Kuliah-10-Native.ppt

5
Kepercayaan Animisme Secara umum masyarakat Orang Asli masih mengamalkan Animisme, suatu amalan yang menyatakan setiap benda hidup atau makhluk mempunyai roh tersendiri. Kebanyakan suku Negrito mengamalkan animisme dan percaya dunia ini didiami pelbagai jenis dewa dan makhluk yang mempunyai kuasa dan dikenali sebagai Orang Hidup kerana tidak akan mati dan sentiasa mendiami dunia ini sampai bila- bila.Ini berbeza dengan manusia biasa yang akan mati kelak. Orang Hidup yang paling berkuasa dan mampu melakukan apa-apa sahaja ialah Tok Pendin yang menjadikan alam ini, termasuk alam, binatang, gunung ganang dan tumbuh- tumbuhan.

Transcript of Kuliah-10-Native.ppt

Page 1: Kuliah-10-Native.ppt

Kepercayaan Animisme• Secara umum masyarakat Orang Asli masih

mengamalkan Animisme, suatu amalan yang menyatakan setiap benda hidup atau makhluk mempunyai roh tersendiri.

Kebanyakan suku Negrito mengamalkan animisme dan percaya dunia ini didiami pelbagai jenis dewa dan makhluk yang mempunyai kuasa dan dikenali sebagai

• Orang Hidup kerana tidak akan mati dan sentiasa mendiami dunia ini sampai bila- bila.Ini berbeza dengan manusia biasa yang akan mati kelak.

• Orang Hidup yang paling berkuasa dan mampu melakukan apa-apa sahaja ialah

• Tok Pendin yang menjadikan alam ini, termasuk alam, binatang, gunung ganang dan tumbuh-tumbuhan.

Page 2: Kuliah-10-Native.ppt

• Negrito percaya dewa-dewa seperti Chinoi dan Halak sentiasa menjaga kebajikan manusia supaya tidak melakukan kesalahan yang terkeluar daripada norma-norma kemanusiaan.

• Tok Pendin mempunyai seorang pembantu bernama Karei yang mempunyai peranan yang paling penting kerana lebih ramai orang di kalangan Orang Asli yang mempercayainya. Karei telah menggalurkan beberapa adat dan pantang larang untuk dijadikan panduan mereka dan kan menurunkan beberapa bencana sebagai balasan masyarakat yang menyalahinya- hujan lebat, ribut, hariamau atau

binatang-binatang liar yang lain.

Page 3: Kuliah-10-Native.ppt

• Suku kaum Senoi mempunyai seorang dewata yang maha kuasa. Dewata ini bermacam-macam bentuk. Empat dewata utama ; tiap-tiap nama berkaitan

dengan satu bidang kuasa:• Engku• Karei• Hilok• Hiwoh Dewata-dewata ini mempunyai kuasa dan

berlaku adil.Sesiapa yang melanggar adat akan dihukum dengan kecelakaan manakala yang baik akan dibalas dengan kebaikan juga.

Page 4: Kuliah-10-Native.ppt

• Senoi juga percaya dengan kewujudan jin-jin yang nerperanan penting dalam menjaga kehidupan mereka.

• Suku Melayu Asli ramai yang menganuti Islam -85%. Ada sebilangan yang masih mengamalkan animisme dan juga mempercayai wujudnya hantu, dewa-dewa dan roh yang mendiami dunia ini. Oleh itu suku Melayu Asli mempunyai beberapa peraturan untuk menghindari diri dari melakukan kesalahan seperti pembunuhan atau sebagainya kerana mereka percaya setiap kesalahan akan dibalas Tuhan dengan kecelakaan.

• Secara umum boleh dikatakan tiap-tiap kumpulan Orang Asli mempunyai sistem kepercayaan yang hampir sama.Mereka menganggap kepercayaan sebagai satu peraturan yang membataskan mereka dari melakukan kejahatan dan tidak boleh melakukan kesalahan diluar norma-norma kemanusiaan dan masyarakat.

Page 5: Kuliah-10-Native.ppt

Taboo/ Pantang Larang(Nilai Moral)

1. Tidak dibenarkan memaku dinding rumah sesuka hati

2. Tidak dibenarkan membunuh binatang buas di dalam hutan kerana binatang ini dikatakan mempunyai perasaan dan akibtnya binatang sejenis yang tinggal boleh datang dan membalas dendam

3. Sekiranya telah melakukan kesalahan dan melanggar perintah dewa hendaklah mengambil darah dari tulang kaki kiri dan mempersembahkan kepada dewa untuk mengelakkan kemarahan dewa.