sinopsis & rekod pembacaan ldp

15
Lampiran A KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU REKOD PENGESAHAN DAN PEMBACAAN BUKU - LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU NAMA SEKOLAH : SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH. KOD SEKOLAH : AEA 2056 NAMA GURU : BIDANG JUDUL (BIL. MUKA SURAT) PENGARANG TARIKH PEMBACAAN TARIKH PEMBENTANGAN TANDA TANGAN PENTADBIR Pengetahuan Profesionalisme Mengajar secara efektif (ms: 100) Bryan Coombs Komunikasi untuk pemimpin (ms: 121) Abdullah Hassan & Ainon Mohd. Ke mana wang anda ( ms: 214) Hjh Rohani Hj Mohd Shahir Kesihatan mental: cara mengenali & menanganinya (ms:208) Pn Aminah Hj Noor Kemahiran Profesionalisme The 360 Degree Leaders (ms: 450) John Maxwell Wawasan Pendidikan: Wan Mohd Zahid

Transcript of sinopsis & rekod pembacaan ldp

Page 1: sinopsis & rekod pembacaan ldp

Lampiran A KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

REKOD PENGESAHAN DAN PEMBACAAN BUKU - LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH.

KOD SEKOLAH : AEA 2056

NAMA GURU :

BIDANGJUDUL

(BIL. MUKA SURAT)PENGARANG

TARIKH PEMBACAAN

TARIKH PEMBENTANGAN

TANDA TANGAN

PENTADBIR

Pengetahuan Profesionalisme

Mengajar secara efektif (ms: 100)

Bryan Coombs

Komunikasi untuk pemimpin (ms: 121)

Abdullah Hassan & Ainon Mohd.

Ke mana wang anda ( ms: 214)

Hjh Rohani Hj Mohd Shahir

Kesihatan mental: cara mengenali & menanganinya (ms:208)

Pn Aminah Hj Noor

Kemahiran Profesionalisme

The 360 Degree Leaders(ms: 450)

John Maxwell

Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian(ms :187)

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin

Amalan Dan Nilai Profesionalisme

Petua menangani stress

(ms: 200)

Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah bersama Hj Muhammad Zakaria

Page 2: sinopsis & rekod pembacaan ldp

Lampiran A KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU

REKOD PENGESAHAN DAN PEMBACAAN BUKU - LATIHAN SECARA PEMBACAAN BUKU

NAMA SEKOLAH : SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH.

KOD SEKOLAH : AEA 2056

NAMA GURU : ASMARIAH BT HARUN

BIDANGJUDUL

(BIL. MUKA SURAT)PENGARANG

TARIKH PEMBACAAN

TARIKH PEMBENTANGAN

TANDA TANGAN

PENTADBIR

Pengetahuan Profesionalisme

Mengajar secara efektif (ms: 100)

Bryan Coombs

Komunikasi untuk pemimpin (ms: 121)

Abdullah Hassan & Ainon Mohd.

Ke mana wang anda ( ms: 214)

Hjh Rohani Hj Mohd Shahir

Kesihatan mental: cara mengenali & menanganinya (ms:208)

Pn Aminah Hj Noor

Kemahiran Profesionalisme

Tadabbur al-Quran: Beginilah al-Quran Mengajar Kami.

Ustaz Zamri Mohd Zainuddin

Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian(ms :187)

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin

Amalan Dan Nilai Profesionalisme

Kubur Yang Menanti Asyraf b ‘Abdirrahim

Page 3: sinopsis & rekod pembacaan ldp

B0RANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH Kod Sekolah: AEA 2056

