KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

134

Transcript of KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Page 1: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf
Page 2: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)

Keretapi Tanah Melayu merupakan pengendali kereta api utama di Semenanjung Malaysia. Dahulunya ia dikenali sebagai sebuah agensi di bawah Pentadbiran Keretapi Tanah Melayu, ia kini dikenali sebagai KTMB berikutan kesan kempen pengkorporatanyang diterajui kerajaan pada tahun 1992. Namun, KTM masih dimiliki sepenuhnya olehkerajaan persekutuan. Sejarah sistem gerabaknya bermula sewaktu zaman penjajahanBritish, apabila laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut timah. Tambang keretapi agak munasabah, namun kelajuan keretapi antarabandar (intercity) yang rendah di laluan sempit sering menyebabkan pengangkutan KTM kurang berdaya saingberbanding jenis pengangkutan yang lain.

KTM ANTARA BANDAR

Stesen Seremban bertindak sebagai hentian KTM Komuter dan hentian KTM Intercity.

KTM mengendali beberapa perkhidmatan antarabandar di bawah jenama KTMAntarabandar (KTM Intercity). Kebanyakan perkhidmatan ini beroperasi dari StesenKuala Lumpur Sentral. Bagaimanapun, terdapat perkhidmatan keretapi ini yang hanyaberoperasi sepanjang laluan Pantai Timur di antara Tumpat dan Gemas dan seterusnyamenuju kepada Singapura. Terdapat satu perkhidmatan keretapi merentas sempadan yang beroperasi antara Butterworth dan Bangkok, Thailand.

Senarai stesen dan hentian KTM Antarabandar

Aliran Utara-Selatan

(Bersambung ke Thai Railway)

� Padang Besar

� Arau

� Alor Star

� Sungai Petani

� Butterworth

� Bukit Mertajam

� Taiping

� Ipoh

� Jalan Tapah di Tapah

� Tanjung Malim

1  

Page 3: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

� Rawang

� Kuala Lumpur Sentral

� Kajang

� Seremban

� Pulau Sebang/Tampin

� Pertukaran Gemas

� Segamat

� Labis

� Paloh

� Kluang

� Kulai (berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai)

� JB Sentral di Johor Bahru

� Tanjong Pagar di Singapura

Aliran Pantai Timur

� Pertukaran Gemas

� Bahau

� Teriang

� Mentakab

� Jerantut

� Kuala Lipis

� Gua Musang

� Dabong

� Kuala Krai

� Tanah Merah

� Pertukaran Pasir Mas

2  

Page 4: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

� Wakaf Baharu di Kota Bharu

� Tumpat

Aliran Rantau Panjang

� Pertukaran Pasir Mas

� Rantau Panjang

(Bersambung ke Thai Railway)

KTM KOMUTER

Satu KTM Komuter Kelas 82 EMU pada stesen kereta api di Subang Jaya, Selangor

KTM Komuter merupakan perkhidmatan keretapi elektrik yang dilancarkan pada 1995, dan amat laris digunakan oleh komuter (pengguna kenderaan awam) yang bekerja atautinggal di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan sekitarnya, khususnya untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kesemua kenderaan yang disediakan adalah canggih dan dilengkapi penyaman udara. Bagi yang memandu ke stesen atau hentian,kemudahan 'Park & Ride' disediakan pada kadar yang ditentukan.

Perkhidmatan KTM Komuter

Rangkaian sepanjang 153 km melalui 42 buah stesen dan dibahagi kepada dua aliran:Aliran Sentul-Pelabuhan Klang dan Aliran Rawang-Seremban.

Pertukaran antara kedua-dua aliran tersebut boleh dilakukan di stesen sentral Kuala Lumpur, stesen keretapi lama Kuala Lumpur dan stesen Putra. Di pertukaran KL Sentral dan Putra, penumpang perlu menaiki tangga atau eskalator untuk ke platform,manakala di stesen lama pertukaran boleh dibuat di platform yang sama.

KTM Komuter dipuji kerana telah membolehkan capaian lebih mudah ke pusat beli-belah dan pusat rekreasi. Pada 2004, stesen Mid Valley popular kerana dibina

3  

Page 5: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

berdekatan Mid Valley Megamall. Stesen Subang Jaya pula berdekatan dengan Subang Parade dan cawangan Carrefour di bandar tersebut.

Penumpang yang hendak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ada pilihan untuk menaiki KTM Komuter ke stesen Nilai dan seterusnya menumpang bas pengantara ke lapangan terbang tersebut pada tambang RM2.50 bagi satu perjalanan.

Tiket komuter boleh dibeli di kaunter atau mesin menjual tikat yang disediakan di semuastesen.

PERKEMBANGAN REL DI MALAYSIA

Berikut adalah senarai pembangunan dan kerja penaiktarafan perkhidmatan rel yanglalu, sedang dijalankan dan masih dalam perancangan di Malaysia.

Perkembangan lalu

Pemuliharaan gerabak 327 km (Meter Gauge) dari Paloh ke Singapura dan dari Slim River ke Laluan Utama Seremban (1988-1994)- AS$ 70 juta

Penyediaan gerabak berkembar di laluan Rawang-Seremban (1990- 1994)- AS$ 62 juta

Penyediaan gerabak berkembar di laluan Kuala Lumpur-Pelabuhan Klang (termasuk spur line ke Subang Jaya dan Sentul) di Malaysia (1991-1994)- AS$ 66 juta

Perluasan terowong kereta api dekat Seremban (1994-1995)- AS$ 4 juta

Gerabak yang menghubungkan Pelabuhan Klang dengan Pulau Indah (1997-1999)-AS$ 4 juta

Pembinaan jambatan keretapi, jalan raya melalui atas jambatan dan laluan bawahtanah di bahagian Rawang-Kajang (1991-1994)- AS$ 6 juta

Pembinaan jambatan keretapi, jalan raya melalui atas jambatan dan laluan bawahtanah di bahagian Kajang-Seremban (1991-1994)- AS$ 16 juta

Pembinaan culvert gerabak keretapi dan box pushing di bahagian Nilai-Seremban (1994- 1995)-AS$ 4 juta

Pembinaan Pelabuhan Tanjung Pelepas - Johor rail link di Malaysia (1999- 2002)- US$ 121 juta

Pembinaan trek di stesen Kuala Lumpur Sentral (1999-2001)-RM 14.3 juta

Perkembangan semasa/masa hadapan

Projek pengelektrikan dan penyediaan gerabak berkembar sepanjang laluan Rawang-Ipoh 179km, akan memastikan KTMB dapat memandu keretapi pada kelajuanmaksimum 160 km/j. KTMB berancang untuk menyediakan perkhidmatan antarabandar

4  

Page 6: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

cepat, antara Ipoh dan KL Sentral untuk 16 perkhidmatan sehari dan seterusnya 32perkhidmatan sehari. Projek ini, yang pernah dibelenggui masalah dan penundaan,dijangka siap menjelang awal 2008 dan bakal memotong tempoh perjalanan antara KLdan Ipoh ke 2.5 jam.

Kerajaan telah meluluskan secara prinsip rancangan KTMB untuk melaksanakan projekgerabak berkembar dari Taiping ke Padang Rengas, Perak.

Penaiktarafan Stesen Pulau Sebang/Tampin (2006) dan Ipoh

Pembinaan stesen keretapi JB Sentral yang dihubungkan dengan Kompleks Kastam,Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di bawah projek Gerbang Selatan Bersepadu yang dijangka siap pada September 2006.

Adalah diharapkan agar pembinaan JB Sentral akan membolehkan KTMB untukmenawarkan servis Komuter yang kerap pada laluan Kulai-Senai-Kempas Baru-JB-Singapura. Peruntukan ini dijangka akan menjadi menarik di kalangan penumpangSingapura yang menaiki pesawat penerbangan Air Asia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, kargo dan juga warga Johor yang bekerja di Singapura. LaluanKulai/Senai ke JB memerlukan gerabak berkembar untuk membolehkan perkhidmatanKomuter ditawarkan.

Stesen Kempas Baru akan dijadikan pertukaran antara laluan Kulai-Senai-Plentong-Pasir Gudang dan laluan Kulai-Senai-Johor Bahru-Singapura.

Terminal transit rel juga dirancang oleh Lapangan Terbang Senai dari 2007-2010. Ini akan menghubungkan Senai ke bangunan CIQ baru dan dijangka siap menjelang 2007.

Senai akan menjadi hab logistik, kargo dan penumpang dengan pelengkapanperkhidmatan rel di antara Pelabuhan Tanjung Pelepas dan pelabuhan Pasir Gudangoleh KTM iaitu hubungan udara, laut dan rel.

Cadangan membuka semula landasan kereta api dari Pulau Sebang - Bandaraya Melaka dan Mentakab - Kuantan menerusi Rancangan Malaysia ke 10

PEMODENAN

Semenjak pengkorporatan KTMB, program pemodenan sedang dijalankan, namunprojek bercita-cita tinggi pengelektrikan dan penggandaan gerabak di sepanjang laluankeretapi Pantai Barat Semenanjung Malaysia telah ditunda sehingga arahan selanjutnya dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Kerja penaiktarafan laluan Rawang-Ipoh masih dijalankan, namun telah diganggu oleh penundaan akibat perselisihan kontrak dan tidak dijangka siap sebelum2007. Setelah siap, KTM dijangka menyediakan perkhidmatan antarabandar yang lebihkerap (16 keretapi sehari) pada kelajuan 160km/j.

Tren elektrik kelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru juga dirancang di bawah SJER. Di samping lebuh raya, pengangkutan rel wajar turut dinaiktaraf dan dimodenkan

5  

Page 7: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

untuk melengkapkan sistem pengangkutan Malaysia. Stesen KTMB Tampin jugadikenali sebagai Stesen KTMB Pulau Sebang kerana kedudukan stesen KTMB Tampinberada dalam negeri Melaka yang lebih dikenali sebagai Stesen KTMB Pulau Sebang,Alor Gajah, Melaka.

Sumber : pmr.penerangan.gov.my/.../3269-keretapi-tanah-melayu-berhad-ktmb.html Tarikh Akses : 12 April 2012

6  

Page 8: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

KERETAPI TANAH MELAYU BERHAD (KTMB)

MISSION

Mission Be the preferred land transportation system by providing safe, efficient and reliable integrated rail services for people and goods

We Will :

• Be competitive and responsive to market needs • Achieve our goals through a highly trained and motivated workforce using

modern technology and process innovation • Provide reasonable profit and long term growth to shareholders

_____________________________________________________________________

Menjadi pilihan utama sistem pengangkutan darat dengan menyediakan perkhidmatan rel bersepadu yang selamat, cekap dan boleh dipercayai untuk penumpang dan barang.

Kami akan:

• berdaya saing dan bertindak balas kepada kehendak pasaran • mencapai matlamat kami melalui tenaga kerja yang terlatih dan berwawasan

tinggi dengan menggunakan teknologi moden dan pembaharuan yang berterusan

• memberi keuntungan yang berpatutan dan pertumbuhan jangka panjang kepada pemegang saham

7  

Page 9: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

BOARD OF DIRECTORS

Monday, 11 April 2011 08:00 | Last Updated on Monday, 19 March 2012 09:59 | Written by Zurairah |

Unit

YB Dato’ Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed Chairman of the Board

YB Dato’ Sri Ir. Mohd Zin bin Mohamed, aged 57, was appointed to the Board as its Non-Executive Chairman on 1 October 2009. YB Dato’ Sri Ir. Mohd Zin was a former Cabinet minister holding the portfolio of Minister of Works.

Y. Brs. Dr. Aminuddin bin Adnan President Y. Brs. Dr. Aminuddin bin Adnan, aged 57, was appointed to the Board on 1 August 2009. He was formerly the Chief Executive Officer of Express Rail Link

Sdn. Bhd.

Y. Brs. Puan Norazura binti Tadzim Non-Independent, Non-Executive Director Y. Brs. Puan Norazura binti Tadzim, aged 33, was appointed to the Board on 1 July 2011. Y. Brs. Puan Norazura’s present position is the Principal Assistant

Secretary, Investment, Minister of Finance Incorporated and Privatisation Section, Ministry of Finance

Y. Brs. Puan Ruhaizah binti Mohamed Rashid Non-Independent Non-Executive Director Y. Brs. Puan Ruhaizah binti Mohamed Rashid, aged 54, was appointed to the Board on 9 November 2011. At present, Y. Brs. Puan Ruhaizah is the Deputy

Secretary General (Planning), Ministry of Transport.

Y. Brs. Encik Selvarajoo a/l Manikam Non-Independent, Non-Executive Director Y. Brs. Encik Selvarajoo a/l Manikam, aged 54, was appointed to the Board on 16 December 2009. Y. Brs. Encik Selvarajoo is currently the Deputy Director II, Infrastructure and Public Utilities Section in the Economic Planning

8  

Page 10: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

9  

tants.

Y. Brs. Haji Rosli bin Abdullah Independent Non-Executive Director Y. Brs. Haji Rosli bin Abdullah, aged 57, was appointed to the Board on 20 July 2010. Y. Brs. Haji Rosli’s present position is the Chief Executive Officer/Registrar, Malaysian Institute of Accoun

Y. Brs. Encik Harun bin Hj. Johari Independent Non-Executive Director Y. Brs. Encik Harun bin Hj. Johari, aged 56, was appointed to the Board on 20 July 2010. At present, Y. Brs. Encik Harun is the Managing Director/Group Chief

Executive Officer at Malaysian Agrifood Corporation Berhad and Cold Chain Network (M) Sdn. Bhd.

Y. Bhg. Datuk Hj. Kamaruzaman bin Hj. Mohd Noor Independent Non-Executive Director Y. Bhg. Datuk Hj. Kamaruzaman bin Hj. Mohd Noor, aged 58, was appointed to the Board on 12 September 2011. He was formerly the Deputy Secretary

General (Planning), Ministry of Transport.

Sumber : www.ktmb.com.my Tarikh Akses : 12 April 2012

Page 11: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf
Page 12: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 23/02/2012

10 lagi tren komuter ditambah menjelang Mac - menteri

23/02/2012 6:46pm

PUTRAJAYA 23 Feb. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah 10 lagi tren komuter baru menjelang akhir Mac ini untuk keselesaan pengguna, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, penambahan tren dengan enam gerabak setiap satu itu diharap dapat mengurangkan kesesakan tren yang ketika ini terpaksa membawa penumpang berlebihan pada satu-satu masa terutamanya pada waktu puncak.

"Untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, kita juga bercadang memberi insentif kepada pengguna komuter terutamanya orang kelainan upaya, warga emas serta pelajar,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek bernilai RM3 juta kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk pembangunan Park n Ride Stesen Komuter Shah Alam di sini hari ini. - BERNAMA

1  

Page 13: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 23/01/2012

Perkhidmatan kereta api penumpang ke Tumpat terjejas

23/01/2012 5:25pm

KUALA KRAI 23 Jan. - Perkhidmatan kereta api penumpang dari Kuala Lipis ke Tumpat tergendala 20 minit apabila sebuah daripada lima gerabak terbakar pada kira-kira pukul 7.20 petang semalam.

Bagaimanapun, sejumlah 120 penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren itu selamat dan gerabak tersebut yang menyediakan generator elektrik bagi menghidupkan penghawa dingin terpaksa ditinggalkan di Stesen Kuala Krai.

Pengarah Kanan Unit Komunikasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Fazil Ismail berkata, insiden itu berlaku hanya satu kilometer dari Stesen Kuala Krai.

Beliau berkata, pemandu lokomotif yang menyedari asap hitam keluar dari koc berkenaan terpaksa menghentikan tren sebelum melakukan pemeriksaan.

"Berikutan itu, tren berkenaan meneruskan perjalanan sebelum meninggalkan koc generator di Stesen Kuala Krai kerana bimbang akan berlaku kebakaran lebih serius, tetapi ia tidak membahayakan penumpang.

"Sebaik tiba di stesen itu, tren berkenaan lewat 20 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Stesen Tumpat dan tiba dengan selamat," katanya.

Mohd. Fazil berkata, kejadian itu adalah yang kedua berlaku dalam perkhidmatan kereta api penumpang di Pantai Timur dengan kejadian pertama pada 9 September lalu berhampiran Stesen Merapoh, Pahang.

Beliau berkata, kejadian pertama membabitkan gerabak membawa generator elektrik dan alat penghawa dingin yang disambung dengan 14 gerabak Perkhidmatan Kereta api Ekspres Senandung Wau dalam perjalanan dari Tumpat ke Kuala Lumpur. - BERNAMA

2  

Page 14: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 18/01/2012

Lambang sejarah kelantan

Stesen wakaf bharu adalah satu daripada stesen yang amat popular bagi penduduk kelantan.

BAGI sesetengah masyarakat di Malaysia pengangkutan kereta api agak mundur berbanding pengangkutan lain seperti bas, teksi dan kapal terbang.

Namun di pantai barat Semenanjung pengangkutan berbentuk kereta api seperti perkhidmatan komuter, Transit Aliran Ringan (LRT) dan monorel adalah alternatif yang popular bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas terutama ke tempat kerja.

Bagi penduduk di pantai timur terutama di Kelantan, perkhidmatan kereta api antara bandar yang diuruskan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) antara perkhidmatan yang terpenting bagi menghubungkan penduduk di sini.

Perkhidmatan itu juga penting bagi menghubungkan penduduk pantai timur dengan pantai barat terutama bagi perjalanan menuju ke Kuala Lumpur, Johor Baharu, dan bahagian utara Semenanjung.

3  

Page 15: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Stesen KTMB Wakaf Bharu, yang terletak di jajahan Tumpat, Kelantan adalah satu daripada stesen yang amat popular bagi penduduk di negeri yang digelar sebagai Cik Siti Wan Kembang.

Selain menjadi pusat persinggahan para pelancong untuk ke destinasi seperti Pengkalan Kubor dan Rantau Panjang, ia turut menghubungkan penumpang dengan bandar Kota Bharu yang hanya mengambil masa 20 minit dari stesen itu.

Stesen yang mula beroperasi sejak 1965 menjadi nadi pengangkutan kepada masyarakat di pantai timur terutama di Kelantan sebelum stesen baru dibina menggantikan stesen lama pada Februari 2009.

Stesen ini juga tidak terlepas daripada tarikan yang unik kerana ia stesen yang digunakan oleh Sultan Kelantan untuk ke Kuala Lumpur sejak pemerintahan Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra ketika menjadi Yang Di-Pertuan Agong keenam untuk menghadiri mesyuarat khas.

Pengurus Pemasaran KTMB, Mohd. Noordin Kimi yang membawa penulis meninjau keadaan sekeliling stesen berkata segala keperluan baginda Sultan ketika menjadi Yang Di-Pertuan Agong dibawa dari Istana Kelantan melalui stesen Wakaf Bharu hingga ke Kuala Lumpur.

"Antara keperluan yang kita (KTMB) bawa melalui stesen ini (Wakaf Bharu) ialah makanan dan keperluan baginda di Istana Negara.

"Apa yang paling unik ialah kita membawa air keperluan baginda dari perigi di Istana Kelantan untuk baginda mandi dan sebagainya melalui stesen Wakaf Bharu ini, dan KTMB akan menghantar keperluan tersebut sekurang-kurangnya dua minggu sekali," katanya ketika ditemubual sempena majlis pelancaran Malayan Tiger Train (MTT) di Johor Bahru Sentral.

Patah tumbuh hilang berganti adalah perumpamaan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan kesinambungan perkhidmatan kereta api yang terus digunakan oleh anakanda baginda iaitu Sultan Ismail Petra ibni Almahrum Sultan Yahya Petra.

Noordin berkata perkhidmatan logistik yang digunakan kerabat diraja Kelantan ketika itu adalah satu penghormatan bagi KTMB dan walaupun selepas tamat menjadi Yang Di-Pertuan Agong, anakanda baginda tetap menggunakan perkhidmatan KTMB untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur.

4  

Page 16: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Stesen yang penuh bersejarah itu juga diubahsuai bagi kegunaan Sultan Kelantan dan antara pengubahsuaian yang dilakukan ialah mengubah bilik VVIP seperti menjadi bilik diraja dengan menggunakan hiasan dalaman Istana Kelantan.

"Kalau baginda Sultan ingin berangkat ke Kuala Lumpur dan menggunakan stesen ini, maka pihak KTMB akan mengubah-suai bilik VVIP seperti meletakkan permaidani merah. Manakala segala hiasan bilik akan diuruskan oleh pihak Istana," kata Noordin.

Maka, tidak keterlaluan kalau Stesen Wakaf Bharu digelar sebagai stesen Diraja.

Gerabak khas

Dengan kekerapan penggunaan kereta api sebagai pengangkutan utama pada masa lepas oleh Sultan Kelantan, KTMB telah mengubahsuai sebuah gerabak khas yang digelar "SK 1" dengan mengambil kira sentuhan dan hiasan dalaman oleh Baginda Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid pada ketika itu.

Noordin berkata, segala urusan hiasan dalaman diserahkan kepada Sultan Kelantan untuk memberi sentuhan terhadap gerabak itu mengikut cita rasa baginda. Manakala ruang santapan ala istana disediakan di atas gerabak bagi memastikan Baginda Sultan berada dalam keadaan selesa.

"Koc SK 1 ini adalah gerabak khas tetapi ia tetap melalui perjalanan bersama-sama rakyat jelata yang lain cuma gerabak ini diubahsuai khas untuk baginda Sultan dan keluarga," katanya.

Menurut Noordin, disebabkan keistimewaan koc SK 1 ini maka KTMB sekali lagi telah membina koc SK 2 bagi memberi penghormatan kepada sultan-sultan yang ada di negara ini untuk menggunakan perkhidmatan kereta api untuk tujuan rasmi.

"Antara kelebihan koc ini ialah ruang makan ala santapan diraja seolah-olah berada di balairong seri walaupun berada di atas kereta api," katanya.

Menurut Noordin, perkhidmatan kereta api mempunyai banyak sejarahnya yang tersendiri apabila ia menjadi pengangkutan rasmi Yang Di-Pertuan Agong yang pertama Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad untuk ke Istana Negara dan kereta api juga adalah perkhidmatan yang membawa pulang baginda dari Istana negara.

5  

Page 17: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Tarikan pelancong

Sekiranya diamati dengan teliti, stesen itu adalah stesen yang amat berbeza dari stesen kereta api yang lain seperti di Pasir Mas, Tumpat dan Tanah Merah.

Tarikan utama stesen tersebut yang tiada pada stesen lain ialah ia menjadi pusat persinggahan pelancong dari luar negara terutama dari Jepun, Thailand dan Singapura untuk ke destinasi lain di Kelantan.

Menurut Noordin, kebanyakan pelancong yang turun di stesen Wakaf Bharu rata-ratanya akan menuju ke Gunung Stong yang mempunyai air terjun tertinggi di Asia Tenggara.

"Kalau kita lihat stesen Wakaf Bharu ni memang strategik. Nak ke Kota Bharu dekat, ke Rantau Panjang, Pengkalan Kubor pun dekat dan nak ke Gunung Stong juga dekat," katanya.

Pengalaman singgah di stesen kereta api Wakaf Bharu amat bermakna kerana ia memberi penulis peluang melihat flora dan fauna serta suasana alam semula jadi di sekitar stesen itu.

Bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Bagi yang tinggal di bandar sudah merasai suasana di kota yang sesak dengan pelbagai kenderaan maka mereka harus menggunakan waktu lapang untuk menikmati percutian alam semulajadi dengan menaiki kereta api kerana stesen Wakaf Bharu menjanjikan percutian semulajadi bagi penggemar flora dan fauna. - BERNAMA

6  

Page 18: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 27/12/2011

Perkhidmatan Komuter lebih selesa mulai 2012

27/12/2011 5:15pm

BATU GAJAH 27 Dis. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka menyediakan perkhidmatan komuter lebih baik dan selesa bagi pengguna di Lembah Klang apabila empat daripada 38 set tren enam gerabak (SCS) mula beroperasi Februari depan.

Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan berkata, ia sekali gus dapat mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh perkhidmatan sedia ada yang menggunakan set tren tiga gerabak (EMU) seperti kelewatan, kekurangan gerabak dan sistem tergendala yang menjejaskan keberkesanan perkhidmatannya.

"Kita mempunyai 25 set EMU yang setengah daripadanya perlu dibaik pulih yang mana ia perlu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekarang kita tidak boleh baik pulih set EMU kerana tidak mempunyai set tren yang mencukupi (bagi menampung penggunaan) sebab itu, kadang-kala perkhidmatan komuter sering tergendala," katanya pada taklimat kepada media di Kompleks KTMB di sini, hari ini.

Beliau berkata, pada masa sekarang KTMB tidak berupaya untuk memendekkan waktu kekerapan perkhidmatan komuter kerana tidak mempunyai bilangan set tren yang mencukupi bagi menampung penggunaan.

Katanya lagi, KTMB akan meningkatkan keberkesanan operasi komuter dengan memendekkan waktu kekerapan perkhidmatan apabila mempunyai bilangan set tren yang mencukupi dengan ketibaan SCS tahun depan iaitu kekerapan perkhidmatan daripada 30 minit kepada hanya 15 minit pada waktu puncak.

Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, walaupun mengikut perancangan awal KTMB menawarkan perkhidmatan menggunakan set SCS pada tahun ini, namun KTMB terpaksa menundanya bagi menjamin keselamatan keseluruhan operasi perkhidmatan itu.

Beliau berkata, setiap set tren yang mampu membawa sehingga 1,000 pengguna pada satu hala perjalanan itu perlu mengikut spesifikasi, peruntukan undang-undang dan standard antarabangsa dalam usaha menawarkan dan memperbaiki perkhidmatan komuter kepada pengguna.

7  

Page 19: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Katanya lagi, sehingga hari ini, KTMB telah menerima sembilan daripada 38 set SCS dan empat lagi dijangka tiba pada Januari ini manakala baki 25 set akan diterima secara berperingkat sehingga Jun 2012.

"Kesemua 38 set tren SCS dijangka akan dapat berada dalam perkhidmatan mulai Jun 2012 dan waktu kekerapan akan dipercepatkan lagi kepada 10 minit setiap ketibaan dengan adanya 63 unit tren bagi perkhidmatan komuter iaitu 38 set SCS dan 25 set EMU," ujarnya.

Beliau berkata, setiap satu daripada empat set SCS yang diterima KTMB kini dalam proses akhir pengujian dan pentaulihan yang dilaksanakan oleh jurutera dari syarikat pengeluar CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co (ZELC), jurutera KTMB serta diselia oleh SPAD. - BERNAMA

8  

Page 20: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 22/12/2011

RUM cadang KTMB dijadikan agensi kerajaan

22/12/2011 6:07pm

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Kerajaan disaran menjadikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai sebuah agensi yang memberikan perkhidmatan untuk rakyat seperti agensi kerajaan yang lain di negara ini.

Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), Abdul Razak Md. Hassan berkata, langkah itu akan dapat menambah baik perkhidmatan KTMB di samping menjamin kebajikan 5,500 pekerjanya.

"Penukaran itu juga akan dapat memastikan caj perkhidmatan KTMB kepada rakyat terutamanya kepada rakyat berpendapatan rendah sentiasa berada pada tahap yang tidak membebankan,” katanya kepada pemberita ketika menyuarakan bantahan pekerja terhadap cadangan pengambilalihan KTMB oleh MMC Corporation Bhd.

Isnin lepas MMC mengesahkan bahawa ia telah mengemukakan cadangan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) bagi mengambil alih KTMB. - BERNAMA

9  

Page 21: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 20/12/2011

Kereta api MTT mampu jana RM6.5 juta setahun

JOHOR BAHRU 19 Dis. - Perkhidmatan terbaharu Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) dikenali Malayan Tiger Train (MTT) bagi laluan JB Sentral-Tumpat-JB Sentral yang bermula 16 Disember lalu mampu menjana pulangan RM6.5 juta setahun.

Perkhidmatan laluan MTT ke Pantai Timur itu mengggunakan 14 koc sumbangan negara Jepun dikenali sebagai Blue Coach - koc digunakan oleh syarikat JR Kyushu dan JR West bagi perkhidmatan laluan Tokyo - Kumamoto sebelum ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, dengan perkhidmatan itu, kapasiti penumpang juga dijangka meningkat kepada 17 peratus berbanding tahun ini dengan 30 hingga 40 peratus adalah pelancong asing.

