LAPORAN JSU SCE3113

14
SCE 3113 PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN SAINS LAPORAN UJIAN Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) JSU merupakan jadual yang dibentuk oleh guru terlebih dahulu sebelum para guru membina soalan-soalan ujian untuk diuji kepada murid. Pembinaan soalan-soalan ujian yang saya pilih adalah berdasarkan kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 4. Oleh itu, soalan-soalan yang dibina dapat mengukur sejauhmana matlamat objektif kurikulum tercapai. Di samping itu JSU ini dapat membantu guru menentukan jenis- jenis dan bilangan item / soalan yang perlu dibina berdasarkan topik-topik yang diajar. Penyediaan JSU berdasarkan buku teks, buku rujukan di samping DSKP Dunia Sains Dan Teknologi, Tahun 4. Soalan- soalan yang akan dibina berkisar Tema Sains Hayat iaitu Proses Hidup Manusia, Proses Hidup Haiwan dan Proses Hidup Tumbuhan, Tema Sains Fizikal, bertajuk Pengukuran dan Tema Sains Bahan pula adalah Sifat Bahan. Dalam JSU yang saya bina, saya mengagihkan kepada tiga aras iaitu aras aras Rendah, Sederhana dan Tinggi. Jumlah item soalan bagi Bahagian A yang berbentuk objektif ialah 10 soalan membawa 20 markah. Manakala Bahagian B, terdiri daripada 5 soalan stuktur yang membawa markah 10. Penetapan bilangan item / soalan yang telah disediakan dalam ujian ini saya kongsikan bersama rakan yang mengajar subjek sains. Penetapan bilangan ini penting bagi mengukur pencapaian pelajar selepas menjawab item / soalan ujian berkenaan. Jumlah soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpecayaan dan kesahan ujian. Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan. Selain memberi perhatian kepada kesahan dan Ramlah Mohamed Jamli Page 1

description

Semoga bermanafaat

Transcript of LAPORAN JSU SCE3113

Page 1: LAPORAN JSU SCE3113

SCE 3113 PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN SAINS

LAPORAN UJIAN

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU merupakan jadual yang dibentuk oleh guru terlebih dahulu sebelum para guru

membina soalan-soalan ujian untuk diuji kepada murid. Pembinaan soalan-soalan ujian

yang saya pilih adalah berdasarkan kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran

(DSKP) Tahun 4. Oleh itu, soalan-soalan yang dibina dapat mengukur sejauhmana

matlamat objektif kurikulum tercapai.

Di samping itu JSU ini dapat membantu guru menentukan jenis-jenis dan bilangan

item / soalan yang perlu dibina berdasarkan topik-topik yang diajar. Penyediaan JSU

berdasarkan buku teks, buku rujukan di samping DSKP Dunia Sains Dan Teknologi, Tahun

4. Soalan-soalan yang akan dibina berkisar Tema Sains Hayat iaitu Proses Hidup Manusia,

Proses Hidup Haiwan dan Proses Hidup Tumbuhan, Tema Sains Fizikal, bertajuk

Pengukuran dan Tema Sains Bahan pula adalah Sifat Bahan. Dalam JSU yang saya bina,

saya mengagihkan kepada tiga aras iaitu aras aras Rendah, Sederhana dan Tinggi. Jumlah

item soalan bagi Bahagian A yang berbentuk objektif ialah 10 soalan membawa 20 markah.

Manakala Bahagian B, terdiri daripada 5 soalan stuktur yang membawa markah 10.

Penetapan bilangan item / soalan yang telah disediakan dalam ujian ini saya

kongsikan bersama rakan yang mengajar subjek sains. Penetapan bilangan ini penting bagi

mengukur pencapaian pelajar selepas menjawab item / soalan ujian berkenaan. Jumlah

soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpecayaan dan kesahan ujian.

Kesahan pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan.

Selain memberi perhatian kepada kesahan dan kebolehpecayaan ujian, penentuan jumlah

soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, penentukan umlah soalan juga perlu

mengambil kira masa ujian, jenis soalan dan kesukaran ujian yang bergantung pada objektif

pengajaran, panjang soalan dan kemampuan berbahasa murid.

