Kuasa Momentum Forex- V1

61
KUASA MOMENTUM FOREX VERSI 1 Edisi Pertama 2014

description

kuasa

Transcript of Kuasa Momentum Forex- V1

Page 1: Kuasa Momentum Forex- V1

KUASA

MOMENTUM

FOREX

VERSI 1 Edisi Pertama 2014

Page 2: Kuasa Momentum Forex- V1

AMARAN! Anda DILARANG meminjamkan, mencetak

atau menjual semula ebook ini kepada

orang yang tidak membelinya dengan sah

daripada saya.

Ebook ini saya benarkan anda cetak dan

gunakan untuk diri anda sendiri sahaja.

Saya tidak akan halalkan segala ilmu yang

ada dalam buku ini sekiranya ia diperolehi

dengan cara yang haram!

Page 3: Kuasa Momentum Forex- V1

ISI KANDUNGAN

1.Prakata

2.Kuasa Momentum Forex

• Apa itu forex

• Susunan tahap keuntungan mengikut kategori pelaburan

• Hukum trade forex

• Ciri-ciri akaun forex yang shariah(islamik)

• 8 matawang utama

• Base dan Quote

• Bull dan Bear

• Broker dan jenis-jenisnya

• Supertrader forex

• Pips

• Metatrader 4

• Spread

• Timing pasaran forex

• Panduan trade mengikut timeframe

• Money Management

• Panduan Membuat Profit Menggunakan MM

• Analisa fundamental

• Analisa Teknikal

• Candlestick

• Teknik-teknik trade

3.Penutup

Page 4: Kuasa Momentum Forex- V1

PRAKATA

Bismillah..Allah yang membukakan hati setiap manusia. Tidak akan tergerak satu zarah

pun tanpa izin-Nya. Dan Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum itu

sendiri yang mengubah keadaan dirinya. Usaha tanpa doa, takkan kemana..Doa tanpa usaha,

sia-sia. Usaha dan doa, insyaallahberjaya..

Tidak mudah untuk menyiapkan ebook ini.Berkali-kali usaha saya terhenti di tengah

jalan, sambil memikirkan samaada saya patut teruskan ataupun tidak usaha saya ini.Saya

kuatkan semangat kerana saya telah bermula, ini amanah saya dengan Tuhan dan perlu saya

laksanakan.Niat saya untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya serta pengalaman guru saya

dalam bidang ini.Alhamdulillah, akhirnya ebook ini berjaya juga saya siapkan.

Sekalung appresiasi saya tujukan buat suami saya, Syed Ibrahim Hasanudeen, yang

sentiasa memberikan sokongan dan galakan untuk saya terus melakar kejayaan dalam bidang

pelaburan forex. Terima kasih juga buat ibu saya, Mashitah Hussain, yang selalu risau akan

pencapaian saya dalam bidang pelaburan paling mencabar di dunia ini, bimbang saya akan

kerugian teruk, namun tak putus-putus mendoakan kejayaan saya, ayah saya, Jamil Hamdzah,

yang selalu menjadi pemerhati jarak jauh melihat pencapaian saya, adik-adik yang sentiasa

memberikan semangat untuk saya berjaya, juga rakan-rakan yang memahami minat saya dalam

bidang ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

buat guru yang telah banyak mengajar saya tentang forex, Sifu Mohd Siddiq Mohd Noor,

saudara Zamrin Arifin, saudara Muttaqien Jamaludin, dan juga Dr Kasmah Misran, yang tanpa

dirinya, e-book ini tidak akan menjadi kenyataan. Terima Kasih akan bimbingan anda semua.

Tidak dilupakan juga, ucapan terima kasih buat anda semua, pembaca budiman yang sudi

mendapatkan ebook ini. Saya sentiasa mendoakan anda semua akan menjadi trader yang kaya

dan berjaya dalam bidang forex.

Salam sayang dari saya.

Izah NFJ,

10 September 2014

Page 5: Kuasa Momentum Forex- V1

BAGAIMANA SAYA BOLEH TERLIBAT DALAM

FOREX?

Saya bermula dengan forex selepas saya mengenali saham.

Saya bekerja di CIMB Group selama 8 bulan dan kini bekerja sebagai eksekutif kewangan

di sebuah syarikat GLC gergasi di Malaysia.

Walaupun bekerja sebagai eksekutif, jujur saya katakan pendapatan yang saya terima

daripada bekerja hanyalah sekadar cukup-cukup makan sahaja.Gaji kasar kelihatan banyak,

namun selepas ditolak dengan komitmen seperti kereta, servis kereta, bil telefon, makan,

pengangkutan dan sebagainya, saya tidak dapat memperuntukkan hatta RM 50 pun untuk

menabung.Untuk diri saya pun sekadar cukup, bagaimana saya nak membantu meringankan

beban ibu-bapa saya?

Dulu masa belajar, saya berfikiran nanti bila dah bekerjaya, saya akan bantu ibu bapa

saya, berikan mereka kehidupan yang lebih selesa, tapi sekarang walaupun sudah bekerja,

mereka masih lagi membantu saya dari segi kewangan.

Saya tidak tahu di mana silap saya. Ada orang lain, berjawatan lagi rendah, namun

pendapatan cukup untuk menyara anak-anak dan keluarga.Mungkin rezeki yang saya perolehi

ini tidak berkat.

Bila saya fikirkan semula, baru saya faham.Saya perlu menerima hakikat saya tak

mampu untuk melawan desakan dan tekanan ekonomi dunia yang kian mencengkam.Siapa kita,

sekadar insan picisan, ingin melawan keadaan ekonomi dunia?Harga minyak, komoditi, barang-

barang keperluan yang semakin meningkat, boleh ke kita mengawal semua keadaan ini?Suka

ataupun tidak, kita kena berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.Dunia

sekarang bukan seperti dahulu.Semua perkara perlukan wang.

Dari sini la, timbulnya kesedaran dalam diri saya. Saya sentiasa berfikir bagaimana cara

untuk saya menambah pendapatan sampingan namun dalam masa yang sama, ia tidak

mengganggu kerja rutin saya dan yang paling penting, saya tidak terlalu tertekan untuk

‘generate side income’ buat diri saya.

Page 6: Kuasa Momentum Forex- V1

Nak dijadikan cerita, suatu hari, saya sedang makan tengah hari bersama rakan sekerja

dan salah seorang daripada mereka memaklumkan dia tidak dapat hadir untuk 1 seminar

perniagaan percuma pada hari minggu tersebut.Saya telah menawarkan diri untuk

menggantikan tempatnya. Dari seminar perniagaan ini, saya mendapat maklumat tentang

seminar pelaburan saham, emas dan hartanah yang akan diadakan tidak lama selepas itu.

Pada bulan November 2013, saya beranikan diri menyertai satu workshop pelaburan

sahamanjuran pengelola yang sama dan dari sini lah bermula turning point dalam hidup saya.

Saya telah mula melibatkan diri dalam bidang pelaburan. Sebelum ini, tak pernah tau apa itu

pelaburan, apa itu saham, cds akaun dan kenangan paling manis yang saya tidak dapat lupakan

ialah apabila kaunter saham pertama yang saya beli, IRIS membuahkan hasil dan profit selepas

3 bulan saya peram, kaunter ni degil, tak bergerak-gerak.

Saya mula faham, nak generate “extra income”, tak semestinya kita kena berbisnes.

Pelaburan adalah salah satucara kita boleh menambah pendapatan walaupun kita tak pandai

selok belok bisnes.

