Laopran Kantin

download Laopran Kantin

of 3

description

laporan kantin

Transcript of Laopran Kantin

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUI BARAT

72120 BANDAR SERI JEMPOL, N.SEMBILAN

LAPORAN PERBINCANGAN JAWATANKUASA KANTIN KALI KE-2/2015 Tarikh

: 10 September 2015 (Khamis)Masa

: 11.00 pagi

Tempat: Kantin SekolahKehadiran : Pn Nurul Aini Binti Mad Apandi-Setiausaha Kantin

Pn Mashazliza Binti Ahmad

-Pen. Setiausaha Kantin

Pn Faizah Binti Othman

-Pengusaha Kantin1.Maklumbalas1. Lauk untuk guru cepat habis menjelang pukul 11.00 pagi. Kadang-kadang guru yang mempunyai jadual waktu penuh pada waktu pagi tidak sempat ke kantin.2. Pelbagaikan menu lauk-pauk supaya menu yang sama tidak berulang.

3. Terdapat guru yang mengadu bahawa harga lauk berubah-ubah dan tidak tetap setiap hari.4. Pelbagaikan menu makanan panas selepas jam 12 tengahari selain nasi goring.5. Lantai,longkang dan sinki murid kotor.6. Skirting di meja jualan murid dan meja makan murid sudah koyak dan kotor.

2. Maklumbalas pihak pengusaha kantin

1. Pihak kantin menghidangan lauk-pauk seawal jam 9 pagi kerana ada permintaan guru yang ingin dihidangkan nasi berlauk pada awal pagi.

2. Guru boleh mencadangkan menu yang sesuai untuk dimasak oleh pihak kantin.

3. Harga bahan mentah adalah mengikut harga semasa pasaran.Tambahan pula,pihak kantin tidak mempunyai pembekal bahan mentah.4. Guru boleh memesan makanan panas yang mudah dan ringkas untuk disediakan oleh pihak kantin.Seperti mee goreng,bihun goreng dan mee sup.

5. Lantai kantin sudah dibersihkan oleh pihak kantin 2 kali sehari. Namun masih nampak kotor kerana lantai sudah usang dan lama. Pihak kantin sudah memaklumkan kepada pekerjanya untuk mencuci longkang dan sinki tersebut.6. Pihak kantin sudah mendobi skirting tersebut. Boleh ditukar kepada yang baharu untuk tahun hadapan kerana bajet tidak mencukupi.

3. Cadangan1. Mohon pihak kantin untuk memperbanyakkan menu lauk pauk untuk menampung guru dan staf yang ramai.2. Pihak kantin terbuka untuk menerima idea daripada pihak guru dan staf berkenaan dengan menu yang sesuai dihidangkan di kantin.

3. Dicadangkan kepada pihak kantin untuk membuat banner harga menu supaya semua pihak maklum dan tidak wujud salah faham. Pihak kantin akan menimbangkan untuk menyediakannya pada sesi tahun hadapan.

4. Pihak kantin bersedia untuk menyediakan hidangan panas yang ringkas atas kehendak guru.

5. Lantai kantin perlu dinaik taraf kerana sudah lama dan nampak kotor.6. Dicadangkan pihak kantin tidak menggunakan skirting di tepi meja kerana murid suka mengelap tangan. Sebaliknya menggunakan tikar getah sebagai alas meja.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,................................................. .............................................

(NURUL AINI BINTI MAD APANDI) (PN FARIDAH BINTI SULAN)

Setiausaha Kantin SMK Lui Barat Pengetua SMK Lui Barat3