Selain itu, ia juga dapat mengukur pencapaian pelajar dari aspek matlamat objektif

ujian tersebut diadakan. Sekiranya terdapat kelemahan di peringkat awal pembentukan JSU

ini misalnya soalan yang tidak seimbang berdasarkan tajuk yang telah diajar kepada murid,

pengemaskinian perlu dilakukan semula.

Ramlah Mohamed Jamli Page 1

Page 2: LAPORAN JSU SCE3113

SCE 3113 PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN SAINS

Menulis Item Ujian

Sebaik sahaja JSU disediakan persediaan membina dan menulis item / soalan

dilakukan. Terdapat pelbagai bentuk item ujian, seperti item beraneka pilihan atau objektif,

item mengisi tempat kosong, item berjawapan pendek, item betu atau salah, item padanan

atau item esei. Terdapat beberapa prisnsip untuk menulis item-item tersebut. Saya memilih

item aneka pilihan atau objektif memandangkan kelas ini adalah permulaan bagi tahap 2

sudah pasti item aneka pilihan ini dapat memberi pendedahan kepada murid apabila

menghadapi peperiksaan awam nanti. Bahagian B pula saya memilih soalan yang berbentuk

stuktur kerana soalan beginilah yang ditanya dalam peperiksaan awam. Walau bagaimana

pun murid hanya menulis ayat yang ringkas tetapi tepat ketika menjawab soalan ujian.

Menyemak Item Ujian

Selepas semua item ujian siap ditulis, saya menyemak semula item-item tersebut.

Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut dipatuhi :

Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan

mudah difahami murid.

Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami pelajar dan

mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.

Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif

pelajaran.

Soalan yang diberi, terutama jenis objek atau gambar tidak mengandungi petanda

atau clue kepada jawapan yang dikehendaki.

Menilai Item Ujian

Selepas semua item ujian disemak oleh Pembina item-item ini perlu disemak dan

dinilai oleh Ketua Panitia matapelajaran atau pun Guru Kanan Kurikulum. Semakan dan

penilaian ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara yang hamper sama dengan apa

yang disebut di atas iaitu :

Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan adalah mudah

difahami murid.

Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi maklumat yang

cukup untuk pelajar menjawabnya.

Jawapan yang diberikan oleh penuh mengikut penulis atau murid adalah mengikut

kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukan.

Ramlah Mohamed Jamli Page 2

Page 3: LAPORAN JSU SCE3113

SCE 3113 PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN SAINS

Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item

Selepas semua item ujian disemak dan dinlai oleh Ketua Panitia atau Guru Kanan

Kurikulum, sebaiknya kajian rintis dibuat terhadap keseluruhan item / kertas ujian. Kajian

rintis ini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada pelajar yang setara

dari segi keupayaan dengan murid sasaran. Iaitu kemampuan murid di dalam kelas yang

diajar, misalnya ada murid yang tidak pandai membaca, ada murid yang amat cemerlang

dalam kelas da nada murid yang sederhana.

Biasanya, kajian rintis tidak dibuat untuk menjaga kerahsiaan ujian. Bagaimana pun,

kajian rintis dibuat untuk soalan-soalan yang ingin disimpan dalam bank soalan. Kajian rintis

perlu dilakukan bagi menentukan perkara-perkara berikut:

Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar

atau tidak ada kesilapan ejaan / istilah yang digunakan.

Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan mengandungi maklumat yang cukup

untuk murid menjawabnya.

Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan Dokumen Standard

Kurikulum Pentaksiran yang telah diajar oleh guru dan tidak terkeluar daripada

kandungan tersebut.

Murid dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukan mengikut

kehendak soalan.

Proses Penilaian

Penilain adalah konsep yang telah digunakan dalam pelnagai bidang. Penilaian

dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan

membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu

tercapat atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk

mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting

dalam menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Selain itu penilaian juga adalah sebagai proses membuat pertimbangan atau

keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau

perkara. Penilaian juga satu proses yang bersistematik semasa mengumpul dan

menganalisa data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan

tercapai. Ini akan membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat

berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan

pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang

lebih bersifat kuantitatif.

Ramlah Mohamed Jamli Page 3

Page 4: LAPORAN JSU SCE3113

SCE 3113 PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN SAINS

Berdasar analisa yang telah saya lakukan hasil jawapan yang ditulis oleh murid, saya

membuat penilaian menggunakan maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualititatif. Dengan

menggunakan maklumat kuantitatif, penilaian dinyatakan dalam bentuk gred (A, B, C, D dan

E) bersama penjelasan nilaianya seperti cemerlang, baik, lulus atau pun gagal.

