Laporan Akhir 2014 (PDF)

73
JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014 1 TAJUK KAJIAN : “TEORI TAKMILAH DALAM NOVEL MAHABBAH KARYA SHAHNON AHMAD.” NAMA PELAJAR : ZAINAH BINTI ASMAWI NO/ MATRIK : JM 11270/10 NO K/P :790625085470 NAMA PENYELIA: DR. MEMBUNGA@SITI MERIAM YAACOB

Transcript of Laporan Akhir 2014 (PDF)

Page 1: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

1  

TAJUK KAJIAN : 

 

 

             “TEORI TAKMILAH DALAM NOVEL 

MAHABBAH KARYA SHAHNON AHMAD.” 

 NAMA PELAJAR : ZAINAH BINTI ASMAWI

NO/ MATRIK : JM 11270/10

NO K/P :790625085470

NAMA PENYELIA: DR. MEMBUNGA@SITI MERIAM

  YAACOB

 

 

Page 2: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

2  

SENARAI ISI KANDUNGAN :

TAJUK MUKA SURAT

BAB 1-Proposal

Tajuk: “Teori Takmilah dalam novel Mahabbah karya Shahnon Ahmad.”

1.1 Pengenalan 1-3

1.2 Permasalahan kajian 4-5

1.3 Objektif kajian 6

1.4 Skop kajian 7-10

1.5 Teori dan metodologi 11-14

1.6 Kajian Lepas 15-17

1.7 Organisasi Kajian 18-20

BAB 2

Tajuk: Prinsip Ketuhanan Yang Bersifat Kamal.

2.1 Pengenalan 21-22

2.2 Pengabdian diri kepada Allah 23-28

2.3 Pengakuan terhadap kebesaran Allah 29-35

2.4 Kesimpulan 36

Page 3: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

3  

BAB 3

Tajuk : Prinsip Ketuhanan Yang Berciri Estetik dan Bersifat Takmilah.

3.1 Pengenalan 37-38

3.2 Perlambangan dan simbol 39-46

3.3 Pemilihan diksi 47-50

3.4 Kesimpulan 51-52

BAB 4

Tajuk: Prinsip Khalayak Menuju Ke Arah Insan Kamil.

4.1 Pengenalan 53

4.2 Mengingati kematian 54-56

4.3 Anak sebagai amanah Allah 57-59

4.4 Sabar menghadapi ujian Allah 60-63

4.5 Kesimpulan 64

BAB 5

Tajuk: Penutup 65-68

BIBLIOGRAFI 69-70

Page 4: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

4  

   

BAB 1

1.1 PENGENALAN. Nama Shahnon Ahmad cukup besar dalam sejarah kesusasteraan negara sama ada

sebagai seorang pengarang novel dan cerpen mahu pun sebagai sarjana dalam bidang

kesusasteraan. Ketokohan Shahnon Ahmad sering diingati melalui pemikiran-

pemikirannya yang tajam dalam mengupas isu-isu masyarakat dalam kepelbagaian

bidang. Shahnon amat mementingkan kesejahteraan bangsanya. Lanjutan itu,persepsi

Shahnon Ahmad terhadap kepimpinan dan pergelutan kuasa politik Melayu begitu

terserlah dalam karya-karya yang dihasilkannya. Selain itu, beliau sering

memperjuangkan persoalan-persoalan kemanusiaan dan sebagai seorang Islam Shahnon

tegas memperhebatkan persoalan-persoalan demi pengembangan syiar Islam.

Pengalaman yang luas dan ilmu kesusasteraan yang tinggi yang dimiliki oleh beliau

menjadi aset yang sangat berharga kepada perkembangan Kesusasteraan Melayu di

Malaysia. Menurut Hashim Ismail (2010:408) Shahnon telah menghasilkan satu gagasan

penting iaitu Sastera Islam. Esei pertama yang mencetuskan gagasan sastera Islam ini

terkandung dalam sebuah esei yang bertajuk “Sastera Islam: Sudut Pandangan” yang

disiarkan dalam Majalah Dewan Bahasa (Julai 1977). Menurut Shahnon Ahmad

(1991:388) beliau menjelaskan bahawa sastera Islam adalah sastera kerana Allah. Antara

lain beliau menjelaskan :

Bersastera mengikut Islam wajib dijalankan kerana Allah dan tidak yang lain melainkan Allah, tetapi sama seperti beribadah yang pelbagai corak, hikmahnya adalah untuk manusia.

Page 5: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

5  

Gagasan sastera Islam yang dikemukakan oleh Shahnon telah berjaya menarik

perhatian ramai pengkaji atau pengkritik sastera temapatan dan ini telah menghasilkan

gelombang baru dalam dunia Kesusasteraan Melayu Moden. Berikutan itu tercetus satu

polemik antara Shahnon Ahmad dan Kassim Ahmad berkaitan dengan gagasan sastera

Islam. Menurut Hashim Ismail (2010:409) dalam polemik ini, Shahnon berpendapat

sastera Islam adalah sastera yang ditulis oleh penulis Islam. Namun bagi Kassim Ahmad,

sesiapa sahaja boleh menulis sastera Islam asal kandungannya mengenai dunia Islam

dan tiada pertentangannya. Selepas itu gagasan sastera Islam terus diperkatakan dan

novel-novel Shahnon telah mendapat reaksi daripada para pengkaji dan pengkritik

sastera tempatan.

Dalam karya-karyanya, Shahnon Ahmad sering mengajak pembaca merenung

kebesaran ciptaan Tuhan dalam makna yang luas, dan dalam masa yang sama

memberikan kritikan-kritikan yang keras membara kepada sesiapa yang cuba

menyanggah atau mengubah ketentuan-Nya. Konsep sastera Islam, menurut Shanon

Ahmad (Dewan Bahasa:1977 ) berbudaya, berseni atau bersastera bertonggakkan Islam,

sama saja seperti beribadah atau berbakti kepada Allah. Di sini beribadah membawa

pengertian yang luas mencakup sebarang perbuatan manusia demi kerana Allah semata-

mata, bukan sekadar bersembahyang, berpuasa, menunaikan fardhu Haji atau berzakat.

Dalam beribadat (seperti dalam proses penciptaan karya sastera) pokok pangkal wajib

bertolak dari Tauhid – keyakinan seluruh jiwa raga tentang keesaan dan ketunggalan

Allah. Selaras dengan itu, bersastera mengikut Islam wajib dijalankan kerana Allah dan

tidak ada yang lain melainkan Allah, tetapi sama seperti beribadat yang berbagai corak,

Page 6: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

6  

dan hikmah di sebalik karya-karya itu ialah untuk membimbing dan memberi pengajaran

kepada manusia.

Beliau merupakan sasterawan negara yang benar-benar kuat dan gigih berkarya.

Beliau begitu berani dalam mengemukakan sesuatu idea dan pemikiran dalam bentuknya

tersendiri. Karyanya penuh dengan makna tersirat yang bercakap tentang nasib bangsa,

agama dan masyarakat. Antara novel-novel hebat beliau ialah Rentong (1965), Ranjau

Sepanjang Jalan (1966), Srengenge (1973), Tunggul-Tunggul Gerigis (1988) Tok Guru

(1988), Ummi dan Abang Syeikhul (1992), Lamunan Puitis (2003) dan banyak lagi.

Sebagai seorang elit intelek Melayu, beliau melihat semuanya itu dengan akal budi yang

halus.

Shahnon Ahmad melihat itulah masalah besar yang menjadi tema dan persoalan

yang sedang meracu dalam persekitaran budaya yang rumit dan perlu dijelaskan secara

terperinci dan serius. Hal ini dilanjutkan lagi dengan karyanya berjudul

Mahabbah(DBP:2007) yang menjadi pilihan novel dalam kajian ini. Tumpuan kepada

Mahabbah adalah satu novel yang menarik untuk dimengertikan kerana penuh dengan

persoalan-persoalan yang berkaitan dengan prinsip-prinsip kesusasteraan Islam yang

memerlukan kajian mendalam bagi menyelami idea dan pemikiran beliau.

Page 7: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

7  

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Novel Mahabbah hasil karya Sasterawan Negara (SN) Shahnon Ahmad, terbitan

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2007 terpilih sebagai karya sastera kreatif terbaik

negara Malaysia dan menerima Hadiah Sastera Majlis Sastera Asia Tenggara

(MASTERA) Ke-6, 2010. Mahabbah, novel yang mengandungi 316 halaman dan 13 bab,

adalah satu bentuk kepengarangan yang bijaksana berbeza daripada kelaziman novel

Shahnon yang lain.

Novel Mahabbah merupakan satu bentuk penghasilan kreatif yang mempunyai

keistimewaan tersendiri dan dapat memupuk sebuah cerita dari perspektif Islam. Menurut

Jurnal Melayu (2009:18) sastera Islam adalah sastera untuk pengabdian. Seni untuk

pengabdian mempunyai dua tujuan penting iaitu pertama untuk menguatkan akidah dan

kedua untuk meninggikan akhlak. Penguatan akidah bererti karya sastera dapat

menunjukkan atau membimbing ke arah memperkuatkan iman dan kepercayaan terhadap

Allah. Justeru itu, novel Mahabbah dilihat mampu mengangkat hubungan manusia,

bukan sahaja berasaskan konsep hablumminannas tetapi lebih berkonsepkan penampilan

hubungan manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab terhadap dirinya, alam

persekitaran dan juga sebagai hamba dengan Penciptanya.

Selain itu, pengkaji mendapati Shahnon Ahmad sering berselindung di sebalik

kehalusan pengucapan unsur-unsur keindahan dalam karya sastera dan ini amat jelas

dapat diperhatikan dalam novel ini. Unsur perlambangan mewarnai dan mendasari

pemikiran pengarang dalam novel ini sehingga membentuk citra yang jelas. Shahnon

Ahmad dalam novel ini dan juga novel-novelnya yang terdahulu masih mengekalkan

citra alam sebagai ikon kepengarangannya. Imej hujan, sungai, pohon, kemarau, hutan

Page 8: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

8  

dan burung merupakan imej yang mendominasi metafora pengarang. Kekuatan pemilihan

imej tersirat seperti ini menjadikan seluruh pemikiran Shahnon Ahmad seperti sebuah

lukisan yang penuh dengan wajah-wajah alam semula jadi .Oleh sebab itu, kajian ini akan

memberi fokus terhadap aspek-aspek keindahan dalam novel Mahabbah yang

memperlihatkan prinsip sastera yang berciri estetik dan bersifat takmilah. Kekreatifan

penghasilan Mahabbah bukan sahaja menonjolkan keupayaan pengarang meneroka alam

metafizik dan kewujudan diri sebagai insan yang menuju husnulkhatimah, tetapi

kekreatifan pengarang mengolah naratif ini dengan bahasa yang bersifat estetik dan

melengkapkan sifat bahasa kesusasteraan yang indah .

Melihat keseluruhan pemikiran yang dipaparkan oleh Shahnon Ahmad dalam

novel ini, pembaca akan berhadapan dengan pelbagai tema dan persoalan yang

memaparkan makna-makna tersirat khususnya yang berkaitan dengan soal kehidupan

yang bertunjangkan Islam dan juga persoalan kematian yang pasti akan dilalui oleh

semua insan. Menurut Jurnal Melayu (2009:26) pengarang dalam konteks ini

bertanggungjawab menghasilkan karya yang dapat membimbing pembaca ke jalan yang

diredhai oleh Allah. Oleh sebab itu, bagi memperlihatkan aspek tersebut kajian ini akan

menganalisis mesej-mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang menerusi novel

Mahabbah berdasarkan prinsip khalayak ke arah insan Kamil dalam Teori Takmilah.

Dengan demikian, berdasarkan alasan-alasan di atas pengkaji menganggap adalah penting

dan menarik untuk meneliti novel Mahabbah dari perspektif Islam dengan judul kajian :

“Teori Takmilah Dalam Novel Mahabbah karya Shahnon Ahmad.”

Page 9: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

9  

1.3 OBJEKTIF KAJIAN a) Objektif pertama kajian ini ialah mengkaji prinsip ketuhanan yang bersifat Kamal

dalam novel Mahabbah.

b) Objektif yang kedua ialah menganalisis aspek-aspek keindahan dan kehalusan makna

dalam novel Mahabbah bagi memperlihatkan prinsip sastera yang berciri estetik dan

bersifat Takmilah.

c) Objektif yang ketiga ialah mengupas mesej dan pengajaran yang terdapat dalam novel

Mahabbah berdasarkan prinsip khalayak menuju ke arah insan kamil.

Page 10: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

10  

1.4 SKOP KAJIAN

Novel Mahabbah karya sasterawan negara Shahnon Ahmad memperlihatkan

kelainan daripada novel-novelnya yang terdahulu. Ia tidak saja memaparkan cerita, malah

mengejutkan pembaca dengan beberapa kelainan sehingga sebahagian ciri penting yang

mengidentifikasikan dan memantapkan sesebuah novel telah dianggap tidak penting lagi

dan dirombak dalam Mahabbah. Membaca novel terbaharu Shahnon Ahmad iaitu

Mahabbah (DBP:2007) membawa pembaca ke alam sedar batiniah yang lain. Menurut

Shamsuddin Othman (DBP:2007) menyelak halaman demi halaman pembaca seperti

sedang berhadapan dengan ambang sakaratulmaut yang digugah iman oleh syaitan dan

iblis. Shahnon Ahmad mengajak pembaca merasai satu situasi bawah sedar tentang detik-

detik terakhir kehidupan. Pengisahan kehidupan pada saat penghujung hayat itu diolah

dengan sebaiknya hingga bayangan dan igauan masa lalu dan masa berada di alam kubur

atau barzakh terasa benar-benar berlaku meski semuanya itu merupakan bayangan

kreativiti, imaginatif dan sensitiviti Shahnon Ahmad.

Kekreatifan pengarang mengolah naratif ini dapat dilihat dengan jelas dengan

bahasa yang bersifat estetik bagi melengkapkan sifat bahasa kesusasteraan yang indah.

Penggunaan bahasa yang sangat indah diperlihatkan oleh Shahnon Ahmad dengan

adanya perlambangan, metafora, diksi dan lain-lain lagi dalam novel ini. Kekreatifan

penghasilan Mahabbah bukan sahaja menonjolkan bagaimana pengarang

mengikstikmalkan diri menerusi novel ini dengan meneroka alam metafizik dan

meletakkan diri sebagai insan yang menuju husnulkhatimah. Selain itu, novel ini begitu

istimewa kerana persoalan-persoalan yang di ketengahkan amat dekat dengan jiwa

Page 11: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

11  

pembaca. Pemikiran dan gerak hati yang disalurkan melalui penceritaan yang begitu teliti

dan kiasan yang bermakna menjadikan Mahabbah sebuah novel yang kuat membicarakan

isu besar yang berlaku dalam bangsa Melayu. Jelaslah bahawa Shahnon Ahmad berusaha

mendidik pembaca untuk menyelami mesej-mesej yang terkandung dalam novel ini.

Shahnon Ahmad ingin menyampaikan nasihatnya kepada generasi bangsa yang akan

ditinggalkan, supaya kembali bersatu atas nama ukhuwah seagama dan ikatan darah

bangsa yang sama. Tidak dinafikan, Shahnon Ahmad berjaya menghurai satu persatu

krisis bangsa, usaha yang mampu lakukan dan penyerahan segalanya kembali kepada

Allah Azzawajjalla.

Menurut Kamus Dewan (1996:840) mahabbah bermaksud kasih sayang atau

percintaan. Kelainan persembahan Mahabbah mempunyai hubungan yang erat dengan

pemusatan cerita tertumpu pada perjalanan minda ke atas watak Endar sahaja. Sebuah

novel monolog yang mengisahkan gelojak jiwa seorang tua (Endar) yang mengidap

sejenis penyakit Myasthenia Gravis (MG) yang menyebabkan beliau lumpuh dan tidak

boleh bergerak. Mulutnya terkunci, tangannya tidak boleh bergerak, tubuhnya kaku

dilantar di ranjang dan boleh dikatakan semua kenikmatan pancainderanya telah ditarik

oleh Yang Maha Esa. Namun degupan hati dan denyutan akal masih tetap segar dapat

menentukan arah perjalanannya. Dengan gerakan matanya, beliau berbicara dengan

isterinya Jawahir serta dua pembantunya yang dikirim oleh dua orang anaknya iaitu

Inong dan Ani. Namun setakat mana saja segala kehendak dan kemahuannya dapat

dipenuhi melalui gerakan mata yang sangat sukar dimengerti oleh siapapun jua.

