Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

20
Bahagian Pembangunan Kurikulum KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4 KSSR 2013

Transcript of Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Page 1: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN(DSKP)

KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 4KSSR 2013

Page 2: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

…suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.

Akta 550 (Akta Pendidikan 1996)

KURIKULUM KEBANGSAAN

Page 3: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KURIKULUM

Suatu pengalaman pembelajaran yang terancang ke arah mencapai penghasilan pembelajaran yang

dihasratkan

(PPK, 2001)

Page 4: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

4

KOMPONEN KURIKULUM

KANDUNGAN

PEDAGOGI PENTAKSIRAN

KURIKULUM

Page 5: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KANDUNGAN

• Isi mata pelajaran

• Matlamat dan objektif pembelajaran/hasil pembelajaran yang dihasratkan melalui mata pelajaran tersebut.

Page 6: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PEDAGOGI

(PPK, 2001)

Pengalaman pembelajaran yang seharusnya dilalui menerusi teknik dan kaedah yang berkualiti ke arah mencapai objektif pembelajaran.

Susun atur pengalaman pembelajaran yang terancang bagi mencapai objektif pembelajaran.

Page 7: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN

• Kaedah yang digunakan dalam proses pembelajaran untuk menentukan objektif pembelajaran telah dicapai.

Page 8: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

8

APAKAH KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA GURU?

• Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid

• Menilai keberkesanan PdP

• Membantu memperbaiki PdP

• Membantu perancangan tindakan susulan

Page 9: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

9

• Memahami tujuan mereka belajar dan mengetahui kemajuan pembelajaran mereka

• Meningkatkan motivasi dan keyakinan diri

APAKAH KEPENTINGAN PENTAKSIRAN KEPADA MURID?

• Memaklumkan murid tentang tindak susul

Page 10: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PENTAKSIRAN DALAM BILIK DARJAH

PENTAKSIRAN FORMATIF PENTAKSIRAN SUMATIF

• Memantau perkembangan murid secara berterusan.

• Maklumat yang diperoleh digunakan bagi mempertingkatkan keberkesanan PdP.

• Kelemahan murid perlu dikenal pasti supaya dapat dipulihkan sebelum kelemahan ini terkumpul sehingga sukar diatasi.

• memberi lebih impak kepada pembelajaran dan pencapaian murid

Dijalankan pada akhir suatu tempoh pembelajaran dan bertujuan untuk mengetahui tahap penguasaan murid.

Page 11: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

FORMATIF SUMATIF

• Assessment for learning • Semasa PdP• Tidak digredkan• Penekanan pada proses• Pelaporan dalam bentuk deskriptif• Berterusan • Maklumat membantu meningkatkan kualiti PdP

• Assessment of learning• Berlaku pada akhir suatu tempoh pembelajaran• Digredkan • Penekanan pada produk• Pelaporan dalam bentuk skor/gred• Berkala • Maklumat menunjukkan tahap pencapaian murid

PERBEZAAN ANTARA PENTAKSIRAN FORMATIF DAN SUMATIF

Page 12: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

12

CADANGAN KAEDAH PENTAKSIRANFORMATIF

• Pemerhatian

• Lisan

• Hasil kerja

• Kuiz

• Drama dll…

• Tugasan• Projek

Page 13: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Apa itu DSKP

Satu dokumen yang mengintegrasikan kurikulum dan pentaksiran.

DSKP menyenaraikan Standard Kandungan (SK), Standard Pembelajaran (SP) dan Standard Prestasi (SPi).

Page 14: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Mengapa DSKP ?

DSKP akan digunakan mulai Januari 2014 untuk Tahun 4

Kurikulum merangkumi Kandungan, Pedagogi dan Pentaksiran.

Memberi pengupayaan (empowerment) kepada guru-guru untuk membuat pentaksiran formatif dan sumatif di dalam bilik darjah.

Page 15: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

15

KURIKULUM BERASASKAN STANDARD

STANDARD KANDUNGAN

STANDARD PEMBELAJARAN

Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

STANDARD PRESTASI

Satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai (indicator of success)

Page 16: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

16

TAHAP PENGUASAAN

KRITERIA PENCAPAIAN YANG BERASASKAN SETIAP KELOMPOK STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN YANG DITETAPKAN

Page 17: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

TAFSIRAN STANDARD PRESTASI SECARA UMUM

TAHAP PENGUASAAN TAFSIRAN

1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.

6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi.

Page 18: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PELAPORAN TAHAP PENGUASAAN MURID

• TEMPLAT MS EXCEL DISEDIAKAN

• GURU PERLU MEMBUAT PENTAKSIRAN SEHINGGA LENGKAP SATU KELOMPOK STANDARD KANDUNGAN DAN PEMBELAJARAN

• TIDAK SECARA DALAM TALIAN (STANDALONE OFFLINE)

• REKOD DISIMPAN DI SEKOLAH UNTUK TUJUAN PELAPORAN KEPADA IBU BAPA

Page 19: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

19

NOTA:

• TIADA UJIAN SETARA DI PERINGKAT DAERAH ATAU NEGERI

• UJIAN PERTENGAHAN DAN AKHIR TAHUN BOLEH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH

• UJIAN-UJIAN BULANAN PERINGKAT SEKOLAH TIDAK PERLU DIJALANKAN

Page 20: Kursus orientasi dskp tahun 4 19082013 terkini

Bahagian Pembangunan KurikulumKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

20