Konsep Pemerengganan

5
Konsep Pemerengganan Pemerenggan bermaksud usaha untuk menghasilkan komposisi sebuah karangan yang mantap melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna. Perenggan yang sempurna terhasil apabila struktur atau bahagian-bahagian yang lengkap dalam perenggan berjaya diwujudkan. Bahagian-bahagian itu berlainan antara perenggan pendahuluan, isi, penutup dan dialog. Maksud Perenggan Perenggan ialah binaan bahasa yang terhasil daripada sekumpulan perkataan yang membina pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan satu idea utama secara tuntas. Jenis Perenggan Perenggan Pengenalan. Perenggan Isi Perenggan Penutup Perenggan Dialog. Struktur Karangan Sempurna Perenggan Pengenalan Perenggan Isi 1 Perenggan Isi 2 Perenggan Isi 3 Perenggan Isi 4 Perenggan Isi 5 Perenggan Penutup Fungsi Perenggan Pengenalan Perenggan pengenalan berfungsi untuk: 1. mengenalkan tajuk kepada pembaca; 2. menjelaskan tajuk dari segi makna atau tujuan; 3. memberikan gambaran tentang konteks penulisan; 4. menegaskan pendirian atau pendapat penulis tentang isu yang terkandung dalam tajuk; 5. mampu merangsang minat, rasa ingin tahu dan emosi pembaca. Binaan Perenggan Pengenalan Perenggan pengenalan yang baik hendaklah dibina menggunakan ayat: 1. Ayat Penyataan 2. Ayat Huraian 3. Ayat Rangsangan 4. Ayat Pandu/Arah Contoh Perenggan Pengenalan Tajuk: Potensi Perkembangan Industri Pelancongan di Brunei Darussalam. Bahaskan. (a) Sesebuah negara perlu mengembangkan pelbagai jenis industri. (b) Hal ini perlu supaya negara itu memiliki sumber ekonomi yang lebih luas dan mantap. (c) Ibarat sebuah keluarga, ahli-ahlinya semua bekerja dan menjawat tugas yang

Transcript of Konsep Pemerengganan

Page 1: Konsep Pemerengganan

Konsep PemerenggananPemerenggan bermaksud usaha untuk menghasilkan komposisi sebuah karangan yang mantap melalui binaan perenggan-perenggan yang sempurna. Perenggan yang sempurna terhasil apabila struktur atau bahagian-bahagian yang lengkap dalam perenggan berjaya diwujudkan. Bahagian-bahagian itu berlainan antara perenggan pendahuluan, isi, penutup dan dialog.

Maksud PerengganPerenggan ialah binaan bahasa yang terhasil daripada sekumpulan perkataan yang membina pelbagai jenis ayat untuk menyampaikan satu idea utama secara tuntas.

Jenis PerengganPerenggan Pengenalan.Perenggan IsiPerenggan PenutupPerenggan Dialog.

Struktur Karangan Sempurna

Perenggan PengenalanPerenggan Isi 1Perenggan Isi 2Perenggan Isi 3Perenggan Isi 4Perenggan Isi 5Perenggan Penutup

Fungsi Perenggan Pengenalan

Perenggan pengenalan berfungsi untuk:1. mengenalkan tajuk kepada pembaca;2. menjelaskan tajuk dari segi makna atau tujuan;3. memberikan gambaran tentang konteks penulisan;4. menegaskan pendirian atau pendapat penulis tentang isu yang terkandung dalam tajuk;5. mampu merangsang minat, rasa ingin tahu dan emosi pembaca.

Binaan Perenggan Pengenalan

Perenggan pengenalan yang baik hendaklah dibina menggunakan ayat:1. Ayat Penyataan2. Ayat Huraian3. Ayat Rangsangan4. Ayat Pandu/Arah

Contoh Perenggan Pengenalan

Page 2: Konsep Pemerengganan

Tajuk: Potensi Perkembangan Industri Pelancongan di Brunei Darussalam. Bahaskan.