1. Nama Guru

2. Judul The 360 Degree Leader 3. Bidang:Kemahiran Profesionalisme (Kepimpinan)

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis Dalam ‘risalah’ terkini tentang kepimpinan oleh mega-guru Maxwell, beliau mengetengahkan isu tentang kebimbangan oleh syarikat korporat mengenai permasalah yang dihadapi oleh pengurus pertengahan yang dibebani dengan pelbagai tanggungjawab tetapi kurang kuasa sebenar dalam mengurus. Ini ditambah lagi dengan konflik tugasan dan dilema pengurusan masa serta ‘gelora’ perasaan apabila hasrat tidak kesampaian. Maxwell memberi kaunseling kepada para pengurus pertengahan melalui buku ini dengan mengajak mereka menerima keterbatasan. Menurut Maxwell, pengurus pertengahan harus bekerja tekun dengan subordinatnya dan menyokong visi ketuanya, mencari kebaikan (kekuatan) dalam ketidakcekapan atau kekurangan pemimpinnya. Pemimpin pertengahan harus bersedia memimpin apabila perlu. Mereka boleh menggunakan ‘pengaruh’ mereka ke atas kakitangan bawahan yang lain dan menyuburkan potensi diri mereka dalam kalangan rakan sekerja tanpa bersikap mementingkan diri sendiri. Namun, nasihat Maxwell ini dikaburi dengan kenyataan ‘apabila kita bertemu dengan masalah, hendaklah kita membekalkan juga penyelesaiannya’.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:

Buku ‘360 Degree Leader’ oleh John C. Maxwell membantu para pembaca untuk menjadi pemimpin yang mampu ‘memimpin dari atas ke bawah’, ‘dari bawah ke atas’ dan secara ‘mendatar. Isu utamanya ialah memperbetulkan kepercayaan kononnnya seseorang itu mesti berada di kemuncak atau pada tahap teratas organisasi atau berjawatan tinggi untuk menjadi pemimpin. Menurut Maxwell, kepercayaan ini hanyalah dongeng semata kerana disebabkan dongeng ini, ramai yang hanya menunggu jawatan untuk tampil menjadi pemimpin.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Setiap guru pada peringkat yang paling rendah sekali pun menjadi pemimpin kepada pelajarnya. Justeru, mereka perlu memiliki kemahiran memimpin yang betul agar segala arahan, dan tindakan semasa p&p mencapai matlamatnya. Para guru juga harus sedar bahawa walaupun mereka tidak memegang jawatan sebagai Ketua Panitia, Guru Kanan, Penolong Kanan atau Pengetua, mereka harus ada kemahiran menguruskan kerja dalam kalangan rakan sejawat kerana memimpin berkaitrapat dengan kebolehan dan keupayaan “mempengaruhi” orang lain untuk melakukan sesuatu atas permintaan atau kehendak kita.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................( ) ( )

Page 4: sinopsis & rekod pembacaan ldp

B0RANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH Kod Sekolah: AEA 2056

1. Nama Guru

2. Judul WAWASAN PENDIDIKAN: AGENDA PENGISIAN

3. Bidang:Kemahiran Profesionalisme (Kepimpinan)

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis Tema buku ini adalah berkaitan dengan perlunya semua warga kerja pendidikan bersedia dan menerima perubahan akibat daripada perubahan-perubahan yang berlaku dalam pelbagai bidang seperti sosial, politik, ekonomi dan teknologi. Perubahan ini menjanjikan masa depan yang tidak menentu dan keadaan dunia sekarang yang dianggap sebagai global village begitu memerlukan kita bersedia menghadapi pelbagai bentuk persaingan dengan negara-negara luar. Justeru, kita perlu meramal apakah yang akan berlaku pada masa akan datang dan mengubah sikap ”asal buat” atau ”asal siap” dan digantikan dengan budaya kerja cemerlang yang bersendikan ilmu dan akhlak.

Pengarang cuba mengajak para pembaca memikirkan bagaimana kita sebagai bangsa Malaysia yang dianggap kerdil mampu bersaing dengan negara-negara kuasa besar. Dalam buku ini juga, ada membincangkan bagaimana jika kita terus berpegang kepada pengurusan pendidikan cara tradisional akan menyebabkan kita terus ketinggalan. Sebenarnya, apa yang hendak ditekankan ialah usaha kita membina bangsa Malaysia yang maju bukan sahaja dari segi pembangunan malahan seimbang dari segi keharmonian rohani, jasmani dan emosi serta berketrampilan sesuai dengan matlamat Wawasan 2020 dan Falsafah Pendidikan Negara.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran:

Begitu banyak persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini berkisar tentang cara kita hendak menghadapi dan melaksanakan perubahan. Antaranya berkait rapat dengan budaya kerja. reflective rationality merupakan satu cara pengurusan yang mana kuasa mentadbir dan menjalankan sebarang program di sekolah diberi kepada guru-guru dan pihak JPN atau Kementerian hanya menyelia semua aktiviti tersebut. Sistem ini mungkin akan menghilangkan status quo yang telah lama dikuasai oleh para pegawai atasan sebelum ini. Ini mungkin menyebabkan mereka rasa tidak selesa.

