KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

30
PUMS 99:1 UNlVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JtmUL: t-tWl. Ml \ &.In",,, tlA _ IJI\Wll1ifi JAZAH: m;ilANi MIJ SESI ___ _ __________________ _ J (HURUF BESAR) engaku membenarkan tesis (LPSI Smjanal Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabab engan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (I) SULIT TERHAD / ,7 TIDAK TERHAD ............ (TANDA I'ANGAN PENULIS) l&mat Tetap: L,c, ,.. HlM..+ , W.tduf rs- ,11 __ llf+ f 1'1) c S rd vt y f7 kt. jJ't:Jj ___ q(; 000 h - ht '" rvlf { <- . :ts (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukakan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) \Jf 11\"" 00 1 Nama Penyelia ___ ______ _ l' AT AN: * Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasa/organsasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, at disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM)

Transcript of KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

Page 1: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

PUMS 99:1 UNlVERSITI MALAYSIA SABAH

-----------------------~~~~~~~~~~~~~==---------------------BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

.JtmUL: ~\' ~ ~ ~Yf. ~t1 t-tWl. Ml \ ~ bt)h~IM~ ~ 'iII~e l '~t') ~ &.In",,, tlA r~ ~"~"i~ _ w-Ib.t~ IJI\Wll1ifi W~~tllJ ~{)\bt,t lJAZAH: \d~~\.-.. !tt~~~1\ m~~ ~ m;ilANiMIJ

SESI PENGAJIAN:._.;:)~OO:-::.B-..:(~::>_O_IO ___ _

S~a.~~~~~~~~~~~_~~\~~~~~~· ~N~e~{~YA~ __________________ _ J (HURUF BESAR)

engaku membenarkan tesis (LPSI Smjanal Doktor Falsafah) ini di simpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabab engan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. 2. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (I)

SULIT

TERHAD

/

,7 TIDAK TERHAD

............ _~~~7Z~~~5~~~ (T ANDA I'ANGAN PENULIS)

l&mat Tetap: L,c,,.. HlM..+ ,W.tduf rs- ,11

__ llf+ f 1'1) c S rd vty f7 kt. jJ't:Jj

___ q(; 000 h -ht '" ~ff1 rvlf {<- .

'~: :ts /~(~OIO ---~(-,r------------

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukakan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

\Jf '\~ 11\"" 001 ~~ ~ufl Nama Penyelia

T~: ___ ~-4(~~(-_~~_\ Q ______ _

-----------------------------------------------------------------------~

l' AT AN: * Potong yang tidak berkenaan. * Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampiran surat daripada pihak berkuasa/organsasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

* Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, ata disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM).

Page 2: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

KAlIAN KERATAN RENTAS KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN

DI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT BAGI MENDAPATKAN I1AZAH SARlANA MUDA SAINS MAKANAN DENGAN KEPU1IAN (SAINS

MAKANAN DAN PEMAKANAN)

HENG WEI YA

SEKOLAH SAINS MAKANAN DAN PEMAKANAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

2010

Page 3: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

PENGAKUAN

Karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan, ringkasan dan rujukan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

16 April 2010

Heng Wei Va

HN2006-64S7

Page 4: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

NAMA

NO MATRIK

TAJUK

DAZAH

TARIKH VIVA

1. PENYELIA

PENGESAHAN PENYELIA

HENG WEI YA

HN2006-6457

KAlIAN KERATAN RENTAS KOS PERBELANlAAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN PELAlAR UNIVERSm MALAYSIA SABAH

SARlANAMUDA SAINS MAKANAN DAN PERMAKANAN DENGAN KEPUlIAN

12 MEl 2010

DISAHKAN OLEH

Dr. Yasmin Ooi Beng Houi Tandr' 2. PEMERIKSA PERTAMA

J(r Cik Adilah Md Ramli Tandatangan

l~ 3. PEMERIKSA KEDUA

Assoc. Prof Dr Chye Fook Vee Tandatangan

--fJd-4. DEKAN

Assoc Prof. Dr. Mohd Ismail Abdullah Tandatangan

111

Page 5: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

PEHGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan merakamkan setinggi - tingginya penghargaan kepada penyelia tesis saya, Dr. Yasmin Ooi Beng Houi atas tunjuk ajar beliau dan pimpinan beliau sepanjang penulisan tesis ini. Saya ingin juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak universiti kerana memberi peluang kepada saya untuk menjalankan tinjauan ini di Universiti Malaysia Sabah. Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada semua responden yang telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Akhirnya, tidak lupa juga saya berterima kasih kepada rakan-rakan dan junior-junior yang telah banyak membantu dalam menjayakan tesis saya dan memberi sokongan moral serta kasih sayang kepada saya.

Sekian terima kasih.

