Laporan PBS moral.doc
-
Upload
fid-ashari -
Category
Documents
-
view
340 -
download
18
Transcript of Laporan PBS moral.doc
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TUN HUSSEIN ONN, BATU PAHAT
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)
AMBILAN JUN 2013
SEMESTER 4
Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS 4)
KURIKULUM DAN KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN MORAL
ELM3023E
NAMA :Mohd Farid Bin Mohd Ashari
NO. KAD PENGENALAN:860315-33-5025
OPSYEN :PISMP RBT SEM 4
NAMA PENSYARAH :Encik Mohd Zarkhuan bin Zainol
NAMA PELAJAR : CHONG WAY LIM
NO.KAD PENGENALAN : 881001-56-6261
INDEX NO : 2013292340003
ALAMAT : 4 JALAN SRI CENDANA
TAMAN SRI RAYA
BATU 9 CHERAS
OPSYEN : REKA BENTUK &TEKNOLOGI
PROGRAM : PISMP GSTT SEM 4 AMBILAN JUN 2013
BioBIODATA DIRIdata Diri
Isi Kandungan
Penghargaan........................................1
Sinopsis Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa ke-4..............................2
Temubual seorang guru.....................5
Temu Bual Seorang Murid A...........12
Temu Bual Seorang Murid B...........15
1
Bersyukur kepada tuhan yang sentiasa menjadi panduan saya untuk
mengatasi masalah yang dihadapi semasa menjalankan tugasan kursus ini.
Justeru itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak atas segala nasihat, dorongan, bantuan dan keprihatinan
semasa menyempurnakan kursus ini
Sepanjang penglibatan saya di dalam penghasilan kerja kursus ini, saya
telah mendapat kerjasama, sumbangan dan bantuan dan segi nasihat, sokongan
moral dan spiritual, dan bantuan teknikal daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Mohd Zarkhuan bin
Zainol, pensyarah mata pelajaran Pendidikan Moral yang telah sudi
memberikan peluang untuk saya menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada beliau kerana
dengan sabar menyelia dan memberikan bimbingan kepada saya tanpa jemu.
Saya ingin merakamkan lestari budi kasih yang tidak terhingga kepada
kedua-dua ibu bapa saya dan adik-beradik saya yang telah beri galakan dan
dorongan sepanjang kursus ini dijalankan. Semoga Tuhan membalas budi baik
semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam
menyempurnakan kursus ini.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada rakan sekelas saya yang
banyak membantu dan memberi komen ketika menyiapkan kerja kursus ini.
Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak
membolehkan saya berjaya menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya
Penghargaan
1
TUGASAN A
Sinopsis
Pengalaman
Berasaskan
Sekolah Fasa ke-4
1
Bersyukur saya memilih Sekolah Kebangsaan Anak Ikan, Jerteh
Terengganu menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah sepanjang 5
hari bermula 22/ 3 hingga 26/3. Apabila tiba di sekolah tersebut, sekolah
tersebut kelihatan besar , baharu dan ruangan yang kondusif. Sekolah tersebut
baru dirasmikan pada tahun 2009, dengan 300 orang murid dan 30 orang guru
sahaja.
Pada hari pertama, saya dan rakan-rakan bersama guru-guru SK Anak
Ikan di tapak perhimpunan dan menjalankan perhimpunan di sekolah tersebut,
kemudian saya dan rakan-rakan diberi peluang untuk memperkenalkan diri dan
apakah tujuan kedatangan kami. Walaupun bukan kali pertama bercakap di
depan murid yang banyak, tetapi perasaan gementar masih ada. Selepas
perhimpunan , beberapa orang murid datang ke hadapan saya bersalam di dahi
kepala murid. Saya terasa gembira kerana budaya ini jarang berlaku di Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina yang tunduk kepala lalu berucap sahaja. Pengalaman ini
sangat baru kepada saya, walaupun dalam teori saya mengenal cara kaum
Melayu bersalam, tetapi di Sekolah Anak Ikan, saya dapat mempraktik bersalam
cara kaum Melayu.
Tambahan pula, saya mengenali seorang guru lelaki bernama Cikgu
Ramli yang mengajar subjek Pendidikan Moral Tahun 3. Selain menemu bual
dengannya, saya juga bersempatan menemubual 2 orang murid dari kelas Cikgu
Ramli. Selain itu, saya juga kesempatan melihat pengajaran & pembelajaran
Cikgu Ramli di dalam kelas. Guru tersebut menggunakan teknologi , bahan
bantu pengajar serta aktiviti lakonan yang menarik. Kelas Cikgu Ramli tidak
memboringkan murid murid malah dapat menikmati dan mencapai objektif
pembelajaran.
