Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

18
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR BAHRU Tugasan Pendidikan Jasmani KEMAHIRAN DALAM PERGERAKAN ASAS NAMA : KHAIRUL AIMAN BIN MOHD. ARIFFIN NO. KAD PENGENALAN : 880104-26-5221 NO. MATRIK : 2012121050008 NAMA : MOHD AIMAN BIN MOHD ADLI NO. KAD PENGENALAN : 881109-03-5091 NO. MATRIK : 2012121050009 OPSYEN : KPLI SM (FIZIK) AMBILAN JANUARI 2012 NAMA PENSYARAH : EN. ADIB BIN SULAIMAN TARIKH SERAHAN : 14 NOVEMBER 2012

description

 

Transcript of Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

Page 1: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR BAHRU

Tugasan Pendidikan Jasmani

KEMAHIRAN DALAM PERGERAKAN ASAS

NAMA : KHAIRUL AIMAN BIN MOHD. ARIFFIN

NO. KAD PENGENALAN : 880104-26-5221

NO. MATRIK : 2012121050008

NAMA : MOHD AIMAN BIN MOHD ADLI

NO. KAD PENGENALAN : 881109-03-5091

NO. MATRIK : 2012121050009

OPSYEN : KPLI SM (FIZIK) AMBILAN JANUARI 2012

NAMA PENSYARAH : EN. ADIB BIN SULAIMAN

TARIKH SERAHAN : 14 NOVEMBER 2012

Page 2: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

KEMAHIRAN DALAM

PERGERAKAN ASAS

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

JOHOR BARU

Page 3: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

SENARAI ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Pergerakan Lokomotor 2.1 Definisi 2.2 Konsep Pergerakan Lokomotor 2.3 Contoh-Contoh Pergerakan Lokomotor 3.0 Pergerakan Bukan Lokomotor 3.1 Definisi 3.2 Konsep Pergerakan 3.3 Contoh-Contoh Pergerakan Bukan Lokomotor 4.0 Memanipulasi Peralatan 4.1 Konsep 4.2 Kemahiran 4.3 Bentuk Pergerakan Manipulasi Alat 5.0 Kesimpulan 6.0 Refleksi 7.0 Bibliografi

Page 4: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

1.0 PENGENALAN

Menurut tokoh dalam bidang pendidikan jasmani seperti LeBlanc, B. Dan

Lowy, S. (1994) serta Burton (1977), pergerakan asas merupakan proses yang

memandu pelajar untuk memperolehi kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik

menyelesaikan masalah dan improvisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi

yang berteraskan kegiatan-kegiatan penerokaan, penemuan dan kreativiti. Manakala

pendidikan pergerakan ditakrifkan sebagai belajar untuk bergerak dan bergerak

untuk belajar dan ia melibatkan gabungan psikomotor, kognitif dan afektif iaitu

hubung kait motor penglihatan, motor-pendengaran, motor kinestatik dan motor-

taktile.

Namun, pergerakan asas dibahagikan kepada dua kategori, iaitu pergerakan

kreatif dan gimnastik. Kedua-duanya memberi penekanan kepada aspek-aspek

ritma asas, ritma kreatif, lagu pergerakan permainan dan kemahiran gimnastik.

Pergerakan asas juga meliputi pergerakan lokomotor, iaitu kebolehan bergerak

menggunakan otot-otot kasar seperti mlompat, berjalan, berlari dan sebagainya.

Sebaliknya pergerakan bukan lokomotor pula merujuk kepada kebolehan

menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik, mengangkat tangan,

menghayun tangan dan sebagainya.

Manipulasi alatan pula dikaitkan dengan koordinasi tubuh badan dengan

alatan. Kesemua jenis pergerakan ini boleh dilakukan secara individu atau dalam

kumpulan. Namun, pergerakan yang dihasilkan oleh pelaku adalah untuk menguji

keupayaan mereka untuk mengawal pergerakan badan selari dengan kuasa graviti

dalam suasana yang dipilih.

