laopral jurnal baru

10
Tajuk : Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan, di Daerah Kuala Kangsar. Pendahuluan: Pada zaman teknologi ini, kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat telah berusaha meningkatkan tahap pendidikan yang berkualiti kepada sesiapa yang ingin meningkatkan tahap pendidikan mereka. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membina modal insan guru berkualiti dengan hasrat ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh guru dapat digunakan dalam menjana masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Pada tahun 2011 mencatatkan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia apabila Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS) di perkenalkan kepada murid Tahun 1 sekolah rendah. Perubahan yang dimaksudkan adalah perbezaan di antara keadaan semasa dengan sebelumnya (Amir Hassan Dawi, 2006) iaitu penilaian terhadap pelajar telah ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menggantikan penilaian yang berorientasikan peperiksaan. Kementerian Pelajaran menjelaskan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah pentaksiran dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses

description

jurnal

Transcript of laopral jurnal baru

Tajuk :

Kepemimpinan Guru Besar Dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan, di Daerah Kuala Kangsar.

Pendahuluan:

Pada zaman teknologi ini, kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat telah berusaha meningkatkan tahap pendidikan yang berkualiti kepada sesiapa yang ingin meningkatkan tahap pendidikan mereka. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk membina modal insan guru berkualiti dengan hasrat ilmu dan kemahiran yang dimiliki oleh guru dapat digunakan dalam menjana masyarakat yang berilmu dan bertamadun. Pada tahun 2011 mencatatkan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia apabila Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS) di perkenalkan kepada murid Tahun 1 sekolah rendah. Perubahan yang dimaksudkan adalah perbezaan di antara keadaan semasa dengan sebelumnya (Amir Hassan Dawi, 2006) iaitu penilaian terhadap pelajar telah ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menggantikan penilaian yang berorientasikan peperiksaan.

Kementerian Pelajaran menjelaskan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah pentaksiran dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, ditadbir, diskor, direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik (KPM, 2013). Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksanakan dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan didokumentasi. Pihak lembaga peperiksaan telah menyediakan sistem aplikasi untuk membantu guru seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia.

Pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan Dawi 2006). Tonggak kepimpinan Guru Besar atau pengetua mempengaruhi kejayaan sekolah dalam bidang akademik dan juga kokurikulum (Syed Ismail & Ahmad subki, 2010). Oleh yang demikian kepimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat diperlukan supaya matlamat dan hala tuju. Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan tidak menyimpang dari tujuan asalnya. Sokongan padu guru besar dalam mengetuai pelaksanaan PBS menjadikan PBS sebagai satu sistem yang amat relevan untuk dilaksanakan dan selaras dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang akan menggantikan sistem peperiksaan yang lama. Faktor jantina dan lokasi sekolah sama ada bandar atau luar bandar bukan faktor penentu dan penghalang dalam menjayakan misi dan visi pelaksanaan PBS. Walau bagaimanapun peperiksaan awam masih akan dilaksanakan tetapi peratusan agihan markah untuknya mungkin akan dikurangkan. Pemberatan yang lebih sesuai akan diteliti antara peperiksaan berpusat dan pentaksiran sekolah dalam pembaharuan ini. Sewajarnyalah pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah menjadi agenda utama dalam reformasi pendidikan masakini.

Apabila sesuatu perubahan diperkenalkan di sekolah seperti sistem PBS, pengetua sebagai pemimpin pertama adalah dipertanggungjawabkan bagi mengimplementasikan perubahan tersebut. Berjaya atau gagal perubahan itu bergantung kepada pengetua sesebuah sekolah (Hussein, 2008). Pengetua mesti bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan melaksanakan perubahan demi kecemerlangan organisasi sekolah. Pendapat ini turut disokong oleh Azhari (2002) di mana dinyatakan pengetua adalah agen perubahan di peringkat sekolah dan sebagai agen perubahan, pengetua bertanggungjawab untuk memberi sokongan, membantu, membimbing dan menggalakkan guru-guru untuk mengamalkan serta melaksanakan sesuatu perubahan dan inovasi pendidikan di sekolah secara berkesan agar matlamat yang hendak dicapai terlaksana dan dapat memberi manfaat kepada murid-murid khasnya.