Page 12: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

12  

Akibat keadaan begitulah menyebabkan Endar sering bermonolog tentang

kehidupannya. Beliau mengibaratkan kehidupannya satu perjalanan laksana sungai yang

mengalir. Kehidupan lampaunya menjadi titik tolak menjadi benih yang subur dalam

konflik perjalanan kehidupan. Endar adalah seorang pendidik yang berwibawa, bermula

sebagai guru sekolah rendah, kemudian menjadi guru sekolah menengah dan seterusnya

sebagai pensyarah di institut pengajian tinggi. Endar juga seorang aktivis masyarakat

yang disegani. Endar pernah menceburi dalam bidang politik. Endar menjadi pemerhati,

pengkritis dan analitis yang dihormati dan digeruni terutama dalam bidang sosial,

kesenian, pendidikan, ekonomi dan juga pengurusan.

Namun, segala-galanya berubah setelah Endar diserang penyakit Myasthenia

Gravis yang menyebabkan setiap otot yang asasnya bertenaga untuk berperanan

bertindak, tidak bermaya lagi untuk bertindak malah semakin lemah. Semakin tidak

bermaya dan akhirnya semua otot terus kaku, kejang, dan renggeh. Endar mengalami

kepayahan untuk bercakap, menelan, mengunyah, menggerakkan bibir dan sebagainya.

Dengan hati dan akalnya yang lemah itulah dia ingin mencegah segala kemungkaran dan

kemaksiatan yang bergolak dalam masyarakat bangsanya yang membawa penyakit

perpecahan dan persengketaan. Endar cuba menyatupadukan bangsanya yang

bersengketa dan berpecah itu. Walaupun terkedang kaku, Endar masih lagi berupaya dan

berusaha untuk menyatupadukan dua batang sungai yang berlainan saf dengan degupan

hati dan denyutan akalnya; selaras dengan hadis Nabi yang menjadi permulaan cerita

bahawa dia mampu melakukannya dan penyerahan segalanya kembali kepada Allah

Azzawajjalla. Endar hanya memiliki seketul hati untuk menentang kemungkaran anak-

anaknya, sosial dan politik yang berlaku di dalam fikirannya. Hidup tanpa dipedulikan

Page 13: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

13  

oleh dua orang anaknya Abdul Rahman dan Abdul Rahim menambahkan lagi gelora

hatinya. Kedua-dua anaknya ini pula berhadapan dengan kecelaruan kepimpinan yang

tidak memungkinkan sehati sejiwa. Kehidupan anak-anaknya yang tiada persefahaman

digambarkan oleh Endar sebagai dua batang sungai yang tidak searus dan sentiasa

mengalir deras.

Endar turut bertungkus lumus berperang dengan bisikan-bisikan yang datang

supaya dia dapat mengekalkan mahabbahnya dengan Mahabbah-Nya. Keinginan

meninggal dunia dalam makam husnulkhatimah menyebabkan fikirannya berada dalam

kecelaruan dihambat peristiwa masa lalu dan masa depan yang berjungkir balik.

Bayangan atau igauan daripada bisikan syaitan dan iblis serta keinginan melawan bisikan

itu dengan iman zikirullah menyebabkan detik-detik terakhir kehidupannya itu benar-

benar derita. Begitu pun, Endar sentiasa berharap agar kehidupannya yang uzur itu akan

berakhir dengan kebahagiaan. Persoalan yang ditimbulkan pada peringkat awal iaitu

“sesungguhnya segala itu adalah perjalanan” akhirnya terjawab dengan satu jawapan

bahawa manusia yang telah melalui kehidupan pasti menemui kematian. Cuma, kematian

yang bagaimana menjadi pilihan, sama ada yang husnulkhatimah atau su’ulkhatimah?

Page 14: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

14  

1.5 TEORI DAN METODOLOGI

a) Teori

Menurut Kamariah Kamarudin (2011:74)Teori Takmilah diperkenalkan oleh

Dr.Shafie Abu Bakar, pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu (JPM) Universiti

Kebangsaan Malaysia pada tahun 1993. Teori ini dianggap satu-satunya Teori Sastera

Islam di Malaysia yang memberi penekanan analisis dan kritikan bersandarkan secara

langsung kepada konsep tauhid. Kemunculan teori ini telah membuka jalan alternatif

kepada para sarjana dan pengkritik untuk melakukan kajian, analisis, ulasan dan kritikan

berasaskan prinsip-prinsip keislaman. Takmilah boleh dianggap satu teori yang bersifat

universal yang merangkumkan semua aspek kepengarangan ke dalam acuan Islam.

Takmilah menuntut semua pihak yang berada dalam lingkungan sastera menyedari

bahawa, sastera itu sebagaimana juga bidang lain dalam Islam, mempunyai fungsi

pelengkap yang akan melengkapkan jati diri keislaman pada diri seseorang pengarang

Islam dan karya yang dihasilkannya. Dengan kata lain, Takmilah menyempurnakan sifat

keislaman menerusi sastera.

Takmilah bertitik tolak daripada asas yang meyakini bahawa semua manusia

(temasuk pengkarya/penulis) itu mempunyai tanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-

Nya serta tidak akan sempurna sifat kepengkaryaan seseorang pengkarya itu, melainkan

berusaha untuk membawa karyanya ke tahap yang boleh diterima Allah sebagai ibadah.

Page 15: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

15  

Oleh itu, sandaran pengkaryaan mengikut teori Takmilah ialah Tauhid. Yakni

menanggapi bahawa pengarang, karya dan khalayak tidak boleh memisahkan diri dari

lingkungan syariat Allah S.W.T dan Rasul-Nya.

Teori ini juga bersifat menyeluruh kerana prinsip-prinsipnya melibatkan pelbagai

aspek iaitu ketuhanan yang bersifat kamal, kerasulan sebagai insan kamil, keislaman

yang bersifat akmal, ilmu dengan sastera yang bersifat takamul, sastera yang berciri

estetik dan bersifat takmilah, pengkarya yang mengistikmalkan diri dan khalayak kamil.

Menerusi novel ini, pengkaji akan mengaplikasikan 3 daripada 7 prinsip-prinsip yang

terkandung dalam Teori Takmilah.

Prinsip yang pertama dalam kajian ini iaitu prinsip ketuhanan yang bersifat kamal.

Karya sastera berfungsi dalam melahirkan rasa keagungan terhadap Pencipta (Allah).

Dalam kehidupan ini manusia sentiasa mencari kewujudan Allah. Menurut Sakinah Abu

Bakar (2010:47) prinsip ini amat berkait rapat dengan konsep tauhid dan hubungannya

dengan sifat Kamal Allah. Tauhid menyentuh persoalan tentang kewujudan insan yang

menjadi pegangan manusia dalam mengenali diri dan mengetahui matlamat hidup di

dunia dan akhirat. Menurut Shafie Abu Bakar (1996:28) sastera Islam berfalsafahkan

tauhid iaitu sebagai ciri pembeza antara yang Islam dan bukan Islam. Berdasarkan prinsip

ini, sastera dilihat bukan sebagai satu aspek yang terasing daripada Islam malahan ia

mencerminkan ketauhidan kepada Allah yang bersifat Kamal (sempurna). Hal ini bererti

sastera turut menjadi alat pendidikan yang penting dalam menanamkan rasa keinsanan

dan keislaman melalui pembacaan. Tegasnya, melalui sastera Islam, seseorang dapat

mendekatkan diri ke arah lebih sempurna khususnya mengesakan Allah yang Kamal.

Page 16: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

16  

Merujuk prinsip yang kedua dalam kajian ini , prinsip sastera sendiri yang berciri

estetik dan bersifat takmilah. Menurut Shafie (1996:29-30) prinsip ini dilihat dari dua

aspek keindahan iaitu keindahan lahiriah dan keindahan maknawi. Aspek keindahan

lahiriah menyentuh soal teknik, bentuk, struktur, dan stilistik yang dilihat secara luaran.

Keindahan maknawi pula merujuk kepada mesej, pemikiran, sudut pandangan dan

penggunaan unsur-unsur seperti alegori dan simbol-simbol tertentu. Prinsip ini menjurus

kepada proses penciptaan dan pembinaan karya secara kreatif, indah dan sempurna.

Tegasnya, prinsip ini menjurus kepada proses penciptaan dan pembinaan karya sastera

secara kreatif, indah dan sempurna baik dari aspek dalaman mahupun luaran.

Prinsip ketiga yang akan dikaji ialah prinsip khalayak yang bertujuan memupuk

mereka ke arah insan Kamil. Menerusi Teori Takmilah karya yang terhasil perlu sampai

kepada khalayak dan sesuai dengan kepentingan Islam. Matlamat yang hendak dicapai

ialah memupuk khalayak pembaca ke arah pembentukan insan Kamil yang mencontohi

peribadi terpuji dan akhlak mulia Rasulullah s.a.w. Menurut Shafie Abu Bakar (1996:

28), teori ini juga mempunyai pertalian dengan Nabi Muhammad s.a.w sebagai insan

Kamil dan sebagai kekasih Allah. Prinsip ini berperanan untuk meningkatkan kualiti

keinsanan baik dari segi kekhalifahan mahupun kerabbanian yang menjadi ciri-ciri

Takmilah. Karya sastera dalam Islam bukan sahaja berbentuk hiburan tetapi boleh

menyampaikan mesej pendidikan kepada pembaca dan yang pentingnya ia bukanlah

sesuatu yang dibaca semasa senggang tetapi boleh mendidik serta mengingatkan

kebesaran Allah S.W.T .

Page 17: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

17  

b) Metodologi

Dalam metodologi kajian, kaedah yang dijalankan ialah melalui pembacaan dan

rujukan . Pembacaan dan rujukan telah dilakukan di Perpustakaan Hamzah Sendut

Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan juga di Perpustakaan Sekolah Kebangsaan

Rantau Panjang, Klang Selangor. Selain itu, maklumat mengenai kajian turut diperoleh

menerusi laman sesawang dan pencarian “google”.

Page 18: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

18  

1.6 KAJIAN LEPAS

Teori Takmilah merupakan cetusan idea Shafei Abu Bakar dalam

memperkenalkan sebuah teori yang bertunjangkan Islam. Sehubungan dengan itu, tokoh-

tokoh sarjana telah mengaplikasikan teori ini dalam teks-teks sastera moden sebagai

pendekatan dalam kajian dalam sastera berunsur Islam.

Antaranya ialah kajian Zailani b. Zawawi (2011).“ Novel The Missing Piece-

Analisis Dari Perspektif Teori Takmilah dalam Tesis Sarjana Fakulti Bahasa dan

Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris . Kajian ini dilakukan untuk melihat dan

meneliti kesesuaian aplikasi prinsip pertama Teori Takmilah iaitu Prinsip Ketuhanan

yang bersifat Kamal ke atas novel The Missing Piece (2005) karya Fatimah Busu. Kajian

turut mengenalpasti imej dan kesedaran Islam yang menepati kehendak dan maksud

prinsip pertama teori ini.

Selain itu. Maharam Mamat (2012:125-138) “ Tarbiah dalam Novel

Papa…(akhirnya kau tewas jua)” dalam MALIM-SEA Journal of General Studies telah

melakukan kajian dengan menganalisis nilai tarbiah yang terdapat dalam novel

Papa…(akhirnya kau tewas jua)(2009) tersebut dengan menggunakan unsur-unsur

tarbiah berdasarkan Teori Takmilah. Kesimpulan kajian ini mendapati novel yang

dianalisis berupaya memupuk insan yang kamil selaras dengan prinsip ketujuh dalam

Teori Takmilah. Kesemua prinsip-prinsip yang diadun dalam novel ini juga saling

melengkapi dalam menghasilkan insan yang sempurna sebagaimana yang diharapkan

dalam Teori Takmilah.

Page 19: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

19  

Kamariah Kamarudin Takmilah dalam Novel Melayu (2011) adalah buku yang

terhasil daripada tesis Ijazah doktor Falsafah. Kandungan buku ini meliputi konsep

sastera Islam dan fenomena Sastera Islam di Malaysia, Teori Takmilah, pemikiran dalam

karya dan teknik keindahan dalam karya. Sehubungan dengan itu, hasil perbincangan ke

atas 16 buah novel dalam buku ini , beliau merumuskan hanya beberapa buah novel

sahaja yang benar-benar menepati ciri-ciri “Kesusasteraan Islam” . Antara novel-novel

tersebut ialah Halangan dan Rintangan(1999), Mereka yang Tertewas (1996), Seorang

Guru Tua (1987) dan Fajar Di Hujung Malam(1997).

Selain itu, Shafie Abu Bakar (1994, 14 September) telah mengetengahkan Teori

Takmilah dalam kertas kerja bertajuk “Kumpulan Puisi Kau dan Aku oleh Aziz

Deraman”. Analisis secara takmilah mendapati bahawa kumpulan puisi Kau dan Aku

bertepatan dengan tunjang tauhid, memperlihatkan nilai dan etika keislaman.

Kesimpulannya analisis ini mendapati teks puisi ini dapat mentakmilahkan pendidikan

secara formal.

Karya-karya yang dihasilkan oleh Shahnon Ahmad turut menjadi pilihan para

pengkaji atau penggiat sastera. Novel Mahabbah telah mendapat perhatian Shamsuddin

Othman ,13-14 November 2007 dalam kertas kerja yang bertajuk “Mahabbah: Rasa

Insaniah Dalam Takah Gelora Husnulkhatimah” dalam Seminar Sasterawan Negara

Shahnon Ahmad anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Menerusi kertas kerja ini,

Shamsuddin Othman memperlihatkan keseluruhan pemikiran yang dipaparkan oleh

Shahnon Ahmad dalam novel ini di samping cuba mengungkap makna-makna yang

tersirat dengan perkaitan sosiobudaya Melayu .

Page 20: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

20  

Walau bagaimanapun, belum ada kajian yang dilakukan terhadap novel ini

dengan menggunakan pendekatan Teori Takmilah. Justeru itu, kajian ini akan

mengaplikasikan 3 daripada 7 prinsip-prinsip dalam Teori Takmilah bagi

memperjelaskan lagi falsafah dan prinsip-prinsip keislaman yang terkandung dalam novel

Mahabbah dengan tajuk “ Teori Takmilah Dalam Novel Mahabbah karya Shahnon

Ahmad.”

Page 21: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

21  

1.7 ORGANISASI KAJIAN

Kajian ini terdiri daripada 5 bab.

Bab pertama merupakan bab pendahuluan. Dalam bahagian ini termuat latar

belakang belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, skop kajian, teori dan

metodologi, kajian lepas, dan organisasi kajian.

Bab kedua mengkaji konsep tauhid dan hubungannya dengan keagungan Allah

berdasarkan Prinsip Ketuhanan Yang Bersifat Kamal. Bab ini akan menyentuh tentang

konsep tauhid dalam Islam. Tauhid telah membawa pengabdian kepada Allah SWT di

dalam novel ini apabila pengarang memaparkan keagungan Allah menerusi tema dan

persoalan yang berkaitan dengan persediaan menghadapi saat kematian dan juga

kehidupan yang bakal dilalui di alam barzakh . Pengabdian ini dilihat menerusi

pembentukan mahabbah terhadap Allah dan tawakal serta ketakwaan. Tauhid juga telah

membawa kepada pengakuan terhadap kebesaran Allah yang membawa kepada kupasan

terhadap renungan manusia terhadap alam dan zikir sebagai santapan jiwa.

Bab ketiga ialah menganalisis aspek-aspek keindahan dan kehalusan makna

dalam novel Mahabbah bagi memperlihatkan estetik atau keindahan dalam prinsip

sastera yang berciri estetik dan bersifat takmilah. Aspek sastera amat berkait rapat dengan

unsur-unsur bahasa dalam sastera. Dalam bab ini , analisis dilakukan terhadap pelbagai

unsur bahasa dan contoh-contoh yang digunakan oleh pengarang bagi menimbulkan rasa

keindahan kepada pembaca. Kehalusan makna yang cuba dibicarakan oleh pengkarya

menerusi novel ini akan diteliti bagi menyelami perasaan dan jiwa pengarang. Sejajar

dengan itu kajian akan membincangkan perlambangan dan simbol serta pemilihan diksi

Page 22: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

22  

dalam Mahabbah bagi merungkai prinsip sastera yang berciri estetik dan bersifat

takmilah.

