Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

41
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI / TAHUN 2011 KOD KURSUS : HBML 3202 TAJUK KURSUS: TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU NO. MATRIKULASI : 690716055527002 NO. KAD PENGNEALAN : 690716-05-5527 NO. TELEFON : 019-3292247 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI

Transcript of Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

Page 1: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2011

KOD KURSUS : HBML 3202

TAJUK KURSUS: TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI : 690716055527002

NO. KAD PENGNEALAN : 690716-05-5527

NO. TELEFON : 019-3292247

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN NEGERI

SEMBILAN (PPNS)

Page 2: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

KANDUNGAN

Isi kandungan Muka surat

Penghargaan 2

1.0 Pengenalan 3 - 4

2.0 Kaedah Pengajaran Penulisan 5

2.1 Pendahuluan 6

2.2 Isi 7

2.3 Penutup 8

2.4 Cara melaksanakan model Pengajaran Penulisan

Kaedah Perbincangan 8 - 12

3.0 Penulisan Berformat Umum – Jenis Perbincangan 12 - 13

3.1 Merangka karangan Jenis Perbincangan 13 - 14

4.0 Penulisan Berformat Umum – Jenis Ulasan 14 - 15

4.1 Merangka karangan Jenis Ulasan 15 - 16

5.0 Kesimpulan 17

6.0 Rujukan 18

Lampiran

1

Page 3: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan

rahmatNya juga, dapat saya menyempurnakan tugasan ini. Keupayaan dan ruang

lingkup yang terbatas selaku manusia biasa yang bergelar pelajar serta cabaran dan

dugaan yang dihadapi tetap dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan

kesabaran serta ketekunan.

Penghargaan dan jutaan terima kasih saya rakamkan kepada tutor saya iaitu

En. Amir Hamzah Bin Aman di atas segala sumbangan , kepakaran, tunjuk ajar

dan tenaga beliau dalam memberi bimbingan dan nasihat sehingga saya berjaya

menyempurnakan tugasan ini.

Terima kasih yang tak terhingga juga saya ucapkan kepada sahabat-sahabat

dan rakan-rakan seperjuangan yang turut memberikan pandangan dan pendapat

sepanjang masa bersama menimba ilmu pada semester ini menerusi perbincangan

dan pencarian maklumat.

Penghargaan ini juga tidak ketinggalan saya tujukan buat isteri serta anak-

anak yang tercinta kerana sentiasa memberi dorongan serta memahami saya dalam

meneruskan pengajian di peringkat ijazah ini.

2

Page 4: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

1.0 Pengenalan

Penulisan atau penghasilan penulisan adalah satu kemahiran yang penting dalam

penguasaan bahasa. Menulis disebut juga sebagai komunikasi bentuk grafik. Ia bukannya

proses spontan, sebaliknya melibatkan latihan mental secara sedar. Penulisan merupakan

satu proses menyampaikan idea, buah fikiran dan pendapat dalam bentuk grafik.

Dalam kita merancang dan membentuk proses pengajaran bagi pelajar-pelajar kita,

kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah amat penting. Seorang

guru boleh menggunakan pelbagai konsep dan kaedah pengajaran tatabahasa dalam

kemahiran menulis bagi memastikan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran yang

dirancang. Kaedah yang diguna ini adalah sebagai salah satu cara untuk guru

menyampaaikan isi pengajarannya berasaskan kemampuan dan pencapaian murid-muridnya.

Maka dengan ini objektif pengajaran dapat dicapai.

Terdapat banyak kajian berkenaan kaedah pengajaran penulisan tgedlah dijalankan.

Menurut Walshe (1981), menyenaraikan peringkat sebenar yang dialami oleh seorang

penulis. Untuk mengusai kemahiran menulis, pelajar perlu dibimbing untuk melalui

peringkat-peringkat menulis. Pelajar perlu memilih tajuk, memikirkan tentang tajuk yang

dipilihnya, menulis draf, menyemak draf sehingga jelas kandungannya dan kemudian

menulis untuk dibaca. Peringkat penulisan itu ialah prapenulisan, penulisan dan selepas atau

pospenulisan.

Menurut Anthony ( 1985 ), pengetahuan berkenaan sesuatu yang hendak ditulis

mestilah mencukupi sebelum seseorang itu mula menulis. Sesuatu tajuk hendaklah dikaji

secara mendalam sebelum menulis seperti mengadakan perbincangan, membuat kajian dan

penyelidikan berkenaan bahan samada secara bebas atau secara berkumpulan. Ianya supaya

terdapat pengawalan idea secara aktif di samping dapat memproses maklumat baru dengan

lebih banyak.

3

Page 5: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Menurut Parera (1986), mendefinisikan kaedah sebagai satu rancangan menyeluruh

untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya

yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan pendekatan. Selain itu, menurut Ishak

Ramly (2006), kaedah didefinisikan sebagai satu rancangan tentang apa yang akan

dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Dalam menghasilkan sesuatu penulisan yang baik dan berkesan, kaedah pengajaran

penulisan perlu dipelajari dan diajar agar dapat mencapai matlamat yang diharapkan.