Disamping itu, saya dan rakan-rakan diberi tugas oleh pihak sekolah
untuk mengendali Program 1Murid 1 Sukan dengan aktiviti senaman robik. Kami
memilih 3 buah lagu iaitu Guru tercinta, Bara-bara bere-bere dan Sakitnya tu
disini. Murid-murid bukan sahaja suka lagu malah mereka menyanyi kuat sambil
1
membuat senaman robik yang kami rancang. Keseluruhan program tersebut,
saya berasa memuaskan kerana murid menikmati dan gembira.
Kesimpulan , saya berasa bersyukur berpeluang ke Sekolah
Kebangsaan untuk mengenali budaya yang berbeza dengan diri saya. Guru-guru
dan murid di sana mempunyai sikap yang ramah mesra, sopan santun yang
sangat dihormati oleh saya. Jikalau berpeluang saya masih berhasrat pergi ke
sekolah tersebut untuk mengajar murid-murid sana.
1
Tugasan B
Temubual seorang
guru
1
Transkrip temu bual bersama guru Pendidikan Moral
Nama : Encik Ramli bin Mohamad Khairul
Umur : 57
Guru pelatih :Selamat pagi cikgu.
Guru Moral :Selamat Pagi.
Guru pelatih : Saya dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.
Bolehkah saya menemubual cikgu?
Guru Moral: Boleh
Guru pelatih : Berapa lama guru mengajar di sekolah rendah ?
Guru Moral: 30 tahun ,setelah habis belajar degree di Universiti Utara Malaysia ,
bachelor Pendidikan Moral.
Guru pelatih :Boleh cikgu menerangkan apa itu pendidikan moral ?
Guru Moral : Pendidikan Moral merupakan satu subjek yang diajar di sekolah
sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Pendidikan Moral adalah
satu subjek yang mengajar tentang penerapan nilai-nilai murni dalam diri untuk
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Dalam konteks negara Malaysia, subjek
ini diajar kepada pelajar-pelajar bukan muslim. Hal ini kerana, bagi pelajar
muslim, mereka mempunyai subjek Pendidikan Islam yang mana di dalam
subjek ini telah diajar tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupan berlandaskan
agama Islam. Jadi bagi pelajar bukan muslim pula, mereka di ajar subjek
1
Pendidikan Moral bagi memastikan proses penerapan nilai murni juga dapat
disampaikan kepada mereka.
Guru pelatih: Apakah kepentingan pendidikan moral dimasukkan ke dalam
kurikulum sekolah rendah ?
Guru Moral: Pendidikan Moral adalah satu subjek yang amat penting yang harus
diajar kepada pelajar sekolah yang mana mereka bakal menjadi pewaris kepada
generasi masa kini. Jadi bagi memastikan kehidupan mereka dipenuhi dengan
nilai-nilai murni, subjek ini diperkenalkan di sekolah-sekolah. Dengan adanya
subjek Pendidikan Moral, pelajar akan dapat mendalami maksud nilai yang
sebenarnya. Hal ini kerana, sebelum mereka menerapkan nilai-nilai murni dalam
diri, terlebih dahulu mereka harus tahu akan kepentingan nilai murni dalam
kehidupan seharian. Apabila mereka sudah memahami erti nilai yang sebenar,
maka proses penerapan nilai dalam diri dan kehidupan mereka akan dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan akhirnya dapat membentuk insan yang
cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Guru pelatih : Bolehkah cikgu menerangkan apakah kaedah yang berkesan
boleh digunakan dalam proses pengajaran subjek pendidikan moral ?
Guru Moral: Pelbagai kaedah boleh digunakan dalam proses pengajaran subjek
Pendidikan Moral. Namun, kaedah yang terbaik ialah kaedah yang dapat
menjadikan pelajar itu dapat menghayati dan menerapkan nilai itu dalam diri
mereka. Apabila nilai dapat diterapkan dalam diri, maka proses untuk
melaksanakan dalam kehidupan
Guru pelatih :Adakah pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) meliputi subjek
pendiidkan moral ataupun meliputi subjek ujian UPSR sahaja?
