LAPORAN

77
BAB 9 LAPORAN

Transcript of LAPORAN

Page 1: LAPORAN

BAB 9

LAPORAN

Page 2: LAPORAN

TOPIK UTAMA

• DEFINISI KONSEP• CIRI-CIRI LAPORAN• KATEGORI LAPORAN• FORMAT LAPORAN• JENIS LAPORAN• CONTOH LAPORAN

Page 3: LAPORAN

DEFINSI KONSEP

• Sebuah dokumen yang digunakan untuk menyampaikan maklumat khusus kepada pembaca khusus.

• Maklumat tersebut boleh disampaikan secara sistematik dan objektif dengan menitikberatkan ketepatan dan kepadatannya.

• Penulisan laporan bergantung kepada tujuan atau perkara yang hendak disampaikan.

Page 4: LAPORAN

• Ellis dan Hopkins (1985)Sebuah dokumen yang digunakan untuk menyampaikan maklumat yang khusus kepada pembaca yang khusus.

• Oxford English Dictionary (2003)Sesuatu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan / maklumat lengkap tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh sekumpulan penyelidik.

• Kamus Dewan (2005)Maklumat tentang sesuatu hal yang dilaporkan.

Page 5: LAPORAN

CIRI-CIRI LAPORAN

1. Ditandai oleh struktur dan gaya formal (mempunyai format khas yang meliputi tajuk, muka surat, pengenalan ringkas, senarai kandungan – isi, cadangan, penutup, dan laporan)2. Ditentukan oleh fungsi sesuatu laporan (penulis perlu memahami keperluan pembaca dan mengemukakan butiran yang sesuai dengan keperluan pembaca)

Page 6: LAPORAN

3. Menggunakan penyataan pendapat (membuat kesimpulan berdasarkan kajian, penilaian dan kupasan bukti-bukti yang kukuh)4. Melibatkan pembentangan berilustrasi (berkaitan sesuatu hujah, maklumat atau penerangan – dalam bentuk carta, gambar rajah, jadual, graf, dll)

Page 7: LAPORAN

KATEGORI LAPORAN

1. Laporan makluman Memberi maklumat berkaitan sesebuah organisasi tentang sesuatu perkara. Memerlukan penulis mengemukakan fakta, aktiviti, masalah, dan cadangan.Contoh: Laporan aktiviti Khidmat Siswa anjuran Kolej Mas di Pulau Bum Bum, Samporna,

Sabah pada 10 – 20 Disember 2006

Page 8: LAPORAN

2. Laporan pemujukanBertujuan memujuk pembaca supaya memberi persetujuan atau pengesahan tentang sesuatu perkara yang dinyatakan. Penulis turut mengemukakan tindakan yang perlu dilakukan untuk mendapat pertimbangan pembaca.Contoh: Laporan cadangan mengenakan

tindakan tegas kepada orang yang membuang sampah merata-

rata.

Page 9: LAPORAN

3. Laporan peneranganMenerangkan semua soalan dan dapatan serta rumusan hasil daripada kajian yang dilakukan oleh penulis.Contoh: Laporan mengenai jenis telefon

bimbit yang paling popular dan kegunaan telefon bimbit yang paling penting dalam kalangan pelajar UUM.

Page 10: LAPORAN

4. Laporan sejarahMencatat sesuatu peristiwa yang berlaku sepanjang kehidupan manusia hasil

daripada pemerhatian atau penyelidikan yang dilakukan. Catatan tersebut dibuat secara kronologi bagi memudahkan pemahaman.

Contoh: Laporan penerokaan dan pembukaan pekan Changlon

dan Bukit Kayu Hitam

Page 11: LAPORAN

FORMAT LAPORAN

• Format laporan terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu:1. Bahagian pengenalan sebelum laporan

sebenar2. Bahagian laporan sebenar3. Bahagian sesudah laporan

Page 12: LAPORAN

Bahagian Pengenalan Sebelum Laporan Sebenar

• Bahagian ini mengandungi 5 perkara penting iaitu:1. Lampiran tajuk (title fly)2. Halaman tajuk3. Surat penyerahan (letter transmittal)4. Senarai kandungan5. Abstrak

Page 13: LAPORAN

1. Lampiran tajuk (title fly)Lampiran tajuk ialah bahagian permulaan sesuatu laporan yang perlu ditulis dengan jelas, kemas, menarik dan ditulis secara seimbang (ditulis dalam kedudukan center). Hanya mengandungi tajuk laporan sahaja.Contoh:

LAPORAN STATISTIK KEMALANGAN JALAN RAYA TAHUN 2006

Page 14: LAPORAN

2. Halaman tajukHalaman tajuk ialah halaman yang memuatkan semua maklumat penting mengenai sesuatu laporan dalam bentuk seringkas mungkin. Antara contoh maklumat yang perlu dimasukkan dalam halaman tajuk ialah:a. tajuk laporanb. maklumat penulis c. maklumat institusi yang diwakili oleh penulis d. penerima laporan e. maklumat yang diwakili oleh penerima laporanf. tarikh

Page 15: LAPORAN

• Contoh halaman tajuk

RETORIK SEBAGAI SATU SENI BERBAHASA DALAM PERIBAHASA MELAYU: SATU KAJIAN SEMANTIK

Oleh:Latiff Ibra Supandi

Satu Disertasi Yang Dikemukakan Kepada Universiti Malaya Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan

UntukIjazah Sarjana Pengajian Melayu

Akademi Pengajian MelayuUniversiti Malaya

Julai 2005

Page 16: LAPORAN

3. Surat penyerahan (letter of transmittal)Surat penyerahan ialah surat yang digunakan untuk mengiringi sesebuah laporan. Ia lebih berupa komunikasi peribadi antara penulis dengan pembaca laporan, dan menjadikan prosedur penghantaran laporan lebih tertib dan bersopan.Isi surat penyerahan meliputi perkara-perkara berikut:

a. menjelaskan siapa yang memberi arahan untuk menjalankan laporanb. mengesahkan penghantaran laporan ( … bersama- sama ini disertakan laporan …)c. mengucapkan terima kasih kepada pembacad. memberikan latar ringkas permasalahan mengenai laporan yang dijalankan

Page 17: LAPORAN

4. Senarai kandunganSenarai kandungan ialah senarai isi kandungan sesebuah laporan berserta halaman. Tujuan menyenaraikan senarai kandungan ialah untuk memudahkan pembaca merujuk halaman yang ingin dibaca secara khusus. Sekiranya laporan melibatkan menggunakan rajah dan jadual, senarai untuk rajah dan jadual juga akan diwujudkan.Contoh:Kandungan Halaman Pengenalan 1Objektif dan soalan kajian 3 Kaedah kajian 5Teori kajian 10Dapatan 17

Page 18: LAPORAN

5. AbstrakAbstrak ialah ringkasan yang mengandungi idea-idea penting bagi sesebuah laporan. Laporan

yang panjang memerlukan abstrak bagi memberi gambaran umum tentang keseluruhan kandungan laporan. Antara perkara-perkara asas yang dimasukkan dalam abstrak ialah:

a. ringkasan latar belakang kajianb. objektif penyelidikanc. kaedah kerja menyelidikand. teori yang digunakane. kesimpulan utamaf. cadangan

Page 19: LAPORAN

• Contoh:

IMEJ HAIWAN DALAM PERIBAHASA MELAYU: MENGUNGKAP MAKSUD TERSURAT

Seni, bahasa, dan budaya ialah sesuatu yang unik bagi sesuatu bangsa. Ia bukan sahaja dapat menggambarkan identiti sesuatu bangsa, malah mampu melahirkan satu bangsa yang mempunyai nilai ketamadunan yang tinggi. Peribahasa misalnya, merupakan contoh yang tepat dalam memperkatakan hal ini (Teori Makna Teks oleh Kahane, 2001). Dengan menggunakan kaedah analisis teks berdasarkan buku Tikaman Bahasa (1992), kajian ini akan membincangkan objek kiasan yang digunakan dalam peribahasa Melayu lama yang menggunakan simbol haiwan. Kajian awal mendapati daripada 2249 buah peribahasa, 632 buah peribahasa (28.1%) menggunakan simbol haiwan untuk mengungkap maksud tersurat.