Kaedah pengajaran penulisan adalah cara atau langkah tentang kaedah bagi seseorang guru

menyampaikan isi pengajarannya dengan kehendak dan citarasa pelajarnya, di samping

mencapai objektif pengajaran. Terdapat banyak kaedah yang bersesuaian dalam pengajaran

penulisan umpamanya kaedah komunikatif dan kaedah bergambar serta carta. Kaedah-

kaedah tersebut mempunyai cirri-ciri dan langkah-langkah yang tersendiri

Kesimpulannya, pengetahuan seorang guru terhadap kaedah yang digunakan dalam

pengajaran tatabahasa dalam penulisan amat membantu pelajar menguasai daripada

melakukan kesalahan dalam proses mengarang. Pelajar sendiri dapat mengenal pasti

kesalahan dan membaikinya sendiri sebelum dihantar kepada guru. Di samping itu,

membantu mengubah sikap pelajar terhadap penulisan dan menggalakkan mereka untuk

memberi tumpuan terhadap isi kandungan dan mengeluarkan idea secara jelas. Ini selaras

dengan satu kaedah yang dapat mengubah sikap sebenar seseorang pelajar.

4

Page 6: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

2.0 Kaedah Pengajaran Penulisan

Secara umumnya, sesebuah karangan mestilah mempunyai stuktur binaan yang

terdiri daripada binaan perenggan pendahuluan, perenggan idea atau isi dan perenggan

penutup. Perenggan idea atau isi pula mestilah terdiri daripada lima hingga tujuh perenggan

dengan menggunakan tanda baca yang betul dan tepat.. Dengan struktur binaan yang

demikian, sesebuah karangan itu dapat dilihat sebagai karangan yang lengkap. Setiap

perenggan perlu memuatkan satu isi pokok yang dikembangkan dengan huraian dan contoh

atau bukti kukuh yang relevan dengan isu-isu semasa yang dikemukakan, selain bertepatan

dengan tajuk-tajuk yang dipilih serta menepati format penulisan yang telah ditetapkan.

Menurut Kamus Dewan, kaedah bermaksud cara atau aturan ( membuat sesuatu ),

hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu ciri tindakan yang

sistematik dan tersusun bagi mencapai sesuatu matlamat.

Kaedah pengajaran penulisan adalah langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan

yang tertentu bagi sesorang guru menyampaikan isi pengajarannya dengan kehendak dan

latar belakang pelajarnya, di samping mencapai objektif pengajaran. Pengajaran yang

dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku

yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Terdapat banyak kaedah yang bersesuaian

dalam pengajaran penulisan. Antaranya, kaedah komunikatif, kaedah bergambar, carta,

bercerita, perbincangan, bermain, main peranan, menyelesaikan masalah, perbahasan, kuiz,

lakonan, latih tubi, projek, soalan dan lain-lain. Kaedah paengajaran yang baik ialah yang

mempunyai langkah-langkah dan strategi yang tersusun serta objektif yang tepat dan boleh

dicapai.

Kesimpulannya, pemilihan kaedah pengajaran yang baik dan sesuai menjamin

keberkesanan penyampaian sesuatu pengajaran serta mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran secara optimum. Pemilihan kaedah yang bersesuaian menyumbang kepada

5

Page 7: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

tahap penguasaan dan minat seseorang murid untuk belajar dengaan lebih berkesan. Di

samping itu, matlamat yang hendak dicapai juga mestilah jelas.

2.1 Pendahuluan

Pendahuluan adalah memperkenalkan tajuk karangan kepada pembaca.  Iniu

bermakna, dalam perenggan ini belum terdapat sebarang isi, tetapi menyatakan hal yang

berkait rapat dengannya. Perkara yang perlu ada dalam pendahuluan adalah definisi bagi

tajuk yang diperbincangkan berdasarkan soalan yang dikemukakan. Ulasan yang dibua

adalah tentang definisi yang diberikan dan ada kaitannya dengan isu yang dihuraikan.

Ulasan mengenai isu dikemukakan dan hala tujunya mengikut soalan yang dikehendaki.

Setiap sesuatu karangan haruslah mempunyai pendahuluan. Pendahuluan boleh

dibina dengan tiga hingga lima ayat. Karangan bermula dengan ayat pengenalan.  Satu ayat

pengenalan dikira sudah memadai.  Ayat ini akan membawa pembaca untuk memahami

tajuk dan isi secara umum. Dua atau tiga ayat huraian, yang merupakan ayat yang

menyokong atau menghuraikan kenyataan dalam ayat pengenalan. Dalam pendahuluan kita

hendaklah memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin pembaca tidak tahu

atau faham. Perenggan ini diakhiri oleh satu ayat fokus, yang membawa pembaca secara

tegas kepada tujuan atau arah karangan, iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam

bahagian isi nanti.

Seseorang pelajar perlu menarik perhatian pihak pembaca untuk membaca karangan

yang ditulis. Pengenalan ini dibuat secara ringkas dan umum sahaja, cukup sekadar tiga

atau empat ayat. Pembukaan karangan yang menarik akan meninggalkan kesan yang positif

dan mendalam pada pemeriksa. Oleh itu pelajar haruslah memastikan terlebih dahulu

pembukaan karangan hendaklah bersih daripada kesalahan tatabahasa atau ejaan. Perenggan

ini diakhiri dengan satu ayat fokus yang membawa pembaca secara tegas kepada tujuan atau

arah karangan iaitu persoalan yang hendak dibincangkan dalam bahagian isi nanti.