Long story short, saya selalu view facebook remisier-remisier saham dan facebook guru

saya, sifu mohd siddiq untuk mendapatkan maklumat tentang saham dan mengikuti

perkembangan terbaru mereka.

Suatu hari, saya melihat post seorang anak didik sifu yang di tagged nama sifu, baru sebulan

bisnes, dah dapat 1000 USD? USD tu..bukan RM..

Saya bertambah teruja untuk mengetahui apa bisnes yang dilakukan. Setelah diselidik,

barulah saya tahu bisnes yang dilakukan ialah FOREX.Bila saya berada di dalam platform ini,

income puluhan ribu malahan ratusan ribu dan juta bagi seseorang individu adalah perkara

biasa.

Mengetahui hal ini, saya kian bersemangat untuk mencari ilmu tentang FOREX.Apabila

guru saya ini ada kelapangan masa, saya mengambil peluang berjumpa dengannya dan setiap

kali berjumpa, dia akan update saya dengan ilmu-ilmu yang baru, pengetahuan dan

pemahaman saya juga bertambah.

Terus terang saya katakan, saya melibatkan diri dalam forex sebab saya nampak forex

satu platform yang boleh menjadikan saya kaya.Saya percaya semua orang mempunyai

impian.Anda telah membuat pilihan yang tepat kerana memberi peluang kepada diri anda

untuk membuka minda dan memahami tentang FOREX.Jangan musnahkan impian anda! Bila

anda baca e-book ini, sedikit demi sedikit anda akan faham kata-kata saya ini. Hadamkan

kandungannyadan mulakan menciptakejayaan anda sendiri. Semoga Berjaya!

Page 7: Kuasa Momentum Forex- V1

TAK KENAL MAKA TAK

CINTA.

JOM BERKENALAN

DENGAN MR FOREX….

Page 8: Kuasa Momentum Forex- V1

APA ITU FOREX? � FOREX merupakan singkatan bagi perkataan Foreign Exchange(FOREX) atau

tukaran matawang asing.

� Pasaran forex dibuka 24 jam, 5 hari seminggu termasuklah cuti umum,

cuma ketika cuti umum, jumlah dagangan ialah kecil berbanding hari biasa.

� Pasaran forex ditutup pada hari Sabtu Ahad.

� Dalam forex, barang yang diperdagangkan ialah “matawang” atau duit.

� Matawang setiap negara adalah berbeza-beza. Sebagai contoh, anda pergi

ke Canada kerana ada urusan perniagaan atau bercuti. Matawang Canada

ialah Canada Dollar(CAD). Anda perlu menukarkan RM anda dengan CAD

untuk memudahkan urusan jual beli anda ketika di sana. Proses tukaran

matawang inilah kita panggil FOREX.

� Untuk trade di dalam pasaran forex, anda perlu deposit modal dan

membuka akaun trading melalui orang tengah yang dipanggil BROKER.

Melalui akaun trading ini, kita akan diberikan TRADING PLATFORM.

TRADING PLATFORM ni umpama PASAR MALAM bagi MATAWANG. Di sini,

kita boleh membeli atau menjual sesuatu matawang yang kita telah analisa

untuk mendapatkan keuntungan. Inilah cara pelabur kecil seperti kita,

bank-bank dan institusi pelaburan yang lain mengaut keuntungan dalam

dunia forex cuma bezanya modal bank dan institusi pelaburan ini sangat

besar berbanding modal kita. Menarik bukan?

Page 9: Kuasa Momentum Forex- V1

� Forex merupakan bidang PALING KAYA dalam dunia dengan nilai transaksi

USD 5 Trillion sehari(16,500,000,000).

� Forex adalah pasaran 2 hala, matawang menaik kita untung,

matawangmenurun pun boleh untung.

� Pasaran saham terbesar di dunia, iaitu Bursa Saham New York, mempunyai

nilai transaksi 22.4 Billion sehari.

� Antara 22.4 Billion dengan 5 Trillion sehari, mana yang lebih besar? Sudah

tentulah Forex.Pasaran forex adalah 200 kali lebih besar daripada Bursa

Saham New York, bursa saham terbesar dunia.

� Bank-bank di Malaysia terlibat dalam FOREX, termasuklah Bank Islam.

� Bank Negara Malaysia(BNM) juga terlibat dalam FOREX. Di Malaysia, BNM

ialah ‘ibu’kepada segala jenis kegiatan melibatkanFOREX.

Page 10: Kuasa Momentum Forex- V1

� Saya tunjukkan perbandingan nilai transaksi antara FOREX dengan bursa-

bursa saham utama duniaseperti di bawah.

Purata Jumlah Dagangan Harian

5

Trilion

22.4 billion

18.9 billion

7.2 bilion

Forex

Bursa saham New

York

Bursa Saham

Tokyo

Bursa saham

London

Page 11: Kuasa Momentum Forex- V1

SUSUNAN TAHAP

KEUNTUNGAN MENGIKUT

KATEGORI PELABURAN

Fixed Deposit (FD) menduduki susunan paling bawah, pelaburan paling low

risk dengan kadar keuntungan 2.5% hingga 4% setahun. Katakan anda menyimpan

dalam FD RM 1,000 pada tahun 2014, kadar inflasi tahun tersebut ialah 4%,

keuntungan yang anda dapat 4%, anda hanya break even sahaja. (4 % keuntungan

tolak 4 % inflasi = 0 %). Kalau kadar inflasi tahun 2014 ialah 4.2 %, anda dah rugi

0.2 %. Baik anda belanjakan wang anda daripada menyimpan, betul tak? Ambil

tahu kadar inflasi jika anda ambil keputusan untuk menyimpan di FD.

Page 12: Kuasa Momentum Forex- V1

Menduduki tangga kedua ialah unit trust/asb dengan keuntungan 7 hingga

15% setahun.Pelaburan ini menjadi pilihan semua lapisan masyarakat,lebih-lebih

lagi golongan veteran dan warga emas. Walaupun keuntungan yang diterima

adalah sederhana, namun dengan modal yang besar sebagai contoh RM400,000,

setahun, dividen 10% bersamaan rm 40,000 okay jugak kan? Saya sangat galakkan

anda menyimpan di ASB, Tabung Haji, Koperasi dan Unit Trust kerana risikonya

yang minimum tapi apa salahnya, duit dividen yang anda terima setiap tahun ini

anda allocate sedikit untuk pelaburan yang lebih agresif seperti FOREX? Cara

begini lebih bijak. Daripada 1 atau 2 bakul pelaburan iaitu di ASB dan Unit Trust,

anda sudah ada 3 bakul pelaburan untuk menjana pendapatan. Yang lagi menarik,

anda cuma gunakan sedikit daripada duit dividen yang anda terima, modal tak

terusik.Saya tak galakkan anda guna kesemua saving anda dalam ASB@ Tabung

Haji untuk FOREX.Berani mati namanya. Tolonglah jangan ada pembaca ebook

saya yang buat macam ni.

Tangga ketiga ialah industri borongan yang dapat menjana hasil dalam

lingkungan 30% seterusnya hartanah dengan pendapatan 40 hingga 50%.

