LAPORAN AJK MAKANAN

3
LAPORAN AJK MAKANAN SEBELUM Program Bina Insan Guru Fasa 4 bagi pelajar ambilan Jun 2013 perlu menjalankan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Khidmat Komuniti Pasca Banjir di Sekolah- sekolah yang di tetapkan. Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) perlu menjalankan program khidmat komuniti di Sekolah Rendah Chegar Perah, Kuala Lipis. Sebelum program dijalankan semua peserta BIG fasa 4 telah menghadiri menyuarat untuk melantik AJK bagi setiap tugas. Saya telah dilantik sebagai Ketua AJK makanan untuk menguruskan penyediaan dan pembahagian makanan mengikut jumlah peserta. saya telah diberi kuasa untuk memilih beberapa lagi AJK makanan untuk membantu dan memudahkan tugas pelaksanaan pengurusan makanan kepada semua peserta dan pensyarah. Semasa menyuarat dijalankan saya mendapat maklumat mengenai perjalanan program BIG dan pengurusan makanan sepanjang program. AJK makanan perlu menyediakan makanan dengan memasak untuk peserta seramai 67 orang. Saya ditugaskan untuk menyediakan menu masakan dan membeli bahan mentah bersama En Sharom iaitu penyelaras BIG fasa 4. Saya ditugaskan untuk menyediakan makanan pada hari Selasa 10 Februari hingga 11 Feruari 2015 di Sekolah Rendah Chegar Perah Kuala Lipis. Manakala Program Khidmat komuniti Pasca Banjir di sekolah Wan Ibrahim selama sehari iaitu pada hari Khamis 12 Februari 2015 makanan pagi dan tengahari telah disedikan oleh pihak IPGKTAA. SEMASA Peserta program BIG fasa 4 telah sampai ke destinasi pada jam 11.00 pagi dan semua peserta bekerjasama mengangkat barangan keperluan dan peralatan daripada lori. Saya bertanggungjawab memastikan barangan keperluan untuk penyediaan makanan ditempatkan di kawasan yang bersih dan selesa untuk memasak. Pihak sekolah telah menyediakan tempat berhampiran kawasan kantin sekolah. Semua AJK makanan berkerjasama menyusun dan menyediakan tempat untuk memasak. Semua AJK memberi khidmat yang sangat baik. Saya mendapat arahan daripada penyelaras

description

laporan makanan

Transcript of LAPORAN AJK MAKANAN

Page 1: LAPORAN AJK MAKANAN

LAPORAN AJK MAKANAN

SEBELUM

Program Bina Insan Guru Fasa 4 bagi pelajar ambilan Jun 2013 perlu menjalankan program yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Khidmat Komuniti Pasca Banjir di Sekolah- sekolah yang di tetapkan. Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan (IPGKTAA) perlu menjalankan program khidmat komuniti di Sekolah Rendah Chegar Perah, Kuala Lipis. Sebelum program dijalankan semua peserta BIG fasa 4 telah menghadiri menyuarat untuk melantik AJK bagi setiap tugas. Saya telah dilantik sebagai Ketua AJK makanan untuk menguruskan penyediaan dan pembahagian makanan mengikut jumlah peserta. saya telah diberi kuasa untuk memilih beberapa lagi AJK makanan untuk membantu dan memudahkan tugas pelaksanaan pengurusan makanan kepada semua peserta dan pensyarah.

Semasa menyuarat dijalankan saya mendapat maklumat mengenai perjalanan program BIG dan pengurusan makanan sepanjang program. AJK makanan perlu menyediakan makanan dengan memasak untuk peserta seramai 67 orang. Saya ditugaskan untuk menyediakan menu masakan dan membeli bahan mentah bersama En Sharom iaitu penyelaras BIG fasa 4. Saya ditugaskan untuk menyediakan makanan pada hari Selasa 10 Februari hingga 11 Feruari 2015 di Sekolah Rendah Chegar Perah Kuala Lipis. Manakala Program Khidmat komuniti Pasca Banjir di sekolah Wan Ibrahim selama sehari iaitu pada hari Khamis 12 Februari 2015 makanan pagi dan tengahari telah disedikan oleh pihak IPGKTAA.

