kotakbentuk.docx

19
KERJA - KERJA KOTAK BENTUK / KOTAK ACUAN PRINSIP - PRINSIP AM ACUAN / KERJA - KERJA KOTAK BENTUK 1. Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang dicipta melalui kegunaan acuan. Dalam pembinaan konkrit terdapat dua kumpulan acuan iaitu acuan untuk konkrit tuang dahulu dan acuan untuk konkrit tuang di situ. 2. Acuan untuk konkrit tuang dibuat dengan cara senang dibuka, mudah dialih dan boleh digunakan berulang kali. 3. Acuan untuk konkrit tuang dibuat dengan cara senang dibuka, tumpuan pada kekukuhan dan ketepatan kedudukannya juga hendaklah diperhatikan. 4. Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang, tembok, lantai, tangga dan jisim konkrit yang lain. DEFINISI 1. Acuan adalah binaan sementara yang dibina mengikut bentuk struktur konkrit yang akan dibina. 2. Ia dibina dengan tujuan membentuk struktur konkrit seperti yang diperlukan. 3. Ia boleh ditanggalkan selepas konkrit yang dibentukkan itu benar - benar keras dan teguh mengikut spefikasi yang ditetapkan : Lapik papan / papan acuan - ( sheating ) terdiri daripada papan yang bertanggam lidah dan lurah. Tanggam ini digunakan untuk memastikan acuan kalis dan member permukaan yang licin padan konkrit. Papan lapis juga digunakan terutamanya untuk membentuk permukaan yang lengkung. Papan alas tapak - ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong belebas pada jarak yang sama. Belebas - merupakan tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan supaya kedudukannya tidak berubah. Susur dinding - ( waler ) ialah untuk memastikan kelurusan acuan serta mengukuhkan kedudukannya. Topang - menentukan jarak diantara kedua -dua lapik papan dalam acuan itu sehingga bancuhan konkrit ditempatkan. Rembat - bertujuan mengukuhkan dan menetapkan kedudukan acuan serta menahan tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan dan getaran dilakukan. Pancang - untuk mengekalkan rembat Dawai - untuk menarik kedua -dua lapik papan supaya tidak kembang apabila bancuhan konkrit ditempatkan. Noggin - kayu sokongan antara susur dinding. SYARAT - SYARAT KETEGUHAN KOTAK BENTUK Cukup kuat untuk menampung konkrit basah. Cukup tegar Tidak telap air

Transcript of kotakbentuk.docx

Page 1: kotakbentuk.docx

KERJA - KERJA KOTAK BENTUK / KOTAK ACUAN

PRINSIP - PRINSIP AM ACUAN / KERJA - KERJA KOTAK BENTUK

1. Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang dicipta melalui kegunaan acuan. Dalam pembinaan konkrit terdapat dua kumpulan acuan iaitu acuan untuk konkrit tuang dahulu dan acuan untuk konkrit tuang di situ.

2. Acuan untuk konkrit tuang dibuat dengan cara senang dibuka, mudah dialih dan boleh digunakan berulang kali.

3. Acuan untuk konkrit tuang dibuat dengan cara senang dibuka, tumpuan pada kekukuhan dan ketepatan kedudukannya juga hendaklah diperhatikan.

4. Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang, tembok, lantai, tangga dan jisim konkrit yang lain.

DEFINISI       1. Acuan adalah binaan sementara yang dibina mengikut bentuk struktur konkrit yang akan dibina.

2. Ia dibina dengan tujuan membentuk struktur konkrit seperti yang diperlukan.

3. Ia boleh ditanggalkan selepas konkrit yang dibentukkan itu benar - benar keras dan teguh mengikut spefikasi yang ditetapkan : 

 Lapik papan / papan acuan   - ( sheating ) terdiri daripada papan yang bertanggam lidah dan lurah. Tanggam ini digunakan untuk memastikan acuan kalis dan member permukaan yang licin padan konkrit. Papan lapis juga digunakan terutamanya untuk membentuk permukaan yang lengkung.