2.0 PERGERAKAN LOKOMOTOR

2.1 DEFINISI

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh kanak-kanak

yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut seperti

berjalan, berlari, melompat dan sebagainya (Domelly & Gallahue, 2003). Selain itu,

Page 5: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

pergerakan lokomotor juga memerlukan penyokong atau titik pusat berubah

mengikut pergerakan tertentu. Titik pusat bermaksud kedudukan kaki yang tetap

sama ada berubah atau bergerak. Contohnya ialah, ketika aktiviti berlari dijalankan,

kedudukan kaki kita berubah dan bergerak dari tempat asal kerana kita berlari ke

arah depan atau belakang. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku

pergerakan yang dirancang. Ini bermaksud, sesuatu pergerakan dilakukan kerana

kita mempunyai matlamat tertentu mengapa ianya dilaksanakan. Contohnya,

seorang kanak-kanak melakukan aktiviti larian setiap hari kerana kanak-kanak

tersebut memasang angan-angan bahawa dia mahu menjadi atlet sukan terkenal

pada masa hadapan. Aktiviti berlari juga membolehkan kita melarikan diri dari

keadaan berbahaya seperti di kejar anjing, penjahat, dan sebagainya. Selain itu

juga, aktiviti berjalan juga mempunyai matlamatnya sendiri dan membolehkan kita

pergi ke satu tempat ke satu tempat yang lain.

2.2 KONSEP PERGERAKAN LOKOMOTOR

Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Aliran

merupakan beberapa pergerakan dirangka dengan berturutan, berterusan dan licin.

Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat

arah gerakan dalam persembahan itu dan boleh menambahkan lagi daya tarikan

persembahan tersebut. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan

lokomotor yang melibatkan beberapa aspek. Yang pertama adalah aspek arah

tinggi, sederhana dan rendah. Contohnya, dalam aktiviti lompatan, kanak-kanak

boleh melakukan lompatan yang bermula dari arah rendah, kemudian sederhana,

dan seterusnya tinggi. Sebelum kanak-kanak dapat melompat dengan lebih tinggi,

mereka perlu melompat dari arah rendah dahulu. Yang kedua aspek aliran seperti

awangan, lurus, berliku-liku, dan zig-zag. Antara contoh gerakan yang boleh

dilakukan kanak-kanak ialah berjalan lurus lalu melompat ke atas (awangan),

kemudian berjalan berliku-liku, dan berjalan mengikut arah zig-zag. Yang ketiga

aspek beban seperti halus-ringan dan berat-kuat. Pergerakan halus-ringan

bermaksud pergerakan halus yang memerlukan tenaga yang ringan atau sedikit

seperti berjalan secara perlahan dan pergerakan berat-kuat bermaksud pergerakan

berat seperti berlari, melompat dan sebagainya yang memerlukan tenaga yang lebih

Page 6: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

dan kuat. Aspek yang terakhir adalah masa seperti cepat dan lambat. Masa

bergantung kepada jenis aktiviti yang dilakukan. Jika kanak-kanak berlari, maka

masa menjadi lebih cepat manakala jika kanak-kanak berjalan perlahan, maka masa

yang diambil menjadi lambat.

2.3 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

Terdapat pelbagai contoh yang melibatkan pergerakan lokomotor antaranya ialah:

1. Berjalan

Berjalan ialah kemahiran yang paling asas di mana kita banyak melakukannya

dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai kanak-kanak mempunyai tabiat berjalan

yang salah. Hal ini biasanya memenatkan beberapa bahagian anggota badan yang

lain. Selain kaki ianya juga menyebabkan penggunaan tenaga berlebihan yang

sepatutnya boleh dikurangkan. Kedudukan imbangan yang betul semasa berjalan

dan mekanisme yang sesuai boleh membuat seseorang itu berjalan dengan gaya

yang betul. Gaya berjalan yang biasa merupakan pergerakan merentasi ruang

dengan memindah-mindahkan berat badan dari satu kaki ke kaki yang lain. Kanak-

kanak biasanya mula berjalan sejak berusia 11 bulan. Aktiviti berjalan ini bermula

sejak kanak-kanak sudah pandai berdiri bersendirian tanpa bantuan. Pada tahap ini

kanak-kanak perlu dibimbing oleh orang dewasa supaya kanak-kanak dapat

menguasai aktiviti ini. Selepas itu kanak-kanak boleh berjalan dengan betul bermula

umur 1 tahun.

