#KSSR

14
1.0 PENGENALAN Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara ma mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan (Jamil Ahmad, 2008). idang pendid masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. !embangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati dan ji"a manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. #engan ini, hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan dan modal insan berkuali dapat di"ujudkan iaitu mereka yang berkemahiran dan berpengetahuan, kreati$ da ino%ati$ adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tingg &emua sekolah rendah di Malaysia akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai 'urikulum &tandard &ekolah endah ('&& ) sebagai tambahan kepada 'urikulum aru &ekolah endah ('& ) yang telahlama diperkenalkan. Menyedari pembangunan modal insan merupakan aset penting untuk membangunkan negara ke arah mencapai sasaran status negara maju, '&& yang diperkenalkan ini merupakan trans$ormasi yang dilakukanoleh 'ementerian !endidikan bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding dengan pia"aian global. Menurut 'ementerian !endidikan Malaysia (20 *), seramai 2*0,8+ guru sekolah rendah berperanan dalam pengajaran dan pembelajaran (!-!) bagi melaksanakan '&& . anggungja"ab inisangat pentingkhususnya kepada guru/guruyang seharusnya memahami aspirasi dan tujuan pelaksaan serta matlamat '&& . uru/ guru di sekolah akan terlibat secara langsung dengan adanya trans$ormasi ini d mana guru/guru lebih akti$ mengajar jika hendak dibandingkan dengan yang lepas !ersoalannya, apakah cabaran/cabaran yang dihadapi oleh seseorang guru dalam pelaksanaan '&& dan apakah strategi/strategi yang boleh dilaksanakan mengatasinya1 1

description

edu

Transcript of #KSSR

1.0 PENGENALAN

Menjelang tahun 2020, Malaysia berhasrat menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri, iaitu mencapai kemajuan seimbang daripada segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan kebudayaan (Jamil Ahmad, 2008). Bidang pendidikan masih lagi menjadi bidang utama negara bagi membangunkan modal insan pada masa depan. Pembangunan bidang ini dengan pelbagai rancangan baru akan dapat membangunkan akal, hati dan jiwa manusia khususnya remaja bagi menghadapi dan melengkapkan diri ke arah negara maju. Dengan ini, hanya melalui pendidikan di sekolah semua perancangan ini dapat direalisasikan dan modal insan berkualiti dapat diwujudkan iaitu mereka yang berkemahiran dan berpengetahuan, kreatif dan inovatif adalah prasyarat bagi mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Semua sekolah rendah di Malaysia akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai tambahan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah lama diperkenalkan. Menyedari pembangunan modal insan merupakan aset penting untuk membangunkan negara ke arah mencapai sasaran status negara maju, KSSR yang diperkenalkan ini merupakan transformasi yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan bagi memastikan sistem pelajaran negara setanding dengan piawaian global. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2014), seramai 240,835 guru sekolah rendah berperanan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi melaksanakan KSSR. Tanggungjawab ini sangat penting khususnya kepada guru-guru yang seharusnya memahami aspirasi dan tujuan pelaksaan serta matlamat KSSR. Guru-guru di sekolah akan terlibat secara langsung dengan adanya transformasi ini di mana guru-guru lebih aktif mengajar jika hendak dibandingkan dengan yang lepas. Persoalannya, apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh seseorang guru dalam pelaksanaan KSSR dan apakah strategi-strategi yang boleh dilaksanakan untuk mengatasinya?

2.0CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI GURU DALAM PELAKSANAAN KSSR DAN STRATEGI-STRATEGI MENGATASINYA