Guru Moral:Pasti semua subjek di sekolah rendah meliputi PBS bukan semata-
mata terhadap subjek ujian UPSR . Oleh itu Pendidikan Moral juga termasuk.
1
Guru pelatih : Oh begitu, kalau begini bolehkah guru menerangkan pentaksiran
pendidikan moral di sekolah rendah ?
Guru Moral : Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku
berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang
pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh
dijalankan sebelum,semasa dan selepas pengajaran.Guru memainkan peranan
penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, danpencapaian murid di dalam
bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,
merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis maklumat
pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti
pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan
bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan
Falsafah pendidikan Kebangsaan.
Guru pelatih :Dengar macam rumit sangat terhadap seorang guru dalam proses
pengajaran pendidikan moral di sekolah rendah , adakah PBS sesuatu baru di
sekolah rendah ?
Guru Moral: Sebenarnya tidak rumit , biar saya terangkan. Konsep PBS
bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini
dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan
lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS
yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk
standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru
merekod pencapaian murid secara berterusan.
Guru pelatih : Terdengar macam sesuatu baru, tetapi selepas cikgu
menerangkan , saya lebih memahami bahawa PBS adalah sesuatu
penambahbaikan yang mempunyai standard dan aplikasi. Adakah penilaian
pendidikan moral berbeza atau sama dengan subjek lain ?
Guru Moral : Anda mungkin lebih kerap mendengar istilah ‘ujian’ daripada istilah
‘penilaian’. Ini adalah kerana sepanjang anda berada di bangku sekolah anda
1
diberi ujian dan peperiksaan. Penilaian merupakan satu proses sistematik yang
dijalankan dengan tujuan mengumpulkan maklumat untuk membuat suatu
taksiran. Taksiran ini amat berkaitan dengan keberkesanan proses pengajaran
dan pembelajaran.
Guru pelatih :Boleh cikgu menerangkan penilaian terhadap mata pelajaran
pendidikan moral ?
Guru Moral: Penilaian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu penilaian formal
dan penilaian tidak formal. Penilaian formal merangkumi penilaian formatif dan
sumatif. Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur
perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit
pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki
pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik
darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat
pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk
murid-murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut. Penilaian
sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya
adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas
dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang
ditetapkan dalam pengajaran. penilaian tidak formal adalah memberi gambaran
yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan
penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia
tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap
kemajuan pelajar. Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak
formal iaitu pemerhatian, senarai semak dan skala pemeringkatan, rekod
Anekdot, hasil kerja pelajar, temu bual.
Guru pelatih: Dengar macam sama dengan dahulu. Nama ujian sahaja ditukar.
Guru Moral:Ya benar, memang itulah setakat perubahan sehingga kini.
1
Guru pelatih :Oh begitu rupanya. Cikgu, bolehkah cikgu berkongsi serba
sedikit bagaimanakah untuk mengekalkan perhatian murid di
dalam kelas?
Guru Moral : Pedagogi merupakan perkara yang penting untuk menarik
minat dan perhatian murid di dalam kelas.Contohnya, kita
membuat ABM menggunakan radio,slaid,laptop dan
sebagainya.Ini bagi menghilangkan rasa bosan murid semasa
proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, kita juga boleh
mengadakan amali di luar kelas. Misalnya, bagi sukatan
mata pelajaran mengukur, kita bolehlah membawa murid ke
padang untuk mengukur perimeter padang tersebut.
Seterusnya, murid-murid bolehlah diagihkan mengikut kumpulan
bagi sesetengah acara iaitu perlawanan,pertandingan dan
sebagainya. Cara ini adalah bersesuaian bagi murid tahun 1,2,3
dan 4.
Guru pelatih :Saya harap apa yang dikatakan oleh cikgu dapat saya gunakan
ketika saya berjaya menjadi seorang guru. Bagaimana pula
caranya untuk memberikan arahan yang jelas kepada murid.
Guru Moral : Arahan yang diberikan haruslah mudah dan tidak panjang. Ia
juga mengandungi isi yang padat.
Guru pelatih : Saya amat bersetuju dengan kenyataan cikgu. Baiklah,
bagaimana pula cara kita untuk menangani gangguan luar
jangkaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran?
Guru Moral : Kita haruslah mengetahui perbezaan individu pelajar kita.