Antara teknik berjalan yang betul ialah hujung kaki hendaklah menghala lurus ke

hadapan dengan sisi bahagian dalam kedua-dua belah kaki seolah-olah mengikut

satu garis lurus. Tangan menghayun bebas berselang-seli mengikut arah yang

bertentangan dengan arah kaki melangkah. Mengikut perlakuan seumpama ini dapat

memberi imbangan badan dan dapat pula membawa bahagian badan bergerak ke

hadapan. Pada ketikanya apabila kedua-dua tapak kaki menyentuh tanah, dan pada

masa inilah satu tapak berpijak pada yang baru terhasil dan boleh menahan anggota

badan daripada rebah. Kedua-dua badan hendaklah sentiasa tegak dan dalam

Page 7: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

keadaan yang selesa. Selepas itu, kanak-kanak akan berjalan dengan ibu jari kaki

menghala bengkok ke arah luar dan dalam. Kaki terbuka lebar semasa berjalan.

Tapak kaki terlalu rapat semasa berjalan menghayun berlebih-lebihan. Kepala

condong ke hadapan.

2. Berlari

Selepas tahap berjalan ia adalah lumrah bagi kanak-kanak untuk bergerak secara

laju dan mereka sukakan aktiviti berlari. Kanak-kanak mempunyai tenaga yang

banyak dan mereka menyalurkan tenaga tersebut dengan berlari dan melakukan

aktiviti yang lasak. Pada usia 3 hingga 5 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari

dengan lancar dan laju tanpa jatuh kerana otot-otot sudah berkembang dengan baik.

Pada usia 5 hingga 6 tahun, kanak-kanak sudah boleh berlari sambil menendang

bola. Selain itu, pada tahap ini kanak-kanak gemar berlumba lari dengan kanak-

kanak yang lain. Ketika berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap

supaya lebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai ketika berlari. Haruslah

diingatkan bahawa ketika berlari, kanak-kanak perlu menggunakan hujung jari kaki

dan jangan menggunakan telapak kaki penuh. Semasa berlari lutut diangkat ke

hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk mencecah tempat berpijak. Kaki belakang

dibengkokkan serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau lanjutan

untuk bergerak maju. Panjangkan langkah kaki, percepatkan langkah, dan yang

paling penting kanak-kanak perlu diajar untuk mengawal pernafasan dengan baik.

3. Melompat

Lompatan selalunya digunakan dalam pelbagai bidang sukan, rekreasi, dan

kehidupan seharian. Lompatan bermula sejak dari kanak-kanak lagi dan melibatkan

anggota badan untuk menyokong pergerakan ini. Justeru itu, lompatan ialah

pergerakan yang mengangkat badan ke udara daripada tempat berpijak dengan

tolakan atau lonjakan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Badan berada di udara

buat seketika, kemudian turun semula di atas sebelah atau kedua-dua kaki. Tujuan

lompatan mungkin untuk menguasai jarak hadapan atau ketinggian lompatan. Selain

itu, lompatan juga melibatkan ruang dan jarak yang luas apabila dapat melakukan

lompatan dengan selesa. Pada umur 3 tahun lompatan kanak-kanak sudah mula

menjadi sempurna. Selalunya kanak-kanak melompat dengan bantuan papan

Page 8: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

spring. Ini boleh dijadikan peneguhan positif bagi kanak-kanak untuk terus

melompat. Kanak-kanak juga boleh diajar melakukan pelbagai lompatan haiwan

seperti lompat seperti katak, kangaroo, arnab, dan sebagainya. Ini juga akan

menyeronokkan kanak-kanak di samping dapat mempelajari cara lompatan bagi

haiwan-haiwan tersebut.

