KUIZ MALAYSIA: MY HOMETOWN · menyediakan menu seperti Nasi Lemak Fulamak (Nasi lemak Bersama Ayam...

10
7 S eramai lebih kurang 800 orang pengunjung yang menyertai Hosfest 2016 telah melalui sendiri pengalaman yang menakutkan dengan menyertai “D’Hoteliers Haunted House”. Fenomena luar biasa ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada seluruh pengunjung yang sanggup beratur panjang menunggu giliran dan lebih dari sejam bagi merasai sendiri pengalaman mistik ini. Walaupun berada dalam keadaan yang agak kepanasan namun para pengunjung tidak berganjak daripada barisan kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai pengalaman yang menakutkan ini yang jarang-jarang sekali diadakan. P elbagai watak hantu yang semestinya menyeramkan telah dilakonkan sendiri oleh para pelajar yang terdiri daripada Majlis Tertinggi Kelab D’Hoteliers. Watak-watak hantu ini juga disolek sendiri secara kreatif oleh pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Pengalaman yang menyeramkan ini telah menyebabkan suasana sekitar bangunan Blok 15 yang pada mulanya sunyi sepi, kemudian menjadi riuh-rendah dengan jeritan dan ketakutan para pengunjung. “D’Hoteliers Haunted House” yang kali kedua diadakan sempena HosFest 2016 ini telah berjaya dilaksanakan dan mendapat reaksi positif daripada semua pengunjung yang hadir. Nantikan kemunculan “D’hoteliers Haunted House” pada HosFest yang akan datang. D’HOTELIERS : HAUNTED HOUSE Oleh: Arma Mohd Faizal Abu Bakar & Kelab D’hoteliers Pada 9 Januari, 2016 telah berlangsung satu kuiz anjuran Jabatan Pengurusan Pelancongan UiTM Dungun di makmal 15B4 sempena sambutan Globe Trotter day, sebagai salah satu aktiviti Hosfest anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Dungun. Penganjuran kuiz ini bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan am para peserta tentang tanahair Malaysia. Antara aspek yang diuji dalam kuiz tersebut melibatkan sejarah, pentadbiran, permainan tradisi, makanan tempatan, geografi, adat istiadat, bahasa, alat muzik dan pakaian tradisi masyarakat di Malaysia. Kuiz yang bermula pada pukul 9 pagi itu telah menyaksikan 20 orang peserta bersaing untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut. Kuiz terbahagi kepada dua peringkat, dimana para peserta dibahagikan kepada dua pasukan. Kedua-dua pasukan telah bersaing untuk mendapat markah tertinggi untuk melayakkan mereka kepusingan seterusnya. Bagi peringkat kedua pula, mereka telah bersaing secara berpasangan. Bagi menjawab soalan kuiz pula, mereka hanya boleh menggunakan bahasa tubuh dan lukisan supaya pasangan mereka berjaya menjawab soalan tersebut. Ramai peserta menganggap peringkat akhir merupakan antara peringkat yang paling mencabar kerana ianya sangat menguji pengetahuan dan pada masa yang sama memerah idea kreatif para peserta. Oleh: Aimi Zarith Zuber KUIZ MALAYSIA: MY HOMETOWN Tempat pertama telah dimenangi oleh Nur Qamarina Nazri dan Nurfitreena Hanim Muhamad Ajri yang berjaya merangkul wang tunai sebanyak RM50. Tempat kedua pula jatuh kepada Nur Hidayah Zahirah Mohd Nazim dan Nur Hidayah Zakaria dan mereka berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM30. Pasukan Nuranis Alia Zainal dan Nurin Elias pula telah memenangi tempat ketiga dengan hadiah berjumlah RM 20.

Transcript of KUIZ MALAYSIA: MY HOMETOWN · menyediakan menu seperti Nasi Lemak Fulamak (Nasi lemak Bersama Ayam...

7

Seramai lebih kurang 800 orang pengunjung yang menyertai Hosfest 2016 telah melalui sendiri pengalaman

yang menakutkan dengan menyertai “D’Hoteliers Haunted House”. Fenomena luar biasa ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada seluruh pengunjung yang sanggup beratur panjang menunggu giliran dan lebih dari sejam bagi merasai sendiri pengalaman mistik ini. Walaupun berada dalam keadaan yang agak kepanasan namun para pengunjung tidak berganjak daripada barisan kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai pengalaman yang menakutkan ini yang jarang-jarang sekali diadakan.