Dalam memainkan peranannya sebagai pemimpin di sekolah, pengetua perlu merangka dan menyampaikan matlamat yang hendak dicapai apabila berlakunya perubahan seperti dalam sistem PBS. Ini dapat dilakukan dengan menggunakan kaedah formal dan tidak formal seperti menggunakan data keputusan peperiksaan sekolah, mendapatkan input daripada para guru, dan menjalankan penyelidikan bagi membangunkan satu set matlamat yang berfokus berkaitan perkara yang hendak dicapai dalam PBS di sekolah. Green & Cypress (2009) turut menyokong dengan menyatakan bahawa terdapat beberapa faktor yang penting untuk diberi perhatian semasa melaksanakan perubahan di sekolah. Ini termasuk pengetua perlu menyediakan suatu pelan tindakan berdasarkan kepada penyelidikan di sekolah tentang perubahan yang perlu dilaksanakan serta bersedia untuk mengubah suai pelan tindakan mengikut keperluan perubahan. Seterusnya, matlamat yang dibina perlulah difahami oleh guru-guru supaya para guru dapat menterjemahkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sehubungan itu, para guru perlu dimaklumkan tentang tugas dan tanggungjawab yang jelas bagi menjalankan sistem PBS. Peranan pengetua adalah untuk melibatkan semua pihak bagi memahami dan berkongsi matlamat dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti sekolah dan bilik darjah dalam sistem PBS. Oleh itu, struktur organisasi yang dibentuk dengan jelas tentang tugasan dan matlamat tugasan adalah penting bagi melaksanakan perubahan yang diperlukan.

Tanggungjawab pengetua sebagai pemimpin adalah untuk memastikan matlamat PBS yang telah dibina disebarkan kepada seluruh warga sekolah dengan cara menyampaikannya dengan berkesan secara meluas dengan pelbagai media seperti di dalam mesyuarat guru, perhimpunan sekolah, perbincangan dengan guru-guru dan murid-murid serta dipamerkan matlamat tersebut di papan kenyataan di sekitar sekolah. Ini bertepatan dengan laporan Green & Cypress (2009) dan McEwan (2002) di mana dinyatakan pengetua juga mestilah berpengetahuan, berpengalaman, dan mampu untuk menjelaskan matlamat sekolah kepada guru-guru bagi membina kepercayaan untuk perubahan serta menghindarkan perasaan kerisauan dan ketakutan untuk melakukan perubahan di sekolah. Hubungan komunikasi perlu wujud bagi memastikan segala matlamat perubahan difahami di antara pihak pengetua, guru-guru, dan murid-murid.

Di dalam memastikan pelaksanaan PBS berjalan lancar, pengetua perlu bekerjasama dengan semua pihak di peringkat pentadbiran di sekolah seperti penolong kanan, ketua bidang, dan ketua panitia bagi menetapkan individu yang bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan PBS di sekolah. Malah pengetua boleh melibatkan guru pada peringkat perancangan dan pembuatan keputusan dalam melaksanakan proses perubahan di mana ini akan meningkatkan tahap kesediaan perubahan (Alas, 2008) di kalangan guru di sekolah. Segala keputusan berkaitan pelaksanaan PBS perlu dibincangkan bersama pihak pentadbiran sekolah supaya pelaksanaanya adalah mencakupi objektif kurikulum sekolah dan tidak bertindih antara objektif kurikulum sekolah dengan pencapaian murid dalam ujian sekolah. Penglibatan pengetua secara aktif juga perlu bagi menilai semula bahan-bahan yang digunakan oleh para guru semasa pelaksanaan PBS di dalam bilik darjah. Ini menunjukkan bahawa sokongan dan bantuan daripada pengetua dapat memastikan pelaksanaan PBS dijalankan dengan lebih berkesan. Ini disokong oleh satu kajian yang dijalankan oleh Fullan (1991) di mana beliau mendapati pengetua yang berperanan sebagai pemimpin instruksional dapat melaksanakan perubahan di sekolah dengan berkesan kerana mereka mementingkan aktiviti pengajaran, membina budaya kerja bekerjasama di kalangan guru, menyediakan bantuan, memantau kemajuan perubahan, dan menyokong guru dalam melaksanakan perubahan.

Sebagai pemimpin di sekolah, pengetua juga perlu memberikan dorongan dan pengiktirafan kepada perkembangan pembelajaran murid-murid di sekolah. Pengetua perlu memberikan insentif kepada pembelajaran murid-murid dengan mengiktiraf murid-murid yang menunjukkan hasil kerja yang cemerlang dan tingkah laku yang terpuji dalam melaksanakan PBS dengan memaklumkannya semasa perhimpunan sekolah serta menyampaikan sijil pencapaian atau sijil penghargaan kepada mereka sebagai tanda galakan dan sebagai contoh kepada murid-murid yang lain. Selain itu, murid-murid yang menunjukkan peningkatan presatsi atau pencapaian cemerlang dalam PBS boleh juga dipanggil ke pejabat untuk diberikan kata-kata penghargaan daripada pengetua secara peribadi. Malah ibu bapa murid-murid juga perlu dihubungi bagi memaklumkan tentang peningkatan pencapaian atau sumbangan mereka dalam menjalankan PBS di dalam bilik darjah. Akhirnya, pengetua instruksional juga perlu menyokong kuat guru-guru dalam mengiktiraf sumbangan dan kejayaan murid-murid semasa pelaksanaan PBS di dalam bilik darjah.

