kumpulan perubahan.doc

26
1.0 PERUBAHAN DALAM KOMUNIKASI DAN INTERPERSONAL DALAM ORGANISASI Organisasi hari ini bergerak dalam persekitaran yang dinamik, kompleks dan terdedah kepada pelbagai tuntutan sama ada daripada dalam atau luar organisasi. Situasi ini menyebabkan agenda perubahan menjadi satu kemestian bagi menjamin kelangsungan organisasi tersebut. Dalam melaksanakan agenda perubahan, pengurus perlu mewujudkan persekitaran yang terbuka, telus dan ikhlas. Pengurus hendaklah meletakkan asas komunikasi dan keadilan sebagai nadi utama dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil semasa melaksanakan perubahan. Pengurus tidak mungkin dapat memenuhi setiap tuntutan, kehendak dan keperluan pekerja semasa melaksanakan perubahan, tetapi perubahan yang dilakukan berlandaskan keadilan dan komunikasi yang berkesan boleh meminimumkan kekecewaan ataupun konflik daripada tindakan perubahan tersebut. Perubahan dalam aspek komunikasi dan interpersonal akan mengurangkan salah faham dan kebimbangan di kalangan pekerja yang bakal menerima kesan langsung daripada pelaksanaan sesuatu program. Ini penting untuk memastikan dalam setiap perubahan yang dilakukan tidak ada mangsa yang teranaiya atau sengaja dianiayai. Kejayaan pengurus melaksanakan perubahan bukan di atas pencabulan, penafian dan pengeksploitasian prinsip serta hak 1

Transcript of kumpulan perubahan.doc

1.0PERUBAHAN DALAM KOMUNIKASI DAN INTERPERSONAL DALAM ORGANISASI

Organisasi hari ini bergerak dalam persekitaran yang dinamik, kompleks dan terdedah kepada pelbagai tuntutan sama ada daripada dalam atau luar organisasi. Situasi ini menyebabkan agenda perubahan menjadi satu kemestian bagi menjamin kelangsungan organisasi tersebut. Dalam melaksanakan agenda perubahan, pengurus perlu mewujudkan persekitaran yang terbuka, telus dan ikhlas. Pengurus hendaklah meletakkan asas komunikasi dan keadilan sebagai nadi utama dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil semasa melaksanakan perubahan. Pengurus tidak mungkin dapat memenuhi setiap tuntutan, kehendak dan keperluan pekerja semasa melaksanakan perubahan, tetapi perubahan yang dilakukan berlandaskan keadilan dan komunikasi yang berkesan boleh meminimumkan kekecewaan ataupun konflik daripada tindakan perubahan tersebut.

Perubahan dalam aspek komunikasi dan interpersonal akan mengurangkan salah faham dan kebimbangan di kalangan pekerja yang bakal menerima kesan langsung daripada pelaksanaan sesuatu program. Ini penting untuk memastikan dalam setiap perubahan yang dilakukan tidak ada mangsa yang teranaiya atau sengaja dianiayai. Kejayaan pengurus melaksanakan perubahan bukan di atas pencabulan, penafian dan pengeksploitasian prinsip serta hak persaingan dan persaudaraan sejagat yang sedia dimiliki oleh pekerja dalam sesebuah organisasi.2.0ANALISA SITUASI

Analisis Tekanan Lapangan Kurt Lewin (1974) merupakan satu teknik umum diagnosis bagi membawa perubahan. Menurut model Lewin, dalam satu keadaan terdapat dua tekanan yang bertindak untuk mengimbangi satu sama lain iaitu tekanan menahan ataupun tekanan memacu. Satu tekanan yang dikatakan tekanan memacu apabila ia akan menganjak ke arah perubahan. Manakala tekanan menahan ialah tekanan yang akan menarik daripada arah perubahan tersebut. Menurut Lewin lagi terdapat dua halangan utama dalam melakukan perubahan iaitu mereka tidak bersedia (atau tidak berupaya) dan perubahan yang dilakukan sering kali berlaku dalam tempoh yang singkat dan kemudian kembali ke asal.

2.2Kaedah Mengurus Penentangan terhadap perubahanPendekatanBiasa digunakanKebaikanKeburukanCara Mengatasi

Pendidikan dan komunikasiKurang maklumat dan maklumat analisis yang tidak tepatSelepas dipujuk orang bekenaan akan membantu melaksanakan perubahanBoleh jadi megambil masa terlalu lama jika ramai yg terlibatPerlu diterangkan awal-awal lg (individu/Kump) melalui mesyuarat, Kempen, Laporan dan lain-lain.

