landskap !!

download landskap !!

of 17

Transcript of landskap !!

  • 7/30/2019 landskap !!

    1/17

    ISI KANDUNGAN

    BIODATA

    PENGENALAN

    KUMPULAN TANAMAN HIASAN / LANDSKAP

    PENGENALAN PROJEK

    MATLAMAT

    OBJEKTIF

    LATAR BELAKANG PROJEK

    PROSES PENYEDIAAN PROJEK

    PEMILIHAN TUMBUHAN

    ALATAN KERJA ATAU TANGAN

    BAJET

    DESKRIPSI PROJEK

    CARTA GANTT

    JADUAL KERJA

    REKOD KERJA

    BAHAN BUKTI

    LAMPIRAN

    BIBLIOGRAFI

  • 7/30/2019 landskap !!

    2/17

    HALAMAN PENGAKUAN

    Saya akui karya ini hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

    tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    NAMA PENULIS : MOHD SYAMIL BIN ROSELI

    TARIKH : 4 OKTOBER

    TANDATANGAN:

    NAMA PENULIS: NORYUSLINDA HANIS BT RODZI

    TARIKH: 4 OKTOBER 2010

    TANDATANGAN:

    NAMA PENULIS: NUR ALYA FARHANI BT ZUL

    TARIKH:4 OKTOBER 2010

    TANDATANGAN:

    NAMA PENULIS: NUR IZZATI BT AB HALIM

    TARIKH:4 OKTOBER 2010

    TANDATANGAN:

  • 7/30/2019 landskap !!

    3/17

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izinnya dapat kami

    menyiapkan tugasan kerja kursus projek bagi subjek Teknologi Tanaman Sayuran dan

    Hiasan ini.

    Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En. Agos Bin

    Atan serta EN. Fuad B. yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam

    menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

    Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak

    memberikan buah fikiran dan bantuan yang berkaitan dengan tugasan ini terutamanya

    rakan-rakan dari rekabentuk dan teknologi 2 untuk menghasilkan tugasan yang

    berkualiti, baik, serta lengkap. Setinggi tinggi penghargaan ditujukan kepada ibubapa

    dan kaum keluarga yang telah banyak memberikan bantuan dan sokongan dari segi

    moral dan kewangan untuk menyapkan tugasan ini.

    Akhir kata, semoga tuhan dapat membalas setiap bantuan yang telah diberikan

    samada secara langsung mahu pun tidak langsung sepanjang kami menyiapkan

    tugasan ini. Kami berharap agar tugasan ini dapat diaplikasikan pada masa akan

    datang.

  • 7/30/2019 landskap !!

    4/17

    Hortikultur hiasan meliputi pengeluaran, pemasaran dan penggunaan tanaman-tanaman

    yang berguna untuk keselesaan dan kebahagiaan manusia. Hortikultur hiasan meliputi

    penanaman bunga,rumput turf, tanaman hiasan, pengurusan semaian dan pusat-pusat

    perkebunan dan pelandskapan. Landskap pula membewa makna apa sahaja yang dapat dilihatdi atas muka bumi seperti bangunan, jalan raya, tumbuh-tumbuhan, tasik,gunung-ganang dan

    sebagainya. Pelandskapan ialah satu proses yang melibatkan kegiatan merancang, mereka

    bentuk, melaksanakan dan mengurus landskap untuk keselesaan, keselamatan dan

    keseronokan manusia di samping mewujudkan suasana harmoni dengan alam semula jadi.

    Keindahan tumbuh-tumbuhan merupakan faktor utama yang mendorong manusia

    gemarkan tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap. Manusia inginkan keindahan dalam

    semua aspek kehidupan mereka sama ada di tempat kerja, rumah atau semasa berehat di

    taman-taman rekreasi.

    Tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap dibahagikan kepada lapan kumpulan mengikut

    kegunaan iaitu pokok naungan dan pinggiran, pokok hiasan, pokok renek, menjalar, palma,

    lendair, kaktus dan rumput turf. Bagi tanaman hiasan ruangan, biasanya pokok ditanam di

    dalam pasi atau bekas tanaman yang dibuat daripada simen atau batu bata. Ada beberapa

    kebaikan menanam pokok di dalam pasu dan bekas tanaman, antaranya keadaan tanah dapat

    dikawal dengan berkesan sehingga membolehkan akar tanaman hidup sihat dan segar.