Papan alas tapak -  ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong belebas pada jarak yang sama.

Belebas - merupakan tetulang pada acuan dan menegakkan lapik papan supaya kedudukannya tidak berubah.

Susur dinding - ( waler ) ialah untuk memastikan kelurusan acuan serta mengukuhkan kedudukannya.

Topang - menentukan jarak diantara kedua -dua lapik papan dalam acuan itu sehingga bancuhan konkrit ditempatkan.

Rembat - bertujuan mengukuhkan dan menetapkan kedudukan acuan serta menahan tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan dan getaran dilakukan.

Pancang - untuk mengekalkan rembat

Dawai - untuk menarik kedua -dua lapik papan supaya tidak kembang apabila bancuhan konkrit ditempatkan.

Noggin - kayu sokongan antara susur dinding.

SYARAT - SYARAT KETEGUHAN KOTAK BENTUK Cukup kuat untuk menampung konkrit basah.

Cukup tegar

Tidak telap air

Ukuran dan dimensi yang betul.

Aras permukaan yang rata.

Boleh digunakan semula kotak bentuk selepas ditanggalkan.

PENGGUNAAN KOTAK BENTUK

Kotak bentuk ini digunakan pada banyak bahagian struktur bangunan seperti : Tiang ( column )

Rasuk ( beam )

Page 2: kotakbentuk.docx

Lantai ( slab ) 

Dinding

Longkang

KOTAK BENTUK UNTUK TIANG

Struktur tiang dibina bertujuan untuk  menyokong struktur rasuk bagi lantai atas  dan bumbung. Kotak bentuk untuk tiang mengandungi papan-papan yang dipanggil pendinding (sheeting).  Pendinding di atur dan dipasang tegak mengikut bentuk tiang yang hendak di bina sama ada segi empat tegak, bulat dan sebainya.  Pendinding yang biasa di gunakan adalah yang bersaiz 31.25mm dan 37.5mm tebal.  Papan –papan ini akan dipasang bersama- sama pengikat (cleat) .

Kotak Bentuk untuk Tiang

Kotak bentuk diperkukuhkan dan di perkuatkan lagi dengan memasang atau menambah perembat (yokes) pada jarak yang berubah-ubah, bergantung kepada saiz dan ketinggian tiang yang dibina.  Kemudian pengikat akan pakukan pada satu ahli yang dipasang selari dengan pendinding yang menjadikannya seperti anak tangga.  Perembat dipasang melalui anak tangga ini dan ikatan ahli-ahli struktur tadi di perkuatkan lagi dengan penggunaan di antaranya.

KOTAK BENTUK UNTUK RASUK

Setelah pemasangan kotak bentuk bagi tiang telah siap dan juga telah dikonkrit dan di buka kotak bentuk bagi tiang tersebut mengikut waktu pembukaannya, kotak bentuk bagi rasuk dibuka satu persatu.  Reka bentuknya adalah seperti palung dengan kedua-duanya sisinya serta tapak.

Kerja pemasangannya dilakukan dengan menaikkan bahagian lantai atau tapak

rasuk di mana pada setiap hujung tapak tersebut ditemukan bersama-sama di

Page 3: kotakbentuk.docx

tepi tiang dan di atas permukaan tiang.  Untuk mengelakkan daripada ia

melengkung, tupang sementara digunakan dari bawah tapak rasuk sehinggalah

di atas permukaan lantai.  Jarak di antara tupang adalah di antara 0.75 m dari

tengah ke tengah.  Selepas daripada itu, barulah kedua-dua sisi rasuk dinaikkan

mengikut ukuran yang telah ditetapkan dan ia dipakukan dan juga diketatkan

dengan menggunakan baji.