Penyertaan dan PenglibatanPara penggerak perubahan tidak mempunyai cukup maklumat untuk merekabentuk perubahan dan org lain mempunyai banyak kuasa untuk penentangOrang yang mengambil bahagian akan terikat untuk melaksanakan perubahan dan sebarang maklumat dapat diketahui.Mengambil masa terlalu lamaMemastikan pengikut mengambil bahagian.

Pemudahan dan sokonganOrang menentang kerana masalah pelarasanTidak ada pendekatan lain dapat digunakan sebaik mungkin.Masa yang lama dan melibatkan kos dan masih juga gagal.Program mengambil penentangan, program latihan semula, memberikan masa rehat selepas tempoh sukar, memberikan sokongan emosi

Rundingan dan persetujuanBanyak kuasa menentangMerupakan cara yang agak mudahBoleh melibatkan banyak kos jika untuk menggerakkan orang-orang lain utk berunding.Mengadakan rundingan dengan bakal-bakal penentang.

Manipulasi dan lantikanTaktik-taktik lain tidak sesuai atau memerlukan kos yang mahalBoleh jadi penyelesaian yang cepat dan tidak mahal utk masalah penentanganBoleh menimbulkan masalah di masa hadapan jika orang tahu dan merasa telah dipergunakanSecara tersembunyi mengalihkan pandangan atau melantik individu (berpengaruh) dengan peranan yg baik

Desakan eksplisit dan implisitPerlukan kecekapan para penggerak dan mempunyai banyak kuasaBoleh diselesaikan cara cepat dan boleh mengatasi sebarang jenis penentanganBoleh jadi bahaya jika akibatnya membuat orang marah kepada para penggerak perubahan itu.Memaksa para pekerja supaya menyetujui perubahan dengan ancaman seperti kehilangan atau pertukaran pekerjaan, kurang kenaikan atau diturunkan pangkat

3.0MATLAMAT PERUBAHAN DALAM KOMUNIKASI DAN INTERPERSONALa) Memahami kepentingan berkomunikasi berkesan

b) Menjelaskan maksud komunikasi interpersonal sebagai satu proses dan satu transaksi

c) menerangkan elemen dan proses komunikasi

d) Mempelajari teknik komunikasi interpersonal

e) Membincangkan cara-cara bagaimana mereka boleh mempertingkatkan kemahiran komunikasi

f) Menerangkan masalah-masalah yang berlaku dan halangan-halangan di dalam komunikasi interpersonal dan bagaimana mengatasinya

g) Mengamalkan kemahiran mendengar secara aktif

h) Menjelaskan fungsi bahasa dan bagaimana menggunakan bahasa yang bertepatan untuk menyampaikan maksud didalam komunikasi

i) Mempraktikkan gaya komunikasi asertif didalam transaksi harian.

4.0AKTIVITI YANG DIJALANKAN

Di bawah menunjukkan salah satu perubahan yang dilakukan menggunakan pendekatan latihan dan pembangunan sumber manusia. Perubahan yang dilakukan adalah dari segi komunikasi dan interpersonal di di Pejabat Pendaftar,Universiti Malaysia Terengganu, UMT.

PENGENALAN

Nama Kursus : Kursus Asas Komunikasi dan Interpersonal 2014

i. Kursus Asas Komunikasi dan Interpersonal 2014

Kursus Asas Komunikasi dan Interpersonal 2014 telah dianjurkan oleh Bahagian Seksyen Latihan, Pejabat Pendaftar, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kursus ini telah diadakan pada 7 hingga 8 Mac 2014 di Bilik Seminar, Kompleks Kuliah Pusat, UMT, Terengganu. Kursus ini diadakan khas untuk kumpulan sokongan Gred 1 hingga 27. Seramai 22 orang telah terlibat dalam kursus ini.

ii. TentatifKURSUS ASAS KOMUNIKASI DAN INTERPERSONAL

Tarikh : 8 9 Oktober 2014 (Selasa & Rabu)

Tempat : Bilik Seminar, Universiti Malaysia Terengganu

Hari Pertama : 7 Mac 2014 (Jumaat)