2.1Cabaran Pertama dan Strategi-Strategi Mengatasinya2.1.1Cabaran Pertama: Beban Guru yang BanyakMerujuk kepada keratan akhbar, (Utusan Malaysia, 23 Januari 2008), mantan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan bahawa beban kerja guru pada masa kini adalah terlalu berat. Artikel ini menjelaskan bahawa guru terpaksa menanggung bebanan yang berada di luar bidang tugas. Tugas guru bukan sekadar mengajar malahan turut memainkan peranan dalam pembangunan sekolah, menjaga disiplin dan mengurus pentadbiran. Menurut beliau, harapan untuk menaikkan tahap akademik pelajar dan sekolah telah meningkatkan beban kerja guru selain tanggungjawab remeh-temeh yang terpaksa digalas oleh mereka.Selain itu, menurut Roslan Madon (2010), Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia (GMGBM), walaupun sudah ada garis panduan mengenai tugas yang perlu dilaksanakan, kadangkala guru perlu juga melaksanakan kerja lain yang di luar bidang mereka seperti membuat pemeriksaan kesihatan dan mata murid. Katanya, tugas ini sepatutnya dilakukan oleh kakitangan Jabatan Kesihatan Malaysia dan bukannya guru. Beliau menegaskan lagi bahawa sekolah tidak sepatutnya dibebankan dengan aktiviti anjuran agensi lain dan boleh menolak kerjasama dengan agensi luar melainkan kerjasama tersebut memberi keutamaan kepada keperluan murid dan tidak membebankan guru.Tambahan pula, dengan pendapat Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Malaysia (PKPSM), berikutan jumlah kerani yang tidak mencukupi di sekolah, guru terpaksa mengurus dan memasukkan data pelbagai jenis borang seperti Borang Pinjaman Buku Teks, Borang Biasiswa serta profil murid. Sebagai contoh, Sekolah Menengah Sains Rembau mempunyai empat kerani berbanding 480 orang pelajar. Bilangan ini tidak mencukupi dan perlu ditambah sekurang-kurangnya dua orang lagi bagi membolehkan semua kerja perkeranian dapat dilakukan oleh kakitangan pejabat sekolah.Di samping itu, para guru masa kini terpaksa menghadapi masalah dalam menguruskan aktiviti-aktiviti kokurikulum di sekolah yang semakin hari semakin bertambah. Guru-guru dikehendaki menjalankan kegiatan kokurikulum di sekolah tanpa mengikut ketetapan masa tidak kira pada waktu persekolahan mahupun di luar waktu persekolahan. Akibatnya, guru-guru terpaksa meninggalkan tugas utama mereka iaitu mengajar di bilik darjah. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Shahbudin (1986), didapati masa sebenar guru bekerja adalah 44.28 jam seminggu manakala masa rasmi di sekolah ialah 28.35 jam sahaja seminggu (jumlah masa kerja rasmi bagi satu hari ialah 5.67 jam). Justeru itu, guru-guru masih memerlukan sebanyak 15.93 jam lagi bagi menyempurnakan kerja-kerja mereka seperti mengajar dan menyemak buku latihan pelajar.Tanggungjawab dan beban kerja guru yang semakin bertambah menyebabkan guru memainkan bermacam jenis peranan. Dalam menjalankan tugas sebagai pendidik, guru perlu membuat perancangan pengajaran, persediaan alat-alat mengajar, menyemak buku murid, menanda kertas peperiksaan, menghadiri mesyuarat serta kursus. Selain itu, guru menjalankan tugas-tugas perkeranian seperti urusan buku teks, hal ehwal kebajikan murid, disiplin murid, akaun persatuan dan kelas, kegiatan sukan dan kokurikulum. Beban tugas yang banyak ini menyebabkan guru semakin tertekan dan mengalami tekanan emosi. Penambahan beban tugas ini sudah tentu akan membawa kesan kepada pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan kualiti pengajaran guru.