Heng Wei Ya

16 April 2010

iii

Page 6: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

ABSTRAK

Kemerosotan ekonomi, kenaikan harga dan perubahan social ekonomi telah mempengaruhi perilaku pelajar-pelajar universiti dalam membeli makanan. Satu tinjauan dilakukan dengan borang soal selidik dan diari perbelanjaan harian diedarkan di kalangan pelajar universiti di Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Responden (n=79, lelaki=34, perempuan=45) menyertai di dalam kajian semasa majoriti populasi berada dalam lingkungan umur 22.0±1.3tahun. Objektif kajian keratan rentas ini adalah (1) untuk menentukan kos perbelanjaan pembelian makanan di kalangan pelajar-pelajar UMS; (2) untuk menentukan pelajar-pelajar UMS mendapat makanan yang cukup dan seimbang. Hipotesis kajian keratan rentas ini adalah (1) kos perbelanjaan pemakanan bagi pelajar-pelajar berbangsa Cina adalah tinggi berbanding bangsa lain; (2) kos perbelanjaan pemakanan bagi pelajar-pelajar non-resident adalah lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar resident; dan (3) kos perbelanjaan pemakanan bagi pelajar-pelajar lelaki adalah lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar perempuan. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kos perbelanjaan pembelian makanan pelajar-pelajar UMS adalah dalam kategori sederhana, dan pengambilan makanan pelajar-pelajar UMS didapati mencukupi tetapi tidak seimbang. Dalam kajian ini, kos perbelanjaan pembelian makanan bagi pelajar-pelajar berbangsa Cina adalah tinggi berbanding bangsa lain dan ujian Kruskal-Wallis telah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antaranya (p<O.OS). Kos perbelanjaan pembelian makanan bagi pelajar-pelajar resident adalah lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar bukan resident tetapi Mann-Whitney test menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan (p>O.OS). Kos perbelanjaan pembelian makanan bagi pelajar-pelajar perempuan adalah lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar lelaki, tetapi ujian Mann-Whitney tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan (p>O.OS).

iv

Page 7: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

ABSTRACT

COST OF FEEDING UNDERGRADUATES IN UNIVERSITY MALA YSIA SABAH.

CROSS-SECTIONAL STUDY.

Deterioration of economic, increasing of the price and changed in social economy has influenced university students' behavior in buying food A sU/vey has been carried out by distributed questionnaires and daily expenditure diary among university students in Universiti Malaysia Sabah. Majority subjects (n=7~ male=34, female=45) whose participated in present study is in age 22.0:i:1.3year. The objectives of this cross-sectional study was (1) to determine cost of feeding among UMS's students; (2) to determine UMS's students get enough and balanced food. Hypothesis of this study was (1) cost of feeding for Chinese students was higher than other races; (2) cost of feeding for Non-resident students were higher than resident students; and (3) cost of feeding for male students were higher than female students. Survey results had showed that feeding cost of UMS's students is in medium category, and food intake of UMS's stud~nts was found to be enough but unbalanced In present study, expenditure of food purchasing for Chinese students was highest than other race and Kruskal-Wallis test had shown significant difference among the race (p<0.05). Expenditure of food purchasing for resident students was highest than non-resident students but Mann-Whitney test showed that was no significant difference among the residency (p>0.05). Expenditure of food purchasing for female students was highest than male students but Mann­Whitney test showed that was no significant difference among the sex (p>O. 05).

v

Page 8: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

TAJUK

PENGAKUAN

PENGESAHAN

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

lSI KANDUNGAN

lSI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI GAM BAR RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

SENARAISINGKATAN

SENARAI SIMBOL

BAB 1:

BAB2:

PENGENALAN

1.1

1.2

1.3

Pengenalan

Objektif kajian

Hipotesis

Rational kajian

SOROTAN LITERATUR

2.1 Ekonomi

2.2 Kehidupan pelajar

2.3 Gaya hidup dan budaya pemakanan

2.4 Sikap dan kelakuan pemilihan makanan

2.4.1 Alasan pemilihan makanan

2.4.2 Kesedaran pemakan dan pengetahuan

2.4.3 Kualiti makanan

2.4.4 Penilaian sensori

2.4.5 Kualiti kebersihan

2.4.6 Kesimbangan harga dengan jangkaan kualiti

vi

Muka Surat

ii

iii

iv

v

vi

vii

x xii

xiii

xiv

xv

1

1

5

6

6

7

7

7

8

9

10

11

12

12

13

13

Page 9: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

2.5 Faktor pembuatan keputusan membeli 14

2.5.1 Pengenalpastian masalah 15

2.5.2 Pengeledahan 16

2.5.3 Penilaian Alternatif 16

2.5.4 Pemprosesan maklumat pengguna 16

2.5.5 Pembelian dan kesudahannya 17

2.6 Aktivit fizikal 17

2.7 Tabiat dan amalan makanan 19

2.7.1 Psi kologi kal 19

2.7.2 Sosio budaya 20

2.7.3 Sosiodemografik 20

2.8 Pengambilan nutrient, snek dan makanan segera 22

2.9 Penampilan dan kawalan berat badan 25

2.10 Diari perbelanjaan 26

2.11 Kekerapan Pengambilan Makanan (FFQ) 26

BAB3: METODOLOGI 28

3.1 Latar belakang 28

3.2 Lokasi 28

3.3 Subjek 28

3.4 Kajian rintis (pilot test) 29

3.5 Persampelan 30

3.6 Reka bentuk kajian 32

3.7 Pembangunan diari perbelanjaan 32

3.8 Pembangunan borang soal selidik 33

3.9 Pengumpulan data 35

3.10 Analisis statistik 35

3.11 Jangkaan kajian 36

BAB4: HASIL DAN PERBINCANGAN 37

4.1 Kajian rintis 37

4.2 Kajian sebenar 37

4.2.1 Data demografi dan ciri-ciri sosio-ekonomi 38

4.2.2 Kekerapan Pengambilan Makanan (FFQ) 40

4.2.3 Diari perbelanjaan harian 50

vii

Page 10: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

4.3 Kekangan dalam tinjauan peringkat utama

4.3.1 Masalah mendapat responden

4.3.2 Masalah responden dalam menjawab soalan borang soal selidik dan diari perbelanjaan harian

4.3.3 Tempoh penyelidikan

4.3.4 Budjet untuk penyelidikan

4.3.5 Sumber rujukan

BABS: KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Kesimpulan kajian

5.3 Cadangan

RUJUKAN

LAMPlRAN

viii

63

63

64

64

64

65

66

66

66

68

69

75

Page 11: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

Jadual2.1

Jadual3.1

Jadual4.1

Jadual4.2

Jadual4.3

Jadual4.4

SENARAI1ADUAL

Alasan pemilihan makanan yang sering disarankan oleh populasi muda.