8.00 - 8.30 pagi: Pendaftaran peserta kursus

8.30 - 10.30 pagi: Modul 1 : Konsep dan Kepentingan Kemahiran Interpersonal

10.30 - 11.00 pagi: Minum Pagi

11.00 - 1.00 tghari: Modul 2 : Asas Kemahiran Kemanusiaan

1.00 - 2.30 petang: Makan Tengahari & Solat

2.30 - 4.30 petang: Modul 3 : Komunikasi Interpersonal Berkesan

4.30 - 5.00 petang: Minum petang & Bersurai

Hari Kedua: 8 Mac 2014 (Sabtu)

8.30 - 10.30 pagi : Modul : Komunikasi Interpersonal Berkesan - sambungan

10.30 - 11.00 pagi: Minum Pagi

11.00 - 1.00 tgahri: Modul 4 : Meningkatkan Perhubungan Interpersonal

1.00 2.30 petang: Makan Tengahari & Solat

2.30 - 4.30 petang: Modul 5 : Menangani Konflik

4.30 5.00 petang: Minum Petang & Bersurai

Perubahan ini berbentuk latihan pembangunan dan pengkaji menggunakan model Kurt Lewin sebagai panduan melaksanakan latihan pembangunan. Model Kurt Lewin melibatkan lima langkah utama iaitu mengenal pasti aspek amalan, merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, melihat kesan tindakan, dan membuat refleksi ke atas segala tindakan.

Dalam mengenal pasti aspek amalan,iaitu pencairan pengkaji telah mengenal pasti aspek amalan dan kesedaran kakitangan UMT dengan menggunakan tiga kaedah iaitu menemubual secara tidak rasmi, menjalankan pemerhatian semasa proses mesyuarat, kursus, lawatan dan menganalisis markah penilaian daripada soalan soal selidik daripada pelanggan.

Selepas masalah dikenal pasti, proses pencairan iaitu satu pelan tindakan bagi mengatasi masalah telah direkabentuk. Tindakan seterusnya adalah memilih strategi untuk menyelesaikan masalah yang wujud dan mengenal pasti instrumen bagi proses pengumpulan data. Sebelum sesi rawatan iaitu semasa kursus, pengkaji telah menjalankan ke atas peserta-peserta kajian.

Langkah seterusnya adalah memberi rawatan menggunakan strategi yang telah ditentukan. Dalam langkah ini, Kursus Komunikasi dan Interpersonal 2014 telah dipilih oleh pengkaji bagi mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Rawatan bagi kitaran pertama melibatkan lima sesi manakala rawatan bagi kitaran kedua hanya melibatkan dua sesi. Langkah seterusnya bagi memenuhi reka bentuk kajian tindakan mengikut model Kurt Lewin adalah membuat penilaian terhadap strategi yang telah dipilih dan dijalankan ke atas peserta kajian. Tujuan penilaian tersebut adalah bagi menentukan keberkesanan strategi atau rawatan yang telah diberikan terhadap peserta. Penilaian bagi kajian ini dibuat dengan menganalisis data mengikut alat kajian yang telah ditetapkan.

Selepas membuat penilaian, langkah seterusnya dalam model Kurt Lewin adalah membuat refleksi terhadap rawatan yang telah diberikan terhadap peserta kajian. Selepas mengambil kira data yang telah dikumpul dan keputusan daripada data yang telah dikumpul, pengkaji meneruskan satu lagi kitaran bagi penambahbaikan dan untuk mengatasi masalah yang wujud dari kitaran pertama. Selepas kelemahan dalam kitaran pertama itu dikenalpasti, pengkaji menjalankan kitaran kedua. Penggunaan strategi diperbaiki dalam kitaran kedua. Strategi yang diperbaiki adalah dari segi bagaimana menjadikan peserta lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi dan mempunyai nilai interpersonal yang baik terhadap pelanggan.5.0MODUL PENILAIAN YANG DIGUNAKAN

Penilaian merupakan satu proses yang melibatkan pengumpulan data secara terancang atau teratur. Kebanyakkan kajian penilaian berunsurkan tentang latihan atau program perkembangan professional. Penilaian boleh berlaku dalam sesuatu program, produk, polisi atau perkhidmatan. Antara modul penilaian yang digunakan dalam kursus ini ialah :-a) Modul Penilaian Kirkpatrick

Modul ini diasaskan oleh Kirkpatrick (1998). Ia mengandungi (reaksi)Contex, (pembelajaran)Input, Process(amalan) dan Product(hasil). Modul ini adalah berdasarkan penilaian berbentuk komprehensif. Penilaian program latihan harus difokuskan kepada 4 peringkat :-

1. Peringkat Pertama Reaksi (Contex) : Penilaian reaksi peserta sesuatu program (selalunya dengan menggunakan set soalan)

2. Peringkat Kedua Pembelajaran (Input) : Mengukur ilmu pengetahuan, sikap, kebolehan dan disiplin keputusan daripada program dan yang mana telah dikhaskan sebagai objektif latihan.

