LAMPIRAN 1 PROJEK INTEGRASI SISTEM GIS PENILAIAN...

8
LAMPIRAN 1 PROJEK INTEGRASI SISTEM GIS PENILAIAN DAN APLIKASI GOOGLE MAP MAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI 1.0 PENGENALAN 1.1 Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diterajui oleh tiga bahagian penting iaitu Bahagian Penilaian, Bahagian Pengurusan Harta dan Bahagian Pentadbiran diterajui oleh 57 pegawai. Peranan besar bagi jabatan ini adalah dalam membentuk dan memelihara Sistem Percukaian MPSP supaya ianya sentiasa responsif dan efektif menjurus konsep keadilan dan kemampanan bagi maksud pengenaan Cukai Taksiran di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Di samping itu, Jabatan turut dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta-harta tak alih MPSP bagi maksud komersial dan awam. 2.0 LAPORAN INOVASI (Nayatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan) 2.1 Tujuan Inovasi Pelaksanaan Integrasi Sistem GOS Penilaian dan Aplikasi Google Map adalah bagi memenuhi keperluan semasa berdasarkan sasaran Jabatan iaitu untuk meningkatkan hasil Majlis menerusi pencarian hasil-hasil baru, maka sasaran utama hasil tersebut adalah difokuskan ke atas bangunan-bangunan yang dibina tanpa kelulusan Majlis. 2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi Pembangunan projek ini adalah gabungan hasil kerja dari beberapa pihak yang saling melengkapi antara satu sama lain. Pihak – pihak yang terlibat adalah seperti berikut:- i) Sistem GIS Penilaian dibangunkan dan dimodifikasi oleh vendor yang dilantik menggunakan Perisian Open Source. ii) Lapisan Peta Asas diperoleh daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia iii) Lapisan-lapisan lain diperoleh daripada lain-lain Jabatan yang terlibat dengan usahasama dengan Pusat Sistem Maklumat Geografi Negeri Pulau Pinang (PeGIS). iv) Titik Koordinat adalah usaha sama pegawai teknikal di Jabatan untuk menterjemahkan Data Spatial secara digital dalam bentuk Georgraphic Information System (GIS). Titik koordinat tersebut adalah bagi tujuan kemudahkesaan lokasi sesuatu pegangan berkadar.

Transcript of LAMPIRAN 1 PROJEK INTEGRASI SISTEM GIS PENILAIAN...

Page 1: LAMPIRAN 1 PROJEK INTEGRASI SISTEM GIS PENILAIAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2027-projek-integrasi... · dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta-harta tak alih

LAMPIRAN 1

PROJEK INTEGRASI SISTEM GIS PENILAIAN DAN APLIKASI GOOGLE MAPMAJLIS PERBANDARAN SEBERANG PERAI

1.0 PENGENALAN

1.1 Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diterajui oleh tiga bahagian penting

iaitu Bahagian Penilaian, Bahagian Pengurusan Harta dan Bahagian Pentadbiran

diterajui oleh 57 pegawai. Peranan besar bagi jabatan ini adalah dalam membentuk

dan memelihara Sistem Percukaian MPSP supaya ianya sentiasa responsif dan efektif

menjurus konsep keadilan dan kemampanan bagi maksud pengenaan Cukai Taksiran

di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Di samping itu, Jabatan turut

dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta-harta tak alih MPSP bagi maksud

komersial dan awam.

2.0 LAPORAN INOVASI (Nayatakan secara ringkas yang mana yang berkaitan)

2.1 Tujuan Inovasi

Pelaksanaan Integrasi Sistem GOS Penilaian dan Aplikasi Google Map adalah bagi

memenuhi keperluan semasa berdasarkan sasaran Jabatan iaitu untuk meningkatkan

hasil Majlis menerusi pencarian hasil-hasil baru, maka sasaran utama hasil tersebut

adalah difokuskan ke atas bangunan-bangunan yang dibina tanpa kelulusan Majlis.

