Laporan akhir pbs

3
7.1 LAPORAN AKHIR Pada bulan Mac iaitu antara 07 Mac 2016 hingga 11 Mac 2016, saya mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Methodist, Perak. Saya selaku pelajar PISMP Ambilan Jun 2014 telah diamanahkan oleh unit praktikum IPGKPP. Tugasan ini adalah wajib bagi setiap pelajar PISMP dan merupakan PBS pertama yang dilaksanakan bagi kumpulan kami. Tujuan PBS adalah bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar guru tentang suasana sekolah., persekitaran sekolah termasuk memekarkan sikap positif terhadap profesion perguruan. Saya dikehendaki mendapatkan maklumat melalui pemerhatian, temu bual, serta soal selidik untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan berasaskan pengalaman sekolah. Apa yang saya dapat menyimpulkan bahawa PBS amat berguna kepada pelajar guru seperti saya. Hal ini kerana tugasan ini memerlukan saya menjalankan tugasan di sekolah rendah. Saya telah memilih sebuah sekolah di Ipoh, Perak. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Methodist. Saya telah memilih sekolah tersebut kerana lokasi sekolahnya berdekatan rumah rakan PBS saya. Setelah beberapa hari menjalankan tugas sebagai guru, saya mendapati bahawa ia dapat membina sikap positif dalam sanubari saya. Keyakinan diri merupakan sikap positif yang saya dapat membina semasa berada di sekolah tersebut. Saya dapat bergaul dengan rencaman kakitangan di sekolah tersebut seperti guru-guru, kakitangan pejabat dan murid-murid. Ketika berhadapan dengan murid-murid, saya belajar untuk memahami

Transcript of Laporan akhir pbs

Page 1: Laporan akhir pbs

7.1 LAPORAN AKHIR

Pada bulan Mac iaitu antara 07 Mac 2016 hingga 11 Mac 2016, saya

mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) telah menjalani

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Methodist, Perak.

Saya selaku pelajar PISMP Ambilan Jun 2014 telah diamanahkan oleh unit

praktikum IPGKPP. Tugasan ini adalah wajib bagi setiap pelajar PISMP dan

merupakan PBS pertama yang dilaksanakan bagi kumpulan kami. Tujuan PBS

adalah bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar guru tentang suasana

sekolah., persekitaran sekolah termasuk memekarkan sikap positif terhadap

profesion perguruan. Saya dikehendaki mendapatkan maklumat melalui

pemerhatian, temu bual, serta soal selidik untuk menyempurnakan tugasan yang

diberikan berasaskan pengalaman sekolah.

Apa yang saya dapat menyimpulkan bahawa PBS amat berguna kepada

pelajar guru seperti saya. Hal ini kerana tugasan ini memerlukan saya menjalankan

tugasan di sekolah rendah. Saya telah memilih sebuah sekolah di Ipoh, Perak.

Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Methodist. Saya telah memilih sekolah

tersebut kerana lokasi sekolahnya berdekatan rumah rakan PBS saya. Setelah

beberapa hari menjalankan tugas sebagai guru, saya mendapati bahawa ia dapat

membina sikap positif dalam sanubari saya. Keyakinan diri merupakan sikap positif

yang saya dapat membina semasa berada di sekolah tersebut. Saya dapat bergaul

dengan rencaman kakitangan di sekolah tersebut seperti guru-guru, kakitangan

pejabat dan murid-murid. Ketika berhadapan dengan murid-murid, saya belajar

untuk memahami diri mereka dan berinteraksi dengan mereka. Saya turut

mengetahui cara untuk mengendalikan keadaan kelas dan melaksanakan peraturan

dalam kelas.

Pada masa yang sama, saya juga diberi penerangan tentang bagaimana

aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah tersebut. Seperti yang kita ketahui aktiviti

kokurikulum yang dijalankan bukan sahaja merangkumi aspek sukan tetapi juga

merangkumi kelab dan persatuan serta unit beruniform. Murid-murid sangat aktif

dalam melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar diwajibkan bagi

menyertai aktiviti kokurikulum selaras dengan seruan kerajaan iaitu 1 Murid 1 Sukan.

Page 2: Laporan akhir pbs

Selalunya, apa yang saya mengetahui adalah aktiviti kokurikulum dijalankan bagi

murid-murid tahun empat, lima dan enam tetapi sekolah ini menjalankan aktiviti

kokurikulum bagi murid-murid tahun satu, dua dan tiga. Murid-murid tahun satu, dua

dan tiga diadakan aktiviti yang dipaggil 1 Murid 1 Sukan. Mereka diberi peluang

untuk menghayati setiap permainan yang dijalankan di sekolah tersebut.

Menurut kajian yang dijalankan, prestasi sekolah SK Methodist sentiasa

meningkat pada setiap tahun. Strategi dan teknik pengajaran para guru yang

membawa kepada kejayaan setiap murid. Pihak sekolah bertanggungjawab

menjalankan aktiviti-aktiviti bagi memperkasakan pencapaian sekolah dan murid.

Sebagai tamsilannya, program LINUS dilaksanakan bagi membantu murid-murid

yang menghadapi masalah berkaitan dengan membaca dan menulis. Bertitik tolak

daripada itu, saya dapat membantu para guru memasukkan data dalam 1Bestari.net

secara online. Perkara tersebut membantu saya meningkatkan kemahiran ICT saya.

Melalui tugasan ini, saya telah mengetahui bahawa fungsi sekolah adalah

satu proses sosialisasi untuk mendidik kanak-kanak mengikut kehendak

masyarakat. Saya juga mendapati bahawa sekolah berfungsi sebagai suatu institusi

yang memainkan peranan dalam pengekalan budaya masyarakat. Pada pendapat

saya, sekolah merupakn suatu pusat yang mengembangkan lagi potensi seseorang

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Ini dapat

memekarkan seorang pelajar yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berkompiten mahupun berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran; keluarga

masyarakat dan nusa.