3. Peringkat Ketiga Amalan (Process) : Mengukur aspek peningkatan prestasi kerja yang mana berkaitan dengan objektif latihan.

4. Peringkat Keempat Hasil (Product) : Berdasarkan keputusan latihan kepada objektif organisasi dan lain lain aspek keberkesanan. Penilaian terhadap sesuatu program latihan merupakan suatu perkara yang penting. Hal ini kerana setiap program latihan yang dijalankan mempunyai matlamat dan objektifnya yang tersendiri. Maklumat yang diberi selalunya akan memberi gambaran yang jelas kepada proses proses kajian. Proses penilaian tidak hanya menghuraikan peristiwa-peristiwa, tetapi mencari untuk menafsirkan apakah menarik dalam kursus yang telah dipilih.

Menurut Gabr (2000), kaedah penilaian program perlu dilakukan dengan menilai keberkesanan program dalam mencapai objektifnya. Program latihan yang memberi tumpuan kepada peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan seseorang individu hanya akan berfungsi dan relevan sekiranya penilaian terhadap program tersebut dilaksanakan di Rajah 1 : Model Penilaian Kirkpatrick

Rajah 1 : Model Penilaian Kirkpatrick

Hasil penilaian daripada kursus ini telah diambil melalui kaedah soal selidik dan pemerhatian. Jadi Modul Penilaian Kirkpatrick telah diguna pakai dalam menilai kursus ini sama ada mencapai objektif ataupun tidak berdasarkan hasil yang diperolehi.

b) Modul Scriven

Modul ini juga telah digunakan dalam penilaian kursus ini. Terdapat dua

penilaian dalam kursus ini iaitu:-

i. Penilaian formatif

- Penilaian formatif digunakan sebagai maklumbalas untuk

memperbaiki sesuatu. ii. Penilaian penjumlahan (sumatif)

- Penilaian penjumlahan pula bertujuan untuk menentukan

keberkesanan keseluruhan.

Modul Scriven digunakan untuk menilai sama ada objektif berjaya dicapai ataupun tidak. Kaedah penilaian secara formatif telah digunakan dimana penceramah yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang banyak berkaitan dengan kursus yang disampaikan mendapatkan maklumat daripada para peserta secara bersahaja.c) Modul Pencapaian Objektif

Modul ini merupakan model klasikal berasaskan Tyler (1949). Keberkesanan sesuatu kursus itu adalah berjaya apabila sesuatu objektif itu berjaya dicapai. Dalam hal ini aspek penulisan objektif ditekankan. Dalam sistem penilaian terdapat tekanan untuk menghurai objektif dengan mengidentifikasikan hasil dan menyediakan maklum balas terhadap hasil kepada latihan yang telah disediakan. Contoh khas bagi sistem penilaian - membawa penilai dalam penyiasatan berkaitan dgn tingkah laku pekerja semasa berhadapan dengan pelanggan yang pelbagai kerenah. Satu daripada kritikan bagi pendekatan sistem ini ialah menggambarkan sedikit pandangan mekanik tentang kegagalan untuk mengenali objektif. Objektif cenderung untuk dipilih oleh satu kumpulan sosial khas (sebagai pengurus kanan) dan menunjukkan kepentingan hak dalam kumpulan.

Penilaian berteraskan objektif memfokuskan kepada hasil yang pragmatik. Tekanannya tidak terlalu banyak untuk merekabentuk sistem bagi mengira hasil tetapi perlu mengenalpasti sebarang kelainan antara perancangan dan cita-cita sebenar. Soalan pengenalan tentang keluasan bagi pemerhatian mengenai tingkah laku manusia tentang apa sebenarnya mereka fikirkan. Ia juga mengandaikan, cita-cita bagi program terhadap hasil yang mana yang akan dinilai yang mana boleh diterima.