Pelbagai watak hantu yang semestinya menyeramkan telah dilakonkan sendiri oleh para pelajar yang terdiri daripada

Majlis Tertinggi Kelab D’Hoteliers. Watak-watak hantu ini juga disolek sendiri secara kreatif oleh pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Pengalaman yang menyeramkan ini telah menyebabkan suasana sekitar bangunan Blok 15 yang pada mulanya sunyi sepi, kemudian menjadi riuh-rendah dengan jeritan dan ketakutan para pengunjung. “D’Hoteliers Haunted House” yang kali kedua diadakan sempena HosFest 2016 ini telah berjaya dilaksanakan dan mendapat reaksi positif daripada semua pengunjung yang hadir. Nantikan kemunculan “D’hoteliers Haunted House” pada HosFest yang akan datang.

D’HOTELIERS : HAUNTED HOUSE

Oleh: Arma Mohd Faizal Abu Bakar & Kelab D’hoteliers

Pada 9 Januari, 2016 telah berlangsung satu kuiz anjuran Jabatan Pengurusan Pelancongan UiTM Dungun di makmal 15B4 sempena sambutan Globe Trotter day, sebagai salah satu aktiviti Hosfest anjuran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Dungun.

Penganjuran kuiz ini bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan am para peserta tentang tanahair Malaysia. Antara aspek yang diuji dalam kuiz tersebut melibatkan sejarah, pentadbiran, permainan tradisi, makanan tempatan, geografi, adat istiadat, bahasa, alat muzik dan pakaian tradisi masyarakat di Malaysia. Kuiz yang bermula pada pukul 9 pagi itu telah menyaksikan 20 orang peserta bersaing untuk mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

Kuiz terbahagi kepada dua peringkat, dimana para peserta dibahagikan kepada dua pasukan. Kedua-dua pasukan telah bersaing untuk mendapat markah tertinggi untuk melayakkan mereka kepusingan seterusnya. Bagi peringkat kedua pula, mereka telah bersaing secara berpasangan. Bagi menjawab soalan kuiz pula, mereka hanya boleh menggunakan bahasa tubuh dan lukisan supaya pasangan mereka berjaya menjawab soalan tersebut. Ramai peserta menganggap peringkat akhir merupakan antara peringkat yang paling mencabar kerana ianya sangat menguji pengetahuan dan pada masa yang sama memerah idea kreatif para peserta.

Oleh: Aimi Zarith Zuber

KUIZ MALAYSIA: MY HOMETOWN

Tempat pertama telah dimenangi oleh Nur Qamarina Nazri dan Nurfitreena Hanim Muhamad Ajri yang berjaya merangkul wang tunai sebanyak RM50. Tempat kedua pula jatuh kepada Nur Hidayah Zahirah Mohd Nazim dan Nur Hidayah Zakaria dan mereka berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM30. Pasukan Nuranis Alia Zainal dan Nurin Elias pula telah memenangi tempat ketiga dengan hadiah berjumlah RM 20.

8

Hospitality Festival 2016: Anugerah “Gerai Holistik” – The Eatery DayOleh: Alifah llyana Muhammad Nazhar, Fatimah Abd Ghani & Abd Razak Abu Kassim

Program ‘The Eatery Day’ dengan konsep yang sama seperti Hari Kantin sewaktu zaman persekolahan, telah berlangsung selama dua hari