Bilangan pelajar mengikut setiap kategori.

Data demografik responden berdasarkan jantina.

Ciri-dri sosio-ekonomi responden berdasarkan jantina

Min jumlah pengambilan sajian dalam sehari mengikut

Min jumlah pengambilan sajian dalam sehari mengikut kediaman.

Muka Surat

10

31

38

39

42

43

Jadual 4.5 Min jumlah pengambilan sajian dalam sehari mengikut 44 bangsa.

Jadual 4.6 Min jumlah pengambilan minuman dalam sehari mengikut 46 kediaman.

Jadual4.7 Min jumlah pengambilan minuman dalam sehari mengikut 46 jantina.

Jadual 4.8 Min jumlah pengambilan minuman dalam sehari mengikut 47 bangsa.

Jadual4.9 Median pengambilan makanan oleh responden berdasarkan 48 perbelanjaan pembelian makanan sehari

Jadual 4.10 Median pengambilan minuman oleh responden berdasarkan 49 perbelanjaan pembelian minuman sehari.

JaduaI4.11 Min kumpulan perbelanjaan mengikut jenis kediaman. 51

Jadual4.12 Min kumpulan perbelanjaan mengikut jantina. 51

JaduaI4.13 Min kumpulan perbelanjaan mengikut bangsa.

Jadual4.14 Min jumlah pengambilan sajian dalam sehari mengikut jantina berdasarkan diari perbelanjaan.

Jadual4.15 Min jumlah pengambilan sajian dalam sehari mengikut kediaman.

Jadual4.16 Min jumlah pengambilan sajian dalam sehari mengikut bangsa.

Jadual4.17 Min jumlah pengambilan makanan konfeksi, segera dan lain-lain dalam sehari mengikut kediaman.

Jadual4.18 Min jumlah pengambilan makanan konfeksi, segera dan lain-lain dalam sehari mengikut jantina.

Jadual4.19 Min jumlah pengambilan makanan konfeksi, segera dan lain-lain dalam sehari mengikut bangsa.

ix

52

54

55

56

57

58

58

Page 12: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

Jadual4.20 Min jumlah pengambilan minuman dalam sehari mengikut 59 kediaman berdasarkan perbelanjaan.

Jadual4.21 Min umlah pengambilan minuman dalam sehari mengikut 59 jantina berdasarkan perbelanjaan.

Jadual4.22 Min jumlah pengambilan minuman dalam sehari mengikut 60 bangsa berdasarkan perbelanjaan.

Jadual4.23 Median pengambilan makanan oleh responden berdasarkan 61 perbelanjaan pembelian makanan sehari.

Jadual4.24 Median pengambilan minuman oleh responden berdasarkan 62 perbelanjaan pembelian minuman sehari.

x

Page 13: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

Rajah 2.1

Rajah 4.1

Rajah 4.2

Rajah 4.3

SENARAI GAM BAR RAJAH

Model pembuatan keputusan pengguna

Kumpulan makanan oleh responden.

Muka Surat

15 40

Jenis makanan pilihan utama oleh 79 responden berdasarkan kekerapan pengambilan makanan .

Jenis makanan pili han utama oleh 79 responden berdasarkan perbelanjaan pembelian makanan.

xi

50

63

Page 14: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

SENARAI LAMPIRAN

Muka Surat

Lampiran A Senarai makanan dan minuman yang dibeli oleh responden 75

Lampiran B Senarai perbelanjaan oleh responden

Lampiran C Surat kebenaran menjalankan penyelidikan

Lampiran D Surat persetujuan

Lampiran E Rekod perbelanjaan harian individu

Lampiran F Borang kekerapan pengambilan makanan

xii

79 81 82 83

85

Page 15: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

FFQ

UMS

FES

NCCFN

SENARAISINGKATAN

Borang Kekerapan pengambilan makanan

Universiti Malaysia Sabah

Food Expenditure Survey

National Coordinating Committee on Food and Nutrition

xiii

Page 16: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

=

<

>

±

SENARAI SIMBOL

Bersamaan dengan

Kurang daripada

Lebih daripada

Tambah tolak

xiv

Page 17: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kemerosotan ekonomi dengan kenaikan harga yang mendadak telah meninggalkan

kesan yang menyeluruh ke atas masyarakat dunia. Maka, kebijaksanaan pengguna

dalam membuat keputusan semasa membeli barangan dan makanan adalah sangat

penting (Hartini et aI., 2001). Perkembangan pesat industri makanan dan

peningkatan produk makanan yang diimport dari luar negara telah

memperbanyakkan pemilihan-pemilihan untuk para pengguna. Pilihan produk

makanan yang semakin meningkat ini telah mewujudkan persaingan yang hebat

antara pengeluar-pengeluar produk. Keadaan ini telah menyebabkan pengeluar

produk perlunya menghasilkan produk-produk baru, meningkatan kualiti makanan,

jangka hayat penyimpanan produk yang lebih lama, peningkatan produktiviti serta

kos pengeluaran dan pemasaran yang lebih rendah (Sidel and Stone, 1993).

Kajian Siti Aisyah (2004), menunjukkan promosi barangan boleh

menyebabkan pengguna semakin sukar untuk membuat keputusan dalam membeli

barangan. Teori yang sama boleh diaplikasikan ke atas pemilihan pembelian

makanan oleh pengguna. Promosi makanan boleh menyebabkan pengguna sukar

untuk membuat pili han atau keputusan. Pelbagai pilihan makanan yang memberi

keuntungan kepada pengguna telah ditawarkan oleh pengusaha kafeteria, restoren

dan kantin telah mengelirukan pengguna dalam memilih plihan yang

menguntungkan dan lebih berkhasiat. Pelajar universiti terutamanya bagi mereka

yang masih baru dengan kehidupan di universiti, kebanyakkan tiada pengalaman

dalam perancangan makanan, maka pemilihan makanan yang banyak ini boleh

menyebabkan mereka sukar untuk membuat pilihan.