6

Page 8: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

2.2. Isi

Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama. Penyusunan isi utama

pula mengikut kepentingan, iaitu yang lebih penting atau yang dapat dihuraikan dengan jelas

hendaklah didahulukan.  Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima

ayat. Perenggan isi dimulakan dengan satu ayat topik, iaitu ayat yang menyatakan isi

utama. Isi hendaklah mengikut kehendak tajuk karangan itu. Karangan perlu mempunyai

sekurang-kurangnya empat isi. Isi yang lebih tidak mengapa tetapi mungkin menyebabkan

kekurangan masa. Isi hendaklah disusun dengan teratur dan berkait di antara satu dengan

lain. Isi-isi itu dipecahkan dalam perenggan-perenggan. Isi yang utama didahulukan. Setiap

isi perlu dikembangkan atau dihuraikan beserta dengan adanya contoh atau bukti. Sebaik-

baiknya satu isi, satu perenggan kecuali jika isi pendek-pendek dan berkait rapat. Tiap-tiap

perenggan tidak semesti sama panjangnya. Mungkin sesuatu perenggan itu lebih panjang

daripada perenggan yang lain. Ini kerana sesuatu isi utama yang ingin ditekankan oleh

murid-murid biasanya lebih panjang daripada perenggan yang lain.

Pelajar dinasihatkan supana menjaga isinya supaya tidak terkeluar dari tajuk yang

dikehendaki. Adalah diingatkasn juga agar elakkan menyertakan isi yang bercanggah

dengan tajuk. Isi karangan hendaklah asli tidak ditiru bulat-bulat daripada karangan lain.

Untuk mendapat isi yang baik dan banyak, kita hendaklah banyak membaca surat khabar,

majalah-majalah, rencana-rencana, buku-buku cerita, mendengar sesuatu, menyaksikan

sendiri dan daripada pengalaman sendiri. Jangan campur adukkan isi.

Jumlah perenggan isi bergantung kepada jumlah isi utama.Penyusunan isi utama

pula mengikut kepentingan, iaitu yang lebih penting atau yang dapat dihuraikan dengan jelas

7

Page 9: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

hendaklah didahulukan.  Setiap perenggan isi boleh dihuraikan dengan empat atau lima

ayat. Perenggan isi dimulakan dengan satu ayat topik, iaitu ayat yang menyatakan isi utama. 

2.3 Penutup

Sekiranya pengenalan dapat mempengaruhi atau menarik minat pembaca untuk

mengikuti karangan tersebut, maka penutupnya juga hendaklah memberi suatu kepuasan

kepada pembaca. Penutup adalah merupakan satu kesimpulan , rumusan atau akhiran

sesuatu karangan. Perenggan ini berfungsi membuat rumusan secara keseluruhan segala idea

yang telah dicurahkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya yang dibina dengan

menggunakan tiga hingga lima ayat. Kesimpulan mestilah lembut tetapi berkesan. Jangan

sekali-kali mengulangi isi-isi yang telah dikemukakan.

Dalam penutup digambarkan juga pendapat kita dengan ringkas tentang sesuatu

perbincangan atau tajuk. Gunakan penanda wacana yang sesuai seperti kesimpulannya,

tegasnya, konklusinya dan lain-lain yangh sesuai. Beberapa cara menulis penutup yang

mudah adalah seperti menyatakan semula, membuat ramalan dan membuat syor. Elakkan

menamatkan karangan secara mengejut atau tergantung. Oleh itu penutup juga adalah

penting dalam tiap-tiap karangan.

Menyatakan tanggapan bahawa sesuatu perkara mungkin terjadi akibat daripada

sesuatu masalah. Satu atau dua tanggapan yang difikirkan lojik boleh diberikan secara

ringkas. Teknik ini sesuai digunakan untuk beberapa jenis karangan, antaranya

perbincangan, ulasan, dan ceramah.

2.4 Cara Melaksanakan Model Pengajaran Penulisan Kaedah Perbincangan.

8

Page 10: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Berpandukan tajuk tugasan yang diberi, saya telah memilih dan menulis satu model

karangan yang menggunakan kaedah perbincangan. Pelajar dikehendaki meneliti tajuk yang

diberi . Pendekatan yang digunakan adalah bebas, pelajar-pelajar memainkan peranan yang

penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya kaedah perbincangan.

Tajuk : Industri Kecil dan Sederhana. Bincangkan langkah-langkah merancakkannya.

Bahan bantu mengajar : Gambar kegiatan IKS dalam negara.

Keratan akhbar .

Langkah-langkah pengajaran.

Langkah pertama.

Guru mengedarkan gambar dan keratan akhbar kepada pelajar- pelajar. Pelajar-

pelajar diminta meneliti aktiviti, maklumat atau perkara-perkara yang berkaitan dan penting

untuk dikumpulkan berpandukan gambar dan keratan akhbar yang diberi. Aktiviti

perbincangan dijalankan bagi merangsang pelajar - pelajar menyuarakan pendapat dan

pandangan masing-masing. Guru mencatatkan segala maklumat yang dikemukakan oleh

murid. Guru memberi kebebasan kepada pelajar - pelajar untuk mencari sebanyak mungkin

aktiviti dan maklumat daripada gambar dan keratan akhbar. Guru mengaitkan dapatan

pelajar dengan kaedah pengajaran yang digunakan.

Langkah 2.

