KONSEP RASM UTHMANI

22
MOHD ANWAR BIN AHMAD PENGHARGAAN م س ب له ل ا ن م ح ر ل ا م ي ح ر ل اDENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYANYANG Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam, selawat dan Salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.W.T Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat saya menyempurnakan tugasan yang diberikan walaupunkan berada dalam kesibukan harian. Melalui perbincangan bersama rakan kuliah sepanjang menyempurnakan tugasan ini dengan kerjasama yang jitu, padu dan ikhlas dapat saya rasakan. Mudah-mudahan ianya mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pensyarah Ustaz Khairol Anuar bin Ahmad yang banyak membimbing dan memberikan panduan serta semangat sewaktu saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya budimu tidak ternilai harganya. HBQE1203 RASM AL-UTHMANI 1

Transcript of KONSEP RASM UTHMANI

Page 1: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

PENGHARGAANالرحيم الرحمن الله بسم

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH DAN PENYANYANG

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam, selawat dan Salam ke

atas junjungan kita Nabi Muhammad S.W.T

Bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya dapat

saya menyempurnakan tugasan yang diberikan walaupunkan berada

dalam kesibukan harian. Melalui perbincangan bersama rakan kuliah

sepanjang menyempurnakan tugasan ini dengan kerjasama yang jitu,

padu dan ikhlas dapat saya rasakan. Mudah-mudahan ianya

mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pensyarah

Ustaz Khairol Anuar bin Ahmad yang banyak membimbing dan

memberikan panduan serta semangat sewaktu saya menyiapkan

tugasan ini. Sesungguhnya budimu tidak ternilai harganya.

Terima kasih juga kepada teman hidupku Pn Zarina Zakaria serta

anak-anakku Mohd Afiq Amsyar, Zulfa Hannan kerana memberi ruang

waktu dan tidak jemu memberikan sokongan , dokongan dan

semangat untuk saya menyempurnakan tugasan ini.

Adalah menjadi harapan saya kerja kursus ini akan menjadi sumber

ilham dan rujukkan kepada saya bagi memantapkan diri sebagai guru

pendidikan islam yang cemerlang.

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

1

Page 2: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

Sekian.....

1.0 PENDAHULUAN

 Mukjizat merupakan sesuatu perkara luar biasa yang berlaku dan ia merupakan

anugerah Allah kepada rasul-rasulNya di dalam membuktikan kebenaran kepada

kenabian dan kerasulan mereka dalam menghadapi sebarang cabaran pencabarnya.

    Al-Quran adalah wahyu yang diturunkan dari langit oleh Allah SWT kepada Nabi

Muhammad SAW melalui malaikat Jibril a.s. Sejarah penurunannya selama 23 tahun

secara beransur-ansur telah memberi kesan yang sangat besar dalam kehidupan seluruh

manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai ilmu, hikmah dan pengajaran yang tersurat

mahupun tersirat.

Sebagai umat Islam, kita haruslah berpegang kepada al-Quran dengan membaca,

memahami dan mengamalkan serta menyebarluas ajarannya. Bagi mereka yang

mencintai dan mendalaminya akan mengambil iktibar serta pengajaran, lalu

menjadikannya sebagai panduan dalam meniti kehidupan dunia menuju destinasi

akhirat yang kekal abadi.

Kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, antara lain dinamai

al-Kitab dan al-Quran (bacaan yang sempurna), walaupun penerima dan masyarakat

pertama yang ditemuinya tidak mengenal baca tulis. Ini semua dimaksudkan agar

mereka dan generasi berikutnya membacanya. Fungsi utama al-Kitab adalah

memberikan petunjuk. Hal ini tidak terlaksana tanpa membaca dan memahaminya.