Page 20: LAPORAN

Bahagian Laporan Sebenar

• Bahagian ini mengandungi 4 perkara penting iaitu:1. Pengenalan2. Dapatan laporan / isi / idea utama3. Rumusan / ringkasan / kesimpulan4. Cadangan

Page 21: LAPORAN

1. PengenalanBertujuan memberi penerangan secara ringkas kepada pembaca mengenai latar belakang

penyelidikan. Antara latar belakang penyelidikan yang akan dibincangkan ialah:

a. soalan penyelidikanb. objektif penyelidikanc. skop penyelidikand. batasan penyelidikane. kajian penyelidikan lepas (lit. review)f. kaedah penyelidikang. teori penyelidikan

Page 22: LAPORAN

2. Dapatan laporan / isi / idea utamaBahagian ini merupakan bahagian paling utama dalam sesebuah laporan. Ia juga dikenali

sebagai bahagian hujahan. Ia merupakan bahagian yang menghurai dan menjawap objektif penyelidikan. Huraian dan jawapan setiap objektif dikemukakan dengan bukti dan hujah yang kukuh.

Contoh ayat yang menggambarkan dapatan laporan ialah seperti:

a. hasil kajian mendapati bahawa …b. kajian perbandingan menunjukkan bahawa ...

Page 23: LAPORAN

3. Rumusan / ringkasan / kesimpulanBahagian ini juga penting dalam sesebuah laporan kerana bahagian ini ditulis untuk meyakinkan pembaca mengenai dapatan keseluruhan sesuatu laporan. Rumusan / ringkasan / kesimpulan

mestilah bebas daripada penilaian bersifat peribadi atau terlalu umum. Ini bermakna pelapor hanya boleh membuat rumusan / ringkasan / kesimpulan terhadap hasil penyelidikannya sahaja.

Contoh ayat yang menggambarkan rumusan / ringkasan / kesimpulan:a. kajian ini membuktikan bahawa …b. kajian ini telah menjawab persoalan mengenai

Page 24: LAPORAN

4. CadanganCadangan ialah bahagian yang mencatat saranan atau anjuran oleh pelapor. Pelapor boleh

mencadangkan pelbagai perkara kesan daripada hasil kajian yang telah dilaporkan.

Antara cadangan yang boleh ajukan kepada pembaca khusus laporan tersebut ialah:

a. mencadangkan agar pembaca khusus bersetuju dengan laporan tersebut.

b. mencadangkan kajian-kajian baru yang boleh dihasilkan kesan dari laporan tersebut.

Page 25: LAPORAN

Bahagian Sesudah Laporan

• Bahagian ini mengandungi 2 perkara penting iaitu:1. Rujukan / bibliografi2. Lampiran

Page 26: LAPORAN

1. Rujukan / bibliografiRujukan dan bibliografi ialah bahan-bahan yang

digunakan oleh pelapor untuk menguatkan hujahnya. Rujukan dan bibliografi sangat bergantung kepada jenis dokumentsi yang digunakan oleh pelapor.

Dalam sistem dokumentasi American Psycological Association (APA):a. rujukan ialah bahan dari suatu sumber lain yang dicatatkan dalam isi sesebuah laporan sebagai

bukti hujahan.b. Bibliografi ialah satu senarai bahan bacaan

tambahan yang tidak dicatatkan oleh pelapor di dalam isi sesebuah laporan.

Page 27: LAPORAN

2. LampiranLapiran ialah maklumat tambahan yang

diperlukan untuk menyokong laporan. Bilangan lampiran tidak terhad dan ia bergantung kepada keperluan bukti dan justifikasi laporan. Antara contoh lampiran yang perlu dimasukkan dalam bahagian sesudah laporan ialah:

a. sumber dari bahan yang digunakan dalam laporan b. borang soal selidikc. kertas kerja, teks wawancara, rujukan

tambahand. bahan yang berkaitan dengan laporan

Page 28: LAPORAN

JENIS LAPORAN

• Jenis laporan terbahagi kepada 4 iaitu:1. Laporan pemerian / penyelidikan2. Laporan penyelesaian masalah3. Laporan penilaian 4. Laporan analisis

Page 29: LAPORAN

Laporan Pemerian / Penyelidikan • Menjelaskan tentang sesuatu hal, objek atau seseorang,

agar pembaca dapat mentafsir dengan jelas. • Bersifat ilmiah, iaitu memerlukan gambaran yang jelas

dan lengkap mengenai sesuatu tanpa memasukkan unsur emosi penulis.

• Memerlukan fakta yang tepat, pengolahan bahasa yang mudah dan menarik serta memerlukan pemerhatian yang rapi oleh penulis.

• Contoh laporan: Menterjemah makna konotasi dalam peribahasa Melayu: Satu kajian semantik.