Pelajar diminta mencatatkan segala perkara dan faktor-faktor penting yang berkaitan

dengan tajuk secara individu dan berkumpulan. Mereka diminta memberikan pendapat

masing-masing. Murid perlu menyenaraikan langkah-langkah bagi merancakkan Industri

Kecil dan Sederhana (IKS) dan langkah-langkah yang diambil oleh pihak-pihak tertentu

khususnya kerajaan dalam membantu pengusaha IKS di negara ini. Guru bertindak sebagai

9

Page 11: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

fasilitator semasa perbincang dijalankan di mana guru akan membantu dan membimbing

mereka agar menyatakan idea dengan lebih yakin.

Sekiranya aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan, guru hendaklah mengarahkan

para pelajarnya berada dalam kumpulan dalam membincang dan menyuarakan dapatan

mereka dalam keadaan terkawal. Semua ahli dalam kumpulan diingatkan mengambil

bahagian dalam sesi perbincangan dan mencatat isi-isi yang diperoleh.

Langkah 3.

Apabila sesi perbincang dalam kumpulan selesai, kumpulan-kumpulan

dikehendaki membentangkan hasil perbincangan. Setiap kumpulan menghantar wakil bagi

sesi pembentangan. Ahli-ahli daripada kumpulan lain pula akan mendengar dan

memberikan tumpuan dengan teliti serta mencatat hasil pembentang setiap kumpulan. Ahli

dalam setiap kumpulan diberi peluang memberi komen tentang idea atau isi penting yang

dikemukan apabila selesai sesi pembentangan dilakukan. Perbincangan sistem bahasa juga

boleh dijalankan iaitu penggunaan penanda wacana, imbuhan, kata sendi, kata tugas dan

lain-lain tatabahasa yang sesuai.

Langkah 4.

Seterusnya murid diminta menulis karangan dengan menggunakan isi-isi yang

terkumpul dalam perbincangan oleh setiap kumpulan. Pelajar dibimbing untuk membuat

rumusan tentang penyusunan isi-isi penting ketika menulis karangan. Guru memainkan

peranan sebagai fasilitator dan membantu pelajar- pelajar menulis karangan. Guru sentiasa

mengingatkan pelajar agar membina ayat-ayat yang gramatis. Pelajar juga sentiasa

diingatkan akan kesalahan-kesalahan tatabahasa yang umum sering dilakukan secara tidak

langsung untuk menghasilkan penulisan yang baik. Justeru itu pelajar juga sentiasa

diberitahu agar menyemak bagi memastikan sama ada terdapat tulisan yang kurang jelas,

10

Page 12: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

kesalahan ejaan, tanda baca, penggunaan imbuhan, struktur ayat yang salah dari aspek

tatabahasa yang lain.

Langkah 5.

Apabila pelajar-pelajar selesai menghasilkan karangan, beberapa orang daripada

mereka diminta membacakan karangan mereka secara rawak. Guru menyebut nama pelajar

dari setiap kumpulan untuk membacakan hasil penulisan yang dilakukan secara individu.

Sementara itu, pelajar-pelajar lain diminta mendengar dengan teliti dan mengesan

kesalahan tatabahasa yang dilakukan oleh rakan mereka serta memberikan komen. Guru

memainkan peranan membetulkan kesalahan yang dilakukan oleh setiap individu yang

membacakan karangan mereka. Setiap pelajar dikehendaki menyemak semula karangan

mereka bagi membetulkan kesalahan yang dilakukan dalam penulisan. Pelajar juga

digalakkan untuk merujuk kepada guru secara individu dalam mendapatkan pandangan dan

pendapat bagi menghasilkan karangan yang mantap. Karangan yang telah siap diperbetulkan

dihantar kepada guru untuk tujuan penyemakan.

Langkah 6.

Karangan yang dihantar disemak secara teliti dan kesalahan-kesalahan yang

dilakukan oleh pelajar diberitahu oleh guru kepada pelajar tersebut untuk diperbetulkan.

Selepas itu, karangan murid dikembalikan. Pelajar-pelajar dikehendaki membuat

pembetulan dalam buku masing-masing. Karangan yang dipilih oleh guru dalam setiap

kumpulan disalin semula dan ditampal pada papan kenyataan di dalam kelas.

11

Page 13: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Kesimpulan.

Ilmu dan pengetahuan seseorang guru terhadap pendekatan, kaedah dan teknik

pengajaran sangat penting untuk diaplikasikan dalam pengajaran dalam kelas bagi

disampaikan kepada pelajar. Sekiranya pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran ini

dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran, pengajaran guru akan menjadi lebih

berkesan dan pembelajaran menjadi aktif dan wujud suasana ceria. Ini menarik minat pelajar

- pelajar dan mengelakkan kebosanan terhadap mereka. Kesimpulannya, dalam

merealisasikan dan melaksanakan aktiviti pengajaran yang berkesan, guru perlulah peka

untuk memilih penggunaan pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dalam

pengajaran dan pembelajaran demi kebaikan dan kejayaan para pelajar.

3.0 Penulisan Berformat Umum – Jenis Perbincangan.

Karangan jenis perbincangan bertujuan untuk menguji kematangan pelajar dalam

memberikan hujah. Pelajar mestilah memahami tajuk karangan jenis ini dengan jelas. Ini

adalah untuk memastikan pelajar menulis karangan yang menepati kehendak tajuk dan tidak

menyeleweng. Kematangan pelajar mengolah isi, kemahiran menggunakan bahasa yang

jelas dan tepat, serta teknik penyampaian yang menarik ialah ciri-ciri penting dalam

penulisan karangan jenis ini.