Kitab (al-Qur'an) ini tidak ada keraguan padanya; …(QS: Al-Baqarah [2]: 2)

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

2

Page 3: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

2.0 KONSEP RASM UTHMANI

Pada mulanya mushaf al-Quran yang ditulis oleh para sahabat tidak dilengkapi

dengan pencantuman tanda baca. Oleh karana para sahabat dan para tabi'in adalah

orang-orang yang fasih berbahasa Arab, iaitu bahasa yang menjadi standard penulisan

al-Quran dan hal ini tidak menimbulkan masalah. Namun seiring dengan makin

tersebarnya agama Islam di antara bangsa bukan Arab, timbul kekhuatiran akan

terjadinya kesalahan pembacaan al-Quran. Kesalahan pembacaan mempunyai risiko

terjadinya perubahan makna. Oleh kerana, pada masa pemerintahan Muawiyyah, Abu

Aswad Ad  Duali berinisiatif untuk mencantumkan tanda baca yang dituliskan dengan

pena yang berbeza warnanya dengan tulisan al-Quran. Usaha ini kemudian dilanjutkan

oleh generasi berikutnya. Kemudian Al Khalil berinisiatif memperbaharui tanda baca

tersebut. Usaha ini terus berlanjutan, tanda baca mengalami proses penyempurnaan

menuju bentuk tanda baca seperti yang ada pada masa kini.

Huraian di atas memperjelaskan bahawa pengumpulan teks-teks wahyu yang

kemudian ditulis dan disusun ke dalam bentuk mushaf, merupakan suatu keharusan

sejarah yang sangat penting bagi pemeliharaan kemurnian al-Quran dan kesinambungan

penyampaiannya kepada generasi

kemudian. Bagi para sahabat yang

hidup sezaman dengan Nabi maupun

para tabi'in yang masa hidupnya masih

hampir dengan para sahabat,

maklumat yang berhubungan dengan

penjelasan maksud dengan mudah

dapat diperolehi dari sumber yang

boleh dipercayai. Namun

bagaimanakah halnya generasi yang

hidup di zaman setelah zaman para

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

3

Page 4: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

sahabat dan tabi'in? Dan ini dapat dinilai betapa keputusan untuk membukukan al-

Quran mempunyai nilai yang sangat penting dan amat sesuai dalam sejarah

perkembangan Islam. Betapa jauh visi yang dimiliki oleh para sahabat, yakni visi yang

diajarkan dan dipelopori oleh Rasulullah S.a.w.

Nabi Muhammad S.a.w juga memberi contoh peloporan pada umatnya untuk

menghargai ilmu pengetahuan. Kebebasan para tawanan perang ditebus dengan

mengajarkan pengetahuan tulis baca kepada umat Islam yang buta huruf. Menurut salah

sebuah Hadits, Rasulullah pernah bersabda: "Di akhirat nanti tinta para  ulama akan

ditimbang dengan darah syuhada".

Proses penulisan aI-Quran yang telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad

s.a.w, didukung oleh kebijaksanaan beliau dalam meningkatkan kemampuan tulis baca

bagi umatnya, dialog antara dua sahabat: Umar bin Khathab dan Abu Bakar. Dialog

antara dua sahabat itu juga membahas tentang pentingnya catatan wahyu dikumpulkan

dan disusun, yang pada akhirnya tersusun dalam bentuk standard penulisan al-Quran

pada zaman khalifah Uthman bin Affan. Perjalanan sejarah penyiaran Al-Quran seiring

dengan tersebarnya agama Islam ke segala penjuru, melahirkan penambahan tanda

bantu yang dicantumkan pada kitab al-Quran tanpa mengganggu salinan teks asli ayat

yang telah ditulis. Pencantuman tanda bantu dimaksudkan untuk membantu para

pengkaji al-Quran agar mudah memahami bacaannya, sekaligus juga dimaksudkan

untuk menjaga agar tidak berlaku salahfaham atas maksud yang terkandung di dalam

teks wahyu.

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

4

Page 5: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

Perjalanan sejarah penyalinan al-Quran dengan berpegang pada standard

Uthmani sebagai pemeliharaan kemurnian al-Quran adalah warisan budaya ilmu

pengetahuan dan etika penulisan serta tradisi untuk memelihara yang haq. Perjalanan

sejarah ini pun menjadi perjalanan sejarah sistematika aI-Quran. Sistematika yang

berupa tertib ayat dan surah, sistem pembahagian ruku' dan juz, beserta segala

kelengkapan tanda bantu yang menyertainya.

