laporan kepimpinan

3
CIRI-CIRI KEPIMPINAN Semua guru pelatih dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi mendapatkan skop informasi yang dikehendaki sesuai dengan tuntutan Program BIG Fasa 5 ini. Antara soalan-soalan yang diajukan termasuklah pengurusan sekolah, infrastruktur dan infostruktur kurikulum di sekolah, ciri-ciri kempimpinan yang diamalkan dan iklim di SJKT Ladang Sungai Muar ini. Setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang guru sekolah tersebut. Mereka telah memberi kerjasama dengan memberi jawapan yang munasabah kepada guru pelatih. Kami sekumpulan telah dikendalikan oleh Penolong Guru Besar Sekolah iaitu En. Ganesan yang bertajuk kepimpinan. Kami telah bertanya beberapa soalan yang berkaitan dengan kepimpinan sekolah tersebut. Beliau memberi kerjasama sepenuhnya semasa menanyakan beberapa soalan. Beliau menyatakan bahawa jenis kepimpinan yang diamalkan oleh gurubesar sekolah tersebut adalah bersistematik. Segala aktiviti yang diamalkan di sekolah ini adalah secara bersistem. Di sekolah bukan murid sahaja mempunyai peraturan, malah semua guru juga mempunyai peraturan tertentu. Peraturannya dibuat oleh gurubesar sekolah. Antara peraturannya ialah guru tidak boleh membuat kerja – kerja sendiri semasa waktu PnP, guru mesti mencapai objektif yang disenaraikan, guru mesti berinteraksi dengan murid. Bagi meningkatkan prestasi guru, semua guru mesti membuat rekod kerja – kerja mereka dalam satu fail dan hantar kepada gurubesar untuk membuat penilaian. Dari segi susunan fail, sekolah ini melakukan secara terbaik. Apabila

description

gerko

Transcript of laporan kepimpinan

CIRI-CIRI KEPIMPINANSemua guru pelatih dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi mendapatkan skop informasi yang dikehendaki sesuai dengan tuntutan Program BIG Fasa 5 ini. Antara soalan-soalan yang diajukan termasuklah pengurusan sekolah, infrastruktur dan infostruktur kurikulum di sekolah, ciri-ciri kempimpinan yang diamalkan dan iklim di SJKT Ladang Sungai Muar ini. Setiap kumpulan dikendalikan oleh seorang guru sekolah tersebut. Mereka telah memberi kerjasama dengan memberi jawapan yang munasabah kepada guru pelatih. Kami sekumpulan telah dikendalikan oleh Penolong Guru Besar Sekolah iaitu En. Ganesan yang bertajuk kepimpinan. Kami telah bertanya beberapa soalan yang berkaitan dengan kepimpinan sekolah tersebut. Beliau memberi kerjasama sepenuhnya semasa menanyakan beberapa soalan. Beliau menyatakan bahawa jenis kepimpinan yang diamalkan oleh gurubesar sekolah tersebut adalah bersistematik. Segala aktiviti yang diamalkan di sekolah ini adalah secara bersistem. Di sekolah bukan murid sahaja mempunyai peraturan, malah semua guru juga mempunyai peraturan tertentu. Peraturannya dibuat oleh gurubesar sekolah. Antara peraturannya ialah guru tidak boleh membuat kerja kerja sendiri semasa waktu PnP, guru mesti mencapai objektif yang disenaraikan, guru mesti berinteraksi dengan murid. Bagi meningkatkan prestasi guru, semua guru mesti membuat rekod kerja kerja mereka dalam satu fail dan hantar kepada gurubesar untuk membuat penilaian. Dari segi susunan fail, sekolah ini melakukan secara terbaik. Apabila pegawai pegawai datang untuk membuat penilaian mereka tidak perlu mencari fail fail, ianya telah tersusun dalam satu bilik. Beliau juga menyatakan bahawa setiap khamis gurubesar telah membuat mesyuarat kepada semua guru untuk mengemukkan idea idea yang luar biasa. Selain itu, pihak pengurusan sekolah ini mengamalkan sistem pentadbiran secara bersistematik. Setiap satu aktiviti yang dijalankan akan direkodkan. Apabila murid murid mengambil bahagian dalam sesuatu pertandingan, tetapi tidak mendapat johan. Maka sekolah ini membuat postmortem dengan serta merta untuk membincangkan kelemahan mereka supaya dibetulkan dalam aktiviti seterusnya. Beliau telah menyatakan bahawa pihak sekolah ini mengimbangkan murid murid dari segi kurikulum dan kokurikulum. Dari segi kurikulum, semua guru memastikan objektif yang digariskan akan dicapi pada hujung pengajaran. Dari segi kokurikulum pula, murid murid sekolah ini mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan.Kebanyakkan mereka mendapat Johan. Di sekolah ini menjalankan banyak aktiviti mengikut kehendak Falsafah iaitu JERIS. Setiap tahun sekolah ini mengadakan sukan tahunan yang digabungkan tiga sekolah di daerah tersebut. Sekolah ini juga mengambil bahagian dan menghantar wakil murid ke Mutamil Vizha iaitu Pesta Bahasa Tamil. Dalam Pesta ini, sekolah ini tetap mendapat Johan. Murid murid sekolah ini juga mengambil bahagian dalam kuiz kuiz akademik dalam sekolah dan luar sekolah. Tambahan pula, beliau menyatakan bahawa sekolah ini mengamalkan budaya kekeluargaan antara guru guru dengan murid- murid. Setiap orang di sekolah ini mengambil berat tentang pencapaian dan prestasi sekolah. Salah satu kekuatan sekolah ini adalah PIBG. Beliau juga menyatakan bahawa tanpa sokongan PIBG, kami tidak dapat mencapai tahap ini. Sekolah ini juga berusaha untuk meningkatkan kehadiran pelajar pada 97% dalam setahun. Di sekolah ini menjalankan beberapa aktiviti untuk menerapkan budaya kekeluargaan dalam setiap individu. Antara aktivitinya ialah hari keluarga, jamuan, hari jadi dan sebagainya. Secara kesimpulannya, Program Bina Insan Guru Fasa 5 berjaya dilaksanakan hasil daripada pengorbanan semua pihak termasuk persediaan sebelum program dan pelaksaan semasa program berlangsung. Melalui program ini, kami mendapat beberapa ilmu pengetahuan serta pengalaman yang baru. Walaubagaimanapun, kami bersyukur kerana dapat menjayakan program ini walaupun sibuk dengan tugasan lain.