Tugasan ini, saya mengklasifikasikan pencapaian subjek Dunia Sains dan Teknologi

melalui graf yang saya persembahkan. Ini juga berlandaskan data yang diperolehi melalui

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang telah saya binakan.

1 2 3 4 5 6 7 8 9 100

10

20

30

40

50

60

70

80

90

100 Peratus Murid dapat menjawab soalan ujian Bahagian A

Ramlah Mohamed Jamli Page 4

Peratus

Nombor soalan

Page 5: LAPORAN JSU SCE3113

SCE 3113 PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN SAINS

Graf diatas menunujukan peratus murid dapat menjawab soalan bahagian A dalam

ujian yang telah diberi. Kebanyakan murid dapat menjawab soalan aras ‘Rendah’ iaitu

soalan 1, 28 daripada 31 orang murid dapat menjawab soalan tersebut iaitu 90.3 peratus

murid dapat menjawab saolan beraras rendah. Antara soalan lain yang aras rendah ialah

soalan 4, 78 peratus murid dapat menjawab dan soalan 8, 77.4 peratus murid dapat

menjawab soalan yang diberikan kepada mereka.

Manakala, Soalan aras sederhana ialah, Soalan 2, 68 peratus, Soalan 6, 67.7

peratus, Soalan 10, 67.7 peratus sahaja yang dapat menjawab soalan ujian tersebut.

Manakala soalan Aras Tinggi pula, iaitu Soalan 3, 7 dan 9, peratus murid dapat menjawab

soalan ujian ini adalah 50 hingga 70 peratus.

1 2 3 4 50

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Ramlah Mohamed Jamli Page 5

Peratus pelajar dapat menjawab soalan stuktur Bahagian B berdasarkan soalan

Peratus

Nombor soalan

Page 6: LAPORAN JSU SCE3113

SCE 3113 PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN SAINS

Graf diatas menunujukan peratus murid dapat menjawab soalan bahagian B dalam

ujian yang telah diberi. Kebanyakan murid dapat menjawab soalan aras ‘Rendah’ iaitu

soalan 1, 83. 87 peratus murid dapat menjawab soalan ujian. Manakala, Soalan aras

sederhana ialah, Soalan 2 (a) dan 2 (b) dan Soalan 3, antara 65 hingga 71 peratus, peratus

sahaja yang dapat menjawab soalan ujian tersebut. Manakala soalan Aras Tinggi pula, iaitu

Soalan 4, peratus murid dapat menjawab soalan ujian ini adalah 35 peratus. Jurang antara

murid yang dapat menjawab soalan Bahagian B ini agak jauh disebabkan murid dalam kelas

ini masih ramai yang belum dapat membaca dengan lancer dan menulis dengan betul.

Graf di atas menunjukkan pencapaian murid-murid kelas Tahun 4 di Sekolah SK Sg

Paoh, Sarikei ini dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi. Pelajar yang menduduki

ujian yang saya sediakan ini adalah seramai 31 orang. Daripada jumlah tersebut seramai 10

daripada 31 orang murid iaitu 32.25 % murid mendapat Gred A iaitu cemerlang. Murid yang

berada di gred A ini mendapat markah 80 hingga 100 peratus. Saya berpendapat murid ini

dapat Gred yang baik ini disebabkan mereka dapat menjawab dengan baik kedua-dua

bahagian ujian tersebut.

Ramlah Mohamed Jamli Page 6

0-1920-3940-5960-7980-100

Markah Keseluruhan Murid

Page 7: LAPORAN JSU SCE3113

SCE 3113 PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN SAINS

Manakala murid yang mendapat Gred B iaitu markah 60 hingga 79 peratus pula

35.48 % lebih ramai daripada murid yang mendapat Gred A iaitu seramai 11 daripada 31

orang murid. Hasil penyemakan kertas saya dapati murid yang mendapat gred B ini adalah

kelemahan mereka tidak dapat menjawab Bahagian B tetapi murid ini dapat menjawab

Bahagian A dengan baik sekali.

