k.tindakan - Seni Dlm Tingkah Laku
-
Upload
syafiq-saroni -
Category
Documents
-
view
89 -
download
6
description
Transcript of k.tindakan - Seni Dlm Tingkah Laku
1
“ SAYA SUKA KALAU DIA CANTIK ”
Muhammad Syafiq Bin Saroni
Tuan Haji Azhari Bin Haji Muhamood
ABSTRAK
Tumpuan dan fokus yang diberikan oleh murid di dalam kelas memainkan peranan penting terhadap
tahap kejayaan guru dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kaedah pengajaran guru
dikatakan menjadi langkah penting untuk menarik perhatian dan tumpuan murid yang sukar memberi
tumpuan di dalam kelas. Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai keberkesanan
penggunaan teknik warna dalam terapi seni bagi meningkatkan tumpuan murid semasa pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas terutamanya pelajar yang terdiri daripada kalangan murid
Pendidikan Khas. Responden dalam kajian tindakan ini terdiri daripada empat orang pelajar dari kelas
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran yang merupakan murid mengalami ciri-ciri masalah
pembelajaran „slow learner‟. Pengkaji menggunakan Model Kajian Somekh (1989) yang
mengandungi lapan langkah kajian iaitu mengenalpasti masalah, mengumpulkan data, menganalisis
data kajian yang diperoleh, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, mengumpul
data untuk mengesahkan perubahan, menganalisis dan menilai data dan langkah akhir putaran
seterusnya. Data yang dikutip adalah melalui empat instrumen utama iaitu pemerhatian, rekod
persampelan masa, soal selidik dan rekod anekdot. Hasil analisis data mendapati bahawa keempat-
empat responden menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi tumpuan semasa belajar,
peningkatan terhadap tingkah laku positif dan dapat mengurangkan gejala tingkah laku diskruptif.
Keputusan kajian menunjukkan peningkatan tumpuan dan fokus murid semasa belajar, berlakunya
pengurangan terhadap gejala tingkah laku negatif dan meningkatkan lagi tingkah laku positif murid
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran melalui teknik warna dalam terapi seni.
PENGENALAN
Keberkesanan teknik pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas memainkan peranan penting
dalam peningkatan kemahiran dan pencapaian murid terutamanya murid Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (PKBP). Bagi murid ini, mereka bukanlah seperti kanak-kanak normal yang lain yang
mampu memberi sepenuh tumpuan dan komitmen dalam setiap Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P)
yang dijalankan. Murid-murid Pendidikan Khas ini mempunyai kesukaran dalam memberi tumpuan
dan fokus sepenuhnya di dalam P&P. Tumpuan yang mereka berikan juga singkat dan boleh
menganggu P&P yang sedang berlangsung.
Satu kajian telah dijalankan menggunakan teknik dalam terapi seni iaitu penggunaan warna
untuk meningkatkan minat, konsentrasi dan daya tumpuan murid sepanjang pengajaran dan
pembelajaran yang dilangsungkan di dalam kelas. Kajian ini bertujuan melihat sejauh mana tumpuan
yang diberikan oleh murid-murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru dengan penggunaan warna dalam terapi seni.
Sheila dan Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak
yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Oleh
itu, teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan amat diperlukan bagi menjamin tumpuan
murid yang lebih konsisten di dalam kelas bagi meningkatkan lagi potensi, bakat dan pencapaian
mereka.
FOKUS KAJIAN
Antara masalah yang berlaku sewaktu pengajaran dan pembelajaran ( P&P) di dalam kelas adalah :
1. Murid tidak berminat untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran .
Sepanjang pemerhatian terhadap pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung, penglibatan pelajar
yang mengambil bahagian untuk melaksanakan tugasan terlalu sedikit dan ia memberi tekanan kepada
penyelidik untuk meneruskan aktiviti P&P kerana sesi pembelajaran tidak lancar dan berkesan.
