kuliah 14 (kesimpulan) (1)

9
kesimpulan KULIAH 14 DIALOG TAMADUN DAN MASA DEPAN TAMADUN MANUSIA OBJEKTIF Di akhir kuliah ini, anda akan: 1. mengetahui kepentingan dialog tamadun kepada pengukuhan tamadun manusia. 2. mengetahui cabaran-cabaran yang dihadapi oleh tamadun manusia serta masa depan tamadun manusia. KERANGKA 1. Konsep dialog tamadun 2. Jenis-jenis dialog tamadun 3. Faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya dialog tamadun 4. Masa depan tamadun manusia I. Cabaran globalisasi II. Kesan Globalisasi 5. Kesimpulan 1. KONSEP DIALOG TAMADUN Dialog tamadun atau interaksi peradaban bermaksud hubungan, pertemuan, komunikasi dan lain-lain yang berlaku antara kelompok, masyarakat dan seterusnya negara. Ini bermaksud interaksi peradaban bukanlah merujuk kpd interaksi antara tamadun itu sendiri, tetapi secara realitinya merujuk kpd interaksi antara individu atau masyarakat yang mana individu atau masyarakat tsbt mewakili sesuatu peradaban (tamadun). Tiada peradaban yg tulin secara mutlak iaitu tiada tamadun yg wujud dan berkembang secara eksklusif iaitu semata-mata 108

description

titas

Transcript of kuliah 14 (kesimpulan) (1)

Page 1: kuliah 14 (kesimpulan) (1)

kesimpulan

KULIAH 14 DIALOG TAMADUN DAN MASA DEPAN TAMADUN MANUSIA  

OBJEKTIF

Di akhir kuliah ini, anda akan:

1.  mengetahui kepentingan dialog tamadun kepada pengukuhan tamadun manusia. 2.  mengetahui cabaran-cabaran yang dihadapi oleh tamadun manusia serta masa depan tamadun manusia.

KERANGKA

1.  Konsep dialog tamadun 2.  Jenis-jenis dialog tamadun 3.  Faktor-faktor yang membawa kepada berlakunya dialog tamadun 4.  Masa depan tamadun manusia          I.  Cabaran globalisasi         II.  Kesan Globalisasi 5. Kesimpulan  

1.  KONSEP DIALOG TAMADUN

Dialog tamadun atau interaksi peradaban bermaksud hubungan, pertemuan, komunikasi dan lain-lain yang berlaku antara kelompok, masyarakat dan seterusnya negara.

Ini bermaksud interaksi peradaban bukanlah merujuk kpd interaksi antara tamadun itu sendiri, tetapi secara realitinya merujuk kpd interaksi antara individu atau masyarakat yang mana individu atau masyarakat tsbt mewakili sesuatu peradaban (tamadun).

Tiada peradaban yg tulin secara mutlak iaitu tiada tamadun yg wujud dan berkembang secara eksklusif iaitu semata-mata bergantung kpd faktor dalaman semata-mata. Pengalaman & penerimaan drpd peradaban yg lain melalui proses dialog @ interaksi tamadun adalah proses yg biasa dlm peradaban.

108

Page 2: kuliah 14 (kesimpulan) (1)

Cth paling jelas dlm membuktikan dialog @ interaksi tamadun berlaku dlm mana-mana peradaban & diterima secara terbuka - Tamadun Melayu yg dpt dikesan melalui beberapa aspek iaitu;

 i- Aspek Fizikal Masyarakat Melayu tidak dpt ditakrifkan melalui sifat-sifat fizikalnya krn sudah terdapat pertembungan hasil dari perkahwinan, pergaulan dll. Dgn erti kata lainnya, Tamadun Melayu terbuka kpd bangsa & kaum yg lain.

        ii- Aspek Agama Islam dikatakan sbgi agama rasmi bagi kebanyakan negara-negara di Kepulauan Melayu. Namun ini tidak bermakna, agama-agama asing tidak berkembang di alam Melayu. Umpamanya agama Hindu, Buddha, Kristian dll.

        iii- Aspek Bahasa BM misalnya mempunyai kepelbagaian yg mana BM itu dgn sendirinya melambangkan realiti bhs kaum yg lain spt Arab (zakat, solat, halal, haram dll), Portugis (gebar, almari dll), Sanskrit (raja, raya dll) dan sebagainya.

        iv- Aspek Pakaian Telah menerima pelbagai perubahan namun masih mengekalkan ciri-ciri keislaman seperti jubah.

        v- Aspek Makanan Sifat semulajadi msykt Melayu menerima makanan asing sbgi suatu yg biasa spt KFC, murtabak, roti, kentang dan lain-lain.. Begitu juga dgn aspek-aspek lain seperti muzik, tarian, life-style dan lain-lain.  