Page 18: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

Perubahan dalam sosial ekonomi telah mempengaruhi perilaku pengguna

dalam membeli. Sifat-sifat pembeli adalah mengambil kira pendapatan dan tahap

pendidikan pengguna. Dalam kajian Tedjakusuma et a/., (2001) menyatakan

terdapat hubung kait antara tahap pendidikan dan pendapatan serta kemampuan

membeli. Tahap pendidikan telah mempengaruhi pengguna dalam membuat

pertimbangan dan keputusan dalam memilih dan membeli serta mereka

mempunyai pandangan yang luas terhadap alternatif barang dan harga jika

dibandingkan dengan pengguna berpendidikan yang rendah.

Ciri-ciri produk boleh mempengaruhi pengguna dalam memilihnya.

Pengguna sering mengambil kira tentang harga, penampilan, gaya dan mutu

produk tersebut. Penetapan harga produk akan mempengaruh kelakuan pembeli,

kerana harga yang dapat dijangkau oleh pengguna akan cenderung membuat

mereka membuat pembelian produk tersebut. Maka pengurus produk sering

berusaha untuk mencari dan mengembangkan produk yang sesuai dengan

keinginan pengguna. Dari segi harga, pengusaha produk berusaha menentukan

harga yang dapat diterima oleh semua lapisan masyarakat. Semakin tinggi tahap

persaingan antara perusahaan-perusahaan yang memproduksi produk telah

menyebabkan pengguna sensitif terhadap harga, sehingga bila harga dinaikkan,

pengguna akan cenderung untuk memilih produk lain dengan harga yang lebih

rendah dari produk pemilihan utama mereka, ertinya bila harga meningkat

pembelian ulangan akan menurun (Tedjakusuma et a/., 2001)

Dari segi pengedaran, pengusaha produk memberikan pelayanan sebaik

mungkin, supaya produk tersebut adalah mudah diperoleh oleh pengguna. Semakin

baik dan tersedia produk di pasaran, maka kemudahan untuk mendapatkannya

adalah semakin tinggi dan boleh mempengaruhi pemberian produk tersebut dari

pengguna. Persaingan yang semakin tinggi telah menyebabkan pengurus produk

berusahah untuk menyediakan produknya sedekat mungkin dengan pengguna,

sehingga bila suatu produk adalah sukar didapati oleh pengguna, maka ini boleh

menyebabkan pengguna beredar ke produk lain (Tedjakusuma et al., 2001).

2

Page 19: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

Dari segi promosi, pengusaha produk sering menyampaikan maklumat­

maklumat tentang produk baru melalui iklan ataupun melalui promosi penjualan.

Promosi dapat menciptakan kesedaran pengguna terhadap suatu produk. Promosi

yang baik dan berjaya menyampaikan keunggulan produk akan membantu

meningkatkan kepercayaan pengguna terhadap produk tersebut dan seterusnya

mempengaruhi pembelian ulang dari mereka (Tedjakusuma et aI., 2001).

Pengguna sentiasa sensitif dengan jenama, maka kaedah untuk menarik

pengguna untuk mencuba dan membeli produk adalah dengan penjenamaan.

Penerimaan sesuatu produk baru bagi pengguna adalah berdasarkan dengan

kebolehpercayaan atau kredibiliti jenama produk. Kecenderungan pengguna menilai

jenama semasa memilih produk boleh mempengaruhi sikap pilihan pengguna

terhadap sesuatu produk (Erdem dan Swait, 2004). Walaubagaimanapun,

pengguna pada masa kini semakin bijak dan berhati-hati dalam memilih produk

makanan. Oleh itu, setakat penjenamaan/ jenama produk sahaja adalah tidak

cukup untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan daripada pengguna dalam

memilih produk makanan tersebut. Kualiti sesuatu produk perlu dititik beratkan

kerana ia boleh mempengaruhi keputusan pengguna dalam memilih produk

tersebut (Tedjakusuma et aI., 2001; Grunert, 2002).

Konsep kualiti boleh dibahagikan kepada beberapa aspek, pertama adalah

kualiti produk mesti konsisten pada keseluruhan produk. Kedua, persepsi dari

pengguna adalah penting dalam menentukan kunci kepada parameter kualiti.

Konsep ketiga, kualiti juga merujuk kepada persembahan produk, ciri-ciri produk,

pembungkusan, sensori, nutris, astetika, nilai serta reputasi sesutu produk. Kualiti

makanan juga merupakan satu pra-kondisi untuk sesuatu produk yang dipasarkan

kerana pengguna sekarang lebih cenderung untuk memilih produk yang berkualit

dan selamat (Grunert, 2002; Murano, 2003).

Selain daripada aspek kualiti, kesedaran pengguna terhadap keselamatan

makanan juga semakin ketara. Label makanan yang direkakan untuk membantu

pengguna untuk membuat pili han makanan yang sihat .Oleh itu, perlabelan produk

makanan yang sesuai membolehkan pengguna membuat pili han produk makanan

3

Page 20: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

berdasarkan komposisi dan nilai nutrien (Teisl dan Levy, 1997; Grunert, 2002).

Perlabelan makanan juga mempamerkan logo halal yang sah pada pembungkus

makanan dan seterusnya menyenangkan pengguna memilih produk makanan

berdasarkan isu keselamatan, keagamaan dan moral yang berkaitan . Perkara ini

amat penting terutamanya kepada pengguna di Malaysia yang perlu mengenali

jenis-jenis produk makanan yang halal atau tidak (Teisl dan Levy, 1997).