Walaupun hartanah adalah salah 1 bidang pelaburan yang popular , setakat ini

kenaikan rumah tiada lagi yang mencapai sehingga 100% atau lebih dalam masa

setahun. Kerajaan tidak akan biarkan hal ini berlaku. Kita nampak bidang hartanah

nireturn nya besar sebab kita tengok pada nilai harga rumah itu iaitu ratusan ribu

ataupun jutaan ringgit.Katakan kita beli sebuah rumah 5 tahun lepas dengan nilai

RM 100,000.Selepas 10 tahun, nilai rumah tersebut menjadi RM 500,000. Jumlah

yang kita nampak RM 500,000 ni memanglah besar, tapi bila dibahagikan dengan

5 tahun, kenaikan rumah tersebut ialah 50 % setahun. Harga rumah mengambil

masa juga untuk naik.

Page 13: Kuasa Momentum Forex- V1

Komoditi jatuh di tangga keempat iaitu dalam lingkungan 70 hingga 90%.

Jangan pandang rendah ya pada orang yang tanam padi, sawit dan terlibat dalam

bidang komoditi, sampai tempoh dia tuai hasil, return dia memang boleh tahan

banyak, boleh cecah ratusan ribu setahun. Tak percaya, boleh tanyasendiri

peneroka FELDA, income awak berapa setahun?

IPO di Bursa Saham menduduki tangga ketiga dalam senarai pelaburan.

Setiap syarikat yang mahu tersenarai dalam bursa akan mengeluarkan tawaran

saham syarikat ini buat kali pertama kepada pelabur yang berminat melalui IPO.

Hari pertama saham IPO berada di Bursa, paling maksimum ia boleh naik sampai

100 % .Ia tak boleh naik gila2 seperti pada tahun 1990-an sebab dulu tiada Private

Placement seperti sekarang. Kini, Bursa saham mengawal harga pasaran semua

saham.

Forex menduduki tangga teratas sekali di antara semua kategori pelaburan

dengan potensi keuntungan sehingga 500%, malahan boleh mencapai 20,000%

setahun atau lebih.

Forex adalah bidang yang boleh memberi anda keuntungan paling

maksimum, tapi AWAS! Bidang ini juga boleh menyebabkan anda kerugian paling

maksimum kerana ia bidang yang paling berisiko, High Risk High Return. Sebab

itu, kita perlu ada ilmu untuk melibatkan diri dalam bidang ini.

Page 14: Kuasa Momentum Forex- V1

Anda bertuah kerana kini, anda sedang menerokai bidang paling kaya

dalam dunia.

Menyedari hakikat ini, tidak hairan lah kalau bank-bank di seluruh dunia

semuanya melibatkan diri dalam FOREX, kerana mereka tahu ini adalah lubuk

kekayaan yang sangat menguntungkan bagi mereka.

Anda belajar benda baru hari ini?

Anda sangat bertuah dapat info-info ini sebab saya yakin bukan semua orang tahu

semua maklumat ini.

Page 15: Kuasa Momentum Forex- V1

Sekarang anda faham kan kenapa FOREX begitu istimewa

berbanding pelaburan lain?

Rumusannya….

Semua bidang pelaburan di dunia BERMULA dengan FOREX.

FOREX adalah mesin ATM yang sebenarnya.

IPO saham utama dunia, Index (Nesdaq, S&P 500), Komoditi,

Metal (Gold, Silver,Copper dan lain-lain),Future Market (crude oil),

Barangan Pengguna, Matawang semuanya berada di dalam FOREX.

Anda boleh memilih apa jua jenis trading yang anda suka di dalam

forex, bukan hanya terhad kepada trading matawang sahaja.

Dalam ebook ini, saya fokus pada trading matawang untuk

pemahaman anda.

Untuk buktikan forex adalah pemula bidang pelaburan, saya

kongsikan dengan anda 1 lagi maklumat.

Kalau anda nak tahu, setiap hari, tauke-tauke kedai emas, trader

emas, pembeli emas akan tengok harga emas turun atau naik melalui

laman web www.kitko.com. Harga emas akan dipaparkan di kitko pada

jam 10.00 pagi(waktu Malaysia) setiap hari.

Harga yang tertera di ‘kitko’ ini adalah benchmark harga emas

sedunia. Satu dunia akan refer harga emas berdasarkan website ini.

Soalan saya : anda tahu tak kitko dapat harga emas ni dari mana?

Jawapan : FOREX!

Page 16: Kuasa Momentum Forex- V1

Peniaga emas pun refer harga emas daripada forex. Takde isu

pulak orang nak cakap emas tu haram.Bila sebut forex je, terus orang

jatuhkan hukum haram.

Dahulu, pasaran FOREX hanya dibuka untuk golongan orang kaya,

money changer, bank dan institusi pelaburan sahaja.Kalau tiada modal

10 juta USD, jangan mimpi nak ada akaun FOREX.

Sejak Bill Clinton umumkan FOREX adalah dagangan umum,

barulah FOREX dibuka kepada semua orang.Dengan modal serendah 10

dollar, individu yang memiliki modal kecil (peruncit) atau trader ikan

bilis mula memenuhi pasaran FOREX hinggalah ke hari ini.

Satu ketika dahulu, nama Malaysia dikenali di persada

antarabangsa kerana ketika zaman pemerintahan Tun Daim Zainudin

dan Dr Mahathir Mohamad, negara kita terlibat dalam trading

matawang FOREX. Walaupun Malaysia sebuah negara yang kecil,namun

keberanian Malaysia untuk trade Forex menggunakan aset negara

ketika itu menyebabkan golongan Yahudi, termasuklah George Soros

berbulu melihat tindakan kita. Hal ini menyebabkan geng-geng Yahudi

berpakat untuk mengenakan Malaysia dan menyebabkan Malaysia

kerugian teruk, iaitu 30 billion pada masa itu(sama nilai dengan 100

billion sekarang. Anda masih ingat krisis kewangan yang melanda

negara sebelum ini? Itulah angkara Soros dan sekutunya.

Sekarang, anda dah tahu tentang FOREX dan keistimewaannya,

masih tidak mahu ambil peluang untuk mengaut kekayaan dalam

bidang ini?

Tepuk dada, Tanya selera.

Page 17: Kuasa Momentum Forex- V1

HUKUM TRADE FOREX Disebabkan keistimewaan dunia forex ini, hukum untuk trade forex selalu

menjadi kontroversi.

Hal ini kerana, kerajaan dan BNM ingin menjaga kepentingan semua bank

dan institusi pelaburan di Malaysia. Jika setiap individu di Malaysia ni pandai trade

forex, trade asyik untung je, untung pulak lebih 100%, ini sangat menakutkan

kerana tiada siapa nak menyimpan di bank dan institusi-institusi ini. Masing-

masing dah pandai generate duit sendiri.

Menurut kenyataan oleh MUFTI PERAK, Hukum asal trade forex ialah

HARUS.

Ustaz Dusuki Ahmad, Pakar Forex juga mengatakan hukum trade forex

adalah HARUS. Anda boleh view di youtube penjelasannya tentang hukum FOREX.

Bila hukum HARUS, kita boleh buat gunakan untuk buat makan minum dan

keperluan harian.Untuk makluman anda, saya pun menggunakan keuntungan

yang saya terima daripada FOREX untuk makan minum saya dan keluarga.

Cuma, saya ingatkan anda, pastikan sebelum enter position pada akaun

trading, anda membuat sedikit kajian terlebih dahulu. Jangan masuk trading

membuta tuli atau hentam kromo sahaja!Apabila kita enter position trade dengan

analisa samaada dari segi teknikal atau fundamental, ia menyelamatkan kita

daripada dikira sebagai berjudi.