"Kita yakin dengan tawaran perkhidmatan laluan terbaru menggunakan Blue Coach yang amat dikenali di Jepun ini mampu menarik minat pelancong asing dari dalam dan luar negara terutama dari Jepun dan Singapura.

"Perkhidmatan yang diperkenalkan ini juga dijangka dapat membuka lebih banyak peluang dan ruang terutamanya dalam bidang pelancongan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan MTT di sini hari ini.

Cho Ha berkata, koc terpakai berkenaan telah digunakan lebih 30 tahun di negara Jepun iaitu sejak 1970 hingga perkhidmatan terakhir pada Mac 2009 dan ia diberikan secara percuma dan kerajaan hanya menampung kos pengangkutan sebanyak RM7 juta.

Beliau berkata, biarpun ia sudah lama digunakan, tetapi keadaan koc itu masih berada dalam keadaan baik.

Ditanya tentang perkembangan projek landasan berkembar elektrik (EDTP) Gemas-Johor Bahru, beliau berkata, projek itu akan bermula tahun depan dan mengambil masa selama empat tahun untuk disiapkan.

"Persediaan awal untuk memulakan projek berjalan lancar termasuk proses pemindahan penduduk, bangunan komersial dan pemberian pampasan kepada mereka yang terlibat," katanya.

10  

Page 22: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 20/12/2011

MMC sahkan cadangan ambil alih KTMB

KUALA LUMPUR 19 Dis. - MMC Corporation Bhd. (MMC) hari ini mengesahkan bahawa syarikat itu telah mengemukakan cadangan bagi mengambil alih Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc).

MMC berkata, berdasarkan surat bertarikh 1 Disember 2011, ia telah menerima kelulusan bagi menjalankan kajian tertakluk kepada pemeteraian Perjanjian Bukan Pendedahan antara pihak-pihak terlibat.

Syarikat itu membuat kenyataan demikian kepada Bursa Malaysia hari ini.

MMC sebelum ini didakwa merancang mengambil alih operasi KTMB dengan cadangan untuk menyuntik dana sebanyak RM1 bilion.

Sumber MMC didakwa mengesahkan cadangan pengambilan alih itu dan akan melaksanakan kajian kebolehlaksanaan untuk memastikan pelaburan itu mampu meraih pulangan sebanyak 10 peratus.

MMC difahamkan berhasrat mengambil alih kesemua operasi KTMB termasuk perkhidmatan pelanggan dan fret.

Bagaimanapun, infrastruktur KTMB kekal dengan kerajaan.

11  

Page 23: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 06/12/2011

Cemburu punca kereta api kandas

IPOH 5 Dis. - Insiden seramai 1,200 penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas gara-gara panggilan bom palsu di landasan dari Bidor ke Tanjung Malim awal pagi Khamis lalu telah mendedahkan cerita lain.

Siasatan polis mendapati insiden yang mencetuskan kemarahan ribuan penumpang KTMB itu sebenarnya berpunca daripada tindakan seorang lelaki yang cemburu dan tidak rela melepaskan kekasihnya pergi berkursus di Kuala Lumpur pada hari itu.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan, lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai ejen jualan langsung di Teluk Intan itu diberkas pada pukul 6.10 petang kelmarin.

"Hasil siasatan, lelaki itu mengaku membuat panggilan palsu tersebut kerana menghadapi masalah peribadi dengan teman wanitanya.

"Dia mengaku membuat panggilan itu bagi menghalang teman wanitanya yang menggunakan perkhidmatan kereta api tersebut untuk pergi berkursus di Kuala Lumpur," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Gara-gara panggilan palsu yang dibuat pada pukul 1.45 pagi Khamis lalu, perkhidmatan kereta api itu tergendala selama 13 jam dan seramai 1,200 penumpang terkandas apabila KTMB menghentikan perjalanan kedua-dua laluan bagi tujuan keselamatan dan siasatan.

Pasukan polis dari Tapah dan sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) dari IPK negeri juga terpaksa membuat pemeriksaan di landasan kereta api sepanjang 76 kilometer itu.

Hasil pemeriksaan, polis menemui satu bonggol tinggi ditanam berhampiran sebuah jambatan di Kilometer 259.25 berhampiran Sungai Pekan Lama, Sungkai, mengandungi sebuah botol plastik air mineral dan segulung tikar plastik.

Mohd. Shukri berkata, lelaki itu kini direman sehingga 8 Disember ini dan disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya.

12  

Page 24: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

"Saya menasihati orang ramai agar jangan mengambil tindakan sedemikian kerana ia menyusahkan orang lain selain merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

"Pihak polis juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang membuat panggilan palsu seperti itu," katanya.

13  

Page 25: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 05/12/2011

Tren ETS tergendala, tergilis mayat lelaki

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Seorang pemandu Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bertindak pantas memberhentikan kenderaan dipandunya selepas ia tergilis mayat seorang lelaki yang dipercayai dilanggar tren lain, berhampiran Stesen Keretapi Rawang dekat sini, petang ini.

Kejadian berlaku antara landasan menghubungkan Rawang dan Kuang kira-kira pukul 6.15 petang ketika pemandu itu, Izwan Roslan, berusia lingkungan 20-an memandu tren tersebut dari ibu negara menghala ke Ipoh, Perak.

Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd. Fazil Ismail berkata, sebaik sahaja melalui kawasan itu, pemandu tersebut segera memberhentikan ETS apabila dia terasa seperti tergilis satu objek.

"Tren ETS itu berhenti dan mengundur 50 meter sebelum mengesan terdapat mayat seorang lelaki tanpa tangan di atas landasan itu.

"Kita percaya, lelaki itu mati akibat dilanggar tren lain sebelum pemandu tren ETS tergilis mayat itu.

"Kira-kira pukul 7 petang, sepasukan anggota dari Balai Polis Kuang tiba untuk mengalihkan mayat lelaki berusia lingkungan 30-an sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh kira-kira pukul 8 malam ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Tambahnya, kerja-kerja mencari sebelah tangan mayat terputus dijalankan polis namun sehingga malam ini, ia belum ditemui.

"Selepas setengah jam mayat itu dialihkan, tren ETS itu meneruskan perjalanannya ke Ipoh," katanya.

Mohd. Fazil berkata, operasi perkhidmatan ETS tidak terganggu secara serius kerana tren itu hanya tergendala tidak sampai sejam

14  

Page 26: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 02/12/2011

1,200 penumpang KTMB terkandas

Oleh ANI AWANG dan AIN SAFRE BIDIN [email protected]

TAPAH 1 Dis. - Seramai 1,200 penumpang yang menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) terkandas selepas polis menerima panggilan terdapat bom yang diletakkan di sebuah jambatan di landasan kereta api antara Tanjung Malim dan Tapah Road, awal pagi ini.

Sebaik sahaja menerima panggilan itu pada pukul 1.45 pagi, polis kemudian mengarahkan pekerja KTMB menutup laluan antara Tapah Road dan Tanjung Malim bagi tujuan keselamatan dan siasatan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Roslan Bek Ahmad berkata, sepasukan anggota Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak tiba untuk membuat pemeriksaan di landasan kereta api sejauh 76 kilometer itu.

Menurut beliau, terdapat 21 buah jambatan antara laluan itu dan pemeriksaan perlu dilakukan berhati-hati selain mengambil masa kerana keadaan ketika itu gelap.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui satu bonggol tinggi ditanam berhampiran sebuah jambatan di Kilometer 259.25 berhampiran Slim River pada pukul 12.05 tengah hari ini.

"Pasukan UPB terpaksa meletupkan bonggol tanah itu. Hasilnya, tiada bom ditemui dalam bonggol tersebut kecuali tikar yang dilipatkan bersama botol-botol kosong.

"Siasatan juga mendapati, panggilan bom berkenaan adalah palsu dan pihak polis sudah mengenal pasti identiti pemanggil tersebut dan dia dijangka ditahan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini hari ini.

Roslan berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan akan dipenjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, KTMB dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, lebih 1,200 penumpang perkhidmatan kereta api di sektor utara terjejas akibat gangguan perkhidmatan berikutan kejadian tersebut.

15  

Page 27: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Menurut kenyataan itu, perkhidmatan yang dibatalkan adalah tren Ekspres Sinaran Utara manakala Ekspres Senandung Langkawi dan Ekspres Senandung Mutiara masing-masing ditamatkan di stesen Tapah Road dan stesen Kampar. Penumpang kedua-dua tren itu dipindahkan menaiki bas perantaraan ke stesen KL Sentral.

Katanya, perkhidmatan tren elektrik pula ditamatkan di stesen Tanjung Malim dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tapah Road manakala tren dari arah Ipoh ditamatkan di stesen Tapah Road dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tanjung Malim.

Menurut kenyataan itu lagi, perkhidmatan tren kembali pulih petang ini.

16  

Page 28: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 01/12/2011

Objek mencurigakan jejas khidmat KTMB sektor utara

01/12/2011 5:43pm

KUALA LUMPUR 1 Dis — Lebih 1,200 penumpang perkhidmatan kereta api di sektor utara terjejas akibat gangguan perkhidmatan setelah satu objek dikhuatiri bahan letupan ditemui di landasan antara laluan Sungkai-Slim River di KM 259 pagi tadi.

Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), perkhidmatan yang telah dibatalkan ialah tren Ekspres Sinaran Utara manakala Ekspres Senandung Langkawi dan Ekspres Senandung Mutiara masing-masing ditamatkan di stesen Tapah Road dan di stesen Kampar di mana penumpang telah dipindahkan menaiki bas perantaraan ke stesen KL Sentral.

Perkhidmatan tren elektrik pula ditamatkan di stesen Tanjung Malim dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tapah Road manakala tren dari arah Ipoh ditamatkan di stesen Tapah Road dan penumpang dipindahkan menaiki bas ke stesen Tanjung Malim.

Menurut kenyataan itu, pasukan polis telah mengalihkan objek berkenaan dan perkhidmatan pulih mulai petang ini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supt. Roslan Bek Ahmad pula berkata, polis menerima panggilan mengenai objek itu pada 1.45 pagi tadi, dan mengerahkan Unit Pemusnah Bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak membuat pemeriksaan di landasan sejauh 76 km antara Tanjung Malim dan Tapah Road.

"Terdapat 21 jambatan antara laluan Tanjung Malim dan Tapah dan pemeriksaan perlu dibuat secara berhati-hati dan mengambil masa kerana keadaan yang gelap,” katanya kepada pemberita.Roslan berkata, hasil daripada pemeriksaan, polis menemui satu bonggol berhampiran sebuah jambatan di landasan di kM 259.25 berhampiran Slim River pada 12.05 tengah hari tadi.

Bonggol itu kemudian diletupkan tetapi siasatan mendapati tiada bom ditemui di situ."Hanya sekeping tikar yang dilipat mengandungi botol-botol kosong ditanam berhampiran jambatan berkenaan,” katanya.

Roslan berkata polis sedang mengesan individu yang membuat panggilan mengenai objek itu. — Bernama

17  

Page 29: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 27/11/2011

Rel KTMB tertimbus akibat bukit runtuh sudah dibaik pulih

27/11/2011 7:35pm

GUA MUSANG 27 Nov. – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah membaik pulih landasan kereta api yang tertimbus akibat kejadian bukit runtuh di tiga lokasi antara Stesen Gua Musang dengan Bertam Baru, lewat malam tadi.

Pengarah Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail berkata, runtuhan kira-kira pukul 6.50 petang kelmarin menyebabkan dua tren penumpang termasuk tren 85 perkhidmatan biasa dari Tumpat ke Kuala Lipis dan tren 26 Ekspres Senandung Wau dari Tumpat ke KL Sentral, lewat empat jam.

Beliau berkata, tiga lokasi terbabit ialah Kilometer 348.50 hingga 348.75, 350.00 hingga 350.25 dan 352.75 hingga 353.00.

“Kita sudah membaik pulih landasan yang tertimbus dalam kejadian bukit runtuh itu pada kira-kira jam 10.51 malam sebelum membenarkan dua tren penumpang itu meneruskan perjalanan ke destinasi,” katanya di sini hari ini.

Mohd Fazil juga berkata, tren penumpang lain hari ini dan beberapa hari berikutnya dijangka lewat kerana terpaksa memperlahankan kelajuan di lokasi kejadian runtuhan bukit itu. – Bernama

18  

Page 30: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 15/11/2011

Bank Buku di Stesen KTMB

BUKIT MERTAJAM 14 Nov. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melancarkan Bank Buku di stesennya di sini bagi membolehkan orang ramai menyumbang bahan bacaan di situ.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz di sini baru-baru ini.

Pelancaran itu adalah bersempena program Membaca 1Malaysia bertemakan Jauh Perjalanan Luas Pengetahuan bertujuan meningkatkan kesedaran membaca di kalangan penumpang kereta api.

Bahan-bahan bacaan yang dikumpul itu kemudiannya akan ditempatkan dalam gerabak KTMB bagi kemudahan para penumpang membaca.

Lokasi lain Bank Buku adalah Stesen Sentral Kuala Lumpur dan Stesen Keretapi Ipoh.

19  

Page 31: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 02/11/2011

Semua tren baru KTMB beroperasi sepenuhnya Jun 2012

02/11/2011 9:07pm

BATU GAJAH 2 Nov. – Kesemua 38 set Kereta Api Unit Gandaan Elektrik (EMU) yang dipesan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka beroperasi sepenuhnya pada Jun depan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kesemuanya dijangka beroperasi secara berperingkat-peringkat bermula bulan depan sehingga Jun 2012.

"Set pertama tren EMU ini telah tiba di sini pada 22 September lalu manakala set kedua tiba pada 22 Oktober,” katanya pada sidang media selepas melawat Akademi Keretapi Malaysia, di sini hari ini.

Katanya, kesemua set yang mengandungi enam koc tersebut ditempah dari Zhuzhou Electric Locomotives (ZELC) China dengan kos RM1.89 bilion dan perjanjian pembelian dimeterai pada 19 Mei 2010.

"Dengan penggunaan koc baru itu nanti dijangka peningkatan pengguna perkhidmatan kepada 200,000 orang berbanding 95,000 pada masa ini.

"Apabila beroperasi kelak, KTMB dapat menjimatkan masa menunggu dari 30 minit kepada 10 minit. Koc-koc ini juga akan menjadi aset terbaru KTMB,” katanya pada sidang media selepas melawat Akademi Keretapi Malaysia di sini. – Bernama

20  

Page 32: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 31/10/2011

KTMB hadapi masalah lembu berkeliaran

Oleh HAPIZAH AZIZ [email protected]

TUMPAT 30 Okt. - Sebanyak 11 kes melibatkan 22 ekor lembu mati akibat dilanggar kereta api dicatatkan di sepanjang laluan Kuala Krai-Tumpat, bagi tempoh antara Mac hingga September tahun ini.

Eksekutif Operasi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Tumpat, Zaid Ibrahim berkata, kejadian itu termasuk haiwan berkenaan dibiarkan pemiliknya tidur di atas landasan secara berkumpulan.

Beliau berkata, kejadian lembu mati digilis atau dilanggar kereta api berlaku tidak kira masa, sama ada pada sebelah pagi, petang atau pun malam dan lazimnya melibatkan kawasan laluan Kuala Krai-Tanah Merah dan Pasir Mas.

"Kejadian itu mengakibatkan jadual perjalanan kereta api terganggu kerana kerosakan yang berlaku perlu dibaiki segera bagi mengelak kejadian lebih buruk," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Zaid, pemilik binatang ternakan yang terlibat dalam kejadian tersebut sebenarnya boleh dikenakan tindakan undang-undang, tetapi masalah berlaku apabila tidak ada mana-mana pihak yang tampil mengaku binatang terbabit milik mereka.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang kampung terutama pemilik binatang ternakan yang tinggal berhampiran landasan kereta api, supaya tidak membiarkan haiwan berkenaan berkeliaran bagi mengelak kejadian buruk.

Jelasnya, sekiranya binatang itu mati digilis, ia akan hanya merugikan pemiliknya lebih-lebih lagi menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi, yang mana permintaan terhadap lembu untuk dijadikan korban sudah pasti meningkat.

"Tambahan pula, insiden terbabit bukan sahaja merugikan penternak, tetapi juga memberi banyak masalah kepada KTMB. Orang ramai perlu maklum bahawa bagi setiap minit kelewatan perjalanan, ia mengakibatkan KTMB mengalami kerugian kira-kira sebanyak RM200.

21  

Page 33: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

"Fikirkanlah, apabila kereta api terlanggar seekor lembu sahaja, masa yang diperlukan bagi membaiki kerosakan dan sebagainya adalah antara 30 minit hingga dua jam sebelum perjalanan boleh diteruskan," katanya

22  

Page 34: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 19/10/2011

Penduduk gempar latihan simulasi kereta api langgar tiga kenderaan

JERANTUT 18 Okt. – Penduduk di bandar ini ‘gempar’ apabila menyaksikan sendiri operasi menyelamatkan mangsa kemalangan membabitkan sebuah kereta api merempuh tiga buah kenderaan di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB), di sini, baru-baru ini.

Kejadian berlaku pukul 12.05 tengah malam apabila tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori dan dua kenderaan pacuan empat roda (4WD) hilang kawalan lalu melanggar penghadang ketika kereta api terbabit melalui landasan tersebut.

Suasana di tempat kejadian menjadi kelam-kabut dengan jeritan mangsa meminta pertolongan menyebabkan lalu lintas di kedua-dua arah jalan berkenaan sesak dan orang ramai mengerumuni lokasi itu untuk melihat apa yang berlaku di situ.

Bagaimanapun, ‘nahas mengerikan’ itu sebenarnya satu simulasi menyelamatkan mangsa kemalangan membabitkan kereta api dan kenderaan lain.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zakaria Kassim berkata, pihak polis terus bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan tersebut.

Menurutnya, sejurus sampai pihaknya mendapati terdapat sebuah 4WD jenis Mitsubishi Pajero dalam keadaan terbalik manakala mangsa pula bergelimpangan di atas jalan.Katanya, sejurus kemudian beberapa ambulans, jentera Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) dan bomba tiba di tempat kejadian bagi membantu mangsa.

“Pihak bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan dibantu oleh anggota JPAM ke kawasan selamat untuk diberikan bantuan awal sebelum dihantar ke hospital,” katanya kepada pemberita selepas selesai latihan itu.Sementara itu, Pengarah Hospital Jerantut (HJ), Dr. Devaraj Salam berkata, latihan berkenaan bertujuan meningkatkan tahap kecekapan agensi terbabit dalam menghadapi kemalangan yang teruk.

Katanya, latihan tersebut meliputi pelbagai aspek termasuk komunikasi yang berkesan, penyampaian maklumat, koordinasi agensi di kawasan bencana dan mengelakkan daripada pertindihan tugas antara agensi terlibat.

“Dengan adanya latihan seperti ini, kita dapat menilai kecekapan menyelamat semua agensi selain aspek pengurusan lokasi kejadian yang turut dititikberatkan,” katanya.

23  

Page 35: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 23/09/2011

KTMB terima unit tren elektrik baru

PELABUHAN KLANG 22 Sept. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerima unit pertama tren elektrik enam gerabak yang tiba di Pelabuhan Barat di sini hari ini.

Tren yang dikenali sebagai ‘Six-Car-Set’ atau SCS itu diperolehi KTMB daripada syarikat ZhuZhou Electric Locomotives Co. Ltd. (ZELC) dari China sebagai antara usaha syarikat pengangkutan awam negara itu meningkatkan perkhidmatan tren kepada pengguna.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang menyaksikan ketibaan tren itu berkata, ia sampai ke negara ini kira-kira pukul 2 pagi ini manakala kerja-kerja menurunkannya bermula pukul 8 pagi dan selesai pada pukul 5 petang.

Katanya, tren berkenaan merupakan sebahagian daripada 38 set baru gerabak tren elektrik KTMB hasil peruntukan yang disalurkan kerajaan di bawah inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang keenam iaitu menambah baik pengangkutan awam.

“Melalui inisiatif ini, sejumlah RM1.894 bilion telah diperuntukkan untuk membeli 38 set tren elektrik baru yang akan membantu meningkatkan kualiti dan mutu perkhidmatan KTM Komuter. Semua 38 set tren SCS ini diterima secara berperingkat dan set-set terakhir dijangka diterima pada Mei depan,” katanya.

Tambah Cho Ha, kesemua set tren yang diterima perlu menjalani ujian operasi dan keselamatan sebelum boleh ditauliahkan sebagai selamat untuk beroperasi yang mana siri ujian akan mengambil masa antara satu hingga dua bulan bagi setiap set.

Jelasnya lagi, set tren elektrik yang tiba di pelabuhan berkenaan seterusnya dibawa ke depot tren di Batu Gajah, Perak untuk menjalani siri ujian tersebut dan dijangka mula beroperasi pada Disember 2012.

Cho Ha optimis dengan adanya tren elektrik baru itu akan membolehkan jadual waktu ketibaan tren dapat dipendekkan dari 30 minit kepada 10 minit.

24  

Page 36: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 18/09/2011

Perkhidmatan tren KTMB kembali pulih

KUALA LUMPUR 17 Sept. - Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ke laluan utara sebelum ini tergendala sejak Rabu lalu akibat kerosakan pada struktur landasan di antara Stesen Sungai Buloh dan Rawang telah kembali pulih pada pukul 9.25 pagi ini.

Unit Komunikasi Korporat KTMB dalam kenyataan akhbar di sini, hari ini memberitahu, kerja-kerja baik pulih landasan itu telah siap sepenuhnya pada pukul 9 pagi dan tenaga elektrik dibekalkan semula 20 minit kemudian.

"Semua perkhidmatan tren meliputi KTM Komuter, ETS, KTM Intercity dan KTM Kargo kembali beroperasi seperti yang dijadualkan. Bagaimanapun, kelewatan perjalanan antara 5 hingga 10 minit dijangka berlaku disebabkan semua tren perlu diperlahankan di kawasan yang baru dibaik pulih,'' kata kenyataan itu.

Pihak KTMB memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh para pengguna di sepanjang tempoh kerja-kerja baik pulih dilaksanakan dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862 dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

25  

Page 37: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 17/09/2011

Banjir: KTM jadual semula tren

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI [email protected]

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjangkakan kerja-kerja membaik pulih landasan dan struktur di antara stesen Sungai Buloh dan Rawang yang dinaiki air Rabu lalu, selesai pada pukul 6 pagi esok.

Unit Komunikasi Korporat KTMB dalam kenyataan akhbar di sini hari ini memberitahu, kejadian itu telah menyebabkan beberapa perkhidmatannya termasuk KTM Komuter, KTM Intercity dan ETS telah dijadualkan semula.

Ekoran itu, katanya, perkhidmatan KTM Komuter, perkhidmatan tren dari Sungai Gadut ke Rawang ditamatkan di Sungai Buloh dan berpatah balik ke Sungai Gadut.

"Penumpang yang ingin meneruskan perjalanan ke Rawang boleh menggunakan perkhidmatan bas perantaraan yang disediakan oleh KTMB," kata kenyataan itu.

Bagi perkhidmatan KTM Intercity, katanya, tren yang dijadualkan semula adalah Ekspres Senandung Mutiara No. 23, Ekspres Sinaran Utara No. 10, Ekspres Rakyat No. 1 dan 2, serta Ekspres Senandung Langkawi No. 20 dan 21.

Bagi perkhidmatan ETS pula, tren yang dijadualkan semula adalah semua tren yang bermula di Ipoh dan akan tamat di stesen Rawang manakala tren yang bermula di Seremban akan tamat di KL Sentral dan pengguna perlu menggunakan khidmat bas perantaraan ke stesen Rawang atau KL Sentral untuk meneruskan perjalanan.

Pihak KTMB memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pengguna dan sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862 dari pukul 9 pagi hingga 10 malam.

26  

Page 38: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 16/09/2011

Hubungi Pusat Panggilan KTMB jika alami masalah tren

16/09/2011 2:04pm

KUALA LUMPUR 16 Sept – Orang ramai yang mengalami masalah perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) iaitu perkhidmatan KTM Komuter, ETS, KTM Intercity dan KTM Kargo diminta terus menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862.

Unit Komunikasi Korporat KTMB dalam satu kenyataan hari ini menyatakan, kerja-kerja membaik pulih landasan dan struktur akibat limpahan air hujan yang berpunca daripada hujan lebat di antara stesen Sungai Buloh dan Rawang di Km366.523 pada Rabu lepas akan dapat disiapkan pada pukul 6 pagi esok.

"KTM Berhad memohon maaf atas kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh para pengguna perkhidmatan kami disebabkan keadaan cuaca yang luar biasa,” katanya.

KTMB terpaksa menjadualkan semua perkhidmatan empat tren tersebut akibat kejadian tersebut.

Antara perkhidmatan tren Antara Bandar yang terjejas dan dijadualkan semula ialah Ekspres Senandung Mutiara (No.23, Butterworth-Tanjung Malim) perkhidmatan Ekspres Sinaran Utara (No.10 Tanjung Malim-Butterworth) dan Perkhidmatan Ekspres Sinaran Utara (No.11 Butterworth-Tanjung Malim).

Turut terjejas ialah Perkhidmatan Ekspres Senandung Mutiara (No.22 Tanjung Malim-Butterworth), Perkhidmatan Ekspres Rakyat (No. 2 Singapura-KL Sentral, Tanjung Malim-Butterworth), Ekspres Rakyat (No. 1 Butterworth-Tanjung Malim, KL Sentral-Singapura), Ekspres Senandung Langkawi (No.21 Hat Yai-Ipoh) dan Ekspres Senandung Langkawi (No.20 Ipoh-Hat Yai).

Perkhidmatan ETS turut dijadual semula perjalanannya melibatkan semua perkhidmatan ETS dari Ipoh ke KL Sentral atau Seremban yang ditamatkan di Rawang. – Bernama

27  

Page 39: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 16/09/2011

Kerosakan landasan dibaik pulih

Oleh MUHAMMAD AZRUL RADI [email protected]

Aminuddin Adnan bersalaman dengan kakitangan KTMB pada majlis Jalinan Mesra Aidilfitri KTMB di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Laluan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Sungai Buloh ke Rawang yang terkandas semalam akibat kerosakan pada landasan, kini di dalam proses dibaik pulih.

Presiden KTMB, Dr. Aminuddin Adnan berkata, kerosakan pada landasan tersebut disebabkan oleh faktor hujan berterusan.

"Hujan lebat dan berterusan semalam telah mencetuskan aliran arus deras sekali gus telah menghakis lantai landasan yang dibuat dari konkrit," jelasnya.

Menurutnya, hakisan tersebut juga telah mengakibatkan lantai pada landasan keretapi berlubang sedalam 40 kaki dan tidak selamat untuk digunakan.

"Situasi ini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan KTMB kini sedang giat melakukan usaha baik pulih landasan tersebut yang mungkin memakan masa selama dua atau tiga hari.

28  

Page 40: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

"Selama proses baik pulih landasan tersebut, pihak KTMB telah menyediakan perkhidmatan bas dari Stesen Sungai Buloh ke Rawang sebagai alternatif lain untuk pengguna," katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis Jalinan Mesra Aidilfitri KTMB di Stesen KTMB Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi KTMB, Datuk Sri Ir. Mohd. Zin Mohamed.

Aminuddin dalam ucapannya pada majlis itu memberi penghargaan buat semua kakitangan KTMB yang begitu komited bertugas tanpa mengira waktu dan masa.

29  

Page 41: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

ARKIB : 15/09/2011

Hujan lebat: Perkhidmatan KTM terganggu

15/09/2011 2:36am

KUALA LUMPUR 15 Sept. - Perkhidmatan tren KTM Berhad meliputi KTM Komuter, ETS, KTM Intercity dan KTM Kargo mengalami gangguan akibat limpahan air hujan yang mengganggu struktur landasan di KM366.392 di antara Kuang-Sungai Buloh akibat hujan lebat berterusan bermula petang semalam.

KTM menerusi kenyataan berkata, perkhidmatan tren tersebut terpaksa dijadualkan semula dan KTM menjangkakan kerja-kerja membaik pulih landasan dan struktur akan hanya dapat disiapkan sebelum pukul 2 petang Sabtu ini (17 September).