Corak pembelian makanan pengguna pada hari ini telah banyak berubah

dan amat berkaitan dengan perubahan tabiat pemakanan yang lebih menjurus

kepada makanan segera. Contohnya, para ibubapa yang sibuk dengan kerjaya lebih

mencenderung membeli makanan yang lebih mudah disediakan seperti roti, bijirin

sarapan pagi, bijirin tersedia untuk dibancuh, nugget, sosej, mee segera dan

makanan-makanan dalam tin dalam menyediakan makanan anak-anak. Pelajar­

pelajar universiti yang tinggal di luar rumah, di asrama selalu sibuk dengan kerja

rumah mereka, masa untuk menyediakan makanan adalah terhad, maka mereka

akan lebih cenderung untuk makan makanan segera (8elaski, 2001).

Pelajar yang berpendidikan tinggi lebih cenderung untuk memilih makanan

berdasarkan kualiti makanan. Mereka kurang terpengaruh dengan iklan-iklan dan

dapat membuat penaakulan yang lebih baik. Membaca label adalah satu kemestian

semasa memilih dan membeli barangan dengan menilai kandungan pemakanan

dan kualiti. Mereka boleh memahami bahawa makanan yang khasiat penting bagi

memastikan kesihatan tubuh badan dan kecerdasan otak (Premalatha, 2002).

Dalam kajian Shazali et at. (2001), wanita adalah golongan yang

berkhemah dalam perbelanjaan, mereka sentiasa menyenaraikan barangan yang

ingin dibeli, dan membuat anggaran perbelanjaan, serta mempunyai tujuan

tertentu sebelum melakukan aktiviti membeli-belah. Mereka selalu berkhemah

dalam perbelanjaan. Kajian juga mendapati bahawa golongan wanita akan membeli

belah dengan secepat mungkin, berjimat dengan memilih harga terbaik, serta

mementingkan kualiti. Selain itu, mereka juga suka membeli barangan yang berada

dalam tawaran dan sentiasa mencuba memperolehi maklumat jualan dan harga.

4

Page 21: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

Pusat Maklumat Rakyat (2009) menyatakan hampir semua lelaki suka

bersukan. Pada zaman moden ini, lelaki sentiasa memenuhi masa lapang dan

waktu lepas kerja mereka dengan bersukan. Malah terdapat sebilangan lelaki

memulakan hidup awal pagi mereka dengan bersenam, dan selepas waktu kerja

sekali mereka akan bersukan sekali lagi sama ada mengunjung ke gimnasium atau

mengikut teman bermain badminton atau futsal di gelanggang. Sukan seperti bola

sepak, futsal, bowling dan badminton merupakan sukan kegemaran kepada

kebanyakkan lelaki. Bagi lelaki, sukan mampu memberikan mereka tenaga,

memperolehi tubuh idaman dan aktif sepanjang masa. Keaktifan dalam bersukan

ini boleh mendorong mereka makan dengan lebih banyak. Dan pemakanan mereka

adalah lebih sihat banding mereka yang tidak bersukan.

Kiess et al. (2000) menyatakan bahawa daya pembelian isi rumah merosot

dan peningkatan harga beras telah meninggalkan impak yang besar dalam

pembelian makanan yang lebih mahal seperti produk haiwan. Sebahagian besar

keluarga di Indonesia mahupun dari golongan atasan, menengah atau golongan

bawah menjadikan sayur-sayuran sebagai makanan utama mereka. Hal ini

disebabkan harga sayur-sayuran secara relatifnya adalah lebih murah daripada

makanan yang lain seperti daging, susu, telur, dan sebagainya. Maka perempuan

yang lebih cenderung memilih makanan sayur-sayuran dapat menjimatkan

perbelanjaan makanan seharian (Petra Christian Universiti, 2003)

1.2 Objektif Kajian

a. Untuk menentukan kos perbelanjaan pembelian makanan di kalangan pelajar­

pelajar Universiti Malaysia Sabah.

b. Untuk menentukan pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah mendapat

makanan yang cukup dan seimbang.

5

Page 22: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

1.3 Hipotesis

Kos perbelanjaan pemakanan bagi pelajar-pelajar berbangsa Cina adalah tinggi

berbanding bangsa lain. Kos perbelanjaan pemakanan bagi pelajar-pelajar bukan

residen adalah lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar residen. Kos perbelanjaan

pemakanan bagi pelajar-pelajar lelaki adalah lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar

perempuan. Pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah tidak mendapat makanan

yang cukup dan seimbang seperti yang disarankan oleh piramid makanan NCCFN

2010.

1.4 Rasional Kajian

Penyelidik mengandaikan pelajar berbangsa Cina lebih cenderung membeli

makanan yang berkualiti dan berkhasiat bagi memastikan kesihatan tubuh badan

dan kecerdasan otak. Disamping itu, penyelidik mengandaikan makan di luar

selalunya mahal kerana makanan dan minuman yang dijual adalah mahal, dan

peluang makan di luar adalah lebih tinggi bagi pelajar bukan residen. Selain itu,

penyelidik juga mengandaikan perbelanjaan bagi golongan wanita adalah rendah

kerana mereka sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan maka mereka akan

lebih berhati-hati memilih makanan dan minuman.

6

Page 23: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

BAB 2!

SOROTAN LITERATUR

2.1 Ekonomi

Krisis ekonomi telah mengakibatkan pengurangan sumber kehidupan dan telah

meninggalkan kesan ke semua lapisan, terutamanya telah mempengaruhi keluarga

miskin, walau bagaimanapun wanita dan kanak-kanak adalah paling bahaya kerana

mereka berpangkat rendah dan berada di lapisan bawah dalam kebanyakan

masyarakat (Hartini et al, 2002). Hartini et a/. (2002) juga menyatakan

peningkatan harga makanan boleh mengakibatkan krisis makanan, dan

kemungkinan besar wan ita dan kanak-kanak hanya boleh makan makanan yang

sedikit dan rendah kualitinya.