2
2. Tumpuan murid sewaktu P&P terlalu singkat dan konsentrasi tidak konsisten.
Setelah beberapa sesi pengajaran berlangsung, murid boleh melaksanakan tugasan mengikut arahan
yang saya berikan. Namun, tumpuan dan fokus mereka terhadap pembelajaran yang saya rancang dan
jalankan hanya seketika.
3. Berlaku tingkah laku menganggu ( tingkah laku negatif) .
Kurangnya tumpuan dan minat pelajar terhadap P&P, ia menimbulkan beberapa tingkah laku negatif
sesama murid. Antaranya seperti menganggu kerja rakan, mencuit dan memukul rakan, bercakap-
cakap dan bersembang sesama rakan, melakukan kerja lain selain arahan guru, membuat bising dan
sebagainya. Ini menimbulkan rasa kurang senang dan mengganggu kelancaran P&P.
Objektif Kajian :
1. Meningkatkan tumpuan murid di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
2. Mengurangkan tingkah laku negatif murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung.
3. Meningkatkan tingkah laku positif murid semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Soalan Kajian :
1. Bagaimanakah tumpuan murid dapat ditingkatkan dalam pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas?
2. Bagaimanakah tingkah laku murid dapat dikawal semasa pengajaran dan pembelajaran
berlangsung ?
3. Bagaimanakah tingkah laku positif murid dapat ditingkatkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran?
SOROTAN LITERATUR
Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) telah
dijalankan oleh Barry (1976) dalam Hanisah dan rakan-rakan (2010). Kajian Barry berkenaan
keberkesanan arahan dan gambar berwarna yang realistik dan bukan realistik. Dalam kajian ini, beliau
telah menguji dua teori yang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat
pandang. Hasil kajian beliau mendapati warna memberi suatu dimensi untuk pemahaman yang lebih,
iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atau perkara dan
menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala fungsi warna pula adalah sebagai kod yang
menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej.
Kajian tindakan Zaridah Zuber (2002) dari Sekolah Kebangsaan Seri Manjong, Perak yang
bertajuk “Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid Tahun 2 Pandai
Menggunakan Teknik Warna” ini melibatkan seramai 44 orang murid yang terdiri daripada 25 orang
lelaki dan 19 orang perempuan. Pengkaji menjalankan kajian ini bertujuan membantu murid-murid
yang lemah dalam menguasai penggunaan huruf besar bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Beliau
telah mencantumkan pensel warna biru dengan pensel murid. Kemudian murid akan menulis huruf
besar menggunakan pensil warna tersebut. Kajian beliau ini mendapati melalui warna berlakunya
peningkatan yang amat memuaskan dalam penulisan huruf besar murid-muridnya.
Satu lagi kajian berkenaan penggunaan warna pada bahan bantu mengajar telah dijalankan
oleh Norma Binti Haji Hassan (2004). Kajiannya yang bertajuk “ Hubungan Di Antara Penggunaan
Bahan Bantu Mengajar Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan
Chepa, Kelantan”. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk melihat hubungan di antara penggunaan
Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar terhadap subjek Matematik. Di samping itu, ia juga
bertujuan untuk memastikan apakah ciri-ciri serta jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar yang berupaya
menarik minat pelajar. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya hubungan yang positif di antara
penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Dalam pemilihan bahan pula, faktor ciri
3
dan jenis bahan bantu mengajar juga perlu diambil kira dan diberi perhatian oleh guru dan salah
satunya adalah penekanan dalam aspek warna.
Sabri Bin Sallehuddin (2010) dalam kajiannya yang bertajuk “Meningkatkan Minat Pelajar
Mempelajari Kemahiran Asas Mewarna Menggunakan Roda Warna Dalam Pembelajaran Pendidikan
Seni Visual”. Kajian beliau menggunakan kaedah pendekatan pengajaran “roda warna” bagi
memudahkan para pelajar memahami dan meminati pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kajian ini
dilakukan terhadap 31 orang pelajar Tingkatan 4 Ibnu Hatem yang pencapaiannya sederhana dan
lemah. Hasil dapatan kajian, pelaksanaan kaedah roda warna didapati banyak memberi peningkatan
dalam pencapaian keputusan pelajar dan ia menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.