Bagi perkhidmatan komuter, tren dari Sungai Gadut ke Rawang telah ditamatkan di Stesen Sungai Buloh dan berpatah balik ke Sungai Gadut manakala penumpang dari Sungai Buloh ke Rawang akan meneruskan perjalanan dengan perkhidmatan bas perantaraan yang disediakan.

"Bagaimanapun, perkhidmatan sektor Pelabuhan Klang-Batu Caves dan Rawang-Tanjung Malim tidak terjejas dan beroperasi seperti biasa,” kata kenyataan itu.

Bagi perkhidmatan KTM Intercity pula, tren-tren yang dijadualkan semula ialah Ekspres Sinaran Utara Butterworth-Tanjung Malim di mana perkhidmatan tren ditamatkan di stesen Tanjung Malim dan penumpang dipindahkan menggunakan bas perantaraan ke KL Sentral.

Bagi Ekspres Senandung Mutiara Tanjung Malim-Butterworth pula, tren bermula dari stesen Tanjung Malim dan penumpang akan menaiki bas dari stesen KL Sentral ke stesen Tanjung Malim atau penumpang boleh menggunakan perkhidmatan KTM Komuter dari Rawang ke stesen Tanjung Malim.

Bagi Ekspres Senandung Langkawi Hat Yai-Ipoh, perkhidmatan tren akan ditamatkan di stesen Ipoh dan penumpang dipindahkan menggunakan bas perantaraan ke KL Sentral manakala bagi perjalanan Ipoh-Hat Yai pula, tren akan bermula dari stesen Ipoh di mana penumpang akan menaiki bas dari stesen KL Sentral ke stesen itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862 dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. – Bernama

30  

Page 42: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

31  

ARKIB : 13/08/2011

Perjalanan tren lebih cepat

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR [email protected],my

REMBAU 12 Ogos - Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) berusaha untuk meningkatkan taraf perkhidmatannya menerusi pelaksanaan projek pembinaan landasan berkembar di Seremban-Gemas dekat sini yang dijangka siap menjelang 2013.

Pengurus Pemasaran Unit Perniagaan Stratergik Perkhidmatan Antarabandar KTMB, Mohd. Noordin Kimi berkata, pembinaan landasan sepanjang 98 kilometer itu dijangkakan siap sepenuhnya Ogos 2013.

Menurutnya, pewujudan landasan itu secara tidak langsung akan mampu menyingkatkan masa perjalanan terutamanya bagi penumpang yang menggunakan perkhidmatan dari Singapura.

''Apabila siap kelak, perjalanan kereta api dari Kuala Lumpur ke Singapura yang sebelum ini mengambil masa lapan jam dapat disingkatkan menjadi hanya lima jam.

''Malah, kita juga menjangkakan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur juga dapat dikurangkan daripada 16 jam kepada 10 jam," katanya di sini, semalam.

Menurutnya lagi, pelaksanaan projek itu juga diyakini dapat menarik lebih ramai pelancong terutamanya dari Singapura untuk berkunjung ke negara ini.

''Selain itu, melalui pembinaan landasan ini, ia juga dipercayai mampu mempengaruhi pembangunan di kawasan setempat," ujarnya.

Mengulas lanjut, Mohd Noordin memberitahu, projek kini sedang berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Sumber : http://www.utusan.com.my/ Tarikh Akses : 24 Februari 2012

Page 43: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Tiada kemudahan punca `gadai nyawa'

Publication: BH Date of publication: Feb 14, 2012 Section heading: Sentral Page number: 003

SERENDAH: Segelintir penduduk Taman Serendah Makmur di sini memotong pagar milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk membina `laluan tikus' sebagai jalan pintas ke jalan utama. Tinjauan Sentral mendapati penduduk terbabit turut membina jambatan kayu sementara bagi merentasi lopak berair untuk melintasi landasan kereta api berkenaan. Penduduk, Zamanhuri Mohamad, 34, berkata laluan baru itu dibina sejak enam bulan lalu dan kini digunakan sepenuhnya penghuni taman itu sebagai laluan pintas ke jalan utama. Katanya, walaupun terpaksa berhadapan dengan maut ketika menyeberang landasan kereta api setiap hari bersama keluarga, mereka tidak menghiraukannya kerana ia memendekkan jarak perjalanan mereka. "Ramai penduduk memerlukan pengangkutan awam untuk pergi ke bandar Rawang setiap hari. "Jadi, sebagai jalan pintas untuk ke jalan utama bagi menunggu bas, kami terpaksa menyeberang landasan kereta api itu," katanya kepada Sentral. Suri rumah, Intan Munira Abdullah, 29, berkata mereka perlu berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk sampai ke jalan utama bagi menunggu bas. Berikutan itu, katanya, penduduk nekad merentas pagar KTMB untuk sampai di jalan utama dengan lebih cepat. Rakannya, Mahani Latifi, 32, berkata pelajar juga terpaksa menggunakan laluan sama untuk menunggu bas di jalan utama setiap hari persekolahan. "Kami memang bimbang dengan keselamatan anak kami yang menyeberang landasan

1  

Page 44: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

kereta api itu setiap hari untuk ke sekolah. "Sebab itu, kami merayu pihak berkaitan mengatasi masalah ini segera demi keselamatan penduduk. Kekurangan kemudahan asas di taman ini menyebabkan penduduk mencari alternatif lain walaupun ia membahayakan keselamatan mereka," katanya.

2  

Page 45: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Tak sayang nyawa

Publication: HM Date of publication: Feb 10, 2012 Section heading: Metro Plus Page number: 001 Byline / Author: Oleh Nor Adila Ab Kadir

SEREMBAN: Berani mati. Itu yang menggambarkan tindakan segelintir orang awam yang menjadikan landasan kereta api di pusat bandar ini sebagai jalan pintas untuk melintas, sekali gus dikhuatiri membahayakan keselamatan dan boleh meragut nyawa mereka. Tinjauan Metroplus mendapati, aktiviti melintas di landasan berkenaan berlaku setiap hari dan individu terbabit memberi alasan kononnya tidak mahu menggunakan terowong atau jambatan kerana mahu menjimatkan masa. Pemandu teksi, Hanif Nuhu, 53, berkata walaupun sudah ada papan tanda amaran di kawasan berkenaan, namun masih ada orang awam yang menggadai nyawa daripada menggunakan kemudahan disediakan. "Mereka sepatutnya mengutamakan keselamatan diri kerana sudah ada kes maut digilis kereta api dan ia perlu dijadikan pengajaran. "Pihak bertanggungjawab perlu memantau perkara ini dengan meletakkan anggota penguat kuasa di lokasi 'panas' supaya dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang berdegil. "Mereka yang 'kepala batu' itu perlu didenda supaya tidak mengakibatkan kejadian tidak diingini," katanya. Bagi Naspan Surip, 61, pagar perlu segera dibina bagi menghalang orang ramai melintas di landasan kereta api. "Sebelum ini ada pagar, tetapi ia kini seolah-olah sudah tiada dan menyebabkan ramai menggunakan jalan singkat dengan melintas landasan terbabit. "Justeru, bagi menjamin keselamatan pengguna, saya berharap pemasangan pagar di

3  

Page 46: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

kawasan landasan kereta api ini dikekalkan," katanya. Dalam kejadian terbaru Sabtu lalu, Harian Metro melaporkan walaupun diberi amaran oleh pemandu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan membunyikan hon beberapa kali, seorang lelaki nekad melintas landasan menyebabkan dia mati dirempuh komuter di Stesen Komuter Senawang, dekat sini. Sementara itu, Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail berkata, pihaknya sudah mengadakan kempen kesedaran bahaya melintas landasan kereta api dan percaya orang ramai mempunyai kesedaran, tetapi berbuat demikian kerana mahu cepat selain mungkin ada sebilangan kecil berniat membunuh diri. "Kami tidak mampu meletakkan pengawal untuk mengawal semua kawasan KTMB yang semuanya sejauh 1,900 kilometer (km) kerana ia terlalu banyak dan memerlukan kos tinggi. "Setakat ini, kami menyediakan 230 polis bantuan KTMB dan menambah beberapa pengawal keselamatan swasta di beberapa kawasan yang sering dijadikan 'port' pencerobohan dan percaya mereka dapat membantu mengawasi kawasan terbabit dengan selamat," katanya. Menurut beliau, mengikut Akta Keretapi 1991, individu yang menceroboh masuk ke kawasan KTMB boleh didenda RM1,000, namun pihaknya belum melaksanakan akta itu kerana mahu memberi peluang dengan memberi nasihat sebelum mengenakan kompaun terhadap pesalah.

4  

Page 47: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Gadai nyawa lintas landasan kereta api

Publication: BH Date of publication: Feb 9, 2012 Section heading: Sentral Page number: 001 Byline / Author: Oleh Nor Adila Ab Kadir

SEREMBAN: Tindakan segelintir pengguna yang sanggup menggadai nyawa dengan menjadikan landasan kereta api sebagai jalan pintas untuk ke sesuatu tempat, dikhuatiri boleh mengundang maut. Tinjauan Sentral mendapati perbuatan itu berlaku setiap hari dengan alasan mahu menjimatkan masa kerana jaraknya lebih dekat berbanding menggunakan terowong atau jejantas disediakan. Pemandu teksi, Hanif Nuhu, 53, berkata walaupun papan tanda amaran sudah diletakkan di kawasan berkenaan bagi melarang individu melintas di landasan kereta api, tetapi mereka masih berdegil. Katanya, orang ramai perlu mengutamakan keselamatan diri dan mengambil iktibar daripada setiap kejadian pengguna yang mati dilanggar kereta api. "Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu memantau dengan meletakkan penguat kuasa di kawasan 'panas' supaya dapat mengambil tindakan terhadap mereka yang degil. "Mereka yang masih keras kepala perlu diberi pengajaran dengan dikenakan denda supaya tidak menimbulkan masalah dan menyusahkan orang lain," katanya. Rakannya, Naspan Surip, 61, berkata halangan seperti membina pintu pagar perlu ada bagi menghalang orang ramai melintas landasan, sekali gus mengelak kejadian tidak diingini berlaku. "Sebelum ini ada pagar, tetapi ia sudah dibuka menyebabkan ramai mengambil kesempatan menggunakan jalan singkat dengan melintas landasan terbabit," katanya. Sementara itu, Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail,

5  

Page 48: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

berkata pihaknya tidak mampu meletakkan pengawal untuk mengawal sepanjang 1,900 kilometer landasan kerana membabitkan kos tinggi. Katanya, setakat ini seramai 230 polis bantuan KTMB bertugas mengawasi kawasan landasan dan akan menambah beberapa pengawal keselamatan daripada syarikat swasta di kawasan sering diceroboh. "Penambahan lebih ramai pengawal keselamatan di beberapa kawasan 'panas' diharap dapat membantu pihak kami mengawasi landasan dengan selamat," katanya ketika dihubungi di sini. Mohd Fazil berkata, mengikut peruntukan undang-undang, mereka yang didapati menceroboh ke kawasan KTMB boleh didenda RM1,000 namun akta itu masih belum dikuatkuasakan, sebaliknya hanya diberi amaran.

6  

Page 49: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Maut dirempuh komuter

Publication: MA Date of publication: Feb 5, 2012 Section heading: Main Section Page number: 010 Byline / Author: Oleh Suraya Roslan

SEREMBAN: Walaupun diberi amaran oleh pemandu Keretapi Tanah Melayu (KTM) dengan membunyikan hon beberapa kali, seorang lelaki nekad melintas landasan, menyebabkan dia mati dirempuh komuter di Stesen Komuter Senawang, di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9 pagi, Redzuan Yusof, 37, yang juga penganggur, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata mangsa dipercayai melintas di landasan itu untuk ke seberang jalan dan tidak perasan sebuah komuter menuju ke arahnya. "Mangsa dirempuh kereta api yang datang dari arah selatan ke utara itu. Walaupun pemandu terbabit membunyikan hon beberapa kali, tetapi tidak diendahkan. "Mangsa dipercayai menggunakan jalan pintas melalui landasan itu untuk pulang ke rumah. "Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga," katanya kepada Metro Ahad, di sini, semalam.

7  

Page 50: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Lelaki maut dilanggar komuter

Publication: BM Date of publication: Feb 5, 2012 Section heading: Main Section Page number: 035 Byline / Author: Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

SEREMBAN: Seorang lelaki maut dilanggar komuter selepas melintas landasan itu walaupun pemandu Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sudah memberi amaran, di Stesen Komuter Senawang di sini, semalam. Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Redzuan Yusof, 37, yang parah di kepala dan beberapa anggota badan maut selepas tercampak. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata mangsa dipercayai mahu melintas di landasan itu untuk ke seberang jalan dan tidak perasan sebuah komuter menuju ke arahnya. Katanya, walaupun pemandu berkenaan sudah membunyikan hon beberapa kali apabila ternampak mangsa yang juga seorang penganggur cuba melintas, namun amaran itu tidak diendahkan. "Mangsa dipercayai menggunakan jalan pintas melalui landasan itu untuk pulang ke rumahnya yang terletak berhampiran kawasan landasan. "Akibat rempuhan kuat, mangsa tercampak sejauh beberapa meter hingga kedua-dua kakinya parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya, di sini, semalam. Saiful Azly berkata, pemandu komuter sudah membuat laporan sejurus selepas kejadian dan pihaknya kini sedang mengesan punca lelaki itu menceroboh landasan berkenaan. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

8  

Page 51: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: 'Inap desa menerusi rel' mampu pikat warga Singapura

Publication: BH Date of publication: Feb 2, 2012 Section heading: Ekonomi Page number: 002

TOURISM Malaysia akan mempromosikan program 'inap desa menerusi rel' secara agresif di Singapura memandangkan ia adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh penuntut serta warga emas di republik itu. Pengarah Tourism Malaysia Singapura, Zalizam Zakaria, berkata agensi itu akan bekerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi menawarkan pakej percutian yang menarik. "Selain itu, pelancaran tren Blue Malayan Tiger akan meningkatkan lagi keperluan dan kehendak perjalanan menerusi tren dari JB Sentral ke destinasi Pantai Timur," katanya selepas mengadakan pertemuan dengan pegawai KTMB di Singapura kelmarin. KTMB diketuai Pengurus Pemasarannya, Noordin Kimi. Hadir sama ialah enam ejen perjalanan tempatan yang terlibat dalam program inap desa menerusi rel iaitu Raffles Holidays, Fascinating Holidays, AX Exotic, SJ Holidays, Azza Travel and Ruby Rashid. Pada pertemuan itu, Zalizam memaklumkan kepada KTMB bahawa TM Malaysia akan mempromosikan program itu dan diminta mendapatkan inap desa terbaru yang membabitkan tempoh perjalanan 45 minit dari mana-mana stesen kereta api. "Ini bertujuan memastikan perjalanan itu tidak memenatkan kepada pelancong," katanya. Beliau berkata, agensi itu juga meminta KTMB bekerja bersama-sama Presiden Homestay Malaysia, Datuk Sahariman Hamdan, bagi mengenal pasti inap desa memandangkan buku khas mengenai program itu akan diterbitkan untuk edaran di Singapura.

9  

Page 52: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Tangguh kes bom palsu

Publication: HM Date of publication: Jan 11, 2012 Section heading: Main Section Page number: 028

TAPAH: Kes perbicaraan seorang jurujual lelaki yang berdepan tuduhan membuat panggilan bom palsu di laluan kereta api Tapah Road-Tanjung Malim, di sini, akhir tahun lalu, ditangguhkan Mahkamah Majistret pada 17 Februari depan. Keputusan itu dibuat Majistret Fairuz Adiba Ismail selepas menimbang permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izalina Rajaai, yang memaklumkan pihaknya perlu menyediakan dokumen berkaitan. Tertuduh, N Navindran, 26, yang berkemeja putih hadir bersama peguamnya, V Santhiran. Mengikut kertas pertuduhan, Navindran didakwa melakukan perbuatan yang diklasifikasikan sebagai ugutan jenayah dengan cuba menakut-nakutkan pihak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dengan mendakwa ada bom di landasan kereta api di antara laluan Tapah Road-Tanjung Malim pada kira-kira jam 1.45 pagi, 1 Disember lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Dalam kejadian itu, seramai 1,200 penumpang yang menggunakan perkhidmatan KTMB terkandas lebih 10 jam selepas polis menerima panggilan mengatakan bom yang diletakkan di sebuah jambatan di landasan kereta api antara Tanjung Malim dan Tapah Road.

10  

Page 53: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Mengekal hubungan murni KL-Singapura

Publication: HM Date of publication: Jan 21, 2012 Section heading: Main Section Page number: 020 Byline / Author: Oleh Muhammad Nizam Abdul Ghani

RINGKAS tetapi berkesan. Demikianlah deskripsi yang sesuai untuk menggambarkan hasil perbincangan selama sehari mengenai pelbagai aspek kerjasama dua hala yang diperhalusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari seberang tambak, Lee Hsien Loong ketika program Pemukiman Malaysia-Singapura pada 5 Januari lalu. Program pemukiman kali ketiga iaitu pembuka tirai tahun baru adalah satu inisiatif kedua-dua negara bagi mengukuhkan hubungan dua hala negara yang berjiran itu. Sebelum ini, program pemukiman Malaysia-Singapura diadakan pada 2007 dan 2011. Diamati daripada sudut tokoh pimpinan tertinggi Malaysia dan Singapura masing-masing pada masa ini, kedua-dua negara diterajui oleh anak pemimpin generasi pertama. Justeru, Najib dan Lee yang mewarisi bakat kepemimpinan bapa masing-masing menggalas tanggungjawab besar untuk memastikan legasi hubungan diplomatik yang diletakkan oleh bapa mereka diteruskan demi mengekalkan keharmonian serantau. Jika diimbau kembali sesi pemukiman pada 24 Mei 2011 mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila isu stesen kereta api di Tanjong Pagar serta laluan Keretapi Tanah Melayu di Singapura yang sekian lama tiada titik noktah akhirnya dapat diselesaikan dengan penyerahan stesen kereta api yang cukup nostalgia itu kepada kerajaan Singapura. Perkara ini dipersetujui melalui pemeteraian satu perjanjian khas oleh pemimpin kedua-dua negara pada 27 Jun 2011 di Putrajaya. Walaupun penyerahan stesen kereta api itu menyentuh nilai sentimental mereka yang pernah menggunakan stesen Tanjong Pagar, namun akhirnya ia dapat diterima sebagai sinar baru ke arah pemantapan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura yang sebelum ini diwarnai pelbagai isu dan polemik.

11  

Page 54: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Dalam Progam Pemukiman Malaysia-Singapura selama sehari baru-baru ini, beberapa inisiatif bakal memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dibincangkan seperti projek pembinaan Sistem Transit Pantas (RTS) untuk menghubungkan Johor Bahru dan Singapura, pembangunan Wilayah Iskandar Malaysia dan projek pembangunan Marina South dan Ophir-Rochor Road di Singapura yang membabitkan kerjasama Khazanah Nasional Berhad dan Temasek Holding Private Limited. Selain itu, pada masa akan datang, Malaysia dijangka bakal meneroka peluang mengeksport tenaga elektrik ke Singapura yang akan dipacu sektor swasta kedua-dua negara. Sesungguhnya Singapura sebagai jiran yang berkongsi pelbagai persamaan dengan Malaysia dari segi kepelbagaian kaum dan budaya serta pernah menjadi sebahagian daripada wilayah dalam Malaysia antara 1963 hingga 1965 tidak dapat menafikan kepentingan negara ini sebagai penyedia pelbagai sumber keperluan rakyat Singapura kerana kekurangan sumber asli yang dialami republik pulau itu. Malaysia juga pada masa yang sama turut mengharapkan pelaburan daripada republik berkenaan dalam sektor korporat seperti pembangunan di wilayah Iskandar, Johor. Lantaran itu, hubungan simbiosis ini perlu dikekalkan melalui mekanisme pengukuhan hubungan diplomatik kedua-dua negara. Inisiatif untuk membangunkan sistem RTS yang dijangka mula beroperasi pada 2018 serta cadangan pembinaan laluan bawah tanah yang menghubungkan kedua-dua negara sememangnya disambut baik oleh ramai pihak memandangkan penambahbaikan sistem infrastruktur pengangkutan antara Johor Bahru dan Singapura adalah satu keperluan yang kritikal. Hal ini disebabkan saban hari bilangan rakyat Malaysia dan Singapura yang berulang-alik antara kedua-dua negara sama ada menaiki kenderaan persendirian atau awam adalah tinggi. Sesiapa yang pernah ke Johor Bahru boleh menyaksikan sendiri kesesakan yang berlaku di Tambak Johor, terutama pada waktu puncak. Kekerapan berulang-alik di kalangan rakyat Singapura yang memasuki Malaysia adalah dengan pelbagai tujuan sama ada menziarahi sanak saudara di Malaysia, urusan perniagaan ataupun untuk membeli-belah seperti barang dapur di Johor Bahru memandangkan kadar tukaran wang Dolar Singapura yang lebih tinggi berbanding Ringgit Malaysia.

12  

Page 55: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Bagi rakyat warga Malaysia yang menetap di Johor Bahru pula ada di kalangan mereka yang berulang-alik ke Singapura untuk bekerja di kilang dan pelbagai syarikat di Kota Singa ataupun bagi menghadiri majlis perkahwinan ahli keluarga pada hujung minggu. Dengan mengambil kira faktor ini maka keputusan kerajaan Malaysia dan Singapura untuk turut meneroka kemungkinan mewujudkan perkhidmatan feri antara kawasan perindustrian di Tuas, Singapura dan Pelabuhan Puteri di Nusajaya adalah wajar bagi melancarkan aliran keluar-masuk rakyat kedua-dua negara. Pendekatan bermuafakat melalui meja perundingan seperti ditunjukkan Perdana Menteri Malaysia dan Singapura adalah satu perkembangan positif dalam hubungan diplomatik kedua-dua negara yang berjiran dan ia akan terus dikenang dalam lipatan sejarah. Kesepakatan yang dicapai dalam sesi pemukiman baru-baru ini wajar dijadikan contoh kepada negara lain berhubung semangat setiakawan ASEAN yang juga tonggak keharmonian rantau ini. Penulis berkelulusan Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Mekanikal Universiti Multimedia

13  

Page 56: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Kereta api gamit nostalgia

Publication: HM Date of publication: Aug 27, 2011 Section heading: Rentak Artis Popular Page number: 016 Byline / Author: Oleh Elrafaei Sapi

BERKUNJUNG ke Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Kuala Lumpur pastinya membuatkan setiap pengunjung terpegun dengan struktur bangunan zaman kolonial yang masih tersergam indah itu. Sama ada pengunjung tempatan mahupun pelancong asing, stesen kereta api tertua negara ini sentiasa memberikan tarikan pada mereka yang ingin terus menggunakan pengangkutan awam ini. Bagi pelancong, stesen ini menjadi destinasi yang kerap dikunjungi untuk mereka menyaksikan sendiri antara peninggalan sejarah Tanah Melayu yang masih dipelihara sehingga kini. Begitu juga, stesen ini meninggalkan nostalgia mendalam kepada pengunjung tempatan yang suatu ketika dulu pernah digunakan sebagai pengangkutan utama untuk pulang beraya ke kampung. Berbanding kemajuan Malaysia yang dikecapi sejak mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu, stesen ini masih menjadi pilihan segelintir pengunjung yang selesa menggunakan pengangkutan ini. Pengalaman menarik dikongsi empat selebriti, penyanyi Farawahida, Fazli Zainal bersama dua pelakon baru, Nur Eina Azman dan Mohd Shafiq Bakhri yang digandingkan dalam satu fotografi istimewa sempena meraikan Aidilfitri. Bagi Farawahida atau mesra disapa Fara, menaiki kereta api bukan perkara asing dalam hidupnya. Mungkin tidak ramai yang tahu, Fara sebenarnya lebih selesa pulang ke kampungnya di Taiping dengan kereta api. Katanya, menaiki kereta api memberikan pengalaman berbeza yang menyeronokkan walaupun perjalanan ke kampungnya mengambil masa lebih lima jam berbanding dua

14  

Page 57: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

jam perjalanan menggunakan lebuh raya. "Suatu ketika dulu, saya tidak suka naik kereta api tapi sekarang saya selesa balik kampung menggunakan pengangkutan ini. "Saya percaya setiap orang mempunyai pandangan berbeza apabila menaiki kereta api. Namun, saya rasakan ia lebih relaks dan tidak sakit badan apabila berada di dalamnya," katanya yang balik kampung menggunakan kereta api dua bulan lalu. Fara yang masih sibuk mempromosi single terbaru, Jangan Tanya Aku Lagi ciptaan Manusia Putih dan Nawfas, mengambil kesempatan sambutan Aidilfitri untuk berehat panjang. Dia yang pulang ke kampung hari ini (Sabtu) bercadang menghabiskan masa bersama keluarga selama dua minggu. "Sejak tujuh tahun lalu, saya mempunyai juadah istimewa, Rendang Ayam Pencen. Resipi ini saya belajar sendiri," katanya. Fazli pula berpandangan pengangkutan kereta api lebih selamat dan dapat mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya. Berbeza dengan bas ekspres, dia percaya kereta api memberi kelebihan kerana menyediakan kemudahan makan dan minuman serta tandas di dalamnya. Bercerita pengalaman beraya, dia terkenang saat manis ketika menyambut Aidilfitri di Makkah, empat tahun lalu. Ketika itu, dia mengerjakan umrah berpeluang merasai pengalaman berpuasa dan menyambut 1 Syawal di sana. "Suasana di sana cukup berbeza seperti semua jemaah hanya memakai pakaian warna putih dan hitam. Kemeriahan juga dirasai apabila pelbagai bangsa dari seluruh dunia beraya bersama-sama. "Pada pagi raya, saya berkesempatan solat Aidilfitri bersama lebih dua juta jemaah di dalam Masjidilharam. Memang penghayatan Aidilfitri di sana berlainan hingga saya menangis ketika takbir. "Apa yang membuatkan saya tersentuh sebenarnya adalah terkenang arwah ayah. Berbanding kehilangan ibu pada usia enam tahun, perasaan sedih lebih menangkap jiwa ketika ayah kembali ke rahmatullah ketika saya berusia 15 tahun," katanya yang beraya di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

15  

Page 58: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Mengenai persiapan tahun ini, Fazli ada 11 pasang baju Melayu berbanding 10 baju dua tahun lalu! Katanya, artis sepertinya memerlukan baju corak beza kerana terbabit dengan pelbagai persembahan pentas dan program TV. "Pernah dua tahun lalu, saya sibuk dengan program Sampaikan (TV3) pada malam raya diikuti keesokan harinya bersama Malaysia Hari Ini (MHI) dan kemudian pergi ke majlis rumah terbuka," katanya yang terbabit dengan program TV AlHijrah di pagi raya pertama dan program Selamat Pagi Malaysia (SPM) pada raya kedua. Bakat baru, Shafiq pula semakin menyesuaikan diri dengan kehidupan bergelar artis selepas menceburi bidang lakon sejak 2008. Jejaka berasal dari Gombak pulang beraya di kampung keluarga di Kuala Pilah dan Batu Kikir. Katanya, segelintir pengguna kurang memilih pengangkutan kereta api kerana berasakan kemudahan lain seperti kereta, bas dan kapal terbang lebih memberi keselesaan. Namun, dia pernah menaiki komuter, monorel dan LRT di ibu negara. "Apabila tiba hari raya, aktiviti malam raya biasanya dipenuhi dengan takbir beramai-ramai. Tidak banyak beza beraya zaman kanak-kanak dengan dewasa cuma ketika kecil paling seronok kumpul duit raya. "Pernah ketika zaman sekolah rendah, saya bersama kawan-kawan pergi beraya dari sebuah rumah ke rumah lain semata-mata mahu kumpul duit raya. "Di kampung, juadah istimewa sudah tentu rendang ayam sentuhan ibu selain mi hailam resipi sendiri," katanya. Pernah membintangi pelbagai drama seperti Abadi Sebuah Cinta, Akademi Polis 2, Spa Q 2 dan Obsesi, dia juga meraih peluang membawa watak utama menerusi Diari Sophilea dan Lukisan Hati. Shafiq, 24, yang pernah mengikuti kursus pendek, Sijil Lakon Teater di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) mengambil keputusan berlakon sepenuh masa atas minat mendalam sejak di bangku sekolah. Pelakon remaja tinggi lampai, Eina, 16, berkata persiapan Aidilfitri kali ini sama seperti tahun sebelumnya. Berbanding orang lain sibuk pulang ke kampung, dia sekadar beraya di ibu kota. Mengenai pengangkutan kereta api, dia lebih selesa memilih kereta

16  

Page 59: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

pulang beraya. "Ramai anggota keluarga dan saudara mara berkumpul di Kuala Lumpur. Tidak kira di mana, Aidilfitri tetap meriah apabila bersama keluarga. "Biasanya juadah kemestian adalah kuah kacang, rendang ayam dan daging serta nasi beriani. "Sejak dua tahun lalu, saya tidak lagi dapat duit raya kerana orang lain fikir saya matang daripada usia sebenar, malah ada juga berkata, saya tidak layak lagi dapat duit raya sebab sudah bekerja," katanya hanya menempah dua pasang, baju kebaya merah dan baju kurung kuning. Terbabit membintangi drama baru, Pucuk Muda Kerabu Tauge arahan Fauzi Nawawi dijayakan bersama Shafiq, Eina mengambil keputusan berehat daripada aktiviti seni sepanjang Ramadan dan merancang merakam lagu baru, Bahagia Bersamanya ciptaan Adnan Abu Hassan selepas Aidilfitri ini. Kata Eina, dia mahu memberi fokus pada bidang nyanyian ketika ini sebelum kembali berlakon pada penghujung tahun.