2.2 Proses Pelaksanaan Inovasi

Pembangunan projek ini adalah gabungan hasil kerja dari beberapa pihak yang saling

melengkapi antara satu sama lain. Pihak – pihak yang terlibat adalah seperti berikut:-

i) Sistem GIS Penilaian dibangunkan dan dimodifikasi oleh vendor yang dilantik

menggunakan Perisian Open Source.

ii) Lapisan Peta Asas diperoleh daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

iii) Lapisan-lapisan lain diperoleh daripada lain-lain Jabatan yang terlibat dengan

usahasama dengan Pusat Sistem Maklumat Geografi Negeri Pulau Pinang

(PeGIS).

iv) Titik Koordinat adalah usaha sama pegawai teknikal di Jabatan untuk

menterjemahkan Data Spatial secara digital dalam bentuk Georgraphic

Information System (GIS). Titik koordinat tersebut adalah bagi tujuan

kemudahkesaan lokasi sesuatu pegangan berkadar.

Page 2: LAMPIRAN 1 PROJEK INTEGRASI SISTEM GIS PENILAIAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2027-projek-integrasi... · dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta-harta tak alih

2.3 Proses sebelum dan selepas

Sebelum

Bermula tahun 2006, Jabatan telah mula memperkenalkan Sistem GIS Penilaian

berdasarkan modul daripada Pusat Sistem Maklumat Geografi Negeri Pulau Pinang

(PeGIS). Bagi mengaktifkan penggunaan Sistem GIS Penilaian, semua maklumat

pengangan berkadar dihubungkan ke sistem tersebut dan penandaan lokasi atau

kedudukan pegangan berkadar seperti mana yang dibuat di atas peta asas FWB

(Field Work Block) telah dipersembahkan secara digital mengikut keperluan jabatan.

Bagi memastikan ketepatan penandaan lokasi pegangan berkadar, rujukan dan

semakan maklumat nombor lot pegangan berkenaan perlu dibuat terlebih dahulu.

Namun begitu, pelaksanaan Sistem GIS Penilaian masih mempunyai kelemahan

kerana ia hanya dapat digunakan untuk rujukan bagi pegangan berkadar sedia ada

sahaja. Ini bermakna, sistem tersebut tidak dapat membantu dalam mengenalpasti

pegangan-pegangan berkadar yang masih belum dinilaikan.

Selepas

Atas dasar tanggungjawab untuk meningkatkan hasil cukai, Jabatan telah mengambil

inisiatif untuk membuat suatu inovasi ke atas Sistem GIS Penilaian tersebut. Maka

suatu inovasi bercirikan penggunaan teknologi terkini telah dilaksanakan dengan

Mengintegrasikan Sistem GIS Penilaian dan Aplikasi Google Map. Integrasi ini

sangat efektif untuk digunapakai bagi mengenal pasti lokasi atau kedudukan

bangunan yang didirikan tanpa kelulusan Majlis. Ini dapat memendekkan proses kerja

tersebut terutamanya bagi pegawai-pegawai teknikal kerana tidak perlu lagi mencari

secara pengamatan di lapangan sebelum kerja-kerja lawat periksa dapat dijalankan.

2.4 Elemen penurunan kuasa (jika ada)

2.5 Impak inovasi terhadap kumpulan sasar/perkhidmatan/jabatan/agensi/Negara:

i) Elemen Inovatif/Kreativiti

Pelaksanaan Integrasi Sistem GIS Penilaian dan Aplikasi Google Map dapat

meningkatkan hasil Majlis menerusi pencarian hasil-hasil baru, maka sasaran

utama hasil tersebut adalah difokuskan ke atas bangunan-bangunan yang

dibina tanpa kelulusan Majlis.

Page 3: LAMPIRAN 1 PROJEK INTEGRASI SISTEM GIS PENILAIAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2027-projek-integrasi... · dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta-harta tak alih

ii) Elemen Keberkesanan

Peningkatan Hasil Keseluruhan Cukai Taksiran Secara Berterusan

Page 4: LAMPIRAN 1 PROJEK INTEGRASI SISTEM GIS PENILAIAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2027-projek-integrasi... · dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta-harta tak alih

iii) Elemen Signifikan

Signifikan Objektif Projek

Keberhasilan yang signifikan hasil daripada objektif projek adalah dapat

menjana dan meningkatkan hasil kepada Majlis dengan pengenaan Cukai

Taksiran terhadap bangunan-bangunan yang dibina tanpa kelulusan Majlis

yang berjaya dijejaki.

