Laporan Aktiviti Pengajaran Dengan Menggunakan Kit Pengajaran Noox

5
LAPORAN AKTIVITI PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN KIT PENGAJARAN Pengenalan Kumpulan kami telah memilih kaedah pengajaran eksperimen dan tajuk untuk aktiviti pengajaran ialah Pergerakan Cahaya. Eksperimen merupakan kaedah pengujian dengan matlamat menjelaskan realiti untuk meningkatkan pemahaman sesuatu fenomena. Eksperimen bertujuan untuk menguji hipotesis dan memberi peluang murid menentukan aktiviti eksperimen mengikut kesesuaian aras pemikiran murid. Antara ciri-ciri eksperimen ialah murid-murid akan menjalankan amali secara berkumpulan, melibatkan aktiviti bersoal jawab, perbincangan, terdapat inferens, hipotesis dan kesimpulan terhadap hipotesis. Dalam kaedah eksperimen, guru berperanan sebagai fasilitator dan strategi pengajaran dan pembelajaran eksperimen pula berpusatkan murid. Murid akan bersoal jawab dan membuat perbincangan dengan guru mengenai eksperimen. Aktiviti tersebut akan merangsang pemikiran murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis seterusnya menjalankan eksperimen dengan berhati-hati.

description

hfghfhfgjrfghrdthetdhfrtdfhgdrfhfnfcghfbchfcghfgchfgchfgchfg

Transcript of Laporan Aktiviti Pengajaran Dengan Menggunakan Kit Pengajaran Noox

Page 1: Laporan Aktiviti Pengajaran Dengan Menggunakan Kit Pengajaran Noox

LAPORAN AKTIVITI PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN KIT PENGAJARAN

Pengenalan

Kumpulan kami telah memilih kaedah pengajaran eksperimen dan tajuk untuk aktiviti

pengajaran ialah Pergerakan Cahaya. Eksperimen merupakan kaedah pengujian dengan

matlamat menjelaskan realiti untuk meningkatkan pemahaman sesuatu fenomena.

Eksperimen bertujuan untuk menguji hipotesis dan memberi peluang murid menentukan

aktiviti eksperimen mengikut kesesuaian aras pemikiran murid. Antara ciri-ciri eksperimen

ialah murid-murid akan menjalankan amali secara berkumpulan, melibatkan aktiviti bersoal

jawab, perbincangan, terdapat inferens, hipotesis dan kesimpulan terhadap hipotesis.

Dalam kaedah eksperimen, guru berperanan sebagai fasilitator dan strategi

pengajaran dan pembelajaran eksperimen pula berpusatkan murid. Murid akan bersoal

jawab dan membuat perbincangan dengan guru mengenai eksperimen. Aktiviti tersebut

akan merangsang pemikiran murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis seterusnya

menjalankan eksperimen dengan berhati-hati.

Page 2: Laporan Aktiviti Pengajaran Dengan Menggunakan Kit Pengajaran Noox

Perancangan Dan Pelaksanaan

Kami telah diberikan tugasan bagi Kurikulum Sains Pendidikan Rendah pada 21 Ogos 2014.

Kami juga telah diberikan taklimat mengenai tugasan pada hari tersebut. Kami telah

membentuk beberapa kumpulan dan saya telah berkumpulan dengan Akmal bin Idrus bagi

tugasan ini. Saya telah berbincang dengan ahli kumpulan tentang cadangan aktiviti yang

akan dipilih dan seterusnya di aplikasikan kepada kelas.

Pertamanya, kami telah merangka kaedah pengajaran yang ingin kami jalankan.

Kaedah pengajaran yang terdapat dalam soalan tugasan tersebut ialah uji kaji, eksperimen,

demonstrasi, peristiwa percanggahan idea dan penyelesaian masalah. Oleh yang demikian

kami telah memilih kaedah pengajaran eksperimen. Seterusnya kami telah mencadangkan

beberapa eksperimen berdasarkan kurikulum sains Dalam Kurikulum Standard Sekolah

Rendah iaitu eksperimen tenggelam timbul, eksperimen asid dan alkali, eksperimen

pergerakan cahaya dan eksperimen daya serapan. Kami telah memilih eksperimen

pergerakan cahaya kerana ketiga-tiga eksperimen yang lain telah dipilih oleh kumpulan lain.

Oleh itu, berdasarkan draf kurikulum sains KSSR tahun 5 dalam standard kandungan 6.1,

cahaya bergerak lurus, kami menggunakan kaedah eksperimen bagi pengajaran mengenai

tajuk cahaya

Kami telah mencari video demonstrasi bagi eksperimen pergerakan cahaya tersebut di

Youtube bagi mendapatkan idea dan maklumat yang lanjut mengenai eksperimen yang

akan kami jalankan. Seterusnya, kami menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan dalam

eksperimen tersebut. Berikut merupakan senarai bahan yang kami gunakan bagi

eksperimen tersebut:

1. Lilin

2. Tanah liat

3. Kadbod

4. Kad manila

5. Mancis

Seterusnya kami kelua runtuk membeli bahan-bahan yang diperlukan bagi eksperimen

tersebut. Setelah menyediakan bahan-bahan tersebut, kami cuba untuk menjalankan

eksperimen tersebut terlebih dahulu. Kami menjalankan eksperimen tersebut sendiri dan

berpuas hati terhadap eksperimen yang kami jalankan tersebut. Kami telah menyediaka

nringkasan mengenai kit pengajaran dan membuat soalan-soalan mengenai eksperimen

Page 3: Laporan Aktiviti Pengajaran Dengan Menggunakan Kit Pengajaran Noox

tersebut. Kami juga telah menyediakan slaid bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang

akan kami jalankan.