2.2 Kehidupan Pelajar

Memulakan kehidupan sebagai seorang pelajar universiti merupakan satu titik

penting dalam melatih diri untuk hidup berdikari, dan juga menjadi satu

tanggungjawab pada individu dalam memilih makanan dan mengamal amalan gaya

hidup yang sihat. Pelajar yang telah berpindah keluar dari rumah mempunyai

tanggungjawab dalam membeli dan menyediakan makanan buat kali pertama dan

ini telah menjejaskan tabiat pemakanan pelajar kerana kebanyakan pelajar

universiti tidak ada pengalaman dalam membeli makanan, membuat persediaan

dan merancang makanan. Sejak memulakan kehidupan di universiti, pelajar-pelajar

yang tinggal jauh dari rumah telah membuat perubahan dalam pemakanan mereka

seperti pengurangan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, ikan,

susu dan produk tenusu dan pengambilan minyak zaitun. Atas sebab pengambilan

Page 24: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

makanan yang kurang seimbang, maka kesihatan pelajar-pelajar universiti turut

terjejas dan risiko untuk menghadapi penyakit turut meningkat (Papadaki dan Scott,

2002).

2.3 Gaya Hidup dan Budaya Pemakanan

Makanan sangat penting kepada manusia, kerana ia membekalkan tenaga yang

cukup untuk mengekalkan kesihatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Kebanyakkan rakyat Malaysia termasuk golongan mahasiswa dan mahasiswi masih

tidak peka terhadap isu kesihatan dan sering tidak mengambil gizi makanan yang

seimbang setiap hari dengan berpandukan piramid makanan dan tidak

mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula, lemak dan

garam yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Gaya hidup dan

pemilihan makanan yang tidak seimbang atau berlebihan terutamanya bagi

penggunaan gula, lemak dan garam dalam harian merupakan punca kepada obesiti,

penyakit jantung, diabetes, hipertensi, karies gigi dan kanser (Kementerian

Kesihatan Malaysia, 1999). Satu kajian telah dijalan ke atas tabiat pemakanan

dengan gaya hidup di golongan pelajar perempuan kolej United State, dan telah

membuktikan faktor budaya pemakanan dan gaya hidup adalah berkait rapat

dengan kesihatan (Kiefer et aI., 2005).

Kekurangan zat makanan seperti zat besi dan iodin merupakan masalah

utama di Malaysia dan penyakit-penyakit seperti anemia dan goiter juga sering

dihadapi oleh rakyat Malaysia, akan tetapi secara keseluruhannya tahap kesihatan

pemakanan rakyat Malaysia adalah meningkat setiap tahun (Tee, 2000). Menurut

laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (1999), kekurangan zat makanan seperti

kalsium, zat besi, iodine dan Vitamin A merupakan masalah yang sering dijumpai di

Malaysia, dan menurut stastitiknya, kekurangan iodin di Malaysia ialah sebanyak

2.3%, Sarawak sebanyak 7.3% dan Sabah sebanyak 18% di kalanagn kanak-kanak

sekolah. Menurut Schneeman (2003), masyarakat kini lebih berfokus kepada

pencegahan kekurangan zat makanan dengan mementingkan gaya hidup yang

sihat dengan memilih makanan seimbang.

8

Page 25: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

RUJUKAN

Amilah Abdullah. 2000. Prinsip Penilaian Sensori. Bangi: Universiti kebangsaan Malaysia.

Agudo, A., pera. G., and the EPIC Group of Spain. 1999. Vegetable and Fruit consumption associated with anthropometric, detary and lifestyle factors in Spain. Publich Health Nutrition. 2(3) : 264-271.

American Dietetic Association. 2002. Position of the American Dietetic Association: The role of dietetics professionals in health promotion and disease prevention. Journal of the American Dietetic Association. 102(11): 1680-1687

Anon. 2003. Guide to Nutrition Labelling and Claims. Food Quality Control Divesion Ministry of Healthy Malaysia.

Arnold, E.B. and David, A.B. 1995. Oxford Dicitionary of Food & Nutrition. New York: Oxford University Press.

Arti, B. 2000. Applied nutrition and Disease. New Delhi: Anmol.

Azizi, H.Y., & Abdul, L.A. 2005. Persepsi guru dan pelajar terhadap perlakuan buli di kalangan pelajar Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat. Journal Teknologi. 43(12): 63-86.

Beech, B.M., Rice, R., Myers., L., Johnson, c., and Nicklas, T.A. 1999. Knowledge, Attitudes and Practies Related to Fruit and Vegetable Consumption of High School Students. Journal of Adolescent Health. 24:244-250.

Belaski, A. 2001. College and university students present a challenge for nutritionists. Journal of the American Dietetic Association. 101(8): 913 .

Belik, W. 2001. Food retailing, quality signals and customer defense. Conference Paper World Food and Agribusiness symposium.

Bower, lA., Saadat, M.A. and Whittlen, C. 2003. Effect of liking, information and willingness to pay more for a fat spread with a proven health benefit. J. Food Quality and Preferenc. 14: 65-74.

Buchholz, T.G., 2005. Burgers, Fries and Lawyer. Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism. 96:61-76.

Craiq, c.L., Marshall, A.L., Sjostrom, M., Bauman, A.E., Booth, M.L., Ainsworth, B.E., Pratt, M., Ekelund, U., Yngve, A., Sallis, J.F., and Oja, P. 2003. International Physical Activity Questionnaire: 12-Country Reliability and Validity. Medicine and Science in Sports and Exercise. 35(8):1381-1395.

