Laporan kbs 2 2014

9
PK01 Pengurusan Panitia PK01/3 LAPORAN PROGRAM KEM BESTARI SOLAT 2014 KEM BESTARI SOLAT 2014 [ Siri 2 ] [ Siri 2 ] Anjuran Anjuran Panitia Pendidikan Islam Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Tunjuk Laut Sekolah Kebangsaan Tunjuk Laut 1. NAMA PROGRAM Kem Bestari Solat 2 2. TARIKH 12 April 2014 3. HARI / MASA Sabtu (10.30 pagi hingga 1.30 petang) 4. TEMPAT SK Tunjuk Laut 5. OBJEKTIF Murid dapat berwuduk dengan sempurna. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat fardhu. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara bersendirian atau berjemaah. Mengubah pengurusan hidupmurid agar lebih berdisplin dan sistematik. 6. SASARAN KBS 2 2014

description

 

Transcript of Laporan kbs 2 2014

Page 1: Laporan kbs 2 2014

PK01 – Pengurusan Panitia

PK01/3

LAPORAN PROGRAM

KEM BESTARI SOLAT 2014KEM BESTARI SOLAT 2014

[ Siri 2 ][ Siri 2 ]

AnjuranAnjuran

Panitia Pendidikan IslamPanitia Pendidikan Islam

Sekolah Kebangsaan Tunjuk LautSekolah Kebangsaan Tunjuk Laut

1. NAMA PROGRAM

Kem Bestari Solat 2

2. TARIKH

12 April 2014

3. HARI / MASA

Sabtu (10.30 pagi hingga 1.30 petang)

4. TEMPAT

SK Tunjuk Laut

5. OBJEKTIF

Murid dapat berwuduk dengan sempurna.

Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat fardhu.

Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat

dengan betul dan lancar.

Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara

bersendirian atau berjemaah.

Mengubah pengurusan hidupmurid agar lebih berdisplin dan sistematik.

6. SASARAN

Tahun 1 hingga 6

7. BUTIRAN AKTIVITI

KBS 2 2014

Page 2: Laporan kbs 2 2014

PK01 – Pengurusan Panitia

TAHAP 1 (TAHUN 1,2 DAN 3)

10.30 pagi : Pendaftaran.

- Para pesera dikehendaki pendaftar kemudian mereka dibahagikan

dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

10.45 pagi : Pembelajaran Modul

:Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK 1) - wuduk (anggota, niat dan cara

berwuduk)

- Peserta diberi bimbingan oleh fasilitator untuk memahami cara

berwuduk dengan betul berpandukan modul yang telah diedarkan.

Mereka diberi penerangan bermula daripada anggota wuduk, cara

niat dengan betul dan lancar dan teori wuduk.

12.00 tengahari: Latihan Dalam Kumpulan 2 (LDK 2) - Praktikal

- Aktiviti kem diteruskan lagi dengan sesi praktikal atau amali

wuduk. Semua peserta diwajibkan untuk melaksanakan amali

wuduk. Ini penting bagi memastikan sejauhmana keberkesanan

LDK 1 yang telah dipelajari oleh mereka. Latihan amali ini

dilakukan secara individu dengan bimbingan dan penilaian oleh

fasilitator masing-masing.

1.30 petang : Bersurai

(TAHUN 4)

10.30 pagi : Pendaftaran.

- Para peserta dikehendaki pendaftar kemudian mereka

dibahagikan dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

10.45 pagi : Pembelajaran Modul

: Latihan Dalam Kumpulan 1 (LDK 1)

: makmum, muafiq dan masbuk

: bacaan doa qunut

KBS 2 2014

Page 3: Laporan kbs 2 2014

PK01 – Pengurusan Panitia

- Para peserta diberi bimbingan di dalam kumpulan masing-masing

oleh fasilitator yang telah dilantik. Dengan berpandukan modul

yang diberi,mereka telah mempelajari perkara berkaitan dengan

kedudukan iman dan makmum, muafiq dan masbuk dan doa

qunut.

12.00 tengahari: Latihan Dalam Kumpulan 2 (LDK 2) - Praktikal

- Untuk aktiviti yang seterusnya, para peserta diwajibkan untuk

menjalani sesi praktikal atau amali modul yang telah dipelajari di

dalam LDK 1. Sesi praktikal dilaksanakan secara individu bagi

memastikan semua peserta dapat melaksanakannya secara betul.

1.30 petang : Bersurai.

(TAHUN 5 )

10.30 pagi : Pendaftaran.

- Para peserta dikehendaki pendaftar kemudian mereka

dibahagikan dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

10.45 pagi : Pembelajaran Modul

- Latihan Dalam Kumpulan 1(LDK 1)

: Teori Solat Berjemaah

- Peserta diberi bimbingan oleh fasilitator untuk memahami cara

solat berjemaah dengan betul berpandukan modul yang telah

diedarkan.