Pendekatan membuat keputusan mencadangkan penilaian mesti distruktur oleh keputusan yang perlu dibuat. Keputusan ini adalah satu daripada dilema penilai yang selalu tidak mengetahui kepada siapa penilaian patut ditujukan (House, 1980). Kelemahan ini sering tidak diendahkan kepentingan potensi parti yang lain dan pemegang saham. Ia boleh di atasi dgn beberapa tingkat kumpulan data penilaian daripada luar kumpulan asal yang menaja.

Setiap kajian yang lakukan adalah mustahil untuk difahami tanpa menilai konteks di mana ia di ambil. Penilaian akan menjadi sukar sekiranya terdapat kehilangan maklumat yang diperlukan untuk merekabentuk penilaian dalam sesuatu kajian. Maka setiap penilaian yang dilakukan terhadap sesuatu program latihan perlulan dilakukan seiring dengan kegunaan latihan, objektif latihan dan proses yang perlu dilakukan dalam penilaian tersebut.

Dalam kursus ini, Modul Pencapaian Objektif telah digunakan. Kursus ini mengandungi beberapa modul diantaranya adalah mengenai konsep dan kepentingan kemahiran interpersonal, asas kemahiran kemanusiaan, komunikasi interpersonal berkesan, meningkatkan perhubungan interpersonal dan menangani konflik. Di antara objektif bagi kursus ini adalah untuk memahami kepentingan berkomunikasi berkesan, menjelaskan maksud komunikasi interpersonal sebagai satu proses dan satu transaksi, menerangkan elemen dan proses komunikasi, mempelajari teknik komunikasi interpersonal, membincangkan cara-cara bagaimana mereka boleh mempertingkatkan kemahiran komunikasi, menerangkan masalah-masalah yang berlaku dan halangan-halangan di dalam komunikasi interpersonal dan bagaimana mengatasinya, mengamalkan kemahiran mendengar secara aktif, menjelaskan fungsi bahasa dan bagaimana menggunakan bahasa yang bertepatan untuk menyampaikan maksud didalam komunikasi dan yang terakhir mempraktikkan gaya komunikasi asertif didalam transaksi harian. Jadi berdasarkan objektif dalam kursus ini, modul pencapaian objektif digunakan untuk menilai sama ada kursus ini berjaya atau tidak.d) Criteria-Oriented ModelModel ini telah dipilih oleh Cervero. Tujuh kriteria persoalan latihan telah menjadi kriteria dalam penilaian yang akan dilakukan untuk kursus yang telah dihadiri. Antaranya ialah Rekabentuk dan Perlaksanaan Program Latihan, Penglibatan Peserta, Kepuasan Peserta, Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap Peserta, Penggunaan Pembelajaran Selepas Latihan, Impak Penggunaan Pembelajaran dan Sifat Program yang berkait dengan Hasil.

Pendekatan kursus ini adalah berasaskan kepada komunikasi dua hala iaitu antara penceramah dengan peserta kursus. Pendekatan sebegini banyak melibatkan peserta dalam penyampaian mesej yang berkesan untuk diguna pakai semasa berurusan dengan pelanggan. Ini secara tidak langsung menggalakkan peserta untuk terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Kursus yang disediakan adalah untuk memberi pendekatan atau komunikasi interpersonal kepada peserta semasa berhadapan dengan pelanggan. Kaedah dan isi penyampaian mengikut keperluan dan diubahsuai mengikut keserasian dan keperluan organisasi. Kebolehan berinteraksi dan berkomunikasi dengan peserta juga dititikberatkan kerana jika cara berinteraksi dengan pelanggan tidak menepati keperluan pelanggan, kita boleh dipersalahkan.

5.1 INSTRUMEN PENGUMPULAN MAKLUMAT

Antara instrumen yang digunakan dalam pengumpulan maklumat dalam kursus ini adalah melalui :-

a) Soal selidik. Terdapat dua jenis kaedah soal selidik iaitu :-

i. Soal Selidik Bentuk Terbuka

ii. Soal Selidik Bentuk Tertutup

I. Soal Selidik Bentuk Terbuka

- Soalan yang memberi kebebasan kepada responden untuk menjawab.

- Contohnya: Apakah?, Mengapakah?, Bagaimanakah?, Sejauh manakah?

- Jawapan sebenar daripada responden bukan penyelidik.

- Responden bebas memberi jawapan berdasarkan isu dikemukakan.