Bab keempat akan mengupas mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan oleh

pengarang menerusi novel Mahabbah dalam prinsip khalayak ke arah insan Kamil.

Karya, dari sudut Takmilah semestinya sebuah karya yang berjaya menjalinkan satu

rangkaian hubungan iman di antara pengkarya dan khalayak kepada Allah. Khalayak pula

semestinya mampu meningkatkan imannya atau menghasilkan kritikan yang mampu

menyedarkan khalayak lain tentang keimanan kepada Allah. Pengkarya pula semestinya

berusaha untuk menghasilkan karya yang dapat menimbulkan kesedaran khalayak

terhadap Allah atau mencerakinkan hubungan khalayak dengan Allah. Ketiga-tiga pihak

ini bergerak dalam lingkungan tauhid, sebagai sempadan yang akan memperlihatkan sifat

kesempurnaannya. Pemilihan novel ini dibuat kerana tema dan persoalan yang

diketengahkan oleh pengkarya amat relevan dengan kehidupan umat Islam. Dalam kajian

ini kupasan mesej akan memfokuskan tentang mengingati kematian, mencegah

kemungkaran dan anak sebagai amanah Allah.

Bab kelima adalah penutup bagi kajian ini. Berdasarkan kajian ini dapat

dirumuskan bahawa teori takmilah dapatlah dikatakan bersifat holistik yang melibatkan

ketuhanan, kenabian, keislaman, keilmuan, karya, pengkarya dan khalayak. Teori ini

mempunyai jaringan yang diperkukuhkan dari berbagai-bagai prinsip keislaman. Teori ini

dilihat berkesan dalam mengajak khalayak agar mentauhidkan pencipta, mendidik

pembaca untuk menjadi insan terbaik, menuju ke arah kesempurnaan, berupaya

menzahirkan kesyumulan Islam dalam mendekatkan individu, masyarakat dan umat

menerusi karya. Sastera juga berperanan dari segi takamul iaitu mempertingkatkan

Page 23: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

23  

peranan akal dan hati, pembinaan karya secara kreatif, indah dan sempurna serta dikira

mampu menyempurnakan sastera itu sendiri. Dari sudut pengkarya , novel Mahabbah

dilihat berjaya membuktikan kekuatan yang tersendiri. Shahnon merupakan seorang

tokoh novelis yang banyak membawa kesedaran jati diri dalam karyanya dengan tema

bangsa, masyarakat dan agama.

Page 24: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

24  

BAB 2 

PRINSIP KETUHANAN YANG BERSIFAT KAMAL .

2.1 Pengenalan

Karya sastera berfungsi dalam melahirkan rasa keagungan terhadap Pencipta

(Allah). Dalam kehidupan ini manusia sentiasa mencari kewujudan Allah. Menurut

Sakinah Abu Bakar (2010:47) prinsip ini amat berkait rapat dengan konsep tauhid dan

hubungannya dengan sifat Kamal Allah. Tauhid menyentuh persoalan tentang kewujudan

insan yang menjadi pegangan manusia dalam mengenali diri dan mengetahui matlamat

hidup di dunia dan akhirat. Dalam kehidupan ini manusia sentiasa mencari kewujudan

Allah. Penciptaan alam yang begitu lengkap dengan fungsi tersendiri sebenarnya

mengajak manusia yang berfikir agar mengagungkan kekuasaan-Nya. Pendidikan tauhid

yang mantap akan membawa pengabdian manusia sebagai makhluk yang lemah, ini

selaras dengan terjemahan al-Quran :

Dan mereka tiadalah disuruh melainkan supaya menyembah Allah serta mengikhlaskan agama bagi-Nya (beribadah mengharapkan keredaan-Nya) sambil cenderung kepada Tauhid.

(Surah al-Bayyinah: 6)

Oleh itu , manusia wajib beriman kepada Allah SWT dengan zat, sifat dan Esa

penciptaannya, seterusnya kepada malaikat, kitab, hari akhirat dan qadha dan qadar-Nya.

Jelaslah bahawa peranan manusia adalah lebih besar dan penting berbanding makhluk-

makhluk ciptaan Allah yang lain. Ini telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran

bermaksud:

Page 25: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

25  

Dan Aku tidak akan menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku.

(Surah Ad-Dzariyat: 56)

Oleh sebab itu, matlamat hidup manusia yang lurus adalah berlangsung atas

ketetapan matlamat yang ditentukan oleh Allah. Matlamat tersebut ialah menghambakan

diri kepada Allah sebagai Tuhan dan Pencipta seluruh alam. Untuk melaksanakan

matlamat tersebut, Allah mengutuskan para nabi dan rasul-Nya sebagai penyampai

risalah tauhid. Dalam hal ini, Mahabbah adalah novel yang banyak mengutarakan prinsip

ketuhanan. Prinsip tersebut dapat dilihat menerusi watak Endar. Sehubungan dengan itu,

kajian ini akan menelurusi prinsip ini kepada pengabdian diri kepada Allah dan

pengakuan terhadap kebesaran Allah seperti yang terkandung di dalam novel.

2.2 Pengabdian diri kepada Allah.

Pengabdian kepada Allah boleh ditakrifkan sebagai pelakuan yang terlalu

merendah diri sehingga timbul perasaan takut kepada Pencipta . Oleh itu, dalam konteks

pengabdian ini, manusia tidak mempunyai perasaan taksub akan kebendaan duniawi

kerana kesenangan duniawi akan mengundang kehancuran. Golongan manusia yang

dikategorikan sebagai insaniah ini ialah manusia yang yakin bahawa tempat paling ideal

ialah selepas kiamat ialah syurga. Ini dijelaskan dalam Al-Quran;

Kehidupan dunia ini tidak lari dari permainan dan senda gurau sahaja dan akhirat itulah sebenarnya lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti?.

                (Surah al-An’am ayat 32) 

Page 26: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

26  

Berdasarkan petunjuk Allah seperti mana yang termaktub dalam ayat di atas,

setiap manusia yang akur dengan konsep pengabdian itu pasti jiwa mereka mempunyai

perasaan yang takut kepada Allah dan perasaan yang bersifat insaniah itu antaranya

seperti rasa takut, rasa takwa, rasa cinta atau rasa zuhud, rasa taubat, rasa rindu, dan rasa

kasih sayang. Rasa ini terjelma secara sendiri setelah manusia itu berada dalam satu

darjat insaniah kerana mereka tidak terpedaya dalam kehidupan dunia yang bersifat

sementara ini. Dalam Islam semua ibadah itu disyariatkan hanya kerana Allah.

Oleh itu, penulisan karya dalam bidang kesusasteraan semestinya bertali arus dan

berkait secara berangkai dengan Allah. Teori Takmilah bertitik tolak daripada konsep

tauhid yang meyakini bahawa semua manusia (temasuk pengkarya/penulis) itu

mempunyai tanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya serta tidak akan sempurna

sifat kepengkaryaan seseorang pengkarya itu, melainkan berusaha untuk membawa

karyanya ke tahap yang boleh diterima Allah sebagai ibadah. Yakni menanggapi bahawa

pengarang, karya dan khalayak tidak boleh memisahkan diri dari lingkungan syariat

Allah SWT dan rasul-Nya. Ini selaras dengan prinsip-prinsip teori Takmilah yang amat

relevan dengan kehendak Allah serta mendorong supaya semua manusia memilih Islam

sebagai satu cara hidup yang akan diterima oleh-Nya. Barang siapa mencari agama lain

selain Islam maka tidak akan diterima agama itu dan sia-sia di sisi Allah. Firman Allah

bermaksud;

Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya dan di akhirat kelak termasuk ke dalam golongan orang-orang yang rugi- (Surah al-Imran, Ayat 85.)

Oleh itu, sastera yang hadir dalam masyarakat semestinya sastera yang menjurus

Page 27: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

27  

kepada Allah. Segala aktiviti kepengarangan semestinya tidak terkeluar dari landasan

Islam, maka dengan itu hasilnya akan menemukan hakikat kesempurnaan yang akan

melengkapkan sebahagian daripada tuntutan iman pada diri pengarang, teks dan khalayak

di sisi Allah SWT.

Pengabdian diri terhadap Allah membentuk mahabbah dalam diri. Menurut

Kamus Dewan(2005:974) mahabbah bermaksud kasih sayang dan percintaan. Makna

dan hubungan Islami ini jika diperhalusi lagi akan membawa pengertian terhadap

kesempurnaan kasih sayang, cinta dan rindu kepada Allah SWT. Jika semua sebab kasih

sayang itu ditekadkan kepada Allah, maka pastinya kasih kepada Allah itu lebih daripada

segala-galanya. Ini bermakna tiada yang lebih dikasihi melainkan Allah SWT kerana

keindahan-Nya, kesempurnaan-Nya serta af’al-Nya (sifat-sifat-Nya). Kesempurnaan

Allah mengatasi segala yang sempurna. Oleh itu, wajiblah Allah itu dikasihi dengan

seluruh perasaan yang ada di dalam diri manusia. Mahabah dengan wacana proses kreatif

seperti yang dilakukan oleh Shahnon Ahmad ini adalah pernyataan cenderung hati

makhluk kepada kesempurnaan sifat Allah. Perasaan itu lahir dari keikhlasan hati

hambanya sehingga menerbitkan rasa kasih sayang, kerinduan, rasa membesarkan

kejadian Allah hingga membawa kepada mengutamakan keredaan Allah dengan perasaan

sabar, bertawakal dan ikhlas.

Menerusi novel ini, Shahnon Ahmad menciptakan satu watak kebal iaitu Endar

lelaki tua, bekas guru yang hidup terlantar di atas ranjang dan sedang berlawan dengan

bisikan syaitan dan iblis. Keadaan dirinya yang uzur dan kaku akibat penyakit lemah

sendi dan otot atau MG (Myasthenia Gravis) dihidupkan dengan kekuatan jiwa dan

semangat kental.

Page 28: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

28  

Tanda kasih kepada Allah apabila diturunkan bala, penyakit, dugaan, ujian dan

kesusahan hidup ialah seseorang itu tidak berdukacita atau kasihnya tidak berubah. Inilah

Endar yang digambarkan dalam novel. Semakin banyak dugaan atau cubaan yang

melanda semakin kuat rasa cinta dan kasihnya kepada Allah. Jika kasihnya berubah itu

tandanya mahabbahnya kepada Allah hanya dusta semata-mata. Manusia yang reda

dengan ujian dan keperitan hidup seperti menderita sakit dan menganggap itu semua

sebagai satu kelazatan dan keseronokan hidup merupakan manusia yang telah mencapai

tahap pengabdian yang tinggi. Kasih yang dirasai daripada kemudaratan itu akan

dianggap sebagai pemberian yang bermanfaat. Malah mahabbah itu timbul disebabkan

rasa kesempurnaan zat, sifat, kesucian, kebesaran, kemuliaan, dan bersih daripada segala

kekurangan dan kecacatan. Oleh hal yang demikian, Endar dalam Mahabbah adalah

seorang manusia yang sedang melalui tahap mahabbahnya kepada Allah.

Selain itu, pengarang memperlihatkan watak Endar melakukan pengabdian yang

tinggi dan ini tidak pernah dikesali berlaku ke atas dirinya. Endar menerima semua

ketentuan itu dengan lapang dada dan menganggap penyakit yang dideritai itu adalah

nikmat. Tahap merasai nikmat dalam derita ini menjadi kayu ukur dalam penilaian rasa

takwa dan rasa tawakal kepada Allah. Puncak kepada rasa takwa yang tinggi kepada

Allah ialah manusia itu akan menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada qada dan

qadar Allah. Hal beginilah yang berlaku dalam kehidupan Endar. Endar yang kehilangan

upaya akhirnya bertawakal kepada Allah dengan seluruh rasa takwa. Allah berfirman;

Dan kepada Allah hendaklah kamu bertawakal jika kamu benar-benar orang mukmin yang bertakwa.

(Surah al-Maa’idah :Ayat 23)

Page 29: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

29  

Shahnon Ahmad telah memperlihatkan sifat ketakwaan yang wujud dalam diri Endar

dengan gambaran pilu tetapi menyentuh seperti ini;

Segala penderitaan pun kini adalah nikmat-nikmat daripada-Nya, termasuk keadaan keuzurannya yang melumpuhkan hampir kesemua anggotanya ini. Endar menerima segala ujian itu sebagai nikmat-nikmat daripada-Nya. Dan, degupan hati dan denyutan mindanya sekarang ini tidak pernah renggang daripada bisikan zikrullah dan juga sikrulmaut, seiring dengan usahanya untuk berzuhud, berqanaah, beristiqamah dan berpasrah keseluruhannya kepada-Nya.” 

                          (hlm: 150)

Begitulah gambaran penerimaan watak Endar terhadap penderitaan yang dihadapinya.

Endar menganggap derita itu sebagai satu hikmah yang mendekatkan dirinya kepada

maha Pencipta. Pengarang menyedari sudah menjadi hukum alam bahawa manusia pasti

akan mengalami kesusahan dan kesenangan. Itulah fitrah alam. Penderitaan akan

menyingkap tabir kelemahan manusia dan mendorong seorang yang berakal untuk datang

ke pintu Allah. Dalam hal ini, Endar ditonjolkan sebagai watak yang mengambil iktibar

daripada derita yang dilalui dengan melihatnya melalui akal fikiran yang bertunjangkan

Islam dan keimanan kepada Allah.

Di samping itu juga, tawakal merupakan satu perkara mulia yang dituntut oleh

Islam. Malah Nabi Muhammad sendiri merupakan insan yang menjadikan tawakal

sebagai amalan hidupnya. Tawakal yang merujuk kepada makna yakin akan takdir qada

dan qadar Allah dilihat menjadi teras pemikiran Shahnon Ahmad dalam menghasilkan

penceritaan novel ini. Pengarang berupaya membongkar rasa tawakal Endar dengan

sebaik-baiknya tanpa meninggalkan sedikitpun kecurigaan. Endar yang melihat bahawa

dalam keadaan dirinya begitu, dia wajar menjadi manusia yang menerima semuanya itu

dengan rasa syukur bukan merintih dan menyesali ketentuan nasib dirinya. Endar

Page 30: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

30  

merupakan watak yang mewakili rasa tawakal manusia yang berjuang meneruskan

kehidupan. Pengarang memberitahu kepada pembaca bahawa Allah telah menciptakan

manusia daripada satu jiwa dan roh. Allah juga mengutuskan isteri dan anak-anak supaya

manusia dapat meningkatkan tahap ketakwaan dalam hubungan sebuah keluarga bahagia.

Lantaran itu, pengarang memperkenalkan watak Jawahir sebagai isteri dan watak Abdul

Rahman dan Abdul Rahim sebagai anak-anak kepada Endar. Sesungguhnya, Shahnon

turut menjelaskan bahawa Allah juga merupakan sebaik-baik pencipta.

Mahabbah adalah cerminan manusia yang bertawakal yang diam dalam reda dan

teguh dalam dugaan Allah. Tawakal menuntut rasa keyakinan yang tinggi tanpa rasa was

was atau berbelah bahagi. Penyatuan diri antara yakin dengan ikhlas akan melahirkan

sifat taslim (melengkapkan diri dengan ilmu Allah) seterusnya sifat tafwidh (manusia

yang menerima semua ketentuan sebagai hikmah Allah). Hal ini diperjelaskan dengan

baik oleh Shahnon Ahmad, seperti berikut:

Endar menyerah segalanya kepada-Nya kerana Dia lebih tahu dan lebih bijak daripada segala-galanya. Dengan mahabbahnya kepada-Nya, Endar akan diiringi dengan permintaan yang ikhlas daripada hatinya yang berdegup ini kerana Endar sedar dia tidak ada lagi yang lain yang boleh memadu dan menyatukan sungai-sungai itu. Tangan dan kakinya tidak berupaya lagi bertindak kerana tangan dan akinya serta seluruh anggotanya telah kaku lumpuh dimamah MG. Malah, lidahnya yang dulunya petah itu pun turut sama dimamah oleh MG. Dan, dengan MG itulah segala tenaga ototnya habis musnah. Pada mulanya Endar memang bersedih pilu, tetapi kini segala bala bencana yang menimpanya itu bukan saja merupakan nikmat, tetapi juga memperteguh mahabbahnya kepada-Nya. Dan, dengan tindakan yang berupaya dilakukan oleh hatinya dan mindanya itulah mahabbah-Nya kepadanya begitu terasa dan begitu berseni sekali sekarang.