Secara keseluruhan, penyusunan tersebut membentuk format penyalinan al-

Quran dengan format al-Quran, dan tercantum dalam mushaf berbentuk kitab yang

sangat kita maklumi. Sebagai memelihara yang haq, maka format penyalinan mushaf

al-Quran sudah tentu terkandung maksud untuk membantu umat dalam mempelajari

dan mengkaji Al-Quran. Memelihara kemurnian Al-Quran, adalah tradisi beribadah

yang tunduk kepada inayat Allah seperti dalam Al-Qur'an.

(http://www.freewebs.com/qitri/02prolog.htm)

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

5

Page 6: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

3.0 PERBANDINGAN RASM UTHMANI DAN IMLAEI

3.1 SURAH AL HUMAZAH

Surah Al Humazah adalah surah ke-104 dalam al-Quran. Surah ini terdiri

daripada 9 ayat dan tergolong pada surah makkiyyah. Perataan al Humazah bererti

pengumpat dan diambil dari ayat pertama surat ini. Pokok isi surah ini adalah ancaman

Allah terhadap orang-orang yang suka mencela orang lain, suka mengumpat dan suka

mengumpulkan harta tetapi tidak menafkahkannya di jalan Allah.

3.1.1 Surah Al Humazah teks Resm Uthmani

3.1.2 Surah Al Humazah teks Resm Imlaei

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

6

Page 7: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

3.2 SURAH AL KAAFIRUUN

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

7

الذى جمع اللمزةويل لكل همزة اخلدهيحسب أن ماله هعددماالو

ما أدراكوما في الحطمةلينبذنكالالتى نارالله الموقدة الحطمة

انها عليهم تطلع على األفءدة في عمد ممددة موءصدة

الذى جمع اللمزةويل لكل همزة اخلدهيحسب أن ماله هعددماالو

ما أدراكوما في الحطمةلينبذنكالالتى نارالله الموقدة الحطمة

انها عليهم تطلع على األفءدة في عمد ممددة موءصدة

Page 8: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

Surah al Kaafiruun adalah surat ke-109 dalam al- Qur'an. Surat ini terdiri atas

6 ayat dan termasuk surah Makiyyah. Nama al Kaafiruun (orang-orang kafir) diambil

dari kata yang muncul pada ayat pertama surah ini. Pokok isi surat ini adalah tidak

diijinkannya kompromi dalam bentuk mencampuradukkan ajaran agama.

[sunting] Latar Belakang

Pada masa penyebaran Islam di Mekkah, kaum Quraisy yang menentang

Rasulullah SAW tak henti-hentinya mencari cara untuk menghentikan ancaman Islam

terhadap kepercayaan nenek moyang mereka. Pada salah satu upaya tersebut mereka

berusaha mengajukan proposal kompromi kepada Rasulullah SAW dimana mereka

menawarkan: Jika Rasulullah mau memuja Tuhan mereka, maka mereka pun akan

memuja Tuhan sebagaimana konsep Islam. Kemudian surah ini diturunkan untuk

mejawab hal itu.

