LAPORAN KORIDOR SEKOLAH

9

Click here to load reader

description

LAPORAN KORIDOR SEKOLAH

Transcript of LAPORAN KORIDOR SEKOLAH

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

Nama Pelajar: Parimala A/P Kumaran Narermon QetkeawProgram: 8 PISMP Pengajian Sosial / P.Jasmani / B.Melayu ( Ambilan Januari 2011 )Nama Sekolah: Sekolah Kebangsaan SiputehNama Projek/Aktiviti: Keceriaan Koridor SekolahTempoh Pelaksanaan : 13 Julai hingga 7 Ogos 2014

Objektif:1. Memenuhi kehendak IPG yang menghendaki guru praktikum mengendalikan program-program di sekolah.2. Mendedahkan diri murid-murid dengan tokoh-tokoh negara.3. Melatih murid-murid untuk mempraktikkan amalan membaca dalam kehidupan seharian.4. Meningkatkan keceriaan kawasan sekolah.5. Memberi peluang kepada guru pelatih menunjukkan usaha pemupukan ciri-ciri inovasi dan kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan.6. Memperkukuh hubungan kerjasama antara guru pelatih dengan pihak sekolah sebagai persediaan di alam pekerjaan yang sebenar.

Strategi Pelaksanaan:a. PerancanganProjek keceriaan koridor sekolah dilaksanakan adalah untuk memastikan koridor sekolah yang merupakan laluan utama murid-murid kelihatan ceria, cantik dan menarik. Pelaksanaan projek ini dijalankan sepanjang tempoh empat minggu guru pelatih menjalani internship di Sekolah Kebangsaan Siputeh. Strategi pelaksanaannya adalah mengikut minggu, iaitu:Bil.Tarikh/MingguAktiviti

1.

13-17 Julai 2014(Minggu 1) Perbincangan bersama Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Siputeh. Perbincangan bersama Puan Norhaizi Binti Mat selaku guru penasihat projek.

2.20-24 Julai 2013(Minggu 2) Memastikan koridor sekolah yang akan dihias dengan nama-nama Yang Dipertuan Agong dan tokoh-tokoh kemerdekaan.

3.

27-31 Julai 2013(Minggu 3) Mengenalpasti bahan-bahan yang akan digunakan.(kertas warna, reben, kertas laminate) Menyediakan kad nama yang akan digantung pada tiang di sepanjang koridor sekolah yang terpilih. Membersihkan kawasan koridor sekolah.

4.3-7 Ogos 2014(Minggu 4) Menggantung kad nama tokoh-tokoh pada tiang di sepanjang koridor sekolah.

b. Sebelum pelaksanaanSebelum projek ini dilaksanakan, kami telah membuat pembahagian tugas terlebih dahulu bagi memastikan segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar. Pembahagian tugas ini juga secara tidak langsung membolehkan setiap guru pelatih mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Jadual di bawah menunjukkan peranan dan tanggunggjawab setiap guru pelatih dalam melaksanakan projek ini.BIL.GURU PELATIHBIDANG TUGAS

1.Parimala a/p Kumaran Pengerusi projek Memantau perjalanan projek Membuat perancangan projek Menghias koridor sekolah Mengutip, menyimpan dan membuat penyata kewangan projek

2.Naremon Qetkeaw Setiausaha projek Membuat kertas kerja projek Jurugambar dan dokumentasi projek Menghias koridor sekolah

