Kritikan Seni Visual STPM

download Kritikan Seni Visual STPM

of 9

Transcript of Kritikan Seni Visual STPM

  • 8/13/2019 Kritikan Seni Visual STPM

    1/9

    KRITIKAN SENI VISUAL

    diskipsi melihat apa yang k elihatan dalam karya contoh: s eorang s edang m embasuh

    basikal roda tiga, basikal roda tiga, dll

    Analisis lanjutan dari diskipsi dan m embuat analisis dari asp ek formal s e perti p enggunaan

    prinsip r ekaan dan unsur s eni

    Interpretasi membuat s esuatu ekspr esi atau m entafsir karya dalam p engolahan id eadan makna

    Pertimbangan meletakan hukuman atau penilaian pada karya ini.

  • 8/13/2019 Kritikan Seni Visual STPM

    2/9

    seni visual stpm

    PENGENALAN SENI VISUAL A) PENGERTIAN SENI VISUAL

    Menurut kamus dewan seni membawa maksud Halus iaitu kecil, elok, tipis danhalus, enak di dengar iaitu mengenai suara, comel bentuk badan manakala .

    seni,II: membawa maksud karya termasuklah sajak, lukisan, muzik dan lain lagi

    yang dicipta dengan bakat atau kecekapan dan hasil daripada sesuatu ciptaan. Visual

    pula dari segi bahasa bermaksud tampak iaitu yang boleh dilihat melalui deria

    penglihatan. Terdapat juga istilah seni rupa, seni halus, seni lukis dan seni reka.

    Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi

    sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui

    penglihatan atau pendengaran.

    Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al-

    Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan

    keindahan.

    Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek

    pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada

    dalam bentuk 2D dan 3D.

    B) PENGKELASAN SENI VISUAL Seni visual boleh dibahagikan kepada dua jenis penghasilan iaitu pengkaryaan dan

    perekaan.

    I) Pengkaryaan

    Ialah penghasilan seni halus dalam bentuk 2D dan 3D. Kebanyakan bahan-bahan

    yang terhasil menggunakan media dan teknik konvensional iaitu alatan dan media

    asas dan kurang mengunakan bantuan teknologi. Contoh pengkaryaan ialah Lukisan,

    catan, seni cetak dan arca.

    II) Perekaan Ialah penghasilan 2D dan 3D yang lebih banyak menggunakan teknik dan media

    baru berteraskan teknologi. Contoh perekaan ialah grafik dan multimedia (

    komunikasi visual), reka bentuk teknologi seperti rekaan industeri ( automobil,

    logam halus, tekstil dll ) dan reka bentuk persekitaran seperti seni hiasan dalaman &

    seni lanskap.

    C) PERANAN SENI VISUAL

    Peranan yang dimainkan oleh seni visual boleh dilihat dari dua aspek yang utama

    iaitu psikologi dan sosiologi.

    http://notasenivisual.blogspot.com/2007/06/seni-visual-stpm.htmlhttp://notasenivisual.blogspot.com/2007/06/seni-visual-stpm.htmlhttp://notasenivisual.blogspot.com/2007/06/seni-visual-stpm.html
  • 8/13/2019 Kritikan Seni Visual STPM

    3/9

    I) Peranan psikologi

    Peranan psikologi dilihat dari segi perkembangan dan pembentukan diri individu

    berdasarkan kepada perkembangan sensitiviti, emosi, kreativiti, dan ekspresi yang

    berlaku dalam diri individu melalui aktiviti seni visual.

    Sensitiviti pula merupakan kepekaan dan kebolehan membuat pertimbangan dan

    persepsi dari segi sosial serta estetik. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya

    dapat memantapkan kepekaan,sensibility ( kebolehan untuk merasa dan hayati)

    Emosi ialah keupayaan melahirkan idea, rasa hati,membuat pertimbangan dan

    pernyataan diri. . Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan

    perasaan dan memantapkan sensibility, mencorak perlakuan perasaan yang

    semulajadi seperti rasa cinta atau rasa takut.

    kreativiti, boleh dilihat dari diri individu yang mempunyai daya kreatif. Individu ini berupaya mengubah dan mentafsir semula sesuatu benda yang ada kepada

    penghasilan yang lebih menarik.Individu ini sensitif kepada masalah di

    sekelilingnya, yang kemudiannya bertindak mencari jalan keluar dalam bentuk

    penghasilan. Penghasilannya yang dilakukannya adalah melalui daya kreatifnya

    berdasarkan keupayaan dan kehendaknya untuk mengubah sesuatu keadaan supaya

    lebih sempurna. Individu ini juga berupaya bertindak berdasarkan kebolehannya

    menyesuaikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang lebih baik.

    Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat memantapkan keupayaanmembuatdan merekacipta, menjadikan individu lebih imaginatif dalam pengkaryaan dan

    perekaan.

    Ekspresi ialah tindakbalas emosi hasil daripada interaksi atau komunikasi dengan

    persekitaran, orang lain,masyarakat, peristiwa dan benda. Pembelajaran SV, aktiviti

    dan apresiasinya dapat memantapkan pengucapan, curahan idea, gambaran

    pemikiran dan perasaan, menggambar, memberi makna menerusi perkataan,

    pergerakan, arahan dan symbol. Selain itu ia dapat memberikan kepada individu

    berkomunikasi idea, perasaan dan emosi.

    II) Peranan sosiologi

    Peranan SV dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni

    dan masyarakat ). Antara peranan SV :

    Nasionalisme - Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan

    dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV.

    Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat

    kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsurnasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.

  • 8/13/2019 Kritikan Seni Visual STPM

    4/9

    Persekitaran - Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian

    dalam SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan

    kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada

    kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan

    dalaman.

    Rumah rakit- Kuala Lipis

    Propaganda - SV sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat

    atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya

    Awang Damit Ahmad.

    Poskad kepada dunia (1990)

    Ritual / upacara - SV dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adatresam

    dalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D

    atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung

    penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.

    Spiritual SV untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yangdihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu

    sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

    Pengeluaran - Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dankegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu

    pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi.

    Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan.

    Contohnya penghasilan batik dan songket.

    Pemujukan - Hasil SV berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-

    contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.

    Perniagaan dan perdagangan - Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat

    menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan.

    Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

    D) PENGALAMAN ESTETIK

    Dapat membina kepekaan dan pertimbangan dalam diri individu, masyarakat dan

    persekitaran.Terbahagi kepada

    Pengalaman langsung - Melalui proses membuat atau proses penghasilan produk

    seni. Melalui penglibatan deria. Antara yang terlibat ialah pelukis, pengarca, pandai

    tukang dan sebagainya.

  • 8/13/2019 Kritikan Seni Visual STPM

    5/9

    Pengalaman intelektual - Melalui kajian, penerokaan, eksperimen dan dapatan

    dari pelbagai sumber dan maklumat dalam proses penghasilan produk seni.

    Melalui penguasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang mendalami tentang

    konsep, falsafah dan nilai. Kebanyakan yang terlibat ialah para pengkritik, penggiat

    seni pengkaji dan individu yang sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan

    bidang yang berkaitan dengan seni.

    PENDEKATAN SEJARAH DAN KRITIKAN SENI VISUAL

    Pendahuluan SENI

    Seni adalah suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap indah. Seni

    memenuhi keperluan-keperluan naluri estetik dan fizikal manusia yang dipengaruhi

    oleh faktor-faktor keagamaan, kebudayaan, ruang, masa dan keadaan yang tertentu.

    Hal ini telah melahirkan kepelbagaian pengertian seni seperti tradisi, moden danpascamoden, mengikut zaman dan masyarakat yang tertentu. Penghayatan dan

    penghargaan terhadap seni lazimnya mengambil kira aspek-aspek formal, makna

    dan konteks penghasilan sesuatu karya. Seni juga mempunyai pelbagai peranan yang

    bersifat psikologi dan sosiologi.

    Secara umum, seni berkaitan dengan hal-hal mengenai keindahan atau estetika yang

    merangkumi aspek-aspek jasmani dan kerohanian individu mahupun masyarakat.

    Seni ditakrifkan sebagai suatu ciptaan ataupun ekspresi akan sesuatu yang dianggap

    indah, terutamanya dalam bentuk visual (Hornby, 1974: 43). Seni juga disifatkansebagai suatu kegiatan atau proses penciptaan yang memerlukan kemahiran serta

    pengetahuan untuk melahirkan idea dalam bentuk yang nyata (Martin, 1986: 12).