Sementara budaya kerja berorientasikan technical rationality adalah mereka yang konservatif, anti perubahan dan suka kepada red tape. Bagi saya, kedua-dua kaedah ini perlu kerana kaedah yang pertama akan membawa kepada perasaan dihargai dan diperlukan dalam kalangan pendidik di sekolah. Mereka tidak lagi perlu menunggu arahan untuk menjalankan sebarang perubahan. Walau bagaimanapun, kaedah kedua masih perlu terutamanya dalam perkara-perkara seperti kursus pengajian, kandungan kurikulum, kewangan dan kehadiran.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Apabila disebut tentang perubahan, seorang pemimpin di sekolah haruslah bersikap mempunyai imaginasi yang tinggi, melangkaui batas kebiasaan dan rutin agar hasil yang ditampilkan adalah dalam bentuk inovasi dan imaginative. Mereka harus sedar bahawa kebiasaan

Page 5: sinopsis & rekod pembacaan ldp

dan pengulangan kerja yang serupa akan menghasilkan keluaran yang stereotaip dan imitative. Kita lihat sahaja lepada pengurusan jadual waktu di bilik darjah. Sudah berdekad-dekad ia disusun sebegitu rupa sehingga ia menjadi penlaziman dalam mengukur proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Akibatnya, guru-guru yang mengajar akan merasakan bahawa tidak ada perubahan yang perlu dilakukan kerana itu sájala cara jadual kerja yang paling baik. Begitu jugalah denga buku rancangan mengajar yang mana antara isi kandungan yang sering kali ada di dalamnya ialah rancangan pengajaran tahunan dan sukatan pelajaran yang sama dibuat salinan semula setahun demi setahun tanpa sebarang perubahan.

Instrumen penilaian bukan lagi bergantung kepada senarai semak, manual prosedur kerja, jadual waktu, daftar kehadiran dan sukatan pelajaran. Tetapi sebaliknya dilihat dari segi keanjalan jadual waktu, perencanaan buku rekod mengajar, susun atur bilik darjah dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan haruslah ke arah pencapaian wawasan, misi dan objektif kecemerlangan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................( ) ( )

B0RANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH Kod Sekolah: AEA 2056

Page 6: sinopsis & rekod pembacaan ldp

1. Nama Guru

2. Judul Komunikasi untuk pemimpin 3. Bidang:Kemahiran Profesionalisme (Kepimpinan)

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Seseorang yang mempunyai kuasa meyuruh ataupun mengarang perlulah mempunyai kemahiran komunikasi. Teknik-teknik komunikasi bagi insan berelar pemimpin amat penting supaya arahan yanag diberikab jelas dan senang difahami justeru dapat mempertingkatkan prestasi mereka.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Komunikasi yang berkesan amat penting supaya apa yang disampaikan diterima dengan mudah dan beerkesan supaya sesuatu objektif tercapai.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Guru merupakan pemimpin kepada rakan sejawatan dan juga pemimpin kepada pelajar, maka teknik komunikasi sangat penting.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................( ) ( )

B0RANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH Kod Sekolah: AEA 2056

Page 7: sinopsis & rekod pembacaan ldp

1. Nama Guru

2. Judul Mengajar secara efektif 3. Bidang:Kemahiran Profesionalisme (Kepimpinan)

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku yang dihasilkan khusus untuk bakal guru dan golongan pendidik yang berhasrat mempertingkatkan kemahiran mengajar di dalam kelas. Ia mengandungi panduan mengajar secara berkesan, sesuai dengan pelbagai situasi dan golongan pelajar.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Sebagai panduan untuk membentuk corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Menjadikan setiap sesi pengajaran dan pengajaran berkesan dan bermakna pada setiap pelajar.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................( ) ( )

B0RANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH Kod Sekolah: AEA 2056

1. Nama Guru

Page 8: sinopsis & rekod pembacaan ldp

2. Judul Petua menangani stress 3. Bidang:Amalan & Nilai Profesionalisme Keguruan

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini mengisahkan berkenaan kehidupan masa ini yang mengundang tekanan dari semua arah. Tekanan ini mengenai semua golongan dari pelajar hingga kepada ibu bapa, pekerja, golongan profesional, pemimpin dan masyarakat. Stress menjadikan diri kita tertekan, produktiviti iri menurun, jiwa tidak tenteram dan tindakan menjadi tidak tenteram.Pada masa yang sama timbul perasaan marah, geram, lemah dan sebagainya. Buku ini diolah dari pelbagai aspek.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Membuka minda dan penjelasan berkenaan cara yang betul untuk menangani stress.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Membantu dalam menghadapi situasi dan karenah pelajar yang pelbagai pada masa ini.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................( ) ( )