Karangan jenis perbincangan juga memerlukan pembacaan yang luas. Tanpa

pembacaan, pengetahuan pelajar terhadap sesuatu tajuk adalah terhad. Pelajar tidak akan

dapat mengemukakan hujah secara berkesan dan huraian terhadap isi menjadi terbatas. Isi

karangan yang disampaikan mestilah logik serta berdasarkan fikiran yang bernas dan

matang. Karangan mestilah dipersembahkan secara bijak dengan membuat pelbagai ulasan

dan pendapat tentang tajuk. Walau bagaimanapun dalam konteks ini, isi karangan tidak

boleh menyentuh hal-hal yang sensitif seperti keagamaan, perkauman dan politik. Isi-isi

hendaklah dikemukakan secara berperenggan dan diikuti dengan contoh-contoh yang sesuai

untuk menyokong ulasan atau pendapat yang dikemukakan. Pada bahagian penutup pula,

12

Page 14: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

calon hendaklah mengemukakan pendapat atau rumusan untuk menyatakan pendirian calon

terhadap tajuk.

Untuk menulis karangan jenis perbincangan, ada tiga pilihan yang diberikan kepada

pelajar. Pelajar boleh memilih satu daripada teknik yang berikut :

i) Memberi pendapat bersetuju dengan tajuk yang disediakan dengan

mengemukakan hujah-hujah atau pendapat yang munasabah.

ii) Memilih tidak bersetuju dengan tajuk yang diberikan dan mesti

mengemukakan hujah-hujah yang sesuai serta dapat diterima.

iii) Mengambil jalan tengah, iaitu memberi pendapat bersetuju dan tidak

bersetuju.

Walau bagaimanapun, kesimpulan yang diberikan oleh pelajar pada bahagian

penutup mestilah menyatakan pendirian pelajar sama ada bersetuju atau tidak dengan

persoalan yang dikemukakan.

3.1 Merangka Karangan Jenis Perbincangan.

Contoh Soalan : Industri Kecil dan Sederhana. Bincangkan langkah-langkah

merancakkannya.

Menganalisis Soalan :

Format : Perbincangan

Kunci soalan : peranan IKS dalam ekonomi Negara – takrif IKS –

langkah diambil oleh keranaan merancakkan IKS – khidmat

program yang dilaksanakan

13

Page 15: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

3.1.1 Pendahuluan.

Takrif IKS dan peranannya dalam pembangunan ekonomi negara.

Data peluang pekerjaan yang wujud dari IKS .

Apa perancangan kerajaan untuk merancakkan IKS.

3.1.2 Isi-isi penting.

Langkah kerajaan membantu pengusaha IKS :-

1. Penawaran pembiayaan, geran pinjaman dan insentif.

Agensi-agensi terlibat dan bagaimana dilaksanakan

2. Khidmat nasihat, kepakaran dan perundingan.

Agensi-agensi terlibat dan bagaimana dilaksanakan.

3. Program latihan dan pembangunan.

Agensi-agensi terlibat dan bagaimana dilaksanakan.

Program-program yang dijalankan

3.1.3 Penutup.;

Rakyat harus sedar peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam memaju dan

merancakkan IKS di negara ini.

Pihak yang terbabit harus meneroka dan merintis bidang-bidang baru.

IKS menyumbang untuk ekonomi negara.

4.0 Penulisan Berformat Umum – Jenis Ulasan.

14

Page 16: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Seterusnya lihat pula kaedah penulisan berformat dalam kategori ulasan. Ulasan

membawa maksud lanjutan atau sambungan tentang sesuatu perkara yang menjadi topik

perbincangan. Hal ini bermaksud tugas pelajar adalah untuk menyebarkan topik yang diberi

disamping memberikan komen , pandangan dan cadangan yang ada hubung kait dengan

sesuatu tajuk tersebut. Sebenarnya pelbagai jenis ulasan dapat dibuat dan pelbagai jenis

ulasan juga dapat dijadikan soalan. Berikut ialah beberapa bentuk ulasan yang dijadikan

soalan :

i. Mengulas sesuatu pertandingan menulis.

ii. Mengulas topik berkaitan isu-isu semasa.

iii. Mengulas sesuatu kejohanan yang disaksikan.

iv. Mengulas sesuatu pertandingan menulis.

v. Mengulas filem dan drama.

vi. Menulis ulasan buku.

Sebelum menulis ulasan, pelajar seharusnya telahpun menyaksikan atau membaca

sesuatu hal atau topik yang ingin diulas itu. Pelajar seharusnya member alasan yang

munasabah tentang sebab-sebab pelajar mengatakan sesuatu itu baik, lemah atau

sebagainya. Alasan itu perlu disokong dengan contoh yang konkrit.

Pelajar juga harus mempunyai pengalaman atau pengetahuan yang luas dalam

bidang yang hendak diulas itu. Jika tidak, ulasan pelajar yang dihasilkan tidak tepat.

Kesimpulan karangan bergantung kepada pendirian pelajar itu sendiri. Namun demikian,

pelajar haruslah rasional dan adil ketika membuat kesimpulan tersebut, iaitu tidak mengikut

perasaan.

4.1 Merangka karangan jenis ulasan.

Contoh soalan : Anda telah menonton sebuah filem tempatan baru-baru ini. Tuliskan

ulasan tentang filem tersebut.