3.2.1 Surah al Kaafiruun teks Resm Uthmani

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

8

Page 9: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

9

Page 10: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

3.2.2 Surah Al-kaafiruun teks Resm Imlaei

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

10

الك� ق� ا أيه� ي�ا ون�ال ر� أعب�د� ف� ال

ات�عب�د�ون� ع� م� أنت�م ا او�ال م� ب�د�ون�

أن� أعب�د� ع�ب�دت�م او�ال ا م� ب�د ع�ا

ع� أنت�م ا او�ال م� ل�ك�م أعب�د� ب�د�ون�

د�ين�� ل�ى� و� د�ين�ك�م

الك� ق� ا أيه� ي�ا ون�ال ر� أعب�د� ف� ال

ات�عب�د�ون� ع� م� أنت�م ا او�ال م� ب�د�ون�

أن� أعب�د� ع�ب�دت�م او�ال ا م� ب�د ع�ا

ع� أنت�م ا او�ال م� ل�ك�م أعب�د� ب�د�ون�

د�ين�� ل�ى� و� د�ين�ك�م

Page 11: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

3.3 Hamzah Wasal dan Hamzah Qata’

Hamzah Wasal disebut pada permulaan bacaan dan digugurkan sebutannya

ketika dibaca secara sambung dengan huruf sebelumnya. Ia dinamakan demikian kerana

disambung dengan huruf yang bertanda Sukun pada awal perkataan. Tanda Hamzah

Wasal ialah terdapat huruf Sad di atas huruf Alif.

Hamzah Qat'ie tetap disebut pada permulaan bacaan, pada ketika bacaan

sambung dan pada tulisan. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie ialah kerana

ia memutuskan beberapa huruf dari huruf yang lain ketika membacanya. Hamzah Qat'ie

terletak pada awal kalimah, pada pertengahan kalimah atau pada akhir kalimah. Ia juga

terletak pada kata nama (isim), kata kerja (fe'el) dan sendi nama (harf).

Hukumnya ialah ia perlu disebut ketika membacanya.

Contoh kalimah yang mempunyai huruf Hamzah Wasal dan Hamzah Qata’

dapat dilihat dalam surah Al Kafirun dan Al Humazah di bawah.

Al Humazah Al Kafirun

Hamzah Wasal Hamzah Qat'ie Hamzah Wasal Hamzah Qat'ie

.

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

11

Page 12: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

3.4 Alif Zaidah dan Alif Madah

Alif Zaidah atau ziadah bermaksud menambah menambah huruf alifpada

kalimah-kalimah tertentu Al Quran. Huruf tersebut ditulis tatapi tidak berfungsi pada

semua keadaan bacaan. Namun pada iktikadnya tetap membawa makna ini kerana

setiap huruf Al Quran mempunyai makna tersendiri dan mendapat pahala bila

membacanya.

Alif Maddah iaitu memanjangkan bunyi huruf yang diikuti oleh huruf mad atau

huruf lain. Mad bermaksud lanjut atau lebih. Dari segi istilah ulama tajwid dan ahli

bacaan, mad bermaksud memanjangkan suara dengan lanjutan menurut kedudukan

salah satu dari huruf mad. Terdapat dua bahagian mad iaiatu mad asli dan mad far'ie.

Terdapat tiga huruf mad iaitu ,alif ا ,wau و dan ,'ya ي dan huruf tersebut

haruslah berbaris mati atau saktah. Kepanjangan bacaan mad diukur dengan

menggunakan harakat.

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

12

Page 13: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

Al Humazah Al Kafirun

Alif Zaidah Alif Maddah Alif Zaidah Alif Maddah

3.5 Ha Dhamir pada ketika Dhummah dan Kasrah

Huruf Ha dhamir yang terdapat dalam al Quran membawa maksud jumlah

bilangan, sama ada membawa maksud seorang, dua orang atau ramai.

Al Humazah Al Kafirun

Ha Dhamir ( iهi ) Ha Dhamir ( jه ) Ha Dhamir ( iهi ) Ha Dhamir ( jه )

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

13

Page 14: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

3.6 Bentuk-bentuk Tanwin dan Nun Sakinah

Pada kن dan terdapat bunyi ’n’. Ada 4 keadaan hukum tajwid

mengenai bunyi ’n’ pada dan tersebut iaitu: iqlaab, izhhaar, idghaam dan ikhfaa’.

Ada bacaan-bacaan yang diucapkan dengan melahirkan ghunnah iaitu, bunyi

dengung atau sengau dalam hidung seperti misalnya ’... nnn ... ’, ’... mmm ... ’, ...

ngngng ...’. Jika menemui nun sakinah ( kن dan ن) ghunnah atau dengung (kurang

lebih ’... nnn ...’) harus dilahirkan. Dengung pada keadaan ini disebut Ghunnah Nuun.

