Sejauh Manakah Sistem Pendidikan Malaysia Berjaya Memupuk Perpaduan
Langkah - Langkah Memupuk Perpaduan
-
Upload
jean-chan-zhi-yun -
Category
Documents
-
view
245 -
download
1
Transcript of Langkah - Langkah Memupuk Perpaduan
-
7/30/2019 Langkah - Langkah Memupuk Perpaduan
1/2
Terdapat peribahasa Melayu yang berbunyi ,"bulat air kerana pembentung , bulat manusia
kerana muafakat ". Semangat perpaduan berperanan signifikan dalam usaha melahirkan
masyarakat yang bermuafakat dan menyemarakkan semangat integrasi nasional dalam
kalangan rakyat yang berbilang kaum selaras inspirasi "Satu Malaysia". Walau bagaimanapun ,
alangkah kecewanya melihat semangat yang murni ini kian hari kian di telan dek kemodenan
dan diabaikan oleh generasi muda mutahir ini . Untuk mengelakkan semangat perpaduan
daripada terkubur begitu sahaja , institusi keluarga memainkan peranan vital untuk menyuntik
semangat perpaduan yang luhur dalam sanubari generasi muda yang merupakan bakal pelapis
kepimpinan tanah air.
Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi , teladan ibu bapa atau lebih dikenali
sebagai "role model" merupakan uslub primer yang efektif dan pragmatik untuk menyemaisemangat solidariti dalam kalangan anak-anak. Dalam konteks ini , ibu bapa wajar menunjukkan
suri teladan yang baik dengan menjalinkan perhubungan yang yang erat dan karib dengan jiran
tetangga. Sempena sambutan perayaan , ibu bapa haruslah mengadakan majlis rumah terbuka .
Secara tidak langsung , amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh
semangat kejiranan dalam kalangan jiran tetangga setempat. Justeru, perpaduan akan
bertambah utuh dan teguh .
Di samping itu , memang tidak dinafikan bahawa ibu bapa turut berperanan penting dalam
mengajar anak-anak mereka menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara serta menghormati adat
istiadat kaum-kaum lain dengan penuh berdedikasi. Pada realitinya , ibu bapa haruslah
memastikan generasi muda berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk
melahirkan masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni dalam pelbagai aspek. Bertitik tolak
daripada itu , ibu bapa turut bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka memahami dan
menghormati adat istiadat , pantang larang serta kebudayaan pelbagaikaum di Malaysia demi
mengelakkan konflik antara kaum .
Selain itu , semangat mahmudah yang jitu ini turut mampu diterap dalam jiwa generasi muda
melalui dorongan yang diberi oleh anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dapat
mengukuhkan perpaduan antara kaum di sekolah seperti PLKN , RIMUP dan sebagainya. Maka ,
program-program khas yang diwujudkan untuk remaja ini amatlah efektif dalam menjana peluang
untuk mewujudkan interaksi antara generasi muda. Strategi serampang dua mata ini bukan
sahaja dapat menyemai semangat perpaduan dalam kalangan remaja malahan mampu
menyemarakkan semangat patriotisme mereka , bak kata pepatah "sambil menyelam minum air".
-
7/30/2019 Langkah - Langkah Memupuk Perpaduan
2/2
Bukan itu sahaja , langkah bercerita tentang susur galur sejarah bangsa Malaysia kepada anak-
anak juga merupakan satu minhaj yang ideal diambil oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu menekankan
bahawa kemerdekaan tanah air kita yang dicapai hari ini adalah berkat perjuangan semua kaum
dan semua anak watan wajib menghargai titik peluh bekas pemimpin kita yang tidak ternilai ini.
Sebagai analoginya , generasi muda yang umur baru setahun jagung , darah baru setampuk
pinang tidak akan terlalu taksud dengan kenikmatan materialistik sehingga hidup dalam
kepompong sendiri dan mengambil enteng tentang kepentingan mewujudkan perpaduan dalam
tanah air sendiri .
Seterusnya, ibu bapa juga perlulah menggalakkan anak-anak mereka menonton filem , drama
dan iklan yang bertemakan perpaduan antara kaum. Statistik yang sahih telah menunjukkan
filem-filem ini memang jauh lebih efektif dan berkesan berbanding dengan bahan bertulis keranapersembahan media elektronik lebih menarik , kreatif dan inovatif. Maka , pelbagai iktibar dan
pengajaran dapat diperoleh oleh generasi muda melalui persembahan-persembahan elektronik
ini . Rentetan itu, wujudlahgaris panduan yang berladaskan segala iktibar dan pengajaran yang
diperolehi oleh generasi muda untuk mengecapi perpaduan dan keharmonian .
Seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu "bersatu kita teguh, bercerai kita roboh",
semangat perpaduan yang menjadi panduan hidup anak watan merupakan inti kepada
pembentukan masyarakat sakinat dan harmoni. Untuk merealisasikan matlamat ini , iaitumembentuk masyarakat sakinat dan mengecapi perpaduan antara kaum , segenap lapisan masyarakat
sayugialah bersinergi bagai aur dengan tebing dan jangan sekali-kali bernafsi-nafsi bagai enau dalam
belukar ,melepaskan pucuk masing-masing . sebagai intihanya , iltizam dan komitmen masyarakat
amatlah vital dan berperanan signifikan .