pada 9 dan 10 Januari 2016 yang lalu. Program ini telah berjaya menjana hasil penjualan makanan dan minuman yang begitu memberangsangkan. Tujuan utama The Eatery Day ini adalah sebagai satu pendedahan awal asas keusahawanan kepada mahasiswa di dalam usaha menimba pengalaman dan pengetahuan membuka perniagaan berkonsepkan penyediaan servis makanan dan minuman di masa hadapan. Bermodalkan wang sendiri, perniagaan melalui perkongsian modal oleh pelajar – pelajar semester empat Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan juga, turut dibantu oleh Penasihat Akademik kami iaitu; Cik Fatimah Abd Ghani, bagi memastikan setiap modal yang dibelanjakan adalah bertepatan dengan menu yang disediakan serta berjaya memperolehi keuntungan. Permulaan modal berjumlah RM20 bagi setiap pelajar dan turut dibantu oleh Penasihat Akademik, kami berjaya menyediakan menu seperti Nasi Lemak Fulamak (Nasi lemak Bersama Ayam Goreng Berempah), Stoner’s Rolls (Cheesey Beef Rolls), Karipap Papazola (Karipap Gergasi), Choleks (Rojak Buah), Chadeng (Teh Susu Ais) serta air kordial Sunquick, anggur dan Mandarin juga air mineral. Bukan sahaja menu yang disediakan lain dari gerai – gerai yang turut serta, malahan perhiasan gerai jua turut diambil kira kerana ia adalah sebahagian dari pemarkahan Anugerah “Gerai Holistik”.

Anugerah “Gerai Holistik” ini merangkumi aspek – aspek kebersihan dan keceriaan gerai, kerjasama berpasukan, kualiti layanan terhadap

pelanggan dan beberapa aspek lain lagi. Hasil dari kesungguhan dan komitmen yang tinggi, gerai kami telah berjaya merangkul Anugerah “Gerai Holistik”. Dari segi hasil jualan pula, kumpulan kami menduduki tempat kedua selepas gerai pelajar semester 1 dan sebanyak 20 peratus hasil jualan juga telah disalurkan kepada Tabung Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan. Adalah menjadi satu kepuasan dan kebanggaan, kerana segala usaha yang dilaburkan berjaya memperolehi kejayaan yang diharapkan. Aktiviti telah berjalan lancar dengan suasana yang cukup meriah dengan pelanggan datang dari dalam dan luar kampus serta bermacam ragam.

Walaupun kami berasa letih, namun untuk “esprit de corps” kami bersama-sama bekerjasama menyumbang tenaga dan masa demi menjayakan jualan gerai ini. Segala penat lelah kami amat berbaloi apabila melihat produk makanan kami laris terjual dan turut menerima pujian berkenaan menu yang disediakan.

9

ACARA: TICKETING RACE Oleh: Noralisa Ismail, Norazlina Rahmat, & Sulaiha Mohd Isa

Sempena Hospitality Festival (Hosfest 2016), seramai 32 orang pelajar telah menyertai pertandingan Ticketing Race.

Pertandingan ini berkonsepkan keadaan sebenar penempahan tiket dengan menggunakan perisian Abacus. Terbuka kepada pelajar Sem 4, Diploma Pengurusan Pelancongan, peserta diberikan tugasan untuk membuat dan mengenalpasti kod-kod berkaitan dalam memproses sesuatu tiket penerbangan. Antaranya adalah mencari kod negara, bandar, syarikat penerbangan, kod khas makanan di dalam penerbangan, menyemak perbezaan tukaran wang asing, perbezaan masa di bandar dan negara berbeza serta menyemak keadaan cuaca di negara yang berbeza. Pemenang dipilih berdasarkan jawapan yang paling tepat dan masa terpantas. Sesi yang dibahagikan

kepada 2 slot dan berlangsung selama dua jam telah berakhir dengan jayanya. Pemenang pertandingan adalah Nur Najwa Diana Bt Jailani di tempat ketiga, Farah Natasya Bt Ghazali di tempat kedua dan johan adalah Nik Arifah Faten Bt Nik Ariffudin.

“Start where you are. Use what you have. Do what you can.”

Arthur Ashe

10

Majlis Penutup HosFest 2016Oleh: Noraida Abd Karim & Mohd Izwan Zaki

Berakhir sudah majlis penutup program HosFest 2016 pada 10 Januari 2016 yang lalu. Alhamdulilah,

dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi di atas kesempurnaan majlis tempoh hari yang sememangnya masih banyak yang perlu diperbaiki.

Menyorot kembali sejarah, HosFest yang pertama kali diadakan ialah pada tahun 2012. Program dua tahun

sekali ini membawa kepelbagaian yang baru sepanjang

acara dilaksanakan. Tahun ini, penglibatan sepenuhnya empat program fakulti sekaligus memeriahkan acara yang diadakan. Empat program tersebut terdiri daripada bidang Kulinari, Pengurusan Hotel, Pengurusan Pelancongan dan Perkhidmatan Makanan. Antara acara yang diadakan adalah Epicurean Culinary Challenge (ECC), Food and Beverage Challenge (F&B Challenge), Tourism Games and Challenges serta Eatery Day.