II. Soal Selidik Bentuk Tertutup- Soalan yang berstruktur dan responden hanya memilih jawapan yang ditentukan sahaja.

- Memberikan masa yang cukup untuk menjawab.

- Mudah menjawab kerana jawapan disediakan.

- Jawapan mudah dianalisis

Kaedah Soal Selidik Tertutup telah digunakan dalam kursus ini sebagai instrumen pengumpulan data. Dibawah menunjukkan borang soal selidik yang telah diedarkan kepada para peserta untuk dinilai.b) Pemerhatian

Kaedah pemerhatian ialah kaedah terawal dalam penyelidikan. Kaedah ini digunakan bagi kajian berbentuk ujikaji, diskriptif dan historikal. Maklumat diperolehi secara langsung oleh penyelidik. Terdapat beberapa langkah untuk meninggikan kesahan dan kebolehpercayaan kaedah pemerhatian, antaranya :-

i. Tingkah laku manusia yang hendak diperhatikan mestilah diberi definisi yang jelas dan boleh diukur.

ii. Menggunakan bantuan alat teknologi moden seperti video, perakam. Di bawah menunjukkan Rajah 2: Gambar aktiviti yang dijalankan, yang digunakan untuk mendapatkan maklumat sama ada kursus telah mencapai objektif atau pun tidak hasil daripada pemerhatian.iii. Cara permerhatian tanpa serta adalah lebih baik.

iv. Pemerhatian hendaklah kepada kejadian atau tingkahlaku yang seharus diperhatikannya sahaja.

v. Elakkan daripada menjalankan pemerhatian tunggal.

vi. Masa pemerhatian dibuat secara rawak

vii. Hasil pemerhatian elok dicatat secepat mungkin.

5.2 REFLEKSI TENTANG LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (KURSUS KOMUNIKASI DAN INTERPERSONAL 2014)

Dalam kursus atau latihan yang telah dijalankan ini didapati, bagi program latihan, markah purata keseluruhan adalah 3.6/4. Markah terendah bagi skop ini datangnya daripada Jangkamasa Program Latihan (3.5/4). Salah satu markah tertinggi adalah dari Pencapaian Objektif Program iaitu (3.7/4).

Manakala bagi Pengurusan Program Latihan purata keseluruhan markah adalah 3.5/4. Markah terendah bagi skop ini ialah Makanan dan Minuman (3.3/4). Markah tertinggi datang dari Pengurusan Keseluruhan Program iaitu (3.6/4), Perjalanan Program Latihan (3.6/4) dan Nota dan Bahan Latihan (3.6/4).

Bagi penilaian penceramah iaitu Encik Shahrul Azrin bin Aziz dari Akal Impak Consultancy, peserta telah memberi markah purata (3.9/4) bagi setiap skop yang dinilai. Penceramah mempunyai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang banyak berkaitan dengan kursus yang disampaikan. Penceramah juga mempunyai kebolehan untuk menarik minat para peserta. Persediaan penceramah dan gaya persembahan penceramah adalah berkaitan dengan tajuk kursus yang dijalankan. Penceramah juga mengadakan banyak aktiviti secara praktikal dan berkumpulan. Ini dapat memberi kesan yang lebih kepada para peserta. Berikutan disertakan beberapa gambar sepanjang aktiviti yang dijalankan seperti di Rajah 3

Rajah 3: Gambar-gambar aktiviti yang dijalankan6.0PENUTUP

Latihan dan pembangunan mencabar kita mereka bentuk strategi pengurusan yang mengutamakan ilmu pengetahuan dan menggunakan pengalaman untuk meningkatkan daya saing sesebuah organisasi. Perubahan yang ingin dijalankan pada etiap individu berperanan memaksimumkan potensi diri melalui pembelajaran berterusan dan pada masa yang sama memanfaatkan kecemerlangan yang dicapai kepada organisasinya.

Ini adalah sesuai bagi menepati keperluan persekitaran persaingan, kadar perubahan yang pesat, pencapaian personel dan kepentingan daya kreatif dan inovatif. Oleh itu, Pejabat Pendaftar perlu mengemaskini dan mengatur strategi tertentu untuk mencapai tahap tertinggi dalam organisasi. Pejabat Pendaftar perlu melakukan banyak perubahan agar aspirasi tersebut akan memberikan tenaga kepada kita ke arah proses penambahbaikan berterusan. Misi dan visi ini tidak akan mustahil kita capai dengan azam dan tekad tinggi.