4. Skip

Skip adalah gabungan berjalan dan melompat dengan satu kaki. Ianya biasa

dilakukan di taman-taman permainan dan aktiviti ini mula dikuasai pada usia pra-

sekolah. Antara langkah-langkah skip ialah langkah dengan sebelah kaki, kemudian

ketingting dengan kaki yang sama, dan tukar ulang pergerakan dengan kaki yang

sebelah lagi. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan arah yang bebas, tetapi

polanya hendaklah serupa, iaitu bertukar-tukar kaki sambil mengimbangkan berat

badan pada setiap pertukaran langkah.

5. Galop (berlari seperti kuda)

Galop merupakan satu pergerakan lokomotor yang agak sukar bagi kanak-kanak

kerana ianya merupakan satu pergerakan berlari yang disertai dengan melompat

dari satu tempat ke tempat yang lain. Akan tetapi, aktiviti ini boleh dikuasai oleh

kanak-kanak pada usia pra-sekolah. Galop ini menyerupai cara berlari seperti

seekor kuda. Selain itu, ianya merupakan antara variasi pergerakan berlari dan

ianya adalah satu cara yang paling kreatif untuk aktiviti fizikal. Antara langkah-

langkah untuk melakukan aktiviti ini adalah satu kaki bergerak ke hadapan dan kaki

tersebut mengimbangi badan. Kaki belakang pula digerakkan ke hadapan dan ke

belakang dan seterusnya tumit kaki bergerak ke hadapan. Dengan pergerakan yang

pantas, kedua-dua kaki diangkat ke hadapan dan berat badan diletakkan pada kaki

belakang. Menolak dan mendarat bebola kaki ke belakang dan ke hadapan. Lutut

dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan.

Page 9: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

6. Hop (melompat dengan sebelah kaki)

Hop merupakan satu lompatan ke hadapan yang menggunakan sebelah kaki sahaja

dan mendarat dengan kaki yang sama. Ini dapat dilihat menerusi permainan kanak-

kanak yang paling popular iaitu teng-teng. Menurut Gabbard (1992), hop

merangkumi urutan yang tersendiri. Sebelum kanak-kanak mahir melakukan hop,

mereka perlu dapat mengimbangi sebelah kaki sahaja apabila berdiri. Ini bermakna,

kanak-kanak perlu berdiri menggunakan sebelah kaki sahaja. Apabila kanak-kanak

berjaya mengimbangkan badan mereka, mereka dapat melakukan hop tanpa

bantuan. Antara cara-cara pergerakan hop ialah mata melihat ke hadapan, berdiri

dengan betul dan kedua-dua belah tangan untuk mengimbangi badan. Angkat

sebelah kaki dan lutut kaki tersebut dibengkokkan ke belakang. Selepas itu, lompat

dengan kaki tersebut dan bergerak ke hadapan. Antara bentuk-bentuk pergerakan

hop yang boleh dilakukan oleh kanak-kanak ialah bentuk lurus, melengkung, dan

zigzag. Dengan itu kanak-kanak akan berasa seronok melakukannya. Contoh

permainan popular di kalangan kanak-kanak yang menggunakan hop ialah

permainan ‘ting-ting’.

7. Slide (berjalan di arah tepi)

Slide ialah merupakan satu teknik melangkah ke hadapan tetapi ianya

menggunakan arah tepi. Ianya dapat melatih kanak-kanak mengetahui konsep kiri

dan kanan. Selain berjalan lurus dengan badan ditegakkan ke hadapan, kanak-

kanak boleh berjalan dengan arah tepi. Badan dibengkokkan sama ada mengikut

bahu kanan atau kiri dan seterusnya berjalan kehadapan. Ia juga dapat melatih

keseimbangan badan dan mengembangkan koordinasi mata dan kaki. Ibu bapa

boleh menggalakkan kanak-kanak ini melakukan pergerakan slide tidak kira di mana

jua keadaan. Justeru itu, kanak-kanak dapat memperkembangkan motor kasar

mereka.