Majlis penutup yang diadakan berkonsepkan semi-formal dan ala koktel di mana hidangan makanan yang ringan juga turut disediakan. Persediaan bagi majlis penutupan ini dilakukan

sepenuhnya oleh pelajar kelas komersil dan diselia oleh pensyarah yang juga bertindak sebagai ahli jawatankuasa kerja penyediaan makanan. Selain itu, persiapan dewan melibatkan pelajar kelas hidangan komersil dari segi persiapan meja bufet dan susun atur di dalam dewan. Para pengiring tetamu kehormat dan tetamu jemputan terdiri daripada pelajar pengurusan pelancongan yang sememangnya telah dilatih untuk mengiring, mengacara dan menyantuni tetamu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh ahli fakulti En Sazali Salleh bagi

memberkati kesejahteraan ahli fakulti. Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Tuan Rektor, pertunjukan montaj dan seterusnya sesi penyampaian hadiah kepada semua pemenang bagi kesemua acara yang telah dipertandingkan sepanjang festival ini

berlangsung selama dua hari. Para tetamu jemputan terdiri daripada Pengurusan Tertinggi UiTM (Terengganu) dan terdapat juga jemputan luar yang terdiri daripada wakil industri di sekitar Dungun. Antara wakil industri yang turut hadir adalah daripada Mayang Sari Resort, The Qamar, Ulek Beach Resort dan Rumbia. Pihak penganjur berasa sangat gembira dan berbesar hati dengan maklum balas yang diberikan kerana ini merupakan salah satu cara bagi fakulti untuk bekerjasama dengan pihak luar di waktu yang akan datang. Sepanjang berlangsungnya majlis penutup ini, kerjasama yang erat telah dilakukan dengan baik sekali oleh semua ahli jawatankuasa yang terlibat. Majlis ini berakhir pada jam 5.30 petang. Secara keseluruhannya, diharapkan semoga majlis ini memberi manfaat buat pelajar khususnya dalam membentuk ‘soft skill’ dan memupuk sikap positif dalam menguruskan sesuatu acara. Jumpa lagi di HosFest 2017.

11

Memori Kami Sempena HosFest

Ingin mengenali dengan lebih dekat tentang dunia hospitaliti? Anda patut mengunjungi Hospitality Festival anjuran Fakulti Pengurusan

Hotel dan Pelancongan yang telah berlangsung dengan jayanya pada 9 dan 10 Januari lalu. Kami telah melalui pengalaman yang sangat indah sewaktu menganjurkan dan menghadiri festival tersebut, di mana kami dapat berhibur dan turut serta dengan pelbagai aktiviti yang telah diadakan bersama-sama dengan rakan taulan dan termasuk para pensyarah. Semua warga fakulti bertungkus-lumus untuk menjayakan festival ini, ditambah pula dengan kehadiran ramai pengunjung yang telah hadir untuk memeriahkan lagi suasana festival. Terdapat pelbagai aktiviti yang menjadi tumpuan pengunjung seperti Rumah Hantu (D’hoteliers Haunted House). Ia telah mendapat sambutan yang begitu hangat dikalangan pengunjung walaupun kami terpaksa bersesak-sesak, dan beratur lama semata-mata untuk memasuki rumah hantu tersebut. Ahli-ahli majlis tertinggi D’Hoteliers juga turut menyolek muka mereka menyerupai hantu dan berlegar-legar disekitar perkarangan festival dengan tujuan publisiti rumah hantu dan menarik perhatian pengunjung.

Kami juga turut berpeluang untuk memasuki pertandingan ‘Theme Table Setting’ anjuran Jabatan Pengurusan Hotel. Ini

adalah pengalaman yang berharga dan amat menyeronokkan kerana ia merupakan pengalaman pertama kami memasuki pertandingan seumpama itu. Kami begitu teruja dapat bersaing dengan majoriti kumpulan yang terdiri daripada pelajar Diploma Pengurusan Hotel, memandangkan hanya dua kumpulan sahaja yang diwakili oleh pelajar Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Pertandingan ‘Theme Table Setting’ ini bertemakan Superheroes dan kumpulan kami memilih Batman dan Superman. Setelah juri mengadili pertandingan, semua meja yang dihias dipamerkan kepada para pengunjung sepanjang program berlangsung.