7.0LAMPIRAN

BORANG PENILAIAN PROGRAMKURSUS ASAS KOMUNIKASI DAN INTERPERSONAL

7 8 MAC 2014

BILIK SEMINAR, KOMPLEKS KULIAH PUSAT, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Dengan menggunakan skala di bawah, sila buat penilaian jujur anda dengan membulatkan nombor yang bersesuaian pada ruangan berkenaan :-

BAHAGIAN A : PROGRAM LATIHAN

BIL.KETERANGANSKALAULASAN /

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1.Pencapaian objektif program1

2

3

4

2.Kandungan Program1

2

3

4

3.Jangkamasa Program Latihan1

2

3

4

4.Bahan bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibekalkan1

2

3

4

5.Pendekatan yang digunakan dalam program1

2

3

4

6.Perkaitan program latihan dengan tugas yang dilakukan sekarang1

2

3

4

7.Peningkatan pengetahuan dan kemahiran1

2

3

4

BAHAGIAN B : PENGURUSAN PROGRAM LATIHAN

BIL.KETERANGANSKALAULASAN /

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1.Perjalanan program latihan1

2

3

4

2.Keadaan fizikal bilik kuliah1

2

3

4

3.Alat pandang dengar1

2

3

4

4.Nota nota dan bahan latihan1

2

3

4

5.Kemudahan komputer (jika ada)1

2

3

4

6.Kemudahan riadah dan rekreasi (jika ada)1

2

3

4

7.Penginapan (jika ada)1

2

3

4

8.Makanan dan minuman1

2

3

4

9.Kerjasama urus setia1

2

3

4

10.Pengurusan keseluruhan program1

2

3

4

BORANG PENILAIAN PENCERAMAH / PEMUDAHCARAKURSUS ASAS KOMUNIKASI DAN INTERPERSONAL

7 8 MAC 2014

BILIK SEMINAR, KOMPLEKS KULIAH PUSAT, UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Dengan menggunakan skala di bawah, sila buat penilaian jujur anda dengan membulatkan nombor yang bersesuaian pada ruangan berkenaan :-

BAHAGIAN C : PENILAIAN PENCERAMAH / PEMUDAHCARA

BIL.KETERANGANSKALAULASAN / CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

1.Persediaan penceramah / pemudahcara

1

2

3

4

2.Pengetahuan tentang subjek

1

2

3

4

3.Gaya persembahan

1

2

3

4

4.Kaitan antara isi kandungan dengan tajuk

1

2

3

4

5.Penggunaan alat bantu mengajar

1

2

3

4

6.

Kebolehan menarik minat / penglibatan1

2

3

4

8.0RUJUKAN

Abu Bakar Hamed. (1998). Asas pengurusan perniagaan. (Edisi kedua). Sintok:

Universiti Utara Malaysia.

Bersin, J. (2003). Training analytics: The time is now. Bersin Et Associate market

research, 1-4.Retrieve January 24,2007, www.exotoday .com/India/News/Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Buku 1 Kaedah Penyelidikan.

Malaysia: McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Asas Statistik Penyelidikan

Buku 2. Malaysia: McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.Gabr, M. (2000). Program Evaluation: A missing critical link in translator training,

July 10, 2007, http://accurapid.com/journal/15training.htm.Golstein, I.L. (1993). Training in Organization: NeedsAssessment, Development and

Evaluation. Third edition. Belmont, California: Brooks Publishing.Kirkpatrick, D.L Et Kirkpatrick, J.D. (2006) Evaluating Training Programs: The four

levels (3rd Ed). San Fransisco: Berret-Koehler.Nota Kuliah DCE 3105 : Penilaian LatihanRicks, B.R., Ginn, M.L., & Daughtrey, A.S. (1995). Contemporary supervision (2nd ed.). New York: McGraw Hill.

Shamsudin Ahmad, Penilaian Latihan 2013 (DCE3105), Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), Universiti Putra Malaysia.Rujukan Atas TalianData_Analytics_The_Time_ls_Now/551-70093-908.http://psikotube.blogspot.com/2010/04/model-mengubah-perancangan-kurt-lewis.html

http://kolaborasi-ilmu.blogspot.com/2012/12/bagaimana-mengurus-perubahan-mengikut.html

NAMA PENCERAMAH / PEMUDAHCARA:

ORGANISASI / KONSULTAN: AKAL IMPAK CONSULTANCY

20