69

Page 26: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

Davis, B., and Stone, S. 1991. Food & Beverages Management Great Britain: Butterworth - Heinemann Ltd.

Driskell, J.A, Meckna, B.R. and Scales, N.E. 2006. Differences Exist in The Eating Habits of University Men and Women at Fast-food Restaurants. Nutrition Research. 26: 524-530.

Don, S.P., Mohd Nasir, M.T. dan Zalilah, M.S. 2007. Sex and Ethnic Differentials in Physical Activity Levels of Adolescents in Kuantan. Mal J Nutr. 13(2): 109-120.

Erdem, T. and Swait, J. 2004. Brand Credibility and its Role in Brand Choice and Consideration. Journal of Consumer Research. 31(1), 191-199.

Engel, J.F., Blackwell, R.D. dan Kollat, D.T. 1978. Consumer Behavior. Illinois: The Dryden Press.

Freedman, M., & Grivetti, L. 1984. Diet patterns of first, second and third generation Greek-American women. Ecology Food and Nutrition 14: 185-204.

Frost, M. 1996. Quality Criteria and Standard. Berlin Germany.

Gail, G., Mark, AR., Girard, B.L. and Metzi, J.D. 2005. Breakfast Habits, Nutritional Status, Body Weight, and Academic Performance in Children and Adolescent. Journal of the American Dietetic Association. 10S(5): 743-755.

Garcia, T. And Grande, L. 2009. Determinants of Food Expenditure Among Older Consumer. The Spanish Case. Appetite.

Gillman, M.W., Pinto, B.M., Tennstedt, 5., Glanz, K., Marcus, B., and Friedman, R.H. 2001. Relationship of Physical Activity with Dietary Behaviours among Adults. Preventive Medicine. 32:295-301.

Glanzk, B.M., Maibache, e., Goldberg, J. And Snyder, D. 1998. Why Americans Eat What They Do - Taste, Nutrition, Cost, Convenience, and Weight Control Concerns as Influences on Food Consumption. Journal of the American Dietetic Assodation. 98(9): 1118-1126.

Goldfield, G.5., Epstein, L.H. 2002. Can fruits and vegetables and activities substitute for snack foods? Health Psychol. 21:299-303.

Greenfield, S.M., Innes, M.A., Allan, T.F.&Wearn, AM. 2002. First year medical students' perception and use of complementary and alternative medicine. Complementary Therapies in Medicine. 10:27-32

Grunet, K.G. 1995. Food Quality: A Means End Perspective. Food Quality and Preference. United Kingdom: Elsevier Science.

70

Page 27: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

Grunet, K.G. 2002. Current Issues in Understanding of Consumer Food Choice. Trends in Food Science and Technology. 13:274-285.

Guthrie, H.A. and Picciano, M.F. 1999. Human Nutrition. London: Mosby.

Hartini, T.N.5., Winkvist, A., Lindholm, L., Stenlund, H., Surjono, A. and Hakimi, M. 2001. Energy Intake During Economic Crisis Depends on Initial Wealth and Accees to Rice Fields: The Case of Pregnant Indonesian Women. Health Policy. 61:57-71.

Jabatan StatistiK Malaysia. 2009. Malaysian Household Expenditure SU/vey

2009/2010. Malaysia:Jabatan Statistik Malaysia.

Jago, R., Nicklas, T., Yang, DJ., Baranowski, T., Zakeri, 1. and Berenson, G.S. 2005. Physical Activity and Health Enhancing Dietary behavior in Yiung Adults: Bogalusa Heart Study. Prevenave medicine. 41:194-202.

Johnson, M.F., Nichols, J.F., Salls, J.F., Calfas, KJ., and Hovell, M.F. 1998. Interrelationship between Physical Activity and Other Health behaviors among University Women and Men. Preventive Medicine. 27:536-544.

Kementerian Kesihatan Malaysia. 1999. Kempen Cara Hldup Sihat Makan Untuk Kesihatan. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kiefer, I., Rathmanner, T. And Kunze, M. 2005. Eating and Dieting Differences in Men and Women. JMHG. 2(6):194-201.

Kiess, L., Moench-Phanner, R., Bloem, M.W., Pee, P.D., Mayang, S. And Kosen, S. 2000. New Conceptual Thinking about Surveillance: Using Micronutrient Status to Assess the Impact of Economic Crisis on Health and Nutrition. Mal J Nutr6(2): 223-232.

Krejcie, R., and Morgan, D.W. 1970. Determining Sample Size For Research Activities. Educational and Psychological Measurement 30:607-610.

Kolodinsky, J., Harvey-Breino, J,R., Berlin, L., Johnson, R.K., and Reynolds, T.W. 2007. Knowledge of Current Dietary Guidelines and Food Choice by College Students: better Eater Have higher Knowledge of Dietary Guidance. Journal of The American Dietetic associaaon. 107: 1409-1413.

Lee, R. And Nieman, D.C. 2003. Nutritional Assessment: Clinical Dieta~ Anthropometry and Biochemical. 3rd Edition. Sr Louise: Mosby-Year Book. Inc.

Mahadi, B.H.K. 2007. Tingkah laku buli dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007.

71

Page 28: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

Malaysia Dietary Guidelines. 2010. National Coordinating Committee on Food and Nutrition. Ministry of Health, Malaysia.

Marjan, Z.M., Mohd Nasir, M.T., Khor, G.L., Tee, E.5. 2002. Socio-economic determinants of nutritional status of children in rubber smallholdings. Asia Pacific J Clin Nutr 11(2): 133-141.

Meligaard, M., Civille, G.V. and Carr, B.T. 1999. Sensory evaluation techniques. (3rd edition). New York: CPC Press.