Page 30: LAPORAN

• Menyediakan satu rancangan yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi.

• Memerlukan daya fikir yang kreatif dan kritis serta penaakulan yang mendalam.

• Perincian tentang kaedah dan strategi untuk menyelesaikan sesuatu masalah perlu dititik beratkan.

• Contoh laporan: Penyelidikan masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar luar bandar dan pedalaman dalam mengakses komputer: Kajian kes penyelesaian di kawasan kepulauan Sabah.

Laporan Penyelesaian Masalah

Page 31: LAPORAN

Laporan Penilaian

• Bertujuan untuk menilai sesuatu dan sering kali diguna pakai bagi tujuan penilaian prestasi kerja seseorang pegawai.

• Apabila seseorang memohon sesuatu pekerjaan yang baru, laporan sulit bagi pihak yang mengenalinya diperlukan.

• Laporan perlu dibuat dengan tepat dan objektif kerana sesuatu keputusan bergantung kepada laporan tersebut.

• Contoh laporan: Laporan tahap kecekapan kakitangan sokongan Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden tahun 2006

 

Page 32: LAPORAN

Laporan Analisis

• Menganalisis sesuatu sebelum sebarang keputusan diambil.

• Untuk menganalisisnya, perkara itu perlu diagih-agihkan kepada beberapa bahagian atau peringkat tertentu.

• Laporan jenis ini sangat penting untuk memberikan gambaran yang tepat tentang sesuatu persoalan yang dibangkitkan.

• Contoh laporan: Laporan pemilihan lokasi cawangan ke-3 Uromoda Collections di Wilayah Utara.

Page 33: LAPORAN

GAYA BAHASA LAPORAN

• Penulisan laporan tergolong dalam bentuk penulisan ilmiah yang mempunyai ciri-ciri gaya bahasa tertentu seperti:a. menggunakan ciri-ciri laras bahasa ilmiah, iaitu bernada formal dan objektifb. menggunakan sudut pandangan orang ketigac. menggunakan istilah khusus d. menggunakan bahasa dan format bakue. mengelakkan perkataan mubazirf. mengelakkan perkataan andaian

Page 34: LAPORAN

Menggunakan Ciri-ciri Laras Bahasa Ilmiah, iaitu Bernada Formal dan Objektif

• Laporan mesti bebas dari sentimen peribadi dan emosi.• Fakta dan hujah disampaikan dengan sempuna (ada

bukti)• Penggunaan bahasa yang teratur dan jelas.• Kata-kata bersifat andaian tidak wajar digunakan pada

umumnya, barangkali, mungkin, sudah tentu• Menggunakan ungkapan seperti:

a. Hasil kajian mendapati …b. Kajian telah membuktikan bahawa ...

Page 35: LAPORAN

Menggunakan Sudut Pandangan Orang Ketiga

• Juga dikenali sebagai sudut pandangan objektif• Pengarang seolah-olah tidak terlibat secara khusus dalam

laporan tersebut• Pengarang hanya menggambarkan apa yang dilihat dan

didengar.• Perbandingan sudut pandangan:

a. orang pertama: Pengarang mendapati bahawa …b. orang ketiga: Hasil kajian mendapati bahawa ..

Page 36: LAPORAN

Menggunakan Istilah Khusus • Laporan haruslah ditandai oleh istilah-istilah khusus.• Istilah khusus yang digunakan mesti berkaitan dengan

bidang atau laras sesuatu laporan.• Penggunaan istilah khusus menggambarkan kematangan

penulis dalam membuat laporan.• Pemilihan istilah khusus dititikberatkan untuk

kesesuaian, keupayaan dan ketepatan maksud.• Contoh penggunaan istilah khusus: Untuk laporan

bidang pendidikan, istilah khusus seperti jadual penentu ujian, silabus, dan kaedah pengajaran akan digunakan.

Page 37: LAPORAN

Menggunakan Bahasa dan Format Baku

• Bahasa baku atau bahasa standard / bahasa formal mesti merangkumi 4 kategori utama iaitu betul dari segi fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

• Format baku pula ialah format / panduan menyediakan laporan akhir. Ia tertakluk kepada panduan gaya yang telah ditetapkan.

• Antara perkara penting yang ditetapkan dalam format baku ialah seperti penyusunan bab, halaman, catatan, pembahagian judul dan subjudul, dan penyusunan kertas.