17  

Page 60: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Merasai nilai sentimental menaiki kereta api

Publication: BH Date of publication: Jul 18, 2011 Section heading: Main Section Page number: 024 Byline / Author: Oleh Fairuz Zaidan

BUKAN sedikit tumpuan terhadap Stesen Keretapi Tanjong Pagar yang terletak di kawasan paling selatan Singapura ini. Di sebalik penutupan rasmi stesen berusia hampir 80 tahun yang berkuat kuasa 1 Julai lalu, terserlah impak serta kepentingan perkhidmatan kereta api sebagai alternatif pengangkutan darat bagi dua negara jiran, Malaysia dan Singapura. Tidak boleh diketepikan sebegitu saja nostalgia Stesen Tanjong Pagar walaupun sudah termeterai perjanjian soal tukar tanah membabitkan laluan Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga bidang tanah lagi di Bukit Timah dengan enam bidang tanah di Marina South dan Ophir-Rochor. Meskipun masih banyak lagi isu bertindih dua negara berjiran ini, sedikit sebanyak penutupan stesen kereta api serta laluan yang merentasi tengah-tengah negara kepulauan itu dapat menggerakkan sinar hubungan baru antara dua kerajaan ini. Penulis yang berkesempatan menjadi antara penumpang terakhir Ekspres Senandung Sutera menghubungkan KL Sentral di Kuala Lumpur dan Tanjong Pagar di Singapura pada akhir Jun lalu, turut rasa bertuah kerana merasai signifikan pengangkutan kereta api sebagai jambatan perhubungan antara Malaysia dan Singapura. Lebih-lebih lagi, dengan perhatian terhadap Stesen Tanjong Pagar serta Bukit Timah yang diserahkan kepada Singapura, cukup besar tumpuan rakyat republik itu sendiri yang lebih prihatin menaiki kereta api. Difahamkan, pada saat-saat akhir sebelum penutupan Stesen Tanjong Pagar, tiket habis dijual bagi perjalanan pergi balik Singapura-Kuala Lumpur. Ia amat mustahil bagi perjalanan biasa sebelum ini yang mencetuskan kesedaran serta kesan langsung kepada penumpang tren KTM Intercity yang melihat sudut berbeza keseronokan menaiki kereta api. Banyak 'suara-suara' yang memomokkan alasan mengapa perlunya menutup khidmat kereta api yang terbukti menggerakkan ekonomi serta memberi kemudahan buat pengguna setianya.

18  

Page 61: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Lupakan apa sudah berlalu dan tersurat kini sebagai satu lipatan sejarah generasi sekarang serta masa depan. Meskipun tutupnya dua stesen kereta api yang menjadi tulang belakang, kemasukan pelancong dua negara menjadikan stesen Woodlands secara automatik sebagai pintu masuk utama sekali gus mengubah landskap kemasukan pelancong menerusi khidmat KTM. Tempias penutupan dua stesen lama itu, nampaknya stesen KTM di Woodlands berperanan penting kepada penumpang kereta api terutama yang mula berjinak-jinak untuk merasai nilai sentimental menaiki kereta api. Memang ada benarnya pengaruh kereta api semakin meningkat di sebalik peristiwa Stesen Tanjong Pagar memandangkan ada permintaan di kalangan warga Singapura sendiri untuk mula menaiki KTM. Faktor itu diakui sendiri Pengurus Pemasaran SBU Intercity Services, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Mohd Noordin Kimi yang melihat ada permintaan di kalangan penumpang yang merasa impak di sebalik sejarah penutupan Stesen Tanjong Pagar serta jajaran laluan di Singapura itu. Melihat dari sudut positif, beliau membayangkan adanya kelompok peminat baru yang menjadi antara pelanggan KTM dari Singapura. Beliau berkata, jajaran KTM yang bermula di Woodlands terus menjadi hab penting menghubungkan penumpang dari Malaysia dan Singapura menyebabkan pihaknya terus mempergiatkan usaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan serta potensi yang boleh diketengahkan sebagai alternatif buat penumpang. Bukan saja kesan baru itu akan dirasai penumpang kedua negara dalam masa terdekat, faktor sama juga diharapkan melimpah kepada pelancong kedua negara yang menaiki KTM dari Woodlands. "Sebab itu, kita giat mempromosikan perkhidmatan pelancongan kereta api dengan mengetengahkan konsep homestay yang ditawarkan di seluruh Semenanjung kepada warga Singapura serta pelancong di republik itu. "Pelancongan Homestay menerusi KTM yang bermula dari Woodlands ini memang produk pelancongan baru yang menyasarkan kepada masyarakat khususnya warga muda serta pelajar di Singapura yang ingin merasai suasana kampung sebenar yang masih wujud di Malaysia. Menerusi cara ini, mereka bukan saja berpeluang menaiki kereta api, pada masa sama, turut mengalami pengalaman sebenar suasana kampung yang cukup berbeza dengan kehidupan kota," kata Mohd Noordin yang ditemui Berita Harian di Singapura, baru-baru ini.

19  

Page 62: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Memperkasakan lagi kempen yang dirasmikan sendiri oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen pada 1 Oktober tahun lalu, beliau berkata KTMB turut menjalinkan usaha sama dengan 10 ejen pelancongan Singapura yang membentuk Konsortium Pelancongan Rel Singapura (SRTC) bagi menarik lebih ramai pelanggan Singapura untuk bersama-sama merasai impak kepada pelancongan homestay yang dirintis KTMB dengan kerjasama Pelancongan Malaysia. Mengenai program pelancongan homestay dengan menaiki KTM, Mohd Noordin berkata, setakat ini sebanyak 25 homestay sudah menandatangani kerjasama bagi merintis program pelancongan homestay KTM bermula dari Perlis hinggalah ke Pantai Timur Kelantan. Antara kampung homestay yang terbabit dalam program Pelancongan Homestay KTM ialah Homestay Kampung Paya Guring dan Homestay Kampung Ujong Bukit di Perlis; Homestay Kampung Sungai Relau dan Homestay Wang Tok Rendong Pulau Langkawi di Kedah; Homestay Mengkuang Titi di Pulau Pinang dan Homestay Sungai Klah di Perak. Lokasi lain yang terbabit dalam program pelancongan itu, Homestay Banghuris Sepang di Selangor; Homestay Pelegong di Negeri Sembilan; Homestay Seri Tanjung Melaka; Homestay Kampung Parit Tengah Batu Pahat, Johor; Homestay Kampung Deda Murni, Temerloh, Homestay Kampung Sungai Pasu Raub dan Homestay Kampung Kuala Medang, Kuala Lipis di Pahang. Di Kelantan sendiri terdapat lapan homestay yang mengambil bahagian termasuklah Homestay Kampung Seterpa, Kota Bharu; Homestay Pantai Suri, Tumpat; Homestay Kubang Telaga, Bachok; Homestay Kemunchup, Machang; Homestay Renok Baru, Gua Musang; Homestay Kampung Batu Papan, Gua Musang; Homestay Jelawang, Gua Musang dan Homestay Bukit Jering di Jeli. Ditanya bagaimana peranan KTM dalam menjayakan program pelancongan homestay itu sendiri kepada penumpangnya, Mohd Noordin berkata, penumpang KTM yang memilih mana-mana destinasi program homestay di Semenanjung menerusi ejen berdaftar di Singapura akan menaiki kereta api bermula dari Woodlands di jajaran lokasi homestay yang dituju mereka. Beliau berkata, program itu termasuk pengalaman penumpang menaiki kereta api sendiri menuju ke perkampungan yang dipilih dalam pakej harga tertentu untuk perjalanan pergi balik.

20  

Page 63: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

"Ini bermakna, peserta program pelancongan homestay KTM ini bakal menaiki kereta api dari Woodlands dan akan berhenti di mana-mana stesen berdekatan dengan homestay yang bakal ditujui mereka sekali gus bakal menginap di homestay terpilih selama beberapa malam. Merasai pengalaman di kampung, dengan bercampur gaul dengan masyarakat di desa yang dijadikan keluarga angkat memang antara tarikan bagi program homestay ini. "Kemudian, peserta ini tadi akan kembali semula ke Singapura menaiki KTM dan berakhir di Woodlands," katanya mengenai program pelancongan homestay KTM yang ditawarkan pada harga bermula S$195 (RM479) untuk penginapan homestay selama tiga hari dua malam. Pada masa sama, Mohd Noordin berkata, dalam memperkasakan perkhidmatan KTM di Singapura, KTMB bakal melancarkan kad harga promosi yang dikenali sebagai Lion Rel Card khusus untuk warga emas Singapura yang berusia lebih 60 tahun sebagai menghargai pelanggan setia kereta api itu dengan mereka berpeluang menikmati potongan sehingga 50 peratus bagi harga tiket. Katanya, kad harga promosi yang bakal dilancarkan itu juga sebagai bukti pentingnya hab Singapura kepada KTMB di mana pelanggan negara itu adalah pelancong terbesar rangkaian kereta api sebelum Jepun dan Korea. Pertukaran hab KTM ke Woodlands tak jejas ejen pelancongan PROSPEK cukup besar mampu diraih menerusi program pelancongan homestay dengan kerjasama dirintis bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Mengakui hakikat itu, Pengarah Urusan Ruby Rashid Travel & Tours Pte Ltd, Ruby Al Rashid, yang juga satu daripada 10 ejen SRTC, berkata sambutan diterima cukup menggalakkan terutama pelajar sekolah yang ingin suasana berbeza dalam percutian sebegitu. "Cuma setakat ini, saya tidak dapat lagi memperincikan kesan di sebalik pertukaran hub kereta api dari Stesen Tanjong Pagar ke Stesen Woodlands memandangkan pakej ditawarkan sebelum ini bermula dari Stesen Tanjong Pagar. "Memandangkan stesen Woodlands terletak bersebelahan dengan Tambak Johor dan di Johor Bahru, memang wujud kebimbangan di kalangan ejen pelancongan di sini

21  

Page 64: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

kerana ada yang mempertikaikan soal kemudahan dan harga tukaran wang asing yang boleh dipersoalkan," katanya yang mula mengusahakan agensi pelancongan kira-kira lapan tahun lalu. Mengenai pertukaran hab KTM ke Woodlands, Ruby berkata, sebagai wakil agensi pelancongan dia berfikiran positif terhadap sebarang bentuk pertukaran dan tidak terkecuali cuba memasang strategi bagi memastikan pakej yang ditawarkan memberi kelebihan serta tarikan buat pelanggan di Singapura. "Memandangkan stesen Tanjong Pagar sudah ditutup, sebenarnya agak jauh juga penumpang di Singapura untuk ke Stesen KTM di Woodlands. Itu juga menjadi satu lagi bentuk cabaran kepada ejen pelancongan untuk memastikan pakej yang ditawarkan memberi nilai wang dan keseronokan kepada pelanggan kami," katanya yang bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan sekali gus berusaha merancang strategi baru memikat hati pelanggan. Meskipun kini, Stesen KTM Tanjong Pagar sudah menjadi tapak tinggalan sejarah tanpa berpenghuni, tiada yang dapat melupakan sumbangan besar bekas stesen kereta api lama yang dirasmikan oleh Sir Cecil Clementi selama hampir 80 tahun menabur bakti dalam menghubungkan pertalian perjalanan buat penumpang di Malaysia dan Singapura saban hari. Bukan sedikit juga sejarah yang dicatatkan tapak bekas stesen kereta api yang binaannya menerima sentuhan ala neo-classical dan art-decoe, memandangkan bangunan besar yang tersergam indah itu juga turut pernah menyaksikan babak perpisahan dua negara, perhubungan pasang surut Kuala Lumpur-Singapura hingga akhirnya kedua-dua rakyat tetap menyatukan dalam satu perjalanan cukup selesa menempuh rentas sempadan. Malah, daripada apa yang boleh dipelajari daripada episod nostalgia stesen kereta api itu sendiri, nampaknya warga kedua-dua negara menjadi semakin matang serta mula menghargai kepentingan sejarah selain mula berjinak-jinak menaiki kereta api. Bagi yang masih baru terhadap perubahan KTM ke Stesen Woodlands, mereka boleh mendapatkan maklumat terkini menerusi www.ktmb.com.my atau di talian KTM Care Line 1 300 88 5862.

22  

Page 65: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Legasi Tanjong Pagar

Publication: BM Date of publication: Jul 17, 2011 Section heading: Rona Page number: 004 Byline / Author: Oleh Fairuz Zaidan

SUASANA cukup luar biasa menyelimuti Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Tanjong Pagar, jam 8.20 pagi pada 28 Jun lalu. Hari-hari penghujung Jun itu turut mengiringi detik-detik akhir kompleks berusia 80 tahun itu. Dan seakan mengerti nilai sentimental stesen itu, menyaksikan kehadiran sebegitu ramai manusia memenuhi segenap pelusuk ruangnya. Bagi penulis sendiri, biarpun keletihan menempuh perjalanan lebih lapan jam menaiki tren Senandung Sutera, perasaan itu ditenggelamkan rasa nostalgia yang lebih ketara dizahirkan di stesen paling selatan KTM itu. Tidak seperti hari-hari sebelumnya, plot pagi di Stesen KTM Tanjong Pagar pagi itu lebih mengundang emosi serta reaksi berbeza orang ramai yang akur perjalanan stesen itu bakal menemui titik noktahnya. Stesen itu bukan sekadar bangunan kaku dengan barisan penumpang datang dan pergi, sebaliknya ibarat tugu yang sejak lapan dekad lalu merakam dan menjadi sebahagian detik bersejarah dunia hitam putih kepada kemilau warna pembangunan pesat dinikmati Singapura serta jambatan penghubung negara itu dengan Malaysia. Malah kedudukannya yang membelah republik itu sudah cukup menggambarkan keunikannya. Bak usia seorang warga tua yang menunggu sisa hidup terakhirnya, tempoh perkhidmatan panjang stesen kereta api yang mendapat sentuhan neo-classical dan artdeco itu selayaknya memberi kesan emosi khususnya kepada individu yang merasai impak jalinan pengangkutan menghubungkan negara jiran itu. Biarpun mengantuk, mata penulis menjadi segar menyoroti perasaan mereka di situ. Di segenap ruang stesen dirasmikan oleh Sir Cecil Clementi itu, tidak sunyi kelompok manusia yang tidak henti-henti merakamkan gambar bukti sejarah kenangan peribadi. Satu lagi kelompok berlegar di ruang menunggu dan pekarangan pintu masuk utama Stesen KTM Tanjong Pagar manakala di satu sudut lain, ramai pengunjung memenuhi meja bulat di medan selera untuk menikmati menu hidangan masakan Melayu sebagai hidangan sajian utama.

23  

Page 66: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Sayu rasanya melihatkan di sebelah medan selera ini, `tergantung' nota kecil bersaiz A4 yang merakam setinggi penghargaan kepada pelanggan setia pemilik restoran memandangkan tiada lagi perniagaan boleh diteruskan selepas tanggal 1 Julai. Bagi menambah kesayuan, menyusuri laluan keluar pejalan kaki, tiga pekerja kontraktor mula menanggalkan kepingan papan tanda sebuah kedai buku dan majalah. Pemiliknya yang berwajah suram, sekadar duduk memerhatikannya. Seharian mencatatkan babak demi babak di Stesen KTM Tanjong Pagar, terserlah beberapa adegan yang jelas mengocak rasa sedih, pilu, kecewa dan hampa. Ini termasuk seorang kakitangan KTMB yang berkampung hampir 30 tahun lamanya di stesen terakhir itu. Menurut Mohd Yapar Ali, 53, tempoh perkhidmatan panjang dilaluinya tidak sama dengan kesudahan keputusan yang mana dia perlu berpindah ke Kempas, Johor Bahru bagi meneruskan kesinambungan tuntutan tugas. Dia dan stesen itu membesar bersama, kemudian merintis pengalaman serta melalui episod perubahan dalam hidup daripada zaman bujang, berkahwin dan kini memiliki empat cahaya mata di mana dua daripadanya lahir di Kota Singa. "Kalau hendak diceritakan mengenai Tanjong Pagar ini, memang tidak habis cerita yang dapat dikongsikan bersama. Melihat perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang saya mula menjejakkan kaki di sini pada 1980 dulu, memang rasa sedih juga hendak meninggalkan nostalgia yang dilalui bersama. "Daripada kawasan hutan di sekeliling stesen KTM ini, kini bangunan menukar pemandangan dulu dan suasana juga sudah cukup berbeza berbanding dulu," kata beliau yang berkhidmat di bahagian Elektrikal Lokomotif. Riak sugul turut sarat di wajah Peria Seenil Mohd Kassim, 68, yang juga pemilik kedai buku dan majalah, Habib Railway Bookstore, yang perlu berpisah dengan stesen itu. Sewaktu ditemui, dia tidak tahu nasib kedai buku dimiliki keluarganya lebih lebih tujuh dekad itu dan hanya diarahkan mengosongkan premis perniagaannya. "Apa yang saya harapkan, walaupun terpaksa berpindah sekali pun biarlah ada tempat baru untuk Habib Railway Bookstore. Dengan adanya lokasi baru yang dijanjikan, senanglah sikit untuk meneruskan perniagaan ini," katanya yang berasal dari Tamil Nadu, India.

24  

Page 67: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Reaksi penutupan Stesen KTM Tanjong Pagar turut dikongsi warga Singapura, Rafi Latiff, 45, yang menetap di Tempines. Beliau yang jarang- jarang ke lokasi itu mengambil kesempatan terakhir untuk merakamkan kenangan bersama keluarganya. "Walaupun tidak pernah menggunakan perkhidmatan kereta api dari Tanjong Pagar sebelum ini, selepas ini mungkin saya terpanggil untuk menaiki kereta api walaupun bukan dari Tanjong Pagar lagi. Rasa sayang pula apabila sudah melangkah ke sini. Biarlah tapak stesen ini dikekalkan bangunan bersejarah," katanya. Tatkala penulis berkira-kira waktu tersisa menunggu tren terakhir sebelum melangkah pulang ke Kuala Lumpur pada malam sama, kelibat pengunjung masih lagi tidak surut-surut. Terlintas di fikiran, apakah irama yang bakal kedengaran selepas tiada lagi bunyi bingit roda kereta api menyusuri landasan itu. Tiada lagi suara harapan dicetuskan penumpang yang tiba atau pun rasa sedih ditinggalkan penumpang yang bertolak dari stesen itu. Tepat jam 10.30 malam, secara perlahan tren KTM Intercity Senandung Sutera bergerak meninggalkan Stesen KTM Tanjong Pagar. Selamat tinggal nostalgia! Info KTM Tanjong Pagar * Stesen KTM Tanjong Pagar mula dibuka pada 3 Mei 1932. * Di depan pintu masuk stesen kereta api ini tertera huruf besar `FMSR' yang membawa maksud Keretapi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. * Empat patung arca marmar putih yang dihasilkan oleh pengukir Itali, Rudolfo Nolli, mewakili empat tonggak ekonomi Tanah Melayu dan Singapura ketika itu iaitu pertanian, perdagangan, pengangkutan dan industri. * Bermula 1 Julai lalu, penumpang ke Singapura berhenti di Woodlands (bagi prosedur Imigresen oleh Imigresen Singapura dan pendaratan penumpang dalam perjalanan dari Malaysia). * Untuk keterangan lanjut layari www.ktmb.com.my. (END)

25  

Page 68: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Jelajah satu Malaysia naik keretapi Publication: BH Date of publication: Apr 15, 2009 Section heading: Supplement Page number: 006 Byline / Author: Oleh Mona Ahmad

MENGEMBARA dan meneroka pekan serta bandar kecil di seluruh Malaysia menggunakan kereta api adalah aktiviti yang menyeronokkan terutama apabila sepanjang perjalanan penumpang dihidangkan dengan pemandangan menakjubkan dan memukau. Sawah terbentang luas, gunung ganang serta bukit bukau menghijau sesekali kelihatan air terjun dan pekan kecil sepanjang laluan kereta api, sisa tinggalan sejarah adalah antara pemandangan dapat dilihat jika pelancong menggunakan kaedah ini untuk meneroka Malaysia. Tidak dinafikan pengembaraan ini adalah perjalanan yang mencabar berbanding berkereta tetapi pastinya perjalanan jauh tidak terasa bila menaiki koc yang mempunyai tempat duduk atau katil yang selesa disediakan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Setiap stesen KTMB mempunyai keistimewaannya tersendiri, dari hotel penginapan di sekitarnya, reka bentuk stesen sendiri hinggalah makanan yang dijual di kedai kopi berhampiran pasti menjadikan ia berbaloi untuk disinggahi. Malah, melancong dengan kereta api memberikan pengalaman berbeza. Apa tidaknya, laluan merentasi lokasi yang jarang diketahui dan melintasi bahagian rumah dan bandar cukup unik dan tidak membosankan. Lebih menarik, ialah mengenai stesen yang dilalui. Ada stesen cukup ringkas (seperti pondok bas), tetapi tetap menarik dengan ciri-ciri lama yang dimiliki seperti seni bina, kerusi menunggu dan papan tanda, ada pula yang masih mengekalkan ciri lama seperti Stesen KTMB Dabong, Kuala Krai. Menyingkap sejarah penubuhannya, sejarah sistem gerabaknya bermula sejak zaman penjajahan British lagi apabila laluan kereta api asalnya dibina untuk mengangkut arang

26  

Page 69: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

kayu dari Taiping ke Port Weld. Bangunan lama stesen KTMB mempunyai sentuhan klasiknya tersendiri dan sesuai untuk penggemar bidang fotografi menjadikannya sebagai subjek dalam rakaman mereka. Bagaimanapun, hanya tinggal beberapa saja stesen yang masih kekal dengan binaan yang bercirikan kolonial kerana sebahagiannya sudah digantikan dengan bangunan baru yang lebih berciri moden dan kontemporari untuk keselesaan pengguna. Bagi perkhidmatan kereta api di utara Semenanjung ia bermula dari Arau, Perlis laluan ini terus ke selatan sehingga Johor Bharu, manakala bagi laluan barat pula ia bermula di Tumpat, Kelantan melalui beberapa bandar di Pahang dan pertukaran di Gemas, Negeri Sembilan dan berakhir di Johor Bahru. Stesen KTMB Arau Dari sini, pelancong boleh meneruskan perjalanan untuk ke Pulau Langkawi dengan mengambil teksi ke Kuala Perlis seterusnya menaiki feri ke pulau lagenda itu. Stesen KTMB Alor Setar Antara tarikan pelancongan yang berdekatan ialah Pulau Langkawi. Pengunjung boleh mengambil teksi untuk ke Kuala Kedah sebelum menaiki feri ke pulau itu. Bagi yang berminat menikmati keindahan alam semula jadi puncak Gunung Jerai atau Tasik Pedu boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau van ke sana dari Stesen KTMB Alor Setar. Stesen KTMB Butterworth Dari stesen ini, pelancong boleh ke Pulau Pinang dengan menaiki teksi atau feri. Stesen KTMB Ipoh Bangunan yang dikenali sebagai Taj Mahal Ipoh ini sering dijadikan subjek untuk peminat bidang fotografi kerana keindahan binaan dan keunikannya. Mengutamakan seni binaan kolonial menjadikannya sebagai mercu tanda bandar Ipoh.

27  

Page 70: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Mahu menikmati keindahan Pulau Pangkor yang terkenal dengan hasil laut dan pantai yang indah, bolehlah menaiki kereta api dan berhenti di Stesen KTMB Ipoh sebelum menaiki bas atau teksi ke Lumut dan seterusnya menaiki feri ke pulau yang terkenal sebagai tempat perkelahan itu. Stesen KTMB Tapah Road Stesen ini dulunya dikenali dengan binaan bangunannya yang klasik. Tetapi dengan perubahan masa dan menaik taraf stesen KTMB, stesen di Tapah Road turut bertukar wajah menjadi lebih moden dan kontemporari. Dari stesen ini pelancong boleh menaiki teksi untuk ke Cameron Highlands yang terkenal kerana keindahan alam semula jadi tanah tinggi. Stesen KTM Komuter Laluan menggunakan komuter turut merangkumi perjalanan antara Pelabuhan Klang - Sentul dan Rawang - Seremban. Pelancong juga boleh ke Pulau Ketam daripada Stesen KTMB Pelabuhan Klang. Di sini anda boleh menikmati makanan laut sepuas-puasnya sambil meninjau kehidupan di perkampungan nelayan. Stesen KTMB Kuala Lumpur Terletak di tengah ibu negara berhampiran dengan Masjid Negara dan Tasik Perdana, bangunan Stesen KTMB Kuala Lumpur masih teguh berdiri megah walaupun dikelilingi dengan pembangunan pesat. Bangunan yang siap dibina pada 1917 itu, kaya dengan gabungan nilai kesenian Moghul Islam, Moorish, Gothic dan Yunani, mampu membuatkan setiap yang memandang akan takjub dengan keindahan bangunan ini. Walaupun kini bukan lagi hab kereta api selepas kebanyakan operasi berpindah ke KL Sentral tetapi kunjungan ke stesen ini mampu mengimbau nostalgia lama terutama sebaik saja memasuki Muzium Mini KTMB yang penuh dengan gambar dan peralatan serta model kereta api yang pernah digunakan sebelum ini. Kedudukan stesen itu di tengah-tengah tempat tarikan pelancongan, antaranya Taman Burung, Taman Rama-rama, Muzium Kesenian Islam, Masjid Negara, Muzium Polis Diraja Malaysia, memudahkan pengunjung melawat tempat terbabit. Hotel Heritage yang terletak dalam bangunan Stesen KTMB Kuala Lumpur ini turut

28  

Page 71: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

menjadi tumpuan pelancong kerana keunikan seni bina hotel itu yang masih mengekalkan binaan lama. Stesen KL Sentral Dibuka pada 2001, Stesen KL Sentral mengambil alih kebanyakan fungsi Stesen KTMB Kuala Lumpur. Stesen yang dikenali sebagai hab kereta api ini turut menempatkan pengangkutan awam lain selain perkhidmatan KTMB termasuk Sistem Aliran Ringan Transit (LRT) Putra dan tren kelajuan tinggi Express Rail Link Sdn Bhd (ERL). Stesen KTMB Seremban Berkelah dan mandi manda di pantai Port Dickson adalah aktiviti yang menarik dilakukan di hujung minggu atau cuti umum. Jika berpeluang berhenti di Stesen KTMB Seremban, pelancong boleh ke Port Dickson dengan menaiki bas atau teksi. Selain pantai yang menarik, Muzium Tentera Darat juga terletak di bandar ini. Stesen KTMB Tampin Stesen KTMB Tampin adalah pintu masuk Melaka bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan kereta api. Dari stesen ini, pelancong hanya perlu menaiki bas atau teksi untuk meneroka keunikan dan keistimewaan bandar bersejarah itu. Stesen KTMB Segamat Singgahlah di Stesen KTMB Segamat terutama pada musim buah-buahan kerana ada banyak dusun buah-buahan di sekitar bandar Segamat dan Muar. Selain itu, pengunjung juga boleh menerokai bandar Muar yang terkenal dengan pelbagai jenis masakan enak seperti masak asam pedas, mi bandung dan sate. Bagi yang gemarkan aktiviti lasak, anda boleh terus ke Gunung Ledang dari stesen ini dengan menaiki bas atau teksi. Stesen KTMB Kluang Kedai kopi, Kluang Rail Coffee menyambut kedatangan pelancong yang singgah di Stesen KTMB Kluang. Dengan keenakan roti bakar serta kopinya, pasti membuatkan peminat kopi sanggup ke sini hanya untuk menikmati kesegaran minuman yang dijual di kedai yang beroperasi sejak 1930-an lagi

29  

Page 72: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Dari stesen ini, pelancong boleh terus ke Taman Negara Endau Rompin, Johor dengan bantuan agensi pelancongan tempatan atau menaiki teksi ke Mersing, pintu masuk ke pulau berhampiran seperti Pulau Tioman, Pulau Tinggi dan Pulau Rawa. Stesen KTMB Johor Bharu Stesen KTMB Johor Bharu adalah stesen paling hujung di laluan utara selatan. Selain menghabiskan masa menjelajah bandar Johor Bharu, pelancong juga boleh menaiki teksi atau bas ke Mersing untuk bercuti ke beberapa pulau seperti Pulau Tioman dan Pulau Sibu. Stesen KTMB Jerantut Menikmati keindahan hutan dan kesegaran udara di Taman Negara Pahang adalah pengalaman yang pasti tidak dapat dilupakan. Berhenti di Stesen KTMB Jerantut dan menaiki teksi ke Kuala Tembeling sebelum menaiki bot ke Taman Negara. Bagi yang gemarkan sesuatu mencabar, apa kata meneroka Gua Kota Gelangi dengan menaiki teksi dari stesen ini. Stesen KTMB Kuala Lipis Dari Stesen KTMB Kuala Lipis, pelancong boleh menaiki teksi atau van ke Taman Rimba Kenong, Jeram Besu dan Kota. Stesen KTMB Merapoh Bagi mereka yang gemarkan aktiviti mendaki gunung, bolehlah menaiki kereta api ke Stesen KTMB Merapoh dan terus ke Taman Negara untuk mendaki gunung yang tertinggi di Semenanjung, Gunung Tahan. Stesen KTMB Gua Musang Terletak di tengah-tengah kawasan gua kapur, Stesen KTMB Gua Musang mempunyai keistimewaannya sendiri. Pemandangan yang cukup menarik di sekitar stesen itu terutama di waktu pagi memberikan ketenangan kepada sesiapa saja yang berpeluang singgah di pekan ini. Lebih menarik, stesen itu turut menjadi seperti pasar apabila peniaga dari Tumpat dan Pasir Mas, menjual buah dan sayur kampung sebaik turun dari koc, suasana yang sangat berbeza dan menarik.