Berdasarkan kajian-kajian ini, jelas menunjukkan aspek warna penting dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran ( P&P) yang berlaku di dalam kelas. Sorotan kajian literatur inilah yang
memberikan saya ilham dan cuba menjejak langkah untuk melaksanakan satu kajian berkaitan warna
dalam penggunaan BBM berkesan yang mampu untuk meningkatkan lagi minat dan tumpuan murid
di dalam kelas.
PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN TINDAKAN
Pengkaji telah memilih model kajian tindakan Teori Somekh (1989) sebagai tunjang kepada model
kajian. Somekh (1989) menyatakan penyelidikan tindakan sebagai satu kajian terhadap situasi sosial
yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendiri sebagai penyelidik dengan niat untuk
memperbaiki kualiti amalan masing-masing. Terdapat 8 langkah dalam teori ini iaitu :
Rajah 1 : Teori Somekh (1989)
Langkah 1 :
Langkah pertama dalam proses kajian tindakan ini adalah mengenalpasti masalah di mana pengkaji
perlu mengumpul data dan membuat pemerhatian terhadap permasalahan yang berlaku di dalam kelas
pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat dilihat melalui sesi P&P yang berlangsung dan skop kepada
permasalahan pelajar perlu difokuskan.
Langkah 2 :
Langkah kedua adalah mengumpulkan data daripada sampel kajian di mana pengkaji menggunakan
beberapa kaedah untuk mengenalpasti sebab berlakunya kelemahan pelajar dalam tumpuan murid
Putaran Seterusnya
Analisis Dan Menilai
Mengumpul Data Untuk Sahkan Perubahan
Melaksanakan Pelan Tindakan
Merancang Pelan Tindakan
Menganalisis Data/ Membentuk Hipotesis
Mengumpul Data
Analisis Data/ Mengenalpasti Dan Fokus Masalah
4
memberi fokus di dalam kelas. Pemerhatian dibuat semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung bagi melihat sendiri perilaku dan sikap murid terhadap tumpuan dan fokus mereka di
dalam kelas.
Langkah 3 :
Menurut Model Somekh, langkah ketiga adalah menganalisis data kajian yang diperolehi daripada
sampel kajian yang dilakukan. Berdasarkan kajian, pelaksanaan kaedah pemerhatian mendapati 4
daripada 10 pelajar dalam kelas Bestari menunjukkan sikap tidak berminat untuk belajar dan sukar
memberikan tumpuan sewaktu berada di dalam kelas. Tumpuan yang diberikan juga singkat dan tidak
konsisten. Lanjutan itu, time sampling, soal selidik dan rekod anekdot telah dibuat bagi mengukuhkan
lagi penyelesaian permasalahan yang berlaku.
Langkah 4 :
Langkah keempat dalam Model Somekh adalah merancang pelan tindakan . Pengkaji telah merancang
untuk menggunakan teknik warna dalam terapi seni menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) yang
berkesan. Pengkaji percaya faktor warna memberi kesan yang amat mendalam terhadap minat dan
fokus murid terhadap pembelajaran mereka.
Langkah 5 :
Langkah kelima adalah melaksanakan pelan tindakan. Empat aktiviti telah dijalankan.
Rajah 2 : Aktiviti Pelaksanaan Pelan Tindakan
Langkah 6 :
Langkah keenam ialah mengumpul data untuk mengesahkan perubahan di mana dapatan kajian
didatakan berbentuk jadual kerana lebih mudah dianalisis. Ciri yang hendak dinilai amat jelas
dinyatakan dan dimensi prestasi dan tahap pencapaian untuk ciri tersebut telah dikenalpasti.
Langkah 7 :
Langkah ketujuh adalah menganalisis dan menilai keberkesanan kaedah penggunaan warna dalam
terapi seni pada bahan bantu mengajar ( BBM ) untuk meningkatkan tumpuan dan minat murid.
Dalam langkah ini, data yang dikumpul telah dianalisis. Daripada bentuk jadual dipindahkan kepada
bentuk graf mengikut kaedah skala perkadaran. Tahap kejayaan kajian dinilai di sini.