Setiap murid-murid mempunyai ragam masing-masing.Bagi
murid yang kurang cerdik, mereka selalunya akan mengganggu
murid-murid yang cerdik kerana mereka tidak dapat menyiapkan
kerja yang diberikan oleh guru.Justeru, kita haruslah membina
kumpulan cerdas dan kumpulan yang kurang cerdas. Hal ini
1
adalah kerana, kumpulan yang cerdas cepat menangkap apa
yang diperkatakan oleh guru jadi guru haruslah menyediakan
bahan yang banyak kepada murid yang cerdas.Manakala murid
yang kurang cerdas sukar untuk menangkap apa yang diajarkan
dengan hanya sekali pengajaran.Guru haruslah mengajar murid
tersebut secara berulang-ulang . Tambahan lagi, kita bolehlah
menyediakan satu sudut bacaan di mana pelajar boleh
menghilangkan rasa bosan mereka.
Guru pelatih : Sungguh panjang lebar penerangan cikgu.Baiklah, soalan
yang terakhir untuk sesi temuramah kita pada hari ini,
bagaimanakah proses untuk kita menamatkan proses
pengajaran dan pembelajaran?
Guru Moral : Kita bolehlah mengulang kembali secara umum apa yang
dipelajari pada hari tersebut. Caranya adalah dengan
mengaitkan dengan situasi luar. Selain itu, kita juga bolehlah
bertanya kembali kepada murid-murid tentang apa yang mereka
peroleh daripada proses pengajaran dan pembelajaran pada
hari itu. Kita juga boleh meningkatkan kembali semangat
mereka dengan menyanyi beramai-ramai.
Guru pelatih :Terima kasih cikgu kerana sudi meluangkan masa bersama
kami. Diharap apa yang kita bincangkan sebentar tadi dapat
memberi panduan untuk kami menjadi seorang guru yang
berjaya. Sekian, terima kasih.
Guru Moral :Sama-sama.
1
Temu Bual Seorang Murid A
1
Transkrip Temu bual bersama murid A
Nama: Wong Mei Li
Umur : 9 Tahun
Kelas : 3 Rajin
Nama Cikgu : Encik Ramli bin Mohd Khairul
Guru Pelatih :Mei Li suka mata pelajaran moral tak ?Murid : Ya , hehehe
Guru Pelatih : Topik yang mana awak suka dalam buku teks moral ?Murid : Topik Jujur
Guru Pelatih : Apakah aktiviti moral kegemaran awak ?Murid : Saya suka aktiviti menonton video , lakonan, menyanyi
Guru Pelatih : Pernahkah guru menggunakan teknologi mengajar di dalam kelas? Contohnya ?Murid : Erm …….Ada…….Laptop , projektor
Guru Pelatih : Adakah cikgu selalu guna buku teks dan buku kerja semasa waktu moral ? Murid : Mestilah
Guru Pelatih :Pernahkah awak mengangkat tangan untuk menjawab soalan cikgu ?Murid : Erm….. kadangkala
Guru Pelatih : Maksudnya pernah lah tu Murid :yaya hehehehe
Guru Pelatih : Pernahkah anda membuat pembentangan di depan kelas ?Murid : Adalah
Guru Pelatih :Awak seorang bentang atau bersama kumpulan ahli ?
1
Murid : Tak tahulah , kadangkala saya kadangkala orang lain.
Guru Pelatih : Maksudnya kalian bergilir-gilirMurid : yaya
Guru Pelatih : Awak masih inget apakah topik yang murid bentangkan ?Murid : Saya ingat cikgu , itu itu itu itu …… Topik Jujur lol
Guru Pelatih :Kenapa awak suka topik ini dan masih ingat ?Murid : Kerana saya suka nilai jujur cikgu , saya selalu kutip duit waktu rehat. Kemudian akan beri kepada cikgu bertugas sebagai contoh pembentangan.
Guru Pelatih : Baguslah awak dapat mempratikkan nilai jujur tersebut dalam harian . Ada contoh lain lagikah anda praktis dalam harian ?Murid : Ada , saya terjumpa dompet dalam tandas perempuan, kemudian saya bagi kepada guru kelas…….
Guru Pelatih : Bagus , nampak murid dapat menguasai dan mempraktis nilai ini dengan baik. Adakah pembentangan topik jujur adalah kali pertama bagi murid ?Murid : Tidak, tahun 2 pun ada lal cikgu .
