Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

18
Langkah mewujudkan perpaduan kaum Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakat, negara akan menjadi huru hara dan tidak stabil. Akibatnya,pembangunan sektor ekonomi, politik dan sosial akan terbantut ekoran rapuhnya semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai pihak. Hakikatnya, beberapa langkah proaktif boleh diambil bagi mengekalkan dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang telah wujud dalam kalangan masyarakat. Antaranya, rakyat Malaysia sering meraikan sambutan hari perayaan bersama-sama. Sebagai contoh,semua kaum bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilftri dengan cara berkunjung ke

description

sivik

Transcript of Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

Page 1: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

Langkah mewujudkan perpaduan kaum

Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Tanpa perpaduan dalam kalangan masyarakat, negara akan menjadi huru hara dan tidak stabil. Akibatnya,pembangunan sektor ekonomi, politik dan sosial akan terbantut ekoran rapuhnya semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai pihak. Hakikatnya, beberapa langkah proaktif boleh diambil bagi mengekalkan dan mengukuhkan lagi semangat perpaduan yang telah wujud dalam kalangan masyarakat.

Antaranya, rakyat Malaysia sering meraikan sambutan hari perayaan bersama-sama. Sebagai contoh,semua kaum bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilftri dengan cara berkunjung ke majlis rumah terbuka yang diadakan. Selain itu,masyarakat yang berbilang bangsa perlu semasa perayaan yang disambut oleh kaum yang lain.Mereka juga akan lebih memahami serta

Page 2: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

menghormati adat dan budaya suatu kaum. Keadaan ini membolehkan masyarakat hidup dalam suasana yang lebih harmoni.

Selain itu,aktiviti bergotong- royong akan mewujudkan semangat kerjasama antara kaum.Sebagai contoh,masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal.Hasilnya,kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang bersih.Selain itu,bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat meringankan bebanan yang dipikul oleh setiap anggota masyarakat,bak peribahasa ’berat sama dipikul,ringan sama dijinjing’. Terbukti bahawa aktiviti bergotong-royong dapat memupuk semangat muhibah dan kemesraan antara kaum. Pepatah ada mengatakan bahawa,’muafakat membawa berkat’,disamping menangani masalah secara bersama.

Semangat kesukanan juga mampu memupuk perpaduan antara kaum. Misalnya,penglibatan murid-murid yang terdiri

Page 3: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

daripada pelbagai kaum dalam suatu aktiviti sukan dapat mewujudkan kemesraan antara satu sama lain. Semangat berpasukan juga dapat dipupuk dalam jiwa peserta tanpa mengambil kira perbezaan kaum kerana ’bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’. Jelaslah bahawa aktiviti sukan dapat mewujudkan semangat kerjasama dan mengelakkan sikap mementingkan diri. Negara juga dapat melahirkan ahli sukan yang berkualiti dan memiliki semangat cinta akan negara.

Seterusnya, pelbagai aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah turut menanam semangat perpaduan dalam kalangan murid yang berbilang kaum. Sebagai contoh,murid-murid dapat merancang dan membuat keputusan bersama bagi memajukan persatuan dan kelab masing-masing. Mereka juga sentiasa berkongsi idea dan maklumat dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Murid-murid juga dilatih agar menghormati keputusan dan idea orang lain.

Page 4: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

Usaha untuk menarik penglibatan masyarakat dalam sambutan hari kemerdekaan juga amat berkesan demi mewujudkan semangat perpaduan tanpa mengira perbezaan agama dan bangsa. Melalui usaha ini semangat cinta akan negara akan berkembang dalam diri setiap anggota masyarakat, seterusnya mendorong mereka sama-sama menepis sebarang anasir yang boleh mengacau kemerdekaan negara.

Kesimpulannya, semua pihak tidak sewajarnya memandang enteng akan kepentingan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa. Justeru, perpaduan yang terbentuk perlu dikekalkan demi kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara.

Page 5: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

Usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia.

