya.

Prinsip-prinsip akhlak islam terhadap perbuatan baik dan buruk dalam bentuk

targhib atau tarhib yang bakal diterima sama ada mengikuti amalah yang telah

ditetapkan atau meningkari perintah Allah S.W.T

Page 14: KONSEP FALSAFAH MASYARAKAT DUSUN

5. Kesimpulan

Konsep falsafah sejarah pribumi sabah khusunya suku kaum Dusun bertitik tolak

daripada kepercayaan animisme yang membentuk pola pemikiran dan tradisi

kepercayaan dalam system nilai hidup mereka. Kepercayaan benda-benda

maujud yang bersifat spiritual menjadi sebahagian daripada amalan hidup

zaman silam. Walaupun demikain amalan ini dapat mengurangkan

kebimbangan dan tekanan. Dengan kata lain, kepercayaan tersebut telah

memberi keyakinan semasa menghadapi krisis hidup walaupun dari segi ilmiah

cara sedemikian tidak berkesan. Secara tidak langsung hal ini menampakkan

pergantungan manusia kepada alam semula jadi. Justeru bagi mengungkapkan

konsep falsafah pribumi sabah, nilai-nilai animisme yang melingkari adat mereka

merupakan perkaitan paling tepat bagi menilai sejarah kehidupan mereka.