kronologi tanah runtuh

2
Berikut adalah antara kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara ini: * 11 Dis 1993: Satu daripada tiga blok kondominium di Highland Towers Hulu !lang Selangor runtuh dan mengorbankan "# nyawa$ !ejadian itu berlaku selepas tanah runtuh berlaku di belakang kondominium itu$ * 3% &un 199': (1 orang terkorban manakala (3 yang lain )edera dalam kejadian tanah runtuh di jalan susur enting Highlands$ !ejadian itu diper)ayai berpun)a daripada hujan lebat yang mengakibatkan air turun laju dan menghanyutkan pokok dan tanah berhampiran terowong !arak$ * +ada tahun 199,: !ejadian tanah runtuh berlaku pada tahun baru apabila sebahagian &alan 3-11 +esiaran Tiga Bandar Baru Selayang runtuh$!ejadian berhampiran tiga blok .lat kawasan perumahan yang didiami 13% keluarga itu tidak mengorbankan nyawa$ * (' Disember 199/: Tanah runtuh di !m1/ 0ebuhraya mpang2 Hulu !lang Selangor mengorbankan tiga orang$ * 1' ei 1999: +enduduk kawasan perumahan Bukit ntarabangsa dan 4angsa 5kay &alan Hulu !lang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh sepanjang 1%% meter$ Seorang kanak2kanak berusia empat tahun maut$ * ( 6o7ember (%%(: Sebuah banglo di Taman Hill7iew Hulu !lang milik bekas panglima ngkatan Tentera &en 8B Tan Sri smail ;mar runtuh selepas dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan rumahnya$

description

tanah runtuh

Transcript of kronologi tanah runtuh

Berikut adalah antara kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara ini: * 11 Dis 1993: Satu daripada tiga blok kondominium di Highland Towers, Hulu Klang, Selangor runtuh dan mengorbankan 48 nyawa

Berikut adalah antara kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara ini: * 11 Dis 1993: Satu daripada tiga blok kondominium di Highland Towers, Hulu Klang, Selangor runtuh dan mengorbankan 48 nyawa. Kejadian itu berlaku selepas tanah runtuh berlaku di belakang kondominium itu.

* 30 Jun 1995: 21 orang terkorban manakala 23 yang lain cedera dalam kejadian tanah runtuh di jalan susur Genting Highlands. Kejadian itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat yang mengakibatkan air turun laju dan menghanyutkan pokok dan tanah berhampiran terowong Karak.

* Pada tahun 1996: Kejadian tanah runtuh berlaku pada tahun baru apabila sebahagian Jalan 3/11 Pesiaran Tiga, Bandar Baru Selayang runtuh.Kejadian berhampiran tiga blok flat kawasan perumahan yang didiami 130 keluarga itu tidak mengorbankan nyawa.

* 25 Disember 1997: Tanah runtuh di Km17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor mengorbankan tiga orang.

* 15 Mei 1999: Penduduk kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay, Jalan Hulu Klang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh sepanjang 100 meter. Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut.

* 2 November 2002: Sebuah banglo di Taman Hillview, Hulu Klang milik bekas panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar runtuh selepas dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan rumahnya.

Dalam kejadian itu, isterinya Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya Hijaz, dua menantu dan dua cucu serta pembantu rumah Indonesia terkorban.

* 31 Mei 2006: 49 rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang musnah akibat runtuhan tanah dan empat sekeluarga terkorban.

* 30 November 2008: Dua beradik, Noratirah Roslan, 16, dan Nurul Intan Sarina, 9, terkorban selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh yang turut meranapkan sebuah banglo di Ulu Yam Perdana, Hulu Selangor.

* 6 Disember 2008: Kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang meragut lima nyawa selain menimbus 14 banglo.

* 29 Januari 2011: Tanah runtuh dan banjir kilat akibat hujan berterusan di beberapa penempatan di Sandakan, seperti di perumahan lereng bukit Bandar Ramai-Ramai, Kampung Gelam runtuh dan Kampung Sundang Darat. Kejadian mengorbankan dua orang, seorang warga emas dan remaja perempuan.