Langkah 8 :
Langkah yang terakhir adalah putaran seterusnya, di mana kajian tindakan yang sama atau yang baru
perlu dijalankan bergantung kepada kejayaan atau kegagalan di dalam kajian ini. Jika kajian yang
dijalankan tidak memberi kesan pada tumpuan murid dalam pembelajaran saya, penambahbaikan
perlu dilakukan dalam kaedah agar aktiviti yang kurang memberansangkan dapat dimurnikan.
AKTIVITI 1
MARI CAM SAYA
Langkah 1 : Kenali saya
Langkah 2 : Warnakan saya !
AKTIVITI 2 :
CANTIK TAK SAYA?
Langkah 1 : Apa warna saya?
Langkah 2 : Saya Cantik
AKTIVITI 3 :
DOH BERWARNA
Langkah 1 : Sila Uli Saya
Langkah 2 : Bentukkan Saya
AKTIVITI 4 :
TOKEN BERWARNA
(dijalankan pada aktiviti 1,2 3)
Token bintang merah -tingkah laku negatif
Token bintang biru -tingkah laku positif.
5
DAPATAN DAN REFLEKSI
1. Analisis Keputusan Soal Selidik
Soal selidik yang saya jalankan bertujuan untuk menilai perubahan yang berlaku terhadap tumpuan
yang diberikan oleh responden sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pemerhatian
telah dibuat semasa tinjauan pra dan tinjauan pos. Data melalui soal selidik dikumpul dan dijadualkan
seperti di bawah :
Jadual 1 : Perbandingan Nilai Min Soal Selidik
ITEM / SOALAN TINJAUAN
PRA (min)
TINJAUAN
POS (min)
1. Adakah murid aktif semasa
pengajaran dan pembelajaran
dijalankan?
5/4 = 1.25 19/4 = 4.75
2. Adakah murid mendengar arahan
guru?
7/4 = 1.75 20/4 = 5
3. Adakah murid kerap bertanya
soalan ?
4/4 = 1 18/4 = 4.5
4. Adakah murid mempunyai
semangat ingin tahu dan ingin
mencuba sendiri?
8/4 = 2 20/4 = 5
5. Adakah murid memberikan fokus
ketika guru mengajar?
4/4 = 1 16/4 = 4
Rajah 3 : Graf Perbandingan Nilai Min Soal Selidik
Peningkatan nilai min berdasarkan jadual soal selidik di atas jelas menunjukkan keberkesanan teknik
warna dalam kajian ini dapat meningkatkan tumpuan murid semasa pengajaran dan pembelajaran. Ini
secara tidak langsung telah menjawab soalan kajian yang pertama iaitu adakah warna dalam terapi
seni dapat meningkatkan tumpuan murid sewaktu pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
2. Analisis Keputusan Rekod Persampelan Masa ( Time Sampling )
Pemerhatian tidak berstruktur ini telah dijalankan bagi memerhati tingkah laku yang tidak dingini dan
bersifat diskruptif untuk dimasukkan ke dalam data rekod persampelan masa ( time sampling). Setiap
responden diperhati dari sudut gerak geri perilaku yang yang tidak diingini dan dapatan dicatatkan di
dalam rekod persampelan masa. Kajian persampelan masa ini digunakan ketika menjalankan tinjauan
pra dan tinjauan pos bagi melihat perubahan tingkah laku responden. Keputusan data perbandingan
rekod persampelan masa sebelum dan selepas intervensi telah jadualkan seperti di bawah :
6
Jadual 2 : Perbandingan Rekod Data Persampelan Masa
ITEM TINJAUAN KEKERAPAN ( % )
R 1 R 2 R 3 R 4
Memukul
Rakan
Pra 8 (13.3 %) 6 (10 %) 5 (8.3 %) 5 (8.3 %)
Pos 4 (6.7 %) 2 (3.3 %) 1 (1.6 %) 4 (6.7 %)
Mencuit Rakan Pra 7 (11.7 %) 8 (13.3 %) 4 (6.7 %) 6 (10 %)
Pos 2 (3.3 %) 4 (6.7 %) - ( 0%) 3 (5 %)
Bercakap /
Berbual
Pra 10 (6.7 %) 7 (11.7 %) 4 (6.7 %) 3 (5 %)
Pos 5 (8.3 %) 2 (3.3 %) 1 (1.6 %) - ( 0%)
Keluar Kelas Pra 4 (6.7 %) 5 (8.3 %) 2 (3.3 %) 1 (1.6 %)
Pos 1 (1.6 %) 1 (1.6 %) - ( 0%) - ( 0%)
Tak Dengar
Arahan
Pra 9 (15 %) 5 (8.3 %) 5 (8.3 %) 6 (10 %)