2. JENIS-JENIS PROSES INTERAKSI ATAU DIALOG PERADABAN

       INTERAKSI FIZIKAL Ia berlaku sepanjang sejarah manusia. Satu bangsa yg amat ketara dlm interaksi fizikal ialah msykt di India Barat (India, Cina & Eropah)

       INTERAKSI TEOLOGI@AGAMA Ramai berpendapat bhw agama adalah satu sistem yg tertutup. Dari satu segi ia memang benar krn terdapat agama yg unik yg hanya dpt dipraktikkan oleh satu bangsa shj. Cth; Shinto (Jepun). Namun terdapat juga unsur-unsur kesejajaran spt Hinduisme dan Buddhisme. Buddhisme wujud dari Hinduisme sbb itu terdapat konsep mokhsa, karma dll dlm Buddhisme dan Hinduisme.

109

Page 3: kuliah 14 (kesimpulan) (1)

        INTERAKSI SAINS DAN TEKNOLOGI Unsur yg paling ketara dlm peradaban. Cth: Hindu yg kaya dlm sains & falsafah, sebahagian ideanya dlm aspek ini adalah hasil interaksi dgn Tamadun China. Tamadun India tlh memberikan beb. idea tentang Ilmu Hisab kpd Tamadun Islam yg mana akhirnya Tamadun Islam tlh melahirkan konsep angka yg tlh menjadi asas kpd matematik moden.

        INTERAKSI BUDAYA Merupakan interaksi yg paling jelas terlihat pada mana-mana tamadun yg meliputi pelbagai aspek kehidupan spt makanan, pakaian, senibina, seniukir, muzik dll.    

3. FAKTOR-FAKTOR YG MEMBAWA KEPADA BERLAKUNYA DIALOG/INTERAKSI PERADABAN

    i-  Faktor Geografi

o Kaw. yg lbh terbuka kaw. geografinya (laluan perdagangan) akan lbh terbuka dlm orientasi     tamadunnya. Ini menyebabkan mrk lbh terdedah kpd tamadun luar. Cth; Melaka (Tamadun Melayu)

    ii- Faktor Perdagangan/Ekonomi o Tamadun yg terlibat dlm perdagangan, sikap mrk lbh

terbuka krn ada pengalaman berinteraksi dgn tamadun lain. Cth; Tamadun Yunani. Kebanyakan bandar-bandar besar mrk terbuka sifatnya krn tlh mempunyai pengalaman perdagangan.

   iii-  Faktor Kepimpinan o Merupakan unsur utama yg memainkan peranan penting

dlm mewujudkan interaksi peradaban. Umpamanya; CHINA, pemimpinnya yakin dgn sistem, budaya & sejarah mrk. Mrk tidak percaya akan ditawan oleh pihak lain terutamanya Barat.

Tetapi ada sbb yg kukuh mengapa mrk tak mahu membuka pintu kpd Barat krn mrk dpt pengalaman melalui negara-negara jiran yg tlh dijajah Barat. Namun di kawasan tertentu spt Shanghai, Canton & Hong Kong, ia tetap dijajah.  