Refleksi:Kekuatan Projek/AktivitiPersekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkankecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.Usaha untuk mewujudkan suatu iklim yang sihat amat penting dalam membina sekolah yang berkesan. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Sebuah sekolah boleh mengalami iklim positif dan negatif (Smith, 1995). Pada kebiasaanya, sebuah sekolah yang iklimnya dianggap positif mempunyai ciri-ciri fizikal sekolah yang bersih dan menarik, hubungan sosial yang baik antara semua warga sekolah serta suasana kerja yang produktif. Manakala iklim negatif atau tertutup lazimnya mempunyai keadaan sekolah yang kucar-kacir, kurang selamat, tidak tenteram dan teratur, malah sering menghadapi konflik dan masalah disiplin (Mok Soon Sang, 2003).Pelaksanaan projek ini memakan masa selama empat minggu, iaitu bermula pada 07 Julai hingga 5 Ogos 2014. Sepanjang perlaksanaan projek ini, kami telah berbincang dengan guru penyelaras projek ini, iaitu Puan Norhaizi Binti Mat berkaitan kerja-kerja penambahbaikan yang perlu kami jalankan. Puan Norhaizi merupakan seorang guru yang sangat berdedikasi kerana beliau bermurah hati berkongsi maklumat serta tenaga bagi memastikan projek kami berjalan dengan lancar. Pada masa yang sama, pihak pengurusan sekolah dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Siputeh juga sentiasa memberi sokongan dan bantuan kepada kami apabila kami menghadapi kekangan-kekangan yang tidak dapat kami selesaikan. Ini merupakan salah satu kekuatan kami apabila mempunyai warga sekolah yang sudi membimbing serta menyalurkan sumbangan tenaga untuk memudahkan lagi proses pelaksanaan projek ini.Melalui projek keceriaan koridor sekolah, kami telah mendapati murid-murid yang melalui kawasan koridor dapat mempraktikkan sifat membaca dimana mereka akan membaca nama-nama tokoh yang digantung sepanjang koridor tersebut. Keadaan ini secara tidak langsung telah dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan murid Sekolah Kebangsaan Siputeh.Pada masa yang sama, untuk memastikan projek ini berjaya dilaksanakan mengikut masa dan objektif yang ditetapkan, kami perlulah merancang dan melaksana tugas secara sistematik dan teratur. Setiap guru pelatih mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan projek ini berjalan dengan lancar. Ternyata, kami mempunyai sifat kerjasama dan tanggungjawab yang tinggi sepanjang melaksanakan projek ini. Dengan adanya pembahagian tugas yang sistematik dan adil secara tidak langsung membolehkan setiap tugasan berjaya dilaksanakan. Kekuatan Projek/AktivitiKelemahan sepanjang pelaksanaan projek ini juga ialah dari aspek masa. Tempoh masa untuk menyiapkan projek ini ialah sepanjang kami melaksanakan internship. Walaupun tempoh masa ini agak panjang, namun terdapat beberapa aspek yang masih belum sempurna. Seperti yang kita sedia maklum, internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan tugas sebenar guru permulaan. Setiap guru pelatih dikehendaki merancang dan melaksanakan tiga projek yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu, dalam tempoh sebulan internship, setiap guru pelatih perlu menyiapkan tiga projek di mana setiap projek tersebut memerlukan komitmen, perhatian serta tenaga yang sepenuhnya. Justeru, kami tidak berjaya melaksanakan beberapa perkara dalam tempoh masa yang ditetapkan. Tambahan pula, semasa internship ini juga kami perlu mengumpul data untuk kajian tindakan secara tidak langsung turut membataskan perhatian kami terhadap projek ini.Cadangan PenambahbaikanBerdasarkan kelemahan-kelemahan sepanjang sebulan menjalankan projek ini, beberapa cadangan penambahbaikan telah dikemukakan bagi memastikan projek-projek yang akan datang tidak mengalami masalah yang sama. Antara cadangan penambahbaikan tersebut ialah dari aspek kesuntukan masa, guru pelatih haruslah membuat senarai semak tentang tugas-tugas yang perlu dilakukan dalam tempoh masa tertentu bagi memastikan setiap tugas dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dengan adanya senarai semak ini, guru pelatih dapat mengenalpasti antara tugas yang telah dilaksanakan dengan tugas yang belum dilaksanakan. Dengan itu, setiap tugasan yang perlu dilakukan dapat dilaksanakan dengan sistematik dan dapat disiapkan mengikut tempoh masa yang telah dirancang.

Kesimpulan Pelaksanaan projek ini meninggalkan kesan yang positif kepada kami semua. Bermula dari langkah pertama iaitu memilih tempat yang sesuai dan perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk kerja-kerja penambahbaikan, semuanya dilakukan dengan mengambil pandangan daripada semua pihak. Di samping itu, saya dan rakan-rakan juga berpeluang melibatkan diri dalam projek keceriaan koridor sekolah dan ini secara tidak langsung memberikan pengalaman baru kepada kami tentang kriteria-kriteria yang diperlukan untuk melahirkan suasana sekolah yang positif dan ceria. Segala pengalaman dan ilmu yang kami perolehi sepanjang menjalankan projek di sekolah ini akan kami aplikasikan pada masa akan datang. Kesimpulannya, setiap projek yang dijalankan secara umumnya akan mempunyai kekuatan dan kelemahannya yang tersendiri. Setiap kelemahan yang timbul adalah berpunca dari diri kami sendiri dan dengan itu kami perlulah membuat penambahbaikan untuk projek-projek yang seterusnya agar kelemahan-kelemahan yang timbul semasa melaksanakan projek ini dapat diatasi. Oleh itu, saya berharap projek yang telah dijalankan ini akan memberi kebaikan kepada semua pihak dan diharap saya dan rakan dapat berusaha memperbaiki setiap kelemahan dan kecacatan yang ada bagi program-program yang akan datang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_____________________ _______________________(NARERMON QETKEAW) (NORHAIZI BT MAT)Setiausaha, Mentor Program Internship,Projek Keceriaan Koridor Sekolah SK Siputeh, Padang Sera,SK Siputeh, Padang Sera, Kedah.Kedah. LAMPIRAN

Kawasan koridor yang belum dihias.

Proses menceriakan koridor sekolah tlah dijalankan untuk mewujud persekitaran sekolah yang positif.

Kawasan koridor yang telah dihias dan digantung dengan kad nama tokoh-tokoh negara.

Kawasan koridor yang dihias dengan kad nama tokoh negara telah berjaya menarik perhatian murid untuk membaca info tersebut.