                                                   

Acuan Konkrit ACUAN KONKRIT Fungsi Bahagian-Bahagian Acuan Bentuk binaan konkrit boleh dibuat mengikut sebarang rekaan yang dicipta melalui kegunaan acuan. Dalam pembinaan konkrit, terdapat dua kumpulan acuan yang lazim digunakan iaitu acuan untuk konkrit tuang dahulu dan acuan untuk konkrit tuang disitu. Acuan untuk konkrit tuang dahulu dibuat dengan cara senang dibuka, mudah dialih dan boleh digunakan berulang kali. Acuan untuk konkrit tuang di situ selain daripada senang dibuka, tumpuan kepada kekukuhan dan ketepatan kedudukannya hendaklah diperhatikan. Acuan biasanya dibuat untuk pembinaan tapak, ambang, rasuk, tiang, tembok, lantai, tangga dan jisim konkrit yang lain. Acuan ini hendaklah dibuat supaya dapat membentuk dan menyangga bancuhan konkrit sehingga konkrit itu menjadi keras dan berupaya menyokong sendiri. Acuan adalah binaan sementara dan mesti ditanggalkan selepas konkrit yang dibentuk itu cukup kuat. Bahan-bahan Yang digunakan Untuk Acuan Acuan boleh dibuat daripada beberapa jenis bahan. Bahan yang biasa digunakan ialah : 1. Papan dan papan lapis 2. Logam - keluli, besi bergalvani, aluminium dan sebagainya 3. Kaca gentian dan plastik gentian Papan Dan Papan Lapis Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit tuang dahulu mahupun konkrit tuang di situ. Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang dikerjakan. Kayu lembut separuh kering adalah bahan yang baik untuk membuat acuan. Kayu yang terlampau kering akan menyerap air dari konkrit, manakala kayu yang basah akan mengecut menjadikan perubahan saiz dan bentuk konkrit. Kayu keras pula adalah berat dan sukar dipaku. Logam Kegunaan logam dalam pembinaan acuan adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan juga memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya memerlukan acuan logam kerana ia tahan lasak dan sesuai digunakan berulang kali. Kepingan logam biasanya digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan yang bertingkat-tingkat. Kaca Gentian dan Plastik Gentian Kaca gentian dan plastik gentian digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai rekabentuk tersendiri. Pembinaan Acuan Acuan yang baik hendaklah mempunyai ciri-ciri yang berikut : Kualiti Darisegi kekukuhan, kekuatan, kedudukan dan dimensi menentukan kualiti acuan. Acuan mestilah dibuat kukuh dan kuat supaya berupaya menahan beban yang akan ditanggung seperti beban bancuhan konkrit, tetulang, pekerja, alatan yang digunakan dan juga getaran yang dilakukan untuk

Page 4: kotakbentuk.docx

memadatkan konkrit. Kedudukannya mestilah tepat dan stabil. Dimensinya hendaklah mengikut rekabentuk yang ditetapkan. Selain daripada itu, rekabentuk acuan hendaklah mengandungi kemudahan untuk menanggalkannya supaya tidak mengganggu kedudukan konkrit apabila membuka acuan. Keselamatan Keselamatan mestilah dititikberatkan kepada pekerja, struktur dan alatan yang digunakan. Ia hendaklah dimulakan dari peringkat perancangan dan pengurusan. Rekaannya mestilah mematuhi pada undang-undang, pembinaannya dikawal dengan rapi dan penyeliaan dijalankan dari masa ke semasa. Ekonomi Kos mestilah rendah tetapi mematuhi kualiti dan keselamatan pembinaan acuan. Bahan-bahan yang digunakan hendaklah mudah didapati dan seboleh-bolehnya dapat digunakan berulangkali. Begitu juga pertimbangan harus diberi kepada cara pembinaan, jenis acuan dan kemahiran pekerja sedia ada. Jangkamasa Minimun Untuk Menanggalkan Acuan Bil Bahagian Acuan Jangkamasa 1.Tepi rasuk, tiang dan tembok =(2-6 hari) 2.Bawah rasuk dan papak (yang tidak dibebankan)=(7-14 hari) 3.Papan tepi (yang dibebankan)=(Tidak kurang 7 hari) 4.Papan bawah ( yang dibebankan)=(28 hari) * Sebarang beban tidak boleh dibebankan sebelum 28 hari