8. Leap (berlari sambil melonjak)

Leap merupakan pergerakan yang hampir serupa dengan berlari. Cuma ketika

berlari, pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supaya lebih banyak

pergerakan meninggi dapat dicapai. Sebelum melakukan leap, kanak-kanak perlu

Page 10: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

mahir berlari dahulu kerana ianya amat sukar untuk dilakukan. Semasa berlari, lutut

diangkat ke hadapan dan kemudian kaki dihulur untuk memecah tempat berpijak.

Kaki belakang bengkok serta terangkat dari tanah setelah mengambil kekuatan atau

lanjutan untuk bergerak maju. Lonjakan adalah daripada satu kaki dan pendaratan

adalah di atas satu kaki yang sama. Kebiasaannya lonjakan didahului dengan satu

atau beberapa langkah larian supaya mendapat lonjakan yang sempurna.

3.0 PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

3.1 DEFINISI

Pergerakan bukan lokomotor adalah keupayaan untuk mengerakkan tubuh

badan tanpa beralih tempat. Kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkan dasar

sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat pelaku. Ini

bermaksud kanak-kanak berada dalam kedudukan yang sama dan tidak berubah ke

tempat lain contohnya aktiviti regangan badan, membaling bola ke arah rakan dan

sebagainya. Pergerakan bukan lokomotor adalah penting dalam pendidikan jasmani

seperti permainan, seni tari dan gimnastik. Sebagai contoh dalam sukan gimnastik

kanak-kanak terlebih dahulu akan melakukan regangan otot sebelum beraksi.

3.2 KONSEP PERGERAKAN

Pergerakan dalam keadaan statik dan memberi penekanan kepada keseimbangan

membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badan

seharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Gerakan dibuat

dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan. Ini kerana dalam konsep

pergerakan bukan lokomotor, tenaga tidak diperlukan dengan banyak dan lebih

kepada pergerakan halus-ringan.

Page 11: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

3.3 CONTOH-CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

1. Twist

Gerakkan pinggang ke kiri dan ke kanan dan berdiri secara statik. Guru perlu

menjadi lebih kreatif untuk menarik minat kanak-kanak untuk melakukan twist

dengan memainkan muzik yang rancak. Ini akan membuatkan kanak-kanak menjadi

lebih seronok. Selain itu, kanak-kanak juga boleh melakukan twist dengan

menggunakan gelung rotan. Cara-cara ialah gelung rotan dimasukkan dan

diletakkan pada aras pinggang dan kanak-kanak mula melakukan twist dengan

gelung rotan. Aktiviti ini boleh dilakukan mengikut arah dan lawan jam. Fungsi

gelung rotan itu adalah untuk menahan ketahanan badan untuk mengawal

keseimbangan gelung rotan daripada terjatuh. Guru juga boleh mengadakan satu

pertandingan melakukan twist di kalangan kanak-kanak. Faedah dari aktiviti ini

adalah kanak-kanak dapat menguatkan otot-otot pinggang.

2. Imbangan Y

Ini pula merupakan satu aktiviti gerakan bukan lokomotor yang kreatif. Kanak-kanak

berdiri statik sambil kedua belah tangan diangkat ke atas dan membuat huruf Y.

Selain itu, ia juga dapat mengajar kanak-kanak tentang huruf Y.

3. Menarik tangan pasangan

Aktiviti fizikal juga boleh dilakukan secara berpasangan. Guru perlu membiarkan

kanak-kanak bersosial dengan rakan-rakan yang lain. Ini akan menambahkan lagi

keseronokan kanak-kanak kerana kanak-kanak secara amnya mereka suka

melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Dalam aktiviti ini kanak-kanak perlu

bekerjasama dengan pasangan masing-masing. Kanak-kanak perlu memegang

tangan pasangan dan mula menarik tangan pasangan secara serentak sambil berdiri

statik. Selain itu kanak-kanak dapat belajar cara untuk bekerjasama dan bertolak-

ansur dengan pasangan.