Murid yang memperoleh gred C pula seramai 6 daripada 31 orang pelajar, iaitu

19.3%. Murid ini tidak dapat menjawab dengan baik kedua-dua bahagian kertas ujian yang

diberi. Gred D seramai 3 daripada 31 orang murid yang membawa 9.67% sahaja. Manakala

seorang sahaja murid yang mendapat gred E yang membawa 3.22%. bagi murid yang

mendapat gred D dan E, murid-murid ini tidak begitu mahir membaca dan menulis,

disebabkan masalah pembelajaran dan suka ponteng sekolah.

Kesimpulan

Item ujian yang dibina ini adalah bersesuaian dengan kemampuan dan ilmu

pengetahuan yang ada pada murid. Semua Item / soalan ujian ini adalah selaras dengan

DSKP, Dunia Sains Dan Teknologi, Tahun 4. Walaupun ujian ini lebih banyak pelajar yang

lulus berbanding gagal, saya menganggap ujian ini ada kesahannya. Ini mungkin

disebabkan topic yang diuji dalam ujian ini mudah difahami, dan soalan mungkin tidak

mengelirukan pelajar.

Ujian ini adalah sebagai langkah awal murid menghadapi soalan-soalan peperiksaan

penggal yang menggunakan format peperiksaan awal UPSR. Murid yang belajar sambil

lewa pasti menghadapi kesukaran untuk menghadapi mana-mana ujian atau pun

peperiksaan yang dihadapi. Bagi guru pula hasil penilaian ini boleh dijadikan panduan untuk

memperbaiki kelemahan murid.

Ramlah Mohamed Jamli Page 7

Page 8: LAPORAN JSU SCE3113

SCE 3113 PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN SAINS

PENULISAN REFLEKTIF

Semasa melaksanakan tugasan ini, banyak perkara yang telah saya pelajar.

Walaupun cara membina ujian telah didedahkan semasa latihan mengajar beberapa tahun

yang lepas, namun oleh kerana tidak diamalkan maka agak sukar bagi saya menyelesaikan

tugasan ini.

Kekuatan

Kebanyakkan soalan yang saya pilih untuk ujian ini adalah koleksi soalan yang telah

digubal oleh Panitia Sains, Sekolah-Sekolah Kebangsaan di daerah Sarikei. Soalan-Soalan

ini dikumpul oleh Unit Akademik, Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei. Kemudian koleksi

soalan ini yang telah dikumpul ini dimajukan ke sekolah bagi memudahkan guru-guru

membina item ujian. Saya menggunakan koleksi ini di samping membandingkan soalan

daripada buku rujukan da nisi kandunga DSKP dan Buku Teks, Dunia Sains Dan Teknologi

Tahun 4.

Item soalan yang dibuat menepati dan sesuai untuk dijawab oleh murid Tahun 4

Sekolah Rendah. Soalan-soalan yang dirangka menepati sukatan pelajaran yang telah

diajar kepada murid.

Item yang dibina juga mampu mengukur tahap penguasaan murid dan menguji

keberkesanan gaya penyoalan yang dibuat. Item ini dapat mengenalpasti murid yang masih

belum menguasai topic dan masih tidak dapat mengaplikasi apa yang dipelajari dengan

kefahaman mereka.

Tugasan ini amat bermakna dan berguna pada saya sebagai seorang pendidik yang

sentiasa berdampingan dengan murid-murid dari peringkat Sekolah Rendah ini. Murid-murid

di sekolah rendah ini sememangnya memerlukan perhatian dan didikan sesempurna

mungkin. Mereka sentiasa menerima apa sahaja yang diberikan oleh gru tanpa sebarang

penilaian dan keraguan.

Ramlah Mohamed Jamli Page 8

Page 9: LAPORAN JSU SCE3113

SCE 3113 PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN SAINS

Proses penilaian yang baik dan tersusun sebenarnya akan menentukan kesahihan

pelajar menguasai kemahiran yang diajarkan oleh guru. Apa yang menjadi amalan guru

sebagai penutup pengajaran dengan bertanya secara lisan kepada murid samada faham

atau tidak pengajaran guru pada hari tersebut belum dapat memastikan murid-murid benar-

benar memahami atau sekadar untuk menidakkan yang mereka sebenarnya tidak

memahami atau menguasai kemahiran tersebut.

