Kurikulum Abad Ke 21

8
KURIKULUM ABAD KE 21 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA SEMBILAN CABARAN KE ARAH WAWASAN 2020 Cabaran Pertama adalah membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang diperkongsi bersama. Bangsa ini mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok- kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaanhak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut. Cabaran Kedua adalah melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaan kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya tidak terkongkong jiwanya dan dihormati pula oleh semua bangsa lain. Cabaran Ketiga yang sentiasa kita hadapi adalah cabaran membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat pula dicontohi oleh negara- negara membangun lainnya. Cabaran Keempat adalah membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para

description

kurikulum

Transcript of Kurikulum Abad Ke 21

KURIKULUM ABAD KE 21FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARASEMBILAN CABARAN KE ARAH WAWASAN 2020Cabaran Pertamaadalah membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang diperkongsi bersama. Bangsa ini mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaanhak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.Cabaran Keduaadalah melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan telah terbentuk jiwanya, yakin akan dirinya sendiri, bangga akan keadaan kini dan segala sesuatu yang telah dicapainya dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar menyedari segala kemungkinan dirinya tidak terkongkong jiwanya dan dihormati pula oleh semua bangsa lain.Cabaran Ketigayang sentiasa kita hadapi adalah cabaran membentuk dan memperkembang sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang mengamalkan suatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat pula dicontohi oleh negara-negara membangun lainnya.Cabaran Keempatadalah membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.Cabaran Kelimayang terus menerus kita hadapai adalah membentuk sebuah masyarakat matang yang bersifat liberal lagi toleran, dengan setiap warga bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut.Cabaran Keenamadalah membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.Cabaran Ketujuhadalah membentuk sebuah masyarakat berbudi yang berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri, dengan kebajikan rakyat tidak diasaskan kepada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi mantap.Cabaran Kelapanadalah menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Masyarakat itu akan menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama dengan kemajuan ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan terbentuk selagi terdapat penentuan fungsi ekonomi yang berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu.Cabaran Kesembilanadalah membentuk sebuah masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas, dan mempunyai daya ketahanan.

1.0 SENARIO MASYARAKAT MALAYSIAABAD KE 21

Usaha-usaha untuk mewujudkan masyarakat Malaysia abad ke 21 yang berdaya saing danberdaya maju digariskan dalam Wawasan 2020. Kesemua usaha ini bermatlamat menjadikanMalaysia sebuah negara moden dan maju, sebuah masyarakat industri yang adil, bermoral danrasional dan mempunyai keperibadian sendiri.Dalam pembangunan sebuah negara yang maju, masyarakat Malaysia memerlukankesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Sebagai sebuah negaramaju,pembangunan pesat berlaku dalam pelbagai bidang dan setiap bidang memerlukansepenuhperhatian. Ahli-ahli profesional dalam pelbagai bidang sebagai jurutera, doktor,arkitek, saintis,usahawan, peguam, ahli fikir dan sebagainya amat diperlukan. Kesemuagolongan ini secarabersepadu mengembeling fikiran, tenaga dan usaha untuk membangunMalaysia menjadi sebuahnegara maju.i. Sains dan TeknologiMalaysia menjadi sebuah negara yang mempunyai teknologi tinggi dan berfungsi sebagainegara pengeluar. Pelbagai barangan dan perkakasan untuk keperluan kehidupandikeluarkandan dipasarkan peringkat antarabangsa. Untuk tujuan ini sudah pasti kitamemerlukan ahli rekacipta yang mempunyai daya kreatif dan inovatif.ii.Teknologi MaklumatKeadaan dunia abad ke 21 akan semakin kecil dengan penemuan dan ciptaan baru sertamaklumat yang sebegitu banyak ledakan maklumat atau prasarana maklumat menjadipalinghebat apabilahigh performance communicationdigabungkan denganhighperformancecomputing. Melalui penggunaan pelbagai alat dan perkakasan hasilkemajuan teknologi sepertidigital teknologi. World Wide Webs dan Internet. Kita dapatmencapai, menyimpan, mendapatbalik dan menggunakan maklumat dengan cepat dalammasa yang singkat.iii. Pasaran dan IndustriPembangunan negara banyak bergantung kepada keteguhan ekonominya. Bidangperniagaan,perusahaan dan perdagangan akan berkembangan daripada bentuk pasaransecarakecil-kecilan kepada usaha yang luas di peringkat dunia antarabangsa. Pakar-pakar dalambidang ekonomi dan keusahawanan memang satu keperluan yangsangat pentingbagimencapai produktiviti negara.iv. ModenisasiProses modenisasi mempunyai koordinasi dan implikasi ke atas idea, pemikiran, sistemnilai,world view, dan budaya masyarakat dan negara. Masyarakat Malaysia akanmenjadibertambah kompleks dan menghadapi pelbagai masalah sosial. Keganasan,penganiayaan,jenayah intelektual dan jenayah kolar putih, masalah penyelewangan agama dan ketaatsetiaannegara. Negara memerlukan ahli fikir termasuk ahli-ahli fikirdalam bidang agama untukmembantu mengatasi masalah soasial dalam negara maju.2.0 PERANAN PENDIDIKANSecara umumnya sistem pendidikan boleh dikatakan mendokong dua peranan utama.Dari satu sudut, pendidikan sering dikenal pasti sebagai jentera untuk menyedakan tenagakerjayang terlatih dalam pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menggerak danmenyuburkan pertumbuhan ekonomi negara.Dari sudut lain pula pelajar yang sama setelah melalui sistem pendidikan formal, diharapkanmenjadi individu yang seimbang dari segi eprtumbuhan rohani, intelek dan jasmaninya.2.1 Peranan Pendidikan Terhadap Individui. Membentuk Ciri-Ciri Sosial IndividuPendidikan memainkan epranan penting untuk membentuk kesedaran :kekeluargaankomuniti dan masyarakatkebangsaankejirananorganisasiserantau dan antarabangsaii. Membentuk Ciri-Ciri Positif Sosial Individu

