Kuliah 2 Pkp 3203 Pismp Pm Jan 2015 Pengurusan Tingkah Laku Murid Pemulihan New

download Kuliah 2 Pkp 3203 Pismp Pm Jan 2015 Pengurusan Tingkah Laku Murid Pemulihan New

of 20

description

Pemulihan

Transcript of Kuliah 2 Pkp 3203 Pismp Pm Jan 2015 Pengurusan Tingkah Laku Murid Pemulihan New

  • PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID PEMULIHAN

  • Definisi Dan Konsep Pengurusan Tingakah LakuPengurusan tingkah laku bermaksud satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik-teknik atau kaedah-kaedah yang sesuai.

    PENGURUSAN TINGKAH LAKU MURID PEMULIHAN

  • Model PsikodinamikBerasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan personaliti seseorang.

  • Model Psikopendidikan -menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang lain. Ia merangkumi pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi gangguan tingkah laku

  • punca gangguan tingkah laku disebabkan oleh:

    Masalah dalaman individu Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorang

  • Antara strategi pengurusan gangguan tingkah laku di bawah model ini ialah:1. Model Psikopendidikan2. Teknik Kaunseling3. Seni Ekspresif: permainan bebas, main peranan, tarian kreatif, muzik, terapi seni 4. Teknik Pengurusan Tingkah Laku:

  • Prinsip model ini ialah:Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitanSeseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanakBeri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-kanak dengan adil dan kasih sayingGuru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi kanak-kanak.

  • Teknik kaunseling - diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadai yang produktif.

  • Teknik Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah atau emosi melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Dijalankan dalam satu setting yang terkawal dengan member kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran secara kognitif dan psikomotor

  • teknik-teknik yang boleh digunakan:

    Permainan BebasPermainan PuppetMain PerananPergerakan dan Tarian KreatifPenulisan PerkataanTerapi SeniMuzikFotografi dan rakaman video

  • Pendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah tingkah laku secara serta merta. Dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada bila-bila masa sahaja.

  • Model PersekitaranKesan persekitaran ke atas tingkah laku individu. Pendekatan yang diambil dengan menggunakan persekitaran sebagai langkah intervensi. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku ialah perubahan persekitaran yang dilakukan oleh manusia.

  • Antara teknik yang boleh diguna ialah:Intervensi berpusatkan kanak-kanakIntervensi berpusatkan persekitaranIntervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaranIntervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan persekitaran

  • Model BiofizikalMenekankan kepada perkaitan tingkah laku dengan faktor organik individu seperti keadaan fizikal, penyakit yang dialami, alahan dan ketidakupayaan berfungsi anggota badan (kecacatan). Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku berpunca dari faktor biokimia/neurologikal yang menyebabkan fungsi otak yang tidak normal, faktor persekitaran dan baka.

  • ciri-ciri seperti:Kurang keupayaan belajar pada kadar yang sejajar dengan perkembangan intelektual, sensori-motor dan fizikalKurang keupayaan mengurus/mengekalkan hubungan sosial yang sesuai.Kurang keupayaan bertindak sesuai dengan keadaan sekitar, danmenunjukkan tingkah laku melampau : hyperaktif, impulsive, kemurungan dll

  • Pendekatan -perubatan dengan bantuan pakar perubatan. Berfokuskan kepada langkah pencegahan awal iaitu dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran bayi. teknik teknik yang boleh digunakan ialah:Kaunseling genetikPenjagaan sebelum kelahiran (semasa mengandung)Penjagaan selepas kelahiranUjian perubatanPemakanan dan dietTerapi Mega VitaminPerubatan

  • guru pendidikan pemulihan memainkan peranan seperti berikut:Mengenal pastikan aspek kelas dan ekologikal yang positif untuk menyokong tingkah laku.Mecatatkan faktor yang menyebabkan masalah tingkah laku.Menyediakan prasarana instruksi yang sesuai untuk pengurusan tingkah laku.Menekankan peraturan dan rutin kelas, pengulangan dan turutan tugasan pembelajaran, mengurangkan ransangan persekitaran yang kurang sesuai.

  • Model Tingkah LakuMenurut model ini, tingkah laku adalah hasil daripada interaksi antara individu dengan persekitaran, ia boleh diperhatikan dan diukur. Model ini bertujuan mengubah tingkah laku yang negatif kepadaa yang positif yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah untuk menyelesaikan masalah disiplin

  • Berasaskan 3 elemen ABCAntecedent ------ Behavior -------ConsequenceAntecedent: keadaan yang menyebabkan sesuatu tingkah laku berlakuBehavior:tingkah laku akibat dari ransangan antecedentConsequence: keadaan yang berubah akibat dari berlakunya tingkah laku

  • SEKIAN. TERIMA KASIH