(hlm:216-217)

Menerusi petikan ini, dapat dilihat bagaimana watak Endar menerima takdir yang

menimpa ke atas dirinya sebagai suatu nikmat yang telah memperteguhkan hubungannya

Page 31: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

31  

dengan Allah SWT. Penyakit yang dideritainya telah membenihkan kecintaan yang

mendalam terhadap Allah. Endar insaf malah bersyukur kerana masih punya waktu untuk

kembali mengenal dan mencintai Allah. Ini sejajar dengan maksud dalam Surah Ali

Imran yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar,nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalan dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.

(Surah Ali Imran:102)

Di samping itu, Shahnon turut menerapkan pemikiran luhur dalam Mahabbah

yang ditonjolkan melalui watak Endar di mana orang tua ini seringkali bermunajab untuk

mendapatkan singgahsana “ingliyun”. Dia mahu menamatkan perjalanannya dengan

“husnuqatimah”. Contohnya;

Di kala itu, hatinya akan dipimpin oleh-Nya untuk menyempurnakan segala dan akan banyaklah istidraj-istidraj yang akan dihidangkan oleh-Nya, yang tidak termampu dibayangkan oleh sesiapa…” (hlm;53)

Ini menunjukkan wujudnya hubungan kasih sayang antara manusia dengan

Tuhan. Sebagai manusia yang benar-benar beriman dengan agamanya, Endar tetap

percaya bahawa kuasa tertinggi yang tiada bandingan ialah kuasa-Nya. Dialah Maha

Berkuasa, Maha Pencipta, Maha Tahu, Maha Pengampun dan begitu banyak Maha lagi.

Hubungan manusia dengan Tuhan tidak dapat diputuskan. Besar atau kecil darjat

seseorang, sama sahaja di sisi-Nya melainkan yang bertakwa dan beramal soleh. Jelaslah

bahawa Shahnon berjaya mengaplikasikan prinsip ketuhanan yang bersifat kamal dalam

Mahabbah.

Page 32: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

32  

2.3 Pengakuan terhadap kebesaran Allah.

Orang yang cinta kepada Allah SWT akan kagum terhadap kebesaran dan

kekuasaan-Nya, kerana ia akan selalu memuji-Nya dalam berbagai kesempatan

sebagaimana yang tercermin pada firman Allah SWT : Segala puji bagi Allah, Tuhan

semesta alam. Di samping cinta kepada Allah, umat Islam harus meningkatkan

pengharapan kepada-Nya. Suatu pengharapan yang mampu menyalakan hati yang padam

kerana sesungguhnya tiada kehilangan sesuatu apa pun sesiapa yang menemukan Allah.

Begitulah Endar dalam Mahabbah, menghadapi saat-saat dirinya terlantar derita kerana

penyakit yang dialaminya. Endar seringkali berdoa kepada Allah agar dirinya terus kuat

dan tabah menghadapi sisa-sisa kehidupannya di usia senja. Renungannya terhadap alam

ciptaan Allah banyak menginsafkan dirinya. Endar selalu membayangkan kebesaran dan

keagungan-Nya dan merasa takut dari tindakan dan seksa-Nya. Salah satu sikap yang

harus dimiliki sebagai tanda cinta kepada Allah SWT adalah rasa takut kepada-Nya. Rasa

takut kepada Allah SWT, membuatkan manusia yang beriman tidak berani melanggar

segala ketentuan-Nya. Inilah asas kukuh yang menusuk ke dalam hati seorang mukmin,

untuk memanifestasikan keyakinannya bahawa ia meyakini tiada Tuhan selain Allah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Mereka yang apabila disebut nama Allah ( dan sifat-sifat-Nya)gementarlah hati mereka..

(Surah al-Anfal 8:2)

Berdasarkan novel ini, renungan Shahnon pada unsur-unsur alam jelas terbukti

menerbitkan seribu keinsafan kepada pembaca. Alam mendidik manusia untuk

Page 33: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

33  

menginsafi kejadian alam, bersyukur dengan nikmat yang diberikan dan mengakui

keagungan dan kebesaran Allah. Firman Allah:

Dan Dia (Allah) menjadikan kemudahan bagi kamu apa juga yang di langit dan di bumi ( sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kemurahan dan kekuasaan-Nya bagi kaum yang mahu berfikir.

(Surah al-Jathiyah 45:13)

Melalui Mahabbah , jelas dapat dilihat bagaimana pengarang menggunakan alam

untuk mendekatkan diri kepada Allah. Endar seringkali bertafakur setelah merenung

kejadian-kejadian alam yang disaksikannya. Hal ni dapat diperhatikan pada petikan

berikut:

Biar saja mereka bertafakur dan merenungi segala keajaiban ini sedalam-dalamnya kerana melalui itu sajalah landasan mahabbah mereka terhadap-Nya akan tertonggak dan terus terteguh. Dan, bumi dengan segala khazanahnya dan ruang yang maha luas antara langit dengan bumi dengan segala khazanahnya itu akan memperlihatkan lagi keajaiban-keajaiban-Nya bahawa itulah pun segala nikmat dan segala ketenangan yang diberikan-Nya kepada semua ciptaan-Nya kerana tidak lain sebabnya selain mahabbah-Nya kepada semua.”

(hlm:268)

Sehubungan dengan petikan tersebut, Endar digambarkan sebagai watak yang sering

berfikir tentang kejadian-kejadian alam. Alam dicipta dengan pelbagai bentuk dan setiap

ciptaan itu mengandungi pelbagai manfaat terhadap semua makhluk di muka bumi.

Sebagai contoh pengarang menggunakan sungai sebagai simbol ciptaan Allah yang

dicipta untuk kegunaan semua jenis makhluk di muka bumi ini. Inilah tanda kasih Allah

terhadap makhluk ciptaan-Nya.

Page 34: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

34  

Justeru itu, Shahnon turut menampilkan soal cinta dan kasih sayang terhadap

alam. Alam yang terbentang luas ini mencukupi segala keperluan makhluk di dalamnya.

Shahnon mendedahkan manusia yang tidak menghargai pemberian nikmat sungai. Ada

sesetengahnya yang sewenang-wenangnya membuang kotoran ke dalam sungai yang

mengakibatkan sungai tersumbat dengan pelbagai kotoran.

…semuanya menyesal mati-matian dan lantas bersumpah tidak lagi hendak mencemarkannya dan memperbodoh dengan timbunan sampah sarap, longgokan bangkai, tindihan-tindihan sisa-sisa yang busuk lagi basi… (hlm: 262)

Aliran kekotoran menyebabkan sumber air tidak dapat menampung keperluan

penduduk seluruhnya. Hujan lebat yang menimpa pula akan menyebabkan berlakunya

banjir dahsyat kerana aliran yang tersumbat. Apabila kemarau pula yang

mengeringkontangkan, keadaan bau hanyir dan busuk menyelinap segenap anggota

rumpun.

Secara tersirat, pengarang mahu menyedarkan manusia sebagai khalifah di bumi,

yang bertanggungjawab memegang amanah, harus mentadbir dan mengurus dunia

dengan sebaik-baiknya. Sebagai khalifah di bumi, manusia adalah pemimpin segala

makhluk yang wujud di bumi, sama ada makhluk yang nampak atau makhluk yang tidak

nampak, harus mentadbir dengan baik dan teratur, dengan penuh amanah dan

tanggungjawab. Persoalan tentang khalifah di bumi jelas dalam firman Allah yang

maksudnya:

“ ... dan ingatlah ketika Tuhanmu telah berkata kepada para malaikat, sesungguhnya Aku akan menjadikan khalifah di muka bumi...”

(Al-Baqarah: 30)

Khalifah di muka bumi itu ialah manusia kerana manusia dijadikan untuk memikul

tanggungjawab itu. Sebagai memenuhi tanggungjawab, manusia dikehendaki memegang

Page 35: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

35  

amanah Allah iaitu jangan berlaku zalim dan jangan bertindak bodoh, sebagaimana

firman Allah, yang maksudnya:

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit,bumi dan gunung-ganang maka semuanya enggan untuk memikulamanat itu dari mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh.

(Surah Al-Ahzab: 72)

Amanat sebagai khalifah amat berat tanggungjawabnya, tetapi manusia yang

mengingkari tanggungjawab itu, maka akan menerima akibatnya. Justeru itu, Endar

menerusi Mahabbah menyedari tanggungjawabnya sebagai khalifah belum berakhir

biarpun dia sendiri menderita penyakit lumpuh. Endar merasakan banyak perkara yang

perlu diselesaikan dan persoalan-persoalan tentang anak-anak yang akan ditinggalkan,

masyarakat yang kian terjerumus ke kancah maksiat dan lalai dengan segala kemewahan

dan hiburan dunia. Hal ini dapat dilihat melalui petikan berikut:

Pada mulanya Endar ingin menyingkirkan segala-galanya itu supaya hanya tinggal mahabbahnya kepada-Nya saja tetapi kepekaan dan sensitivitinya kepada masyarakat dan bangsanya begitu menebal dan masih juga menyentuh hati dan akalnya.Persoalan perpecahan, persengketaan, permusuhan dan kedengkian antara anggota masyarakat bangsanya bukan saja masih mewabak, tetapi wabak-wabak itu terus meruncing dan menjalar dengan hebatnya membawa pula beraneka penyakit yang parah dan kronik. (hlm:292)

Endar menyedari bahawa setiap kejadian yang berlaku di dunia ini mempunyai

perjalanan cerita masing-masing. Dalam karya ini, pengarang sangat menekankan husnul

khatimah hinggakan perkataan itu seringkali diulangi. Husnul khatimah mempunyai

maksud pengakhiran. Setiap manusia yang Allah ciptakan di dunia ini akan menempuh

alam barzakh dengan melalui satu perjalanan menuju ke akhirat iaitu kematian. Dalam

lain perkataan, setiap manusia akan mati bila sampai masanya;

Page 36: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

36  

Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya tiba, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun dan tidak dapat mereka menyegerakannya.

(Surah Yunus, ayat : 49)

Sebelum menuju kepada kematian, manusia akan menempuh alam kehidupan.

Pilihan adalah di tangan manusia itu sendiri sama ada memilih laluan hidup pada jalan

yang benar atau salah. Allah SWT telahpun menyediakan panduan mengikut syariatnya.

Al-Quran dan Sunnah ditinggalkan untuk hamba-Nya. Semua persoalan dan jawapan

terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah yang akan menjadi penyelamat semasa hamba-

Nya menghadapi sakaratul maut. Biarlah manusia pergi menemui Ilahi dalam redha-Nya.

Biarlah pada saat nyawa hendak diambil, manusia mampu melafazkan dua kalimah

syahadah. Sentiasalah berdoa kepada Allah SWT semoga tidak tergolong antara

manusia yang berisiko dimatikan dalam Su’ul Khatimah, jahil dalam ilmu tauhid, tidak

mensyukuri nikmat Iman dan Islam, derhaka kepada kedua ibubapa, zalim kepada sesama

manusia ataupun haiwan dan sebagainya. Oleh sebab itu, sekiranya terlupa dan terleka

dengan dunia, ingatlah kematian. Kerana dengan mengingati mati manusia akan kembali

ke jalan-Nya. Begitulah Endar digambarkan dalam Mahabbah. Endar sedar masanya

akan tiba . Sebuah kenyataan yang pasti akan dihadapi pada waktu yang telah ditetapkan.

Kematian akan menjemputnya pada bila-bila masa.

Lantaran itu dalam keadaan menderita sakit yang menyekat kemampuan

fizikalnya Endar sentiasa berdzikir mengingati kebesaran dan kekuasaan Allah. Di sisi

lain, Endar memahami bahawa dunia ini adalah rumah persinggahan. Dia mendesak

dirinya untuk berusaha sekuatnya biarpun di hujung usianya untuk persediaan akhirat. Ini

dijelmakan oleh Shahnon dalam petikan berikut:

Page 37: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

37  

Hasrat Endar hanya untuk mengukuhkan mahabbahnya kepada-Nya saja; tidak kepada yang lain. Dan, dengan mahabbahnya kepada-Nya itu akan tercurahlah pula mahabbah-Nya kepada Endar. Dan, tersimpullah satu ikatan yang tidak terungkai lagi dengan buhulan yang kukuh dan teguh antaranya dengan Dia Yang Maha Esa.

(hlm:105)

Selain itu, dalam novel ini Shahnon telah menciptakan Endar sebagai manusia

yang mempunyai tahap kecintaan yang tinggi terhadap Allah. Walaupun Endar terkejang

kaku kerana penyakit yang dideritainya dia masih berupaya mengingati Allah dengan

berdzikir. Untuk menggambarkan betapa penting dzikir bagi seorang muslim, Rasulullah

SAW mengumpamakan antara orang yang hidup dengan orang yang mati, ini bererti

dzikir itu akan menghidupkan jiwa seorang muslim. Ini dapat dikesan pada petikan

berikut :

Tidak ada apa-apa lagi yang dibuat oleh Endar di atas ranjangnya itu selain terus bertafakur, berzuhud, bertaubah, bersolat dan berzikrullah dan berzikrulmaut dengan gerakan hatinya. Terus lagi Endar bertasamuh, berqanaah, berkhusyuk, bertilawah, berkhauf dengan-Nya, bertahajud dengan degupan hatinya, membasahi pipinya dengan air matanya yang mengalir, bermalu dengan-Nya, bereda dengan-Nya, berlapar kerana-Nya.”

(hlm :296)

Pada saat-saat berada di hujung hayatnya, dia berhadapan dengan pengalaman

masa lalu, dihambat kegagalan memberikan pendidikan selengkapnya kepada anak-anak,

dicelarukan oleh persekitaran sosial bangsanya dan peperangan dengan diri sendiri.

Persoalan yang menjadi igauan hidupnya menjadikan dia sentiasa bersedia mengadapi

kematian dengan zikirullah seperti gambaran berikut:

Hasrat Endar hanya untuk mengukuhkan mahabbahnya kepada-Nya saja: tidak kepada yang lain. Dan, dengan mahabbbahnya kepada-Nya itu akan tercurahlah pula mahabbah-Nya kepada Endar. Dan, tersimpullah satu ikatan yang terungkai lagi dengan buhulan yang kukuh dan teguh antaranya dengan Dia Yang Maha Esa. Dengan buhulan itulah saja Endar dengan penuh ketenteraman mengharapkan berupaya boleh meneruskan perjalanan bersisanya menuju keabadian dengan tamatan husnulkhatimah.

(hlm:105)

Page 38: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

38  

Shahnon Ahmad telah mengetengahkan watak Endar menjadi manusia yang reda

dengan apa-apa yang bakal terjadi kepada dirinya. Meskipun pengabdian Endar sebagai

seorang yang telah hilang keupayaan tulang empat kerat, percakapan dan bergerak tetapi

seketul hatinya masih kuat mengingati Allah SWT. Bibirnya yang sentiasa bergetar meski

tidak difahami adalah lambang ingatannya masih waras dan tidak lekang daripada

berzikir atau bertahmid kepada Allah. Begitu juga ketika ingatannya terkenangkan hal

kedua-dua orang anaknya dan harapan untuk melihat anak-anaknya bersatu itu

dijelmakan seperti berikut:

Namun, Endar masih juga menunggu kedua-dua orang anaknya yang berlainan menguruskan saf masing-masing itu serentak pulang supaya kedua-dua belah keluarga mereka boleh bersama bermesra dan kembali menjalinkan ukhuwah dan kembali menyatukan wehdah. Endar akan menyampaikan lagi isi hatinya yang terpendam itu melalui degupan hatinya dan denyutan mindanya. Dengan hasrat yang akan tercapai itulah Endar merasakan bahawa dia dapat meneruskan perjalanan bersisanya dengan aman tanpa secalit berantakan lagi; malah dengan itulah dia harapkan perjalanannya itu akan tamat dengan dukungan husnulkhatimah akhirnya.

(hlm :101)

Abdul Rahman dan Abdul Rahim yang tidak sehaluan. Endar menganggap

bahawa itu adalah ketentuan yang perlu diterima kerana kesilapannya dan dia terus

berdoa agar Allah menyatukan mereka berdua kembali . Endar benar-benar berhasrat

agar dia dapat meneruskan baki perjalanannya dengan penuh ketenangan dan berakhir

dengan kebahgiaan.

