Konsep Pemakanan Dan Kesihatan

2
1.0 KONSEP PEMAKANAN DAN KESIHATAN 2.1 PEMAKANAN Makanan merupakan suatu bahan yang berbentuk pepejal dan cair dan yang boleh dimakan. Makanan juga ialah bahan yang menarik rasanya dan pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan. Makanan mempunyai pelbagai bentuk, tekstur, rasa, warna, rupa dan bau yang berbeza. Makanan juga merupakan gabungan pelbagai rasa seperti pahit, manis, masin, masam dan pedas. Makanan adalah keperluan asa atau primer setiap manusia. Untuk memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi dan sosial, makanan amat diperlukan. Makanan boleh membantu pertumbuhan badan,membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan badan. Dengan perkataan lain, makanan mengawal kehidupan . Makanan dan pemakanan merupakan dua perkara yang saling berkait dan tidak dapat dipisahkan. Menurut buku Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan(Wee Eng Hoe,2002), pemakanan ialah suatu proses membekal dan menerima makanan yang diperlukan untuk kesihatan dan pertumbuhan. Pemakanan merupakan makanan yang dimakan dan bagaimana tubuh badan menggunakannya. Pendek kata,pemakanan ialah apa yang dimakan dan diminum oleh seseorang. Pemakanan juga bermaksud mempelajari tentang makanan tentang jenis makanan, kandungan dan peranan atau fungsi makanan terhadap tubuh manusia. Pemakanan adalah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan,pemulihan dan pengawalan kesihatan. Pemakanan juga boleh didefinisikan senagai sains nilai makan termasuk pelbagai kumpulan, makanan berzat dan perseimbangan makanan. Pilihan makanan yang betul dan sesuai akan membantu menjamin kesihatan badan kita. Pemakanan melibatkan enam jenis nutrient seperti karbohidrat, protein, lemak, garam, vitamin dan air. Nutrien-nutrien ini memainkan peranan utama iaitu membekal tenaga, mengawal proses tubuh badan dan membaiki,membina pertumbuhan tisu-tisu tubuh badan.

description

kajian sosial

Transcript of Konsep Pemakanan Dan Kesihatan

Page 1: Konsep Pemakanan Dan Kesihatan

1.0 KONSEP PEMAKANAN DAN KESIHATAN

2.1 PEMAKANAN

Makanan merupakan suatu bahan yang berbentuk pepejal dan cair dan

yang boleh dimakan. Makanan juga ialah bahan yang menarik rasanya dan

pada masa yang sama boleh menghilangkan rasa kelaparan. Makanan

mempunyai pelbagai bentuk, tekstur, rasa, warna, rupa dan bau yang

berbeza. Makanan juga merupakan gabungan pelbagai rasa seperti pahit,

manis, masin, masam dan pedas. Makanan adalah keperluan asa atau

primer setiap manusia. Untuk memenuhi keperluan fizikal, fisiologi, psikologi

dan sosial, makanan amat diperlukan. Makanan boleh membantu

pertumbuhan badan,membekalkan tenaga dan mengawal proses perjalanan

badan. Dengan perkataan lain, makanan mengawal kehidupan .

Makanan dan pemakanan merupakan dua perkara yang saling berkait

dan tidak dapat dipisahkan. Menurut buku Pendidikan Jasmani dan

Pendidikan Kesihatan(Wee Eng Hoe,2002), pemakanan ialah suatu proses

membekal dan menerima makanan yang diperlukan untuk kesihatan dan

pertumbuhan. Pemakanan merupakan makanan yang dimakan dan

bagaimana tubuh badan menggunakannya. Pendek kata,pemakanan ialah

apa yang dimakan dan diminum oleh seseorang. Pemakanan juga

bermaksud mempelajari tentang makanan tentang jenis makanan,

kandungan dan peranan atau fungsi makanan terhadap tubuh manusia.

Pemakanan adalah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan

untuk proses pertumbuhan,pemulihan dan pengawalan kesihatan.

Pemakanan juga boleh didefinisikan senagai sains nilai makan termasuk

pelbagai kumpulan, makanan berzat dan perseimbangan makanan. Pilihan

makanan yang betul dan sesuai akan membantu menjamin kesihatan badan

kita.

Pemakanan melibatkan enam jenis nutrient seperti karbohidrat,

protein, lemak, garam, vitamin dan air. Nutrien-nutrien ini memainkan

peranan utama iaitu membekal tenaga, mengawal proses tubuh badan dan

membaiki,membina pertumbuhan tisu-tisu tubuh badan.

Page 2: Konsep Pemakanan Dan Kesihatan

2.2 KESIHATAN

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO), perkataan sihat boleh

ditakrifkan sebagai keadaan sempurna fizikal,mental, sosial dan tidak hanya

ketika ketiadaan sakit. Pada asalnya, ”kesihatan” bermaksud dalam

keadaan sihat dan selamat, bebas daripada kecederaan, kecacatan dan

pnyakit. Namun, pada tahun 1948, dalam Persidangan Kesihatan sedunia

kali pertama yang dianjurkan oleh WHO, 54 wakil negara sebulat suara

menerima usul bahawa “kesihatan” ber,aksud sihat daripada aspek fizikal,

mental dan sosial, dan bukan sekadar terbebas daripada

penyakit,kecacatan dan kecederaan sahaja.

Mengikut definisi kesihatan yang dibuat oleh WHO, ketiga-tiga

komponen mental, fizikal dan sosial adalah bersepadu dan saling bertindak

sesama lain. Sebarang perubahan yang berlaku pada salah satu komponen

itu tentu akan mengganggu komponen lain. Kini,dua lagi komponen yang

penting dalam kesihatan ialah komponen emosi dan rohani.

Menurut Hoyman(1962), kesihatan boleh ditakrifkan sebagai keadaan

sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif.

Hal ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula dengan kesihatan

optimum dan berakhir dengan kematian. (kesihatan sifar)

Kesihatan fizikal membawa maksud segala fungsi fisiologi dan

anatomi badan berfungsi dengan baik dan badan tidak mudah diserang

penyakit. Dengan memeriksakan suhu bada, tekanan darah, denyutan

jantung dan kandungan air kencing, tahap kesihatan fizikal dapat diukur.

Kesihatan fizikal dapat dicapai dengan mengambil makanan yang seimbang

dan berkhasiat supaya badan memperoleh tenaga yang mencukupi untuk

menjalankan pelbagai aktiviti mental, fizikal, sosial dan fisiologi.