Copy the BEST Traders and Make Money (One Click) : http://ow.ly/KNICZ

KOTAK BENTUK Pengenalan Kotak bentuk ialah suatu binaan sementara yang berfungsi untuk membentuk konkrit pada bentuk yang dikehendaki. Dalam kerja konkrit, ia dikenali sebagai acuan dimana bancuhan konkri dituang dan dibiarkan mengeras. Dalam projek pembinaan, kotak bentuk atau acuan adalah dibina berdasarkan apa yang digambarkan di dalam pelan. Untuk kerja-kerja pembinaan yang besar, kotak bentuk merupakan sebahagian dari sistem kerja. Kotak bentuk yang baik adalah yang kuat dan tidak berubah bentuk apabila menerima beban. Kebanyakan kotak bentuk yang digunakan dalam projek pembinaan dari jenis kayu kerana ia dapat digunakan berulang kali.

Page 5: kotakbentuk.docx

Ciri-ciri kotak bentuk Sebelum kotak bentuk dibina ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian :

Page 6: kotakbentuk.docx

Kuat dan kukuh Kotak bentuk yang dibina hendaklah dapat menanggung beban hidup dan beban mati. Ia juga akan menerima gegaran dan hentakan akibat getaran alat penggetar dan sebagainya semasa kerja-kerja konkrit sedang dijalankan.

Page 7: kotakbentuk.docx

Ukuran yang betul Acuan yang hendak dibina mestilah mempunyai ukuran yang betul dan tepat mengikut ukuran yang terdapat dalam pelan. Ini kerana ia akan memberi kesan terhadap saiz konkrit jika berlaku kesilapan terhadap acuan.

Page 8: kotakbentuk.docx

Mempunyai sokongan yang baik Kotak bentuk yang dipasang mestilah disokong dan diikat dengan kuat untuk menerima beban tetulang dan beban konkrit.

Page 9: kotakbentuk.docx

Telap air Ia untuk mengelakkan air simen mengalir keluar dari kotak bentuk dan menjaga kualiti acuan konkrit yang dibina.

Page 10: kotakbentuk.docx

Mudah dipasang dan dibuka Ia hendaklah menggunakan cara yang paling mudah dalam proses pemasangannya supaya ia juga mudah apabila membukanya. Ini bertujuan untuk tidak merosakkan struktur konkrit dan kotak bentuk itu sendiri.

Page 11: kotakbentuk.docx

Bahan-Bahan yang digunakan Untuk Membuat Kotak Bentuk Kotak Bentuk boleh dibuat daripada beberapa jenis bahan,bahan yang biasa digunakan ialah : i. Papan dan papan lapis Bahan ini sangat luas digunakan dalam pembinaan acuan baik untuk konkrit tuang dahulu mahupun konkrit tuang disitu.Bahan-bahan ini mudah didapati dan senang dikerjakan. Kayu lembut separuh kering adalah bahan yang bajk untuk membuat kotak bentuk. Kayu keras pula adalah berat dan sukar dipaku. ii. Logam Kegunaan logam dalm pembinaan adalah terhad pada pembinaan yang tertentu dan juga memerlukan kemahiran yang tersendiri. Penghasilan konkrit tuang dahulu biasanya memrlukan kotak bentuk logam kerana ia tahan lasak dan sesuai digunakan dalam pembinaan lantai atas dan bumbung dalam bangunan bertingkat-tingkat. iii. Kaca Gentian dan plastic gentian Kaca gentian dan plastic gentian dan digunakan khas untuk membina struktur yang mempunyai reka bentuk tersendiri.