Sistem pendidikan negara adalah juga berperanan membentuk rakyat yang sentiasabermotivasi, iltizam, bermaruah, dedikasi, kuat daya saing, dan daya juang dari segiaqidah dan ilmu.iii.Membentuk Nilai-Nilai Asasi Individu Yang Cemerlang

Sistem pendidikan diharapkan dapat memainkan peranan untuk membentuk akhlak/etikaberasaskan agama dan moral yang tinggi.Individu yang terdidik mestilah boleh bertoleransi di antara kaum dan agama. Mereka jugahendaklah boleh menghormati kebudayaan kaum lain dan menghargai kebudayaankebangsaan.iv. Membentuk Individu Yang Berilmu Dan Berkemahiran Tinggi

Sistem pendidikan negara diharapkan dapat mengeluarkan individu yang bolehberkomunikasi sekurang-kurangnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Pendidikan juga diharapkan dapat membentuk individu yang berpengetahuan matematik,sains dan teknologi. Mereka mempunyai daya fikir dan mahir menyampai ilmu dankemahiran.2.2 Peranan Pendidikan Terhadap Masyarakati. Sumber Kemahiran dan Ketrampilan

Mempunyai atau mengetahui sesuatu bidang ilmu sahaja tidak mencukupi untuk sebuahmasyarakat menjalani kehidupan yang sempurna. Setiap ahli masyarakat perlu mahir danberketrampilan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.ii.Sumber Kebudayaan dan Ilmu

Sekolah memainkan peranan yang penting bagi menyalurkan kebudayaan dan ilmusesuatu bangsa kepada generasi berikutya. Tanpa sesuatu agen untuk mewariskan sertamemperluaskan budaya, sesuatu generasi baru akan kehilangan pedoman dan arah.Peranan mewariskan kebudayaan dan ilmu ini boleh dimainkan oleh institusi keluarga.Dalam abad ini masyarakat telah menjadi lebih maju menyebabkan kebanyakan ibu bapatelah terperangkap dalam arus mengejar kemajuan. Mereka tidak mempunyai cukup masauntuk memberikan ilmu yang lengkap kepada anak-anak.iii.Sumber Pemupukan Kepercayaan dan Sistem Nilai

Sepanjang sejarah kehidupan manusia, mereka tidak pernah lepas daripada sesuatukepercayaan dan sistem nilai. Manusia fitrahnya sentiasa mencari-cari jawapan bagipersoalan-persoalan kerohaniannya. Banyak berlaku, manusia tersesat dalam memberikanjawapan-jawapan persoalan kerohanian mereka. Dengan kesesatan itu mereka akanmembinasakan diri dan masyarakat mereka.Di sinilah peranan pendidikan menjadi penting bagi memberi petunjuk dan panduan yangbenar.iv.Menyediakan Tenaga Manusia Untuk Alam Pekerjaan

Pada masa kini dan pada masa akan datang terdapat pelbagai jenis pekerjaan. Lebih majusesuatu masyarakat maka lebih banyajk jenis pekerjaan yang wujud. Tenaga manusiapelbagai peringkat pendidikan perlu dikeluarkan bagi mengisi jawatan pekerjaan yangsesuai. Dengan wujudnya kepelbagaian pelajaran individu akan terdorong untuk (kerap)bertukar pekerjaan.v.Pusat Penjagaan Belia, Remaja Dan Kanak-Kanak

Dalam dunia perindustrian yang bertambah maju, semakin ramai ibu bapa terpaksamenumpukan banyak masa untuk pekerjaan masing-masing. Tambahan pula terdapat ibudan bapa terpaksan bekerja. Dengan ini sekolah akan memainkan peranan yang tersiratiaitu sebagai pusat penjagaan kanak-kanak, remaja dan belia.Untuk ini peranan persekolahan mestilah suatu tempat yang selesa, mengembirakan dandapat memenuhi naluri proses perkembangan kanak-kanak menjadi dewasa.