Page 39: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

39  

2.4 Kesimpulan

Menurut Mohd. Yusof Hassan (1990:128) dalam bulan Oktober 1982, Shahnon

telah membuat ucapan penting bertajuk “Cinta” dalam Majlis Anugerah Sastera Negara

oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong di Bangunan Parlimen:

Para sasterawan kita telah faham bahawa objek penyampaian dalam karya-karya mereka adalah keperihalan pengalaman badani, perasaan, indera-indera tetapi juga aspek-aspek akaliah, rohaniah dalam konteks hubungan manusia dengan Allah.

Ucapan tersebut amat bertepatan dengan tema dan persoalan-persoalan yang di

ketengahkan oleh beliau dalam Mahabbah. Sesungguhnya novel ini menepati hasrat

Shahnon Ahmad untuk membawa makna gagasan sastera Islam yang berfungsi “kerana

Allah” dan “ untuk manusia”. Novel ini terbukti menimbulkan rasa cinta dan keinsanan

yang tinggi hingga terbit keinsafan yang penuh keimanan dan ketakwaan sebagai insan

kerdil di sisi Allah berdasarkan watak Endar. Ini adalah selaras dengan prinsip ketuhanan

yang bersifat kamal dalam Teori Takmilah yang menjurus ke arah kehidupan yang lebih

sempurna dalam konteks agama Islam. Khalayak pembaca diketengahkan dengan sikap

Endar yang meletakkan dirinya begitu kerdil di sisi Allah SWT. Endar semasa usia dan

pergerakan fizikal yang aktif adalah seorang yang berilmu, bertugas sebagai seorang

pendidik dan percakapannya sering didengari oleh masyarakat. Hakikatnya, Endar kini

menginsafi bahawa Allah SWT adalah pemilik segala ketinggian ilmu. Justeru itu,

kesempatan masa yang berbaki itu digunakan sepenuhnya oleh Endar untuk mendekatkan

dirinya dengan Allah.

Page 40: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

40  

BAB 3  

PRINSIP SASTERA YANG BERCIRI ESTETIK DAN BERSIFAT TAKMILAH

3.1 Pengenalan 

Dalam kesusasteraan, bahasa menjadi alat yang sangat penting untuk menyatakan

emosi yang berbagai-bagai peringkat. Pengarang yang kreatif akan cuba menggunakan

bahasa seluas mungkin meliputi pemilihan sintaksis, diksi, ungkapan-ungkapan yang

khusus dan meluaskan penggunaan bahasa-bahasa kiasan bagi menyampaikan maksud

dengan berkesan. Aspek estetik atau keindahan merupakan unsur dasar dalam bidang

kesusasteraan. Menurut Mana Sikana (2009:12) estetik ialah rasa keindahan,

keseronokan, kegembiraan yang merujuk kepada yang bernilai dan bermanfaat serta

penikmatan yang mempesonakan atau penglihatan yang memukau, yang cepat menawan

perasaan dan terpahat dalam pemikiran. Dalam seni sastera keindahan berkait rapat

dengan kesan daripada bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam karya yang

dihasilkan. Selaras dengan itu, Kamariah Kamarudin (2011:15) turut memperakui konsep

keindahan dalam kesusasteraan Islam sebagaimana yang dihujahkan iaitu:

Dari perspektif Islam, nilai keindahan sangat dihargai. Keindahan bentuk(form) dan isi (content), keindahan bahasa, keindahan perasaan, keindahan gaya dan keindahan mesej, semuanya dianggap penting dalam menilai sesuatu penghasilan dan pengucapan seni. Tetapi setiap aspek keindahan estetika tertakluk kepada tujuan moral dan kerohanian Islam.

Indah dan bermakna itu dilihat dalam konteks hakikat insan dan hakikat ilmu

serta amal: indah bermaksud dicipta berasaskan cara dan teknik yang khusus,

menggunakan segala aspek bahasa dan teknik tertentu sesuai dengan genre yang dibentuk

Page 41: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

41  

atau dipilih (dipakai); bermakna ertinya memberikan pengertian yang benar dan

mendalam tentang manusia, tentang hakikat keinsanannya, dan sesuai dengan pandangan

hidup tauhid. Justeru itu, setiap karya memiliki keindahannya tersendiri Dari segi

pandangan Islam (Teori Takmilah), bahawa keindahan yang menjadi sumber estetika

adalah sifat Allah yang manifestasinya terpancar pada kewujudan yang mencerminkan.

kesempurnaan Allah. Sasterawan yang lebih tajam tanggapan dalam menanggapi elemen-

elemen estetika mudah terpesona dengan keindahan ciptaan Allah . Malahan ciri estetik

dalam konteks Islam memperlihatkan tahap keprihatinan manusia meneliti alam dan

kehidupan ini untuk diterapkan dalam karya. Menurut Kamariah Kamaruddin (2011:87)

karya diperhatikan melalui kandungannya yang bercirikan lahiriah, iaitu mengandungi

teknik penciptaan sesebuah karya seperti bentuk, struktur, plot, watak, bahasa, diksi,

nada, ritma dan sebagainya manakala yang bercirikan maknawi, iaitu yang mengandungi

isi, tema, idea, mesej, sudut pandangan, nilai, simbol, metafora, alegori, simile,

personafikasi dan citra yang diadun dengan baik oleh pengkarya. Kesemua elemen-

elemen tersebut akan melengkapkan proses pembinaan sesebuah karya secara kreatif,

indah dan berseni dan merupakan “takmilah” dalam karya sastera. Justeru itu, kajian ini

akan membincangkan prinsip tersebut dalam aspek perlambangan dan simbol dan

pemilihan diksi.

Page 42: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

42  

3.2 Perlambangan dan simbol

Kehalusan makna pula merujuk kepada unsur perlambangan yang mewarnai dan

mendasari pemikiran pengarang. Seorang pengarang yang hebat seperti Shahnon Ahmad

bermain dengan lambang atau imej sehingga membentuk citra yang jelas. Pemilihan imej

yang terkawal akan membawa makna tersirat yang lain. Keutuhan pemilihan imej,

kesesuaian lambang dan ketekalannya digambarkan di dalam karya untuk menentukan

darjah kehalusan makna pemikiran pengarang. Menurut Mohd. Yusof Hasan(1990:133)

dalam proses kreativiti, pengarang bukan hanya melontarkan fakta, malah menggunakan

daya apresiasi dan imaginasinya dengan kekuatan gaya bahasa. Shahnon Ahmad dalam

novel ini dilihat masih mengekalkan citra alam sebagai ikon kepengarangannya. Imej

hujan, sungai, pohon, kemarau, hutan dan burung merupakan imej yang mendominasi

metafora pengarang. Penggunaan unsur alam bertujuan untuk membangkitkan suasana

yang sesuai dengan peristiwa yang digambarkan. Shahnon memulakan “kehalusan

maknanya” dengan begitu jelas dalam Mahabbah:

Demikian rentetan peristiwa demi peristiwa berlaku dalam perjalanan demi perjalanan semenjak diwujudkan-Nya sarwajagat raya ini dengan segala isinya yang terangkul antara langit dengan bumi, termasuk lautan yang maha luas yang sering bergelora dan angkasa yang maha sayup berhening cipta yang sering pula berbadai dan bertaufan di luar jangka.

(hlm: 2)

Kekuatan pemilihan imej tersirat seperti ini menjadikan seluruh pemikiran

Shahnon Ahmad seperti sebuah lukisan yang penuh dengan wajah-wajah alam semula

jadi. Ini semua akan membawa hubungan makna kepada kembalinya kejadian makhluk

Page 43: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

43  

yang akan menuju kematian. Pada saat-saat genting menunggu kematian, bisikan iblis

dan syaitan, gambar-gambar keindahan alam, bencana alam, wajah-wajah manusia yang

pernah ditemui semuanya menerawang dalam fikiran. Gambaran ini merupakan

gangguan yang menentukan kuatnya iman atau pengakhiran yang husnulkhatimah.

Shahnon juga menggunakan simbol sebagai gambaran persoalan yang

diketengahkan dalam karya ini. Definisi yang paling umum dikemukakan oleh Needham

(1954: 3) yang mengatakan bahawa simbol adalah sesuatu yang mewakili sesuatu. Imej

sungai yang menjadi sindiran kepada nasib anak-anaknya Abdul Rahman dan Abdul

Rahim yang tidak sehaluan dan menanti musnahnya hubungan kekeluargaan itu

dijelaskan seperti berikut: 

Endar sendiri tidak mampu berbaut apa-apa lagi. Dia hanya terkedang di atas ranjang, cuba melintasi renungan dan tafakurnya pada dua batang sungai yang sudah terkeluar dari landasan jangkaannya. Dia sedar bahawa sungai-sungai itu akan terus mengalir juga dengan kesombongan masing-masing dan akhirnya akan tercetuslah banjir yang bakal bukan sahaja menenggelami diri sendiri, tetapi pasti sekali gus akan melimpah naik tebing dan terus menenggelami sama sendiri. Dan, di kala itu segala kesopanan terhakis, diganti dengan landaan yang ganas dan liar tanpa mempedulikan lagi sebaran rasa. Zuriat dan titik-titik asal-usul yang satu yang membentuk jati diri yang dibanggakan hilang dan luput daripada sebarang ingatan. Dan, di sepanjang perjalanan itu para syaitan ketawa melihat telatah dan perangai dua batang sungai yang biadab dan sombong bagaikan gelombang dan arus merekalah yang terunggul di mana-mana pun.

(hlm: 138-139)

Pemilihan imej pokok pula digambarkan kepada watak Endar yang menyedari

bahawa dirinya tidak berupaya melakukan apa-apa. Shahnon Ahmad menulis dalam

kesedaran rasa insaf seorang manusia yang kehilangan upaya. Nada rayuan rasa keinsafan

itu dapat diperhatikan dengan penuh pilu. Shahnon Ahmad menggambarkan keadaan itu

dengan kesyahduan hatinya:

Page 44: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

44  

Juga Endar amat memahami dan menerima hakikatnya sama seperti pokok yang sudah mulai kecabutan akar dan kereputan tunjang dan kerenggehan dahan, kerapuhan ranting, dan keguguran daun-daun. Tetapi, apabila renungan jauh mendalam, Endar pantang pula hendak diselarikan dirinya dengan sungai yang menyerah kalah kepada sebarang makhluk, selain kepada-Nya. Endar bukan pohon yang mudah menyerah kalah kepada sesiapa,selain kepada-Nya. Biar sungai dan pokok luput dan terhakis jati diri mereka dan tidak mampu bangun semula untuk meneruskan perjalanan itu, tetapi Endar sendiri akan meneruskan perjalanan dengan tenaga dalamannya yang dia yakin masih utuh dan padu.

(hlm: 27)

Gambaran pokok itu cukup sinonim dengan kehidupan manusia. Pokok pada awal

tumbesaran memberi banyak manfaat dan kegunaan kepada semua makhluk di muka

bumi ini. Walaubagaimanapun pokok yang hampir mati tidak lagi berguna. Begitulah

Endar pada usia tua tidak lagi berguna kepada sesiapa.

Di samping itu, konsep kehidupan yang digarapkan oleh Shahnon Ahmad adalah

laksana sungai yang mengalir. Menurut Rosely Mustapha dalam esei “Simbolika dan

kasih sayang dalam Mahabbah” dalam blognya menyatakan sungai adalah simbolika

kehidupan manusia yang dilambangkan mengikut peringkat muda, dewasa dan tua.

Bermula dari satu titik kemudian mengalir terus ke laut. Menurut Jacqueline Dineen

(1993:14) aliran sungai terbahagi kepada 3 peringkat iaitu hulu, tengah dan hilir. Dalam

aliran itu, sungai terpaksa menempuhi suka duka aliran. Sungai pada peringkat hulu

mempunyai aliran air yang deras, sungai akan mengaut apa saja sampah sarap, dedaun

tumbuhan, bangkai binatang dan boleh dikatakan apa saja kekotoran. Apa saja. Itulah

yang sering digambarkan oleh Shahnon Ahmad. Sungai peringkat ini boleh disimbolkan

sebagai manusia semasa remajanya. Perjalanan kehidupan remaja semasa ini sukar

diduga. Kehidupan peringkat ini memerlukan penjagaan yang rapi kerana peringkat

Page 45: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

45  

pramatang inilah yang akan mewarnai kehidupan akan datang. Pada peringkat ini

pelbagai dugaan dan cabaran kehidupan menanti.

Sememangnya, sungai pun satu perjalanan yang bermula daripada satu titik air di tanah tinggi dan mengalir ke tanah rendah menuju muara sebelum bersebati dengan lautan yang bergelora. Titik-titiknya menyelinap masuk melalui rekah-rekah bumi dan terus menjadi tasik dan gelung-gelung. Dan, apabila mentari bersinar, ia menguap ke udara menjadi embun dan awan. Dan, awan pun berarak dan bermega dan turun lagi sebagai hujan untuk mencurahi diri ke dalam sungai mengalir, dan berbanjir dari hulu ke muara.

(hlm. 8)

Sungai pada peringkat tengah, keaktifannya kurang sedikit. Tetapi kegiatan-kegiatan

tertentu boleh mengubah rupa bumi yang lain pula. Misalnya, melalui hakisan terbentuknya

likuan sungai, hakisan tebing, tasik ladam dan sebagainya dan terdedah dengan gangguan-

gangguan alam, maka sungai peringkat ini memerlukan ketahanan fizikal. Hal ini dapat dilihat

melalui petikan berikut:

Adakalanya menjadi penuh dan padat sehingga kebanjiran dengan segala gelombang dan olengannya sukar dibendung lagi; malah langsung menjadi bagaikan pengganas dan pembunuh yang maha dahsyat, yang sukar dimaknakan. Banyak yang ditumbangkannya dengan kebanjiran itu, memperlihatkan kebengisan dan keberangannya pada satu-satu ketika. Tetapi, apabila kemarau menjenguk dan kemudian bermaharajalela di luar batasan, lain pula akibatnya. Segala-galanya menjadi kering, gersang, tandus, dan mati kojol begitu saja.

(hlm. 8)

Begitulah gambaran perjalanan kehidupan manusia pada peringkat dewasa yang

diutarakan oleh pengarang di mana kadangkala terpaksa menghadapi pelbagai keadaan.

Adakalanya manusia diberi kehebatan, kekayaan, kebahagian oleh Yang Maha Esa,

malah kehebatan, kekayaan dan kebahagian yang dikecapi boleh bertukar menjadi

sebaliknya begitu juga situasi kemiskinan, kesedihan, kedaifan. Mengikut Shahnon

Ahmad dalam novel ini, semua yang berlaku adalah kehendak Yang Maha Esa.

Page 46: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

46  

Kemudiannya, sungai peringkat hilir adalah gambaran manusia di peringkat tua.

Pada peringkat ini sungai tidak aktif lagi. Ini dapat dilihat dalam petikan;

Airnya tidak mengalir lagi dan sungai lemas dalam kesesakan nafasnya sendiri. Segala-galanya terhenti. Komunikasinya dengan makhluk-makhluk yang lain terputus; baik dengan matahari, angina, langit, hutan belantara, dan awan berarak. Dirinya bukan lagi saluran air yang deras mengalir menyuburkan segala tanaman dan menjernihkan segala pandangan, tetapi telah menjadi beku dan mati tidak bermaya. Di situlah dijadikannya tempat terhimpunnya sampah sarap, bangkai-bangkai yang busuk, sisa-sisa makanan yang basi, timbunan-timbunan keladak, dan liatan-liatan lemak yang hanyir lagi lagi meloyakan. (hlm. 10)

Kehidupan manusia pada peringkat tua juga sama seperti perjalanan sungai pada

peringkat hilir. Inilah yang berlaku terhadap watak Endar, Endar yang telah tua ditambah

pula dengan penyakit lumpuh. Hampir keseluruhan kurniaan nikmat pancainderanya telah

diambil semula oleh Pencipta. Endar hanya berupaya mengimbas kembali kesilapan-

kesilapan didikan yang telah diberikan terhadap anak-anaknya.

Ironinya novel ini mempunyai maksud simbolika yang seakan-akan perjalanan

sebenar novelis ini. Perjalanan kehidupan digarap begitu rupa di mana novelis adalah

orang ketiga yang serba tahu perjalanan kehidupan watak dalam Mahabbah. Perjalanan

kehidupan Endar seolah-olah perjalanan sebatang sungai yang mengalir dari titik

permulaan hingga ke laut. Laut adalah satu tempat penyatuan semua sungai-sungai yang

mengalir dalam dunia ini. Laut juga adalah satu tempat penghabisan aliran sungai-sungai

yang terdapat di dunia ini. Dalam perjalanan menuju laut itulah novelis telah

menimbulkan gangguan-gangguan perjalanan seperti juga manusia dalam meniti

perjalanan hidup terpaksa menempuhi pelbagai cabaran hidup. Di samping itu juga,

melalui perjalanan sungai inilah pengarang turut menyentuh soal-soal perjalanan

pentadbiran dan pemerintahan dalam sesebuah negara.