Satu lagi, ringankanlah tangan untuk keluarkan zakat daripada hasil

keuntungan anda.Bukannya banyak pun. 2.5% je. Keluarkan zakat lebih banyak

lebih bagus.Dalam quran dan hadis dah sebut, zakat menyucikan dan

membersihkan harta.Jangan lupa berzakat ya.

Page 18: Kuasa Momentum Forex- V1

CIRI-CIRI AKAUN FOREX YANG

SHARIAH COMPLIANCE 1. Menggunakan spot trading forex (nilai matawang semasa). Forward atau

option tidak dibenarkan.

2.No swap@ overnight charge. Semak pada akaun anda, SWAP = ZERO.

3.No interest.

4.No storage fee.

Pastikan akaun forex anda memenuhi ciri-ciri ini.

Trade menggunakan akaun Islamic sahaja.Hasil pendapatan forex yang kita

perolehi perlu dijaga, duit untuk buat makan minum mestilah diperolehi

daripada sumber yang halal.

Page 19: Kuasa Momentum Forex- V1

FLOW DAGANGAN FOREX

World Bank (tetapkan spread utk broker)

Liquidity Provider (bank-bank serantau)

Broker(sewakan tapak MT4 kepada trader)

World Group Bank

World Class Business

Treasury Firm (contoh : rockwills)

Hedge Fund (jaga paras turun naik currency)

Currency Speculator (masuk market tiap awal pagi)

Page 20: Kuasa Momentum Forex- V1

8 MATAWANG UTAMA

Terdapat pelbagai jenis matawang di dunia.Namun, cukup anda fokus

LAPAN MATA WANG PALING UTAMA digunakan di dunia seperti berikut :-

Simbol Negara Matawang

USD United States Dollar

EUR Euro Euro

JPY Jepun Yen

GBP Great Britain Pound

CHF Switzerland Franc

CAD Canada Dollar

AUD Australia Dollar

NZD New Zealand Dollar

Ada 3 jenis pair dalam forex iaitu Major Pair, Minor Pair dan Cross Pair.

1.Major pair ialah pair yang ada matawang USD di bahagian depan atau

belakang sepasang matawang, contoh USD/CAD, AUD/USD. Major pair adalah

pair yang popular dan kerap di trade seluruh dunia.

2.Minor Pair ialah pair yang ada matawang USD, namun 1 lagi pasangannya

adalah matawang yang tidak popular seperti USD/MXN dan sebagainya seperti

jadual di bawah. Minor pair tidak begitu menjadi pilihan berbanding major dan

cross pair. Kos operasi (spread) untuk trade pair ini juga adalah lebih besar.

Simbol Negara Matawang

USD/HKD United States-Hong Kong Dollar

USD/SGD United States - Singapore Euro

USD/ZAR United States- South Africa Yen

USD/THB United States- Thailand Pound

USD/MXN United States- Mexico Franc

USD/DKK United States- Denmark Dollar

USD/SEK United States- Sweden Dollar

USD/NOK United States- Norway Dollar

Page 21: Kuasa Momentum Forex- V1

3. Cross Pair adalah pair yang tidak menggunakan USD dalam pasangan

matawang tersebut sebagai contoh GBP/JPY, EUR/GBP dan sebagainya.

Pair yang mudah untung ialah major pair (seperti GBP/USD, EUR/USD,

USD/JPY, USD/CHF, AUD/USD) dan lain-lain.

Pair UUR/GBP adalah pair yang paling slow antara kesemua pair utama.

Pair GBPJPY adalah pair yang paling laju antara kesemua pair utama.

Kenapa? Sebab simpanan emas kedua dua negara (jerman dan jepun) adalah

melebihi 50% daripada jumlah duit yang di print oleh negara tersebut.

Malaysia tiada dalam forex currency sebab simpanan emas negara adalah

kurang daripada 50% (negara kita miskin simpanan emas, nilai matawang kita

tidak mencukupi untuk membolehkan kita masuk dalam currency market).

China mempunyai banyak simpanan emas berbanding negara-negara lain di

dunia. Terdapat ura-ura bahawa negara China bakal masuk dalam currency

market.

PAIR LAJU

GBP/JPY, GBP/AUD, EUR/NZD

PAIR SEDERHANA

GBP/USD, EUR/USD

PAIR SLOW

EUR/GBP, NZD/USD, USD/JPY,

Page 22: Kuasa Momentum Forex- V1

BASE DAN QUOTE Jangan kata manusia saja yang perlukan pasangan , Trade FOREX pun kena

secara berpasangan, iaitu melibatkan 2 matawang dan mestilah matawang

yang berbeza. Sebagai contoh AUDNZD.

Matawang yang berada di bahagian hadapan dipanggil BASE.

Matawang yang berada di bahagian belakang dipanggil QUOTE.

Daripada contoh ini, AUD ialah BASE, NZD ialah QUOTE.

BilaBASE menguat, kita akan BUY(LONG).

BilaQUOTE menguat, kita akan SELL(SHORT).

Bila 1 matawang menguat, 1 matawang lagi mesti melemah.Begitulah

sebaliknya.

Kedua-dua matawang tidak boleh menguat/melemah serentak.

Base Quote

AUDNZD

TIPS UNTUK ANDA :-

Sebelum enter position, anda kena tahu mana matawang yang sedang

menguat atau melemah.

Contohnya AUDNZD.

Katakan AUD melemah. Maka kita akan SELL currency AUDNZD, baru kita

untung.Begitulah sebaliknya.

Page 23: Kuasa Momentum Forex- V1

BULL DAN BEAR

Bull bermaksud menaik manakala bear bermaksud menurun.

Kenapa guna istilah bull dan bear?

Bull (seladang) bila dia bertindak, tanduk dia naik atas. Bear(beruang) pula dia

menunduk.

Jadi Bull adalah simbolik untuk graf pasangan matawang yang sedang

menaik(uptrend).

Bear adalah simbolik untuk menggambarkan graf pasangan matawang sedang

menurun(downtrend).

Bila orang cakap pada kita currency AUDNZD tengah bull, maksudnya AUD(base)

tengah menguat.

Begitulah sebaliknya.

Senang je kan?

Page 24: Kuasa Momentum Forex- V1

SUPERTRADER FOREX � Kejayaan seorang trader forex ialah apabila dia pandai membaca trend

(1000 kali trading baru dikira tajam analisis)

� Seorang supertrader boleh membuat keuntungan trading 100% seminggu

� Supertrader bijak mengurus kewangan dengan baik.

� Ada jadual trading untuk menilai prestasi semasa

� Perlu ada back up 5 akaun forex – harian, mingguan, bulanan

� Supertrader bijak memilih broker yang tepat – memilih STP Broker

� Supertrader mempunyai kebijaksanaan mengurus masa, peruntukkan masa

trade selama setengah jam hingga satu jam sahaja setiap hari.

� Supertrader perlu menguasai ilmu dan analisa teknikal + fundamental +

news + hedging + treasury report + economy review

� Cara terbaik untuk trade adalah mengikut gerak hati(first instinct)

Page 25: Kuasa Momentum Forex- V1

BROKER Untuk trade FOREX, setiap individu mesti membuka akaun trading

dengan BROKER Forex.

BROKER berfungsi sebagai orang tengah di antara anda (TRADER)

dengan bank.

Ada lebih kurang 1900 BROKER di seluruh dunia yang boleh anda pilih

untuk register akaun forex anda.

Setiap broker menawarkan bonus dan promosi tersendiri untuk

menarik minat trader supaya mendeposit modal dan membuka akaun

dengan mereka.Terpulang pada anda untuk membuat pilihan.