Pos 4 (6.7 %) - ( 0%) 2 (3.3 %) 2 (3.3 %)
Melalui keseluruhan data yang telah ditunjukkan, jelas menunjukkan penurunan yang sangat baik
terhadap kekerapan responden melakukan tingkah laku yang tidak diingini. Ini sekaligus memberi
jawapan kepada keberkesanan teknik warna dalam mengawal tingkah laku negatif murid semasa
pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan seterusnya menjawab kepada soalan kajian
tindakan ini.
3. Analisis Keputusan Rekod Anekdot ( Berdasarkan Aktiviti 4 : Token Warna )
ANALISIS REKOD ANEKDOT AKTIVITI 1 :
Dalam aktiviti 1, pada awalnya murid kurang faham dengan aktiviti token berwarna di mana konsep
mengenai konsep token itu masih kurang jelas dalam pemikiran mereka. Ada yang hanya sambil lewa
dan tidak memberikan tingkah laku positif yang baik pada awalnya. Namun, perubahan tingkah laku
ke arah perilaku yang positif mula kelihatan apabila beberapa responden mula memperoleh token
bintang berwarna biru dan beberapa responden lain masih melakukan tingkah laku negatif dan token
berwarna merah diberikan melalui carta pemerolehan token bintang mereka.
ANALISIS REKOD ANEKDOT AKTIVITI 2 :
Dalam aktiviti 2, perubahan mula ketara apabila semua responden memberikan tingkah laku positif
yang memberangsangkan dari semasa ke semasa sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Responden mula berlumba-lumba mendapatkan token bintang biru yang menandakan
tingkah laku positif ditunjukkan. Namun, tingkah laku negatif masih berlaku namun tingkah laku
mereka masih boleh dikawal setelah pengkaji mengingatkan dari masa ke masa ganjaran peneguhan
ini supaya responden berkelakuan baik.
ANALISIS REKOD ANEKDOT AKTIVITI 3 :
Pada aktiviti 3, perubahan tingkah laku ke arah lebih positif lebih banyak berlaku melalui kaedah
token bintang berwarna ini. Ada beberapa responden seolah-olah ingin membolot kesemua token
bintang biru untuk mendapatkan ganjaran. Mereka dilihat berubah dengan melakukan perkara-perkara
positif sperti lebih suka bertanya, membantu guru, mematuhi arahan guru, tidak membuat bising dan
pelbagai lagi. Hanya sedikit sahaja tingkah laku diskruptif ditunjukkan dan ini memberi kelancaran
kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru.
7
KESIMPULAN
Segala masalah ini dapat ditangani selepas menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan
teknik warna ini. Dengan kaedah ini, murid dilihat lebih fokus dan berminat untuk belajar. Apabila
ini berlaku, keinginan murid untuk menganggu rakan-rakan yang lain pasti akan berkurangan. Mereka
lebih menumpukan perhatian terhadap bahan bantu mengajar ( BBM) yang telah digunakan oleh guru
sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Murid tidak lagi bising dan berjalan-jalan sesuka hati
di dalam kelas kerana mereka mempunyai sesuatu yang boleh dimanfaatkan ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.Kesannya, kaedah warna ini memberi ransangan minda untuk murid-
murid tertarik dengan sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Dengan keunikan warna dan ditambah
lagi dengan aktiviti yang melibatkan keseluruhan pancaindera digunakan, murid akan bekerja dan
belajar dengan lebih tekun sehinggakan tidak sempat untuk melakukan kerja lain mahupun melakukan
tingkah laku yang tidak diingini.