Page 47: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

47  

Selain itu, dalam garapannya ‘batang pisang’ dalam novelnya adalah simbol yang

digunakan bagi memberikan gambaran bahawa Endar yang sudah tidak bertenaga dan

hanya sekadar terbujur kaku. Secara fizikal batang pisang adalah suatu benda yang tidak

bergerak dengan sendiri melainkan digerakkan oleh orang lain. Ini dapat dilihat dalam

petikan berikut:

Dia mulai terasa kepayahan untuk bercakap, kepayahan untuk menelan, kepayahan untuk mengunyah, menggerakkan bibir, dan sebagainya sehingga pada satu peringkat, otot-ototnya lumpuh dan dia langsung tidak bertenaga dan terkulai, kaku dan lumpuh dan hanya boleh berkejang atas ranjang laksana batang pisang yang tersadai dalam belukar saja.

(hlm: 289) 

Petikan ini memperlihatkan di hujung usianya , Endar tidak lagi mempunyai

kudrat yang kuat. Dia di ceritakan tidak lagi mampu untuk makan dan minum sendiri

melainkan dibantu oleh isterinya Jawahir dan 2 orang pembantu rumahnya. Tenaga tua

dan penyakitnya membataskan segala perbuatannya.

Shahnon juga berjaya menonjolkan sikap keegoan seseorang dengan

menampilkan simbol ‘seketul batu’. Seketul batu adalah sesuatu yang keras dan sukar

untuk dipecahnya. Begitulah juga ibaratnya seseorang yang sukar untuk dibentuk kerana

masing-masing membina tembok batu yang sangat keras. Untuk menyatukan hati-hati

manusia bukannya senang. Mereka mempunyai keegoan tersendiri. Inilah yang

digambarkan oleh pengarang dalam petikan berikut:

…gelombang dan olengannya yang serba bermakna itu akhirnya tiba di persimpangan yang kini masih tertegak seketul batu yang sedang dipijaki oleh Endar inilah. Batu seketul inilah menjadi pembahagi dan sekali gus mencantas arus … (hlm: 174)

Page 48: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

48  

Itulah gambaran sebenar sikap anaknya Abdul Rahman dan Abdul Rahim. Kerap

kali bertikam lidah, berlainan pendapat dalam banyak perkara. Kedegilan inilah yang

seringkali membimbangkan Endar. Sebagai seorang ayah Endar sentiasa berdoa agar

anak-anaknya itu kembali berbaik-baik semula.

Seterusnya, dalam novel ini penulis menggunakan simbol ‘burung’ sebagai

lambang kebebasan setelah Endar menghadapi penderitaan akibat daripada penyakit yang

dideritai. Dalam peristiwa ini Endar sebenarnya berimaginasi bahawa dia akan bebas dan

hidup dalam situasi yang membahagiakan setelah kematian mengakhiri hidupnya. Ini

adalah imaginasi penulis tentang kehidupan di syurga. Ini dapat dilihat berdasarkan

petikan berikut;

Dia akan menjadi seekor burung yang terbang meninggalkan bumi untuk menuju titik cahaya di langit tinggi. Dia akan terus terbang kian ke mari dan kemudian singgah di dahan-dahan kerdil yang berderetan di kiri kanan taman yang serba indah dan nyaman. Rohnya akan berpisah, tetapi perpisahan itu hanya yang berpindah daerah sahaja. Dia umpama keluar dari sangkar dan terus membebaskan diri daripada belenggu. Dia akan terbang di taman-taman penuh bunga-bungaan, semerbak dengan bau-bauan yang wangi dalam suasana yang harum semerbak. Dia tidak lagi berdekatan dan berdamping dengan sebarang kegelapan kerana kini dia terbang dalam cahaya dan menuju cahaya yang lebih terang-benderang yang menjamin ketenangan dan kesejahteraan yang berkekalan.”

(hlm:236)

Jelaslah di sini bahawa dari renungan terhadap alam pengarang menemui makna

kewujudan dan makna kehidupan. Renungan terhadap alam menepati kehendak ayat Al-

Quran yang bermaksud;

Katakanlah wahai Muhammad, perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi (dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya).

Page 49: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

49  

(Surah Yunus: 101)

Penegasan dalam ayat tersebut membuktikan bahawa setiap kejadian alam ini

mempunyai rahsia tentang keesaan dan kekuasaan Allah. Kesimpulannya, elemen alam

sekitar dalam tulisan kreatif memang tidak dapat dinafikan kehadirannya. Ini bagi

memantapkan makna, memaparkan unsur-unsur perlambangan di samping mewarnai plot

penceritaan. Shahnon berjaya mengharmonikan kesemua elemen alam sekitar dalam

novel ini yang berfungsi sebagai pelengkap dan bukannya sekadar tempelan untuk

menyedapkan cerita. Menurut Kamariah Kamarudin(2011:459) penelitian terhadap

sistem perlambangan ini turut berkait rapat dengan takah hubungan manusia dengan

Tuhan yang memperlihatkan pertalian manusia mengagungkan kebesaran-Nya.

Page 50: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

50  

3.3 Pemilihan diksi

Pemilihan kata-kata dan istilah-istilah tertentu amat dititikberatkan bagi

menentukan mutu sesebuah karya sastera. Menurut Kamariah Kamarudin (2011:93)

kebiasaannya pemilihan kata-kata itu diselaraskan dengan nada dan suasana cerita, serta

watak-watak dalam cerita itu sendiri. Shahnon Ahmad dalam Mahabbah jelas dan dengan

penuh kesedaran mengaplikasikan prinsip sastera yang berciri estetika dan bersifat

takmilah dalam novel ini. Shahnon Ahmad melihat bahawa pemilihan bahasa yang baik,

tepat dan tidak berbaur erotis akan menjadikan pemikiran Islami itu mengalir seperti arus

sungai yang jernih menuju muara. Kehebatan Shahnon Ahmad memanipulasi rasa takwa,

rasa ikhlas, rasa taubat, rasa kasih sayang, rasa rindu dan rasa tawakal kepada Allah

dengan pengucapan yang halus menjadikan novel ini indah dan menarik. Sebagai sebuah

novel yang mempunyai hubungan hidup dan mati juga alam barzakh, Shahnon Ahmad

amat berhati-hati memilih perkataan/ istilah. Pemilihan dan penggunaan istilah Arab-

Islam hadir dalam setiap halaman setebal 316. Halaman-halaman itu bertujuan

menjelaskan kepada pembaca betapa pentingnya memahami makna-makna yang bersifat

kesufian seterusnya membawa pengertian tentang mauduk iman, itikad, dan pernyataan

muraqabah (takut dan malu akan ketentuan Allah).

Justeru, bagi menggambarkan pengucapan Shahnon Ahmad bersifat akhlak-Islami

maka pemilihan diksi yang berbaur rasa taubat itu menjadi pilihan utama. Shahnon tidak

menggunakan istilah Bahasa Melayu dalam hal-hal agama kerana baginya, istilah itu

tidak mencapai tahap keseluruhan tingkat iman dan rasa insaniah Melayu-Islam.

Pemilihan perkataan seperti bahimiyahan, lazzah, hayyatan, thoyibaah, yastabsyir, sulhu,

as-salaam, aflaha, qanaah, hubbuddunya, laghwun, masyaqqah, fahisyah, ghibah,

Page 51: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

51  

’illiyyuun, kun fayakun, ’uruf, istihzak, sakinah, ghobra, yastabsyir, zikrulmaut,

husnulkhatimah dan lain-lainnya itu adalah pengucapan yang menjurus kepada makna

Islam yang syumul. Kesedaran ini dilakukan oleh Shahnon Ahmad kerana penggunaan

istilah Bahasa Melayu tidak akan membawa gambaran akhlak seorang muslim-Melayu

yang sebenarnya.

Begitupun perkara yang lebih utama dalam hal pengucapan yang mengutamakan

akhlak ialah penggunaan diksi Islami yang berleluasa di dalam novel ini. Diksi-diksi

tersebut merupakan gambaran pengabdian kepada Allah. Shahnon Ahmad melihat

penggunaan istilah Arab-Islami itu menjadi penyatuan makna zahir dan batin seorang

Endar yang bakal menemui Allah selepas kematian. Sehubungan dengan itu, bagi

menggambarkan rasa takut kepada Allah, Shahnon Ahmad telah melakukan

penyimpangan gaya bahasa yang besar jika dibandingkan dengan novel-novelnya

sebelum ini. Pada suatu ketika Shahnon Ahmad pernah dikritik hebat oleh para pengkritik

tanahair kerana novel yang dihasilkan mengandungi unsur-unsur seks dan berbaur lucah.

Perkataan “barzakh” memperlihatkan perlambangan atau simbol kepada tempat

persemadian kematian atau pengakhiran hidup makhluk yang bernyawa. Ia

memperlihatkan keindahan dari sudut rasa keinsafan manusia kepada kematian dan

kehebatan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Agung. Ini menggambarkan sehebat mana

pun manusia di atas muka bumi ini, akhirnya akan menempuhi alam kematian; hanya

amal dan iman sahaja yang dapat membantu manusia di alam barzakh. Keindahan yang

dikemukakan oleh pengarang dari sudut Teori Takmilah dapat membimbing khalayak

kepada keimanan dan ketakwaan dalam mencari keredhaan Allah bagi mencapai tahap

Insan Kamil.

Page 52: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

52  

Menerusi novel Mahabbah, Shahnon Ahmad telah memulakan lembaran teksnya

dengan potongan ayat yang diambil dari al-Quran. Ayat-ayat Al-Quran menarik naluri

keindahan manusia ke arahnya dan mengajarkan kepada manusia tentang keindahan

penciptaan. Dengan cara yang indah pula, Al-Quran mengenalkan tentang Allah dan

kekuasaan-Nya kepada manusia. Al-Quran juga mengajarkan tentang keimanan,

kehendak, dan tanggungjawab manusia. Al-Quran adalah manifestasi dari wahyu yang

mengandung keindahan seni yang hakiki dan sangat mengagumkan. Seni Al-Quran

adalah seni untuk mengungkapkan suatu masalah atau topik dengan cara yang sangat

indah, sehingga mampu mempengaruhi fikiran dan perasaan para pembacanya. Menurut

Kamariah Kamarudin (2011:159) isi kandungan Al-Quran meliputi dan menyeluruh

tentang dasar-dasar hidayah petunjuk Allah SWT untuk umat manusia. Ia mengandungi

panduan dan sebagai pedoman yang menjamin kebahgiaan umat manusia di dunia dan

akhirat. Ini jelas diungkapkan dalam lembaran permulaan novel;

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara; kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.

(Surah al-Hujurat 49:10)

Potongan ayat dipermulaan muka surat Mahabbah ini sebenarnya telah

mengutarakan salah satu tema yang cuba digarap oleh pengarang. Pengutaraan ayat suci

Al-Quran yang dipaparkan dalam novel ini meningkatkan pemahaman pembaca tentang

hukum-hakam berkenaan dengan perhubungan antara seorang mukmin dengan mukmin

yang lain. Lantaran itu gambaran sikap anaknya Abdul Rahman dan Abdul Rahim yang

tidak sefahaman dan sering bertelagah dijelmakan oleh pengarang. Dalam makna yang

tersirat, gambaran sikap anak-anaknya itu juga adalah satu cermin realiti terhadap politik

Page 53: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

53  

di negara ini. Shahnon menyedari bahawa politik di Malaysia belum mencapai kata

persepakatan dalam membentuk perpaduan maka itu lahirlah pelbagai pegangan parti

politik yang kononnya cuba memperjuangkan nasib bangsa. Ini jelas diketengahkan

menerusi watak Endar yang sering bermonolog bagi melahirkan kebimbangannya

terhadap bangsanya yang berpecah dan bertelagah. Oleh itu, setiap Muslim seharusnya

mengakui kebenaran al-Quran dengan membaca dan memahaminya untuk dijadikan

iktibar dalam kehidupan. Khalayak turut disulami dengan nilai khutbah di sepanjang bab

novel ini. Pengarang cuba berdakwah dengan cara keindahan bahasa secara halus

dengan mengajak pembaca mengikuti bab demi bab dengan rantaian kata“ Sesungguhnya

segala-galanya adalah perjalanan”. Begitu juga,petikan daripada Riwayat Imam Muslim

di awal sebelum permulaan bab 1 novel ini :

“Barang siapa melihat kemungkaran hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Jika dia tidak ada kuasa hendak mencegah dengan tangannya, maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya. Dan sekiranya juga dia tidak ada kuasa dengan lidahnya, maka hendaklah dia mencegah dengan hatinya. Dan yang demikian ini adalah selemah-lemah iman.”

Pemilihan riwayat daripada Imam Muslim ini jelas memperlihatkan hasrat

pengarang yang cuba mengetengahkan persoalan-persoalan tentang kerosakan nilai-nilai

kemasyarakatan yang berlaku dalam masyarakat yang dijelmakan melalui monolog

watak Endar. Pengarang cuba memberi suntikan keinsafan kepada khalayak dengan

menyerlahkan keindahan dalam petikan tersebut. Hal ini demikian kerana Al-Quran dan

hadis menjadi pegangan manusia sebagai sumber hukum dan juga penjelasan terhadap

penyelesaian masalah dalam kehidupan. Dengan kata lain, dari sudut Takmilah,

keindahan yang dipaparkan oleh pengarang ini menyuntik rasa kekaguman kepada

kebenaran dan kebaikan yang membawa kepada keindahan hakiki.

Page 54: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

54  

3.4 Kesimpulan

Berdasarkan kupasan-kupasan tersebut, jelaslah prinsip sastera yang berciri

estetik dan bersifat Takmilah terkandung dalam Mahabbah. Ini selaras dengan kajian

Shahnon Ahmad,1981. “Penulisan Kreatif-Persoalan Nilai Dalam Penghasilan” dalam

kertas kerja Seminar Penulis di Institut Teknologi Mara. Menurut beliau:

Allah menganugerahkan bakat mengarang kepada kita dengan harapan bakat ini dipergunakan untuk meningkat kemanusiaan agar bertambah takwa kepada Allah. Setiap pengarang Muslim yang tidak menjalankan tugasnya ini ternyatalah penilaiannya negatif kerana sanggup mensia-siakan anugerah gaya yang diberikan oleh Allah.”

(Mohd. Yusof Hassan:126)

Menerusi pernyataan tersebut, Shahnon membuktikannya menerusi novel ini

bahawa beliau menggunakan anugerah Allah kepadanya melalui media dan penulisan

kreatif. Melalui penguasaan bahasa beliau mensyukuri nikmat Allah untuk mendapatkan

kehidupan yang diredhai Allah. Oleh yang demikian, Shahnon Ahmad telah

memperlihatkan penggunaan bahasa secara estetik dan penggunaan teknik-teknik tertentu

menurut kesesuaiannya bagi memperlihatkan kesan keinsanan yang bertunjangkan Islam

dalam karyanya. Kajian ini mendapati pemilihan diksi dalam Mahabbah telah

memperlihatkan perubahan gaya penulisan kreatif Shahnon Ahmad. Mahabbah tidak

disulami dengan perkataan-perkataan yang berunsur seks, membuai perasaan ghairah dan

menjijikkan. Ini selaras dengan prinsip sastera yang berciri estetik dan bersifat Takmilah

dalam Teori Takmilah yang mengkehendaki pemusatan terhadap nilai-nilai Islam.

Pemilihan kata yang cukup teliti oleh pengarang adalah untuk menggambarkan nilai

keindahan dari sudut keinsafan. Dari sudut Takmilah, keindahan yang dipaparkan oleh

pengarang ini dapat menyampaikan mesej pendidikan dan keilmuan yang bersifat

Page 55: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

55  

ketuhanan kepada khalayak. Keindahan yang diutarakan oleh pengarang juga dapat

memupuk khalayak dengan rasa kemanusiaan dan kehalusan jiwa tentang hubungan

manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Allah SWT.