SEMASA

Peserta program BIG fasa 4 telah sampai ke destinasi pada jam 11.00 pagi dan semua peserta bekerjasama mengangkat barangan keperluan dan peralatan daripada lori. Saya bertanggungjawab memastikan barangan keperluan untuk penyediaan makanan ditempatkan di kawasan yang bersih dan selesa untuk memasak. Pihak sekolah telah menyediakan tempat berhampiran kawasan kantin sekolah. Semua AJK makanan berkerjasama menyusun dan menyediakan tempat untuk memasak. Semua AJK memberi khidmat yang sangat baik. Saya mendapat arahan daripada penyelaras Program BIG fasa 4 iaitu Tn Hj Sharom untuk menyediakan makanan bermula makan malam sehingga makan tengahari keesokan harinya. Oleh yang demikian saya telah memastikan semua ajk bersedia untuk menyediakan bahan dan memasak untuk makan malam. Menu masakan makan malam adalah ayam masak lemak cili api dengan sayur sawi berserta ulam mentimun.

Pada hari ke-2 program BIG semua AJK masakan bersedia untuk menyediakan sarapan pagi dan membuat kerja-kerja pembersihan kawasan tempat masak. Seawal jam 6 pagi AJK penyediaan dan pengurusan makanan telah berkerjasama menyediakan sarapan pagi. Menu sarapan pagi pada pagi itu ialah bihun goreng, roti canai dan teh Tarik. Semua peserta program BIG bersarapan pada jam 7.30 pagi dan selesai pada jam 8.00 pagi sebelum meneruskan aktiviti khidmat masyarakat. Selepas selesai penyediaan sarapan pagi saya telah memastikan AJK makanan bersedia untuk menyediakan makanan tengahari. Menu masakan tengahari ialah ayam masak merah, sayur kubis dan telur dadar manakala

Page 2: LAPORAN AJK MAKANAN

untuk peserta vegetarian saya telah meminta beberapa AJK makanan untuk menyediakan masakan untuk peserta vegetarian. Selesai makan tengahari pada jam 1.30 pm iaitu selepas selesai acara penutupan Program BIG Khidmat Masyarakat Pasca Banjir semua peserta bersedia untuk mengemas dan membersihkan kawasan sebelum meninggal Sekolah Kebangsaan Chegar Perah.

SELEPAS

Kerja-kerja pembersihan dan pengurusan peralatan dilakukan selepas selesai majlis penutupan program BIG Khidmat Masyarakat Pasca Banjir. Selaku ketua AJK makanan saya telah memastikan setiap peralatan masakan yang digunakan diuruskan dengan baik dan item yang digunakan cukup mengikut bilangan yang asal. Kerja-kerja penyusunan dan penyimpanan peralatan menjadi cepat kerana semua peserta BIG turut membantu AJK makanan menyusun dan mengasingkan peralatan mengikut item. Setelah selesai kerja pengumpulan peralatan semua peserta BIG berkerjasama menaikkan peralatan ke atas lori untuk dibawa pulang ke kampus. Setelah sampai di kampus pada jam 5.00 pm semua peserta berkerjasama membawa peralatan untuk disimpan semula ke dalam stor pelaralatan di Unit Gerko. Selepas selesai penyusunan barangan semua peserta BIG berkumpul untuk mendengar taklimat daripada pengerusi Program BIG pasa 4. Program pada petang itu selesai pada jam 6.00 petang dan semua peserta mengambil makanan untuk makan malam di café Aida. Beberapa AJK makanan ditugaskan untuk mengurusan pemberian makanan kepada semua peserta termasuk peserta BIG dari IPG lain.

Tugasan AJK makanan tidak berakhir disitu kerana pada keesokkan harinya program Khidmat masyarakat gabungan 5 IPG akan diadakan di Sek Ren Keb Wan Ibrahim, Kuala Lipis. Walaubagaimanapun, tugas AJK makanan hanya memastikan agihan makanan tengahari diuruskan dengan baik dan memastikan semua peserta mendapat makanan yang disediakan oleh Café Aida.

Disediakan Oleh,

Norhidayah Binti AdnanKetua AJK Makanan