JENIS BROKER 1.Regulated broker

2.Non-regulated broker

3.Dealing desk

4.Non dealing desk

5.STP(solid trading platform, straight-through-processing)

6.Money Maker

Page 26: Kuasa Momentum Forex- V1

REGULATED vs NON REGULATED BROKER

Cara nak tahu broker itu regulated atau non-regulated? Tengok pada MT4

broker tersebut. Kalau sebelah pair currency ada tanda titik diikuti nama broker,

ia non regulated. Kalau sebelah pair kosong, Cuma ada titik sahaja, ia regulated

broker.

Contoh : USDCAD.xyz(nama broker) 10 USD = non regulated

USDCAD 10 USD = regulated

Non-regulated broker, kita boleh custom made MT4 nya.

Non-regulated broker ni white label sahaja contohnya gwgfx,maybankfx.

DEALING DESK vs NON DEALING DESK

Broker yang dealing desk, ada person in charge yang akan call kita,

email dan bantu kita 24 jam.

Non dealing desk broker, jika kita perlukan khidmat broker, kita

kena hantar support ticket pada broker, tunggu bila broker free, baru

broker respon.Boleh jadi 2, 3 bulan baru broker respons.Kadang-kadang

tiada respons.

STP vs MONEY MAKER

Untuk makluman anda, 90 % broker di Malaysia ialah money maker.

Money maker bermaksud, broker berkenaan ada menawarkan

program atau % keuntungan kepada klien, spread nya juga lebih tinggi,

sebagai contoh minimum 30 pip dan keatas, dan broker meletakkan syarat

berapa % maksimum keuntungan boleh dibuat di dalam broker berkenaan.

Trader tidak boleh membuat keuntungan melebihi % yang ditetapkan oleh

broker.MT4 broker money maker juga boleh di custom made oleh pakar IT.

Page 27: Kuasa Momentum Forex- V1

Nasihat saya untuk anda :-

1.Pilihlah broker yang berlesen(regulated) sebagai platform dagangan.

2.Pilih broker yang ada akaun Islamic. Nak tahu broker tu ada akaun Islamic

ke tak, SWAP = ZERO. Trade menggunakan akaun Islamic sahaja.Hasil

pendapatan forex kita kena jaga, duit untuk buat makan minum mestilah

diperolehi daripada sumber yang halal.

3. Pilih broker STP kerana broker STP sangat sesuai untuk ‘kaki trading’ dan

membolehkan anda membuat keuntungan besar tanpa sekatan.

Tips untuk mengetahui broker tersebut STP atau tidak :-

a. Bila berdaftar dengan STP, ada seorang manager akan call, email

dan menjaga segala urusan kita, 24 jam, 7 hari seminggu.

b. Broker STP mengambil masa dalam 24 jam untuk memproses

permohonan untuk membuka akaun trading kita

c. Broker STP ada Power of Attorney (POA) –broker boleh tolong

tradekan untuk kita

d. Tengok akaun bank broker berkenaan. Bank yang terlibat untuk

broker STP biasanya Barclays Bank/HSBC/ABC Bank/CHF/America

Bank.

e. Jika setiap hari trading kita membuat profit 100%, broker akan

invite kita ke World Convention, dan meminta kita register lesen,

George Soros akan tandatangan lesen kita ini, dengan adanya lesen

ini, bank-bank pun akan cari kita, minta kita tolong tradekan untuk

bank menggunakan modal bank.

f. Caj spread yang dikenakan oleh broker STP adalah di bawah 3 pips.

g. Pilih broker yang ada Global Banking Review (setiap tahun broker

ini masuk bertanding, kita nak pilih broker begini sebab kita nak

mudah withdraw duit)

h. Cara withdraw profit daripada broker adalah menggunakan wire

transfer, kad maya atau kad peribadi daripada broker.

Page 28: Kuasa Momentum Forex- V1

PIPS Pips adalah nilai perpuluhan terkecil untuk sesuatu pair currency.

1 pip bersamaan 0.0001.

Sebagai contoh, jika pair USDCAD turun dari 1.09 kepada 1.08, ia telah turun

sebanyak 100 pip. (1.09-1.08 = 0.0100 pip @ 100 pip)

Dalam FOREX, kita nak target pip ke USD?

Ada yang suka target pip. Ada yang target USD. Kalau anda Tanya pendapat saya,

saya ikut pendapat guru saya, target la USD, tujuan kita trade dalam FOREX sebab

nak kaut keuntungan daripada bidang paling kaya dalam dunia ni.

Nak trade berdasarkan pip boleh, tapi letih nak menunggu.

Mana lagi smart, cuba anda fikirkan?

1.Trade, untung 50 pip, lot 2 USD = untung 100 USD - target USD

2.Trade, untung 200 pip, lot 0.1 USD = untung 20 USD - target PIP

Cara 1, target USD, untung 100 USD, cara 2, target pip, untung 20 USD.

Page 29: Kuasa Momentum Forex- V1

METATRADER 4 Metatrader4 adalah 1 platform yang menyediakan chart bagi setiap currency.

Bila anda membuka akaun trading dengan suatu broker, broker akan meminta

anda untuk download MetaTrader 4 ini supaya anda boleh mula trading.

Setiap trader forex perlu menggunakan MT4 broker masing-masing untuk trade.

Contoh metatrader4 2 jenis broker :-

Page 30: Kuasa Momentum Forex- V1

SPREAD

Spread ialah upah yang dikenakan oleh broker kepada trader yang

trade menggunakan MetaTrader4 (MT4) broker tersebut.

Spread merupakan salah satu daripada keuntungan broker.

Spread untuk setiap pair diletakkan oleh world bank sebagai contoh,

spread bagi EURUSD ialah 0.02 pip.

Walaupun world bank meletakkan spread EURUSD adalah 0.02 pip,

tetapi setiap broker mengenakan caj spread yang berbeza-beza kepada

trader.

Katakan ada broker yang meletakkan spread 30 pip. Setiap kali trader

trade, permulaan jumlah trade akan menjadi negative 30 dahulu, sebab

broker mengambil keuntungannya(spread 30 pip tadi), pip seterusnya

barulah dikira sebagai keuntungan kita.

Cuba anda fikirkan, spread pair ini, sepatutnya 0.02 pip sahaja, tetapi

broker caj pada kita sebagai trader sebanyak 30 pip.

Untung tak broker? Sangat untung. 1 trader trade sahaja broker telah

mendapat 30 pip, bayangkan dalam dunia ni ada berapa juta orang

trader dan berapa banyak keuntungan yang broker perolehi.

Walaupun trader mengalami kerugian untuk pair tersebut, broker tetap

untung kerana broker telah mengambil keuntungannya terlebih dahulu

setiap kali trader trade.

Page 31: Kuasa Momentum Forex- V1

TIMING PASARAN FOREX Berikut adalah panduan timing market yang tepat untuk trade (waktu Malaysia)

• Pukul 11 pagi – Asia buka market –currency JPY, NZD sedang aktif

• Pukul 3 petang – Timur Tengah buka market – pasaran Dubai baru aktif,

(pusat-pusat kewangan kebanyakannya terletak di Dubai)

• Pukul 8 malam – Amerika buka market

• Pukul 3 pagi – Commodity, Futures, sedang rancak berlangsung

Kita masih boleh trade pada waktu yang lain, cuma pasaran tidak seaktif waktu-

waktu ini.