Ghunnah Nuun dilahirkan selama 2 sampai 3 harakat .

Al Humazah Al Kafirun

Tanwin Nun Sakinah

( kن dan ن)

Tanwin Nun Sakinah

( kن dan ن)

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

14

Page 15: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

4.0 PENUTUP

"Inovasi-inovasi penulisan Al-Quran tidak

terletak pada perubahan cara tulis (kaligrafi) seperti

yang tertulis dalam Mushaf Uthman, tetapi lebih

pada penambahan tanda-tanda baca untuk

menghindari kesalahan membaca dan untuk

mempermudah pembacaan tajwidnya terutama bagi Muslim yang bukan Arab. !"Selain

usaha-usaha yang berkaitan dengan pembacaan al-Quran yang baik dan benar (tartil),

juga ada usaha-usaha untuk lebih memahami kandungan ayat-ayat suci al-Quran.

Sejarah penulisan al-Quran seiring dengan tersebarnya agama Islam ke seluruh

pelusuk dunia, melahirkan penambahan tanda-tanda yang dicantumkan pada kitab al-

Quran tanpa mengganggu salinan teks asli ayat yang telah mushafkan. Pencantuman

tanda-tanda bagi membantu para pengkaji al-Quran agar dapat lebih mudah memahami

bacaannya, sekaligus untuk menjaga agar tidak berlaku perselisihan faham di atas

pengertian teks-tek wahyu.

Perjalanan sejarah penyalinan al-Quran dengan berpegang pada standard

Utsmani sebagai pemeliharaan kemurnian al-Quran adalah warisan budaya ilmu

pengetahuan, dan etika penulisan serta tradisi untuk memelihara yang haq. Perjalanan

sejarah inipun menjadi perjalanan sejarah sistematika aI-Quran. Sistematika yang

berupa susun atur ayat dan surah, sistem pembagian ruku' dan juz, beserta segala

kelengkapan tanda-tandadi dalam al Quran.. Secara keseluruhan, sistematika tersebut

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

15

Page 16: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

membentuk format penyalinan al-Qu'an, dan tercantum dalam mushaf berbentuk kitab

yang sangat kita maklumi. Sebagai memelihara yang haq, maka format penyalinan

mushaf al-Qur'an sudah tentu mempunyai maksud membantu umat dalam mempelajari

dan mengkaji al-Qur'an. Tradisi memelihara yang haq, memelihara kemurnian al-Quran,

adalah tradisi beribadah yang tunduk kepada inayat Allah seperti tercantum dalam al-

Qur'an.

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

Panduan Resm Uthmani (2005). Kementerian Keselamatan Dalam Negeri: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Prof. Dr. Ansary Ahmed, Prof Dr. Mansor & Prof.Dr. John Arul (2007). HBQE 1203 Rasm Al UthmaniSekolah Rendah. Kuala Lumpur:Meteor Doc. Sdn Bhd.

Mohd Yusuf Ahmad (2000). Sejarah Sejarah Dan Kaedah Pendidikan Al Quran. Universiti Malaya Kuala Lumpur.

http://ccc.1asphost.com/assalamquran/Alquran_History.asp

http://www.belajarbahasaarab.com/index.html

http://www.freewebs.com/qitri/02prolog.htm

http://www.hamline.edu/apakabar/basisdata/2001/09/28/0009.html

http://www.islamic-awareness.org/Quran/Text/Scribal/haleem.html

http://www.qurancomplex.com/quran/mostalhat.asp?TabID=1&SubItemID=8&l=ind&SecOrder=1&SubSecOrder=6#Wqf

http://www.ujanailmu.com.my/pd_sejarah_dan.cfm

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

16

Page 17: KONSEP RASM UTHMANI

MOHD ANWAR BIN AHMAD

HBQE1203RASM AL-UTHMANI

17