Pernyataan masalah

Abdul Shukor Abdullah (1991) menyatakan bahawa kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada peranan pentadbir dan pengurusan sekolah yang dipertanggungjawabkan kepada pengetua. Pengetua atau guru besar adalah ketua pemimpin sekolah selalu dikatakan sebagai the gatekeeper of change. Peranan mereka bukanlah suatu yang mudah seperti mana diperkatakan, pengetua adalah sebagai kunci kepada perubahan, kerana salah satu indikator yang paling menonjol dalam melaksanakan perubahan pendidikan selain daripada disalah erti yang kerap terjadi ialah salah interpretasi tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan tentang perubahan itu sendiri (Fullan & Stiegelbauer, 1991).

Pada tahun 2011 mencatatkan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia apabila Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS) diperkenalkan kepada murid Tahun 1 sekolah rendah. Perubahan yang dimaksudkan adalah perbezaan di antara keadaan semasa dengan sebelumnya (Amir Hassan Dawi, 2006) iaitu penilaian terhadap pelajar telah ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menggantikan penilaian yang berorientasikan peperiksaan. Pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan Dawi 2006).

Secara ringkasnya, PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang juga berupa ucapan selamat tinggal kepada orientasi peperiksaan yang telah sekian lama mengundang kritikan bertalu-talu. Anjakan paradigma yang berlaku ini bertepatan dengan pesanan Saidina Umar al-Khatab yang menegaskan supaya reka bentuk pendidikan anak-anak wajib berdasarkan keperluan masa hadapan mereka. Pelaksanaan PBS acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini. Cabaran pelaksanaan PBS memang akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Kekurangan dan ralat yang masih wujud tidak wajar menjadi alasan untuk pelaksanaan PBS kembali lemah. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa dan negara.

Tonggak kepimpinan Guru Besar atau pengetua mempengaruhi kejayaan sekolah dalam bidang akademik dan juga kokurikulum (Syed Ismail & Ahmad subki, 2010). Oleh yang demikian kepimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat diperlukan supaya matlamat dan hala tuju Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan tidak menyimpang dari tujuan asalnya. Kajian Yusof dan Mohd Musa, (2010) terhadap 57 orang Guru Besar sekolah aliran kebangsaan di Daerah Kota Tinggi menunjukkan Guru Besar memahami maklumat berkaitan dengan pelaksanaan PBS dan berkeupayaan menjadi peneraju utama membawa misi dan visi serta mampu merealisasikan dasar Pentaksiran Negara. Sokongan padu guru besar dalam mengetuai pelaksanaan PBS menjadikan PBS sebagai satu sistem yang amat relevan untuk dilaksanakan dan selaras dengan Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) yang akan menggantikan sistem peperiksaan yang lama. Faktor jantina dan lokasi sekolah sama ada bandar atau luar bandar bukan faktor penentu dan penghalang dalam menjayakan misi dan visi pelaksanaan PBS. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Kajian yang dijalankan oleh Zurida dan Nooraisa (n.d) adalah untuk mengenal pasti permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam aspek menaakul. Data dikumpul melalui temu bual berstruktur. Sampel kajian terdiri daripada 8 orang guru daripada 4 buah sekolah yang mengajar mata pelajaran Sains Tahun Satu.

Berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji terlibat, dapat dirumuskan bahawa penerimaan guru terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah kurang. Oleh itu, peranan guru besar amat diperlukan bagi menjayakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah di sekolah. Oleh yang demikian kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat diperlukan supaya matlamat dan hala tuju SPPK tidak menyimpang dari tujuan asalnya. Guru Besar sebagai pemimpin pelaksanaan PBS di sekolah perlu memahami sedalam-dalamnya konsep, prinsip dan prosedur pelaksanaannya. Guru Besar perlu menyokong dan membantu guru-guru dari semua aspek pelaksanaan PBS serta menyelesaikan segala permasalahan yang timbul tidak kira sekolah tersebut terletak di bandar atau luar bandar mahupun faktor jantina guru.

Objektif kajian :Tujuan kajian adalah;

I. Mengenal pasti tahap pemahaman Guru Besar berkaitan dengan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

II. Mengenal pasti tahap sokongan Guru Besar dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

III. Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh Guru Besar dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

IV. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap pemahaman dan masalah yang dihadapi oleh Guru Besar mengikut jantina dan lokasi sekolah dalam pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.