30  

Page 73: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Bagi yang mahu ke Taman Negara Kuala Koh pula, anda boleh menaiki teksi dari stesen ini. Stesen KTMB Dabong Keunikan Stesen KTMB Dabong ini terletak pada binaan bangunannya yang masih mengekalkan ciri klasik. Dengan landskap dan stesen yang bersih, pasti membuatkan sesiapa saja yang singgah di stesen ini terasa begitu aman. Pekan kecil yang tenang ini turut menjadi tumpuan kepada mereka yang mahu mendaki Gunung Stong dan menikmati keindahan Air Terjun Stong. Stesen KTMB Krai Menjadi ibu pejabat kepada KTMB Kelantan, pelancong yang mahu ke Pulau Perhentian atau Pulau Redang boleh berhenti di stesen ini dan menggunakan perkhidmatan teksi ke Kuala Besut sebelum menaiki bot ke pulau itu. Stesen KTMB Pasir Mas Stesen KTMB Pasir Mas adalah antara stesen kereta api yang paling sibuk di Kelantan. Ini kerana kedudukannya di tengah bandar Pasir Mas dan kereta api adalah antara pengangkutan utama bagi murid dan guru yang bersekolah di Tumpat, Kuala Krai, Dabong atau Gua Musang. Bagi pelancong yang mahu ke pekan yang bersempadan dengan Thailand, Rantau Panjang bolehlah menaiki teksi dari stesen ini kerana kedudukannya sangat dekat. Stesen KTMB Wakaf Bharu Stesen KTMB Wakaf Bharu hanya terletak kira-kira lima kilometer dari bandar Kota Bharu. Ambillah peluang meneroka bandar Cik Siti Wan Kembang ini sebaik tiba di stesen ini. Jika ada masa, boleh juga ke pekan yang bersempadan dengan Thailand iaitu Pengkalan Kubur untuk membeli-belah di zon bebas cukai yang hanya kirakira 15 minit menaiki teksi dari stesen ini. Stesen KTMB Tumpat Stesen KTMB Tumpat adalah stesen paling utara di Pantai Timur. Dari stesen ini,

31  

Page 74: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

pelancong yang bukan beragama Islam boleh melawat rumah ibadat Buddha iaitu wat yang banyak terdapat di pekan Tumpat. Bagi yang mahu menikmati keindahan pantai, boleh juga ke Pantai Seri Tujuh dengan menaiki teksi dari stesen ini. INFO Stesen dan hentian KTM Antarabandar Aliran Utara-Selatan * Padang Besar * Arau * Alor Setar * Sungai Petani * Butterworth * Bukit Mertajam * Taiping * Ipoh * Tapah Road * Tanjung Malim * Rawang * Kuala Lumpur Sentral * Kajang * Seremban

32  

Page 75: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

* Pulau Sebang/Tampin * Pertukaran Gemas * Segamat * Labis * Paloh * Kluang * Kulai (berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai) * JB Sentral di Johor Bahru * Tanjong Pagar di Singapura Aliran Pantai Timur * Pertukaran Gemas * Bahau * Teriang * Mentakab * Jerantut * Kuala Lipis * Gua Musang * Dabong * Kuala Krai

33  

Page 76: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

* Tanah Merah * Pasir Mas * Wakaf Bahru * Tumpat (END)

34  

Page 77: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Penduduk Kuala Sepetang mahu perubahan, kemajuan

Publication: BM Date of publication: Apr 5, 2009 Section heading: Main Section Page number: 010

"DIA ada rancangan tetapi sampai sekarang tak buat apa-apa, mau tengok muka pun susah," kata seorang pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sepetang ketika ditanya mengenai khidmat wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) di kawasan berkenaan. Jawapan spontan nelayan, Ng Cheng Tee, 45, itu mungkin petanda angin perubahan melanda DUN Kuala Sepetang untuk memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian di kerusi Parlimen Bukit Gantang. Ia kerana pengundi DUN Kuala Sepetang adalah antara tiga DUN yang menjadi penentu pertarungan Ismail dengan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Dua lagi DUN di Parlimen itu ialah Changkat Jering dan Trong. Dari segi sejarah dan tradisi, DUN Kuala Sepetang yang mempunyai 19,722 pengundi diwakili BN dari parti Gerakan, kecuali pada Pilihan Raya Umum 2008 yang menyaksikan calon PKR, Tai Sing Ng menewaskan calon BN, See Tean Seng. Ng serta beberapa rakan yang ditemui di jeti Kuala Sepetang memberikan 'resipi' bagaimana BN boleh memenangi hati pengundi. "Sudah lebih 40 tahun duduk sini, rumah pun tak ada sebab tanah tak boleh dapat. Kalau buat rumah beri nelayan, BN nak angkat balik (DUN) Kuala Sepetang pun ada chance (peluang) dan sokongan pada BN pun boleh tambah," celah seorang lagi nelayan, Lim Chee Sim, 66. Isu perumahan terutama membabitkan nelayan sekitar pekan Kuala Sepetang atau nama lamanya Port Weld, diperjuangkan sejak dulu. Kebanyakan rumah nelayan dibina atas tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Isu bekalan air dan elektrik turut membelenggu penduduk terutama kawasan terpencil.

35  

Page 78: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Ada juga setinggan yang tinggal di rizab KTMB meliputi mereka yang tinggal di tanah bekas landasan kereta api Port Weld ke Taiping. See mengakui penduduk mengharapkan penempatan yang lebih terancang, termasuk perumahan kos rendah, tetapi kesukaran mendapatkan status Kebenaran Menduduki Sementara (TOL) atau hak milik kekal menyukarkan rancangan itu. (END)

36  

Page 79: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: 30 Jun hari 'sayu' ingati sejarah KTMB

Publication: BH Date of publication: Jun 24, 2011 Section heading: Main Section Page number: 034 Byline / Author: Oleh AK Mohamad

SAYA ingin mengulas mengenai cadangan pihak tertentu untuk berpesta dan bersuka ria di atas gerabak kereta api dalam perjalanan terakhir perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi meninggalkan stesen Tanjung Pagar pada malam 30 Jun ini. Sebuah akhbar lain pula menyiarkan berita muka hadapan 14 Jun lalu bahawa semua tiket KTM bagi perjalanan terakhir itu sudah pun habis dijual. Tarikh berkenaan iaitu 30 Jun 2011 ialah hari KTM Bhd menutup stesennya di Tanjung Pagar dan berpindah ke Woodlands, stesen barunya di Singapura. Memang sesuai peristiwa berkenaan dimaktubkan sebagai satu hari bersejarah dan patut diingati. Saya berpendapat tidak kena pada tempatnya jika ada orang merancang untuk berpesta dalam perjalanan kereta api yang akan berlepas bagi kali terakhir dari Tanjung Pagar menuju Kuala Lumpur pada malam 30 Jun itu. Perancangan ini tidak harus diteruskan kerana 30 Jun bukan satu tarikh untuk bersuka ria. Sebaliknya, ia adalah satu detik amat sedih dalam sejarah KTMB di Singapura. Pada 1918, kerajaan kolonial British di Singapura menjual untuk selama-lamanya harta benda dan syarikat Singapore Railway kepada Kerajaan Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States), yang menukar nama syarikat itu kepada Federated Malay States Railway, dan akhirnya berubah menjadi KTMB sebagai sebuah badan korporat. Apabila KTMB berpindah ke Woodlands pada 30 Jun, maka akan bermulalah juga penyerahan kepada Kerajaan Singapura bukan saja bangunan stesen Tanjung Pagar tetapi juga tidak kurang daripada 175.7 hektar tanah milik KTMB di merata tempat di Singapura. Khazanah tanah KTMB di Singapura dianggarkan mempunyai nilai berbilion ringgit.

37  

Page 80: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Sebagai gantian kepada penyerahan stesen dan tanah berkenaan, Malaysia diberi peluang membangun bersama dengan Singapura enam bidang tanah di Marina South dan Ophir-Rocher di bahagian selatan pulau Singapura. Perhentian di Woodlands bukan stesen kereta api dalam erti kata biasa. Perhentian Woodlands ialah sebuah pusat pemeriksaan kastam, imigresen dan kuarantin (CIQ) kepunyaan Singapura. Oleh itu saya berpendapat bahawa 30 Jun melambangkan satu tarikh yang sangat sayu di hati sanubari mereka yang menghayati sejarah, jauh sekali untuk disambut sebagai satu malam berpesta dan bersuka ria. AK MOHAMAD, Kuala Lumpur.

38  

Page 81: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Sambutan Hari Guru di dalam tren

Publication: BH Date of publication: May 25, 2011 Section heading: Skor Page number: 002 Byline / Author: Oleh Sharifah Salwa Syed Akil

SAMBUTAN Hari Guru tahun ini mencipta sejarah kepada 20 orang guru termasuk pengetua, apabila mereka dirai di dalam tren Antarabandar sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak, baru-baru ini. Perjalanan lebih meriah apabila semua guru diiringi 30 pelajar daripada sepuluh sekolah menengah teknik dan vokasional sekitar Lembah Klang. Majlis pelepasan peserta program disempurnakan Presiden KTMB, Dr Aminuddin Adnan di balai pelepasan KL Sentral. Program bermula jam 9 pagi itu turut disertai Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud, Pengarah Bahagian Teknik Vokasional, Ahmad Tajudin Jap, Pengurus Besar KTM Antarabandar, Encik Mohd Zain Mat Taha. Walaupun ruang dalam tren agak terhad, namun program julung kalinya anjuran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional tetap meriah. Sepanjang tiga jam perjalanan, pelbagai program diatur, antaranya nyanyian lagu Negaraku, Kami Guru Malaysia, deklamasi sajak dan pantun oleh guru dan pelajar serta pertandingan karaoke. Program lain termasuk acara memotong kek yang dihasilkan pelajar Sekolah Menengah Vokasional ERT Setapak selain pulut kuning yang dihadiahkan KTMB. Pelajar turut menyanyikan lagu Selamat Hari Guru, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mereka. Pelajar Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh, Siti Sarah Hanim Basri, 17, berkata dia teruja dengan sambutan di dalam tren kerana program seumpama itu tidak

39  

Page 82: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

pernah dianjurkan sebelum ini. "Apabila dimaklumkan terpilih menyertai program, saya sudah terbayangkan keseronokannya. Penyertaan ini memberi peluang berkenalkenalan dengan rakan daripada berlainan sekolah. "Program ini sekali gus memberi peluang pelajar mengenang kembali jasa dan pengorbanan guru yang begitu gigih mendidik anak bangsa," katanya ketika ditemui pada program berkenaan. Pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Teknik Setapak, M Mukeish berkata, sambutan tahun ini berbeza berbanding sebelumnya. Inisiatif ini diharap dapat diteruskan. "Sambutan ini sungguh bermakna, bukan saja kepada individu bergelar guru tetapi juga kepada pelajar. Pada waktu itu, kami akan mengucapkan ucap selamat beramai-ramai dan merenung kembali jasa guru selama ini," katanya. Pelajar Tingkatan Empat, Sekolah Menengah Vokasional Sungai Buloh, Tnay Chee Chow, berkata semua guru perlu dihormati dan disayangi. Sebagai pelajar, segala nasihat serta teguran guru perlu diterima dengan sepenuh hati. Saya sedih apabila membaca berita pelajar bermusuh dengan guru hingga sanggup mencederakan mereka. Keadaan itu tidak sepatutnya berlaku," katanya. Sementara itu, Datuk Abdul Ghafar berkata, pihaknya berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa depan dalam bentuk kerjasama yang lain antara kedua-dua pihak. "Sebagai permulaan, program ini adalah aktiviti perintis yang boleh diperluaskan. Kerjasama dengan KTMB boleh diteruskan dengan menganjurkan lawatan sambil belajar ke tempat bersejarah menaiki tren," katanya. Pada majlis sama, peserta menyerahkan penyerahan cek untuk mangsa Tsunami Jepun kepada wakil New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP). Sumbangan itu hasil kutipan pelajar daripada sepuluh sekolah teknik dan vokasional sekitar Lembah Klang.

40  

Page 83: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Panorama Dabong

Publication: BH Date of publication: Apr 30, 2011 Section heading: Sabtu Page number: 010 Byline / Author: Oleh Syed Mohd Ridauwan Syed Ismail

PERJALANAN menaiki koc Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur menuju Dabong, Kelantan melalui Tanah Merah, tidak lama dulu memberi pengalaman baru kepada penulis. Menjejaki daerah asing termasuk lokasi bersejarah di sepanjang perjalanan 12 jam memberi peluang kepada penulis untuk menghayati keindahan alam, keunikan pekan kecil dan kehidupan masyarakat di tepi Sungai Kelantan selain tinggalan sejarah zaman British. Ternyata, laluan kereta api menuju Dabong punya cerita tersendiri. Sejarah pembinaan laluan kereta api serta projek Jambatan Guillemard yang pernah dibom tentera Inggeris bagi menahan kemaraan tentera Jepun, menarik untuk diselami. Tidak cukup itu, kisah pembinaan tujuh terowong yang masih utuh hari ini menjadi lambang daerah ini pernah membangun suatu ketika dulu. Di lokasi yang dikenali sebagai Batu 243.5 juga tercatat sejarah tersendiri. Ia adalah tempat pertembungan landasan kereta api yang dibina dari Gemas, Negeri Sembilan pada 1907 dan satu lagi, membabitkan laluan Tumpat pada 1913. Di lokasi ini, pengunjung boleh melihat sebatang tiang besi dari keratan rel kereta api setinggi kira-kira semeter, yang ditanam sebagai simbolik percantuman dua landasan ini. Dari aspek budaya, laluan kereta api ini juga menjadi medium pengangkutan utama penduduk sekitar malah menjadi `bas sekolah' kepada murid dan pelajar. Ikuti catatan Program Panorama Railway Tour ini yang dianjurkan oleh KTMB dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah (PTJTM). Seramai 30 wakil media termasuk dari Singapura turut serta dalam perjalanan menarik ini. Jumaat

41  

Page 84: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

8 malam: Kami berkumpul di KL Sentral sebelum bergerak ke Tanah Merah, Kelantan menaiki Tren Senandung Wau. Aktiviti suai kenal di dalam tren bersama kakitangan KTMB dan media bermula dengan santai. 9 pagi: Selepas lebih 12 jam perjalanan, kami tiba di Stesen Tanah Merah Kelantan. Kami disambut kakitangan KTMB, kakitangan Tourism Malaysia Kelantan dan kakitangan D'Mawar Resort dengan paluan kertuk, sejenis alat permainan tradisional di Kelantan. 10 pagi: Selepas mendaftar di D'Mawar Resort dan bersarapan, rombongan media dibawa ke Pulau Raja. Dikatakan, lokasi ini menjadi penempatan terawal penduduk Cina di Kelantan. Ada 10 keluarga Cina yang menetap di sini dan kampung ini cukup dikenali dengan sebuah telaga yang didakwa berusia lebih 350 tahun. Lokasi ini juga dikatakan antara tempat terawal memiliki induk durian terbaik dari jenis durian kunyit atau lebih dikenali sebagai Musang King. Wakil media dibawa ke tapak pembinaan monumen penduduk Cina yang dikaitkan dengan penempatan awal kaum Cina di Kelantan. Kami kemudian disaji air kelapa muda sebelum bergerak ke lokasi seterusnya. 1 petang: Kami dibawa ke Restoran Selera Tepi Sungai, Tanah Merah untuk menikmati makan tengah hari dan solat. 2.30 petang: Kami melawat Pondok Moden Bukit Bunga yang diilhamkan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Pondok moden ini menjadi mercu tanda baru pembangunan agama dan dakwah bagi Parlimen Jeli. Menduduki tapak seluas dua hektar sejak dibangunkan pada 2007, pondok ini menyediakan pusat kegiatan keagamaan dan dakwah serba lengkap. 3 petang: Kami melawat Jambatan Persahabatan dan Kompleks Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bukit Bunga yang menghubungkan Jeli dan Buketa, Selatan Thailand. 3.30 petang: Kami dibawa ke Zainon Palace, hotel bajet yang menyediakan pakej penginapan menarik bagi mereka yang ingin melancong ke Tanah Merah. Media kemudian dibawa membeli-belah di Rantau Panjang yang terkenal dengan barangan yang ditawarkan pada harga berpatutan.

42  

Page 85: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

5 petang: Kami mengambil kesempatan melawat Butik al-Wahida di Tanah Merah sebelum pulang ke D'Mawar Resort. 8.30 malam: Wakil media menyaksikan majlis perasmian Program Panorama Railway Tour yang antara lain dipenuhi dengan persembahan kebudayaan dan dikir barat daripada artis tempatan terkenal di Kelantan. Sabtu 8.30 pagi: Rombongan media berkumpul untuk bertolak ke Stesen Kereta Api Tanah Merah. Media dipertontonkan persembahan silat dan muzik tari silat. 10 pagi: Berlepas dari Stesen Keretapi Tanah Merah menuju ke Jambatan Guillemard. Sepanjang perjalanan, kami disajikan persembahan dikir barat dan muzik tari silat serta alunan serunai oleh pemain alat tradisional tempatan. Jambatan Guillemard adalah jambatan kereta api yang strukturnya dibina daripada besi. Jambatan ini merentasi Sungai Kelantan yang bermula di Paloh Rawa, Machang ke Kursial, Tanah Merah. Jambatan ini mula dibina pada 1920 dan siap pada Julai 1924. Apa yang menarik, Jambatan Guillemard adalah jambatan kereta api terpanjang di Malaysia. Selepas dimusnahkan oleh tentera British bagi menghalang kemaraan tentera Jepun ke Kuala Krai, jambatan ini dibina semula dan dirasmikan pembukaannya pada 7 September 1948. 10.55 pagi: Kami tiba di Stesen Kereta Api Kuala Krai. Wakil media diberi taklimat berhubung operasi dan pengendalian kereta api. 11.30 pagi: Kami tiba di Terowong Kereta Api Dabong. Kereta api berhenti di Terowong nombor tiga dan kami berpeluang melihat dari jauh Gunung Stong. Lokasi ini adalah titik percantuman landasan kereta api dari Gemas dan Tumpat pada 5 September 1931. 1 petang: Rombongan tiba di Stesen Kereta Api Dabong. Taklimat diberi mengenai gaya hidup penduduk Dabong yang menjadikan kereta api sebagai kaedah pengangkutan utama sejak perkhidmatan rel diperkenalkan di sini. Dabong adalah pekan kecil yang terletak dalam jajahan Jeli, Kelantan. Pelancong

43  

Page 86: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

tertumpu ke sini untuk menghayati keindahan Gunung Stong yang tersenarai di tempat kelima daripada 10 lokasi eko - tourism terbaik di Malaysia. Di sini, terletak Air Terjun Jelawang setinggi 305 meter dan menjadi air terjun tertinggi di Asia. Pengunjung juga boleh melawat tempat menarik seperti Gua Ikan, Gua Cha, Gua Keris, Gua Batu Susun dan Gua Pagar yang mempunyai sejarah tersendiri. Gua Cha misalnya, mempunyai kesan peninggalan sejarah zaman purba. Muzium Negara pernah menemui rangka manusia yang dipercayai hidup 2,000 tahun lalu di sini. 3 petang: Kami bertolak pulang dari Stesen Dabong ke Stesen Tanah Merah. Sekali lagi, perjalanan kami diserikan dengan persembahan dikir barat dan serunai. 4.30 petang: Kami tiba di Stesen Tanah Merah Kelantan dan mendaftar keluar pada jam 5 petang. Tibalah masa untuk pulang. Kereta api ke Kuala Lumpur kemudian bertolak kira-kira jam 6 petang meninggalkan 1,001 kenangan indah di Kelantan. Sepanjang perjalanan, kereta api berhenti di beberapa stesen seperti Gua Musang yang menjadi antara laluan menjejaki Taman Negara. Ingin berkongsi pengalaman percutian di mana-mana lokasi peranginan dalam negara? Hantarkan catatan anda mengikut format penulisan kolum 48 Jam ini berserta gambar menarik untuk disiarkan. Hantarkan catatan anda melalui e-mel kepada [email protected] atau pos ke alamat Pengelola Kolum 48 Jam, Berita Harian Sdn Bhd, 31, Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur atau faks ke 03-20567081/2. (END)

44  

Page 87: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Moh ke Ipoh

Publication: BH Date of publication: Mar 19, 2011 Section heading: Sabtu Page number: 010 Byline / Author: Oleh Fairuz Zaidan

NIAT berkunjung ke bandar raya Ipoh, Perak sudah lama dipasang. Ditambah pula dengan pelbagai maklumat yang diperoleh daripada teman dan internet, Ipoh dirasakan punya tarikan tersendiri. Baru-baru ini, hajat penulis tertunai apabila berjaya menjejakkan kaki di bandar raya bijih timah ini. Ipoh tidak jauh dari Kuala Lumpur, iaitu kira-kira 200 kilometer melalui Lebuh Raya Utara-Selatan. Pembangunan terancang dengan gabungan baru dan lama yang dipisahkan blok laluan persis kota New York, menjadikan bandar raya ini unik dan punya karakter tersendiri. Memilih kelainan, penulis menggunakan perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) sebagai pengangkutan alternatif menuju ke bandar raya ini. Cukup berbaloi menghabiskan cuti hujung minggu di Ipoh dan percaya atau tidak, penulis hanya berbelanja RM250 sepanjang percutian singkat ini. Tunggu apa lagi, moh ke Ipoh! Sabtu 9 pagi: Penulis menuju ke KL Sentral untuk mendapatkan tren ETS bagi perjalanan ke bandar raya Ipoh. Rasa teruja kerana percutian kali ini tidak memerlukan penulis memandu dan terasa cukup santai. Sebelum menanti jadual perjalanan yang dianggarkan mengambil masa dua jam 15 minit, penulis memanfaatkan masa dengan bersarapan. Banyak restoran, kafe serta medan selera di KL Sentral yang boleh dikunjungi penumpang. 10 pagi: Tibalah masa yang dinanti-nantikan apabila tren ETS tiba. Pengalaman kali pertama menaiki kereta api elektrik itu menimbulkan rasa bangga dalam diri penulis. Mengapa tidak, negara kini ada satu lagi kemudahan pengangkutan yang selesa dan

45  

Page 88: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

moden. Pada harga cuma RM30 sehala, rasanya tiada alasan untuk tidak mencuba perkhidmatan terbaru Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ini. 12.20 tengah hari: Ralit memerhati pemandangan indah sepanjang laluan ETS, tanpa sedar akhirnya sampai sudah ke destinasi dituju iaitu Stesen Keretapi Ipoh. Pantasnya masa berlalu, begitulah lancarnya laluan kereta api elektrik ini yang singgah di beberapa stesen kereta api utama seperti Rawang, Tanjung Malim, Kampar dan Batu Gajah. Menjejakkan kaki ke Ipoh, bagaikan tidak percaya sudah sampai kerana baru dua jam lalu penulis menghirup teh tarik di KL Sentral! 1 petang: Tidak sukar untuk mendapatkan khidmat teksi atau bas bagi perjalanan di Ipoh. Mahu segera ke lokasi penginapan, penulis memilih perkhidmatan teksi. Tidak sukar kerana dalam lingkungan lima minit perjalanan, penulis sudah berada di lokasi `segi tiga emas' bandar raya Ipoh. Selepas meronda kawasan sekitar, penulis tertarik pada binaan D'Eastern Hotel yang terletak di Jalan Sultan Idris Shah. Hotel berusia lebih 30 tahun yang baru saja diperbaharui cukup menawan hati dengan dekorasi klasik kontemporari. Cuma RM108 semalaman, rasanya keselesaan hotel ini setanding hotel tiga atau empat bintang. 3 petang: Perut menanti minta diisi. Sengaja membiarkan rasa lapar kerana ingin sekali mencuba menu hidangan tempatan yang dikhabarkan antara yang terbaik. Sebaik membersihkan diri, penjelajahan utama ialah ke TKK. Apa itu TKK? Di kalangan masyarakat tempatan, TKK adalah singkatan bagi Taman Kanak-Kanak yang terletak di tengah-tengah bandar raya ini. Ada sebuah medan selera yang menyajikan pelbagai juadah tempatan. Pada harga berpatutan, apa saja juadah boleh dinikmati di sini seperti sate, char kue tiou rojak, mi sup bebola ikan, mi kari dan nasi campur. Menambah menu hidangan, penulis turut menikmati popia basah yang cukup diminati hingga perlu menunggu sehingga 15 minit disebabkan banyaknya tempahan. 4.30 petang: Kekenyangan menjamu selera, masa petang dihabiskan dengan melawat Muzium Darul Ridzuan. Kaya sejarah, banyak informasi mengenai Perak dapat diperoleh di sini. Ramai pelancong asing melawat muzium ini hingga terasa diri sebahagian daripada rombongan mereka. 6 petang: Lega rasanya kerana tidak perlu memikirkan urusan kerja di pejabat.