Page 38: LAPORAN

Mengelakkan Perkataan Mubazir• Penggunaan perkataan haruslah tepat dan objektif• Ini bermakna, pelapor dilarang menggunakan kata-kata

yang mubazir yang tidak diperlukan.• Pemilihan perkataan seharusnya ekonomi dan dapat

menyatakankan sesuatu maksud dengan terang dan jelas.• Contoh ayat yang menggunakan kata-kata mubazir:

a. Kajian penyelidikan mendapati bahawa …b. (Keadaan) hujan yang turun dengan lebat …c. Warga emas yang kebanyakannya sudah tua itu …

Page 39: LAPORAN

Mengelakkan Perkataan Andaian

• Tujuan penghasilan laporan ialah untuk mendapat kesahan, dan meyakinkan pembaca.

• Oleh itu, penggunaan perkataan andaian adalah dilarang sama sekali kerana penggunaan perkataan ini akan dapat mengubah keyakinan pembaca.

• Contoh perkataan andaian:a. barangkalib. mungkinc. pada umumnyad. tidak terkira

Page 40: LAPORAN

KEMAHIRAN BAHASA DALAM PENULISAN

Page 41: LAPORAN

PENGENALAN

• Menulis merupakan satu ketrampilan berbahasa yang digunakan dalam komunikasi secara tidak langsung atau komunikasi tanpa bersemuka.

• Penulisan adalah satu proses pengolahan gagasan atau pemikiran dan penulisan juga sebagai satu proses mekanis yang melibatkan penggunaan alat dan teknik untuk mengungkapkan gagasan dan pemikiran (Awang Sariyan, 1992).

Page 42: LAPORAN

• Sistem tulisan merupakan alat interaksi dalam komunikasi manusia yang dikembangkan sebagai sistem lambang yang dapat dilihat dan dibaca.

• Melalui tulisan diperlihatkan pengungkapan keinginan dan perasaan manusia sehingga mampu memperlengkap daya ingatan, dapat menyimpan rakaman perhubungan, aktiviti dan idea secara baru, tepat dan menyeluruh.

Page 43: LAPORAN

Tatatingkat Unit Bahasa

klausa

ayat

wacana

frasa

kata

morfem

fonem

Page 44: LAPORAN

• Apa itu karangan?• Apakah perbezaannya dengan

penulisan?

Page 45: LAPORAN

MENGARANG SEBAGAI AKTIVITI KOMUNIKASI

• Mengarang dianggap sebagai aktiviti komunikatif antara penulis dan pembaca.

• Prinsip dalam aktiviti komunikasi antara penulis dan pembaca:• Tuntas• Menarik perhatian• Meyakinkan• Menjadi ingatan

Page 46: LAPORAN

PENDEKATAN DALAM PENULISAN

• Bentuk-bentuk wacana yang asas:• wacana pendedahan/eksposisi• wacana penerangan/deskripsi• wacana penghujahan/argumentasi • wacana pemujukan• wacana penceritaan/narasi

Page 47: LAPORAN

WACANA PENDEDAHAN/EKSPOSISI

• Memaparkan,menghuraikan, menyingkapkan/menunjukkan sesuatu konsep/perkara, pendapat, idea, maklumat/ pandangan penulis. (Mohd. Sidin, 1992)

Page 48: LAPORAN

Ciri-Ciri Wacana Pendedahan

• Penulis mahir dalam hal yang diperkatakan

• Khalayak tidak faham/tidak tahu akan konsep/idea

• Idea/konsep tidak kontroversi• Bertujuan mendedahkan sesuatu

idea/konsep/persoalan• Gaya bahasa informatif • Tidak kemuka idea untuk minta

pendapat/pujuk pembaca• keputusan - pembaca

Page 49: LAPORAN

WACANA PENERANGAN/DESKRIPSI

• Memindahkan pengamatan dan pemerhatian kepada pembaca dan bahan yang dipindahkan itu termasuklah imej, sensasi, mood dsb. (Mohd. Sidin, 1992)

Page 50: LAPORAN

Tujuan Wacana Penerangan

• Menerangkan sesuatu supaya pembaca dapat lihat gambaran yang jelas.

• Menyampaikan buah fikiran, perasaan, imej, sensasi, dan suasana ketika berkomunikasi.