Tidak lengkap sesuatu festival tanpa ada makanan dan minuman bukan? Begitu jugalah dengan HOSFEST yang turut menganjurkan

Eatery Day, di mana terdapat 5 buah gerai jualan makanan dan minuman yang diwakili oleh setiap semester bagi para pelajar Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan dan Chiffon D’hoteliers.

Oleh: Nooradila Sukaimi, Nurul Farihah Mohamad & Fatimah Abd Ghani

Terdapat pelbagai makanan dan minuman yang menarik yang telah disediakan oleh para pelajar sendiri seperti Cheesy Beef Roll, Karipap Gergasi, Burger with French Fries, Mini Doughnuts, Meatballs in Pita Bread, blended beverages dan banyak lagi. Ini telah mengingatkan saya kepada Hari Kantin sewaktu zaman persekolahan dahulu, kerana setiap pembelian makanan dan minuman mestilah menggunakan kupon yang telah dibeli terlebih dahulu.

Selain itu, pertandingan memasak ‘Epicurean Culinary Challenge’ juga turut diadakan di dapur-dapur sekitar Blok 15, di mana kami

turut berpeluang menyaksikan peserta bertanding secara langsung dengan memasak pelbagai hidangan serta melihat kreativiti mereka menghias masakan. Keesokan harinya, kami berpeluang melihat pertandingan ‘Fruit Carving Competition’ yang diadakan di hadapan Bayu Grill Restoran.

Acara turut dimeriahkan lagi dengan aktiviti anjuran pelajar dari jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan. Namun

yang sempat kami tinjau adalah permainan `Giant Ladder` yang diletakkan dihadapan Kafe Kreatif. Ia merupakan satu permainan di mana peserta perlu berada secara fizikal di atas papan permainan dam gergasi. Ramai kanak-kanak yang hadir turut berminat untuk bermain permainan tersebut kerana papan permainannya yang besar dan berwarna-warni.

Kesimpulannya, dengan penganjuran festival seperti ini, kami dapat meluangkan masa bersama-sama dengan rakan taulan,

para pensyarah dan juga khususnya dengan Penasihat Akademik kami, iaitu Cik Fatimah Bte Abd Ghani sebelum kami tamat belajar dan memulakan latihan industri. Ia merupakan kenangan yang berharga dan akan diingati untuk diabadikan di dalam memori kami sepanjang belajar di UiTM (Terengganu). Secara keseluruhannya, kami semua berasa amat gembira kerana ini merupakan salah satu kenangan manis kami untuk semester ini dan sebagai pembuka tahun 2016. Kami berharap agar festival seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dengan pelbagai aktiviti yang lebih meriah dan menarik lagi.

12

The Eatery merupakan salah satu cabang aktiviti di karnival HosFest 2016 yang telah dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan UiTM Dungun yang dibuat secara dwitahunan. Ianya adalah salah satu idea dari pensyarah Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan di dalam usaha memupuk budaya keusahawanan dikalangan pelajar, serta memberi pendedahan secara simulasi kepada pelajar- pelajar tentang penyediaan dan pemasaran industri makanan secara praktikal dan realiti.

Perbezaan antara The Eatery berbanding dengan jualan makanan yang pernah diusahakan sebelum ini ialah, cara pengendalian dan penjualan makanan secara holistic, dimana ianya lebih menitikberatkan soal persembahan dan pembungkusan makanan secara bersih dan sihat. Persembahan dan pembungkusan yang menarik serta kreatif adalah salah satu faktor penting yang diutamakan untuk aktiviti kali ini, dimana ianya dirasakan amat penting untuk strategi pemasaran masa kini.

Konsep jualan makanan dengan mengunakan sistem kupon pula dipraktiskan sebagai strategi pemasaran awal bagi menggalakkan keterujaan dari segi penyediaan makanan dan penjualan. Berdasarkan jumlah kupon yang telah dijual lebih awal, ianya dijadikan sebagai satu mekanisme menjangka sambutan atau jumlah sasaran pembeli di hari penjualan. Penggunaan sistem kupon yang telah ditambahbaik dengan penggunaan sistem barcode dan kata laluan tertentu sebagai ciri- ciri keselamatan dan transaksi yang lebih efisen dan sistematik bagi mengawal duplikasi kupon.