15

Page 17: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Menganalisis Soalan :

Format : Ulasan

Kunci Soalan : Beza subjek cinta dan perang – percintaan dua watak berlainan latar

belakang - menyemai semangat nasionaliame – dilakonkan oleh pelakon

yang hebat – menilai sejarah lalu

4.1.1 Pendahuluan.

Menjelaskan makna cinta dan perang.

Persoalan tema filem.

Apa peristiwa yang melanda Tanah Melayu.

4.1.2 Isi-isi penting.

Penonton mengenalpasti dua watak rakyat dan penjajah.

Nyatakan persoalan dendam Embun kerana peristiwa yang menimpa dirinya.

Aspek dukungan lakonan, fotografi dan suntingan.

Menjelaskan peranan pelakon berwatak jahat sepertri Izi Yahya.

Kaedah fotografi diambil kira dan pencahayaan sesuatu filem.

Pergerakan filem dan suntingan.

4.1.3 Penutup.

Apakah persoalan yang timbul dalam file mini.

Filkem menarik.

Membangkitkan nostalgia sejarah pemerintahan Jepun.

Garapan cerita kemas.

16

Page 18: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

5.0 Kesimpulan.

Kaedah pengajaran tatabahasa wacana dalam penulisan secara umum meliputi

pengaplikasian aspek-aspek bahasa yang lain seperti tatabahasa, fonetik, fonologi dan

semantik. Dalam pengajaran penulisan di sekolah-sekolah tidak kira sama ada di peringkat

sekolah rendah mahupun menengah, pelajar sebenarnya dilatih untuk mengungkapkan

gagasan dan buah fikiran dengan tepat dan jelas tentang segala perkara sama ada yang

berbentuk akademik ataupun pengalaman dalam berbagai-bagai jenis penulisan.

Berdasarkan setiap perenggan yang ditulis dalam menghasilkan penulisan yang

mantap, penggunaan jenis-jenis ayat tertentu bagi menjelaskan dan menyokong isi

mempunyai kesinambungan. Ayat-ayat yang dibina memperlihatkan kekemasan ayat yang

disusun dan huraian yang dilontarkan bagi menyakinkan pembaca serta memberi kefahaman

terhadap apa yang diperjelaskan terhadap huraian pendahuluan, isi dan penutup.

Berdasarkan contoh-contoh penulisan karangan berformat umum yang dihuraikan

menerusi tugasan ini, cara-cara penulisan pendahuluan, isi dan penutup telah menunjukkan

bahawa setiap penulisan mempunyai ciri dan langkah yang tersendiri. Kekuatan sesuatu

penulisan bergantung kepada aspek bahasa yang berwacana mantap selain tidak melakukan

sebarang kesalahan. Setiap proses penulisan pendahuluan, isi dan penutup harus mempunyai

wacana yang berurutan dan berkesinambungan tanpa berlakunya ketergantungan dalam

mencapai objektif penulisan.

17

Page 19: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Sebagai rumusannya, pengajaran tatabahasa wacana dalam sesuatu penulisan dapat

mencerminkan penglahiran idea, buah fikiran, pandangan dan pendapat yang matang serta

pro aktif dalam kalangan pelajar. Untuk mengembangkan lagi kebolehan dan keupayaan

menghasilkan wacana penulisan yang baik dan berkualiti, para pelajar seharusnya

memperkayakan lagi ilmu melalaui pembacaan, panduan dan bimbingan yang berterusan

agar minda serta kemahiran penulisan bertambah mantap dan cemerlang. Sesungguhnya

wacana sesuatu penulisan yang dihasilkan mampu membuka minda dan pemikiran

seseorang ke arah yang lebih bersifat terbuka dan membina.

3429 patah perkataan.

6.0 Rujukan.

Azizul Rahman Abdul Rahman, ( 2010 ). Transformasi Penulisan Bahasa Malaysia SPM.Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. : Bandar Baru Bangi.

Dr Adenan Ayob, ( 2010 ). Modul HBML 3203 Tatabahasa dalam Pengajaran Bahasa Melayu Penerbit Ilmu Bakti Sdn. Bhd. : Subang Jaya.

Kamal Munsyi, ( 2010 ). 121 Contoh Karangan Terpilih Bahasa Malaysia SPM.Oxford Fajar Sdn. Bhd. : Shah Alam.

Sulaiman Masri, ( 2003 ). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan ( Esei, Proposal, Tesis ) Utusan Publications Sdn. Bhd. : Kuala Lumpur

Capaian web : http://retibasa.blogspot.com/2010/pengajaran-pembelajaran-penulis.Tarikh aksess : 1 Mac 2011

Capaian web : http://retibasa.blogspot.com/2010/04/ pendekatan-pengajaran-penulisan .Tarikh aksess : 3 Mac 2011

Capaian web : http// www.pendeta.um.edu.myTarikh aksess : 5 Mac 2011

Capaian web : http//www.tatabahasabm.tripod.comTarikh aksess : 6 Mac 2011

18

Page 20: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Capaian web : http://karanganspm.com/category/karangan-spm/ Tarikh aksess : 10 Mac 2011

LAMPIRAN.

Tajuk / Tema Karangan: Industri Kecil dan Sederhana.

Fokus karangan: Langkah-langkah merancakkannya.