JEPUN:

110

Page 4: kuliah 14 (kesimpulan) (1)

            Keadaannya berbeza dgn China. Maharaja Meiji berpendapat utk mengelak drpd dijajah, Jepun perlu berinteraksi dgn Barat tetapi Jepun mengenakan beb. syarat yg tertentu. Jepun hanya mahu ilmu pengetahuan Barat shj tetapi pada masa yg sama menjaga identitinya. Pemimpinnya berpegang kuat kpd ideologi “Japanese in Spirit, Western in Technologies”. Hasilnya Jepun merupakan antara lima buah negara Asia yg tidak dijajah. Pengajarannya ialah kita perlu berinteraksi tetapi identiti kita sendiri perlu dijaga.

      iv-  Peranan Agama & Budaya

o Agama ada yg bersifat terbuka & ada yg tertutup. Islam adalah salah satu drpd agama yg mempunyai sifat terbuka. Cth; ANDALUSIA. Islam dpt mengekalkan kuasanya selama 700 thn yg mana kebanyakan penduduknya beragama Yahudi & Kristian. Buktinya mrk (Islam, Yahudi & Kristian) sama-sama menyambut perayaan memperingati zmn keagongan  kesenian & kesusasteraan mrk. Bandar-bandar spt Toledo, Cordoba dll merupakan bandar yg mempunyai gabungan unsur-unsur Islam, Yahudi & Kristian.

Agama yg bersifat sempit ialah seperti agama Yahudi yg jls diperlihatkan dlm kitabnya. Mrk tidak menerima bangsa-bangsa asing malah melakukan diskriminasi kpd bangsa & penganut agama asing. Golongan inilah yg membentuk Israel kini. Buku - “The Judith Religion” oleh Israel Shahak.

     v- Pengalaman Sejarah

o Sikap isolasi dipengaruhi oleh pengalaman sejarah spt diserang dll. Tamadun Kristian akibat drpd Perang Salib. Faktor yg membawa kpd Perang Salib ialah ekonomi, agama dll. Namun kesan utamanya  ialah mereka kalah krn tidak dpt menawan Baitul Muqaddis. Sbb itulah mrk amat anti kpd Islam akibat drpd pengalaman sejarah (Perang Salib) & sikap ini kekal sehingga ke hari ini.

4. MASA DEPAN TAMADUN MANUSIA

Tamadun manusia pada masa depan khususnya dlm menuju alaf baru sudah semestinya berhadapan dgn pelbagai persoalan-persoalan besar. Antara isu-isu yg menjadi cabaran kpd tamadun manusia pada

111

Page 5: kuliah 14 (kesimpulan) (1)

masa hadapan ialah globalisasi,sekularisme,kemiskinan, krisis alam sekitar, peperangan, bahan asli dan sebagainya.

Namun dalam perbincangan ini, cabaran globalisasi lebih diberikan tumpuan memandangkan cabaran ini merupakan persoalan universal yang dihadapi oleh mana-mana tamadun manusia hari ini.

    (I)  GLOBALISASI

Globalisasi merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg lain.

Dlm masa kontemporari, ia terutama sekali merujuk kpd perpindahan nilai-nilai Barat spt falsafah & pemikiran, ekonomi kapitalis, budaya berseronok-seronok (hedonisme) kpd tamadun bukan Barat.

Terdapat beb. faktor yg menyebabkan proses globalisasi mudah bertindak, antaranya ialah;     i-Kelumpuhan Soviet Union (komunisme). Oleh itu tiada lagi sekatan ideologi spt berlangsungnya perang dingin antara AS dan SU.

    ii-Negara-negara Barat yg terlibat dlm globalisasi ini tidak perlu lagi bersaing sesama mrk sebagaimana yg berlaku ktk zmn penjajahan (abad ke-15-19). Mrk umumnya sehaluan & sealiran.

   iii-Kemudahan sistem perhubungan dan Komunikasi khususnya melalui media elektronik & cetak.

  iv- Peradaban-peradaban bukan Barat terpesona dgn nilai-nilai Barat.Tambahan pula peradaban bukan Barat berada dlm keadaan lemah, oleh itu mrk mudah menerima cara-cara & gaya Barat.

Umumnya proses globalisasi ini meliputi aspek-aspek politik, ekonomi, sosial, budaya dll. Namun apa yg jelas terlihat pada zaman kontemporari ini, globalisasi budaya yg paling berpengaruh dlm merubah sifat dan struktur peradaban bukan Barat.

    (II) KESAN GLOBALISASI

ASPEK BAHASA

Dari segi realiti, elit yg mewarisi kemerdekaan terdiri drpd elit yg walaupun mengisytiharkan bhs sendiri sbgi bhs kebangsaan, ttpi pada masa yg sama, mrk masih mengagong-agongkan BI.

