Laporan kendiri (izzati)
Transcript of Laporan kendiri (izzati)
LAPORAN KENDIRI KEMAHIRAN INSANIAH
NAMA: NUR IZZATI BINTI SHAHRUDDIN
NO. KAD PENGENALAN: 940812145302
EMEL: [email protected]
NAMA AKTIVITI/PROJEK: UNDER ONE ROOF PROGRAMME
JAWATAN DISANDANG: BIRO EXCO MAKANAN
NAMA PENYELIA: EN. ABDUL QAIYUM BIN BORHAN
1. NAMA AKTIVITI/PROJEK:
UNDER ONE ROOF PROGRAMME
2. SINOPSIS:
UNDER ONE ROOF PROGRAMME telah berlangsung pada 13 April 2014 iaitu
pada hari Ahad. Program ini telah dikelola oleh 36 orang pelajar perubatan Program
Twinning UKM-UNPAD di bawah penyeliaan En. Abdul Qaiyum bin Borhan.
Program ini telah dijalankan di Masjid Jalan Sayang, Jatinangor dan seramai 5 buah
keluarga Jalan Sayang dan juga 10 penhuni Panti Asuhan Simpay Asih telah terlibat
dalam pelaksanaan program ini. Keluarga-keluarga tersebut dipilih berdasarkan
beberapa kriteria yang mereka penuhi untuk menerima bantuan. Rata-rata keluaraga
ini berpendapatan rendah disebabkan hanya salah satu yang bekerja ataupun
disebabkan faktor umur. Hampir setiap rumah mempunyai bilangan anak daripada
seorang sehingga maksimum lima dan masih bersekolah. Misi utama program ini
adalah untuk membantu mereka dari segi aspek kemudahan harian, pemakanan dan
mengeratkan silaturahim dengan penduduk sekitar Jatinangor.
3. HASIL PEMBELAJARAN:
Pada akhir projek ini, saya akan mencapai hasil pembelajaran berikut:
a. Kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
b. Kemahiran komunikasi
c. Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
4. STRATEGI MENCAPAI HASIL PEMBELAJARAN:
a. Kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
Strategi saya untuk mencapai hasil pembelajaran di atas adalah dengan
menerapkan tingkah laku bertanggungjawab terhadap orang lain, kepekaan
kepada alam sekitar, dan kepekaan dan kebertanggungjawaban terhadap situasi
sosial seperti perpaduan dan kemiskinan.
b. Kemahiran komunikasi
Saya telah berjaya meningkatkan kemahiran berkomunikasi terutama
dalam mencari dana untuk bantuan makanan. Adalah menjadi tugas Biro
Makananan untuk mencari restoraran yang menyediakan makanan yang
berkhasiat pada harga yang berpatutan dengan bajet yang disediakan. Melalui
ini, saya telah berkomunikasi dengan pengusaha restoran serta pembekal-
pembekal untuk menempah makanan dan minuman. Selain itu, saya juga telah
berkomunikasi dengan pembekal air kemasan Aqua sehingga syukur ke hadrat
Illahi Berjaya mendapat tajaan air mineral sebanyak 15 kotak. Bahkan, saya
juga telah menemuramah beberapa penghuni rumah anak yatim untuk
mengetahui tentang status mereka setelah pertemuan terakhir pada program
yang lepas. Akhir sekali, saya juga telah melakukan presentasi melalui lisan
terhadap Ahli Jawatankuasa Tertinggi berkaitan hasil usaha saya dan rakan-
rakan. Hal ini sedikit sebanyak berjaya meningkatkan kadar keyakinan dan jati
diri.
c. Pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat
Saya sebagai ahli Biro Makanan telah menjalankan tanggungjawab
menyediakan juadah sepanjang aktiviti UNDER ONE ROOF PROGRAMME
dijalankan. Oleh kerana kami kurang arif tentang lokasi panti asuhan yang
bakal kami kunjungi, beberapa sumber telah dimanfaatkan. Sebagai contoh,
saya telah berkunjung ke balai polis jatinangor untuk mendapat tahu gambaran
serta lokasi rumah anak-anak-anak yatim. Selain itu, internet, sistem GPS,
whatsapp dan beberapa sumber lain turut diguna pakai. Selain itu, saya juga
memain peranan dengan turut mengelola akaun Twitter yang bertujuan
menyampaikan perkembangan setiap aktiviti program selain turut menarik
masyarakat untuk menderma. Melalui program ini, saya dapat belajar
bagaimana untuk menguruskan suatu projek besar yang semestinya pasti akan
dilakukan oleh saya pada masa akan datang yang melibatkan pelbagai
organisasi. Saya belajar bagaimana untuk berurusan dengan pelbagai ragam
manusia. Selain itu, saya juga berjaya menguruskan masa dengan baik kerana
masa yang diperuntukkan untuk projek ini sangat minimum.
5. PEMBUKTIAN PENCAPAIAN HASIL PEMBELAJARAN
1. Akaun Facebook yang saya turut sama menjadi admin untuk menyampaikan
perkembangan serta mencari dana. S Pengurusan maklumat dan
pembelajaran sepanjang hayat
2. Sebanyak 15 kotak
air minuman
Aqua yang ditaja telah
dipindahkan oleh saya dan rakan-rakan sehari sebelum hari penting
3. Dua foto bahagian atas merupakan perjumpaan kami untuk merencana makanan
yang bakal kami tempah pada bajet yang disediakan. Saya (bertudung oren) telah
melakukan beberapa catatan sepanjang mesyuarat.
4. Gambar bawah (kiri) merupakan pengangkutan kami pada hari projek.
5. Gambar bawah (kanan) menunjukkan saya (bertudung biru muda) dan ahli biro
makanan bersiap sedia untuk mengambil makanan di Verina seawal jam enam pagi
6. Encik Abdul Kadir selaku perasmi diiringi oleh Bapak yang menguruskan masjid ini
dan Encik Qaiyum sebagai penyelia projek kami serta beberapa pelajar lelaki Twinning Programme.
7. Gambar atas (kiri) : Saya bersalaman dengan beberapa ahli keluarga Jalan Sayang yang terlibat.
8. Gambar atas (kanan) : Saya mengagihkan sarapan pagi9. Gambar bawah (kiri) : Saya memastikan semua yang terlibat menerima makanan
sebelum aktiviti dijalankan10. Gambar bawah (kanan) : Saya dan beberapa MPP menjemput beberapa ahli
keluarga di rumah mereka.
11. Gambar atas (kiri) : Saya beramah mesra dengan beberapa ahli keluarga Jalan Sayang yang terlibat selain bertanya khabar dengan penghuni Simpay Asih
12. Gambar atas (kanan) : Saya dan Ibu Ani turut serta dalam aktiviti sukaneka yang diadakan
13. Gambar bawah (kiri) : Acara ice breaking yang sangat menyeronokkan kerana mendapat sambutan daripada para Ibu selain bersuai kenal
14. Gambar bawah (kanan) : Setelah upacara tamat, saya dan rakan-rakan membantu ahli keluarga untuk membawa pulang barangan mereka ke rumah.
15. Upacara pembukaan dan merupakan gambar kegemaran saya sepanjang projek ini berlangsung dan semestinya meninggalkan kenangan manis buat saya dan rakan-rakan.