Page 12: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

4. Meregang dan mengendur

Aktiviti regangan selalunya dilakukan selepas kita bangun dari tidur dan mengendur

pula dilakukan ketika kita berada dalam keadaan sejuk. Ada di kalangan kanak-

kanak yang tidak tahu melakukan kedua-dua aktiviti ini. Guru dan ibu bapa perlu

mengajar kanak-kanak tentang pergerakan ini. Antara cara-caranya ialah kanak-

kanak perlu berdiri statik pada peringkat permulaan. Selepas itu, secara perlahan-

lahan badan diturunkan ke bawah lalu menjadi mengecil atau merapatkan badan

dalam keadaan mencangkung atau badan kanak-kanak menjadi k, kemudian

meregang seperti melompat bintang.

5. Imbangan satu tapak

Terdapat dua aktiviti yang boleh dilakukan, pertama ialah kanak-kanak dapat

melakukan aktiviti dengan berdiri tegak sambil bola diangkat ke atas kepala dengan

berdiri setempat. Kedua, tangan kanan kanak-kanak memegang bola dan tangan kiri

mencapai kaki kiri kemudian membuat imbangan satu tapak sokongan dilakukan.

6. Memutar gelung di tangan

Kanak-kanak pada umur pra sekolah iaitu 4-6 tahun, mereka gemar menggerakkan

dan memusingkan kedua belah tangan mereka. Ini kerana bagi mereka ianya

membuatkan mereka terbang di awangan atau berenang sambil kedua belah tangan

bergerak. Guru perlu menjadi kreatif dengan memberikan gelung sebagai contoh

untuk kanak-kanak dengan meletakkannya di tangan mereka. Kanak-kanak dapat

melakukan aktiviti ini dengan memutarkan gelung dengan menggunakan sebelah

tangan dalam keadaan berdiri statik. Selepas itu, letakkan gelung itu di tangan yang

satu lagi. Kanak-kanak juga boleh menggunakan 2 buah gelung dan diletakkan di

kedua-dua belah tangan mereka sambil kaki berdiri statik. Aktiviti ini dapat

menguatkan otot-otot tangan.

7. Melambung bola

Sesungguhnya kanak-kanak tidak dapat dipisahkan dari bermain bola. Guru perlu

kreatif dalam mencari alatan-alatan yang boleh membantu perkembangan fizikal

kanak-kanak seperti menggunakan bola. Guru dapat melakukan aktiviti ini dalam

Page 13: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

dua cara. Pertama, melambung bola sesuka hati sama ada pada arah belakang,

depan, kiri atau kanan dalam keadaan berdiri statik. Kedua, melempar bola ke arah

pasangan secara bergilir-gilir. Dengan melakukannya sejak dari awal, ianya tidak

mustahil bagi kanak-kanak untuk menjadi pemain bola jaring, bola tampar, bola

baling, dan sebagainya apabila mereka membesar kelak. Selain itu, kanak-kanak

dapat memperkembangkan koordinasi mata tangan.

8. Membongkok

Selain berdiri lurus, guru boleh mengajar kanak-kanak tentang cara berdiri secara

bongkok. Ini boleh menyeronokkan kanak-kanak kerana mereka gemar mencuba

sesuatu yang baru dan suka bereksperimen. Kanak-kanak melakukan aktiviti

dengan membongkokkan badan ke bawah menjadi 90 darjah dan secara perlahan-

lahan menegakkan badan. Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan dalam lakonan

permainan nenek-nenek si bongkok tiga. Selain itu, kanak-kanak dapat

meningkatkan daya ketahanan badan mereka dengan melakukan aksi bongkok.