• Menggambarkan suasana, tempat, orang, benda dan peristiwa.

• Mencipta daya imaginasi.• Sifatnya objektif atau subjektif.

Page 51: LAPORAN

Contoh Wacana Penerangan

• Balqish, gadis manis berkulit putih kuning, wajah bujur sirih, berlesung pipit di pipi kanan, bermata cerlang anggun berkurung biru muda terpaku, kaget dengan penampilan Danial. Danial kini bukan Danial yang dulu pernah dikenalinya. Berambut panjang ke paras bahu, seakan menyerupai kaum selawannya. Berbaju t bercorak abstrak dengan warna gelap dipadankan dengan jeans Levis lusuh, membuatkan Danial nampak berbeza di mata Balqish.

Page 52: LAPORAN

WACANA PENGHUJAHAN

• Satu bentuk wacana yang bertujuan mendapatkan sokongan atau persetujuan daripada pembaca terhadap satu pendapat/fikiran.

Page 53: LAPORAN

Ciri-Ciri Wacana Penghujahan

• Penulis cuba yakinkan pembaca supaya terima pandangan/pendapat

• Ada keraguan dalam pendapat yang ingin dihujahkan

• Subjek kontroversi• Dilakukan dengan pemikiran yang waras, jelas

dan logik• Mesti konsisten • 3 unsur penting:

• penyataan tesis/dakwaan• premis/bukti• justifikasi/kesimpulan

Page 54: LAPORAN

Cara Menulis Wacana Penghujahan

• Selesaikan masalah tentang pembaca.

• Kumpul bahan dan fahami subjek.

• Sedia timbang pendapat bertentangan.

• Tunjuk ada kredibiliti & integriti.

• Rasional dan matang - ketepikan emosi.

• Struktur penghujahan ikut kesesuaian.

Page 55: LAPORAN

WACANA PEMUJUKAN

• Satu bentuk wacana yang cuba mengubah pemikiran, kepercayaan dan pelakuan pembaca. (Mohd. Sidin, 1992)

Page 56: LAPORAN

Ciri-Ciri Wacana Pemujukan

• Memainkan perasaan dan emosi.

• Penggunaan bahasa yang mempunyai daya penarik dan bersifat sugestif (penggunaan kata-kata yang mempunyai makna konotatif.

Page 57: LAPORAN

Cara Menulis Wacana Pemujukan

• Pentingkan kredibiliti dan karektor penulis.

• Bangkitkan emosi pembaca.• Tunjukkan kebenaran .

Page 58: LAPORAN

Perbezaan Wacana Penghujahan Dengan

Wacana PemujukanWacana penghujahan• Tujuan akhir

• pembuktian “kebenaran”

• Pendekatan• berasaskan logik

• Lebih penekanan kebenaran

Wacana Pemujukan• Tujuan akhir

• persetujuan terhadap subjek

• Pendekatan• ilmu psikologi

• Lebih bersifat emosional

Page 59: LAPORAN

WACANA PENCERITAAN/NARASI

• Bentuk pemikiran yg mengandungi babak perlakuan atau peristiwa yang disusun secara berturutan - mungkin terdiri daripada beberapa fakta berdasarkan sesuatu peristiwa/pengalaman. (D’Angelo, 1980)

Page 60: LAPORAN

PRINSIP-PRINSIP PENULISAN

• Pemerengganan• Kesatuan • Kepautan• Kejelasan• Kesempurnaan• Kebolehbacaan • Kerapian

Page 61: LAPORAN

BINAAN PERENGGAN

• Ayat tesis• Ayat topik• Ayat huraian utama• Ayat huraian kecil• Ayat kesimpulan

Page 62: LAPORAN

BINAAN PERENGGAN

Tujuan sesebuah karangan dinyatakan oleh ayat tesis; tujuan sebuah perenggan dinyatakan oleh ayat topik

Ayat topik - isi atau gagasan utama yang menjadi tema seluruh perenggan serta memandu satu unit buah fikiran

Ayat huraian utama/ penyangga utama - ayat yang mengembangkan gagasan dalam ayat topik dan merujuk ayat topik secara langsung

Ayat huraian kecil/penyangga kecil - ayat yang menyediakan keterangan lanjut tentang ayat topik dan merujuk penyangga utama secara langsung

Ayat kesimpulan - ayat terakhir yang menutup perenggan sebelum beralih kepada perenggan yang seterusnya