2.1.2Strategi-Srategi Mengatasi Cabaran Pertama Pada pendapat saya, Guru Besar dan pentadbir perlu berbincang dalam pembahagian tugas kepada guru-guru agar pembahagian kerja tersebut adil dan mengikut kemampuan guru tersebut. Menurut Abdul Shukur Abdullah (1991), pembahagian kerja merupakan perkara yang penting dalam aspek kawalan danpengurusan bagi menganalisis tugas dan pembahagian kerja secara terperinci, kemudian membandingkan dengan kemampuan seorang pekerja untuk melaksanakan tugas itu dengan terperinci. Gabungan antara tugas dan kemampuan bertujuan mewujudkan kecekapan.Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia mencadangkan agar pihak pentadbir sekolah mengurangkan bilangan jawatankuasa pada peringkat sekolah kepada jumlah yang lebih wajar. Pada masa ini terdapat sekolah yang mempunyai hampir 40 jawatankuasa dalam bidang pengurusan dan pentadbiran, kurikulum, hal ehwal murid serta kebersihan, keceriaan dan keselamatan murid yang memerlukan curahan masa dan tenaga guru yang banyak. Pengurangan jawatankuasa boleh dilakukan dengan penggabungan dan pemansuhan jawatankuasa. Walaupun begitu, pembahagian tugas di sekolah perlu dilakukan secara adil untuk mengelakkan bebanan tugas tertumpu kepada guru tertentu sahaja.Selain itu, semua program yang dianjurkan oleh organisasi luar perlu diuruskan sendiri oleh mereka serta aktiviti tersebut dijalankan di luar kawasan sekolah. Guru-guru dan pelajar pula hanya perlu menghadiri program tersebut sebagai peserta atau jemputan sahaja. Menurut Datuk Azam Mohd Atan (2010), Yang Dipertua PKPSM, apabila sekolah menjadi tuan rumah dan pengurus acara, pihak sekolah ingin buat yang terbaik sedangkan persiapannya mengambil masa yang lama. Maka, lebih baik program yang dianjurkan oleh pihak luar diadakan di luar kawasan sekolah dan diuruskan oleh mereka sendiri. Hal ini akan meringankan beban guru kerana guru tidak perlu bersusah payah membuat persiapan untuk sesuatu program luar.Di samping itu, penggunaan ICT juga dapat meringankan beban guru di sekolah. ICT digunakan bagi memudahkan urusan pentadbiran, memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta menyelaras aktiviti dan program. Semua maklumat lengkap berkaitan pelajar boleh disimpan menggunakan perisian Microsoft Access dan Microsoft Excel. Seterusnya, ICT juga digunakan untuk mewujudkan pengkalan data soalan, persediaan pengajaran dan kandungan pengajaran. Hal ini dapat mempercepatkan masa dan meringankan beban guru.Selain daripada penggunaan ICT, menyusun semula tugas-tugas perkeranian di sekolah juga dapat meringankan beban guru di sekolah. Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju guru tidak perlu dibebankan dengan tugas perkeranian yang terlalu banyak sehingga mengganggu tugas utama guru sebagai pendidik. Dalam usaha untuk melonjakkan kualiti PdP, guru perlu diberikan banyak masa untuk merancang pengajaran yang lebih berkesan serta membuat persiapan mengajar. Maka, Jawatankuasa Bebanan Tugas Guru akan menyediakan garis panduan tugas utama guru dan tugas yang tidak boleh dilakukan oleh guru.

2.2Cabaran Kedua dan Strategi-Strategi Mengatasinya2.2.1Cabaran Kedua: Guru Kurang Mahir dalam Penggunaan ICTPergerakan masa serta era globalisasi ini sememangnya turut membawa perubahan kepada dunia pendidikan. Malaysia dengan tidak ketinggalan zaman pun banyak dipengaruhi oleh masalah globalisasi ini dengan menerapkan aplikasi penggunaan ICT dalam segenap aspek kehidupan. ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan Information and Communication Technology yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan memapar maklumat (Ainulishak, 2011).Cabaran pertamanya dengan menggunakan ICT dalam proses P&P adalah kemahiran tenaga pengajar iaitu warga pendidik dalam menggunakan alatan ICT. Generasi yang dilahir sebelum era 190-an dikatakan kurang cekap dan mahir dalam mengendalikan peralatan-peralatan ICT. Jadi, masih terdapat banyak guru yang tidak tahu menggunakan komputer untuk memasukkan data atau masih terkial-kial untuk menaip surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Kelemahan sebilangan guru ini menyebabkan usaha kerajaan untuk mengaplikasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran terbantut. Oleh demikian, Ellington (1993) pernah mengatakan bahawa kelemahan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula ialah teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) memerlukan guru-guru celik komputer atau sekurang-kurangnya berasa senang menggunakan papan kekunci, sukar mendapatkan bahan berasaskan komputer yang sesuai dan tersedia dan usaha mereka bentuk bahan pembelajaran berasaskan komputer memerlukan kemahiran yang tinggi.Selain daripada itu, penggunaan ICT dalam PdP di Malaysia dikatakan meluaskan lagi jurang perbezaan pelajar bandar dan luar bandar. Pelajar di luar bandar kurang terdedah kepada gajet-gajet ICT dalam kehidupan seharian. Sekolah pedalaman sememangnya tidak mempunyai infrustruktur dan kemudahan ICT yang mencukupi dan bersesuaian. Hal ini telah menyebabkan kesukaran pihak guru untuk menggunakan ICT dalam P&P. Menurut Ain Fathihah (2009), kebanyakan program pendidikan yang dibangunkan dalam bentuk ICT harus digunakan secara dua hala, iaitu memerlukan interaksi balas daripada pelajar. Namun, hal ini tidak dapat dilaksanakan jika pelajar tidak tahu dan takut menggunakan gajet ICT. Oleh demikian, perkara ini telah menjadi cabaran yang sangat besar bagi seseorang pendidik dengan mengguna pelbagai teknik dalam menarik perhatian murid serta juga haruslah memberi motivasi kepada murid tentang memberi mereka lebih banyak peluang dalam kegunaan ICT supaya mereka tidak ketinggalan zaman juga.Apabila guru yang tidak cekap menggunakan peralatan ICT seperti pemancar LCD danlaptop,perkarainiakanmenimbulkanbanyak masalah. Sesetengah guru yang tidak cekap akan mengambil masa yang lama untuk menyediakan peralatan sebelum memulakan proses P&P. Sebagai akibat, masadi bilikdarjah terbazir begitusahaja memandangkan guru terkial-kial menggunakan peralatan ICT yang disediakan pihak sekolah.