    Penyiraman air dan pembajaan juga dapat dikawal dengan baik mengikut keperluan tanaman.Tambahan lagi cara ini dapat mengelakkan baja daripada hilang melalui proses resap larut.

    Keperluan lain seperti cahaya, kelembapan dan juga suhu boleh disesuaikan dengan jenis

    tanaman kerana pasu atau bekas tanaman boleh diletakkan di tampat yang sesuai dan boleh

    dipindahkan apabila didapati tempat asal tidak sesuai. Penanaman di dalam pasu juga

  • 7/30/2019 landskap !!

    5/17

    membolehkan peminat-peminat tanaman hiasan memelihara tanaman ini walaupun di ruangan

    yang sempit, mislanya di rumah teres dan pangsapuri.

    PEMASUAN

    Ada berbagai-bagai jenis pasu yang dijual di pasaran untuk tanaman hiasan.

    Kebanyakannya dibuat daripada tanah liat tetapi ada juga yang dibuat daripada plastik. Pasu

    berliang lebih baik kerana liang-liang ini membolehkan pertukaran gas dan lembapan untuk

    pertumbuhan akar yang baik. Bagi tanaman yang mempunyai sistem akar yang kecil dan cetek,

    pasu tendah seperti yang berbentuk bulat adalah lebih baik. Manakala bagi tanaman yang

    sistem akarnya lebih besar pula, pasu besar dan tinggi lebih sesuai digunakan. Bentuk pasu

    juga biasanya dipilih sepadan dengan bentuk daun.

    Sebelum menanam, pasu perlu dicuci bersih terutamanya yang telah digunakan

    sebelumnya untuk mengelakkan penyakit atau kulat dan membuka liang-liang pada pasu yang

    telah tertutup oleh kotoran. Pasu yang baru juga seeloknya dicuci sebelum digunakan kerana

    pasu kering akan menyerap lembapan dari tanah campuran. Lubang di dalam pasu ditutup

    dengan ketul batu agar lubang ini tidak tertutup oleh tanah atau bahan lain dan juga

    mengelakkan butir-butir tanah daripada terkeluar apabila melakukan penyiraman.

    Saiz pasu yang digunakan untuk menanam pokok hiasan perlu disesuaikan dengan

    pokok yang hendak ditanam. Apabila menanam poko di dalam pasu, pastikan pokok ini tidak

    ditanam terlalu cetek kerana jika kedudukannya tidak kuat pokok mudah bergoyang dan

    biasanya akan mati. Apabila ditanam terlalu dalam, batangnya turut tertanam dan mungkin

    reput. Pokok yang baru ditanam hendaklah diletakkan di tempat yang teduh sehingga mantap.

    Setelah itu, pokok diletakkan di tempat yang terdedah beransur-ansur. Pokok yang baru

    ditanam mudah melecur apabila terkena panas terik.

  • 7/30/2019 landskap !!

    6/17

    CAMPURAN TANAH

    Tanah yang digunakan untuk pasu sebaik-baiknya ialah tanah kebun atau tanah hutan,

    iaitu tanah yang mengandungi banyak humus. Tanah ini diambil dari bahagian atas iaitu kira-

    kira kedalaman 15 cm. Selain itu, tanah bekas unggun api atau tanah bakar juga baik untuk

    pasu kerana banyak mengandungi nutrien daripada pembakaran bahan-bahan sampah. Satu

    daripada kebaikan menggunakan tanah bakar ialah tanah ini bebas daripada biji rumpai, spora

    kulat dan musuh tanaman seperti anai-anai. Tambahan pula tanah ini berongga kerana banyak

    mengandungi bahan-bahan organik yang telah hancur.

    Campuran pasu untuk tanaman hiasan umumnya seperti berikut:

    Tanah kebun / tanah bakar 3 bahagian

    Baja organik 2 bahagian

    Pasir sungai 1 bahagian

    Bagi tanaman yang memerlukan lebih banyak bahan organik, tanah dalam campuran

    tersebut perlu dikurangkan dan lebihkan bahan-bahan organik. Bahan organik yang biasa

    digunakan ialah seperti tanah gambut, daun-daun reput atau kompos.