46  

Page 89: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Menghabiskan sisa petang, penulis memilih berjalan kaki di sekitar Padang Ipoh yang terletak tidak jauh daripada bangunan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Gelagat anak muda bermain ragbi serta anak kecil mengejar kumpulan burung merpati menarik perhatian, lantas diabadikan di dalam lensa. Sempat juga singgah sebentar ke Masjid India Ipoh yang menyajikan binaan klasik campuran seni bina India dan tempatan. 8 malam: Walaupun disaran berkunjung ke Gerbang Malam, penulis terlebih dulu memilih bersantai di kompleks beli-belah Ipoh Parade untuk menikmati makan malam. Biarpun tidaklah berbeza dengan pusat beli-belah di Kuala Lumpur, premis ini ada keunikan tersendiri. Inilah keseronokan untuk `kaki shopping' kerana ada saja barangan yang boleh dibeli. 10 malam: Siapa kata bandar ini `mati' pada waktu malam. Oleh kerana malam masih lagi muda, penulis tidak melepaskan peluang untuk berjalan- jalan di bazar malam yang dikenali sebagai Gerbang Malam. Persis konsep bazar downtown, lokasi ini juga meriah dengan pelbagai jualan barangan berjenama, cenderamata, produk hasil rumah, pakaian terpakai serta khidmat urutan refleksologi. Menyusur jauh lebih satu kilometer, Gerbang Malam cukup popular di kalangan masyarakat tempatan sehingga dibuka larut malam. 12 tengah malam: Di sebalik kesesakan orang di Gerbang Malam, tidak sangka lama juga masa dihabiskan di bazar terbuka itu. Malah, masa yang ada juga dimanfaatkan dengan mengurut kaki refleksologi yang hanya berharga RM20 bagi tempoh 40 minit. Lega rasanya apabila selesai mengurut kaki memandangkan sebelum itu banyak masa dihabiskan dengan berjalan kaki. Ditambahkan dengan lokasi hotel yang tidak jauh dari Gerbang Malam, penulis berjalan kaki pulang ke hotel penginapan. Ahad 8 pagi: Berkobar-kobar rasanya perasaan pagi ini. Memandangkan masa tidak mengizinkan, lantas banyak agenda perlu diatur sebaik mungkin sebelum melangkah pulang ke Kuala Lumpur. Seperti diberitahu oleh penyambut tetamu D'Eastern Hotel yang cukup peramah, lokasi

47  

Page 90: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Pasar Besar Ipoh yang dulunya menempatkan Super Kinta adalah pilihan terbaik untuk berjalan-jalan waktu pagi. Bukan saja menyediakan sarapan yang menarik, tempat itu juga menawarkan pilihan untuk mencari-cari barangan antik dan unik. 9 pagi: Memang sungguh bagai dikata. Tidak sukar menemui Pasar Besar Ipoh yang terletak kurang lima minit berjalan kaki dari hotel penginapan. Menikmati apam manis, roti bakar dan teh tarik sudah cukup membangkitkan selera. Harganya juga kurang daripada RM5 sehingga rasa macam tidak percaya. Di aras bawah pasar, lubuk barangan antik termasuk pakaian terpakai menanti pelanggan. Cukup ramai orang menjual beli pelbagai barangan yang antaranya berusia hampir 100 tahun! Seronok melihat gelagat orang tawar menawar! 11.30 pagi: Sebaik daftar keluar daripada hotel penginapan, penulis menaiki bas untuk ke Terminal Bas Jalan Gopeng. Dari situ, kita boleh menjelajah beberapa lagi lokasi menarik di sekitarnya. Hanya dengan berjalan kaki, kita boleh ke lokasi gerai limau Tambun. Ada tidak kurang daripada 20 gerai yang menjual limau Tambun yang manis-manis belaka rasanya. Bersebelahan dengan gerai limau Tambun, ada sebuah restoran yang menyajikan menu nasi campur dengan lebih 50 lauk pauk membangkit selera. Asalnya tidak mahu makan lagi, tetapi selepas melihat ikan patin masak tempoyak, ayam panggang, ulam-ulaman dan ikan bakar akhirnya tewas juga dek tarikan masakan tempatan. 1 petang: Penulis sempat melihat keunikan Tokong Ling Sen Tong yang terletak di dalam gua batu kapur di Jalan Gopeng. Seni bina unik dan hiasan colok yang banyak dalam pelbagai saiz antara tarikan pelancong di sini. 2 petang: Masa yang berbaki dimanfaatkan penulis untuk melawat Kellie's Castle (Istana Kellie) yang terletak cuma 30 minit perjalanan dari Ipoh. Tersergam indah, Istana Kellie yang dibina pada 1910 menjadi antara lokasi pelancongan wajib. Ia adalah simbol `cinta' dan kekuasaan pemilik ladang getah British, William Kellie Smith yang membina rumah agam setinggi tiga tingkat dengan pengaruh seni bina Moghul di Agra, India. 4 petang: Puas melawat seketika istana cinta yang tidak sempat diduduki itu, program percutian singkat berakhir di Stesen Keretapi Ipoh. Memandangkan tiket perjalanan

48  

Page 91: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

hanya pada jam 6.30 petang, waktu yang ada dimanfaatkan untuk bersantai di lokasi berhampiran. Dapatlah penulis merakamkan gambar beberapa bangunan bersejarah serta binaan stesen kereta api yang cukup indah itu. Tiba waktu meninggalkan bandar raya ini, rasanya mahu bertandang lagi terutama menjelajah beberapa daerah bersempadanan Ipoh iaitu Teluk Intan, Taiping, Kuala Kangsar dan Lumut. Mudahnya dengan ETS CUMA mengambil masa kirakira dua jam perjalanan dari Ipoh-Kuala Lumpur, berbaloi menggunakan perkhidmatan ETS yang disediakan KTMB. Pada harga RM30 bagi tambang sehala Kuala Lumpur ke Ipoh, tidak kurang daripada 10 jadual perjalanan sehari menghubungkan bandar raya ini. Pada satu-satu masa, kelajuan ETS boleh meningkat sehingga 155 kilometer sejam, menjadikan perjalanan lebih singkat dan selamat. Mari berkongsi apa yang menarik mengenai ETS sebagai panduan untuk anda mencubanya pada masa akan datang: * Gerabak selesa dengan pendingin hawa. * Disediakan televisyen LED sebagai hiburan Ada soket elektrik untuk kemudahan mengecaj telefon. * Kemudahan tandas yang bersih termasuk kemudahan untuk golongan kurang upaya. * Disediakan sudut kafe yang menyajikan pelbagai hidangan makanan dan minuman. * Tempat menyimpan barang yang besar dan praktikal. * Ada sistem keselamatan kamera litar tertutup (CCTV). * Ada khidmat pelayan persis pramugari. (END)

49  

Page 92: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Sultan Johor cipta sejarah

Publication: BH Date of publication: Jun 29, 2010 Section heading: Main Section Page number: 007 Byline / Author: Oleh Azidan Nahar

GEMAS: Sultan Johor, Sultan Ibrahim mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records apabila menjadi sultan pertama di negara ini memiliki lesen memandu kereta api selepas melengkapkan perjalanan dari stesen JB Sentral ke Gemas di sini, semalam. Baginda yang mengetuai Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2010 turut melepasi syarat menolak lokomotif menerusi acara turn table sebelum diberi Sijil Kelayakan Pemandu Lokomotif dengan nombor siri L 0001 pada 28 Jun 2010. Baginda menunjukkan kekuatan tersendiri dengan menolak lokomotif 68 tan untuk membuat pusingan dan baginda melakukannya kira-kira 10 minit. Sijil untuk seumur hidup itu disampaikan Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr Aminuddin Adnan, manakala pengasas Malaysia Book of Records, Datuk Danny Ooi hadir menyampaikan anugerah sebagai sultan pertama memiliki lesen memandu kereta api sejak wujudnya KTMB 125 tahun lalu. Sultan Ibrahim yang memulakan pengembaraan KMJ kali ke-12 tahun ini yang buat julung kalinya menggunakan perkhidmatan kereta api, berlepas dari stesen KTMB Segamat pada kira-kira jam 8 pagi selepas mengharungi jadual padat hari kedua kelmarin. Baginda yang beradu dalam gerabak khas turut menonton Piala Dunia di stesen terbabit sebelum berehat untuk meneruskan program pagi semalam.

50  

Page 93: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Pos keluar setem khas KTM

Publication: BH Date of publication: Jun 19, 2010 Section heading: Main Section Page number: 037

KUALA LUMPUR: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengeluarkan koleksi setem khas dan sampul surat hari pertama sempena ulang tahun ke-125 Keretapi Tanah Melayu (KTM), mulai Selasa ini. Setem koleksi edisi terhad itu dijual berasingan bersama lembaran mini, buku setem dan fail setem yang mempamerkan pelbagai jenis kereta api yang digunakan sejak penubuhannya KTM pada 1 Jun 1885. Ketua Unit Setem dan Filateli, Yasmin Ramli, berkata koleksi setem khas dan produk edisi terhad memaparkan pelbagai model kereta api membolehkan orang ramai mengenali sejarah transformasi KTM. "Sebagai pengangkutan utama yang menjadi pilihan awam, kita menjanjikan koleksi menarik kepada pengumpul setem serata dunia. Ini kerana lakaran koleksi kereta api lama pada setiap pek adalah terhad," katanya di sini, semalam. Beliau berkata, koleksi setem boleh didapati dalam denominasi 30 sen dengan reka bentuk berbeza. Masing-masing menampilkan koleksi peralihan model kereta api dengan denominasi 50 sen dan RM1. Yasmin berkata set mini berukuran 120 mm x 70 mm dijual pada harga RM3 manakala harga keseluruhan set lengkap koleksi berkenaan dijual pada harga RM50.20 setiap satu.

51  

Page 94: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Dokumentasikan Stesen KTMB Tanjong Pagar

Publication: BH Date of publication: May 28, 2010 Section heading: Main Section Page number: 006

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran mendokumentasikan bangunan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong Pagar, Singapura dari segi seni bina, kegunaan, sejarah dan fungsi sejak ia mula beroperasi 1932. Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Prof Emeritus Datuk Siti Zuraina Abdul Majid, berkata bangunan berkenaan satu-satunya aset Malaysia di luar negara sekali nilai sejarahnya tinggi. Katanya, cadangan merakamkan bangunan itu untuk dokumentasi dan kerja pemuliharaan bangunan akan dikemukakan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan untuk tindakan lanjut. "Jabatan tidak dapat anggarkan kos kerja pemuliharaan dan dokumentasi kerana belum diberi peluang melawat kawasan itu, " katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Siti Zuraina berkata, pihaknya bersedia pada bila-bila masa jika diminta untuk menjalankan kerja pemuliharaan dan dokumentasi.

52  

Page 95: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: KL-Singapura temui jalan penyelesaian

Publication: BH Date of publication: May 27, 2010 Section heading: Main Section Page number: 023 Byline / Author: Oleh Kamal Ahmad

STESEN Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Keppel Road dekat Tanjong Pagar, Singapura beroperasi pada 1932. Tanah itu membabitkan tapak stesen dan landasan seluas 217 hektar serta laluan sehingga 30 kilometer. Tanah itu dipajak kepada KTMB untuk tempoh 999 tahun, demikian sedikit maklumat sejarah stesen itu. Namun stesen KTMB itu perlu dikosongkan pada 1 Julai 2011 seperti dipersetujui Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya di Singapura, Lee Hsien Loong, Isnin lalu, walaupun pajakannya masih berbaki 920 tahun. Jalan tengah menamatkan pertikaian dalam Persetujuan Capai Persetujuan (POA) 1990 berhubung pemindahan stesen KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Bukit Timah (lot 76-2Mk 16, lot 249 Mk 4 dan lot 32-10 Mk 16) serta Woodlands ialah menubuhkan syarikat usaha sama - MS Pte Ltd diwakili sayap pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Temasek Holdings Limited (Temasek), disifatkan bijak serta menguntungkan kedua-dua negara. Jika tanah itu tidak mahu dimajukan, Kerajaan Singapura setuju menukarnya dengan empat lot tanah di Marina South dan satu bidang di Ophir-Rochor yang mempunyai nilai setimpal dengan tanah KTMB terbabit. Dengan 60 peratus ekuiti dipegang Khazanah dan Temasek menguasai baki 40 peratus, langkah memajukan tanah itu lebih banyak memberi manfaat berbanding membiarkannya terus menjadi isu dan `duri dalam daging' hubungan Malaysia-Singapura. Isu POA 1990 dalam tempoh 19 tahun ini menyebabkan hubungan dua negara tidak menentu dan merugikan kedua-dua pihak. Kerjasama pelbagai bidang sedia ada dan potensi baru pula tidak dapat dilaksanakan. Malah, kerana isu remeh dan kecil tertentu, hubungan kedua-dua negara mudah boleh renggang kerana tidak banyak komitmen bersama perlu dipertahan atau dilindungi. Cuma dalam isu POA 1990 yang kandungannya akan dipertingkatkan, aspek yang

53  

Page 96: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

masih kritikal dan perlu dirungkai dengan bijak dan berhemah ialah soal nilai hartanah itu; kaedah serta struktur pengurusan mahupun operasi M-S Pte Ltd; pertukaran tanah di lokasi lain yang setimpal nilainya; serta penyertaan Singapura secara kontra dalam pembangunan kemudahan sistem transit laju (RTS) dari Woodlands ke Tanjung Puteri, Johor menjelang 2018. Turut menarik diketahui ialah menjelang kehadiran Lee menemui Najib di Putrajaya, bulan depan untuk mengemukakan kertas cadangan yang menjunjung `situasi menang menang' berhubung pembangunan bersama tanah stesen KTMB itu. Proses penilaian hartanah itu dilakukan berasingan oleh kedua-dua pihak, tetapi apakah penilaiannya membabitkan harga hartanah semasa atau mengikut anggaran harga pasaran hadapan (tahun 2930)? "Saya tidak ada angka terkini nilai tanah terbabit tetapi harga tanah dan hartanah (di Singapura) meningkat dalam tempoh setahun ini. Itu sebabnya kami belum dapat selesaikan soal pertukaran tanah itu. Saya perlukan penilaian yang terkini dan akan dicadangkan kepada Najib supaya Malaysia mendapat penilaian yang mutakhir. "Berdasarkan nilai terkini itu, kami akan mengemukakan tawaran kepada mereka (Malaysia) dan terpulang kepada mereka. Tetapi (yang pasti) nilainya sangat besar. "Ia adalah kertas cadangan situasi menang-menang untuk kedua-dua negara. Kalau ini (POA 1990) tidak boleh selesai bagaimana anda mahu bercakap mengenai perkara yang baru?," kata Lee merujuk kepada soalan wartawan mengenai harga tanah KTMB di keempat-empat lokasi itu dan kesan penyelesaian POA 1990. Di sebalik persetujuan Malaysia dan Singapura membangunkan tanah itu melalui M-S Pte Lte, jelas kerajaan kedua-dua negara mahu `mengecilkan saiz pembabitan' mereka dalam isu POA yang kini peranan seterusnya dilakukan Khazanah dan Temasek. Namun, kita tidak perlu berahsia atau berselindung lagi bahawa kerajaan perlu memantau segenap tindakan, perkembangan dan hasil peranan M-S Pte Ltd kerana ia masih membabitkan kepentingan negara. Berdasarkan pemikiran Najib, yang penting sekarang ialah hubungan dua hala mesti dipacu ke hadapan dan bagi merealisasikan hasrat itu, kedua-dua negara mesti menyelesaikan beberapa isu legasi termasuk POA 1990. "Ini (isu POA 1990) adalah isu legasi yang sangat besar dan sudah tiba masa untuk

54  

Page 97: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

penyelesaian selepas 19 tahun. Ia dilihat menghalang kita untuk kemajuan dan mara dalam hubungan dua hala," katanya. Hubungan ini turut membabitkan penyertaan pelabur Singapura dalam Iskandar Malaysia. Mengenai jambatan ketiga, Perdana Menteri menyifatkan ia projek jangka panjang dan tidak dikongkong oleh tempoh masa tertentu untuk melaksanakannya. "Yang penting sekarang ialah kita mahu mengoptimumkan penggunaan Linkedua," katanya. Mungkin, perlu dikaji peranan Jawatankuasa Bersama Antara Kementerian Bagi Iskandar Malaysia (JCM) yang diberi tanggungjawab melaksanakan projek ikonik perbandaran di koridor ekonomi selatan Semenanjung itu, supaya turut dilebarkan kepada soal meningkatkan kemudahan pengangkutan awam melalui Linkedua. Kepentingan operator pengangkutan sebelah Malaysia juga mesti diambil kira dan dilindungi dalam perkembangan ini. Mungkin wajar ditubuhkan konsortium pengusaha bas kedua-dua negara untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan. Untuk teksi, sebahagian pengusaha di stesen Kota Raya, Johor Bahru mungkin boleh dipindahkan ke stesen baru di Iskandar Malaysia supaya tempoh menunggu yang begitu lama seperti sekarang, dapat dikurangkan, sekali gus pendapatan mereka bertambah. INFO Ringkasan persetujuan hasil pertemuan Najib dan Lee serta perbincangan delegasi kedua-dua negara pada Ahad dan Isnin lalu ialah: * Stesen KTMB di Tanjong Pagar dipindahkan ke WTCP menjelang 1 Julai 2011. * Tiga bidang tanah di Tanjong Pagar, Kranji dan Woodlands serta tiga lagi di Bukit Timah dibangunkan bersama. * Syarikat M-S Pte Ltd dibentuk bagi membangunkan tanah terbabit. * Penyerahan tanah itu kepada M-S Pte Ltd berkuat kuasa apabila KTMB mengosongkan Stesen Tanjong Pagar. * Sistem kereta api gerak cepat antara Tanjung Puteri (JB) dengan Singapura akan dibangunkan.

55  

Page 98: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

* Bangunan Stesen KTMB Tanjong Pagar akan dikekal dan dipulihara. * Syarikat usaha sama Khazanah Nasional Berhad dan Temasek Holdings Limited dibentuk bagi menjalankan projek pembangunan ikonik di Iskandar Malaysia. * Loji air di Johor diserahkan kepada Johor selepas perjanjian air 1961 tamat tempohnya pada 2011. * Bayaran tol di laluan Linkedua akan dikurangkan. * Khidmat bas rentas sempadan dipertingkat manakala peraturan khidmat teksi dilonggarkan.

56  

Page 99: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Nama KTMB tidak ditukar

Publication: HM Date of publication: Jun 21, 2007 Section heading: Main Section Page number: 23

BUAT masa ini, nama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak akan ditukar kepada Keretapi Tanah Malaysia kerana operasinya tidak meliputi kawasan Sabah dan Sarawak. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy ketika memberi jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) berkata, buat masa ini, kerajaan tidak bercadang menukar nama berkenaan. Dalam soalannya, Karpal bertanya sama ada kerajaan bercadang menetapkan nama Malayan Railways daripada Keretapi Tanah Malaysia. "Nama sedia ada iaitu Keretapi Tanah Melayu Berhad akan dikekalkan memandangkan ia relevan dengan operasinya di Semenanjung," kata Chan. Sejarah awal Stesen Keretapi Tanah Melayu Kuala Lumpur bermula pada 1886 sempena pembukaan landasan kereta api di antara Kuala Lumpur dan Klang, manakala stesen modennya dibuka pada 1 Ogos 1910. (END)

57  

Page 100: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Menangani lintasan maut

Publication: HM Date of publication: May 4, 2006 Section heading: Main Section Page number: 10 Byline / Author: Oleh Muhamad Safar Ahmad

TEMPOH seminggu sejak 18 April lalu, mencatatkan sejarah paling buruk dalam nahas kereta api apabila tiga kemalangan maut berlaku di utara Semenanjung yang mengorbankan lima nyawa. Kejadian pertama berlaku di Sungai Petani, Kedah menyebabkan seorang suri rumah bersama dua anaknya terbunuh ketika melintasi landasan haram berhampiran rumah mereka. Tidak sampai 24 jam, seorang warga emas di Arau, Perlis menjadi mangsa selepas dipercayai dilanggar kenderaan itu ketika mangsa dipercayai mengigau dan berjalan dalam tidur. Terbaru, seorang lelaki berusia 46 tahun mati selepas digilis kereta api di Taiping, Perak, Selasa lalu. Menurut statistik Kementerian Pengangkutan, sejak 2003 seramai 116 mangsa sudah menjadi korban dalam kemalangan kereta api di seluruh negara. Walaupun angka itu masih dikira kecil berbanding jumlah korban di negara lain yang memiliki jalinan landasan kereta api yang besar seperti di India, hakikatnya sesuatu perlu dibuat supaya tragedi ini dapat dihentikan. Tinjauan pendapat yang dilakukan sebuah agensi berhubung langkah mengelak tragedi akibat mengambil jalan pintas merentas landasan kereta api ke atas 415 responden, 33 peratus daripadanya bersetuju pihak berkenaan menyediakan lintasan di kawasan nahas. Selain itu, tiga peratus lagi memilih mengadakan kempen penerangan, memagar landasan sepenuhnya (20 peratus), meletak papan tanda amaran (dua peratus), memperlahankan kereta api di kawasan nahas (empat peratus) dan peratusan paling

58  

Page 101: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

besar ialah disiplin diri sendiri yang mewakili 39 peratus. Dengan mengambil kira dua peratusan pendapat tertinggi, nyata rakyat Malaysia bijak dalam membuat penilaian terhadap aspek keselamatan. Cadangan memagar keseluruhan landasan mungkin tidak ekonomik manakala untuk memperlahankan kereta api di kawasan nahas akan mengganggu keseluruhan operasi kereta api dari segi waktu ketibaan dan sebagainya. Begitu juga dengan meletakkan papan tanda amaran di kawasan nahas. Ini kerana lokasi tragedi di Taman Sri Wang, Sungai Petani itu juga mempunyai papan tanda amaran, bagaimanapun tiada sesiapa mengendahkan amaran itu. Bagi pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tentunya sukar mengawasi lintasan haram kerana landasan terlalu panjang khususnya di kawasan terpencil. Pemantauan lintasan haram ketika ini dilakukan polis bantuan KTMB dan petugas pembaikan landasan. Malah, KTMB juga pernah menggunakan khidmat Rela untuk tujuan itu, tetapi ia tidak mungkin dapat mengawasi semua kawasan pada setiap masa. Dalam hal ini, disiplin diri adalah kunci utama kepada setiap tindak-tanduk manusia. Ia adalah asas kepada sebuah kejayaan dan membentuk tingkah laku manusia. Jika tiada disiplin diri, walau sehebat mana pun frasarana yang disediakan, masalah akan wujud juga satu hari nanti. Berhubung aspek keselamatan di landasan kereta api, penyedia perkhidmatan pengangkutan itu sudah menyediakan kemudahan secukupnya untuk pengguna termasuk membina jejantas. Mungkin di satu dua tempat ia tidak dapat disediakan atas alasan tertentu atau dalam proses perancangan. Namun, ia bukan alasan untuk pengguna mengambil jalan mudah kerana mahu menjimatkan masa beberapa minit atau jarak perjalanan beberapa ratus meter, mereka sanggup menyabung nyawa.

59  

Page 102: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Pengurus Besar Unit Strategi Antarabandar KTMB, Sarbini Tijan, berkata lintasan haram sememangnya mudah mengundang tragedi jika pengguna tidak berhati-hati ketika melaluinya berikutan ketiadaan sturuktur keselamatan di lokasi terbabit. Beliau berkata, kebanyakan mereka yang tinggal berhampiran sepanjang landasan kereta api juga tidak menyedari perubahan jadual perjalanan kereta api yang mula dilaksanakan sejak 15 April lalu. Bagi mereka yang menganggap sudah masak dengan waktu ketibaan kereta api di sesuatu lokasi, perubahan jadual perjalanan itu mungkin mengundang padah jika mereka masih terikat dengan jadual perjalanan lama. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy, menyifatkan kes pencerobohan landasan semakin meruncing berdasarkan angka korban dalam empat tahun kebelakangan ini. Berikutan itu, katanya, Kementerian akan melancarkan kempen keselamatan membabitkan semua bentuk pengangkutan rel termasuk dikendalikan sektor swasta seperti Express Rail Link (ERL) dan KL Monorel. Kempen itu antara lain bertujuan mendidik orang ramai mengenai bahaya berada di atas atau berhampiran landasan selain memaklumkan mengenai kesalahan menceroboh landasan dan perbuatan melontar batu ke arah kereta api. Beliau berkata, orang ramai yang menceroboh kawasan KTMB termasuk landasan boleh didenda sehingga RM1,000 jika sabit kesalahan. Walaupun terbabit dalam kemalangan maut, tahap keselamatan sistem perkhidmatan pengangkutan kereta api di Semenanjung adalah antara yang terbaik dan diiktiraf dunia. KTMB sentiasa mengutamakan keselamatan kerana mereka bertanggungjawab kepada penumpang selain perkhidmatan kereta api turut menyumbang kepada ekonomi negara. Bagaimanapun, perkhidmatan kereta api perlu disokong semua pihak termasuk penduduk yang tinggal berhampiran landasan selain penumpang dan penggunanya. (END)

60  

Page 103: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Pemandangan unik sepanjang perjalanan Publication: HM Date of publication: Aug 31, 2006 Section heading: Variasi Page number: 08

TENTU ramai masih ingat dengan perkhidmatan kereta api mel pada era 70-an dan 80-an. Tempat duduk keras berwarna merah, tidak berhawa dingin, kipas di siling gerabak dan tempat duduk berdasarkan siapa cepat dia dapat cukup memberi nostalgia kepada perkhidmatan kereta api paling popular bagi rakyat kelas menengah waktu itu. Justeru, ramai beranggapan menaiki kereta api sesuatu yang membosankan terutama membabitkan perjalanan jauh seperti Kuala Lumpur ke Tumpat atau Kuala Lumpur ke Singapura kerana memakan masa kira-kira 10 hingga 13 jam. Bagaimanapun, suasana tidak selesa seperti terpaksa berhimpit atau duduk di atas lantai gerabak itu tiada lagi (kini cuma digunakan untuk perkhidmatan kereta api di Pantai Timur saja). Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini menyediakan koc yang lebih selesa dan menyeronokkan. Melancong dengan kereta api memberikan pengalaman berbeza. Laluan merentasi lokasi yang jarang diketahui dan melintasi bahagian belakang rumah dan bandar cukup unik dan tidak membosankan. Sehubungan itu, peluang yang diberikan oleh KTMB menaiki kereta api Sinaran Pagi dari stesen KL Sentral ke Singapura, baru-baru ini tidak wajar dilepaskan. Perjalanan dari KL Sentral ke stesen Tanjong Pagar di Singapura memakan masa kira-kira 10 jam dan merentasi 26 buah stesen dan perhentian kecil di Selangor, Negeri Sembilan serta Johor.

61  

Page 104: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Selain pemandangan indah merentasi kampung dan bandar di negeri berkenaan, apa yang menarik perhatian penulis ialah mengenai stesen yang dilalui. Ada stesen cukup ringkas (seperti pondok bas), tetapi tetap menarik dengan ciri-ciri lama yang dimiliki seperti seni bina, kerusi menunggu dan papan tanda, contohnya stesen Rembau di Negeri Sembilan. Malah, ia juga membantu penulis mengetahui nama tempat dan stesen yang selama ini tidak pernah didengar seperti Batu Anam, Bekok, Jagoh, Beradin, Chamek, Batang Ridan, Nyior dan Mengkibol. Menaiki kereta api juga membuatkan kita seolah-olah menjadi perhatian terutama lambaian kanak-kanak ketika melintasi kawasan kampung. Sementara itu stesen Tanjong Pagar di Keppel Road, Singapura mengimbau sejarah hubungan politik, ekonomi, sosial dan kemanusiaan di antara Malaysia dan Singapura sejak dibuka secara rasmi pada Mei 1932. Ia cukup klasik. Sejak dibina, ia tidak mengalami sebarang pengubahsuaian. Seni binanya cukup cantik dengan siling tinggi terutama di ruang menunggu yang digabungkan dengan lukisan mural indah menonjolkan pemandangan Malaya ketika itu. Seni bina bahagian luarnya juga dipengaruhi dengan ciri kolonial. Apa yang menarik mengenai stesen seluas 32 hektar milik KTMB ialah fungsi uniknya sebagai pintu masuk Malaysia walaupun kedudukannya berada di sebuah negara lain, iaitu Singapura. (END)

62  

Page 105: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: KTMB kaya artifak sejarah

Publication: HM Date of publication: Oct 26, 2006 Section heading: Variasi Page number: 07 Byline / Author: Oleh Riadz Radzi

BANYAK sejarah boleh disingkap mengenai perkhidmatan kereta api negara. Bermula dengan landasan kereta api pertama dari Taiping ke Port Weld di bawah kendalian Perak State Railway pada 1885, ia diambilalih Federated Malay State Railway (FMSR) pada 1901 hingga 1942. Ini diikuti dengan penubuhan Keretapi Tanah Melayu (KTM) pada 1946 sebelum diswastakan pada 1992 dan dikenali sebagai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Perkhidmatan kereta api yang berusia lebih 100 tahun itu melalui pelbagai perubahan. Bermula dengan lokomotif arang batu, enjin diesel, elektrik diesel sehinggalah kepada perkhidmatan Komuter menggunakan tenaga elektrik yang pertama kali diperkenalkan pada 1995. Dalam usia itu, KTMB memiliki banyak artifak bersejarah seperti peralatan kereta api, dokumen, gambar, tiket dan pelbagai barangan yang digunakan sejak era FMSR. Kebanyakan barangan terbabit kini disimpan dalam gudang di stesen KTMB Klang, Ipoh, Tapah Road dan beberapa stesen lama. Kunjungan penulis ke gudang KTMB di Klang baru-baru ini, mendapati terlalu banyak artifak sejarah yang sepatutnya dipamerkan kepada orang ramai. Dengan koleksi yang ada, KTMB sewajarnya memiliki muzium mereka sendiri. Apa yang pasti, selain memberi pengetahuan, ia mampu menerbitkan nostalgia kepada orang ramai. Contohnya tiket kertas tebal yang digunakan ketika era perkhidmatan kereta api mel pada tahun 70-an dan 80-an. Begitu juga dengan tiket memasuki platform berharga 20 sen yang kini tidak lagi digunakan. Bagaimanapun, penulis difahamkan pihak KTMB memang mempunyai perancangan untuk menubuhkan muzium. Tambahan pula, KTMB turut memiliki Unit Muzium yang bertanggungjawab mengumpul dan menyimpan artifak lama.