Page 12: kotakbentuk.docx

Bahagian-Bahagian Kotak Bentuk Antara bahagian-bahagian kotak bentuk ialah : I. Lapik papan(sheating) terdiri daripada papan dengan papan bertanggam lidah dan lurah. Tanggam ini digunakan untuk memastikan acuan kalis air dan memberi permukaan yang licin kepada konkrit. Papan lapis juga digunakan terutamanya untuk membentukan permukaan yang lengkap. II. Papan alas tapak ialah untuk meluruskan acuan tersebut dan menyokong belebas pada jarak yang sama. III. Belebas merupakan tetulang kepada acuan dan menegakan lapik papan supaya kedudukanya tidak berubah. IV. Susur dinding digunakan untuk memastikan kelurusan acuan serta mengukuhkan kedudukanya. V. Tupang digunakan untuk menentukan jarak diantara kedua-dua lapik papan dalam acuan itu sehingga bancuhan konkrit ditempatkan. VI. Rembat bertujuan mengukuhkan dan menetapkan kedudukan acuan serta menahan tegasan semasa bancuhan konkrit ditempatkan dan getaran dilakukan. VII. Pancang digunakan untuk mengekalkan rembat. VIII. Dawai digunakan untuk menarik kedua-dua lapik papan supaya kembang apabila bancuhan konkrit ditempatkan.

Page 13: kotakbentuk.docx

Kotak Bentuk Pada Struktur Bangunan 1) Asas Ia dibina setelah kerja-kerja pemotongan cerucuk dan µlean conc¶ selesai. Untuk bahagian asas biasanya ia mempunyai 2 binaan iaitu µpile cap¶ dan µstump¶. Sebelum kotak bentuk dibuat ukuran terlebih dahulu diambil daripada pelan dan tempat pembinaannya. Selalunya struktur µpile cap¶ dan µstump¶ berbentuk segi empat sama dan segi empat tepat. Ini bermakna, ia mempunyai 4 bahagian sisinya dan cara pemasangannya ialah dengan membentuk terlebih dahulu 3 bagian sisinya dan satu sisi lagi akan dipasang ketika 3 sisi tersebut diletakkan pada tempat pembinaannya. Selepas itu barulah kerja-kerja pemasangan tetulang dan kerja-kerja konkrit akan dijalankan. 2) µGround Beam¶ µ Ground beam µ merupakan binaan struktur bangunan yang dibina di bawah tanah. Pembinaan kotak bentuk dijalankan setelah selesai kerja-kerja penimbunan struktur µpile cap¶ dan µstump¶. Fungsinya adalah untuk mengukuhkan bangunan dan membantu mengagihkan beban bangunan ke struktur asas. Biasanya pekerja akan menyiapakan kotak bentuk lebih awal sebelum kerja-kerja pemasangannya dilakukan. Oleh kerana terdapat bahagian µground beam¶ yang sempit, kerjakerja menyapu minyak pada kotak bentuk dilakukan terlebih dahulu. Ini semua untuk menjimatkan masa dan merupakan satu teknik yang digunakan bagi memudahkan kerja.

Page 14: kotakbentuk.docx

3) Lantai Bawah ( Ground Floor Slab ) Lantai bawah merupakan lantai yang dibina di atas permukaan penimbusan µground beam¶. Biasanya kotak bentuk untuk lantai bawah tidak tinggi. Pembinaannya mudah jika dibandingkan dengan pembinaan rasuk. Ini kerana, ia hanya perlu memasang kotak bentuk tersebut pada bahagian tepi ( keliling ) µground beam¶ yang telah siap. Pada tengah-tengah bangunan ia akan memasang kayu 1´x2´ untuk turun ( drop ). Selalunya bahagian µdrop¶ ini merupakan bahagian tandas ataupun dapur. 4) Tiang Tiang merupakan satu struktur bangunan yang dibina bagi menghubungkan lantai bawah dengan lantai tingkat atas dan seterusnya. Jadi, pembinaan acuannya iaitu kotak bentuk memerlukan ketelitian supaya tiang tersebut tepat pada tempatnya. Kotak bentuk tiang akan dibina setelah selesai kerja-kerja pembinaan µslab¶. Pembinaannya bermula dari µsetting out¶ untuk mendapatkan titik tengah batang tiang. Tetulang akan dibina terlebih sebelum kotak bentuk dipasang berbeza dengan struktur rasuk yang menjalankan kerja-kerja pemasangan kotak bentuk terlebih dahulu sebelum memasang tetulang. Biasanya acuan bagi struktur tiang ini mengandungi papan pendinding ( sheeting ) yang dipasang tegak mengikut bentuk tiang sama ada segi empat tepat, segi empat sama, bulat, dan sebagainya. Ia dikukuhkan dengan pemasangan perembat ( yoles ) yang dipasang selari dengan pendinding kelihatan seperti anak tangga.

