kurikulum bm.docx

download kurikulum bm.docx

of 19

description

kurikulum bm.docx

Transcript of kurikulum bm.docx

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan \kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Jika dilihat dan diteliti setiap kata yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di atas, matlamat atau hasrat kerajaan dalam bidang pendidikan di negara ini adalah untuk melahirkan individu atau modal insan yang seimbang dalam semua segi sama ada intelek, rohani, emosi mahupun jasmani. Justru bagi mencapai matlamat ini, sudah pastilah tanggung jawab harus dipikul oleh mereka yang bergelar guru. Mereka mestilah menerapkan segala aspek di kalangan pelajar bagi melahirkan modal insan yang unggul dan dalam melaksanakan tanggungjawab ini, sudah pastilah penekanan dalam aspek penyampaian ilmu melalui pengubalan kurikulum terpaksa dilakukan.Ada dinyatakan, Falsafah Pendidikan Negara, pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh yang demikian, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan Bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu. ( Abdullah Hasan,1996).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula, mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid.

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah.

Sewaktu guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, adalah diharapkan agar guru dapat memberikan penekanan kepada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara konstektual dan pembelajaran secara konstruktivitisme. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian . Kesemuanya jika dapat dilaksanakan akan dapat memenuhi dan mencapai hasrat falsafah pendidikan kebangsaan dan dapat di laksanakan seperti yang diharapkan.MATLAMAT Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa, menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, Ini membolehkan juga murid-murid berkomunikasi untuk keperluan diri dan memperolehi ilmu, perhubungan sosil dan urusan harian mereka ,sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mata bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan dan berakhlak mulia.KEMAHIRAN BAHASA Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran Bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

i.Kemahiran Mendengar Kemahiran Mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti , memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas.

ii.Kemahiran Bertutur Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan. Penekanan diberi kepada penggunaan pengucapan yang menggunakan tatabahasa yang sesuai.

iii.Kemahiran Membaca Kemahiran Membaca merupakan keupayaan murid membaca ayat dengan lancar serta sebutan, intonasi, dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberi kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca. Mereka berupaya memahami dan menghayati teks yang dibaca.iv.Kemahiran Menulis

Kemahiran Menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan bahan berunsur pengetahuan dan penulisan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa memerlukan kepelbagaian situasi dan konteks yang meliputi bentuk prosa, puisi, dan grafik.SISTEM BAHASA Sistem Bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada bahasa MMelayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah yang terdapat dalam mata pelajaran yang lain pada peringkat rendah. Sistem bahasa merujuk Bahasa Melayu aku yang terdiri daripada tatabahsa, ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.

SEBUTAN Bahasa MelayuSistem Bahasa dapat diringkaskan seperti berikut:

TATABAHASA Morfologi Sintaksis

KOSA KATA Umum Istilah

SISTEM BAHASA

SISTEM EJAAN Pola keselarasan vocal Ejaan Kata Pinjaman Ejaan kata dasar danKata pinjaman

Peribahasa Bahasa Kiasan Simpulan Bahasa Perumpamaan Pepatah Perbilangan

INTONASI MENGIKUT POLA Jenis ayat Susunan ayat Ragam ayat3.1 KONSEP DAN PENGERTIAN.

(a) Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan PelajaranSukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya. Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal dan bersistem.

Manakala Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras, iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang.

HSPBM menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. HSPBM diharapkan dapat membantu para guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Guru digesa melakukan aktiviti yang memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi , kemahiran belajar cara belajar, dan pelbagai lagi. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalamkehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Sukatan Pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid. Sukatan Pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah mengandungi Matlamat, Objektif, dan Organisasi Kandungan. Organisasi Kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian Kurikulum. Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah menyediakan kandungan pengajaran dan pembelajaran bagi enam tahun persekolahan. Kandungan Sukatan Pelajaran ini diperincikan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.

b)NilaiNilaiEstetikaInsan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tunjang Fizikal. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.

Estetika mengikut Kamus Dewan adalah merujuk perkara yang berkaitan dengan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan ( terutamanya ) dalam bidang seni. Ini bermakna nilai nilai estetika diajar dalam setiap disiplin ilmu atau mata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan lain lain.

4.0 HUBUNGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Justeru, setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjelaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini, umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK.

Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).

Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu, lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Ia sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Huraian Sukatan Pelajaran khasnya dalam beberapa aspek. Antaranya :

RohaniJasmaniBakatAkhlakSosialNilainilai estetika(a) Intelek5.0 Hubungan Kandungan Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahikran insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu (Abdullah Hassan, 1996).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. (Roselan Baki, 2003).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan dengan mengambil kita tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T). Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa, contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang dicadangkan.

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah (Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff, 2003).

Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara, bahasa perpaduan dan bahasa imu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mat bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.

Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah lebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai roh dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:

Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupann sehari-hari;

Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;

Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;

Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;

Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;

Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;

Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;

Menggunakan Bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;

Menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;

Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai;

Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.

Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolahan murid (Roselan Baki, 2003). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.

Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, adalah lebih baik kita lihat bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran.

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains, Matematik, Sejarah dan lain-lain.

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, program pengayaan perlu diberi penekanan kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Bahan-bahan yang berbeza hendaklah diberi kepada murid-murid sama ada untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid-murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Murid-murid yang belum menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam tempoh yang telah ditetapkan disedikan dengan program atau aktiviti pemulihan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid-murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

6.0 Hasrat KSSR Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula Tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini. Reka bentuk kurikulum transformasi KSSR dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang. Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilaitambah kemahiran menaakul. Murid dituntut menguasai kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan,kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian,sikap dan nilai iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dannilai perlu dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui system pendidikan negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia.Tunjang ini juga memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras kepada ini.

Tunjang ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara dan global. Kesedaran tentang perkara ini akan mendorong kepadapengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable development ) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal energy). Selain itu,tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan semangat patriotisme danperpaduan. Dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,budaya dan agama, agenda perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada usahapembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam dalam diriindividu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian,tunjang kemanusiaan memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahirandan nilai yang ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti PendidikanSivik dan Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan AlamSekitar.

Seterusnya, Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya saing, berilmu pengetahuan, berintegriti,patriotik, rasional dalam tindakan dan mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis.Namun, pengamalan dan penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam aktiviti(kurikulum) dan kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan. Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum. Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilikdarjah dan mengamalkannya dalam penglibatan dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum memberi peluang kepada murid memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga, masyarakatdan negara. Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan insan seimbang darisegi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjaminpembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahapkematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat, reka bentuk tunjangliterasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains dan teknologi. Di peringkat asas, murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi, proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT.Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR berupaya membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan murid dapat mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru-guru disaran menggunakan pendekatan didik-hibur yang berpusatkan kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat menyeronokkan. KSSR akan menimbulkan minat kepada murid untuk belajar. Pendekatan didik-hibur yang digunakan dapat menjadi dorongan untuk murid terlibat aktif dalam setiap waktu pembelajaran selain menyerlahkan semangat kerjasama dan menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas.

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Beberapa penamahbaikan telah dibuat dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah penekanan aspek tatabahasa yang diajarkan secara khusus dalam waktu yang diperuntukan dan aspek Seni Bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid mengapresiasi keindahan seni dalam bahasa melalui unsur didik hibur. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia ini dijelmakan dalam standard kandungan dan standard pembelajaran yang lebih memfokuskan keupayaan murid berkomunikasi.

Pengajaran yang berpusatkan murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran bahasa dan mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih luas. Standard kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai murni dalam membentuk insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran secara teori dan amali. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana yang kondusif perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan minat murid untuk belajar dengan berkesan. Standard kandungan ini mengutamakan pendemokrasian pendidikan kepada semua murid sekolah rendah ke arah merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Rajah 1: Standard Kurikulum

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk :i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran denganteliti dan betul;

ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasadan ayat dengan betul;

iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan danpertanyaan dengan betul;

iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalamsituasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;

v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengarmenggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagaisumber dengan tepat secara bertatasusila;

vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagaisumber secara bertatasusila;

viii. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;ix. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul;

x. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.

xi. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;xii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;

xiii. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;

xiv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

xv. menulis imlak dengan tepat.

xvi. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun;

xvii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;

xviii. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;

xix. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;

xx. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan;; dan

xxi. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

Pada akhir pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah, murid dapat memperkaya kosa kata, mempertingkatkan pemahaman berbahasa dan menguasai bahasa serta berkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan pendapat, idea dan maklumat dalam pelbagai situasi pembelajaran, hubungan sosial dan kehidupan harian.

8.0 KANDUNGAN STANDARD DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA KSSR

Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan dan juga di sekolah jenis kebangsaan. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid.

8.1 Standard Kandungan Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.

8.2 Standard Pembelajaran Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.

8.3 Kemahiran Kandungan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia mengandungi aspek kemahiran berbahasa, seni bahasa dan tatabahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.

Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan seperti bersoal jawab, ucapan, lakonan dan perbincangan. Murid juga perlu menghayati dan memberi respons yang betul kepada perkara yang didengar. Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk hubungan sosial, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif. Penekanan diberi pada sebutan dan intonasi yang betul serta pengucapan yang bertatasusila serta menggunakan tatabahasa yang betul.

Kemahiran membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik bacaan. Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu, dan bahan sastera dan bukan sastera secara kritis.

Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi. Penekanan juga diberi pada penulisan yang menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang betul dengan tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalak menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan bahan penulisan.

Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi, bercerita,