Pengurangan Sumber Manusia

Pengurangan sumber tenaga kerja di Jabatan sebelum inovasi seramai 16

orang kakitangan telah diarahkan untuk mengenalpasti bangunan-bangunan

yang dibina tanpa kelulusan Majlis, tanpa sebarang panduan yang jelas di

mana lokasi atau kedudukan bangunan-bangunan dari jenis tersebut. Walau

bagaimanapun selepas inovasi dilaksanakan hanya 2 orang pegawai sahaja

yang diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja penilaian.

Penjimatan Bayaran Tuntutan Perjalanan

Jabatan telah berjaya menjimatkan kos bayaran tuntutan perjalanan bulanan

yang dibuat oleh 16 orang pegawai yang ditugaskan untuk menjejaki

bangunan-bangunan yang dibina tanpa kelulusan Majlis, apabila Jabatan

menetapkan hanya 2 orang pegawai sahaja bagi menjalankan kerja-kerja

tersebut.

Penjimatan Tempoh Masa

Tempoh masa untuk menjejaki bangunan-bangunan yang dibina tanpa

kelulusan Majlis dapat dipendekkan dalam tempoh beberapa minit sahaja.

iv) Elemen Relevan

Pelaksanaan Projek Selaras Dengan Agenda Nasional

Pelaksanaan projek ini adalah selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri,

Dato' Seri Najib bin Tun Razak untuk melihat penambahbaikan dalam

penyampaian perkhidmatan kepada rakyat dengan meningkatkan prestasi,

produktiviti dan sumbangan penjawat awam ke arah pembangunan negara.

Page 5: LAMPIRAN 1 PROJEK INTEGRASI SISTEM GIS PENILAIAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2027-projek-integrasi... · dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta-harta tak alih

Mengambilkira Persekitaran Semasa dan Sesuai di Peringkat Tempatan /

Global

Seiring dengan perkembangan teknologi semasa di mana aplikasi-aplikasi

pemudahcara menjadi sebahagian daripada rencah kehidupan masyarakat,

maka mengoptimumkan penggunaan teknologi terkini seperti Sistem GIS

Penilaian dan Aplikasi Google Map sebagai alat yang boleh membantu

penyampaian perkhidmatan dengan berkesan, cepat, tepat dilihat sangat

relevan.

2.6 Pengiktirafan diterima

Tiada

2.7 Gambar-gambar berkaitan

Page 6: LAMPIRAN 1 PROJEK INTEGRASI SISTEM GIS PENILAIAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2027-projek-integrasi... · dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta-harta tak alih
Page 7: LAMPIRAN 1 PROJEK INTEGRASI SISTEM GIS PENILAIAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2027-projek-integrasi... · dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta-harta tak alih
Page 8: LAMPIRAN 1 PROJEK INTEGRASI SISTEM GIS PENILAIAN …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2027-projek-integrasi... · dipertanggungjawabkan untuk menguruskan harta-harta tak alih

2.8 Implikasi Kewangan (jika ada)

3.0 PENUTUP

Projek yang berpontensi untuk berkembang dan mempunyai perancangan masa hadapan

projek beserta dengan penambahbaikan dan outcome yang disasarkan dengan pelaksanaan

perancangan tersebut. Outcome yang disasarkan daripada penambahbaikan adalah untuk

mengurangkan lagi pemantauan kakitangan ke atas kawasan masing-masing yang secara

konvensionalnya keluar ke lapangan bagi kes-kes binaan tambahan tanpa kebenaran.

Disediakan oleh:

Nama Pegawai :SHAHAROM BINTI MOHD SHAH HIMI

Tel :6505748

Emel : [email protected]