63  

Page 106: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Pegawai Unit Muzium KTMB, Kamalul Arifin Muhamad berkata, ada cadangan untuk menjadikan bangunan stesen kereta api lama Kuala Lumpur akan dijadikan muzium. "Cadangan memang ada, tapi bila ia akan bermula belum diberitahu. Kami juga di dalam proses untuk mengemaskini dan mengumpul barangan lama yang tersimpan di Klang itu," katanya. Antara gambar lama yang ada dalam simpanan KTMB ialah stesen kereta api Taiping pada 1885, lokomotif FMSR pada 1890 dan 1894 serta koc FMSR kelas pertama yang mula diperkenalkan pada awal 1900. Ia termasuk pelbagai jenis kusyen yang digunakan oleh KTMB pada era 60-an hingga 80-an di samping peralatan yang digunakan dalam perkhidmatan kereta api. FAKTA 1885: - Landasan pertama hubung Taiping dan Port Weld di Perak. 1886 - 1901: Landasan pertama di Selangor sambung Bukit Kuda di Klang. 1889 - 1918: Kereta api beroperasi di Muar. 1891 - 1931: Perkhidmatan kereta api Sungai Ujong dan Landasan Kuala Pilah. 1899 - 1909: Landasan kereta api dibina dari Gemas ke Johor. 1921 - 1931: Pembinaan landasan ke Pantai Timur. Pembinaan bermula di Mersing, Kuantan ke Kuala Terengganu. 1959 - 1969: Lokomotif guna enjin diesel diperkenalkan. Pada 3 Julai 1957 lokomotif elektrik diesel pertama digunakan. 1970 - 1979: Perkhidmatan KTM semakin popular kerana kereta api turut digunakan mengangkut bahan industri. 1992: KTM diswastakan dan dikenali sebagai KTMB. 1995: Komuter diperkenal menggunakan tenaga elektrik. (END)

64  

Page 107: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Nostalgia Stesen Tanjong Pagar Publication: HM Date of publication: Nov 2, 2006 Section heading: Variasi Page number: 02 Byline / Author: Oleh Riadz Radzi

STESEN kereta api Tanjong Pagar di Singapura mungkin tidak membawa erti bagi sesetengah orang terutama generasi muda, tetapi stesen milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu cukup unik sebenarnya. Selain menjadi mercu pengangkutan utama antara Singapura dan Malaysia, ia adalah khazanah negara yang menyimpan banyak sejarah hubungan politik, ekonomi dan kemanusiaan di antara Malaysia dan Singapura. Apa yang menarik mengenai stesen berkenaan ialah fungsi uniknya sebagai pintu masuk Malaysia walaupun kedudukannya berada di sebuah negara lain, iaitu Singapura. Malah, hubungan Malaysia-Singapura pernah tegang akibat isu Tanjong Pagar apabila Singapura mengambil keputusan memindahkan Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) dari stesen kereta api Tanjong Pagar ke Woodlands pada 1998. Stesen berkenaan yang terletak di Keppel Road di selatan republik itu dibina pada 1932 dan dirasmikan oleh Gabenor Negeri Selat ketika itu, Sir Cecil Clementi Smith pada Mei tahun yang sama menggantikan stesen Tank Road yang pada awalnya menjadi antara terminal perkhidmatan kereta api Singapura pertama pada 1903. Perkhidmatan kereta api di Singapura menjadi semakin penting selepas pembukaan Tambak Johor pada 28 Jun 1924 serta hubungan akrab Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu ketika itu. Stesen Tanjong Pagar adalah hentian terakhir jalinan landasan kereta api di Malaysia dan Asia Tenggara umumnya. Selepas melepasi KIK Singapura di Woodlands, perjalanan ke stesen Tanjong Pagar mengambil masa kira-kira 30 minit. Dikelilingi bangunan pencakar langit kota metropolitan Singapura, stesen Tanjong

65  

Page 108: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Pagar berdiri kukuh dengan seni bina klasik di tanah seluas 32 hektar. Walaupun tidak secantik stesen lama Kuala Lumpur dan Ipoh yang terkenal dengan seni bina Moorish, tetapi stesen Tanjong Pagar tetap dengan kecantikan tersendiri. Sejak dibina 74 tahun lalu, ia tidak mengalami sebarang pengubahsuaian. Ruang menunggu cukup luas dengan siling setinggi kira-kira 30 meter. Pada kedua-dua bahagian dinding terdapat lukisan mural yang menggambarkan aktiviti ekonomi Tanah Melayu ketika itu seperti perlombongan bijih timah, sawah padi dan penanaman getah selain aktiviti masyarakat. Antaranya tongkang Cina sedang berlabuh, kereta lembu dan orang memetik kelapa. Kaunter tiket turut menampilkan pengaruh seni bina kolonial. Bahagian luar bangunan berwarna kelabu itu turut terserlah dengan reka bentuk klasik. Antara yang menarik ialah empat ukiran patung batu sebagai simbolik kepada tunjang ekonomi Malaya ketika itu iaitu pertanian, perdagangan, pengangkutan dan perindustrian. Seni bina klasik itu turut menjadikan stesen Tanjong Pagar sebagai antara mercu tanda istimewa di tengah-tengah bandaraya Singapura. Sehingga hari ini, stesen Tanjong Pagar terus menjadi mercu tanda kebanggaan KTMB di Singapura dan wajar dikekalkan. (END)

66  

Page 109: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: Sikap ambil tahu selamatkan 200 nyawa

Publication: HM Date of publication: May 30, 2005 Section heading: Main Section Page number: 19 Byline / Author: Oleh Ibrahim Isa

AMBIL tahu bukan bererti menyibuk dan ada kalanya perasaan ingin tahu boleh menyelamatkan nyawa orang ramai. Contoh terbaik, kejadian tiang konkrit landasan keretapi berhampiran Kampung Batu 21, Kulai roboh dan dihanyutkan dalam hujan lebat pada Isnin lalu. Sikap ingin tahu, peka dan tindakan pantas penduduk kampung itu yang terus memaklumkan perkara itu kepada polis wajar diberi penghargaan dan dijadikan contoh. Ini kerana, hasil maklumat mereka kira-kira 200 nyawa penumpang sebuah kereta api ekspres Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Singapura, berjaya diselamatkan dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu. Hasil maklumat mereka, polis terus memberitahu pejabat KTMB di Johor Bahru, sebelum pejabat KTMB mengarahkan pemandu keretapi itu berhenti serta merta ketika di Layang-layang, Simpang Renggam. Ketika itu, kereta api dibawa dengan kelajuan biasa dan mengikut jadual ia akan tiba di landasan tempat kejadian kira-kira 20 minit selepas tiang jambatan itu runtuh. Bayangkan apakah yang akan berlaku, sekiranya keretapi itu tidak diberi amaran. Apakah akan terjadi apabila keretapi itu melalui jambatan yang sebatang tiang konkritnya sudah dihanyutkan air akibat arus deras, selepas hujan selama kira-kira dua jam. Wak tidak dapat nak bayangkan, tetapi kemungkinan besarnya ialah kereta api itu akan terjatuh sebaik melalui jambatan itu, menyebabkan sebahagian besar atau keseluruhan gerabak turut jatuh.

67  

Page 110: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Sekiranya ia berlaku, kemungkinan besar banyak nyawa akan terkorban dalam nahas berkenaan, sekaligus menjadi antara tragedi hitam dalam sejarah keretapi Malaysia. Syukurlah ia tidak berlaku, hasil kerjasama dan bantuan penduduk Kampung Batu 21, Kulai yang bertindak pantas menghubungi polis memaklumkan kejadian berkenaan. Sehubungan itu, sikap peka dan pantas mereka menyalurkan maklumat perlu dicontohi, bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin. (END)

68  

Page 111: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: LANDASAN PERTAMA DIPENUHI LALANG

Publication: HM Date of publication: Oct 11, 2005 Section heading: Variasi Page number: 07

MENGIMBAU sejarah kereta api di Tanah Melayu (kini Semenanjung Malaysia) sebelum ia menjadi pengangkutan moden di bawah pentadbiran Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), ia mengembalikan nostalgia kepada generasi lama yang kerap menggunakannya. Sejarahnya bermula dengan kemasukan penjajah British dan pembukaan landasan pertama dari Taiping ke Port Weld, sepanjang 12.8 kilometer yang dibina pada 1884 oleh perkerja dari Ceylon. Kini landasan itu yang dilitupi rumput dan lalang masih boleh dilihat dari puncak Bukit Larut, satu destinasi tanah tinggi yang semakin merosot pengunjungnya. Landasan berikutnya adalah dari Kuala Lumpur ke Klang sepanjang 36.2 km dan pada Julai 1896 landasan di Negeri Melayu Bersekutu iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang dibina. Rangkaian landasan itu kemudian berkembang ke Teluk Anson (Teluk Intan), Tapah Road, Kuala Kubu Baru, Port Dickson dan Melaka. Pada 1903 landasan dibina bagi menghubungkan Johor Bahru ke Bukit Mertajam di daerah Wellesly (kini Seberang Prai) di utara sebelum disambung ke Padang Besar di sempadan Thailand pada 1918. Dengan siapnya Tambak Johor yang menghubungkan Johor ke Singapura pada 1923, landasan kereta api disambung ke terminal di Tanjong Pagar, Singapura. Pada 1931 landasan baru dibuka ke Pantai Timur, iaitu dari Gemas Ke Kota Bharu yang menjadi pengangkutan awam utama ke Kelantan merentasi Pahang. Seterusnya depot KTMB dibina di Sentul untuk menempatkan kerja kejuruteraan dan operasi KTMB. Projek utama seperti jambatan, terowong dan pelbagai kemudahan dilaksanakan KTMB dalam rangka peralihan daripada lokomotif wap kepada enjin diesel dan akhirnya elektirk. (END)

69  

Page 112: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: UKM CIPTA REKOD Publication: HM Date of publication: Sep 20, 2005 Section heading: Main Section Page number: 15 Byline / Author: Oleh Mohd Sabran Md Sani

BANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melakar satu lagi sejarah apabila memecahkan Buku Rekod Malaysia dengan menghasilkan logo terbesar menggunakan kira-kira 65,000 keping tiket terpakai Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada Pesta Konvokesyen Ke-33, di sini, semalam. Logo berukuran 20 meter x 15 meter itu dihasilkan kira-kira 100 pelajar UKM menerusi Ahli Jawatankuasa Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM 2005 sekali gus mengatasi rekod logo terbesar menggunakan kira-kira 45,000 keping kad Touch N' Go berukuran 20 meter x 10 meter. Ketua Pengarah pesta itu, Muhammad Shukri Kamarudin, berkata penciptaan rekod baru menerusi program Cabaran Malaysia Book Of Records mengambil masa sebulan menggunakan tiket KTMB terpakai. "Ilham untuk mencipta logo terbesar tercetus daripada semangat Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa melaungkan slogan 'Malaysia Boleh' sehingga berjaya meningkatkan semangat rakyat Malaysia untuk terus ke hadapan. "Justeru, kami mengambil inisiatif meminta jasa baik KTMB untuk menyumbangkan kira-kira 80,000 keping tiket terpakai bagi mencipta logo terbesar termasuk Jalur Gemilang, KTMB, Pesta Konvokesyen dan 35 tahun UKM," katanya ketika ditemui pada majlis pecah rekod Malaysia Book Of Records, di Dataran Gemilang, di sini, semalam. Majlis dirasmikan bersama Pengurus Besar KTMB, Roslan Mohammed; Penolong Pendaftar Pusat Pembangunan Mahasiswa, Mohd Hanafiah Omar; Pengurus Sekretariat Program, Mohd Amirul Aswad Khairuddin dan Pengarah Cabaran Malaysia Book of Records, Syazana Mahari. Shukri berkata, antara objektif utama penganjuran Cabaran Malaysia Book Of Records adalah mendapatkan pengiktirafan bagi meletakkan nama UKM dalam Malaysian Book

70  

Page 113: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

of Record, selain meningkatkan semangat kerjasama di kalangan pelajar. "Program Cabaran Malaysia Book Of Records bukan pertama kali dianjurkan kerana ia menjadi acara tahunan sempena Pesta Konvokesyen UKM. Antara rekod pernah dicipta tahun lalu ialah rentangan kartun sepanjang 200 meter dengan kerjasama MOY Publication dan kain rentang terpanjang berukuran 100 meter x 1.5 meter lebar. "Penciptaan kain rentang itu tertera perkataan `Pesta Konvokesyen Ke-31 Universiti Kebangsaan Malaysia' dan dilengkapi logo UKM, Pesta konvokesyen dan The Malaysia Book of Records. Kita juga pernah bekerjasama dengan Wall's menghasilkan sebuah bandar replika menggunakan batang ais skrim," katanya. Roslan dalam ucapannya berkata, program itu menggambarkan semangat `Malaysia Boleh' yang sewajarnya diterapkan dalam diri setiap pelajar sekali gus mampu mencapai kejayaan lebih besar. (END)

71  

Page 114: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: KENANG JASA KERETA API

Publication: HM Date of publication: Oct 11, 2005 Section heading: Variasi Page number: 06 Byline / Author: Oleh Hartini Mohd Nawi

`MAKING Tracks' membawa kita menyelusuri era perkembangan rangkaian landasan kereta api di Tanah Melayu (kini Semenanjung Malaysia) yang kini sudah memasuki 120 tahun dengan paparan bermakna untuk generasi hari ini. Pameran itu yang berlangsung di Badan Warisan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini, membekalkan pelbagai informasi bermakna dilengkapi koleksi foto yang memaparkan stesen, landasan, kereta api lama dan acuan seramik oleh Alex Tan. Rentetan peristiwa dalam sejarah kereta api negara dirakam oleh enam jurugambar, iaitu Chan Kin Wah, Eric Peris, Soraya Yusof Talismail, Syed Zainal Rashid, Athur Teng dan Bob Teoh. Antara paparan foto menarik dalam `Making Tracks' yang dianjurkan badan itu dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) `Making Tracks' adalah foto bertajuk `Bell' Gemas oleh Arthur, Alor Star oleh Suraya, Seremban oleh Eric, Dabong, Kelantan oleh Bob, Tanjung Malim oleh Chan dan Taiping oleh Syed Zainal. Alex, Chan, Eric, Soraya, Syed Zainal dan Bob Teoh melakarkan pengalaman manis dalam perkembangan kereta api di Semenanjung. Bagi Alex, dia diingatkan mengenai sejenis kenderaan awam yang semakin lenyap tetapi tidak harus dilupakan kerana peranan yang dimainkan kereta api lama dalam sejarah pengangkutan negara terlalu besar dan amat bermakna. "Kita dianggap generasi kedua artis tembikar di negara ini. Bagaimanapun, kita juga ada peranan yang perlu dimainkan. Tidak kira bagaimana perlahan bekerja, kita harus ke depan untuk mencapai matlamat. "Pada hari ini kita memiliki kereta api baru dan pelbagai kenderaan awam yang lain. Jangan lupa yang lama, jadi usaha mesti dilakukan bagi memulihara warisan kereta api

72  

Page 115: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

kita," katanya. Chan pula berkongsi pengalamannya suatu ketika dulu di Kelantan dan menyifatkan negeri Cik Siti Wan Kembang unik dan menarik di mana kereta api sering digunakan sebagai pengangkutan awam di kawasan pedalaman. "Penduduk tempatan lebih banyak menggunakan kereta api daripada pengangkutan lain untuk pergi ke satu-satu destinasi. Kereta api berhenti di stesen yang dijadikan tempat menunggu. "Kanak-kanak ke sekolah, peniaga kecil membawa barangannya dan orang menjual snek dalam kereta api adalah paparan lumrah setiap hari di stesen dan dalam kereta api di Kelantan. "Tren tempatan melalui jalan dari Tumpat ke Singapura dengan kipas yang tidak berfungsi, penumpang berdiri berhampiran barang, penumpang duduk dengan tingkap terbuka luas, ia adalah senario yang sebati dengan masyarakat setempat," kata Chan. Pengalaman Eric menaiki kereta api pada 1970-an dan 1980-an memang menarik untuk dikongsi dengan pengunjung. "Perjalanan dalam kereta api memang menyeronokkan kerana penumpang berpeluang menikmati keindahan sepanjang perjalanan melewati stesen di pedalaman dan di pinggir kota seperti Tanjung Malim, Tapah, Kuala Kangsar, Taiping, Sungai Petani, Alor Star, Tumpat, Gua Musang dan Padang Besar," kata Eric. Bagi Soraya, kereta api sesuatu yang romantik apabila bercerita mengenainya. Filem meletakkannya dalam babak dramatik atau romantik. Penulis meletakkannya di dalam novel, katanya, sambil menambah, pembuat model, Marklin dan Hornby membuat replika yang cantik. "Pengalaman menaikinya adalah satu kemestian. Ia bukanlah perjalanan untuk semua orang tetapi bagi saya ia pengembaraan terutama senario dari gerabak ke gerabak seperti persembahan slide," katanya. Syed Zainal pula menceritakan memorinya ketika dia dan ibunya menghantar ayahnya ke stesen kereta api di Johor Bahru pada 1959 sewaktu dia berusia lima tahun.

73  

Page 116: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

"Saya fikir Kuala Lumpur tempat yang terlalu jauh kerana ayah perlu menaiki gerabak besi dengan asap. Stesen kereta api begitu sibuk dengan orang berunifom dan berpakaian tradisi di deretan gerai buah-buahan dan makanan ringan," katanya. Bagi Bob, kereta api mempersonakannya sejak kecil. "Keluarga saya tinggal berhampiran landasan yang membolehkan saya mendengar dengan jelas jeritannya apabila ia tiba di Nibong Tebal, menuju Ipoh, KL dan kemudian Taiping. Pada tugasan pertama sebagai rekrut wartawan, dia naik kereta api yang sesak dengan manusia pada hari raya," katanya. (END)

74  

Page 117: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

Headline: End of the line for Tanjong Pagar-Johor Baru train service

Publication: NST Date of publication: Jun 1, 2011 Section heading: Streets Page number: 004 Byline / Author: By Ben Tan

THE last Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) train out of Tanjong Pagar station, Singapore, will arrive on Malaysian soil at the stroke of midnight on June 30. The 67 KTMB staff, based on the island, will be onboard. From July 1, the railway services will be concentrated at the new JB Sentral transport hub. The curtains will close on the Tanjong Pagar and Bukit Timah stations, and KTMB's rail services to Singapore will end at the Woodlands Train Checkpoint (WTCP). "We hope to be part of the last train back to Johor," said Stanley Tan, a member of the Singapore-based KTMB Railway Fan Club. Tan, who has been chronicling the history of railways in Malaysia and Singapore, said the club was thinking about holding a gathering to mark the occasion on the night of June 30. "The last train out of the Tanjong Pagar Railway Station is scheduled to leave at 11pm on June 30. He said, adding that it was going to be a sad day for club members. Tanjong Pagar railway station was built in 1932. During the early days, the railway services served as an important link between Singapore and the Federated Malay States. It served as a trade link between the vegetable and agricultural producers on the mainland and consumers in Singapore. Later it would be a part of the Malayan Railways. The journey from Johor Baru to Tanjong Pagar which takes only 45 minutes to one hour has been described as a relaxing way to enter the island republic and an alternative to

75  

Page 118: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

76  

the bumper-to-bumper traffic crawl on the Causeway. Outgoing KTMB Tanjong Pagar station manager Shamsul Bahri Sahri, 43, said the railway line, Bukit Timah railway station and the art deco Tanjong Pagar railway station had great historical value. "These rail facilities are part of the history of the railway transport system in Singapore," said Shamsul who has worked at the Tanjong Pagar railway station for 15 years. "I would be lying if I said I didn't feel sad over the handover of Tanjong Pagar station." Under the agreement between Malaysia and Singapore, the Tanjong Pagar site and other KTMB-owned land in the republic will be developed by M-S Pte Ltd. Khazanah Nasional Bhd has a 60 per cent stake in the company and Temasek Holdings Ltd of Singapore has 40 per cent. Agreement was reached during a one-on-one meeting between Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his Singaporean counterpart, Lee Hsien Loong, last year.

Sumber : http://emedia.com.my/ Tarikh Akses : 16 Januari 2012

Page 119: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

TMS LANTIK SUB-KONTRAKTOR UNTUK SISTEN MENGUTIP TAMBANG AUTOMATIK KTMB

Date: 08-02-2012 Author: / MI MI VMD LAT TMS-PROJEK KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- The Media Shoppe Bhd (TMS) menerima suratdaripada Hopetech Sdn Bhd untuk menyediakan sistem kutipan tambang automatik di stesen-stesen komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB). Kelulusan itu diberikan susulan pemeteraian perjanjian usaha sama antara TMS dan Hopetech minggu lepas. Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, TMS berkata ia akan terlibat dalam beberapa bahagian tertentu iaitu reka bentuk, mengeluar, membekal, memasang, menguji dan menjayakan kerja untuk projek itu. Ia bagaimanapun tidak menyatakan kesan kewangan dan operasi projek itu memandangkan kedua-dua syarikat masih dalam peringkat perbincangan awal. Kementerian Pengangkutan melantik Hopetech sebagai kontraktor projek itu yang dianggarkan bernilai RM85.88 juta pada 21 Dis, 2010. Projek itu yang dimulakan pada Januari tahun lepas, dijangka selesai pada April, katanya dalam makluman itu. -- BERNAMA MI MI VMD LAT

 

Page 120: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

KTMB SEDIA TREN TAMBAHAN DI SEMUA SEKTOR SEMPENA THAIPUSAM

Date: 31-01-2012 Author: / PWNW RV SBB KTM-THAIPUSAM KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akanmenyediakan perkhidmatan tambahan bagi semua sektor serta tren ulang-alik antara stesen Kuala Lumpur dan Batu Caves mulai 6 hingga 8 Feb depan sempena perayaanThaipusam. Pengurus Besar (Perkhidmatan Komuter) KTM Berhad Mohd Hider Yusoff@Othmanberkata perkhidmatan tren disediakan bagi perjalanan terus dari laluan Kuala Lumpur-Batu Caves-Kuala Lumpur. "Perkhidmatan Komuter tambahan pula melibatkan sektor Rawang-Kuala Lumpur-Rawang, Seremban-Kuala Lumpur-Seremban dan sektor Pelabuhan Klang-Sentul-Pelabuhan Klang, dengan masing-masing dua perkhidmatan pada waktumalam dan awal pagi, dengan kekerapan setiap 30 minit," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Perkhidmatan tren komuter tambahan untuk laluan ulang-alik antara Rawang-Kuala Lumpur bermula 11.45 malam dan berakhir 1.45 pagi, manakala laluanKuala Lumpur-Rawang pada 12.50 tengah malam hingga 4.50 pagi. Bagi perkhidmatan ulang-alik Seremban-Kuala Lumpur, tren bermula pada 11 malam dan berakhir 1 pagi manakala perjalanan ke Kuala Lumpur-Seremban bermula 11.54 malam dan berakhir pada 3.54 pagi. Perkhidmatan tren bagi Stesen Pelabuhan Klang-Batu Caves bermula pada 11.05 malam dan berakhir 1.05 pagi manakala bagi perjalanan dari Batu Caves ke Pelabuhan Klang bermula pada 11.05 malam dan berakhir 3.05 pagi. Perkhidmatan tren ulang-alik bagi laluan Kuala Lumpur-Batu Caves-Kuala Lumpur disediakan dengan kekerapan 15 minit. Perjalanan tren KTMB dari stesen Kuala Lumpur-Batu Caves untuk 3 hari berkenaan bermula seawal 6.25 pagi, manakala bagi 7 dan 8 Feb, tren bermula pada 12.25 pagi. Tren terakhir pada 6 dan 7 Feb ialah pada 11.55 malam dan 8 Feb pada 2.55 pagi. Bagi perkhidmatan stesen Batu Caves - Kuala Lumpur pada 6 Feb, tren bermula seawal 5.55 pagi dan terakhir pada 11.55 malam, tren beroperasi pada 7 dan 8 Feb pada pukul 12.25 tengah malam dan perjalanan terakhir bagi kedua-dua hari tersebut pada 11.55 malam dan 3.25 pagi. Mohd Hider berkata ini adalah tahun kedua KTMB membuka stesen Batu Caves dengan sebanyak 182 tren tambahan disediakan dan akan beroperasi secara ulang-alik antara Kuala Lumpur-Batu Caves dengan kekerapan setiap 15 minit. "Selain itu, perkhidmatan tren dengan kekerapan biasa 30 minit juga diteruskan ke Batu Caves dan setiap tren mempunyai kapasiti 500 penumpang," katanya. Beliau menjangkakan lebih 100,000 orang menggunakan perkhidmatan Komuter pada Hari Thaipusam dan bagi memastikan kelancaran serta keselesaan penumpang,

 

Page 121: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

 

KTMB menyediakan 100 petugas tambahan terdiri daripada kakitangan KTMB, jabatankeselamatan, logistik dan jabatan operasi. Hider berkata seramai 200 petugas dari agensi luar seperti Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA), St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah akan bertugas di stesen utama seperti Kuala Lumpur, Batu Caves, Seremban, Klang, Shah Alam dan Subang Jaya. Turut hadir pada sidang akhbar itu Pengurus Wilayah Tengah (Ipoh-Seremban)KTMB Md Rusli Md Noor yang memberi taklimat ringkas mengenai laluan penumpang. Perkhidmatan ini akan berjalan 24 jam tanpa henti dan beroperasi selama tiga hari berturut-turut sempena perayaan Thaipusam. KTMB menasihati penumpang agar bertanggungjawab terhadap keselamatan diri, keluarga dan barangan yang dibawa selain menyarankan mereka membeli tiket perjalanan dua hala bagi mengelak kesesakan ketika perjalanan pulang. Selain itu, KTMB turut mendapat kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi menyediakan tandas awam bergerak. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi KTMB di talian 03-2267 1200. -- BERNAMA PWNW RV SBB