Pada waktu-waktu seperti di atas, pergerakan pip bagi kebanyakan currency

adalah dalam range 100 pip sebagai contoh pair GBP-JPY 100 pip,pair EURO-USD

sebanyak 80 pip.

Ketika news, sebagai contoh, pada hari Jumaat malam minggu pertama dan

ketiga, news FOMC akan keluar. Hal ini kerana England membayar gaji pekerja

pada hari jumaat, dan ketika ini, pergerakan pip ialah sebanyak 300 pip.

Page 32: Kuasa Momentum Forex- V1

PANDUAN TRADE MENGIKUT

TIMEFRAME 1. Bagi individu yang tiada banyak masa, hanya boleh meluangkan masa untuk

trade selama setengah jam hingga sejam, dan trade menggunakan broker spread

kecil – saya cadangkan anda trade menggunakan timeframe M1-M15(anda boleh

close entri dalam sejam)

2.Individu yang suka close position dalam masa sehari –guna timeframe H1

3.Trade, seminggu sekali baru tengok result trade – gunakan timeframe H4

4.Trade, sekali sebulan baru tengok semula – gunakan timeframe D1

Page 33: Kuasa Momentum Forex- V1

MONEY MANAGEMENT(MM) Saiz modal :-

100 USD – mikro

1000 USD – mini acc

10,000 USD – standard acc

100,000 USD – corporate acc

Page 34: Kuasa Momentum Forex- V1

MONEY MANAGEMENT(MM) Saiz modal : 100 USD(mikro), 1000 USD(mini), 10,000 USD(standard),

100,000 USD (corporate)

Berikut adalah panduan untuk trader menjaga MM mengikut time frame:-

M1 hingga m15 = 1:1000 @0.1 % (scalping)

M30, H1 = 1:2000(intraday)

H4 = 1:5000(swing)

D1 = 1:5000(swing)

Katakan modal : 1000 USD

Ratio (MM) untuk trader yang trade di M15 bersamaan 1:1000,

Bersamaan 0.001 x 1000 = 1 dollar

Open position (lot)bagi akaun ini maksimum hanya boleh 1 dollar sahaja

Entry jangan masuk lebih daripada 4 entri. Manusia hanya boleh kawin sampai 4

sahaja. Manusia tak mampu kawin lebih. Sama jugak dengan trading.

Untuk trade di timeframe M15, boleh letakkan stop loss 20 pip, target profit 50

pip.

Tujuan MM digunakan sebagai panduan adalah untuk menyelamatkan MODAL

dan trade dalam keadaan selamat.

Dalam forex ni, tak untung pun takpe, janji jaga modal.

Bila dah pro, open position berapa dollar pun tak kisah.☺

Page 35: Kuasa Momentum Forex- V1

PANDUAN MEMBUAT

ANGGARAN PROFIT TRADING

MENGGUNAKAN MM

Katakan anda ada modal 5000 USD.Anda nak buat profit 50 % sebulan daripada

modal ini.

Modal : 5000 USD

Anda nak gunakan cara paling safety.

Cara paling safety ialah trade menggunakan 0.01 % daripada modal( 0.01 %

daripada 5000 USD bersamaan 0.50 USD)

Bermaksud, anda boleh buka lot maksimum 0.50 USD untuk akaun trading anda.

Sebulan 50 % profit bersamaan 2500 USD.

2500 USD / 20 hari trade(5 hari seminggu, sabtu ahad tutup) = 125 USD sehari

125 USD / 0.50 USD (lot trade) = 250 pip

Anda hanya perlu buat 250 pip sehari.

Kalau anda ada masa setengah jam hingga 1 jam sahaja sehari, anda boleh trade

menggunakan time frame m5 hingga m15.

Kalau anda ada masa untuk trade dan ingin close position dalam masa 1 hari,

boleh trade kat H1 (untuk mendapatkan pip yang tinggi)

Kalau anda jenis yang suka swing (trade, biarkan entri, sebulan sekali baru tengok,

trade lah menggunakan timeframe D1). Jika anda takut risiko kehilangan modal,

trade dengan menggunakan lot kuman, iaitu 1 sen sahaja.

Page 36: Kuasa Momentum Forex- V1

ANALISA FOREX Anda boleh melakukan analisa untuk memilih currency yang anda nak trade

melalui 2 cara :-

1.Analisa Fundamental

2.Analisa Teknikal

ANALISA FUNDAMENTAL Analisa Fundamental adalah anda mengkaji sesuatu matawang berpandukan

news semasa. Antara maklumat yang anda boleh perolehi adalah interest rate

negara berkenaan,keadaan ekonomi nya, employment rate, kadar keluaran dalam

negara kasar(KDNK) dan sebagainya.

Rajinkan diri anda membaca.Penting untuk anda tahu isu-isu semasa bagi sesuatu

negara supaya kita tidak tersalah strategi dan mengalami kerugian.

Sebagai contoh, katakananda nak trade pair NZDUSD. Anda nak Buy NZDUSD

1.00. Bila buy, kita menjangkakan NZD menguat dan pair ini akan uptrend.

Namun, bila anda tengok news, keadaan ekonomi NZD kurang baik. Kalau anda

enter position BUY, anda akan rugi.sebab bila keadaan ekonomi NZD kurang baik,

NZD akan melemah.Position yang patut anda ambil ialah SELL.

Laman web yang saya cadangkan untuk anda melihat update dan berita-berita

semasa tentang matawang negara masing-masing ialah www.forexfactory.com

dan www.investing.com.

Antara analisa fundamental dan teknikal, kedua-duanya sama penting dan perlu

seiring untuk anda gunakan sebelum anda membuat keputusan untuk open

position.Saya tak galakkan anda trade semasa news penting bakal atau sedang

keluar.Cara ini sangat berisiko.

Page 37: Kuasa Momentum Forex- V1

ANALISA FUNDAMENTAL

(TREASURY REPORT) � Kesan Treasury Report boleh dilihat pada timeframe D1 di MT4.

� Treasury Report akan dikeluarkan pada setiap 3 bulan.

� Bulan 4 kalau boleh jangan masuk trading.

� Pada timeframe D1, apabila ada romping kosong antara candlestick,

inilah yang dipanggil “effect treasury report”.

Page 38: Kuasa Momentum Forex- V1

ANALISA TEKNIKAL Ada beberapa asas teknikal yang perlu anda kuasai sebelum anda boleh

mula trade akaun forex anda.

1.Trend. Anda kena tahu trend. Ada 3 jenis trend dalam forex :-

• Uptrend (bull)

• Downtrend(bear)

• Sideway(mendatar)

Page 39: Kuasa Momentum Forex- V1

2.Candlestick. Fahami sifat candle, bagaimana candle terjadi.

3.Support dan Resistant. Anda kena tahu mana pucuk, mana pangkal.

Support terletak di bahagian bawah, manakala resistant di bahagian atas.

Support boleh diibaratkan sebagai lantai, resistant sebagai siling.

4.Pair currency – anda kena tahu pair mana yang laju,sederhana dan rendah.

Anda juga perlu tahu pair yang mudah untung.

5.Timing entry – kena tahu waktu yang sesuai untuk entry.

Page 40: Kuasa Momentum Forex- V1

CANDLESTICK Seseorang yang trade forex perlu tahu membaca candle.

Macam orang bawak kereta. Macam mana dia nak bawa kereta kalau dia tak

tahu cara nak start enjin dan memandu?