Page 15: kotakbentuk.docx

Cara pemasangannya pula sama seperti pemasangan kotak bentuk bagi struktur µpile cap¶ dan µstump¶ bagi tiang yang berbentuk segi empat. Bagi tiang yang berbentuk bulat pula, biasanya ia hanya mempunyai dua sisi dan kedua-dua sisi tersebut akan dipasang zink pada permukaannya. Untuk mengukuhkan lagi acuan tiang, kayu 1´ x 2´ akan digunakan sebagai pengikat atau perembat dan di bawahnya akan dipaku dengan paku konkrit. . 5) Rasuk Tingkat Satu & µSlab¶ Kotak bentuk bagi struktur rasuk tingkat satu, µslab¶, dan lantai akan dibina serta di konkrit pada masa yang sama. Pembinaannya bermula setelah tiang siap dibuka acuannya. Untuk struktur ini ia memerlukan lebih banyak tenaga dan bahan mentah seperti papan lapis berbanding struktur tiang. Pembinaan kotak bentuk bagi struktur ini dimulakan dengan pemasangan topi (biasanya menggunakan papan lapis) pada permukaan atas struktur tiang. Peranca besi ( scaffolding ) digunakan sebagai tupang untuk menahan kotak yang dalam pemasangan. Pemasangan peranca perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana ia akan menanggung beban yang berat. Setelah peranca siap dipasang, kayu 4´ x 2´ akan dipasang di atas peranca yang berfungsi sebagai kerangka bagi acuan rasuk dan lantai. Kemudian papan lapis akan dipasang untuk bahagian bawah terlebih dahulu seterusnya bahagian tepi dan bahagian atas khas untuk lantai sahaja.

Page 16: kotakbentuk.docx

Pembukaan Kotak Bentuk Pembukaan kotak bentuk merupakan kerja yang terakhir bagi menentukan sesuatu struktur binaan siap 100%. Ia dibuka dengan berhati-hati bagi memastikan permukaan konkrit tidak mengalami kerosakan seterusnya dapat menjaga kualiti konkrit tersebut. Kotak bentuk yang hendak dijalankan kerja-kerja pembukaannya perlulah dipastikan terlebih dahulu akan pengerasan konkrit bagi struktur bangunan tersebut. Ini bertujuan untuk memastikan konkrit cukup mengeras apabila dibuka. Tempoh Pembukaan Kotak Bentuk : -

Page 17: kotakbentuk.docx

Bagi struktur yang tidak menanggung beban seperti tiang dan lantai bawah yang menggunakan Simen Portland biasa, tempohnya ialah 3 hari.

Page 18: kotakbentuk.docx

Bagi struktur yang menggunakan simen cepat keras pula tempoh pembukaannya hanya mengambil masa selama 2 hari sahaja Lantai ( penyangga tidak ditanggalkan ) 4 hari Lantai ( penyangga ditanggalkan ) 10 hari

Page 19: kotakbentuk.docx

Rasuk ( penyangga tidak ditanggalkan ) 8 hari Rasuk ( penyangga ditanggalkan ) 21 hari