    KEPERLUAN BAJA

    Kadang-kadang daun-daun yang berwarna kekuningan atau perang dihujungnya.

    Pokok-pokok yang subur memerlukan baja tambahan. Pembajaan pada kadar yang berpatutan

    perlu untuk mengekalkan pertumbuhan pokok. Banyaknya baja yang diperlukan berbeza-beza

    bergantung pada jenis tanah dan spesies tanaman. Tanaman hiasan memerlukan baja, sama

    ada baja organik atau baja tak organik yang mengandungi ketiga-tiga unsur utama iaitu

    nitrogen, kalium dan fosforus.

    Baja organik seperti tahi haiwan telah digunakan sejak dahulu lagi. Selain membekalkan

    tanaman dengan unsur-unsur yang diperlukan, baja ini juga memperbaiki struktur tanaman

    dengan menambah rongga-rongga dalam tanah. Dengan yang demikian, tanah yang keras atau

    mampat akan menjadi longgar dan baik pengudaraannya.

  • 7/30/2019 landskap !!

    7/17

    Baja kimia dapat membebaskan dan mengekalkan bahan-bahan nutrien pada pokok

    dengan cepat dan mudah diserap oleh akar. Walau bagaimanapun, baja ini tidak dapat

    memberikan kesan jangka panjang pada tanaman kerana baja ini tidak memperbaiki struktur

    tanah. Untuk tanaman hiasan, kedua-dua jenis baja organik dan tak organik ini sebaik-baiknya

    digunakan silih berganti.

    Pokok hiasan, sebagaimana tumbuhan yang lain, memerlukan beberapa unsur dalam

    pemakanan untuk menghasilkan pertumbuhan yang baik. Nitrogen merupakan unsur yang

    mustahak bagi tumbuhan tetapi biasanya kuantiti unsur ini tidak mencukupi di dalam tanah.

    Nitrogen menggalakkan pertumbuhan daun dan batang dan dengan ini menambah kehijauan

    pokok. Kekurangan nitrogen mengakibatkan pertumbuhan yang terbantut dan daun-daun pokok

    menjadi kuning.

    Baja kimia yang dirumus khusus untuk tanaman hiasan boleh didapati d pasaran.

    Biasanya baja ini dalam bentuk butiran dan terdapat dalam dua campuran, iaitu campuran yang

    dirumus untuk pertumbuhan daun dan campuran untuk menggalakkan bunga. Baja kimia

    sebaik-baiknya tidak diberi terus pada pokok. Banyak tanaman hiasan ruangan terutamanya

    yang beradauun lembut sangant sensitif kerana batang dan daunnya akan melecur apabila baja

    butiran ini ditabur terus ke dalam pasu. Oleh sebab itu, baja butiran ini perlu dilarutkan terlebih

    dahulu di dalam air.

    Pembajaan pokok perlu disusuli dengan penyiraman air yang teratur. Baja kimia tidak

    boleh dibubuh apabila tanah di dalam pasu terlalu kering. Oleh itu, pokok-pokok perlu disiram

    dengan teratur ketika pembajaan dibuat.

  • 7/30/2019 landskap !!

    8/17

    KUMPULAN TANAMAN HIASAN/LANDSKAP

    POKOK NAUNGAN & PINGGIRAN

    Pokok-pokok naungan merupakan pokok-pokok yang biasanya ditanam untuk

    mendapatkan tempat yang teduh. Oleh sebab itu, pokok-pokok untuk tujuan ini biasanya

    tumbuh merendang serta mempunyai kanopi yang padat. Pokok pinggiran pula ialah pokok-

    pokok yang ditanam di kiri kanan jalan. Tujuan pokok ini ditanam adalah untuk memberikan

    teduhan kepada pemandu, pejalan kaki.

    Pokok-pokok ini biasanya dibiakkan melalui biji benih, keratan batang ataupun cantuman.

    Contoh pokok ini adalah seperti pokok tembusu ( Fragrea fragrans ) dan pokok tulang daing (

    Milletia atropurpurea )

  • 7/30/2019 landskap !!