2.2.2Strategi-Strategi Mengatasi Cabaran KeduaMengikut statistik daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, dalam Rancangan Malaysia ke Lapan iaitu dari tahun 2002 hingga Jun 2007 seramai 247,804 orang guru telah mengikuti kursus kemahiran ICT (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007) dan jika angka ini diambil kira ia menghampiri jumlah keseluruhan guru di Malaysia. Ini dibuktikan dengan beberapa kajian lepas yang menunjukkan bahawa masih terdapat guru yang belum dapat menguasai kemahiran teknologi maklumat, situasi ini kerap kali merujuk kepada guru-guru yang berkhidmat di luar bandar dan pedalaman (Mohammed Sani et al., 2004; Noor Awanis, Nora & Nurazariah, 2006; Megat et al., 2008). Selain itu, pihak sekolah juga perlu mengambil inisiatif memajukan profesion keguruan dalam konteks penggunaan ICT dalam pendidikan agar guru-guru yang berkhidmat di sekolah menerima perubahan dan kemajuan dalam kerjaya profession keguruan mereka. Program perkembangan staf yang melibatkan profesion keguruan di sekolah-sekolah harus dirancang dengan baik. Menurut Woo Yoke Ling (2005), profesion keguruan harus sentiasa terbuka kepada perubahan, pembaharuan dan inovasi baharu dalam penggunaan ICT di Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional.Strategi seterusnya untuk mengatasi masalah kekurangan infrustruktur dalam sekolah adalah pihak kerajaan boleh memberi bantuan kewangan di kawasan sedemikian. Soal implikasi kos sering kali menjadi kriteria bagi melaksanakan pembelajaran berasaskan komputer di sekolah-sekolah. Perancangan sekolah perlu mengambil kira perubahan yang berlaku terutama penggunaan ICT. Selain menyediakan kemudahan belajar berasaskan ICT, sekolah perlu merangka belanjawan pendidikan yang semakin meningkat, khususnya perbelanjaan yang melibatkan penggunaan kemudahan, peralatan dan perkakasan teknologi maklumat. Oleh demikian, dengan mendapat bantuan kewangan daripada pihak kerajaan, pihak sekolah boleh membuat memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan Internet serta makmal computer. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified . Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Pandangan ini juga diberi sokongan oleh Hueyshan dan Mishra (2000) menyatakan bahawa guru menggunakan komputer untuk menghasilan penyampaian yang lebih menarik serta berkesan, menguruskan pelajar mereka dengan cekap, dan memudahkan komunikasi dengan ibu bapa serta pelajar. Jadi, tidak dapat dinafikan bahawa kewujudan ICT sememangnya boleh membawa banyak manfaat dalam proses P&P terutamanya bagi kawasan pedalaman yang masih mempunyai banyak potensi untuk dinambahbaikkan.Sebagai intihanya, zaman yang moden ini telah membawa banyak cabaran kepada kita tidak kira sama ada dalam profesional keguruaan atau kerjaya yang lain. Namun demikian, perkembangan Teknologi dan Maklumat (ICT) telah banyak membawa manfaat dalam proses P&P. Oleh demikian, guru bertanggungjawab penuh dalam mempunyai kemahiran yang cukup dalam cara kegunaan ICT yang betul. Menurut Esah Sulaiman (2003) dengan perkembangan teknologi terkini dan aplikasi teknologi komunikasi maklumat (ICT) dalam pengajaran, golongan guru dikehendaki menguasai kemahiran ICT dalam pengajaran. Guru mempunyai tanggungjawab menyediakan tenaga kerja berteknologi tinggi dan berupaya menjadikan negara ini pusat kecemerlangan di rantau Asia Tenggara.