(a) Sesebuah negara perlu mengembangkan pelbagai jenis industri. (b) Hal ini perlu supaya negara itu memiliki sumber ekonomi yang lebih luas dan mantap. (c) Ibarat sebuah keluarga, ahli-ahlinya semua bekerja dan menjawat tugas yang berlainan di sektor yang berlainan pula. (d) Sudah tentu keluarga itu memperoleh pelbagai sumber kewangan, pengalaman dan ilmu pengetahuan. (e) Berdasarkan itu, tidak ada salahnya Brunei Darussalam mengorak langkah secara aktif untuk meneroka dan memajukan industri pelancongan. (f) Lebih-lebih lagi, negara kita sebenarnya mempunyai potensi yang sangat besar. (g) Potensi itu dapat dikategorikan kepada lima aspek.

1. Ayat Penyataan (a), penegasan (b) alasan2. Ayat Huraian (c), huraian jenis perbandingan / ibarat (d) faedah3. Ayat Rangsangan (e), memujuk perasaan (f) rasa ingin tahu4. Ayat Pandu/Arah (g) lima aspek akan / ingin dibahaskan

Struktur Perenggan Pengenalan

Ayat PenyataanAyat HuraianAyat RangsanganAyat Pandu

Fungsi Perenggan Isi

Perenggan isi digunakan untuk menyampaikan idea. Penyampaian itu hendaklah jelas supaya cepat diterima atau difahami oleh pembaca. Keberkesanan perenggan isi hanya berlaku jika ayat-ayat yang digunakan saling menyokong dan berpusat pada idea utama yang tertulis dalam bentuk ayat judul.

Binaan Perenggan Isi

Sebuah perenggan isi hanya mengandungi satu idea utama. Idea utama ini perlu dituliskan dalam bentuk ayat judul dan hanya dapat disampaikan secara tuntas apabila dibantu dengan ayat-ayat kembangan. Ayat-ayat kembangan menyempurnakan maksud isi utama dengan memberikan penghuraian lanjut, membuat perbandingan, membuat rujukan tertentu, memasukkan petikan, memberikan contoh dan sebagainya. Di bahagian akhir perenggan, ayat rumusan digunakan bagi mengulung hujah atau membuat penekanan.

Contoh Perenggan Isi

Tajuk: Potensi Perkembangan Industri Pelancongan di Brunei Darussalam. Bahaskan.

a) Salah satu potensi Brunei yang jelas ketara ialah sumber kewangan. b) Sebaik manapun perancangan yang dilakukan, tanpa sumber kewangan yang mencukupi usaha menjadikan

Page 3: Konsep Pemerengganan

negara ini sebagai pusat pelancongan tidak akan berjaya. c) Terdapat negara yang pendapatan negara kasarnya lebih rendah daripada Brunei telah berjaya memajukan industri ini, antaranya Thailand dan Malaysia. d) Hal ini membuatkan kita lebih yakin, lebih-lebih lagi pernah terbukti bahawa dengan kewangan yang mencukupi, kita telah berjaya mengelolakan Sukan S.E.A. pada tahun 1999. e) Jadi, tidak syak lagi, bahawa, dari segi sumber kewangan, Brunei Darusalam sudah bersedia.

1. Ayat Topik a)2. Ayat Huraian b)3. Ayat Contoh c)4. Ayat Sokongan d)5. Ayat Rumusan e)

Struktur Perenggan Isi

Ayat Topik (Isi Penting)Ayat HuraianAyat ContohAyat SokonganAyat Rumusan

Fungsi Perenggan Penutup

Secara umunya, perenggan penutup berfungsi untuk mengakhiri penyampaian idea. Hal ini bermaksud, penulis telah selesai menyampaikan ideanya kepada pembaca. Sebelum berpisah dengan pembaca, penulis menggunakan perenggan penutup sebagai senjata atau strategi terakhir untuk meninggalkan kesan tertentu supaya mampu mempengaruhi fikiran, emosi dan pendirian pembaca.