Dewasa ini, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memainkan peranan yang penting

dalam pembangunan dan perkembangan ekonomi negara.IKS ditakrifkan sebagai

19

Page 21: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan

perkilangan dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji

kakitangan sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Di Malaysia, terdapat pelbagai peluang

usaha niaga berbentuk IKS yang mendapat sokongan penuh daripada kerajaan. IKS

menyediakan sebanyak 44.2% peluang pekerjaan daripada jumlah tenaga kerja dalam sektor

perkilangan, 48.9% dan 31.7% masing-masing dalam jumlah nilai keluaran dan jumlah nilai

harta tetap. Demi merancakkan IKS, kerajaan telah mengatur beberapa banyak langkah yang

konstruktif dan pragmatik.

Salah satu langkah perdana yang diambil oleh kerajaan ialah penawaran pembiayaan,

geran, pinjaman dan insentif kepada para pengusaha IKS. Bantuan ini dapat mendorong para

pengusaha yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan,

perternakan, pemprosesan makanan, dan sebagainya. Antara geran dan insentif yang

disediakan kepada pengusaha IKS termasuklah skim kewangan, skim geran penyelidikan

dan pembangunan, dan sebagainya. Kemudahan pinjaman yang disediakan pula melalui

institusi kewangan kerajaan, seperti Bank Pertanian dan Bank Simpanan Nasional, bank

komersial seperti Bank Rakyat dan Bank CIMB, serta syarikat kewangan. Melalui Skim

Khas Bank Negara, Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan

Sederhana yang bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperoleh

pembiayaan. Dengan adanya bantuan dan sokongan kerajaan, IKS nescaya dapat

berkembang maju.

Dalam pada itu, khidmat nasihat dan perundingan kepakaran turut disediakan oleh

pihak kerajaan. Usahawan dan pelabur yang ingin akan maklumat atau pendedahan lanjut

mengenai IKS boleh mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi kerajaan

dan beberapa badan yang lain. Para pengusaha memang memerlukan khidmat nasihat dan

sokongan teknikal dalam usaha melicinkan operasi IKS agar lebih produktif, dinamik,

berdaya maju, dan kos efektif, di samping meningkatkan daya pengeluaran dan kualiti

produk, serta pemasaran global. Antara agensi yang terlibat dalam khidmat nasihat dan

bantuan teknikal termasuklah MARA (skim khidmat pakar perunding MARA), UKM Pakar

Runding Sdn. Bhd., dan Persatuan IKS Malaysia. Tanpa khidmat nasihat dan perundingan

20

Page 22: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

kepakaran, pengusaha-pengusaha yang mentah dalam selok-belok pengurusan IKS ataupun

baru menceburi bidang ini akan menghadapi pelbagai rintangan. Pendek kata, pihak

kerajaan berprakarsa dan beriltizam membantu para usahawan untuk membangunkan IKS

dan melipatgandakan perolehan.

Tidak ketinggalan juga, kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan

pembangunan kepada usahawan dan pelabur yang cenderung mengusahakan aktiviti IKS.

Dalam konteks ini, Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)

merupakan agensi kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan

IKS. Selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan dengan pembangunan industri, agensi

ini menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha IKS.

Antaranya termasuklah program rantaian industri, program pembekal global, program

peningkatan kemahiran, dan sebagainya. Bahkan, Majlis Amanah Rakyat (MARA)

merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan untuk menggalakkan, membimbing dan

melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai kegiatan

perdagangan dan perusahaan. Antara program yang ditawarkan ialah latihan keusahawanan,

skim latihan perintisan, dan program promosi pemasaran. Melalui agensi-agensi kerajaan,

IKS berdaya maju dan menyumbang kepada iktisad negara.

Secara tuntasnya, kerajaan memainkan peranan yang mustahak dalam memajukan

dan merancakkan IKS. Hal ini demikian kerana pertumbuhan pesat sektor perkilangan

memperlihatkan kepentingan dan peranan IKS yang kian ketara. Penglibatan IKS dalam

pelbagai jenis aktiviti perkilangan menjadi penggerak dan tulang belakang kepada

pertumbuhan sektor perkilangan amnya. Kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam

melahirkan usahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta pekerja mahir

adalah tinggi. Selaras dengan ini, pelbagai pihak telah mula menyedari bahawa salah satu

langkah penting dalam mencapai hasrat ini adalah melalui bantuan dan sokongan kepada

pembangunan IKS. Jadi, pihak-pihak yang terbabit dalam sektor ini haruslah meneroka dan

merintis bidang-bidang IKS baru dengan menghadiri ekspo-ekspo perindustrian di luar

negara. Dengan wujudnya inisiatif dan iltizam, IKS bukan sahaja berdaya maju bahkan

menyumbang kepada ekonomi negara sekali gus merealisasikan Wawasan 2020.

21

Page 23: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Anda telah menonton sebuah filem tempatan baru-baru ini. Tulis ulasan tentang filem tersebut.

Judul : Embun

Arahan : Erma Fatima

Penerbit : Filem Negara Malaysia

Pengulas : Radiatun Nadwah binti Dolah

 

Cinta dan perang ialah dua subjek yang cukup bertentangan di antara satu dengan

yang lain. Yang satu membawakan erti kebahagiaan, manakala perang membawa makna

penderitaan. Bagaimanapun filem atau karya sastera melihat kontradiksi itu sebagai

hubungan yang cukup istimewa dan sering memberikan pengertian yang cukup menarik

apabila digabungkan. Filem “Embun” arahan Erma Fatima juga meneruskan tema begini.

Filem ini mengambil landskap Perang Dunia Kedua yang sedang menggila melanda Tanah

Melayu. Ketika rakyat sedang menghadapi keganasan dan derita perang, sebuah hubungan

cinta anehnya berputik.