Sama jugak dengan forex.Jadi, untuk trade forex, pastikan anda mengambil

tahu tentang candle.

Bagaimana candle boleh terjadi?

Candle terjadi berpunca daripada supply and demand.

Daripada demand dan supply ini terbentuklah candle.

Demand dan Supply tadi menyebabkan berlakunya perubahan candle dan

trend.

Bila sesuatu candle naik, ini bermaksud pemintaan adalah tinggi terhadap

currency tadi.

Turun dan naik candle ini dikawal oleh hedge bank dan bank-bank seluruh

dunia. Sebab tu kadang-kadang bila kita trade, kita akan nampak ada candle

yang terlalu panjang disebabkan influence bank-bank ini.

Hedging currency adalah kerja bank-bank dan world bank. Bila sesuatu pair telah

naik agak tinggi atau turun terlalu banyak, bank-bank ini akanmenekan harga ke

atas dan bawah dan inilah yang merisaukan kita selaku trader ikan bilis kerana

trend boleh berubah dalam sekelip mata.

Page 41: Kuasa Momentum Forex- V1

CANDLESTICK Dibawah ini saya lampirkan gambar rajah candle yang WAJIB anda hafal

untuk trade dan membuat keuntungan.

Gambar rajah candlestick ini boleh digunakan untuk kesemua graf yang

berada di muka bumi ini tak kira la anda trading matawang forex, saham, futures,

commodities dan sebagainya.

Bahagian sebelah kiri ialah candle untuk pasaran menurun manakala

bahagian kanan gambar rajah adalah candle untuk pasaran meningkat.

Page 42: Kuasa Momentum Forex- V1

Teknik-teknik trade 1. TEKNIK TREND 3 SOLDIERS.

Trend 3 soldiers terjadi apabila terdapat 3 candle yang hampir sama bentuk

secara berturutan. Apabila candle jenis ini terbentuk, candle seterusnya, iaitu

candle yang ke 4 akan menunjukkan trend bertentangan dengan 3 candle

sebelumnya.

Trend 3 soldiers (seperti pada gambar rajah candlestick bearish III dan

bullish III) berlaku sebanyak 800 kali sehari pada time frame M5 dan 20 kali sehari

pada timeframe H1. Rugi tak kalau kita tak take advantage untuk buat profit?

Memang rugi! Dapat trade 1kali ketika trend 3 soldiers ni pun jadilah. Ada profit

trading untuk hari tersebut.

2. TEKNIK TENGOK LUBANG KOSONG.

Kesan Treasury Report boleh dilihat pada timeframe D1 di MT4. Pada

timeframe D1, apabila lubang kosong antara candlestick(effect treasury report),

anda boleh trade dengan cara menutup lubang kosong tersebut.

Pada M1, kalau ada lubang kosong melebihi 5 pip, anda boleh trade untuk

menutup lubang tersebut.

Page 43: Kuasa Momentum Forex- V1

Teknik-teknik trade 3. TEKNIK TIMEFRAME D1 DAN HARGA PENINJAU.

-Timeframe D1 adalah sangat penting untuk kita gunakan sebagai review keadaan

trend pada keesokan harinya walaupun kita trade menggunakan timeframe lain.

-Kalau candle terakhir dalam timeframe ini hanya ada 3 candle je, tunggu candle

ke 4 muncul keesokan harinya, baru anda buat keputusan samaada untuk buy

atau sell pair currency tersebut.

-Kalau anda takut dan masih ragu-ragu trend market akan meningkat atau

menurun, mulakan dengan membuka lot 0.01 sen sahaja (harga peninjau).

- Letak harga peninjau ini tepat pada candle yang berada di support atau

resistance terhampir.

-Apabila harga peninjau ini touch pada harga support terhampir misalnya,

grafakan terus turun (bear). Apabila harga peninjau touch harga resistant

terhampir, grafakan terus naik (bull).

-Apabila graf jatuh melebihi paras support tadi, baru masuk lot normal, nak masuk

lot besar pun takpe. Tandakan paras support terhampir bagi pair yang baru jatuh

ini. Buat anggaran berapa pip yang kita mahukan, dan terus lock Target Profit

siap-siap.

-Satu perkara yang anda kena faham, bila graf tadi jatuh, ia akan naik semula ke

tempat asal ia mula2 berada tadi. Set Stop Loss anda di situ. ☺

-Untuk setiap entry kita, letak Stop Loss tepat pada support & resistance.

-Graf akan menaik sebanyak 3 kali support atau 3 kali resistance, sebelum ia

berubah arah kepada trend yang bertentangan.

-Perhatikan pergerakan candle dalam tempoh sebulan sahaja (misalnya ambil kira

pergerakan candle dari 1 september hingga akhir bulan September)untuk analisis.

Page 44: Kuasa Momentum Forex- V1

Teknik-teknik trade 3.1 BACK UP STRATEGY TRADE PADA TIMEFRAME D1, HARGA PENINJAU.

-Andai kata graf tadi tersasar dari sasaran kita, apabila candle menyentuh

resistance atau support, terus CUT LOSS. (CUT LOSS ENTRI tadi tepat pada support

atau resistance tadi). Kalau tidak, akaun anda boleh Margin Call (MC).

-Teknik harapan adalah sangat meletihkan. Jangan berharap trend akan berubah

arah mengikut arah yang anda sedang trade. 1 juta komoniti trader sedang

mengharap trend menaik, anda seorang mengharap trend akan turun. Siapa yang

anda rasa akan menang? 1 juta trader tadi atau anda?

- Terus cut loss entri tadi dan enter position mengikut arah market. Kalau tadi,

entri mula-mula anda adalah sell, kemudian market naik, cut loss, enter pula buy.

- Ingat, orang yang berjaya dalam forex ialah orang yang sentiasa mengikut trend.

Siapa yang follow trend, dia yang akan menang.

Page 45: Kuasa Momentum Forex- V1

Ini adalah sekadar pengetahuan tambahan untuk anda. Anda boleh cuba

godek-godek MT4 anda menggunakan beberapa panduan yang saya berikan

seperti di bawah.

CARA HILANGKAN GARISAN GRID

PADA LAYOUT MT4

1. Right click pada mouse. Kemudian, click grid.

Page 46: Kuasa Momentum Forex- V1

CARA TANDA GARISAN PADA

LAYOUT MT4

1. Click horizontal line. Kemudian, tarik pada graf dan tandakan pada candle

atau harga sasaran.

Page 47: Kuasa Momentum Forex- V1

CARA TUKAR WARNA CANDLE PADA

LAYOUT MT4

1.Right click pada mouse. Kemudian, klik Properties.

2.Kemudian, tukarkan warna Bar up (lime), bar down (red), bull candle(lime), bear

candle(red)

Page 48: Kuasa Momentum Forex- V1

CARA MARK CANDLE STICK PADA

LAYOUT MT4

1.Click insert, kemudian pilih shapes, kemudian pilih rectangle.

Page 49: Kuasa Momentum Forex- V1

CARA UNTUK DELETE GARISAN DAN

OBJEK PADA MT4

Right click pada mouse –click object lists. Tick item yang ingin didelete, kemudian

click delete-kemudian click close.

Page 50: Kuasa Momentum Forex- V1

UNTUK VIEW GRAF SETIAP PAIR

CURRENCY

Right click pada mouse –click chart window.

Untuk tengok pair currency yang lain, ulangi langkah yang sama.

