LAMPIRAN (C) Kaitan Ilmu Perubatan dan Qawaid...

3
486 LAMPIRAN (C) Kaitan Ilmu Perubatan dan Qawaid Fiqhiyyah Ilmu sains perubatan sentiasa berkembang dan seiringan dengan isu-isu baru yang menimbulkan banyak persoalan sama ada bertepatan atau bercanggah dengan kehendak syariah. Oleh yang demikian selayaknya perlu ada hubungan dan kerjasama dengan pakar perubatan dan pakar bidang fiqh agar satu permasalahan itu dapat diselesaikan dengan baik, selamat dan mendapat keredhaan Allah SWT. Sehubungan dengan ini, Allah SWT berfirman bermaksud: "Maka tanyalah ahli ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui" (Surah al-Nahl: 16: 43). Jelas bahawa ilmu Syariah dan ilmu Perubatan diturun dan diilhamkan oleh sumber Maha Agung yang sama, iaitu Allah SWT. Kekeliruan terhadap Qawaid Fiqhiyyah Qawaid bermaksud kaedah-kaedah, sebagai satu cabang dalam bidang ilmu syariah. Skop perbahasannya membincangkan hukum syarak secara keseluruhan merangkumi masalah- masalah furu’. Ia bersifat umum atau menyeluruh namun dalam satu-satu kaedah ada masalah yang dikecualikan. Kaedah feqah pula lahir daripada masalah-masalah furu’ feqah yang dilihat ada persamaan antara satu sama lain. Ia digunakan oleh ulama atau penuntut ilmu untuk memudahkan hafalan masalah-masalah feqah mengikut kaedah, bukan digunakan oleh mujtahid untuk mengistinbath hukum feqah. Bagi tujuan mengistinbath hukum, perlu kepada penguasaan ilmu usul feqah menerusi media bahasa Arab secara mendalam. Penjelasan di sini hanya membincangkan kaedah Fiqh, sebaliknya bukan spesifik kepada hukum Fiqh itu sendiri. Namun untuk lebih jelas lagi perlu disertakan juga contoh

Transcript of LAMPIRAN (C) Kaitan Ilmu Perubatan dan Qawaid...

Page 1: LAMPIRAN (C) Kaitan Ilmu Perubatan dan Qawaid Fiqhiyyahstudentsrepo.um.edu.my/6172/10/Lampiran_3_Qawaid_Fiqhiyyah... · Kaitan Ilmu Perubatan dan Qawaid Fiqhiyyah Ilmu sains perubatan

486

LAMPIRAN (C)

Kaitan Ilmu Perubatan dan Qawaid Fiqhiyyah

Ilmu sains perubatan sentiasa berkembang dan seiringan dengan isu-isu baru yang

menimbulkan banyak persoalan sama ada bertepatan atau bercanggah dengan kehendak

syariah. Oleh yang demikian selayaknya perlu ada hubungan dan kerjasama dengan pakar

perubatan dan pakar bidang fiqh agar satu permasalahan itu dapat diselesaikan dengan baik,

selamat dan mendapat keredhaan Allah SWT. Sehubungan dengan ini, Allah SWT

berfirman bermaksud: "Maka tanyalah ahli ilmu sekiranya kamu tidak mengetahui" (Surah

al-Nahl: 16: 43). Jelas bahawa ilmu Syariah dan ilmu Perubatan diturun dan diilhamkan

oleh sumber Maha Agung yang sama, iaitu Allah SWT.

Kekeliruan terhadap Qawaid Fiqhiyyah

Qawaid bermaksud kaedah-kaedah, sebagai satu cabang dalam bidang ilmu syariah. Skop

perbahasannya membincangkan hukum syarak secara keseluruhan merangkumi masalah-

masalah furu’. Ia bersifat umum atau menyeluruh namun dalam satu-satu kaedah ada

masalah yang dikecualikan. Kaedah feqah pula lahir daripada masalah-masalah furu’ feqah

yang dilihat ada persamaan antara satu sama lain. Ia digunakan oleh ulama atau penuntut

ilmu untuk memudahkan hafalan masalah-masalah feqah mengikut kaedah, bukan

digunakan oleh mujtahid untuk mengistinbath hukum feqah. Bagi tujuan mengistinbath

hukum, perlu kepada penguasaan ilmu usul feqah menerusi media bahasa Arab secara

mendalam.