Pelbagai jenis makanan telah dijual bagi memenuhi citarasa pengunjung The Eatery antaranya adalah crab and cheese spring rolls, spaghetti carbonara, minuman floats yang telah dijual oleh pelajar semester satu Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan. Pelajar semester dua pula menjual cheesy wedges dan pelbagai jenis donut. Manakala, pelajar semester tiga menjual meatball in pita bread, kimbap, green tea dan minuman milkshake. Pelajar semester empat pula menjual karipap gergasi, nasi lemak, cheesy beef roll dan minuman ice red tea.

Penjualan makanan telah berlangsung pada 9 dan 10 Januari 2016 yang lalu bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari pertama, dan pada hari kedua sesi penjualan berakhir pada jam 2.00 petang. Lokasi The Eatery pula adalah berhampiran Kafe Kreatif di blok 15 Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan.

The Eatery juga telah menyediakan lima hadiah berupa hamper kepada pemilik kupon yang bertuah. Ini juga adalah satu strategi untuk menggalakkan penjualan kupon dan mempromosikan jualan The Eatery ini. Kepada pengusaha gerai jualan pula pihak penganjur telah menyediakan tiga anugerah iaitu Anugerah Gerai Jualan Terbanyak yang telah dimenangi oleh pelajar semester satu, Gerai Holistik yang telah dimenangi oleh pelajar semester empat dan Penasihat Terbaik pula telah dianugerahkan kepada Puan Siti Noraisah binti Dolah @ Abdullah di atas usaha gigih beliau menyelia pelajar- pelajar seliaannya yang berjaya memperolehi jualan terbanyak pada sesi jualan tersebut.

Sesungguhnya aktiviti jualan di The Eatery ini telah memberikan pengalaman menarik yang amat luar biasa kepada pelajar- pelajar khasnya dari segi pendedahan secara terus mengenai penghasilan produk makanan dan cara- cara untuk memasarkan hasilan produk mereka. Tambahan pula usaha dan penat lelah mereka telah berbayar dimana mereka telah berjaya membuat jualan sebanyak lebih kurang RM11,000.00, dimana

hasil jualan ini telah melebihi dari jumlah yang telah dijangka pada peringkat awal. Syabas diucapkan kepada semua pelajar Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan di atas usaha gigih mereka. Di harapkan agar pihak penganjur dapat mengekalkan aktiviti- aktiviti seumpama di dalam memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar fakulti dan seterusnya juga dapat mengeratkan hubungan ukhwah sesama pelajar dan juga pensyarah.

Oleh: Siti Noraisah Dolah @ Abdullah & Mohd Azuan Mohd Alias

THE EATERY by FOODSERVICE di HOSFEST 2016

Pemenang- pemenang Anugerah Gerai Holistik, Gerai Jualan Terbanyak dan Penasihat Terbaik pada HosFest 2016.

13

It all started when my friend personally asked me to join the “Epicurean Culinary Challenge” during the 2016 Hospitality Festival on January 9 & 10, as organized by the Faculty of Hotel and Tourism Management. At the time, the only single reason for my joining was to gain the experience — the only thing which I thought about when accepting her offer.

On 9th January, approximately 20 teams competed to place themselves for the final round of the “Epicurean Culinary Challenge”; and my partner and me was one of them. The cooking challenge began around 10 am, and we had only 2 hours then to finish 2 courses that had been assigned to us, which are the appetizer and the main course; we felt so anxious to begin the challenge.

During the challenge we were given a mystery box which contained a few ingredients that should be used for both of the courses. With the time that had been allocated we thought we would never get it done; but it’s all really just about creativity. Luckily my partner and I communicated really well, agreeing together upon every decision that was made — I believe that good communication produces good product. It felt like time was ticking so quickly during the challenge; however, we managed to get both courses done.

In the evening, the organizer announced the 10 teams that made it to the final round. I was so shocked that our team was enlisted with the 9 other teams (it was a tough evaluation according to the organizer). They said that judges had a hard time evaluating (or assessing) each of the team! They were among our lecturers, and 2 of them were guest judges. I was still in disbelief that both our courses caught the judges’ attention.