Page 51: Kuasa Momentum Forex- V1

UNTUK KEY IN ORDER

Klik pada new order.Pada bahagian volume, masukkan harga yang dikehendaki

untuk buy/sell.Lot paling kecil ialah 0.01.Masukkan Stop Loss dan Take Profit.

Pada bahagian type, boleh pilih instant untuk harga semasa dan pending order

jika kita ingin tunggu harga semasa match harga yang kita mahukan .

Page 52: Kuasa Momentum Forex- V1

TIPS SEBELUM ANDA

MULA TRADING

FOREX…

Page 53: Kuasa Momentum Forex- V1

#TIPS 1 Dalam dunia forex, tiada orang yang boleh katakan diri

dia betul-betul master.Sebabnya,kita tidak tahu apa

yang akan jadi 1 minit kemudian, 1jam dan seterusnya

melainkan seseorang itu pandai baca cancle, pakar

sentiment,pakar currency dan pakar hedging.

Page 54: Kuasa Momentum Forex- V1

#TIPS 2 Satu perkara yang saya ingin kongsikan dengan anda, bila

anda serius ingin menceburkan diri dalam dunia forex, terus

start dengan REAL ACCOUNT. Demo memang satu alternatif

yang baik, tapi bila kita berdemo, kualiti trade tak akan sama

dengan kita trade real account.

Ada orang, prestasi bagus sangat masa trade demo akaun,

tapi bila trade real account, ke laut. Sebab apa?

Sebab kita bukan trade duit sebenar.Bila kita trade dengan

modal sebenar kita,baru kita dapat menilai dengan tepat

bagaimana prestasi kita.Sampai bila nak berdemo?2 bulan?5

bulan?1 tahun? Orang lain dah sampai ke bulan, dah puas

kaut kekayaan forex, kita masih lagi trade demo account.Apa

cerita?? Maafkan saya berbicara kasar, dunia sekarang ni

kalau kita lambat, kita akan ketinggalan. Saya tak nak anda

ketinggalan.

Fast action, fast result. Start dengan real account, pergi buka

real account hari ini juga.

Page 55: Kuasa Momentum Forex- V1

SEBAB-SEBAB KENAPA PERLU START

TRADE DENGAN REAL ACCOUNT?

Bil Real Account Demo Account

1. Menggunakan “real money”

iaitu duit

sebenar(modal)individu

Tidak menggunakan wang sebenar

“virtual money”

2. Mempengaruhi emosi seseorang

trader

Tidak begitu mempengaruhi emosi

3. Jumlah modal yang ada di dalam

akaun bergantung kepada

kemampuan trader sebagai

Jumlah modal yang besar sebagai

contoh 50,000 USD.

4. Risiko kesemua modal hangus

(margin call) kerana forex

adalah pelaburan yang sangat

berisiko tinggi namun dengan

ilmu dan analisis yang baik,

menjanjikan pulangan yang

cukup lumayan.

Tidak perlu top up semula modal.

Walaupun modal telah hangus

keseluruhannya, trader masih boleh

membuka demo account yang baru.

Page 56: Kuasa Momentum Forex- V1

#TIPS 3 Untuk mula berlatih trade, buka real account dengan

jumlah yang paling minimum iaitu 10 USD (cent

account).

Belum pro lagi, jangan sombong, berlagak, tamak nak

terus trade account dengan modal 100 USD,

1000USD,10,000 USD atau lebih.

Kalau nak cepat sakit jantung, dipersilakan.

Tujuan saya suruh anda buka cent account dahulu

adalah sebab anda masih baru, masih dalam proses

latihan dan masih mencari teknik paling sesuai buat diri

anda.

Bila anda dah yakin dengan cara anda trade, profit pun

dah agak konsisten, total profit lebih daripada total

loss(profit trade>loss trade) , anda boleh buka account

dengan modal yang lebih besar, iaitu 50 USD, kemudian

upgrade ke 100 USD dan seterusnya.

Page 57: Kuasa Momentum Forex- V1

#TIPS 4 Tiada istilah PERFECT TECHNIQUE dalam dunia forex.

Maksud PERFECT TECHNIQUE ialah, guna 1 teknik ni,

CONFIRM PROFIT, TAK LOSS LANGSUNG.Kalau ada,

SEMUA orang yang trade FOREX dah lama kaya raya.

Salah satu rahsia TRADER yang kaya luar biasa dalam

bidang forex ialah mereka tahu menggunakan TEKNIK

TRADE yang paling sesuai dengan diri mereka.

Setiap trader mempunyai teknik yang berbeza-beza,

mengikut kesesuaian diri masing-masing.

Bukan semua teknik sesuai dengan diri kita.

Ada trader yang dah trade bertahun-tahun, tapi masih

tak jumpa apa teknik yang paling sesuai buat diri dia

untuk trade.

Page 58: Kuasa Momentum Forex- V1

#TIPS 5 Dalam dunia trading forex, siapa yang BEREMOSI

adalah orang yang kalah sebelum bertanding.

Trade forex mestilah dalam keadaan sangat tenang dan

enjoy, tanpa beremosi.

Sebab tu, sebelum mula trade, hedge manager, pakar

forex, trader bank akan pergi spa dan sebagainya untuk

menenangkan diri.

Bila anda emosi, anda memang tidak boleh membaca

teknikal dengan tepat.

Page 59: Kuasa Momentum Forex- V1

#TIPS 6 Belajarlah forex dengan orang yang PROVEN SUCCESS,

dan orang yang pandai membaca teknikal graf.

#TIPS 7 Anda nak trade forex berdasarkan news boleh, set

target 50 pip je untung, kemudian terus close position.

Bila anda trade ketika news, mula-mula memang pair

tersebut akan mengikut news samaada naik atau turun,

tapi ia cuma berlaku sekejap sahaja. Selepas itu, market

akan reverse semula.

Page 60: Kuasa Momentum Forex- V1

#TIPS 8 Orang yang Berjaya dalam forex ialah orang yang

sentiasa mengikut trend. “Follow the trend until it bend”.

Siapa yang follow trend, dia akan menang.

#TIPS 9 Nak jadi amatur dalam forex, kena rajin berusaha.Amatur

bowling nak strike pun kena praktis hari-hari.Sama jugak

dengan forex.

Jangan sesekali ada sikap tamak dalam diri.Orang tamak

selalu rugi.

Setiap kali anda trade, STOP LOSS dan TARGET PROFIT

WAJIB letak.

Page 61: Kuasa Momentum Forex- V1

PENUTUP Akhir kata, saya harap kandungan di dalam ebook ini sedikit

sebanyak dapat membantu anda untuk mendapat gambaran tentang

forex dan memberanikan diri anda untuk mula trading dalam forex.

Hidup di dunia ini hanyalah sementara.Jangan lupakan

akhirat.Dunia dan akhirat perlu seimbang.Sebagaimana kita kejar dunia,

begitulah juga kita kena berusaha untuk mendapat kelebihan di akhirat

kelak.

Bila anda sudah berjaya membuat keuntungan dalam forex,

gunakanlah sebahagiannya untuk membuat kebajikan.Besar hati saya

andai ilmu yang saya kongsikan ini membantu anda untuk profit dan

anda dapat menyumbang kepada anak-anak yatim, surau-surau, masjid

dan membantu golongan yang memerlukan.

Mohon maaf andai ada kelemahan dan kekurangan di mana-

mana.Segala kelemahan dan kekuatan ebook ini semuanya datang

daripada-Nya.

Saya doakan anda semua kaya dan berjaya dunia akhirat.

Amin.

Salam sayang,

Izah NFJ