Morse, K.L. and Driskell, lA. 2009. Observed Sex Differences in Fast-Food Consumption and Nutrition Self-Assessments and Beliefs of College Students. Nutrition Research. 29(3): 173-179.

Murano, P,S, 2003. Understanding Food Science and Technology. USA. Thomson Wadsworth.

Nelson, M.C., Larson, N.L, Barr-Anderson, D., Neumark-Sztainer, D. And Story, M. 2009. Disparities in Dietary Intake, Meal Patterning and Home Food Environments Among Young Adult Nonstudents and 2- and 4- Year Collage Students. American Journal of Publish Health.

Nicklas, T.A., Baranowski, T., Cullen, K.W. and Berenson, G. 2001. Eating Patterns, Dietary Quality and Obesity Review. Journal of the American College of Nutrition. 20(6): 599-608

Owen, A.L., spiett, P.L., and Owen, M.G. 1999. Nutrition in The Community: The Art and Science of Delivering Services. London: MCGraw-Hili Com paries.

Pan, Y., Dixon, Z., Humburg,S., and Huffman, F. 1999. Asian students change their eating patterns after living in the United States. Journal of the American Dietetic AssOCiation, 99(1): 54-57.

Papadaki, A., & Scott, J. A. (2002). The impact on eating habits of temporary translocation from a Mediterranean to a Northern European environment. European Journal of Clinical Nutrition., 56(5): 455-461.

Papadaki, A., Hondros, G., Scott, lA., Kapsokefalou, M. 2007. Eating Habits of Universitu Students Living At, or Away From Home in Greece. Appetite. 49: 169-176.

Petra Christian Universiti, 2003.Harapan dan Potensi Pertumbuhan Indonesia. http://digilib.petra.ac.id/viewer.php?page=l&submit.x=O&submit.y- O&gual­high&fname=/jiunkpe/slleman/2003liiunkpe-ns-sl-2003-31497221-4378-vegetable-chapter3.pdf. Dilayani 28 Oktober 2009.

Premalatha, J. 2002. Baca sebelum belL Majalah Kosmik. Julai:10-15.

72

Page 29: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

Pusat Maklumat Rakyat. 2009, http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option= com content&view=article&id=2817:07-mac-lelaki-sukan&catid=334:2009-03&Itemid=27. Dilayani 28 Oktober 2009.

Ranjit, K. 2005. Research Methodology: A Step-by-step Guide for Beginners. 2nd

Edition. London: Sage Publication Ltd

Safiah, M.Y., Siti Haslina, M.D., Ahmad, M.R., and Siti Fatimah, A. 2003. Methodology: Malaysia Adult Nutrition Survey 2003. Putrajaya: Anita Marketing Sdn. Bhd.

Schneeman, B. 2003. Evaluation of dietary guidelines. Journal of the American Dietetic Association. 103(12): 5-9.

Shahar, S., Ghazali, R., Yusoff, N.A. Mohd., Safil, N.S., Manaf, Z.A., Noah, S.A.Mohd. 2002. Atlas of Food Exchange & Portion Sizes. UKM, Kuala Lumpur: MDC Publishers Printers Sdn. Bhd.

Shariff, M.Z., Bond J.T., & Johnson N.E . (2000). Nutrition and educational achievement of urban primary schoolchildren in Malaysia. Asia Pacific] Clin Nutr. 9(4): 264273.

Shazali, A.M., Run, E.C.D. dam Loh, W.M. 2001. Gaya Hidup Wanita Yang Menjalankan Urusan Pembelian Bahan Makanan: Kajia Kes Di Bandaraya Kuching. Jurnal Pembangunan Sosial.

Sidel, J.L., & Stone. H. 1993. The Role of Sensory Evaluation in Food Industry. J. Food Quality and Preference. 4:65-73.

Siti Aisyah, P. 2004. Faktor-faktor Gaya Pembuatan Keputusan Dalam Pembelian Barangan di Kalangan Pengguna. Journal Teknologi, 41(12): 73-91.

Sizer, F. S. And Whitney, E.N. 2000. Nutrition: Concepts and Controvensies (8th

edition). United States of America: Wadsworth/ Thomson Learning.

Statistic Canada, 2003. Food Expenditure Survey (FES), http://www.statcan.gc.ca Iconcepts/index-eng.htm. Dilayani 29 Oktober 2009.

Tee, E.S. 2000. Major Nutrient Deficienceis and Intervention Program in Malaysia. Kuala Lumpur: Institute for Medical Research.

Teisl, M.F. and Levy, A.S. 1997. Does nutrition labeling lead to healthier eating? J. Food Distribution Research. 3(28): 19-26.

Tedjakusuma, R., Hartini, 5., Muryani. 2001. Analisis Faktor-faktor yang Mempengaruhi perilaky Konsumen dalam Pembelian Air Minuman Mineral di Kotamadya Surabaya. Jurnal Pene/itian Dinamika Sosia/. 2: 48-58.

73

Page 30: KOS PERBELAN1AAN PEMBELIAN MAKANAN DI KALANGAN …

Thompson, F.E. and Subar, A.F. 2001. Chapter 1: Dietary Assessment Methodology. Nutrition in the prevention and treatment of disease.

Wandel, M. 1996. Consumer Concern and Behaviour Regarding Food and Helath in Norway. Journal of Consumer Studies and Home Economics 18: 203-215.

Whati, L.H., Senekal, M., Steyn, N.P., Nel, J.H., Lombard, C.&Norris, S .. 2005. Development of a reliable and valid nutritional knowledge questionnaire for urban South African adolescents. Journal of Nutrition 21: 76-85

Woodward, M. 1999. Epidemiology: Study Design and Data Analysis. USA:CRC Press.

Wothington, B.R. and Williams, S.R. 2000. Nutrition Throughout the Ufe Cycle. New York: McGraw-HilI.

74