Konsep-RPH

5
Konsep RPH Petikan daripada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran, KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) bertarikh 9 Mac 1999 telah mendefenisikan Rancangan Pengajaran Harian sebagai: “Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai” . Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan. Elemen yang perlu ada dalam RPH adalah seperti kumpulan sasaran (kelas), tarikh dan masa, mata pelajaran, tema/ tajuk, bidang pembelajaran, tujuan, hasil pembelajaran sama ada kognitif, psikomotor dan afektif. Selain itu, konsep utama, bahan bantu pengajaran dan pembelajaran, peralatan dan bahan sumber juga perlu tersenarai sama. Langkah-langkah keselamatan (berjaga-jaga), strategi atau aktiviti

description

RPG IPG ESAIMEN

Transcript of Konsep-RPH

Page 1: Konsep-RPH

Konsep RPHPetikan daripada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod

Pengajaran dan Pembelajaran, KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) bertarikh 9 Mac 1999 telah

mendefenisikan Rancangan Pengajaran Harian sebagai:

“Rancangan Pelajaran Harian

merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-

kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana

hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai”

.

Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan rangka kerja

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa

waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang

mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru

mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Elemen yang perlu ada dalam RPH adalah seperti kumpulan sasaran (kelas), tarikh

dan masa, mata pelajaran, tema/ tajuk, bidang pembelajaran, tujuan, hasil pembelajaran

sama ada kognitif, psikomotor dan afektif. Selain itu, konsep utama, bahan bantu

pengajaran dan pembelajaran, peralatan dan bahan sumber juga perlu tersenarai sama.

Langkah-langkah keselamatan (berjaga-jaga), strategi atau aktiviti pengajaran dan

pembelajaran, penaksiran dan penilaian pembelajaran juga dititikberatkan dalam

penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)Beberapa kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah untuk

menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai, selain

untuk meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar. RPH juga bertujuan

untuk mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak

diajarkan, RPH juga bertujuan sebagai menentukan isi yang cukup untuk disampaikan

dalam masa yang diperuntukkan, selain menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik

bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid

Page 2: Konsep-RPH

mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.

Kepentingan RPH juga bertujuan untuk menggunakan masa pengajaran secara

optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem, sambil merancang

penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai, juga mengembangkan pengajaran secara

lancar dan tersusun. RPH juga dapat menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu

jangka waktu, juga membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang

perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

RPH ini dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik

dan efektif serta mampu untuk mencapai apa yang diobjektifkan dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran. RPH ini sangat penting dan berguna agar guru dapat menyampaikan

input pembelajaran kepada murid. Ia juga penting untuk dijadikan bahan bukti bahawa

guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas.

Rancangan Pengajaran Harian yang dibina haruslah berdasarkan Rancangan Tahunan.

Selain itu, butiran yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari, tarikh, mata

pelajaran, kelas yang diajar, masa, tajuk pembelajaran juga sub topik (jika berkaitan),

objektif, kemahiran yang ingin dicapai dan senarai aktiviti yang akan dijalankan serta

impak selepas pengajaran dan pembelajaran atau refleksi PDP

Page 3: Konsep-RPH

RUJUKANBahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2010),

 Buku Panduan Pengurusan Diri Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Se

kolah Rendahdan Menengah,

 Putrajaya.Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

(2010), Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah

Rendah dan Menengah.

Putrajaya.Dewan Bahasa Dan Pustaka (2010), Kamus Dewan Edisi Keempat 

, Kuala Lumpur: DewanBahasa Dan Pustaka.

Mohamed J.K.A (2006), Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa

, Bentong, PTSProfesional Publishing.

Open University Malaysia (2010), Psikologi Kanak-

kanak Bermasalah Pembelajaran

,Selangor, Open University Malaysia.

Talib A.R. (2011). Pengenalan Kepada Kanak-kanak Bermasalah pembelajaran

,Selangor, Open University Malaysia.

Thirugnana Sambathan Muthusamy (2010).

Pendidikan Khas: Pengajaran Kemahiran Hidup Asas

, Selangor, Open University Malaysia