Page 63: LAPORAN

ASPEK BAHASA DALAM PENULISAN

• GAYA DAN TATABAHASA• PERKAITAN KATA, ISTILAH DAN

LARAS• CIRI BAHASA MELAYU MODEN DAN

DINAMIK

Page 64: LAPORAN

GAYA PENULISAN

• Petua mempertingkatkan gaya penulisan:• Mengetahui pembaca• Mengambil contoh bukan meniru• Meletakkan diri sebagai penulis bermutu• Mengambil iktibar bahawa gaya penulisan lebih

baik, sekiranya anda berjaya menyampaikan mesej dan pembaca tidak terfikir langsung soal salah betulnya dari segi tatabahasa.

• Meminta orang lain yang mahir dengan tatabahasa untuk membaca draf dan menandakan bahagian yang perlu diubahsuai dari segi bahasa..

Page 65: LAPORAN

GAYA BAHASA

• Gaya bahasa berdasarkan acuan bukan bahasa

• Gaya bahasa berdasarkan acuan bahasa• Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat

atau ayat• Gaya bahasa retorik• Gaya bahasa kiasan

Page 66: LAPORAN

TATABAHASA

• Perkataan• Gunakan perkataan umum/biasa• Gunakan perkataan tunggal• Gunakan perkataan pendek • Gunakan istilah umum bukan istilah

baru

Page 67: LAPORAN

Refleksi

• Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut:• Wawasan – pandangan• Cergas - cerdas• Memakai - menggunakan

Page 68: LAPORAN

• Ayat• Ayat yang lengkap • Ayat yang tepat

• Menentukan ketepatan–Tahap diksi–Darjah kejelasan–Darjah konkrit atau khusus

Page 69: LAPORAN

• Ayat yang berekonomi• Pemilihan kata tepat • Gunakan kata atau frasa yang pendek• Jangan menggunakan kata jargon atau

istilah asing, atau saintifik• Jangan mengulang-ulang kata atau konsep

yang membawa pengertian sama atau yang hampir sama.

Page 70: LAPORAN

• Ayat segar• Membuang unsur-unsur terduga dan

masukkan elemen luar jangka.• Menunjukkan apa-apa yang berlaku bukan

menceritakannya.• Meletakkan diri di latar belakang• Menggantikan kata layu dengan kata segar• Menggantikan sesetengah bahasa literal

dengan bahasa figuratif• Mempelbagaikan gaya dan struktur ayat.

Page 71: LAPORAN

• Ayat mudah baca (readable)• Mudah dibaca• Lancar dibaca• Seronok dibaca

Page 72: LAPORAN

PERKAITAN KATA, ISTILAH DAN LARAS

• Kata ialah lambang linguistik yang mempunyai makna tertentu tetapi tergolong dalam penggunaan yang umum (Mashudi Kader, 1993).

• Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematis, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu, disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa istilah bidang berkenaan, dan mempunyai nilai komunikatif yang sesuai (Sulaiman Masri, 1993).

Page 73: LAPORAN

Perbezaan dan Persamaan Kata dan Istilah

• Istilah ialah bentuk atau lambang linguistik milik sistem konsep.

• Darjah ketepatan istilah tinggi, makna tidak kabur, kurang konotasi buruk, dan tidak emotif.

• Istilah ialah timbunan konsep yang bersesuaian dengan pengistilahan bidang atau subbidang tertentu.

• Kata ialah bentuk linguistik yang bebas, minimum-tidak dapat dipecahkan kepada bentuk linguistik

Page 74: LAPORAN

CIRI BAHASA MELAYU MODEN DAN DINAMIK

• Betul• Mudah• Jelas• Koheren• Santun• Tidak keinggerisan

Page 75: LAPORAN

KESILAPAN UMUM BAHASA DALAM PENULISAN

• Ejaan• Kosa kata• Ayat

Page 76: LAPORAN

KESIMPULAN

• Hasil tulisan yang baik dan sempurna ialah tulisan yang dapat menyampaikan mesej dengan menarik dan berkesan.

Page 77: LAPORAN

RUJUKAN UTAMA

• Asmah Haji Omar (1997)• Brock, S. L. (1998)• Ellis & Hopkins (1985)• Hornby & Ruse (1989)• Ismail Ahmad & Mohd Nordin Haji Hassan

(1995)• Nuraini Yusof (1991)