Penjelasan di sini hanya membincangkan kaedah Fiqh, sebaliknya bukan spesifik

kepada hukum Fiqh itu sendiri. Namun untuk lebih jelas lagi perlu disertakan juga contoh

Page 2: LAMPIRAN (C) Kaitan Ilmu Perubatan dan Qawaid Fiqhiyyahstudentsrepo.um.edu.my/6172/10/Lampiran_3_Qawaid_Fiqhiyyah... · Kaitan Ilmu Perubatan dan Qawaid Fiqhiyyah Ilmu sains perubatan

487

secara spesifik agar terminologinya tiada kekeliruan dengan usul Fiqh sebagai suatu tajuk

yang lain. Penjelasan di bawah adalah sekadar panduan;

Sepuluh (10) kaedah feqah yang boleh digunakan jika menghadapi keraguan

terhadap sesuatu hukum dalam perubatan seperti berikut;

Bil. Kaedah Maksud

1. Al-Umur bi Maqaāsidihā Segala perkara bergantung pada tujuannya

2. Al-YaqIn lā yuzāl bi syakk Keyakinan tidak dihilangkan dengan

keraguan

3. Al-Masyaqqah Tajlibu Taisir Kesukaran mendatangkan kesenangan

4. Al-Darar Yuzāl Kemudaratan dihapuskan

5. Al‘ā'ddah muhakkamah Adat dijadikan hukum

6. Al-Darar lā Yuzāl bi Darar Kemudaratan tidak boleh dihilangkan

dengan kemudaratan

7. Al-Darar Asyaddu Yuzālu bi

Darar al-Akhaff

kemudaratan yang berat dihilangkan

dengan kemudaratan yang lebih ringan

8. Dar’ al-Mafāsid Muqaddam 'alā

jalbi al-masālih

Menolak kerosakkan diutamakan dari

mengambil kebaikkan

9. Al-Darar Yudfa'u bi Qadar al-

Imkān

Kemudaratan dibendung dengan kadar

yang dapat

10. Al-Wājib lā Yutrak illā li al-wājib Sesuatu yang wajib tidak boleh

dihilangkan melainkan dengan yang wajib

juga

Usul Fiqh (digunakan untuk mengistinbath hukum) → Hukum Fiqh (melibatkan isu-

isu spesifik) → Qawaid Fiqhiyyah (rumusan daripada hukum-hukum fiqh yang sedia

ada) Kesimpulannya Usul Fiqh tidak sama dengan Kaedah Fiqh.

Page 3: LAMPIRAN (C) Kaitan Ilmu Perubatan dan Qawaid Fiqhiyyahstudentsrepo.um.edu.my/6172/10/Lampiran_3_Qawaid_Fiqhiyyah... · Kaitan Ilmu Perubatan dan Qawaid Fiqhiyyah Ilmu sains perubatan

488

Kaedah yang tersebut dapat diklasifikasikan kepada lima (5) yang utama. Bentuknya

lebih kurang sama, namun terdapat sedikit perbezaan dan lebih mudah untuk diingati.

Terrdapat sedikit perbezaan, namun mencakupi spuluh (10) kaedahnya;

1. Segala perkara bergantung pada niat (1)

2. Kemudaratan hendaklah dihapuskan (4)

(a) Kemudaratan hendaklah dielakkan setakat mampu (9)

(b) Kemudaratan yang lebih dasyat hendaklah dielakkan dengan kemudharatan

yang lebih ringan (7)

(c) Hajat (keperluan) diletakkan di posisi kemudharatan(8)

3. Sesuatu yang diyakini tidak harus dihilangkan dengan suatu yang syak (2)

4. Adat dirujuk dalam menentukan hukum (5)

5. Kesukaran mendatangkan kemudahan (3)

(a) Kemudaratan membawa kepada keharusan perkara-perkara yang

diharamkan.(10)

(b) Sesuatu yang diharuskan kerana darurat, dihadkan sekadar darurat tersebut.(6)