Page 6: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

Karangan Bahagian B. SPM Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti

Page 7: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

Selain itu itu, perpaduan kaum di Malaysia boleh dicapai dengan meraikan sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia secara

Page 8: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

bersama-sama. Melalui amalan kunjung-mengunjung yang dilakukan akan dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai dan Hari Krismas merupakan perayaan utama yang boleh diraikan oleh seluruh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kunjungan sambutan perayaan sesuatu kaum dapat menerbitkan perasaan hormat-menghormati terhadap adat dan kepercayaan kaum lain. Di samping itu, budaya ini dapat mengukuhkan perpaduan apabila kurangnya syak wasangka antara kaum di Malaysia. Sekiranya perkara ini dapat dipraktikkan nescaya masyarakat Malaysia akan mampu menghadapi apa-apa sahaja cabaran yang datang dari luar atau masyarakat antarabangsa, ibarat kata peribahasa bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat serta bersatu kita teguh, bercerai kita roboh

Page 9: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

Seterusnya, aktiviti sukan dan permainan yang dijalankan juga boleh mewujudkan perpaduan kaum di Malaysia. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Dalam hal ini, satu perkara yang perlu diselesaikan adalah dengan memecahkan monopoli sukan dan permainan yang dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja seperti permaian bola keranjang, ping pong, sepak takraw dan sebagainya. Kita berharap pada suatu masa nanti pasukan bola keranjang negara misalnya, mampu diwakili pelbagai kaum di Malaysia dan bukan sahaja dimonopoli oleh kaum Cina sahaja. Dalam konteks ini, sukan bola sepak, badminton, hoki dapat dijadikan contoh dan teladan. Dengan bermain bersama-sama dalam sesuatu sukan dan permainan serta seterusnya mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa, akan dapat menanamkan semangat cinta akan negara. Usaha ini tentu dapat mengharumkan nama negara sekali gus meningkatkan imej negara di peringkat antarabangsa.

Page 10: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tiadak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan

Page 11: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020.

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh

Page 12: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.

Contoh : Kepentingan Perpaduan Kaum di Malaysia PT3 Sejarah 2014

b) Kepentingan perpaduan kaum di Malaysia ( cadangan )

◾mewujudkan masyarakat harmoni dan aman

◾memelihara kedaulatan Negara

◾mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme

◾meningkatkan imej Negara di mata dunia

◾membangunkan ekonomi negara

◾mengekalkan kestabilan politik

◾membina masyarakat yang saling menghormati

Page 13: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

Apa maksud perpaduan??

Definisi Perpaduan Perkataan “perpaduan” ini asalnya dari perkataan “padu” iaitu “mampat”, “pejal” dan “padat”. Perpaduan sebenarnya ialah penggabungan. Perihal bergabung menjadi satu atau persatuan. Lawan bagi “perpaduan” ialah “permusuhan”, “kehancuran” dan “perpecahan”. Jadi, perpaduan dilihat adalah sebenarnya tuntutan untuk satu perkara yang baik manakala perpecahan pula satu perkara yang sangat keji dan tidak baik. Sebagaimana kita sedia maklum bahawa punca kesejahteraan itu ialah keharmonian hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Keharmonian hidup ini tentulah sukar dicapai tanpa adanya perasaan hormat menghormati, menerima seadanya keadaan, keikhlasan, kasih sayang dan semangat persaudaraan yang teguh dalam diri setiap individu yang menganggotai sesebuah masyarakat itu. Oleh itu, para pemimpin negara kita senantiasa membimbing dan menunjuk jalan kepada kita semua demi memastikan wujudnya nilai kasih sayang dan perpaduan itu. Sesungguhnya

Page 14: Langkah Mewujudkan Perpaduan Kaum

keharmonian dan keamanan hidup bermasyarakat dan bernegara ini adalah salah satu nikmat kehidupan yang sangat besar yang dikurniakan kepada manusia. Bayangkan jika anda telah ditakdirkan sebagai seorang rakyat Yugoslavia ketika Krisis Bosnia – Serbia dahulu? Bayangkan juga jika anda terpaksa mengharungi detik cemas dan gelap Perang Dunia Kedua? Kita semua bernasib baik kerana sebagai warga negara Malaysia yang megah Merdeka, kita hanya perlu membaca semua ini dalam buku mata pelajaran Sejarah, laman internet dan menonton segala kesengsaraan mereka hanya daripada kaca televisyen kita sahaja. Hakikat ini nyata sekali baik di zaman lampau mahupun zaman kini. Sesiapa saja yang tinggal dalam sebuah negara yang aman akan dapat berusaha membangunkan kemajuan negaranya dan dapat hidup sejahtera. Sebaliknya mereka yang tinggal di negara yang kacau bilau, berperang dan berbunuhan, ternyata mereka hidup sengsara, kelaparan dan keperitan