Lebih menarik hubungan cinta itu berlaku antara dua kekasih dari dua latar yang

berbeza. Si gadis daripada mereka yang sedang dijajah manakala si lelaki daripada tentera

22

Page 24: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

yang dikenal kerana kekerasan dan kekejaman. Di sebalik kegilaan perang dalam Embun,

hubungan cinta itu patut dilihat sebagai membawa semangat feminis yang kuat.

Kebangkitan Embun bertitik tolak dari tertangkapnya Bayu dan kematian bapanya di

tangan tentera Jepun. Daripada seorang anak gadis yang malu-malu yang sekadar mahu

mengikut kumpulan politik Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan abangnya, Embun

berubah menjadi wanita yang berani, pendendam, dan bertekad untuk membalas dendam.

Lebih daripada itu, tekad dan dendam Embun sebagai akibat daripada peristiwa dia

dirogol oleh tentera Jepun yang diketuai oleh Leftenan Akaishi. Apabila tidak ada

golongan pemuda dan wanita yang berani bertindak dan membantunya, Embun terpaksa

bertindak sendirian. Embun beruntung kerana dia diselamatkan oleh Leftenan Koishi

seorang pegawai penerangan tentera Jepun yang lebih bersimpati dan memahami

penderitaan rakyat tempatan akibat perang.

“Embun” memaparkan kemantapan struktur naratifnya dengan dukungan lakonan,

fotografi, dan suntingan untuk menjadi filem tempatan yang cemerlang. Skrip yang ditulis

oleh Rohiman Haron ini pernah memenangi hadiah dalam peraduan menulis skrip filem

anjuran Finas dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak lama dahulu. Struktur

naratifnya diolah dengan baik, struktur dramatik dan konfliknya berkembang seimbang di

setiap adegan dan memuncak ke penamatnya apabila Embun akhirnya berjaya membunuh

Akaishi dan sekali gus menyelesaikan dendamnya biarpun dia sendiri akhirnya terkorban.

Umie Aida sebagai Embun telah memberikan lakonan yang terbaik. Di wajahnya

teralir kenaifan gadis desa dan kemudian secara perlahan menjadi pendendam selepas

abangnya ditangkap, bapanya mati dan dia sendiri dirogol secara bergilir-gilir. Izi Yahya

berjaya menampilkan lakonannya yang terbaik sebagai pegawai tentera Jepun yang rakus

dan kejam. Herot wajah dan gerak tubuhnya sudah cukup untuk memberikan dinamisme

pada wataknya. Bagaimanapun antara wajah tentera Jepun yang begitu menangkap dan

sukar dilupakan adalah Saito, lakonan Mak Kwai Yuen, dengan riak wajah yang dingin

serta lebih banyak mengundang misteri yang menakutkan.

23

Page 25: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

Aspek yang cukup cemerlang dalam filem ini ialah arahan fotografi yang dilakukan

oleh Teoh Gay Hian. Fotografinya bukan sahaja cantik tetapi sensitivitinya berupaya

menghasilkan mood yang sesuai untuk setiap adegan. Cahayanya terkawal, sudut dan

gerak kameranya berupaya menangkap detik-detik yang genting. Ada waktunya imej-imej

yang dihasilkan sungguh puitis. Aliran air sungai yang tenang dan hampir beku dilimpahi

cahaya malam, sedangkan keganasan dan perang sedang bersemarak. Kameranya berjaya

menangkap wajah-wajah penduduk kampung yang ketakutan dalam suasana yang genting

itu.

“Embun” sebagai sebuah filem bergerak dalam tempo yang baik dengan unsur

dramatiknya yang sentiasa terkawal kerana keupayaan suntingan yang cukup sensitif oleh

Kamarudin Abu. Shot-shot yang dipilih bukan sahaja memperkuat adegan, menyarankan

makna tetapi juga bersifat sugestif. Bagaimanapun struktur dramatik filem ini yang kuat di

peringkat awal terasa agak lembut apabila perjalanan cerita semakin menuju ke akhir. Hal

ini lebih terasa apabila hubungan Embun dan Koishi mula terbina. Suasana romantis itu

hampir menguasai adegan-adegan selepas itu, mujur adegan memuatkan Bayu dan

perjuangannya menguatkan semula kesan dramatik filem ini.

Biarpun filem ini memperlihatkan semangat feminis yang cukup kuat, tetapi

beberapa adegan dalam filem ini boleh sahaja menimbulkan persoalan. Embun tidak

memberikan gambaran emosi dan psikologi yang seharusnya dialami oleh wanita yang

pernah melalui peristiwa hitam dan paling ngeri dalam hidupnya. Apakah peristiwa itu

telah meragut emosinya dan kesan psikologinya terus hilang? Kita melihat dalam adegan

tertentu dia begitu mudah menerima Koishi yang seharusnya dicurigai kerana

pengalamannya masa lepas.

Secara keseluruhan, filem “Embun” ialah filem yang menarik untuk ditonton. Filem

ini membangkitkan ingatan kita terhadap sejarah pemerintahan Jepun. Ceritanya telah

digarap dengan kemas tetapi terdapat sedikit kelonggaran pada akhir cerita. Walau

bagaimanapun, filem ini tetap cemerlang dari segi lakonan, sinematografi, dan

24

Page 26: Tugasan HBML 3203 Semester Januari 2011

HBML 3203 TATABAHASA DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU

penyuntingan.

 

25