    Hauser berpendapat, seni adalah komunikasi (1959). Herbert Read pula menjelaskan

    bahawa seni adalah penciptaan bentuk-bentuk yang menyenangkan. Seni adalah

    penjelmaan rasa estetika (1959: 16).

    Seni Visual

    Seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni

    halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk

    teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan

    seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun

    pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium

    dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya

    memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin

    disampaikannya. Khalayak menikmati karya seni visual apabila bahan yang

    digunakan pengkarya dengan cara-cara tertentu membolehkan sesuatu objek ataupersembahan itu difahami ataupun digunakan mereka.

  • 8/13/2019 Kritikan Seni Visual STPM

    6/9

  • 8/13/2019 Kritikan Seni Visual STPM

    7/9

    a) Konsep dan Kaedah Sejarah Seni Visual (i) Maksud Sejarah Seni Visual

    Keluasan pengertian dan skop seni visual memungkinkan bidang Sejarah Seni Visual

    juga muncul sebagai suatu disiplin ilmu mempunyai skop, peranan, dan cabang-

    cabang yang luas. Sejarah Seni Visual tidak hanya terbatas kepada persoalan atau

    pengkajian tentang bentuk-bentuk seni, sebenarnya sejarah seni melibatkan apa-apa

    jua yang berkaitan dengan kerja seni itu sendiri, termasuklah tentang pengkarya:

    pelukis dan pereka, bentuk, stail atau gaya, proses, teknik, bahan, makna, pemilik,

    penaung, persepsi, tanggapan, peranan, dan kemungkinan-kemungkinan yang

    terhasil akibat daripada kewujudan karya seni itu.

    Budaya visual yang pelbagai bentuk dan rupa terhasil berlandaskan pelbagai

    pengalaman yang merentasi ruang dan jarak waktu yang tertentu. Dalam konteks ini,Sejarah Seni Visual pada dasarnya menerokai akan apakah faktor-faktor pencetus

    terhasilnya karya, akibat atau kesan, peranan, fungsi, nilai, makna, serta persepsi

    masyarakat terhadap sesuatu karya. Oleh kerana penghasilan karya seni itu turut

    berhubung dengan bidang-bidang ilmu dan kebudayaan yang luas, justeru itu bidang

    Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu bidang kajian yang berkait dengan

    bidang-bidang ilmu dan profesion lain. Sejarah Seni Visual juga dilihat sebagai suatu

    disiplin kemanusiaan yang menerangkan peranan seni dalam kehidupan manusia

    (Zakaria Ali, 1989; Muliyadi Mahamood, 1993; Pointon, 1994; Tansey dan Kleiner,1996).

    Tujuan Sejarah Seni Visual

    Penghayatan terhadap sejarah memungkinkan khalayak mengetahui peristiwa masa

    lalu sebagai asas untuk memahami situasi masa kini. Jika sejarawan memahami

    masa lalu dengan mengkaji fakta-fakta peristiwa, sejarawan seni visual pula

    berusaha untuk memahami masa lalu menerusi karya-karya seni. Dalam konteks ini,

    karya seni visual menjadi dokumen-dokumen sejarah yang merakamkan akan masa

    atau era yang menghasilkannya, sementara apresiasi atau penghayatan seni yang

    menjadi dasar bidang Sejarah Seni Visual bertindak sebagai asas untuk

    memahaminya. Selain daripada memperjelaskan akan bentuk, makna, dan fungsi

    sesuatu karya, Sejarah Seni Visual juga melihat akan perubahan-perubahan persepsi,

    fungsi, mahupun makna yang berlaku ke atas sesuatu karya itu, contohnya dengan

    mengkaji faktor-faktor yang mewujudkan sesuatu perubahan (Pointon, 1994; Tansey

    dan Kleiner, 1996).

  • 8/13/2019 Kritikan Seni Visual STPM

    8/9

    (ii) Kaedah Sejarah Seni Visual

    Dalam bidang Sejarah Seni Visual, karya seni merupakan dokumen sejarah atau

    sumber primer yang penting, sementara apresiasi atau penghayatan seni menjadi

    asasnya. Kaedah mendekati atau menganalisis karya seni boleh dilakukan dengan

    mengajukan beberapa soalan asas tentang karya yang sedang dikaji ataupun

    dihayati.