2.3Cabaran Ketiga dan Strategi-Strategi Mengatasinya2.3.1Cabaran Ketiga: Guru kurang berpengetahuan dan berkemahiranMenurut Sanitah Binti Mohd Yusof dan Norsiwati Binti Ibrahim (2012), kejayaan sesuatu kurikulum baru seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah berkait rapat dengan peranan seseorang guru. Hal ini kerana guru merupakan pelaksana kurikulum. Justeru, guru haruslah bersedia untuk menerima pembaharuan kurikulum tersebut. Untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan kurikulum tersebut, guru memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dan memperlengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran tertentu. Keadaan ini telah mewujudkan guru yang kurang bersedia di mana guru-guru tersebut adalah kurang berpengetahuan dan berkemahiran kerana kesuntukan masa untuk menyesuaikan diri. Proses pendedahan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) kepada guru melalui ketua panitia mata pelajaran dalam taklimat adalah singkat berbanding dengan Jurulatih Utama yang telah mengikuti kursus selama seminggu. Maka dengan ini, pendedahan yang diterima oleh guru adalah sangat sedikit dan tidak menyeluruh.Kebanyakan guru kurang faham tentang konsep PBS dan ini menyebabkan mereka kurang berkemahiran dalam menjalankan tugas-tugas pentaksiran (Norazila binti Nordin, 2013). Contohnya, satu kajian yang dijalankan oleh Hamzah dan Sinnasamy (Faizah A. Majid, 2011) telah menunjukkan bahawa penilaian lisan Bahasa Inggeris PBS yang dijalankan oleh sestengah guru adalah tidak berasaskan panduan dan objektif yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Kenyataan ini secara langsung telah menunjukkan guru-guru tersebut kurang berpengetahuan dan berkemahiran dalam melaksanakan tugas-tugas pentaksiran seperti penilaian lisan Bahasa Inggeris. Fenomena ini seterusnya akan menyumbang kepada isu kesahan dalam pentaksiran (Norazila binti Nordin, 2013). Hai ini kerana guru-guru diberi kuasa yang sepenuhnya untuk menilai murid-murid mereka. Oleh kerana guru-guru tersebut kurang memahami konsep PBS, mereka akan menyalahgunakan kuasa mereka dalam pemberian markah kepada murid-murid. Guru-guru yang mengamalkan sikap pilih kasih akan bersikap tidak adil kepada murid-murid yang lain.Malah, satu kajian Nixon dan Fraser (Mohd Rasdi bin Saamah, 2003) telah menyatakan bahawa kejayaan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah bergantung kepada penguasaan kemahiran dan pengetahuan guru kerana hanya guru yang berpengetahuan dapat menjelaskan sesuatu topik dengan jelas agar mudah difahami oleh murid-muridnya. Guru yang kurang berpengetahuan dan berkemahiran akan mengakibatkan keberkesanan pelaksanaan KSSR yang rendah dan impak yang diperolehi juga adalah minimun (Utusan Borneo, 2011 Mei 18). Berbanding dengan KBSR, KSSR meliputi 4M iaitu penambahan aspek menaakul dalam 3M (membaca, menulis, mengira). Oleh itu, guru bertanggungjawab untuk memperkembangkan pemikiran murid-muridnya supaya menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif (Sanitah Binti Mohd Yusof dan Norsiwati Binti Ibrahim, 2012). Akan tetapi, menurut Chiapetta melalui Yeam Koon Peng (2007), ramai orang dewasa yang masih belum dapat menguasai kemahiran menaakul pada peringkat formal. Oleh itu, guru-guru yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut tidak pasti akan kaedah yang sesuai untuk menerapkan kemahiran tersebut dalam sesi PdP.Toffler melalui Faizah A. Majid (2011) juga telah menyatakan bahawa cabaran utama dalam abad ke-21 ini bukanlah belajar (learn) tetapi ialah melupakan sesuatu yang telah dipelajari (unlearn) untuk mempelajari sesuatu yang baru (relearn).