    9/17

    POKOK HIASAN

    Pokok-pokok jenis ini mempunyai bunga, buah, daun, batang ataupun bentuk yang

    menarik serta digunakan dalam landskap untuk mencantikkan kawasan ataupun digunakan

    sebagai penanda. Pokok-pokok yang digunakan sebagai penanda bertujuan untuk menarik

    perhatian pada sesuatu tempat seperti lapangan-lapangan hijau di padang-padang golf.

    Pokok penanda ditanam secara tunggal kerana ciri-cirinya yang unik dan menarik di

    kawasan taman. Pokok penanda ini digelar pokok spesimen. Contoh pokok hiasan ialah seperti

    akasia perak (Acacia cincinnata ) dan poko mempisang ( Polyalthia longifolia ).

    POKOK RENEK

    Pokok renek ialah tumbuhan yang mempunyai banyak batang dan muncul dari pangkal,

    serta mempunyai ketinggian kurang daripada lima meter. Poko renek dibahagikan kepada

    pokok renek berdaun, pokok renek berbunga dan juga pokok pagaran.

    Pokok-pokok renek yang ditanam rapat-rapat di dalam barisan boleh digunakan untuk

    memisahkan kawasan ataupun menandakan kawasan sempadan. Pokok-pokok ini dipanggil

    pokok pagaran. Contoh-contoh pokok renek ialah pokok daun teh ( Ehretia microphylla ) danpokok jejari hantu (Alternanthera elliptica ).

  • 7/30/2019 landskap !!

    10/17

    POKOK MEMANJAT & MENJALAR

    Pokok menjalar mempunyai alat-alat khas seperti tendril dan pencaku tendril digunakan

    untuk memanjar atau menjalar. Selain itu, ada juga pokok memanjat yang mempunyai akar

    yang mengeluarkan pelekat untuk melekat pada sokongan. Contoh poko ini ialah pokok

    kembang pagi ( Gloriosa superba ) dan pokok bunga kembang songsang.

    Tumbuhan menjalar tidak mempunyai alat-alat khas untuk memanjat. Oleh itu, tumbuhan

    ini tumbuh melata. Contohnya ialah bunga ros jepun ( Portulaca grandiflora ). Contoh tumbuhan

    ranjat pula ialah seperti pokok bunga kertas ( Bougainvillea )

    POKOK PALMA

    Merupakan pokok daripada jenis Palmae. Pokok palma biasanya mempunyai satu

    batang yang diakhiri oleh sejambak daun. Pokok palma ialah seperti pokok pinang raja (

    Cyrtostachys lakka ) dan pokok kelapa gading ( Cocos nucifera ).

    POKOK LENDAIR

    Pokok lendair adalah pokok-pokok yang tidak mempunyai tisu-tisu kayu di bahagian-

    bahagian penyokongnya seperti batang dan ranting. Tumbuhan jenis ini biasanya lebih sensitif

    dan manja kepada keadaan alam sekitar. Pokok lendair tidak akan tahan cahaya matahari yang

    kuat. Oleh yang demikian, pokok lendair lebih sesuai ditanam di dalam bangunan dan

    memerlukan penjagaan yang lebih rapi jika dibandingkan dengan pokok lain.

    Banyak pokok lendair digunakan sebagai tumbuhan yang ditanam di dalam bangunan.

    Contoh pokok lendair ialah pokok resam batu ( Begonia sempervirens ) dan pokok pilea ( Pilea

    microphylla ).

  • 7/30/2019 landskap !!

    11/17

    Pokok-pokok lendair dan tanaman dalam bangunan boleh dibiakkan dengan berbagai-

    bagai cara termasuk biji benih, keratan batang, keratan daun, cantuman dan pembahagian

    anak. Biasanya tanaman ini ditanam di dalam bekas seperti pasu dan memerlukan medium

    pemasuan yang baik.

    MatlamatMengembangkan bakat dan idea yang sedia ada untuk menghasilkan sesuatu yang

    berguna.

    Memberi pengalaman dan juga pengetahuan yang berguna kepada pelajar dalam

    membuat kerja-kerja pelandskapan.

    Projek yang dihasilkan akan menyumbang dan memberi manfaat dan kebaikan kepada

    pembuatnya mahupun orang lain.