Melalui hasil dapatan kajian tindakan di Sekolah Kebangsaan Tualang Tinggi ini, kaedah
warna dalam terapi seni dilihat dapat menarik murid untuk mengurangkan tidak laku yang tidak
diingini dan meningkatkan lagi tumpuan serta memberikan fokus dan konsentrasi yang lebih stabil
kepada murid. Samada lambat mahupun cepat seseorang murid itu memahami apa yang kita ajarkan
adalah bergantung kepada kebolehan dan keupayaan mereka mencerap sesuatu ilmu yang diberikan
berikutan mereka ini sememangnya terdiri daripada anak-anak istimewa.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN AMALAN
Berdasarkan dapatan kajian ini, terdapat beberapa langkah yang boleh diperbaiki dalam
penambahbaikan amalan. Cadangan saya adalah seperti berikut :
1.Penggunaan Kaedah Secara Meluas
Pengkaji mencadangkan kaedah warna dalam terapi seni ini tidak hanya digunakan oleh pelajar
Pendidikan Khas sahaja, namun ia perlu digunakan kepada kesemua pelajar yang ada di sekolah-
sekolah tidak kiralah untuk arus perdana , kelas pemulihan, prasekolah ataupun kelas pendidikan
khas. Ini kerana, pengkaji yakin ia dapat meningkatkan pencapaian pelajar dan meningkatkan lagi
kemahiran yang ada pada guru.
2.Aktiviti Berkumpulan
Melalui kajian yang saya jalankan ini, tidak semua aktiviti saya jalankan secara berkumpulan tetapi ia
lebih bersifat individu. Apa yang ingin saya cadangkan adalah supaya pnyelidik-penyelidik selepas ini
dapat mengamalkan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat kolaboratif iaitu berkumpulan bagi
melibatkab pembabitan murid secara menyeluruh.
3.Mempelbagaikan Seni Dalam Bentuk Animasi
Dalam kajian saya, saya lebih banyak mengaitkan pelajar tentang kewujudan alatan maujud. Saya
merasakan ia dapat dipelbagaikan dengan menggunakan kaedah animasi yang lebih berwarna warna
dan interaktif di samping bantuan dan penataan cahaya dan bunyi lebih menarik dan berkesan.
SENARAI RUJUKAN
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2008)
Buku Manual Kajian Tindakan - Edisi Ketiga, Kementerian Pelajaran Malaysia : Wilayah
Persekutuan Putrajaya.
Hanisah Bt. Mohamed, Hamidah Bt Ismail, Akmal Alifah Bt Luk,Noor Hayati Bt Osman Mohd
Redzuan Bin Hussin (2010). Model Dan Teori Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.
8
Noraziah Abdul Hamid dalam Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid. (1988) Alat Bantu
Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Selangor : Siri Pendidikan Longman Malaysia Snd.
Bhd.
Norma Binti Haji Hassan (2004) “Hubungan Di Antara Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
Dengan Minat Pelajar Tahun Lima Di Sekolah Kebangsaan Kem, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Tanjung. Malim, Perak Darul Ridzuan.
Sabri Bin Salehudin (2010). Meningkatkan Minat Pelajar Mempelajari Kemahiran Asas Mewarna
Menggunakan Roda Warna Dalam Pembelajaran Pendidikan Seni Visual. SMK Temerloh
Jaya,Temerloh, Pahang.
Safani Barri. (2006). Pengenalan Kepada Pendidikan Khas. Kuala Lumpur : Open University
Malaysia ( OUM )
Syed Ismail Bin Syed Mustafa, Ahmad Subkhi Miskon (2010) Budaya Dan Pembelajaran. Puchong,
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Zaridah binti Zuber (2002) “Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar bagi Murid Tahun
2 Pandai Menggunakan Teknik Warna. Manjong, Perak Darul Ridzuan.