Page 56: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

56  

BAB 4

PRINSIP KHALAYAK MENUJU KE ARAH INSAN KAMIL.

4.1 Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa kebanyakan hasil sastera mengajak manusia ke

arah kebaikan. Namun, menerusi Teori Takmilah harapan yang digantungkan terhadap

karya ialah setiap penciptaan karya itu perlu sampai kepada khalayak dan ia benar-benar

serasi dengan kehendak dan kepentingan Islam. Matlamat yang hendak dicapai ialah

memupuk khalayak pembaca ke arah pembentukan insan Kamil iaitu mencontohi

peribadi terpuji dan akhlak mulia Rasululullah SAW walaupun tidak secara seratus

peratus. Shahnon Ahmad(1981:1-3) mendefinisikan kesusasteraan Islam sebagai karya

kesusasteraan umat Islam yang diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Maksudnya berkarya untuk mendapat keredhaan Allah ialah karya yang mengandungi

sebuah ajaran aqidah, syarak dan akhlak yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah

yang dapat membimbing manusia ke arah keimanan, ketakwaan dan amal salih.

Berhikmah untuk manusia pula bermaksud karya kesusasteraan itu dapat memberi

manfaat kepada manusia sejagat. Karya bukan sahaja dapat menghibur dan

menyenangkan hati manusia, tetapi yang lebih utama menyelamatkan manusia daripada

kesesatan dan membimbing mereka mencapai kejayaan dan kebahgiaan hidup sama ada

di dunia dan di akhirat. Bagi mengupas objektif kajian dalam bab ini penelitian akan

memberi fokus terhadap mesej mengingati kematian, anak sebagai amanah Allah dan

sabar menghadapi ujian Allah .

Page 57: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

57  

4.2 Mengingati kematian

Shahnon Ahmad sebagai seorang pengarang yang versetail telah berjaya

membongkar detik-detik terakhir kehidupan manusia menjelang kematian. Hal ini

demikian kerana penampilan novel ini berkisar kepada detik-detik kematian sebagai idea

pokok pengkisahannya. Detik yang dikatakan menjadi penentu husnulkhatimah kepada

setiap orang yang beragama Islam itu dilihat jika tidak diikat dengan asas Islam yang kuat

akan membawa kepada kematian yang sia-sia. Pengarang cuba menyedarkan pembaca

agar sentiasa mengingati kematian. Mengingati kematian dapat melebur dosa dan

berzuhud. Ini turut dijelaskan dalam beberapa hadis menurut Mohd . Hassan

Ismail(2000:2-3);

Perbanyakkanlah mengingat kematian, sebab yang sedemikian itu akan menghapuskan dosa dan menyebabkan timbulnya kezuhudan di dunia.

(Diriwayatkan oleh Ibny Abiddunya)

Selain itu juga, kematian adalah penasihat kepada semua manusia. Dengan

mengingati kematian manusia akan insaf dengan nikmat dunia yang bersifat sementara

dan lebih bersedia menghadapi kedatangannya. Mohd.Hassan Ismail(2000:3)

menyatakan bahawa orang yang tercerdik ialah orang yang terbanyak mengingat kepada

kematian:

Secerdik-cerdik manusia ialah yang terbanyak ingatannya kepada kematian serta yang terbanyak persiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat.

(Diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Ibnu Abiddunnya)

Page 58: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

58  

Menurut Zuraida Mamat (2010:127) dalam satu hadis Rasulullah SAW telah

menyatakan pentingnya berfikir tentang kematian: Banyaklah mengingat kematian kerana

ia membersihkan seseorang dari dunia dan membebaskannya dari dosa. Kematian

bukanlah akhir kehidupan sebaliknya kematian adalah awal dari kehidupan sebenarnya

dan merupakan transisi menuju dunia yang sebenarnya. Shahnon menerusi Mahabbah

menggambarkan Endar mahu melalui kehidupan yang tenang dan bahagia selepas

kematian menjemputnya . Dia mahu menghabiskan kehidupan abadinya di syurga. Ini

dijelaskan dalam petikan berikut :

Di sana, Endar meneruskan juga perjalanannya dengan penuh ketenangan tanpa sebarang gangguan lagi. Semua dalam jagaan-Nya. Semua berada dalam keilmuan-Nya. Dan , dalam perjalanan di sana itu, sering pula Endar dinikmati dan dinikmati oleh perasaan yang sama tenang dan sama mahabbahnya kerana Endar cukup sedar bahawa apabila segala berada dalam mahabbah-Nya, baik mahabbah-Nya di sana mahupun mahabbah-Nya di sini, tidak ada lain yang diperolehnya selain ketenangan dan kesejahteraan.

(hlm:312-313)

Mesej ini pastinya menyedarkan pembaca secara hakikatnya, kehidupan di dunia

secara keseluruhannya merupakan masa yang singkat. Jika masa lalu dikenang, ia seolah-

olah baru semalam ditinggalkan. Tahun demi tahun hadir tanpa henti .

Walaubagaimanapun, Allah SWT masih memberi pinjaman masa untuk hamba-Nya yang

dikehendaki agar kembali berada di landasan yang boleh membawa mereka bertemu-Nya

di syurga Firdaus. Sesungguhnya Dia Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Masa

berbaki adalah anugerah Allah. Hakikatnya, ajal maut dalam masa usia yang berbaki juga

tidak dapat ditelah dengan tepat walaupun ia benar-benar hampir. Inilah yang sedang

dilalui oleh Endar. Endar menghadapi detik-detik akhir dalam keadaan yang terlantar

Page 59: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

59  

dipembaringan dan berdukacita dengan masa yang telah berlalu dan berkeluh- kesah

dengan masa kini serta detik-detik kematian yang bakal tiba.

Harus diinsafi bahawa Allah telah memberi sekurang-kurangnya dua nikmat yang

berbeza iaitu nikmat kesihatan dan nikmat masa. Lalu nikmat masa, walaupun

ditinggalkan sedikit sahaja, namun masih terdapat manusia yang tidak mahu berfikir dan

menggunakannya dengan bermanfaat. Bayangan kematian tiada di minda. Ia masih jauh

dan ada yang berfikir seoalah-olah ia tidak akan muncul. Lantaran itu pengarang

memaparkan pegangan watak Endar yang akan menamatkan perjalanan duniawi sebagai

mesej yang diharapkan dapat menginsafkan khalayak pembaca. Gambaran-gambaran

dalam novel jelas mencitrakan bagaimana Endar yang kian nazak sering diganggu oleh

syaitan dan iblis. Bisikan-bisikan syaitan dan iblis kadangkala menyebabkan Endar resah

dan gelisah agar Endar lalai mengingati Allah. Khalayak pembaca seharusnya mengambil

iktibar daripada watak Endar yang cuba menoktahkan perjalanan hidupnya dalam

pengakhiran yang baik. Endar menyedari bahawa sehebat mana manusia di atas muka

bumi ini akhirnya akan menempuhi alam kematian.; hanya amal dan iman sahaja yang

dapat membantu manusia di alam barzakh.

Page 60: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

60  

4.3 Anak sebagai amanah Allah.

Shahnon Ahmad juga mengingatkan kita tentang anak-anak dan harta ini adalah

pinjaman dan ujian sahaja. Endar mempunyai 2 orang anak. Masing-masing dengan

haluan masing-masing. Sebagai seorang ayah Endar mengambil tahu dan mahu menegur

tetapi apakan daya Endar kini uzur, lumpuh dan lemah. Maka Endar menyerahkan semua

itu kepada Allah . Endar menyedari bahawa anak-anaknya hanya pinjaman daripada

Allah. Walau bagaimanapun, Islam menuntut ibu bapa mendidik anak-anak dengan

bekalan pengetahuan agama yang mencukupi untuk mencapai kebahgiaan di dunia dan

akhirat. Anak-anak menjadi penyambung warisan pusaka bangsa yang akan ditinggalkan.

Seorang ayah akan memastikan warisan pusaka bangsa yang akan ditinggalkan berada

dalam keadaan yang terjamin. Pada saat-saat perjalanan Endar, beliau sentiasa terlintas

bayangan-bayangan anak-anaknya;

Anak-anak tidak ubah macam harta benda saja. Endar ulangi renungannya; malah seperti permainan dan senda gurau duniawi saja. Cinta kepada mereka bukan yang berkekalan. Segalanya adalah sementara... (hlm:60)

Selain itu, secara tersiratnya novel ini sebenarnya mahu menyedarkan pembaca

agar anak-anak yang lahir diberi didikan agama yang mencukupi agar menjadi anak-anak

yang soleh dan berbakti untuk kedua ibu bapanya. Menurut Ustaz Yazid Ja’afar

(1989:10) bahawa anak-anak yang soleh itu ialah anak yang suka mendoakan kedua

ibubapanya dan tidak menderhakai kedua orang tuanya. Oleh itu, didiklah anak-anak

supaya menjadi anak yang baik dan soleh. Sabda Rasulullah SAW:

Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalnya kecuali tiga perkara;sedekah jaryah(sedekah yang berkekalan), ilmu yang dapat memberi manfaat dan anak soleh yang mendoakan dia.

(Riwayat Abu Dawud, Muslim dan Ahmad)

Page 61: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

61  

Selain itu, Shahnon Ahmad cuba menyampaikan mesej bahawa seorang anak

harus sentiasa menghormati dan mengingati segala pengorbanan ibu bapa. Shahnon

berjaya menampilkan anak-anak yang mempunyai nilai kasih sayang kepada orang tua

walaupun keadaan kehidupan mereka juga bercelaru. Tugas dan tanggungjawab seorang

anak tidak pernah dilupakan. Walaupun kedua anak Endar iaitu Abdul Rahman dan

Abdul Rahim tidak dapat bersama-sama dalam perjalanan ayahnya, namun mereka masih

mampu mengirimkan Inong dan Ani sebagai pembantu kepada Jawa dalam tugas-tugas

merawat Endar. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa petikan berikut:

Kedua-dua orang pembantu rumahnya yang sudah pun fasih tentang penyakit yang dideritai Endar selama bertahun-tahun ini. Inong diambil oleh Rahman; dibiayai oleh Rahman dan Ani pula dibiayai oleh Rahim. Bukan Endar tidak sedar tentang kesibukan kedua-dua orang anak yang agak terpengaruh ini. Cukuplah kalau mereka menyediakan dua orang pembantu rumah ini.”

(hlm:35)

Anak sebagai amanat Allah perlu dipelihara dengan baik. Kewajipan ibubapa

mencakupi seluruh aspek kehidupan. Justeru itu, Endar berdoa agar dia diberi peluang

untuk memperbetulkan perjalanan hidup anak-anaknya yang mewakili bangsanya sendiri

sebelum dia kembali ke alam barzakh. Sesungguhnya anak mempunyai pengertian yang

besar bagi seorang muslim. Oleh sebab itu, Endar merasakan masih ada ruang untuknya

memperbetulkan lorong hidup anak-anaknya. Endar telah pun melihat kejayaan anak-

anaknya. Namun, Endar menghadapi konflik kejiwaan apabila anak-anaknya seakan-akan

menyisihkan diri daripadanya. Tambahan pula, hubungan antara kedua-dua anaknya

sering berantakan kerana mereka tidak sependapat dalam politik. Ini menimbulkan

kesedihan yang mendalam dalam diri Endar. Begitulah Endar digambarkan oleh

pengarang novel ini. Endar menganggap bahawa itu adalah ketentuan yang perlu

Page 62: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

62  

diterimanya dan dia terus berdoa agar Allah menyatukan Abdul Rahman dan Abdul

Rahim dengan apa cara sekalipun. Harapan Endar dijelmakan seperti halaman berikut :

Namun, Endar masih juga menunggu kedua-dua orang anaknya yang berlainan menguruskan saf masing-masing itu serentak pulang supaya kedua-dua belah keluarga mereka boleh bermesra dan kembali menjalinkan ukhuwah dan kembali menyatukan wehdah. Endar akan menyampaikan lagi isi hatinya yang terpendam itu melalui degupan hatinya dan denyutan mindanya. Dengan hasrat yang akan tercapai itulah Endar merasakan bahawa dia dapat meneruskan perjalanan bersisanya dengan aman tanpa secalit berantakan lagi; malah dengan itulah dia harapkan perjalanannya itu akan tamat dengan dukungan husnulkhatimah akhirnya.

(hlm:101)

Menerusi Mahabbah, Shahnon Ahmad cuba menyedarkan pembaca bahawa

permulaan sesebuah negara itu bermula dari institusi kekeluargaan. Oleh sebab itu,

ketegangan yang berlaku antara Abdul Rahman dan Abdul Rahim amat membimbangkan

Endar. Dalam soal ini, pengarang cuba mengutarakan nilai perpaduan. Anak-anak Endar

adalah simbolik yang mewakili nasib anak bangsa. Persoalannya di sini, bagaimanakah

pemimpin hendak mengubah dan memperjuangkan nasib bangsanya sedangkan

pemimpin sendiri bertelagah untuk mencapai impian masing-masing. Bagi Endar anak

adalah penyambung cita-citanya. Endar mahu melihat bangsanya yang kini berpecah dan

bertelagah kembali bersatu. Dari sudut Teori Takmilah, gagasan dalam prinsip yang

ketujuh ini ternyata jelas dalam Mahabbah kerana novel ini sarat dengan mesej

pendidikan dan nilai keilmuan yang bersifat ketuhanan untuk memimpin khalayak

menjadi insan yang kamil.

Page 63: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

63  

4.4 Sabar menghadapi ujian Allah.

Di samping itu juga, Mahabbah menjelaskan kepentingan nilai sabar kepada

pembaca. Menurut Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz (1990:70) sabar ertinya berperasaan

reda dalam menerima ujian daripada Allah sama ada yang berbentuk penderitaan atau

sesuatu yang tidak menyenangkan. Manusia sesungguhnya tidak dapat mengelakkan diri

daripada ujian yang dikenakan oleh Allah. Apabila manusia sedar bahawa segala ujian

dan musibah yang menimpanya merupakan ujian daripada Allah, maka seharusnya dia

bersabar. Jika sekiranya dia tidak dapat bersabar atau tidak sanggup menanggung ujian

Allah itu, maka ujian itu akan dirasakan lebih berat dan lebih seksa sebaliknya bagi

orang-orang yang sabar, ujian akan membuatkan dia berasa tenang dan cekal hati. “Sabar

itu separuh daripada iman”. Sabar memandu seseorang supaya menempuh ujian dan

dugaan dengan tabah, sekaligus menjaga iman daripada terdorong melakukan sesuatu

yang bertentangan dengan perintah Allah.

Begitulah Endar digambarkan dalam novel ini. Sabar dan reda dengan ketentuan

Allah terhadapnya. Biarpun diduga dengan penyakit Myasthenia Gravis sehingga

melumpuhkan anggota badannya dan terlantar diperbaringan. Endar menganggapnya itu

adalah ujian kecil daripada Allah. Situasi ini dapat dilihat dalam petikan berikut:

Dialah yang berhak menentukan segalanya. Dialah yang hanya boleh menghalang atau meneruskan perjalanan ini kalau demikian yang dikehendaki-Nya.Hanya Dia saja yang boleh melumpuhkan dan mematikan degupan dan denyutan ini, kalau demikian yang dikehendaki;Nya

(hlm:228)

Page 64: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

64  

Petikan ini menjelaskan bahawa Endar sabar dalam menerima takdir Allah dengan

hati yang tunduk kepada-Nya. Dalam kesabaran inilah datangnya kekuatan dari dalam

jiwa Endar. Endar sebenarnya telah menjadi manusia yang reda dengan apa-apa yang

bakal terjadi kepada dirinya. Meskipun pengabdian Endar sebagai seorang yang telah

hilang keupayaan tulang empat kerat, percakapan dan pergerakan tetapi seketul hatinya

masih kuat mengingati Allah. Pada zahirnya, bibirnya akan kelihatan bergetar tanpa

difahami bait bicaranya namun menerusi monolog watak ini, pembaca akan dapat

memahami bahawa ingatan Endar masih waras dan tidak lekang sentiasa berzikir atau

bertahmid kepada Allah.