The next morning was a big day for my team; it felt like “judgment day,” and God knows how nervous I was that day. For the final round we were told to cook 2 types of courses: the main course and dessert. Again there were secret ingredients that we would have to use for both

courses. During the challenge, time matters the most. We planned for a simple menu for both courses. Our menu on that day was roasted strip loin with garlic crust & herbs and for our dessert, tres leche. Although, we actually did not manage to finish both courses in time and so were the other teams; but my team made sure that our product is exquisite and tasty.

The wait was over; during the closing ceremony for 2016 Host Fest they announced the winner for ECC. 5th, 4th and 3rd places were won by my competitors. By the time they announced the 3rd place we had already lost faith that we were ready to leave the event … “2nd place goes to Dexterous” … I looked at my partner, and laughed; I was like “really?”

We went up to the stage to receive the medal, hamper and some cash from the VIP. We didn’t set our hopes up too high, and winning this was really a surprise for both us. I can say that this is one of the greatest things to ever happen in my life. The euphoria of winning this competition definitely fueled my desire to continue exploring the world of culinary arts.

It is funny, reminiscing about something that happened beyond my expectations….

THE EXPERIENCE DURING EPICUREAN CULINARY CHALLENGE

By: Mohamed Adha Fahmy Ali & Mohd Azuan Mohd Alias

14

GIANT SNAKE & LADDER: A FUN-TASTIC BOARD GAME

This all-time classic favourite family board game is brought to challenge in Hospitality Festival Terengganu (HosFest) 2016 with an additional twist that

adds to the enjoyment of this game. Two boards sized 7x7 squares and 10x10 squares were creatively made by the committee members using recycled items such as banners, buntings, water colours, clear sprays and black tape.

In this version, as the players whether it is a he or she is the marker itself. With a total of 5 players in a game of 49 squares and 9 rounds of challenge, 9 finalists

continued the battle in the grand finale round, a 100-square challenge to grab the cash prizes worth a total of RM100.

By: Sulaiha Mohd Isa & Zatul Iffah Mohd Fuza

As the players jump from square to square, climb

up the ladders, slide down the snakes and encounter blockages of tourism quiz challenges to move onwards and reach the highest square

within the allocated time, the fun gets going and the challenge turns from stressful situation to fun-tastic occasion. A healthy competition that strengthens the bonds of relationships between students, lectures and the whole members of Faculty of Hotel and Tourism Management in UiTM (Terengganu) is a worthwhile and memorable activity.

"Talent wins games, but teamwork and intelligence win championships."

--Michael Jordan--

15

By : Wan Nazriah Wan Nawawi

I hope this event will be held

again for the next year because I

gain a lot of happy memories with

my friends by joining the games.

Farhana Nazleny Mod Lotfi,

(HM1103A)

I enjoyed this event so much and I also could see a great networking between the lecturers and the students.

Nurul Najwa Abd Razak, (HM1103B)

HosFest 2016 was fun,

but need a bit more

festive ambience. However

the coupon food was less

interesting because it’s limit

our buying decision. The

impact of the haunted house

is the best up to today.

Muhammad Najmi Zulkifli,

(HM1104D)

The haunted house was

horror, but it will be better

to held at DA for the bigger

spacious and comfortable

for people to queue up. If

possible, offer extra various of

food and activities to merrier

the two day event.

Adilah Shokri, (HM1104C)

I t was a great event which I can participate and gaining a great experience.Muhd Abd Haziq Hashim, (HM1103B)

HOSFEST 2016 WALL

HosFest 2016...Thumbs up! It can bridge the gap among students and also lecturers through that moment and activities. I hope events like this will be held

every year.

Muhamad Firdaus Musa, (HM1102C)

HosFest is the best ! Indeed havoc with activities such as snake and ladder , explorace and many

more. Although I did not participate , but I can feel the warmth HosFest . Hopefully, I can have the

opportunity to join for next year.

Ahmad Azli Alias, (HM1102C)

16

By : Mohd Izwan Mohd Zaki & Wan Nazriah Wan Nawawi

CANDID CAMERA

THANK YOU AND MEET UP AGAIN...

FPHP LECTURERS

The gimmick in Nescafe Tarik Challenge.

Chefs in challenge.....

Waiters toward the finish line...go waiters go!!!

Chef Sabri Hassan in the house for HosFest 2016.