9. Memusing kepala

Selain menggunakan tangan dan kaki untuk membuat pergerakan, kanak-kanak

perlu diajar untuk menggunakan anggota badan yang lain seperti kepala dan lain-

lain. Ini adalah kerana kanak-kanak akan menjadi cepat bosan jika guru sudah mati

akal dengan asyik melakukan pergerakan yang sama sahaja. Antara cara-cara

melakukan aktiviti ini ialah kanak-kanak berdiri statik dan memusingkan kepala

mengikut arah jam dan memusingkan semula mengikut arah lawan jam. Daripada

aktiviti ini, kanak-kanak dapat menguatkan otot leher dan belajar konsep arah jam.

Selain itu, kanak-kanak boleh meningkatkan lagi pengetahuan mereka tentang

konsep kiri, kanan, atas, dan bawah ketika memusingkan kepala mereka mengikut

konsep tersebut.

10. Mendekam

Guru dapat mengaplikasikan aktiviti mendekam kepada kanak-kanak. Dekam adalah

dengan menggunakan satu kaki lurus ke hadapan dan lompatan dilakukan dalam

keadaan setempat. Dekam dilakukan dengan tangan menyentuh lantai.

Page 14: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

4.0 MEMANIPULASI PERALATAN

Kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang dapat menyediakan diri pelajar

untuk mempelajari asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang

pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi

kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah.

4.1 KONSEP

Manipulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan

dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan.

4.2 KEMAHIRAN

Manipulasi alat hendaklah di bina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah

rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal,

mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan

asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak.

Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan koordinasi anggota badan

contohnya tangan- mata, kaki mata dan lain-lain.

4.3 BENTUK PERGERAKAN MANIPULASI ALAT

Kemahiran manipulasi alat yang diajar di peringkat pra dan sekolah rendah ialah:

4.3.1 Membaling Dan Melambung

Di antara aktiviti membaling yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani

ialah seperti berikut:

1. Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula

Page 15: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula

3. Melambung serendah yang mana bola dan menyambut semula

4. Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula

5. Meleretkan bola ke sasaran

4.3.2 Menyambut

Di antara aktiviti menyambut yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani

ialah seperti berikut:

1. Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula

2. Melambung setinggi bola setinggi yang boleh dan menyambut semula

3. Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula

4. Menyambut pundi kacang yang di lempar oleh pasangan

5. Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

4.3.3 Memukul

Di antara aktiviti memukul yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah

seperti berikut:

1. Memukul alatan dengan tangan

2. Memukul alatan dengan genggaman

3. Memukul alatan ke arah pasangan atau sasaran

4. Melambung belon ke udara dan kemudian memukul

5. Menjatuhkan bola kemudian memukul ketika bola itu melantun dengan tangan

dari aras bahu ulang dari sisi dan bawah bahu.

Page 16: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

5.0 KESIMPULAN

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang

lain. Ia melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula

berlaku dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Pergerakan ini lebih menekankan kepada keseimbangan pergerakan badan. Melalui

pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini, kita dapat mengetahui dan

memperoleh banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangan

kanak-kanak terutama di prasekolah.

6.0 REFLEKSI

Mohd Aiman Bin Mohd Adli

KPLI SM FIZIK Ambilan Jan 2012

Sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya telah dapat mempelajari secara

amali dan menggunakan pelbagai pendekatan dari aspek kaedah dan teknik

bagaimana merancang dan membentuk aktiviti bersifat pergerakan lokomotor dan

menggunakan peralatan semasa aktiviti tersebut di peringkat sekolah rendah. Saya

juga pada masa yang sama telah berjaya mempelajari secara langsung bagaimana

mengaplikasikan ilmu pendidikan jasmani yang dipelajari sepanjang saya mengikuti

kursus ini dan telah menyumbang kepada pemahaman dan impak terhadap mata

pelajaran bersifat sukan yang bakal saya mengajar kelak.

Cadangan saya ialah, bagi sepanjang kursus ini berlangsung, para pelatih yang

mengikuti kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini perlu terus didedahkan

dengan lebih mendalam lagi tentang kepentingan dan keperluan teknikal

penganjuran dan permainan menerusi berbagai kegiatan yang dijalankan secara

teori dan amali. Dengan ini, para pelatih guru seperti saya akan mendapat tambahan

kepada pengalaman pembelajaran yang berguna. Selain itu, teori-teori dan teknik di

dalam permainan akan dapat digunakan sebagai sumber rujukan maklumat untuk

menyediakan satu pendekatan semasa pengajaran dan pembelajaran yang menarik

dan bermutu apabila ditugaskan di sekolah kelak.