Binaan Perenggan Penutup

Untuk meninggalkan kesan tertentu kepada pembaca, perenggan penutup dibina menggunakan strategi yang mengandungi beberapa ayat yang berfungsi sebagai:

Ringkasan, Rumusan, Keputusan, Penegasan, Imbasan, Bandingan, Amaran, Harapan, Ramalan, Kesan dan Cadangan.

Perenggan penutupan boleh dibina menggunakan satu atau beberapa fungsi di atas sekali gus jika sesuai.

Contoh Perenggan Penutup

Tajuk: Potensi Perkembangan Industri Pelancongan di Brunei Darussalam. Bahaskan.

a) Di atas, saya telah memaparkan lima potensi yang dimiliki oleh Brunei Darussalam, iaitu

Page 4: Konsep Pemerengganan

letak geografi, alam semula jadi, warisan budaya, tahap literasi dan sumber kewangan. b) Berdasarkan bukti kukuh tersebut, saya yakin industri pelancongan akan berkembang pesat jika diusahakan dengan serius. c) Dengan berkembangnya industri ini di Brunei Darussalam, sudah tentu peluang pekerjaan akan terbuka luas terutamanya bagi rakyat tempatan yang kini jumlah pengangguran semakin meningkat. d) Tanpa usaha mempelbagaikan sumber ekonomi bererti kita mengabaikan keupayaan sendiri. e) Saya percaya, rakyat Brunei Darussalam ingin melihat beberapa hotel bertaraf lima bintang tersergam indah di puncak Gunung Pagon.

a) Ringkasan b) Penegasan c) Kesan d) Amaran e) Harapan

Struktur Perenggan Penutup

RingkasanPenegasanKesanAmaranHarapan

Pendahuluan

Memperlihatkan kematanganMarkah berdasarkan skema yang dinyatakan.(akan dibincangkan)

Isi

Isi yang baik dan tidak berputar-belitTekankan cara penyampaian isi atau tajuk teknik anda memperkenalkan (mengemukakan) isi anda.Huraian berserta contoh yang konkritSemakin bertambah panjang anda semakin mantap penyampaian. (mengelakkan markah berkurangan)Gunakan bahasa mantapElakkan menggunakan kata pinjaman seandainya perkataan asli wujudMantapkan ayat dengan berbendaharaan kata yang dapat menunjukkan kekuatan bahasa.

Penutup.

Menggambarkan pendirian dan juga keseluruhan karangan yang dihasilkan. Lahirkan juga kenyataan yang bernas yang dapat menunjukkan kita adalah kreatif dan kritis

Page 5: Konsep Pemerengganan

3.9 KAEDAH SIMULASI

 

                                      Definisi Simulasi

Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu

 

Ia merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benzr wujud di dalam keadaan yang terkawal

 

                             Ciri-ciri Penting Simulasi

1.Simulasi merupakan satu pembelajaran melalui pengalaman. Peserta belajar daripada kesilapan dan berpeluang untuk meningkatkan diri dalam situasi yang berikutnya

 

2. Dalam simulasi, peranan peserta agak luas, kerana peserta bukan sahaja dikehendaki memegang peranan sebagaimana yang ditentukan tetapi mereka perlu berbincang dan memberi sumbangan kepada perserta-perserta bagi membuat keputusan

 

3. Peserta dikehendaki berinteraksi secara dinamis dalam sistem yang berkaitan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi

 

4. Tujuan simulasi ialah ia membolehkan pelajar menggunakan bahasa dengan lebih berfungsi dan memberi pelajar peluang berinteraksi dan berkomunikasi dengan berkesan

 

5. Kebaikan teknik ini ialah ia membolehkan pelajar berbincang dan berfikir secara kreatif, analisis dan kritis