Akhirnya pada 24 September 2014 kami menjadi kumpulan ketiga bagi membentangkan kit

pengajaran. Semasa sesi pengajaran menggunakan kit pengajaran tersebut dilaksanakan,

keadaan kelas adalah terkawal dan jauh berbeza daipada sangkaan kami berdasarkan

kelas kami terdiri daripada kawan-kawan sendiri. Namun terdapat juga kekurangan semasa

aktiviti dijalankan kerana kebanyakan pelajar di dalam kelas telah dapat mengagak apa

yang akan kami persembahkan pada hari tersebut.

Page 4: Laporan Aktiviti Pengajaran Dengan Menggunakan Kit Pengajaran Noox

Refleksi

NAMA : MUHAMAD NUH BIN KASMURI

NO KAD PENGENALAN : 830628016095

Puji dan syukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya melaksanakan

tugasan ini dengan jayanya bersama-sama dengan ahli kumpulan. Tidak lupa juga kepada

pensyarah bimbingan iaitu Cik Lim Poh Sim kerana tunjuk ajar dan bimbingan yang beliau

beri sepanjang proses melaksanakan tugasan ini. Terima kasih yang tidak terhingga

terhingga juga atas segala komen dan kritikan yang membina kerana dengan komen

dan kritikan tersebut dapat saya menyelesaikan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada sesiapa

sahaja yang membantu dalam melaksanakan tugasan ini secara langsung

mmahupun secara tidak langsung lebih-lebih lagi kepada ahli kumpulan yang

berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh menyiapkan tugasan ini.

Semasa menerima tugasan ini, terdapat beberapa masalah yang saya

hadapi. Antara masalah yang dialami ialah masalah masa. Ini kerana terdapat

beberapa tugasan yang perlu disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu,

tugasan yang diterima seolah-olah seperti bertimpa-timpa di atas meja. Namun

masalah tersebut dapat saya atasi dengan membuat jadual pengurusan masa.

Walaupun kekangan masa yang agak terhad tetapi dapat juga saya menyelesaikan

tugasan yang diberikan.

Selain itu, masalah untuk menyediakan peralatan yang akan di isi di dalam kit

pengajaran juga merupakan salah satu masalah yang saya hadapi kerana terdapat

beberapa kedai yang tidak dapat menyediakan keperluan yang kami kehendaki. Di

samping itu masalah untuk memotong kadbod yang keras juga merupakan salah

satu masalah yang dihadapi kerana ia memakan masa yang agak lama untuk

disiapkan. Namun akhirnya segala keperluan yang diperlukan untuk di letakkan di

dalam kit pengajaran dapat disempurnakan dengan baik.

Page 5: Laporan Aktiviti Pengajaran Dengan Menggunakan Kit Pengajaran Noox

Sepanjang melaksanakan tugasan ini banyak perkara yang saya telah

pelajari. Antaranya, tugasan yang diberikan ini banyak memberi pengertian,

pengetahuan dan pengalaman buat saya untuk menjadi seorang guru yang

cemerlang dimasa hadapan. Ini kerana diawal tugasan lagi saya telah mengalami

pelbagai cabaran dan rintangan. Namun dengan usaha yang dilakukan akhirnya

saya dapat merealisasikannya. Dengan adanya tugasan sebegini, ia telah dapat

menambahkan pengetahuan baharu dan berguna untuk menduduki peperiksaan

yang bakal tiba tidak lama lagi. Selain itu juga, dengan pengetahuan yang baharu

saya perolehi ini menjadikan saya lebih mahir dalam melaksanakan pembelajaran

dan menyesuaikannya dengan kaedah-kaedah pengajaran yang sepatutnya serta

bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini, akan saya gunakan apabila

menjadi seorang guru kelak, samada semasa praktikum nanti mahupun semasa

menjadi seorang guru. Akhir kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan

ini, saya telah dapat menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba

disampaikan oleh pensyarah saya Cik Lim Poh Sim. Walaupun interaksi kami di

dalam kelas adalah terhad kerana komitmen yang menghambat diri dimana

pensyarah dan guru pelatih masing- masing menggalas tanggungjawab yang

berbeza dan sibuk dengan tugas masing- masing namun isi pelajaran yang ingin

disampaikan akhirnya telah dapat saya kuasai hasil daripada proses pelaksanaan

tugasan ini. Dengan adanya tugasan seperti ini, saya yakin dan percaya ianya akan

memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa

dengan cara yang menarik dan berkesan.