    Pelajar-pelajar dapat mengecam dan mengenalpasti spesies tanaman hiasan.

    Mencantikkan lagi suasana persekitaran.

    Memenuhi kurikulum rekabentuk dan teknologi.

  • 7/30/2019 landskap !!

    12/17

    objektifMemberi peluang kepada pelajar melakukan kerja-kerja pelandskapan.Menghasilkan landskap baru dapat menjana minda menghasilkan landskap yang

    berguna serta boleh diaplikasikan.

    Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar melakukan kerja-kerja penanaman.

    Penghasilan produk baru melalui rekabentuk ini dapat menjana minda menghasilkan

    produk yang berguna seta boleh diaplikasikan.

    Penghasilan produk baru juga memerlukan pelajar melakukan kajian yang terperinci

    seperti mencari dan meneroka maklumat dan seterusnya menggalakkan pelajar

    berusaha sedaya upaya menghasilkan produk yang terbaik.Projek yang dihasilkan akan menyumbang dan memberi manfaat dan kebaikan kepada

    banyak pihak.

    Memberi pengalaman dan juga pengetahuan yang berguna kepada pelajar dalam

    kemahiran pelandskapan.

    Dapat mengembangkan bakat dan idea yang sedia ada dalam diri pelajar untuk hasilkan

    sesuatu yang berguna dan berfaedah.

  • 7/30/2019 landskap !!

    13/17

    Proses reka bentukMelalui kajian maklumat yang lengkap dan menyeluruh, masalah dan skop projek

    secara menyeluruh dapat dilihat. Sebagai rumusan kajian maklumat, ciri-ciri yang perlu ada

    pada reka bentuk perlu disenaraikan. Senarai ini dinamakan spesifikasi reka bentuk. Spesifikasi

    reka bentuk merupakan garis panduan umum semasa proses reka bentuk sedang berjalan

    untuk memastikan objektif sebenar projek dapat dicapai. Aspek utama yang perlu ada dalam

    spesifikasi reka bentuk ialah:

    Ekonomi.

    Kebanyakan peminat landskap membeli tanaman hiasan untuk mengindahkan suasana

    persekitaran tempat tinggal mereka. Minat dan kesungguhan ini timbul kerana:

    Kesedaran terhadap kualiti alam sekitaryang semakin menurun akibat pencemaran dan

    suasana yang sesak.

    Kemampuan untuk berbelanja yang lebih kerana keadaan ekonomi negara yang

    meningkat.

    Pengaruh dari negara-negara maju terhadap pelandskapan dan tanaman hiasan yang

    dibawa balik oleh penuntut Malaysia.

    Keadaan negara yang aman dan stabil.

    Alam Sekitar.

    Kerosakan alam sekitar seperti banjir, pencemaranboleh dibaiki dengan menggunakan

    tumbuhan:

    Tumbuhan boleh meredakan iklim yang ekstrem.

    Tumbuhan juga dapat mengurangkan hakisan tanah.

    Tumbuh-tumbuhan dapat membersihkan udara dengan menyerap gas-gas pencemar dan

    mengeluarkan gas oksigen.

  • 7/30/2019 landskap !!

    14/17

    Tumbuhan berfungsi sebagai penapis yang memberi perlindungan daripada bising, bau

    busuk dan sinaran cahaya lampu pada waktu malam.

    Estetik.

    Keindahan tumbuh-tumbuhan menjadi faktor utama yang mendorong manusia gemarkan

    tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap. Manusia inginkan keindahan dalam semua aspek

    kehidupan. Keindahan landskap dapat dilihat melalui:

    Kehijauan tumbuh-tumbuhan dapat merangsangkan deri manusia ke arah

    ketenangan jiwa.

    Kelembutan tekstur dan bentuk dapat mengurangkan kesan bahan binaan yang

    terlalu banyak.

    Menambahkan kecantikan sesebuah kawasan.

    Susunan tanaman hiasan yang berwarna warni dapat mengurangkan kebosanan.

  • 7/30/2019 landskap !!