2.3.2Strategi-Strategi Mengatasi Cabaran KetigaMantan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Murad Mohammad Nor pernah mengatakan bahawa bahawa guru memainkan peranan paling penting dalam pelaksanaan sebarang kurikulum (Faizah A. Majid, 2011). Sesebuah rancangan yang baik adalah tidak dapat menyerlah dengan sepenuhnya sekiranya guru sebagai pelaksana tidak dapat menjalankannya dengan baik. Justeru, peranan guru dalam pelaksanaan KSSR adalah sangat penting dan tindakan segera harus diambil.Untuk mengatasi masalah guru kurang berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelaksanaan KSSR, terlebih dahulu pemimpin sesebuah organisasi tersebut perlu menjalankan tanggungjawabnya yang tersendiri iaitu mencari jalan untuk mengatasi masalah tersebut pada peringkat individu (guru) kemudian barulah pada peringkat organisasi (Hall & Hord melalui Faizah A. Majid, 2011). Pendekatan haruslah dimulakan pada peringkat guru pelatih. Kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) haruslah dikemaskini dari semasa ke semasa agar bersesuaian dengan kehendak pendidikan semasa (Hariah bt Munip & Chin Chee Keong, 2010). Program latihan di Institut Pendidikan Guru (IPG) perlulah distruktur dan dibentuk mengikut keperluan semasa. Kurikulum untuk guru pelatih haruslah menekankan penguasaan pengetahuan dan kemahiran pedagogi, pada masa yang sama nilai-nilai keguruan harus diterapkan dalam diri setiap guru pelatih (Yeam Koon Peng, 2007). Ini adalah untuk melahirkan guru yang berkualiti, cemerlang dan menepati kehendak pendidikan semasa.Menurut Syed Ismail & Ahmad Subki melalui Sharifah Munirah bt Sayed Mohamed Noor (n.d.), tonggak kepimpinan guru besar adalah penting kerana ia akan mempengaruhi kejayaan sesebuah sekolah sama ada dalam akademik atau kokurikulum. Satu kajian yang dijalankan oleh Yusof dan Mohd Musa (Sharifah Munirah bt Sayed Mohamed Noor, n.d.) telah mendapati bahawa guru besar lebih memahami pelaksanaan PBS. Oleh itu , guru besar berupaya untuk memimpin guru-guru dalam pelaksanaan PBS agar tugas pentaksiran tersebut tidak menyimpang dari matlamat asal Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Justeru, guru besar perlu memainkan peranannya sebagai pemimpin di sekolah dan memimpin guru-guru dalam pelaksanaan PBS dengan memberi pendedahan yang lebih banyak kepada mereka. Antara pendekatan yang boleh diambil ialah menghantar guru untuk mengikuti latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang berbentuk hands-on selain daripada memberi taklimat. Guru-guru haruslah diberi lebih banyak peluang untuk menghadiri kursus dan bengkel yang berbentuk hands-on agar segala dan kemahiran yang diperoleh boleh dipraktikkan dalam kelas.

3.0PENUTUP

Kesimpulannya, pelaksanaan KSSR ini perlu diperkukuhkan lagi dengan lebih terancang dan sistematik supaya matlamat akhirnya dapat melahirkan generasi yang berkembang secara holistik dan menyeluruh serta memberi manfaat bukan sahaja kepada murid malahan kepada warga pendidik itu sendiri. Pada masa yang sama, guru juga perlu diperkemaskan lagi dari segi komponen amalan nilai profesionalisme guru, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran seperti yang terkandung dalam Standard Guru Malaysia (SGM) yang menjadi rujukan dan panduan piawaian kualiti guru. Kenyataan ini adalah selaras dengan pandangan Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dalam Utusan Online (20 April 2009) yang mengatakan bahawa guru perlu ditransformasi terlebih dahulu. Keberhasilan sesuatu sistem adalah bergantung kepada komitmen yang dimainkan oleh penggerak sistem itu sendiri. Menjadi guru berkesan, melahirkan sekolah yang berkesan dan mencapai pendidikan yang cemerlang bukan sesuatu yang mustahil. Apa yang paling penting ialah kesediaan dan kesanggupan guru sendiri mengubah paradigma, cara pemikiran dan bertindak secara professional serta yang paling penting menjadi guru yang tidak mudah patah semangat. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, guru tetap tidak boleh patah semangat dan berputus asa. Guru perlu sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dengan meningkatkan kemahiran diri agar dapat menyempurnakan tugas-tugas yang diberi. Seseorang guru yang profesional sentiasa mempamerkan ciri-ciri kekutan ilmu dan mengamalkan tingkah laku yang penuh dengan keluhuran etika kerja serta mempunyai kefahaman yang jelas dan mendalam, kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk menyempurnakan tugasnya pada setiap waktu. Guru yang berjiwa waja tidak mudah patah semangat dengan cabaran kerjanya. Guru hendaklah bersikap optimistik, tidak mudah merungut dengan beban tugas yang dipikul.

