Laporan Ldp 1
-
Upload
santhini85 -
Category
Documents
-
view
227 -
download
0
description
Transcript of Laporan Ldp 1
![Page 1: Laporan Ldp 1](https://reader030.fdokumen.site/reader030/viewer/2022013115/563db7cc550346aa9a8e0c81/html5/thumbnails/1.jpg)
LAPORAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PANITIA BAHASA INGGERIS
TAJUK: BENGKEL PEMANTAPAN PENGGUNAAN VLE DALAM PEMBINAAN SITE PdP BAHASA INGGERIS
PENDAHULUAN:
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) merupakan salah satu program yang wajib dihadiri oleh semua
guru yang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan program ini
bertujuan meningkatkan profesionalisme perguruan dalam kalangan pendidik untuk menjalankan
tugas dan komitmen dengan lebih cekap, efisyen dan berkesan. Latihan Dalam Perkhidmatan Panitia
Bahasa Inggeris telah dijalankan dengan jayanya pada 24 Mei 2015 (Sabtu) dari pukul 8.00pg hingga
2.00ptg di Makmal Komputer SMK Valdor.
OBJEKTIF:
VLE (Virtual Learning Environment) merupakan intranet (rangkaian dalaman) yang
mengabungkan kelas maya dan ruangan social untuk sekolah. Ia merupakan system pembelajaran
berasaskan laman web yang sama seperti pembelajaran di alam nyata. Selain itu, ibu bapa dan
penjaga juga boleh berkomunikasi dengan pihak sekolah manakala pentadbir boleh menyusun takwin
sekolah dan mengedarkan surat sekolah melalui internet. Vle bolah diakses diserata tempat,
sepanjang masa dengan menggunakan internet.
RASIONAL:
Secara ringkasnya, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) ini adalah satu wadah untuk memantapkan
kemahiran guru- guru dan menyampaikan ilmu secara berterusan kepada warga pendidik. LDP juga
merupakan satu strategi kementerian bagi memastikan kompetensi individu untuk mengekalkan
kualiti perkhidmatan.
![Page 2: Laporan Ldp 1](https://reader030.fdokumen.site/reader030/viewer/2022013115/563db7cc550346aa9a8e0c81/html5/thumbnails/2.jpg)
SLOT 1: 8.00pg- 10.30pg
Bengkel Pemantapan Penggunaan VLE Dalam Pembinaan Site Pdp Bahasa Inggeris
dimulakan dengan perkongsian sasaran penggunaan VLE oleh pelajar dan guru di peringkat KPM,
JPNPP, PPDSPS dan Sekolah. Bengkel diteruskan dengan taklimat dan perkongsian maklumat
tentang Penggunaan VLE dalam PdP oleh Pn. S. Santhini. Beliau memberi penjelasan yang teliti
mengenai:
1. URL VLE
2. Login- ID user dan Password
3. Edit Dashboard
4. Bina Site/ Laman
5. Bina Tugasan dan hantar tugasan
6. Perkongsian Site
SLOT 2: 11.00pg- 2.00ptg
Bengkel Penbinaan Site Pdp dijalankan secara hand- on oleh guru- guru dibantu oleh Pn.
S.Santhini dan persembahan powerpoint (rujuk lampiran). Setiap guru diwajibkan menghasilkan satu
(1) site on the spot dan dikongsikan kepada repository KPM. Guru- guru digalakkan menggunakan
VLE sebanyak yang boleh dalam PdP mereka.
Disediakan oleh,
……………………….
(SANTHINI A/P SELVARAJOO)