    Misalnya, ia boleh dimulai dengan bertanya apakah objek itu?; untuk siapa ia

    dibuat?; ia dibuat daripada apa?; bagaimana keadaannya sekarang?; adakah ia satu-

    satunya objek sedemikian?; apakah maksudnya?; apakah yang cuba disampaikan?;

    bagaimanakah ia dipersembahkan?; dan siapakah yang menghayatinya?. Atau, ia

    boleh dimulakan dengan soalan siapakah pembuatnya?; di mana ia sekarang?;

    bagaimana ia berada di tempatnya kini?; bila ia sampai di tempatnya kini?; siapa yang mendapatkannya?; mengapa?; berapakah harganya?; siapa pemilik asalnya?;

    siapa yang menghayatinya? (Pointon, 1994: 61). Persoalan-persoalan asas ini

    menjadi dasar dalam mengenali serta memahami sesebuah karya seni itu dengan

    lebih dekat dan bermakna. Ini yang ditegaskan oleh Hauser dalam tulisannya,

    bahawa dalam usaha memahami karya seni, kita tidak terus menerangkannya, tetapi

    cuba menyesuaikan diri kita dengannya.

    Berbicara tentang karya seni,

    Secara umumnya, pengkajian terhadap karya seni perlu mengambilkira aspek-aspek bentuk (aspek-aspek formal, termasuklah pengolahan karya dan gaya penampilan)

    dan makna (ikonografi: tersurat dan tersirat). Penelitian terhadap bentuk dan makna

    ini pula dihubungkan dengan konteks penghasilan sesuatu karya, misalnya aspek-

    aspek period atau masa: sejarah dan kebudayaan.

    Dalam mengkaji bidang sejarah seni umumnya perlu mengetahui tentang bagaimana

    sesebuah karya itu diolah dan dihasilkan. Dalam proses pengolahan inilah 3 kaedah

    yang digunakan iaitu:

  • 8/13/2019 Kritikan Seni Visual STPM

    9/9

    Idealisasi merujuk kepada unsur kepercayaan / keagamaan. terdapat banyak padaimej-imej keugamaan. Pengolahan dibuat menggunakan perkiraan dan formula)

    untuk maksud menyampaikan rasa keunggulan, penataan secara hieratik,

    melibatkan exaggeration sama ada dari aspek idea mahu pun form

    Representasi-merujuk kepada perlambangan. menyatakan tentang keperihalan sifat

    dan ciri sesuatu kualiti hal yang mujarad seperti berat atau isipadu sesuatu objek

    tanpa sebenarkan menekankan sifat luaran.Oleh itu ia melibatkan satu

    perlambangan aspek mujarad bagi maksud menginterpretasi tentang perkara yang

    bukan objek. Dalam banyak keadaan, sasaran pengambarannya lebih

    mengutamakan aspek yang elemental dan primeval

    Stailisasi - merujuk kepada bahan dan teknik yang digunakan dalam sesuatu karya

    atau perekaan. pertimbangan imej dibuat dengan mengambil kira aspek ciri bahan yang digunakan dan rupa yang akan diserasikan dengan keseluruhan reka bentuk.

    Pendekatannya lebih berkait dengan masalah rekaan (design issues). Contohnya

    ialah, gambar dalam motif.

    a. Gaya penampilan

    Teknik penggambaran menyentuh soal gaya dan bagaimana imej dipersembahkan

    kepada umum. Pada amnya, terdapat tiga kaedah utama yang boleh mengarah

    kepada penekanan gaya penampilan iaitu:

    Realistik -karya yang menggambarkan sepertimana objek/situasi asal melibatkanimitasi, peniruan daripada bentuk asal.Contoh Gadis Melayu, Potret Diri

    (Mohd.Hoessien Enas),

    Separa abstrak -Mengubah bentuk asal kepada unsur yang sukar difahami tetapi

    masih boleh dikenali unsur-unsur asal.Contoh Girl Before a miror (Pablo picasso),

    Hang Tuah Hang Jebat (Ismail Mustam)

    Abstrak - karya yang melambangkan keseluruhan imej yang sukar difahami ,

    dikenali sebagai mujarad,niskala,kabur, tetapi pengkarya lebih mementingkan

    simbol,bentuk dan warna,Contoh Pago-pago (A.Latiff Mohidin), Gunung Ledang

    (Syed Ahmad Jamal)