Laporan aktiviti hp

3
Student’s Name : MOHD BAJURI BIN ASRURI Instructor’s Name : PROF. MADYA DR.ZINATUL ASHIQIN BINTI ZAINOL Class’s Set : 5 Course Name : MANAGEMENT & ENTREPRENEURAL SKILL Course Code : HHHC 9701 Date : 23 August 2022 Tajuk Laporan : KARNIVAL PREMIER ZA’BA 2014 KOLEJ PENDETA ZA’BA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA By : Mohd Bajuri Karnival Premier Za ba 2014 (KAPREZA 14), kod aktiviti : DN00703/2013, merupakan program anjuran Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta Za ba dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.Program ini berkonsepkan hari keluarga dan telah menjadi satu program tradisi bagi warga Kolej Pendeta Za ba. KAPREZA yang berlangsung pada tahun 2014 ini dengan tema dan pembaharuan yang tersendiri, dijalankan dengan matlamat utamanya untuk merapatkan ukhwah antara penghuni Kolej Pendeta Za ba dengan pihak pegurusan Kolej Pendeta Za ba dan tidak lupa juga ukhuwah bersama komuniti setempat yang berbilang kaum serta agama selaras dengan konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan. Program ini juga turut menjadi salah satu ruang untuk Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia tidak kira sama ada pelajar tahun satu, dua mahupun tiga melengkapkan penilaian kursus HP mereka. Tema yang menjadi pilihan KAPREZA 14

Transcript of Laporan aktiviti hp

Page 1: Laporan aktiviti hp

Student’s Name : MOHD BAJURI BIN ASRURI

Instructor’s Name : PROF. MADYA DR.ZINATUL ASHIQIN BINTI ZAINOL

Class’s Set : 5

Course Name : MANAGEMENT & ENTREPRENEURAL SKILL

Course Code : HHHC 9701

Date : 15 April 2023

Tajuk Laporan : KARNIVAL PREMIER ZA’BA 2014 KOLEJ PENDETA ZA’BA

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

By : Mohd Bajuri

Karnival Premier Za’ba 2014 (KAPREZA ‘14), kod aktiviti : DN00703/2013, merupakan

program anjuran Biro Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Eksekutif Pelajar, Kolej Pendeta

Za’ba dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia,

Majlis Belia Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pengajian Tinggi

Malaysia.Program ini berkonsepkan hari keluarga dan telah menjadi satu program tradisi bagi

warga Kolej Pendeta Za’ba.

KAPREZA yang berlangsung pada tahun 2014 ini dengan tema dan pembaharuan yang

tersendiri, dijalankan dengan matlamat utamanya untuk merapatkan ukhwah antara penghuni

Kolej Pendeta Za’ba dengan pihak pegurusan Kolej Pendeta Za’ba dan tidak lupa juga

ukhuwah bersama komuniti setempat yang berbilang kaum serta agama selaras dengan

konsep 1Malaysia yang diuar-uarkan. Program ini juga turut menjadi salah satu ruang untuk

Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia tidak kira sama ada pelajar tahun satu, dua mahupun

tiga melengkapkan penilaian kursus HP mereka. Tema yang menjadi pilihan KAPREZA ’14

pada kali ini ialah “Express Yourself” dimana ia bertujuan untuk menyerlahkan sisi

mahasiswa/i dalam pelbagai aspek yang membolehkan mahasiswa/i lebih yakin dengan diri

sendiri dengan cara mengekspresikan kemahiran diri melalui aktiviti yang disediakan.

Page 2: Laporan aktiviti hp

Program KAPREZA ’14 ini merupakan program utama dimana dibawah program ini

terdapat beberapa jenis cabang sub-program. Antara sub-program yang turut dilaksanakan

adalah seperti Malam Dambakan Cinta Rasulullah, Pertandingan Tenpin Boling Terbuka

Piala Pendeta, Pertandingan Futsal Piala Ayahanda, Horse For Fun, Food Hunter, Survival

Za’ba, Kids Got Talent, Battlefield, Grooming, Siapa Hebat?, Battle Of The Bands, Cuci-

Cuci Kapreza, Le-Tour de UKM dan Cancer Cycling Charity.

Sub-Program Battlefield menjadi pilihan saya untuk menjadi salah seorang krewnya. Ini

disebabkan saya yakin bahawa program ini dapat saya uruskan pengurasannya

memandangkan aktiviti lasak bertepatan dengan sifat lelaki yag sukakan cabaran mencabar.

Tambahan lagi, saya pasti Program Battlefield ini akan dapat menarik minat kenalan saya

yang mungkin akan turut serta dalam menyertai Program Battlefield. Program Battlefield ini

adalah satu program yang berunsurkan extreme dan wujudnya ia adalah untuk menguji

ketahanan fizikal para peserta yang menyertai. Penyertaan secara berkumpulan akan

memupuk semangat kerjasama dan dapat meningkatkan daya pemikiran dan perancangan

strategi peserta untuk menang.

Butiran-butiran program Battlefield adalah seperti berikut :

Tarikh : 8- 9 Mac 2014

Masa : 8 pagi – 6 petang

Tempat : Sekitar blok-blok bangunan Fakulti Pendidikan, Universiti

Kebangsaan Malaysia

Untuk persediaan awal program ini ahli kumpulan Battlefield mengadakan mesyuarat dan

perjumpaan dari semester lepas lagi. Dari perkembangan perjumpaan dan mesyuarat kami

melihat kelancaran dan peningkatan perjalanan program Battlefield ini. Saya memegang

jawatan sebagai AJK Tugas-Tugas Khas sekaligus menjadi Ketua Pengurusan Tempat dan

Alatan Permainan. Menjadi tanggungjawab saya untuk menyediakan tempat permainan

semasa hari pertandingan serta mencari dan menguruskan susunan peralatan permainan para

peserta. Semasa hari berlangsungnya program Battlefield saya juga ditugaskan untuk

menguruskan jualan minuman pada hari kejadian sebagai langkah menambahkan dana

program sedia ada. Secara keseluruhannya, program dibawah kelolaan saya ini dapat

dilaksanakan dengan jayanya.