    15/17

    Projek lansdkap yang bertema Greenday ini ialah satu inovasi dalam menyediakan sebuah

    landskap yang menarik dan menepati kehendak yang diinginkan. Landskap Greenday ini

    direka khas untuk melahirkan suasana persekitaran yang menarik dan damai. Meskipun konsep

    hijau, landskap ini menampilkan kelainan kerana terdapat sebuah kolam dihujung sekali.Ini

    akan menyebabkan mana-mana pengunjung yang hadir akan memasuki dalam untuk

    melihatnya. Mamandangkan kolam menjadi elemen dominan bagi tanaman landskap ini, ia

    direka khas sebagai tambahan untuk menimbulkan lagi suasana di Landskap. Dengan

    menggunakan ruang yang sedikit, suasana kediaman atau hiasan luaran bangunan tidaklah

    begitu padat dan sempit. Persekitaran yang terlalu padat dan sempit akan menimbulkan

    ketidakselesaan kepada penghuni rumah ataupun orang yang lalu lalang. Rupa bentuk

    landskap juga amat mempengaruhi suasana persekitaran. Saiz landskap yang tidak terlalu

    besar ini mampu menjimatkan penggunaan ruang di tempat kediaman lebih-lebih lagi bagi

    penghuni rumah bertingkat. Walaupun tinggal di kawasan rumah yang terhad penggunaan

    ruangnya, mereka masih boleh mencantikkan kawasan rumah mereka dengan tanaman hiasan

    ini.

    Landskap ini juga sesuai untuk mereka yang inginkan penjimatan dalam menimbulkan

    suasana harmoni kawasan persekitaran kerana tidak memerlukan kos yang tinggi untuk

    menghasilkannya. Pendek kata landskap Greenday ini banyak memberi kemudahan dan

    manfaat kepada sesiapa sahaja pengguna kerana fungsinya yang mampu menjimatkan

    penggunaan ruang dengan berkesan serta mampu mencantikkan kawasan persekitaran tanpa

    menggunakan kos yang banyak.

  • 7/30/2019 landskap !!

    16/17

    PROSES PENYEDIAAN LANDSKAP

    Menerima tugasan. Menerima tugasan pelandskapan daripada pensyarah.

    Menerima taklimat mengenai projek landskap.

    Menerima tugasan untuk menyemai dan menanam

    semula pokok.

    Mencari idea. Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan.

    Melayari internet untuk mencari beberapa maklumat.

    Membuat perbincangan bersama pensyarah.

    Mencari maklumat di pusat sumber malalui rujukan

    buku dan bacaan lain.

    Senaraikan idea-idea yang bersesuaian bagi semua

    peringkat.

    Sesi temubual bersama beberapa orang yang berbeza

    peringkat umur di sekitar institut.

    Menganalisis data. Menganalisis idea yang telah dikumpulkan.

    Memilih idea yang bersesuaian dengan projek yang

    hendak dibuat.

    Menyenaraikan kelemahan dan kelebihan idea yang

    dipilih.

    Membuat perbincangan dengan ahli kumpulan.

    Membuat perbincangan dengan pensyarah.

    Mencari gambar-gambar yang berkaitan dengan projek

    landskap.

  • 7/30/2019 landskap !!

    17/17

    Rekaan. Menerima maklumat yang disampaikan oleh

    pensyarah.

    Mendapat tunjuk ajar pensyarah.

    Membuat dan menyediakan lakaran contoh landskap

    yang ingin disediakan.

    Membuat lakaran awal produk yang dipilih.

    Rekabentuk projek. Perbincangan dengan pensyarah mengenai

    rekabentuk malalui lakaran awal yang dibuat .

    Meminta pendapat awal daripada rakan-rakan

    sekelas.

    Membuat perbincangan contoh landskap yang sediaada.

    Memikirkan beberapa bentuk yang berlainan serta

    melihatnya dari pelbagai sudut.

    Mereka bentuk projek yang sebenar.

    Membuat pengubahsuaian rekabentuk projek.

    Melukis rekabentuk projek yang telah dibuat

    pengubahsuaian.

    Pendokumentasian. Mendokumentasikan projek agar mudah menjadi

    bahan rujukan.

    Membuat kulit dokumentasi ( nama institut, tajuk

    projek, nama ahli, nombor kad pengenalan &

    sebagainya. )

    Isi kandungan ( semua maklumat yang berkaitan

    dengan projek yang dibuat. )