4.0RUJUKAN

14 Isu Beban Guru Ditangani. (2012, Mei 17). Utusan Malaysia Online. Diakses dari http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0517&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm.Ahmad Subki & Syed Ismail. (2012). Asas Kepimpinan Dan Perkembangan Profesionalisme. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.Ambigapathy, P. Dan Suthagar, N. (2003). Literasi Teknologi Komputer: Persepsi dan Penggunaan di Kalangan Guru. dalam Pandian, A. (ED.). Bahasa dan Literasi: Penyelidikan dan Peninjauan untuk Pendidikan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.Beban Kerja Guru Kini Terlalu Berat. (2008, Januari 23). Utusan Malaysia Online, diakses daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008& dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_09.htm.Faizah A. Majid. (2011). School-based Assessment in Malaysian Schools: The Concerns of the English Teachers. Journal of US-China Education Review. 8 (10).Hariah bt Munip & Chin, C. K. (2010). Tinjauan Tahap Pencapaian dan Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan Guru Pelatih PISMP. Jabatan Sains IPG Kampus Tuanku Bainun.Jamil Ahmad. (2008). Pentadbiran dan Pengurusan Sistem Pendidikan Malaysia ke Arah Pendidikan Berkualiti. Universiti Kebangsaan Malaysia.Johan @ Eddy Luaran. (2013). Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA, Malaysia.Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). KSSR Lengkapi Kemahiran Hadapi Cabaran. Diakses dari http://web.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option= com_content&view=article&id=159%3Akssr-lengkapi-kemahiran-hadapi-cabaran&lang=en. Learning Discovery Team. (2006). Creative ICT in the Classroom: Using New Tools for Learning. Stafford: Continum International Publishing Group Ltd.Mohd Rasdi bin Saamah. (2003). Kesediaan Guru-guru Sekolah Rendah Melaksanakan Perubahan Bahasa Pengantar Mata Pelajaran Sains dan Matematik. Telah dibentangkan di Kolokium Penyelidikan Siswazah Ke-7, Fakulti Pendidikan UKM di Hotel Empress, Sepang, Selangor, pada 28-30 Mac 2003.Muhammad Fuad Razali. (2010). Beban Tugas Guru Cahaya Menanti di HujungTerowong. Pendidik Jun 2010.Muhammad Fuad Razali. (2010). Tugas Rencam Bebankan Guru. Pendidik Jun2010.Muhammad Fuad Razali. (2010). Susun Semula Tugas Perkeranian. PendidikJun 2010.Ngan Cheng Hwa. (1994). Kepentingan Literasi Komputer dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Masa Kini. Teknokrat-Jurnal Akademik MPIK, 12.Norazila bt Nordin. (2013). Tahap Pengetahuan, Amalan dan Cabaran Guru-Guru Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Terhadap Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.Profesor Madya. (2011, 18 Mei). Selamat Hari Guru. Utusan Borneo, B4.Robiah Ridin & Nor Sakinah Mohamad. (2007) ICT dalam Pendidikan: Prospek dan Cabaran dalam Pembaharuan Pedagogi. Jurnal Pendidikan, 32.Sanitah Binti Mohd Yusof & Norsiwati Binti Ibrahim. (2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di Daerah Kluang. Journal of Science and Mathematics Education. 6, 26-38.Statistik. (2014). Kementerian Pelajaran Malaysia. Diakses daripada http://www. moe.gov.my.Ting Kung Shiung. (2005). Penggunaan ICT Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Teknik Dan Vokasional: Sikap Guru, Peranan ICT Dan Kekangan / Cabaran Penggunaan ICT. Diakses dari http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/listseminar/5.IsuPendidikan05/Kertas penuh/Kertas%2013.pdf.Transformasi Pendidikan Langkah Tepat. (2009, April 20). Utusan Malaysia Online. Diakses daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009& dt=0420&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm.Yeam, K. P. (2007). Tahap Pencapaian dan Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains dalam Kalangan Guru Pelatih. Tesis Ijazah Sarjana Sastera. Universiti Sains Malaysia.

14