Page 17: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

Khairul Aiman Bin Mohd. Ariffin

KPLI SM FIZIK Ambilan Jan 2012

Pendidikan Jasmani adalah salah satu mata pelajaran penting seperti yang

terkandung dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pendidikan Jasmani merupakan

satu fasa pendidikan am yang menyumbang kepada pertumbuhan dan

perkembangan pelajar secara total melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan

pengalaman jasmani yang terancang sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan

Negara. Pada pandangan saya, mata pelajaran ini memang perlu dititikberatkan

dalam perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh bukan sahaja di dalam bilik

darjah malahan di luar bilik darjah kerana mental yang cerdas bermula dengan

kesihatan fizikal yang cergas.

Dalam laporan ini, saya bersama rakan saya diberikan tugasan berkenaan

dengan kemahiran dalam pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor,

pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alat. Banyak fakta dan penerangan

yang jelas telah saya pelajari dalam menyiapkan laporan ini dan sekali gus

memperkasakan pengetahuan yang telah saya pelajari dalam mata pelajaran

Olahraga kendalian Pn. Zaiton semasa di semester satu yang lepas. Melalui laporan

ini, saya mendapat idea baru tentang perbezaan pergerakan lokomotor dengan

pergerakan bukan lokomotor. Dari sini, saya dapat mengaitkan dengan isi pelajaran

yang telah diajar semasa di atas padang dengan lebih jelas.

Semasa melaksanakan tugasan ini, kami berdepan dengan beberapa

masalah seperti faktor kekangan masa dan juga jarak kerana masing-masing berada

di kampung halaman. Namun begitu, sebagai seorang bakal guru, kami mengatasi

masalah ini dengan memastikan komunikasi yang baik dan lancar antara kami

melalui perhubungan internet dan juga telefon. Kami juga banyak berbincang

berkaitan dengan sumber rujukan dan membahagikan tugasan sehingga siap

laporan ini. Kami juga bersetuju bahawa Pendidikan Jasmani adalah sangat penting

kepada pelajar kerana kami masing-masing pernah cemerlang dalam aktiviti sukan

dan olahraga semasa di sekolah dan mampu menjejakkan kaki ke luar negara.

Page 18: Laporan kemahiran dalam pergerakan asas kplism jan 2012

BIBLIOGRAFI

Admin PJM3012 (2008). Pergerakan asas lokomotor. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada

http://pjm3102pergerakanasas.blogspot.com/2008/07/pergerakan-lokomotor-dan-

bukan_05.html

Chegu Abbas (2009). Sukan dan permainan. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada

http://muhamadabbasbinmohdamin.blogspot.com/2009/07/pergerakan-lokomotor.html

Creative Thinking (2010). Sains sukan 5. Dipetik pada Mac 20, 2010 daripada

http://www.smktpbaling.com/ppk/bsk/bsumber/bs_ssukan_t5.pdf

Creative Thinking (2010). Konsep Pergerakan Asas. Dipetik pada Mac 2, 2010 daripada

http://pjk.ipti.edu.my/nota/Konsep%20Pergerakan%20Asas.pdf

Hanis (2009). Lokomotor dan bukan lokomotor. Dipetik pada Mac 15, 2010 daripada

http://hanisnur.blogspot.com/2009/04/lokomotor-bukan-lokomotor.html

David L. Gallahue, Frances Cleland Donnelly (2003) Developmental physical education for

all children. New Orleans: Human Kinetics

Ellen Booth Church. (19920 Learning through play. New York: Scholastic Inc

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan pelajaran

sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Victor Paul Dauer (1972) Essential movement experiences for preschool and primary

children. New York: Burgess Pub. Co.