Page 122: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

KERETA API HARIMAU MALAYA TRANSFORMASI BARU KTMB

Date: 18-01-2012 Author: Mohamad Azim Fitri Abd Aziz / MAF RON KTMB-HARIMAU JOHOR BAHARU, 18 Jan (Bernama) -- Kecekapan sistem kereta api di Jepun dan Jerman menjadikan dua negara itu antara yang terbaik di dunia dari segi kelancaran sistem trafik jalan raya. Bagaimanapun senario ini tidak berlaku di Malaysia, di mana pengguna masih memilih kenderaan sendiri daripada pengangkutan awam.an. Bagi memastikan penggunaan pengangkutan awam berada pada tahap optimum, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mempelbagaikan pilihan pengangkutan kereta api bagi menarik minat mereka untuk menggunakan kemudahan pengangkutan awam. Pada 2010, ia 14 gerabak yang di panggil 'Blue Coach' menerusi sumbangan kerajaan Jepun. Gerabak-gerabak itu sampai di Malaysia pada 9 Dis 2010, menunjukkan tanda perubahan yang positif bagi KTMB. Teknologi perkhidmatan kereta api di Jepun sememangnya diakui antara yang tercanggih dan termaju di dunia dan sumbangan itu merupakan penghormatan besar kepada Malaysia dan KTMB. Adalah mengkagumkan melihat bagaimana negara matahari terbit ini mengekalkan fungsi gerabak kereta api itu yang telah menjangkau usia lebih 40 tahun. MALAYAN TIGER TRAIN Gerabak itu telah diubahsuai selari dengan jata negara ini iaitu 'Harimau Malaya', kata Pengurus Pemasaran KTMB Mohd Noordin Kimi yang ditemubual penulissempena majlis pelancaran gerabak baru itu oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, baru-baru ini. "Kami mencadangkan nama ini kerana mengambil konsep gerabak itu yang melalui landasan kereta api di kawasan pantai timur Semenanjung seperti Pahang dan Kelantan, di mana Harimau Malaya mendiami habitat di kawasan hutan itu. "Di Jepun, ia dikenali sebagai 'Blue Coach' kerana berwarna biru tetapi kami mahu namanya diubahsuai supaya orang ramai mengenali gerabak itu sebagai gerabak KTMB," katanya. Mohd Noordin yang berkhidmat dengan KTMB 31 tahun, berkata gerabak itu mula dibangunkan oleh kerajaan Jepun pada tahun 1970. Gerabak-gerabak itu masih berada dalam keadaan baik apabila tiba di Malaysia. "Kita telah melakukan penambahbaikan serta pengubahsuaian yang menelan belanja kira-kira RM7 juta, termasuk menukar ciri-ciri budaya Jepun yang ada pada gerabak itu dan menggantikannya dengan ciri-ciri masyarakat Malaysia," katanya. Bagaimanapun Noordin berkata beberapa tulisan Jepun yang ada pada dinding

 

Page 123: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

 

gerabak bagi mengekalkan identiti asal negara pembuatnya, dikekalkan. "Kita masih mengekalkan sebahagiannya (tulisan Jepun) kerana sebagai penghargaan kepada kerajaan Jepun. Tulisan ini mungkin akan ditukar pada masa akan datang, tetapi buat masa ini, kita mengekalkannya bagi membolehkan masyarakat tahu akan asal usul gerabak ini. BEROPERASI DI PANTAI TIMUR Menurut Mohd Noordin, 14 gerabak itu yang berbeza daripada gerabak lain yang dimiliki KTMB kerana ia mempunyai ciri-ciri reka bentuk yang lebih lebar dan tinggi. "Justeru itu, gerabak berkenaan tidak sesuai beroperasi di Pantai Barat Semenanjung kerana landasan kereta api di Pantai Barat mempunyai kabel elektrik untuk perkhidmatan komuter. Amat berbahaya apabila ia beroperasi di sana. Mohd Noordin berkata gerabak itu memulakan ujian percubaan secara rasmi pada 16 Dis 2011 melibatkan laluan dari Johor Baharu Sentral (JB Sentral) ke stesen keretapi Tumpat. Ujian percubaan itu bagi memastikan gerabak berkenaan tidak mengalami masalah terutama pada hari pelancaran. TARIKAN PELANCONG Noordin yakin dengan adanya gerabak sedemikian, maka ia membuka peluang untuk memajukan lagi kawasan Pantai Timur yang sebelum ini agak ketinggalan dari segi pembangunan infrasktruktur. "Berita mengenai kereta api ini akan mula beroperasi di negara ini, mula tersebar luas kepada pelancong, terutama dari Jepun. Perkhidmatan itu juga mampu menjadi tarikan pelancong ke kawasan Pantai Timur," katanya. Perkhidmatan kereta api itu berjalan sekali sehari dengan tujuh gerabak. PENGALAMAN BERBEZA Penulis berpeluang berada di dalam gerabak itu selama dua hari satu malam, dan mendapati, memang benar seperti apa yang diperkatakan seperti ruang makan yang luas. Ia turut menyediakan perkhidmatan katil yang selesa untuk percutian keluarga. Gerabak itu turut menyediakan ruang tidur untuk empat orang dengan katil bertingkat dan kerusi di tepi tingkap untuk penumpang menikmati pemandnagan di luar. "Kami akan membuat penambahbaikan pada masa akan datang iaitu dengan menyediakan ruang anjung yang membolehkan penumpang menikmati pemandangan luar

Page 124: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

 

kereta api. "Bagi kerusi penumpang pula kami sediakan tempat makan dan akan mengubahsuai tandas," katanya. Mohd Noordin berkata harga tiket yang ditawarkan ialah antara RM49 hingga RM150 untuk satu perjalanan. PANDANGAN PENGGUNA Rata-rata pengguna yang menggunakan perkhidmatan gerabak itu berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Zaki Che Hasyim, 39, berkata pertama kali menaiki Harimau Malaya merupakan pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Menurut peniaga dari Pasir Mas itu, berkata: "Saya selalu berulang dari Pasir Mas ke Kulai, Johor atas urusan kerja. Oleh itu gerabak yang selesa benar-benar memuaskan hati." Pandangan Zaki dipersetujui Hakim Ayob, 24, yang sudah menggunakan perkhidmatan kereta api dari Gemas ke Johor Baharu sejak tahun 2005. Anggota tentera itu berpendapat pengenalan perkhidmatan Harimau Malaya ini menjanjikan lebih banyak lagi penambahbaikan perkhidmatan daripada KTMB untuk pengguna pada masa akan datang. -- BERNAMA MAF RON

Page 125: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

RUM CADANG KTMB DIJADIKAN AGENSI KERAJAAN

Date: 22-12-2011 Author: / FBR AKT MAI KTMB - AGENSI KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Kerajaan disaran menjadikan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sebagai sebuah agensi yang memberikan perkhidmatan untuk rakyat seperti agensi kerajaan yang lain di negara ini. Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) Abdul Razak Md Hassan berkata langkah itu akan dapat menambah baik perkhidmatan KTMBdi samping menjamin kebajikan 5,500 pekerjanya. "Penukaran itu juga akan dapat memastikan caj perkhidmatan KTMB kepada rakyat terutamanya kepada rakyat berpendapatan rendah sentiasa berada pada tahap yang tidak membebankan," katanya kepada pemberita ketika menyuarakan bantahan pekerja terhadap cadangan pengambilalihan KTMB oleh MMC Corporation Bhd. Isnin lepas MMC mengesahkan bahawa ia telah mengemukakan cadangan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc) bagi mengambil alih KTMB. Abdul Razak berkata RUM bimbang terhadap nasib pekerja sekiranya pengambilalihan itu berlaku. "KTMB kini tidak meraih keuntungan, sebaliknya beroperasi bagi memenuhi keperluan rakyat. Bila syarikat swasta ambil alih, KTMB ditukar menjadi syarikat untuk raih keuntungan dan ini boleh membawa kepada penamatan perkhidmatan dan pengurangan faedah pekerja untuk kurangkan kos demi meraih keuntungan," katanya. Abdul Razak berkata RUM akan menghantar surat rayuan mengenai pengambilalihan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedikit masa lagi. -- BERNAMA FBR AKT MAI

 

Page 126: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

KTMB LANCAR PERKHIDMATAN "KERETAPI MALAYAN TIGER" SUMBANGAN JEPUN

Date: 19-12-2011 Author: / MHI MHI RS KTMB-MALAYAN JOHOR BAHARU, 19 Dis (Bernama) -- Perkhidmatan "Malayan Tiger Train" yang dilancarkan di sini hari ini akan merancakkan industri pelancongan di Pantai Timur dan menarik lebih ramai pelancong sama ada dari dalam atau luar negeri terutama Jepun, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. Perkhidmatan Johor Baharu-Tumpat itu yang menggunakan 14 buah koc disumbangkan kerajaan Jepun mempunyai jadual persinggahan di 26 stesen sepanjangperjalanannya. Kong yang melancarkan perkhidmatan itu berkata, walaupun keretapi itu telah berusia lebih dari 30 tahun, ia masih boleh digunakan dengan baik, berikutan budaya penyenggaran yang tinggi oleh masyarakat Jepun. Beliau berharap Malaysia dan Jepun dapat menjalin kerjasama lebih erat di dalam bidang penyenggaraan keretapi serta teknologi terbaru berkenaan sistem pengangkutan itu. Kong berkata, Jepun telah bersetuju untuk menaja lapan jurutera daripada KTMB bagi tujuan latihan penyenggaraan keretapi terbabit di Hokkaido. Turut hadir pada majlis itu adalah duta Jepun ke Malaysia Shigeru Nakamura dan wakil daripada Japan International Cooperation Agency (JICA) Nagae Tsutomo. Sementara itu Presiden KTMB Dr Aminuddin Atan berkata, perkhidmatan MTT itu akan meningkat jumlah penumpang ke sektor Pantai Timur sehingga 17 peratus. "Perkhidmatan MTT itu dijangka akan membawa keuntungan RM6.5 juta setahun," katanya. -- BERNAMA MHI MHI RS

 

Page 127: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

KOC BIRU TINGKATKAN KHIDMAT KTMB SEKTOR PANTAI TIMUR

Date: 01-12-2011 Author: Hazlinda Hamzah / HBH ZUL RON KTMB-BIRU WAKAF BAHARU, 1 Dis (Bernama) -- Empat belas koc (gerabak) kereta api berwarna biru dari Jepun yang pernah mengangkut penumpang dari Tokyo ke daerah baratnya di Pulau Kyushu kini berpindah ke Malaysia. Setelah 30 tahun koc-koc ini menjadi teman setia rakyat Jepun yang memang meminati perjalanan dengan menaiki kereta api sejak dulu sehingga kini, koc-koc biru ini menjadikan Malaysia sebagai rumah barunya. Bagi menghargai hubungan baik antara kerajaan Jepun dengan negara-negara di rantau ini, gerabak kereta api itu dibahagi-bahagikan antara beberapa buah negara Asean termasuk Indonesia, Thailand dan Malaysia. Thailand menerima 126 buah koc yang sama manakala Indonesia pula menerima lebih 70 buah koc jenis keretap api elektrik. Pemberiannya adalah secara percuma daripada Jepun. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hanya membayar untuk mengangkutnya ke Malaysia melalui kargo jalan laut dan mengubahsuai bahagian bawah atau roda kereta api supaya sesuai dengan keadaan dan saiz landasan di negara ini,". Nama baru koc kereta api itu, Harimau Malaya, dilancarkan Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan di Stesen Keretapi Wakaf Baharu di sini baru-baru ini. Bila ditanya tentang kos yang dikeluarkan pihak KTMB untuk menerima hadiah 14 buah koc ini, Dr Aminuddin memberitahu: Hampir RM6.5 juta." "Pulangan pelaburan ini dijangkakan selama lima tahun dan koc-koc ini kami yakin akan terus beroperasi sekurang-kurangnya untuk sepuluh tahun lagi. "Yang pasti koc-koc ini akan menyumbang terhadap kelancaran perkhidmatan kereta api di sektor Pantai Timur dari Tumpat ke Singapura yang dijangka bermula pada awal tahun 2012 nanti," kata beliau. 'INTERCITY' Atas jasabaik pihak Kementerian Pengangkutan, pihak KTMB memohon untuk mendapatkan koc-koc ini daripada kerajaan Jepun bagi perkhidmatan KTM 'Intercity' atau antara bandar. KTMB mensasarkan lebih 185 ribu penumpang menggunakan perkhidmatan koc kereta api yang baru ini setiap tahun. Koc-koc ini tiba di Westport, Pelabuhan Klang pada Disember 2010. "Kereta api Harimau Malaya ini diharap dapat merancakkan sektor pelancongan domestik terutamanya bagi mereka dari Singapura dan Indonesia, kata Dr Aminuddin. Wartawan-wartawan itu kemudian menaiki kereta api yang baru dilancarkan dari Stesen Wakaf Baharu untuk ke Johor Baharu. Pihak kerajaan Jepun diwakili Dr Hiroki Yajima, Setiausaha Pertama, perihal Pengangkutan dan Pelancongan, di Kedutaan Jepun serta

 

Page 128: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

10 

 

pegawai-pegawai lain di majlis pelancaran itu. KERAP DISELENGGARA Kereta api biru ini telah diselenggara mengikut waktu yang dijadualkan. Perabot dan kemasan dalaman koc-koc ini masih baik dan dalam keadaan hampir sempurna kerana ia diselenggara mengikut waktu yang tepat. Walaupun sudah berusia, namun koc-koc ini kelihatan seperti baru. "Ia dicuci mengikut jadual dan perabotnya telah ubahsuai dan diganti fabriknya. Ia tidak perlu sebenarnya. Orang Jepun amat berhati-hati semasa menggunakan peralatan di dalam kereta api malah mereka memastikan ia boleh digunakan untuk jangka waktu yang panjang tanpa perlu membazir kos tambahan, kata Mohd Azami Mohd Zain, pengurus KTMB. Tempat duduk kelas dua kereta api Harimau Malaya ini tidak dipasangkan alat audio visual seperti televisyen atau perakam DVD. Ini mungkin disebabkan penggunaan koc-koc ini sejak 30 tahun dulu berbeza keperluan penumpangnya. Tambahan pula warga Jepun lebih minat membaca buku dan mengelakkan bunyi bising yang boleh mengganggu ketenteraman yang mereka inginkan di dalam perjalanan. Perjalanan dari Wakaf Baharu ke Johor Baharu itu mengambil masa kira-kira kurang 16 jam. Jika dibandingkan koc kereta api KTMB yang sedia ada, tempat tidur koc biru kurang lebar dan tilamnya lebih nipis. Walaupun begitu, tangga yang perlu dipanjat untuk naik ke tempat tidur atau bunk di atas, boleh dilipat. Ini menjimatkan ruang selain lebih praktikal untuk ruang yang agak sempit di antara empat tempat tidur yang bersebelahan. Tidak dapat dinafikan, kemasan dalaman koc-koc ini, baik di dalam kabin, tempat duduk mahupun tempat tidur bertingkat selain tandas, singki membasuh muka dan bilik asap untuk perokok, masih elok keadaannya. Dindingnya juga bersih kerana sikap menconteng 'grafiti' tidak menjadi budaya hidup warga Jepun yang penuh beradab. Diharapkan kereta api Harimau Malaya ini berupaya memperkembang industri pelancongan rel di sektor Pantai Timur selain boleh ditingkatkan dengan promosi pakej perjalanan yang menarik di negara ini. -- BERNAMA HBH ZUL RON

Page 129: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

TREN BARU KTMB BEROPERASI SEPENUHNYA JUN DEPAN - KONG CHO HA

Date: 02-11-2011 Author: / TAS MOZ NM KONG-TREN BATU GAJAH, 2 Nov (Bernama) -- Kesemua 38 set Keretapi Unit Gandaan Elektrik (EMU) yang dipesan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dijangka beroperasi sepenuhnya pada Jun depan. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata kesemuanya dijangka beroperasi secara berperingkat bermula bulan depan sehingga Jun 2012. "Set pertama tren EMU ini telah tiba di sini pada 22 Sept lalu manakala set kedua tiba pada 22 Okt," katanya pada sidang media selepas melawat Akademi Keretapi Malaysia, di sini hari ini. Katanya kesemua set yang mengandungi enam koc tersebut ditempah dari Zhuzhou Electric Locomotives (ZELC) China dengan kos RM1.89 bilion dan perjanjian pembelian dimeterai pada 19 Mei 2010. "Dengan penggunaan koc baru itu nanti dijangka peningkatan pengguna perkhidmatan kepada 200,000 orang berbanding 95,000 pada masa ini. "Apabila beroperasi kelak, KTMB dapat menjimatkan masa menunggu dari 30 minit kepada 10 minit. Koc-koc ini juga akan menjadi aset terbaru KTMB," katanya pada sidang media selepas melawat Akademi Keretapi Malaysia di sini. Beliau berkata koc baru itu akan diguna untuk laluan Tanjung Malim, Perak ke Sungai Gadut, Senawang di Negeri Sembilan dan dari Batu Caves ke Pelabuhan Klang. Katanya kedua-dua set yang telah tiba itu ditempatkan di Akademi KTMB untuk menjalani sesi pengujian dan pentauliahan sebelum dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Langkah mendapatkan tren berkenaan adalah bagi meningkatkan kapasiti KTM Komuter dan selari dengan inisiatif bidang Keberhasilan Utama Negara untuk penambahbaikan sektor pengangkutan awam, katanya. -- BERNAMA TAS MOZ NM

11 

 

Page 130: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

KAKITANGAN KTMB BERTUGAS DENGAN AL MASHAER DITAMBAH SEKALI GANDA

Date: 20-10-2011 Author: / AZH AZH HBS1 HAJI-KTMB MEKAH, 20 Okt (Bernama) -- Jumlah kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dipinjamkan bertugas dengan Al Mashaer Al Mugaddassah Metro ditambah lebih sekali ganda dari 62 kepada 144 orang tahun ini hasil prestasi baik mereka tahun lalu. Perunding projek kereta api Metro Mekah itu, Dr Sara Cheung memuji sumbangan kakitangan KTMB yang katanya sangat berpengalaman, kuat bekerja dan bersemangattinggi, mudah berkomunakasi serta merendah diri. Selepas kejayaan kerjasama kedua-dua pihak di antara KTMB dengan kumpulan syarikat diterajui China Railway Construction Corp (CRCC) tahun lepas, beliau berkata KTMB bersetuju menambah kakitangannya berkhidmat dengan metro yang beroperasi sepenuhnya tahun ini. "Perkhidmatan metro ini sangat unik kerana ia membawa jumlah penumpang yang begitu ramai dalam masa singkat dengan demikian memerlukan kakitangan pengendaliyang sangat berpengalaman," kata Cheung kepada pasukan media Tabung Haji di majlis tamat latihan kakitangan Metro di Universiti Umm Al Qura di sini semalam. Tahun lalu projek berharga US$1.73 bilion (RM5.4 bilion) itu dikenali Metro Mekah hanya sepertiga beroperasi membawa dua juta penumpang, manakala tahun inidijangka mengangkut kira-kira lima juta penumpang. Projek sejauh 18.1 km itu dibina oleh kumpulan syarikat dipimpin oleh CRCC mempunyai sembilan stesen bermula dari Arafat berakhir di Jamrat dan beroperasi hanya selama tujuh hari setahun. Cheung berkata oleh kerana membabitkan jumlah penumpang yang begitu ramai, perhatian bukan sahaja diberi terhadap peralatan dan pengurusan stesen semata-mata tetapi lebih penting terhadap kawalan ke atas orang ramai. Beliau mengharapkan kerjasama selanjutnya daripada pihak KTMB untuk memberi sokongan terhadap perkhidmatan metro tersebut. Sementara itu Pengarah Projek Metro Mekah bagi pihak CRCC, Sam Hao berkata cabaran utama ialah dalam mengawal himpunan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan tren terutama sekali mereka yang tidak berpengalaman. Beliau berkata setiap tahun pengguna perkhidmatan tersebut perlu dididik cara membeli tiket, berbaris menaiki tren dan menjaga keselamatan serta petugas metro hendaklah lebih bersabar. -- BERNAMA AZH AZH HBS1

12 

 

Page 131: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

KTMB PERLU TINGKAT KHIDMAT ETS TARIK PENUMPANG

Date: 20-09-2011 Author: / TAS MOZ SN KTMB-KHIDMAT IPOH, 20 Sept (Bernama) -- Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu segera menaiktaraf sistem jualan tiket dan perkhidmatan bagi menarik lebih ramai penumpang menggunakan perkhidmatannya, kata bekas Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar. Beliau berkata perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) yang baru diperkenalkan KTMB tahun lepas bagi laluan Ipoh dan Kuala Lumpur mendapat sambutan baik orang ramai tetapi masih banyak rungutan diterima. "Saya telah mencuba perkhidmatan ETS dan begitu terpesona tetapi saya lihat terdapat sedikit kelembapan pada sistem jualan tiket menyebabkan orang ramai terpaksa berbaris panjang ketika hendak menggunakan perkhidmatan itu. "Saya bukan meminta disediakan lorong khas untuk orang kenamaan tetapi jika sistem jualan tiket dipertingkatkan, ia akan memudahkan orang ramai berurusan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Raja Ahmad Zainuddin berkata penambahbaikan perlu kerana perkhidmatan ETS kini mula mendapat tempat di kalangan orang ramai yang berulang alik ke Kuala Lumpur dan sebaliknya. "Sebagai contoh, saya menggunakan perkhidmatan ini semasa berlaku kegelinciran tren di Sungai Buloh minggu lepas...kita akui ini bukan kesilapan yang disengajakan tetapi KTMB hanya mengumumkan mengenai masalah ini pada pukul 11 malam sedangkan pengguna yang terkandas tertunggu-tunggu sejak petang," katanya. Katanya, beliau dan beratus penumpang lain yang menunggu perkhidmatan ETS ke Ipoh pada pukul 7 malam langsung tidak dimaklumkan perkara itu dan terpaksa menunggu selama empat jam. Raja Ahmad Zainuddin juga mahu KTMB dan pihak berkuasa tempatan di Perak merancang sistem pengangkutan awam yang efisyen di semua stesen kereta api yang beroperasi di Perak. Beliau berkata antara rungutan yang kerap diterima ialah pengguna sukar mendapatkan khidmat pengangkutan awam seperti bas dan teksi di kebanyakan stesentermasuk di Stesen KTMB Ipoh. -- BERNAMA TAS MOZ SN

13 

 

Page 132: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

PERKHIDMATAN TREN KTMB KEMBALI BEROPERASI SEPERTI BIASA

Date: 17-09-2011 Author: / MCYS LES NH TREN-PULIH KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) ke laluan utara yang sebelum ini tergendala sejak Rabu lepas akibat kerosakan pada struktur landasan antara stesen Sungai Buloh-Rawang di KM366.523, kembali pulih seperti biasa pukul 9.25 pagi ini. Unit Komunikasi Korporat KTMB dalam satu kenyataan hari ini berkata kerja-kerja membaik pulih landasan telah siap sepenuhnya pada pukul 9 pagi ini dan serentak dengan itu, tenaga elektrik bagi laluan tersebut kembali dibekalkan pada pukul 9.20 pagi. "Dengan perkembangan terbaru ini, kesemua perkhidmatan tren meliputi Komuter, ETS, Intercity dan Kargo telah kembali beroperasi seperti dijadualkan. "Walau bagaimanapun, kelewatan perjalanan antara lima sehingga 10 minit dijangka berlaku disebabkan tren perlu diperlahankan di kawasan yang baru dibaik pulih," kata KTMB. KTMB turut memohon maaf di atas kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh para pengguna perkhidmatan tren sepanjang tempoh kerja-kerja membaikpulih dilaksanakan. Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862 dari pukul 9 pagi sehingga 10 malam. -- BERNAMA MCYS LES NH

14 

 

Page 133: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

HUBUNGI PUSAT PANGGILAN KTMB JIKA ALAMI MASALAH PERKHIDMATAN TREN

Date: 16-09-2011 Author: / MCYS AKT ROS PERKHIDMATAN-KTMB KUALA LUMPUR, 16 Sept (Bernama) -- Orang ramai yang mengalami masalah perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) iaitu perkhidmatan KTM Komuter, ETS, KTM Intercity dan KTM Kargo diminta terus menghubungi Pusat Panggilan KTMB di talian 1-300-88-5862. Unit Komunikasi Korporat KTMB dalam satu kenyataan hari ini menyatakan kerja-kerja membaik pulih landasan dan struktur akibat limpahan air hujan yang berpunca daripada hujan lebat di antara stesen Sungai Buloh dan Rawang di KM366.523 pada Rabu lepas akan dapat disiapkan pada pukul 6 pagi esok. "KTM Berhad memohon maaf atas kesulitan dan masalah yang dihadapi oleh para pengguna perkhidmatan kami disebabkan keadaan cuaca yang luar biasa," katanya. KTMB terpaksa menjadualkan semua perkhidmatan empat tren tersebut akibat kejadian tersebut. Antara perkhidmatan tren Antara Bandar yang terjejas dan dijadualkan semula ialah Ekspres Senandung Mutiara (No.23, Butterworth-Tanjung Malim) perkhidmatan Ekspres Sinaran Utara (No.10 Tanjung Malim-Butterworth) dan Perkhidmatan Ekspres Sinaran Utara (No.11 Butterworth-Tanjung Malim). Turut terjejas ialah Perkhidmatan Ekspress Senandung Mutiara (No.22 Tanjung Malim-Butterworth), Perkhidmatan Ekspress Rakyat (No. 2 Singapura-KL Sentral, Tanjung Malim-Butterworth), Ekspress Rakyat (No. 1 Butterworth-Tanjung Malim, KL Sentral-Singapura), Ekspress Senandung Langkawi (No.21 Hat Yai-Ipoh) dan Ekspress Senandung Langkawi (No.20 Ipoh-Hat Yai). Perkhidmatan ETS turut dijadual semula perjalanannya melibatkan semua perkhidmatan ETS dari Ipoh ke KL Sentral atau Seremban yang ditamatkan di Rawang. -- BERNAMA MCYS AKT ROS

15 

 

Page 134: KTMB [Sumber Internet & Elektronik].pdf

BANJIR DI LANDASAN ANTARA SUNGAI BULOH DAN RAWANG GANGGU PERKHIDMATAN KTMB

Date: 15-09-2011 Author: / ASHAB AKT BK KTMB-GANGGUAN KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Limpahan air hujan yang mengganggu struktur landasan berpunca daripada hujan lebat lewat petang semalam di Km366.5 di antara stesen Sungai Buloh dan Rawang, Selangor menyebabkan gangguan terhadap perkhidmatan tren Komuter, perkhidmatan antara bandar, kargo dan tren elektrik (ETS). Menurut kenyataan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini ekoran kejadian itu kesemua perkhidmatan tersebut terpaksa dijadualkan semula. Bagi perkhidmatan KTM Komuter, perkhidmatan tren dari Sungai Gadut ke Rawang ditamatkan di stesen Sungai Buloh dan berpatah balik ke Sungai Gadut manakala penumpang dari Sungai Buloh ke Rawang boleh meneruskan perjalanan dengan perkhidmatan bas yang disediakan. Penumpang yang ingin ke Kuang boleh menaiki tren dari Rawang ke Kuang, bagaimanapun perkhidmatan Pelabuhan Klang ke Batu Caves dan Rawang ke Tanjung Malim tidak mengalami gangguan dan beroperasi seperti biasa. Menurut kenyataan itu lagi antara perkhidmatan tren Antara Bandar yang terjejas dan dijadualkan semula ialah Ekspres Senandung Mutiara (No.23, Butterworth-Tanjung Malim) perkhidmatan Ekspres Sinaran Utara (No.10 Tanjung Malim- Butterworth) dan Perkhidmatan Ekspres Sinaran Utara (No.11 Butterworth-Tanjung Malim). Turut terjejas ialah Perkhidmatan Ekspress Senandung Mutiara (No.22 Tanjung Malim-Butterworth), Perkhidmatan Ekspress Rakyat (No. 2 Singapura-KL Sentral, Tanjung Malim-Butterworth), Ekspress Rakyat (No. 1 Butterworth-Tanjung Malim, KL Sentral-Singapura) Ekspress Senandung Langkawi (No.21 Hat Yai-Ipoh) ekspress Senandung Langkawi (No.20 Ipoh-Hat Yai). Perkhidmatan ETS yang dijadual semula adalah semua perkhidmatan ETS dari Ipoh ke KL Sentral atau Seremban yang ditamatkan di Rawang dan penumpang dipindahkan dengan menaiki bas ke KL Sentral dan begitu juga sebaliknya. Menurut kenyataan itu kerja-kerja membaik pulih landasan dan struktur di jangka dapat disiapkan pada awal pagi Sabtu ini. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan KTMB boleh didapati dengan menghubungitalian Pusat Khidmat Pelanggan KTMB 1-300-88-5862 dari pukul 9 pagi hingga 10 malam. -- BERNAMA ASHAB AKT BK Sumber : http://blis.bernama.com/mainHome.do Tarikh Akses : 24 Februari 2012

16