112

Page 6: kuliah 14 (kesimpulan) (1)

Bagi elit generasi slps 3/4 peringkat, mrk pula dgn sengaja menggunakan BI dgn tujuan utk berlagak/menunjuk-nunjuk.

Keadaan antarabangsa & sistem dunai yg wujud slps Perang Dunia Kedua juga memainkan peranan penting. Ini krn BI berperanan kuat di peringkat antarabangsa walaupun negara-negara yg tidak pernah dijajah oleh Britain spt Indonesia, mrk juga terpaksa menyesuaikan diri dgn senario antarabangsa.

ASPEK MAKANAN, PAKAIAN, MUZIK, FILEM DLL

Barat menganggap bhw budaya merupakan satu komoditi yg digunakan utk menguasai pasaran dunia. Nilai  eksport melalui komoditi hiburan (filem, muzik) umpamanya merupakan satu sumber penting pemerolehan modal & keuntungan mutlak AS. AS memperolehi pendapatan melalui industri muzik sebanyak 20 billion (US dolar) dan 70% drpdnya diperolehi drpd luar AS.

Ini semua disebabkan oleh perkembangan teknologi & komunikasi yg menyerap dlm seluruh kehidupan peradaban bukan Barat.

Ini telah merubah sifat serta world view tamadun bukan Barat, yg mana Barat terutamanya AS melakukannya secara halus tanpa disedari oleh tamadun-tamadun bukan Barat.

Namun dlm membincangkan globalisasi budaya Barat (terutamanya AS), kita harus memahami peranan Multi National Corporatian (MNC) yg memainkan peranan penting dlm mengeksport budaya AS.

(III) KESANNYA TERHADAP MASA DEPAN TAMADUN MANUSIA

Mengikut pengkaji-pengkaji tertentu, slps beb. abad, budaya tradisi lebih dijadikan aset pelancongan & tidak dinikmati oleh msykt biasa dlm kehidupan seharian.

Pendapat lain pula mengatakan bahawa pelupusan budaya tradisi tidak mungkin berlaku krn dlm proses mem'Baratkan' budaya tradisi lain sudah ada satu reaksi golongan tertentu yg tidak mahu terima proses ini & mahu kekalkan identiti mrk.

Umpamanya Perancis, dalam dunia teknologi maklumatnya, mereka menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri dalam penggunanaan

113

Page 7: kuliah 14 (kesimpulan) (1)

komputer, internet dll. Mereka tidak mahu menerima BI atau unsur-unsur “Americanisation” dalam negara mereka.

China juga telah melancarkan kempen untuk membersihkan budaya mereka yang dianggapnya sudah tercemar oleh budaya Amerika Syarikat. Begitu juga dengan Islam yang masih lagi tidak menerima unsur-unsur budaya Barat seperti menghalalkan perkahwinan sejenis,  bersekedudukan antara lelaki dan perempuan dll.  

5. KESIMPULAN

Seharusnya diakui bahawa untuk mengekalkan keharmonian tamadun-tamadun dunia, dialog tamadun perlu dilaksanakan tanpa mempunyai sebarang perasaan prejudis. Tamadun-tamadun agong seharusnya tidak mempunyai semangat “superior complex” dan ingin menguasai tamadun-tamadun lain. Manakala tamadun-tamadun lain pula seharusnya tidak mempunyai perasaan rendah diri (inferiority complex) atau terlalu bergantung kepada Barat. Di samping itu juga, seluruh masyarakat manusia perlu menentang dominasi Barat melalui proses golablisasi ini. Mereka perlu bergerak bersama membina kesedaran untuk menentang kuasa dominan tertentu dalam tamadun dunia pada hari ini.  

SOALAH PEMAHAMAN

1.  Terangkan kepentingan dialog tamadun dalam usaha untuk mengekalkan tamadun-tamadun dunia pada masa akan datang.

2.  Bagaimanakah proses globalisasi Barat telah menghancurkan nilai-nilai murni tamadun-tamadun dunia yang lain?  

RUJUKAN

Osman Bakar, 1997. Islam and Civilizational Dialogue, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Chandra Muzaffar, 1980. “Inter Religious Communication: The Five Task” dalam One God Many Path, Pulau Pinang: Aliran  

114

Page 8: kuliah 14 (kesimpulan) (1)

115