Tanpa sebarang penilaian atau ujian kepada murid, seroang guru tidak dapat

mengukur tahap pencapaian mereka. Kelemahan inilah sebenarnya membuat murid-murid

gagal atau terkandas dalam ujian. Oleh itu melalui perancangan yang teratur seperti

penyediaan JSU, adalah satu bentuk tindakan yang menurus kepada kesahihan pencapaian

murid. Melalui JSU ini, aras soalan dapat dikenalpasti dan memberi ruang kepada murid-

murid lemah untuk mencapai objektif yang diharapkan. Mereka juga pasti rasa tidak

terpinggir atau disisih di dalam kelas.

Kelemahan

Kelemahan saya dengan penyediaan JSU pada mulanya. Ini adalah kerana pada

masa sekarang item-item ujian diambil terus daripada buku-buku rujukan yang ada di

pasaran tanpa memeikirkan kepentingan JSU. Keadaan ini menyebabkan sukar untuk saya

menyediakan JSU dan menyebabkan saya memakan masa yang lama untuk menyiapkan

tugasan. Namun begitu melalui tugasan ini saya dapat mempelajari semula bagaiman

sesuatu JSU yang baik dihasilkan. Langkah-langkah penyediaan JSU perlu dipatuhi. Namun

apa yang lebih penting item item ujian yang disediakan hendaklah sesuai dengan tahap

pencapaian murid yang diajar.

Ini bermakna kelemahan guru membina soalan yang tidak memenuhi atau menyamai

tahap penguasaan murid saya berbanding murid-murid di sekolah lain. Sebagai guru kita

perlu memahami penguasaan murid kita sendiri.

Selain itu, tahap pencapaian pelajar bukan setakad hanya memberikan ujiankepada

murid dan menyemak kertas soalan. Tugasan ini menyedarkan saya betapa pentingnya

menganalisa item-item selepas ujian. Analisa item akan memberikan saya lebih gambaran

bagaimana item-item itu sesuai atau tidak. Saya juga akan dapat membuat penilaian

semasa menganalisa item iaitu mengkaji sama ada item itu sukar atau tidak bersesuaian

langsung dengan murid atau pun murid langsung tidak menguasai tajuk yang telah diajar.

Pengalaman ini akan saya gunakan pada masa akan dating dan sentiasa berhati-hati

dengan situasi demikian.

Ramlah Mohamed Jamli Page 9

Page 10: LAPORAN JSU SCE3113

SCE 3113 PENTAKSIRAN DALAM PENGAJARAN SAINS

Prosedur dalam pentadbiran peperiksaan perlu juga dituruti untuk meastikan

kelancaran pelaksanan ujian ini dan keberkesanan item yang diuji kepada murid-murid.

Dengan berjayanya dan berkesan pentadbiran ujian ini maka keputusan yang bakal

diperolehi dapat dinilai dengan efisyen dan meningkatkan kualiti pendidikan sekaligus

meningkatkan kualiti modal insan yang bakal dilahirkan.

Ancaman

Saya tidak mengetahui dan membezakan antara peperiksaan atau penilaian

berpusat dengan Penilaian Berasaskan Sekolah. Jika dilihat secara kasar penilaian berpusat

lebih merujuk kepada penilaian sumatif iaitu penilaian yang dilaksanakan akhir satu unit

pembelajaran, semester atau penggal. Peperiksaan berpusat ini biasanya dirancang oleh

organisasi luar iaitu pentaksiran yang dirancang, dibina dan dilapor oleh Lembaga

Peperiksaan sendiri bukanlah oleh pihak sekolah. Walau bagaimana pun pihak sekolah

terlibat dengan pentadbiran dan penyimpanan rekod peperiksaan berpusat ini.

Oleh itu, saya berharap ilmu dan pengalaman yang saya peroleh sepanjang

menjalankan tugasan ini akan memberikan manfaat kepada saya. Saya telah belajar cara-

cara untuk mentadbir ujian di sekolah dan cara-cara untuk membuat soalan. Saya amat

berbesar hati kepada pihak sekolah kerana memberi peluang kepada saya untuk mentadbir

ujian di sekolah tersebut. Saya telah memperolehi pengalaman yang berguna untuk

mendidik anak bangsa pada masa hadapan.

Sekian

Ramlah Mohamed Jamli Page 10