Guru Pelatih : Apakah perasaan semasa awak berdiri depan kawan dan membuat bentangan ?Murid : Hehehehe……. saya mula mula takut, malu ….. nanti guru beri sokongan dan bersabar untuk saya memulakan atau buka mulut bercakap bentangan kami ……
Guru Pelatih : Selain nilai jujur, adakah nilai lain juga anda serapkan dalam kehidupan harian ?Murid : Cikgu saya baik hati , saya menolong cikgu ambil barang.
Guru Pelatih : Baguslah awak. Adakah pengajaran cikgu moral memberi kesedaran yang baik dalam kehidupan anda ? Murid : Erm……. mungkin ada kut ….
Guru Pelatih : Har …mungkin sahaja , kesian cikgu moral anda. Murid :Hehehehe
Guru Pelatih : Itu sahaja cikgu nak tanya Murid : hehehehehe
1
Guru Pelatih : Terima Kasih Murid : Terima kasih
1
Temu Bual Seorang Murid B
1
Transkrip Temu bual bersama murid B
Nama: Cheah Kang Shen
Umur : 9 Tahun
Kelas : 3 Jujur
Nama Cikgu : Encik Ramli bin Mohd Khairul
Guru Pelatih :Kang Shen suka mata pelajaran moral tak ?Murid : Ya cikgu
Guru Pelatih : Topik yang mana awak suka dalam buku teks moral ?Murid : Topik Baik Hati
Guru Pelatih : Apakah aktiviti moral kegemaran awak ?Murid : Saya suka tengok video …….
Guru Pelatih : Pernahkah guru menggunakan teknologi mengajar di dalam kelas? Contohnya ?Murid : Tak ada
Guru Pelatih : Adakah cikgu selalu guna buku teks dan buku kerja semasa waktu moral ? Murid : Pasti adalah
Guru Pelatih :Pernahkah awak mengangkat tangan untuk menjawab soalan cikgu ?Murid : erm erm erm
Guru Pelatih : Maksudnya tak ada lah tu Murid :Ya cikgu
Guru Pelatih : Pernahkah anda membuat pembentangan di depan kelas ?Murid : Ada cikgu
Guru Pelatih :Awak seorang bentang atau bersama kumpulan ahli ?Murid : Tak tahulah , kadangkala saya kadangkala orang lain.
1
Guru Pelatih : Maksudnya kalian bergilir-gilirMurid : mereka tak mahu baru tolak bentangan kepada saya.
Guru Pelatih : Awak masih ingat apakah topik yang murid bentangkan ?Murid : Saya ingat cikgu , itu itu itu itu …… Topik baik hati lol
Guru Pelatih :Kenapa awak suka topik ini dan masih ingat ?Murid : Kerana saya suka nilai baik hati cikgu , saya selalu bersih kelas seperti lap papan putih. Saya juga pernah membantu sekolah semasa banjir . cuci lantai dan sebagainya.
Guru Pelatih : Baguslah awak dapat mempratikkan nilai baik hati tersebut dalam harian . Ada contoh lain lagikah anda praktis dalam harian ?Murid : Ada , saya memapah kawan saya , apabila kawan saya jatuh, kemudian saya hantar dia ke bilik rawat.
Guru Pelatih : Bagus , nampak murid dapat menguasai dan mempraktis nilai ini dengan baik. Adakah pembentangan topik jujur adalah kali pertama bagi murid ?Murid : Tahun ini sahaja cikgu ……
Guru Pelatih : Apakah perasaan semasa awak berdiri depan kawan dan membuat bentangan ?Murid : Erm…….. Saya saya…hehehehehe saya takut cikgu , cakap ketawa.
Guru Pelatih : Selain nilai baik hati, adakah nilai lain juga anda serapkan dalam kehidupan harian ?Murid : Cikgu saya jaga kebersihan diri , saya selalu gosok gigi waktu pagi dan malam.
Guru Pelatih : Baguslah awak. Adakah pengajaran cikgu moral memberi kesedaran yang baik dalam kehidupan anda ? Murid : Erm……. mungkin ada kut ….
Guru Pelatih : Har …mungkin sahaja , kesian cikgu moral anda. Murid :Hehehehe
Guru Pelatih : Itu sahaja cikgu nak tanya Murid : heheheheheGuru Pelatih : Terima Kasih Murid : Sama-sama