Setelah Endar diserang penyakit Myasthenia Gravis setiap ototnya tidak bermaya

lagi untuk bertindak malah semakin hari semakin lemah. Endar semakin tidak bermaya

dan akhirnya semua otot terus kaku dan kejang. Endar sukar untuk bercakap, menelan

dan mengunyah. Segala-galanya terbatas. Namun, dengan hati dan akal yang lemah itulah

Endar ingin mencegah segala kemungkaran dan kemaksiatan yang berlaku dalam

masyarakat bangsanya. Dalam keadaan Endar yang sebegitu emosi khalayak pastinya

tersentuh. Malah dengan cita-cita yang tinggi Endar cuba menyatupadukan bangsanya

yang bersengketa dan berpecah. Di sinilah pengarang cuba menyedarkan pembaca

khususnya golongan pemimpin masyarakat yang mudah terpesong arah tuju agar tidak

tergoda dengan bisikan syaitan, iblis dan manusia. Justeru itu, Shahnon Ahmad

mengetengahkan kejadian rogol, sodomi dan penzinaan yang menjadi persoalan dalam

pemikiran Endar dalam detik-detik akhir hidupnya agar khalayak mengambil iktibar

daripada kejadian yang berlaku.

Page 65: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

65  

Menghayati perjalanan hidup Endar yang mempunyai kesabaran yang tinggi

adalah satu unsur yang dapat menjadi pendorong dan pembantu dalam menanam rasa

sabar dalam jwa khalayak. Biarpun keperitan yang dialami Endar tidaklah sehebat mana

jika dibandingkan betapa besar dan hebat ujian serta keperitan yang dilalui oleh para

nabi namun perjalanan hidup Endar wajar menjadi teladan dan pengajaran untuk generasi

seterusnya. Sesungguhnya mempercayai qadar Allah telah membentuk perasaan Endar

bagi meringankam keperitan dan kesedihan yang dihadapi. Menurut Yusuf Al-Qaradhawi

(2013:149) Nabi Ayyub a.s adalah nama yang paling masyhur apabila dikaitkan dengan

sifat sabar. Bukti kesabaran Nabi Ayyub a.s adalah baginda bersabar terhadap penyakit

yang menimpa tubuhnya dan kehilangan ahli keluarganya. Allah SWT menjelaskan

dalam surah Al-Anbiya’ yang bermaksud:

“Dan Nabi Ayyub, ketika berdoa kepada Tuhannya, ‘Sesungguhnya aku ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang di antara semua penyayang’. Maka kami perkenankan doa, lalu Kami lenyapkan penyakit yang menimpanya dan Kami kembalikan keluarganya, dan Kami lipat gandakan bilangan mereka, sebagai suatu rahmat dari sisi Kami dan bagi menjadi peringatan kepada orang yang taat kepada Kami. Demikianlah juga Ismail, Idris dan Zulkifli, semuanya tergolong dalam orang-orang yang sabar.”

(Surah Al-Anbiya:83-85)

Sehubungan dengan itu, pengarang mengajak khalayak menyedari bahawa apabila

takdir Allah berlaku, maka setiap insan perlu teguh bersabar semasa diuji. Ujian adalah

sesuatu yang perlu dilalui oleh orang yang beriman kerana di sebalik dugaan itu

terkandung pelbagai hikmah. Watak Endar dibentuk oleh pengarang untuk

menyampaikan mesej ini dengan begitu berkesan oleh Shahnon Ahmad. Mahabbah telah

membuktikan bagaimana watak Endar yang telah menerima ujian daripada Allah

Page 66: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

66  

menganggap ia adalah suatu nikmat yang tidak ternilai kerana Endar semakin mendekati

dan mengenal Allah. Dalam detik-detik akhir perjalanan hidupnya Endar masih

berpeluang untuk bermuhasabah tentang perjalanan hidup yang telah dilalui. Endar

merasakan dirinya begitu kerdil di hadapan Allah. Malah Endar sering bermohon kepada

Allah supaya mengurniakan rasa sabar yang berterusan dalam mentaati-Nya, dalam

menjauhi segala larangan-Nya dan dalam mengharungi ketentuan-Nya. Situasi ini telah

mencetuskan idea kepada pengarang untuk menggambarkan bagaimana Endar

mengharapkan “Husnul khatimah” iaitu akhir kehidupan yang baik sehingga menuju

pertemuannya dengan Allah di akhirat sebagai tema novel.

Page 67: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

67  

4.9 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pengarang telah mengutarakan nilai-nilai keislaman

dalam proses membentuk khalayak menjadi insan kamil menerusi Mahabbah

sebagaimana yang digagaskan menerusi prinsip ketujuh dalam Teori Takmilah. Dalam

konteks Teori Takmilah, insan kamil ialah usaha untuk mengangkat keimanan dan

ketakwaan manusia yang memegang amanah sebagai “Insan Khalifah” dan “Insan

Rabbani” ke arah menjadi insan kamil. Khalayak dalam konteks Teori Takmilah

merupakan sambutan pembaca atau pengkaji terhadap sesebuah karya sastera yang

dikemukakan oleh seseorang penulis dengan nilai-nilai kebaikan yang mengarahkan

kepada keinsafan. Sehubungan dengan itu, Mahabbah dilihat mampu untuk membentuk

khalayak menjadi Insan Kamil sebagaimana yang digagaskan dalam prinsip ketujuh

dalam Teori Takmilah. Pengarang bukan sahaja berjaya mengutarakan sebuah karya

yang sarat dengan makna-makna yang tersurat tetapi juga merangkumi makna yang

tersirat agar khalayak dapat menyelami nilai-nilai kebaikan sebagai teladan dan iktibar

dalam kehidupan mereka. Justeru itu, kepekaan pengarang melontarkan ideanya dilihat

sebagai kesedaran yang menyucikan dirinya sebagai seorang mukmin untuk menjadi

Insan Kamil agar karya ini benar-benar dapat mendidik khalayak. Ini selaras dengan

fokus pengarang yang bersandarkan Al-Quran dan hadis dalam membentuk watak Endar.

Oleh yang demikian, takmilah bagi sastera dan khalayak nyata mempunyai hubungan

dengan individu dan masyarakat.

Page 68: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

68  

BAB 5

PENUTUP

Gagasan Teori Takmilah menetapkan ciri-ciri tertentu bagi mengukur kedudukan

sesebuah teori sastera Islam. Mengikut Shafie (1988:50-51) antara ciri-cirinya ialah

berada dalam ruang lingkup falsafah tauhid, teks tidak terpisah daripada nilai yang

berasaskan keislaman dan adanya unsur-unsur yang menganjur ke arah kebaikan,

dakwah, takwa, kemurniaan hidup dan kecintaan kepada Illahi. Sesuai dengan pengisian

novel ini, Mahabbah dinilai dan dianalisis berdasarkan kepada pencitraan Endar sebagai

hamba Allah yang tunduk dan menyerah kepada-Nya. Endar adalah pancaran orang yang

muqarrabin dengan Allah secara rohaniah dan lahiriah. Endar dalam deritanya berusaha

melakukan pengabdian dan penyerahan diri kepada Allah . Mahabbah memusatkan

tekstualitinya kepada Endar sebagai watak yang melakukan pengasingan diri yang terus

menerus kerana “Mysathenia Gravis”. Dalam banyak perkara Mahabbah

menggambarkan hubungan manusia dengan Tuhannya dan hubungan manusia sesama

manusia. Novel ini memenuhi keperluan sebagai sebuah sastera Islam yang sarat dengan

nilai-nilai keislaman. Ini jelas memperlihatkan Shahnon Ahmad sebagai pengarang yang

mempunyai pengetahuan tentang Islam itu sendiri. Semuanya tergambar jelas dalam

Mahabbah yang memperlihatkan falsafah kepengarangan Shahnon Ahmad yang cuba

meletakkan karya supaya mencapai tahap keunggulan dan menepati ciri-ciri karya yang

berunsur Islam.

Subjektivitinya, teks ini dihadirkan oleh perjalanan watak Endar untuk menemui

Tuhannya. Mahabbah kaya dengan kedalaman dan kesuburan pencitraan keislamannya

Page 69: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

69  

di samping memperlihatkan kelainan daripada novel-novel Shahnon Ahmad yang

terdahulu. Karya ini membawa pesan bagi menguatkan akidah dan meninggikan akhlak

insaniah. Kekuatan akidah Endar dilihat bertalian dengan pegangan syariahnya. Watak ini

dilihat sanggup menghadapi segala penderitaan, menyedarkan khalayak tentang

keampuhan iman dan erti ketakwaan. Endar menemui peristiwa tragisnya yang kian

lemah aspek fizikalnya. Dalam persepsinya, dia adalah seorang insan yang kehilangan

kudrat. Namun, pengarang memaparkan kecintaan Endar terhadap bangsanya. Kedua-dua

anaknya Abdul Rahman dan Abdul Rahim mengalami konflik persaudaraan sebagai

sebuah analogi terhadap tokoh-tokoh politik tanahair.

Keunggulan Mahabbah , tidak sahaja terletak pada sifat sufinya, tetapi juga pada

keindahan aspek simbolik tentang pencitraan dua buah sungai yang mencipta sejarahnya

masing-masing. Kekotoran sungai adalah gambaran kekotoran hati manusia. Itulah yang

cuba diungkapkan oleh pengarang. Novel ini mengekalkan konsep akidah secara

berterusan dan ini diperlihatkan melalui watak Endar sebagai asas dalam menyampaikan

kepercayaan, keimanan dan keyakinan khalayak terhadap keagungan dan kebesaran

Allah. Sehubungan dengan itu, jelas bahawa Mahabbah sesuai dilabelkan sebagai sebuah

karya berunsur Islam kerana gagasan yang terkandung dalam kerangka Teori Takmilah

amat mendasari tema dan persoalan-persoalan yang di utarakan oleh pengarang. Hasil

daripada kajian ini, didapati bahawa apa yang dikatakan “karya-karya berunsur Islam”

yang mencirikan “ kesusasteraan Islam” berdasarkan prinsip-prinsip Teori Takmilah di

terapkan dengan begitu indah dan kreatif oleh Shahnon Ahmad. Dengan penumpuan

yang teliti terhadap mesej-mesej yang sangat berguna kepada khalayak telah membawa

pelbagai erti dan nilai keinsafan terhadap kebesaran Allah SWT. Justeru itu, khalayak

Page 70: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

70  

sewajarnya mendalami dan melihat apa yang cuba dipaparkan oleh pengarang dengan

mata hati. Menurut Kamariah Kamarudin,( 2011:100) Pengutaraan kesan yang baik dan

murni ini bukan sekadar menampilkan karya dengan makna yang tersurat tetapi

merangkumi makna yang tersirat agar khalayak benar-benar menikmati nilai kebaikan

dan kemurnian sebagai teladan atau iktibar dalam kehidupan mereka.

Penampilan novel ini yang berkisar detik-detik “kematian” sebagai jalan

penceritaannya amat dekat dengan perjalanan hidup semua insan. Kematian adalah

kepastian yang perlu diterima oleh sesiapapun. Pengarang turut mengetengahkan

persoalan-persoalan yang berkaitan dengan persediaan sebelum dan sesudah kematian

dalam plot penceritaannya. Dengan kata lain, pengarang menggunakan pengamatan,

pengalaman dan kekreatifannya bagi mengajak khalayak menikmati karyanya dengan

berkesan dan meninggalkan mesej yang menyentuh emosi serta berkeupayaan

merangsang pemikiran pembaca. Sastera itu menghargai hidup, mengajak manusia

menilai diri dan fungsinya mengarah kepada kebaikan dan memancarkan sikap serta

nilai-nilai Islam. Sastera harus menentang apa jua bentuk kezaliman, meletakkan yang

hak ditempatnya dan menghormati manusia sesama manusia. Pengarang cuba

menghasilkan sebuah karya sebagai satu cara beribadat dengan hasrat mendapatkan

keredhaan Allah SWT. Ini selaras dengan gagasan dalam prinsip Teori Takmilah yang

mengarahkan kesempurnaan dalam berkarya dan memperlihatkan falsafah Islam dalam

Mahabbah yang jelas mempunyai pertalian tauhid dalam mencapai kesempurnaan hidup.

Oleh itu, sandaran pengkaryaan mengikut teori Takmilah iaitu Tauhid jelas dapat

diteliti dalam novel ini dan ini sejajar dengan rumusan dalam Teori Takmilah bahawa

pengarang, karya dan khalayak tidak boleh memisahkan diri dari lingkungan syariat

Page 71: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

71  

Allah SWT dan Rasul-Nya. Novel ini telah menyentuh persoalan tentang kewujudan

insan yang menjadi pegangan manusia dalam mengenali diri dan mengetahui matlamat

hidup di dunia dan akhirat menerusi watak Endar. Dalam pada itu juga, Mahabbah turut

mencerminkan unsur-unsur keindahan dalam plot penceritaannya yang menjadikan

manusia dan alam sebagai fokus . Ini selaras dengan Teori Takmilah, bahawa keindahan

yang menjadi sumber estetika adalah sifat Allah yang manifestasinya terpancar pada

kewujudan-kewujudan segala makhluk yang mencerminkan kesempurnaan Allah.

Menerusi Teori Takmilah juga karya yang terhasil perlu sampai kepada khalayak

dan sesuai dengan kepentingan Islam. Matlamat yang hendak dicapai ialah memupuk

khalayak pembaca ke arah pembentukan insan Kamil yang mencontohi peribadi terpuji

dan akhlak mulia Rasulullah SAW. Menurut Shafie Abu Bakar (1996: 28), teori ini juga

mempunyai pertalian dengan Nabi Muhammad SAW sebagai insan Kamil dan sebagai

kekasih Allah. Berdasarkan penelitian kajian ini Mahabbah memenuhi prinsip Teori

Takmilah yang berperanan untuk meningkatkan kualiti keinsanan baik dari segi

kekhalifahan mahupun kerabbanian yang menjadi ciri-ciri Takmilah. Sehubungan itu,

secara keseluruhannya, novel ini memenuhi kriteria “kesusasteraan Islam” dan “karya-

karya berunsur Islam” . Ia seterusnya meletakkan novel ini sebagai sebuah karya yang

memenuhi gagasan Teori Takmilah berdasarkan tiga objektif yang digariskan dalam

kajian ini.

Page 72: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

72  

BIBLIOGRAFI.

D. Jacqueline.1993.Sungai dan Tasik.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hajah Noresah Baharom. 2010. Kamus Dewan: edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamariah Kamarudin.2011.Takmilah Dalam Novel Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Maharam Mamat.2012. “Tarbiah dalam novel Papa…(Akhirnya Kau Tewas Jua” dlm MALIM-SEA Journal of General Studies,hlm.125-138.

Mana Sikana.2009.Estetika di Sebalik Tabir Teori Sastera Melayu Islam.Jurnal Melayu(4)

Mohd. Yusof Hasan.1990.Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Needham, Joseph .1954. Science and Civization in China. Jld. 1.Cambridge: Cambridge University Press.

Sakinah Abu Bakar.2010. “Teori Kesusasteraan Mutakhir : Perspektif Perbandingan”.modul. Universiti Sains Malaysia : Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh.

Shafei Abu Bakar.1996. “Takmilah : Teori, Falsafah dan Prinsip”. Kertas Kerja SeminarPasca Sarjana Anjuran Jabatan Persuratan Melayu UKM pada 7-9 Jun 1996 di Hotel Malaysia, Port Dickson, Negeri Sembilan.

______________.1994. “Kumpulan Puisi Kau dan Aku oleh Aziz Deraman”,14 September.

Shahnon Ahmad.1991.Sastera Sebagai Seismograf Kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_____________.1992.Kesasterawanan:Kepolitikan,Kealaman,Kedirian,Kemanusiaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

_____________. 2007.Mahabbah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsuddin Othman,2007. “Mahabbah: Rasa Insaniah Dalam Takah Gelora Husnulkhatimah”dlm.kertas kerja Seminar Sasterawan Negara Shahnon Ahmad anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka’13-14 November 2007.

Page 73: Laporan Akhir 2014 (PDF)

JMK 420 LAPORAN AKHIR PROJEK KESUSASTERAAN 2013/2014

73  

Syahminan Zaini.1982.Arti Anak Bagi Seorang Muslim.Indonesia:Al-Ikhlas.

Yusuf Al-Qaradhawi.2013.Mukjizat Sabar Dalam Al –Quran.Selangor:PTS Darul Furqan Sdn.Bhd.

Zailani b. Zawawi.2011. “ Novel The Missing Piece- Analisis Dari Perspektif Teori Takmilah”Tesis.Universiti Pendidikan Sultan Idris. teorisastera.blogspot.com/2009/11/teori-takmilah.html diakses pada 4 Disember 2013.

tokohcerpen.webs.com/shahnonahmad.htm diakses pada 11 November 2013