- Peserta juga dibimbing untuk memperbetulkan bacaan di dalam

solat.

- Mereka diberi penerangan dan tunjuk ajar bermula daripada cara

kedudukan imam dan makmum.

12.00 tengahari: Latihan Dalam Kumpulan 2 (LDK 2) - Praktikal

- Untuk aktiviti yang seterusnya, para peserta diwajibkan untuk

menjalani sesi praktikal atau amali modul yang telah dipelajari di

dalam LDK 1. Sesi praktikal dilaksanakan secara individu bagi

KBS 2 2014

Page 4: Laporan kbs 2 2014

PK01 – Pengurusan Panitia

memastikan semua peserta dapat melaksanakannya secara betul.

Segelintir murid yang masih lemah bacaanya dibimbing oleh guru

secara talaqqi musyafahah.

1.30 petang : Bersurai.

(TAHUN 6 )

10.30 pagi : Pendaftaran.

- Para peserta dikehendaki pendaftar kemudian mereka

dibahagikan dalam kumpulan yang telah ditetapkan.

10.45 pagi : Pembelajaran Modul

- Latihan Dalam Kumpulan 1(LDK 1)

: Peserta diberi bimbingan oleh fasilitator untuk memahami cara

solat berjemaah dengan betul berpandukan modul yang telah

diedarkan.

: Mereka didedahkan tentang kedudukan imam dan makmum di

dalam solat berjemaah.

12.00 tengahari: Latihan Dalam Kumpulan 2 (LDK 2) - Praktikal

- Untuk aktiviti yang seterusnya, para peserta diwajibkan untuk

menjalani sesi praktikal atau amali modul yang telah dipelajari di

dalam LDK 1. Sesi praktikal dilaksanakan secara individu bagi

memastikan semua peserta dapat melaksanakannya secara betul.

Segelintir murid yang masih lemah bacaan dan amali dibimbing

oleh guru secara individu.

1.30 petang : Bersurai

8. KOS PERBELANJAAN

8.1 Makanan & Minuman [ 131 orang X RM 1.55 ]

JUMLAH = RM 203.05

KBS 2 2014

Page 5: Laporan kbs 2 2014

PK01 – Pengurusan Panitia

9. SUMBER KEWANGAN

9.1 Peruntukan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.

RM 203.05

JUMLAH = RM 203.05

10. DAPATAN

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t , pihak Panitia Pendidikan Islam SK Tunjuk Laut

telah berjaya melaksanakan program Kem Bestari Solat 2. Kem kali ini merupakan

kesinambungan kem 1 yang telah dilaksanakan. Ini memberi satu keistimewaan dan

kelebihan kepada semua peserta untuk lebih mudah mengikuti segala bentuk modul

yang telah disediakan untuk mereka. Penganjur mendapati mereka lebih

bersemangat mengikuti segala aktiviti yang disediakan terutama semasa slot amali.

Slot ini merupakan aktiviti Latihan Dalam Kumpulan 2 (LDK 2) yang memberi

peluang kepada peserta untuk mengalikasi modul di dalam LDK 1. Melalui aktiviti ini,

ia membantu fasilitator untuk mengenalpasti para peserta yang belum menguasai

sepenuhnya seterusnya membimbing mereka agar dapat memahami modul -modul

tersebut. Kesimpulannya, kerjasama yang diberikan oleh semua warga sekolah

terutamanya pihak pentadbir sekolah dan fasilitator membantu pihak panitia

melaksanakan program dengan lebih mudah dan berkesan. Semoga apa yang telah

dilakukan oleh kita semua mendapat ganjaran di dunia dan nikmat di akhirat.

KBS 2 2014

Page 6: Laporan kbs 2 2014

PK01 – Pengurusan Panitia

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

……………………………….. ……………………….

( SITI NORHAIZA BINTI MAT ALI )

Penyelaras,

Kem Bestari Solat ,

Sekolah Kebangsaan Tunjuk Laut.

2014.

Disahkan Oleh,

…………………………..

KBS 2 2014

Page 7: Laporan kbs 2 2014

PK01 – Pengurusan Panitia

Peserta mendengar penerangan Ketua Fasilitator

Para peserta mendapat bimbingan dan tunjuk ajar fasilitatior

KBS 2 2014

Page 8: Laporan kbs 2 2014

PK01 – Pengurusan Panitia

Fasilitator memberi penerangan berpandukan modul yang disediakan

Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

KBS 2 2014

Page 9: Laporan kbs 2 2014

PK01 – Pengurusan Panitia

Sesi Praktikal

Peserta menikmati makanan yang disediakan

KBS 2 2014