B0RANG SINOPSIS BUKU

Page 9: sinopsis & rekod pembacaan ldp

Nama Sekolah: SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH Kod Sekolah: AEA 2056

1. Nama Guru

2. Judul Ke mana wang anda? 3. Bidang:Kemahiran Profesionalisme

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini berkenaan pengurusan kewangan yang efektif dan praktikal, selain menerangkan cara pengurusan kewangan yang berlandaskan ciri-ciri Islam sebagai panduan setiap masyarakat. Di antara topik yang terdapat dalam buku ini ialah menambah pendapatan diri dan keluarga, mencapai matlamat kewangan dari mula bekerja hingga bersara dan pelbagai topik dan isu yang menarik.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Memberi pendedahan berguna berkenaan pengurusan kewangan yang sistematik.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Membantu setiap guru dalam membahagikan atau menggunakan sumber peruntukan yang disediakan dalam menjalankan aktiviti untuk pelajar atau pun untuk diri sendiri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................( ) ( )

B0RANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH Kod Sekolah: AEA 2056

Page 10: sinopsis & rekod pembacaan ldp

1. Nama Guru

2. Judul Pembelajaran dan perkembangan pelajar.

3. Bidang:Pengetahuan Profesionalisme

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku “Pembelajaran dan Perkembangan”memberikan motivasi kepada pelajar –pelajar dalam penerimaan ilmu pengetahuan dan pengalaman kehidupan seseorang. Buku ini menerangkan teori-teori dan aplikasi tentang pembelajaran di bilik darjah. Komponen-komponen yang diberi tumpuan adalah teori dan aplikasi tentang pelajar. Sebagai pembelajar, perkembangan remaja, isu-isu remaja di bilik darjah, keperluan remajadan faktor sosiobudaya dalam proses pembelajaran.Selain itu, buku ini jua merangkumi personaliti pelajar remaja, pembelajaran melalui kognitif, afektif dan psikomotor.Dalam mendekati mendekati pelajar remaja dan suasana bilik darjah, topik-topik yang menarik perhatianadalah pembelajaran berasaskan minda, kecerdasan pelbagai, gaya pembelajaran, modifikasi tingkah laku, kemahiran pemikiran dan dorongan dalaman terhadap pembelajaran remaja.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Buku ini adalah sesuai sebagai bahan rujukan bagi pendidik mendalami ilmu pembelajaran dan perkembangan pelajar yang dianggap penting dalam menangani masalah pembelajaran di peringkat sekolah rendah, menengah, institut-institut pengurusan dan universiti.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Unsur-unsur psikologi pendidikan yang dianggap salah satu kursus profesionalisme perguruan adalah amat membantu dalam memberi manfaat kepada para pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah institut-institut penguruan dan universiti.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................( ) ( )

B0RANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH Kod Sekolah: AEA 2056

Page 11: sinopsis & rekod pembacaan ldp

1. Nama Guru

2. Judul Kesihatan Mental : Cara mengenali dan menanganinya

3. Bidang:Kemahiran Profesionalisme

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini berkaitan dengan kesihatan mental. Pembaca didedahkan kepada jenis-jenis penyakit mental, cara menanganinya dan bagaimana cara untuk mendapatkan mental yang sihat.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Memberi pengetahuan bagaimana cara mengendalikan stress dan bagaimana cara menjaga mental dengan baik

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Kawalan emosi dan mental dalam menghadapi karenah murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................( ) ( )

B0RANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH Kod Sekolah: AEA 2056

Page 12: sinopsis & rekod pembacaan ldp

1. Nama Guru Asmariah bt Harun

2. Judul Tadabur al-Quran: Beginilah al-Quran Mengajar Kami

3. Bidang:Kemahiran Profesionalisme

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini merujuk kepada bacaan al-Quran yang dilakukan secara lebih menyeluruh melalui lidah, akal dan hati. Lidah memastikan al-Quran dibaca dengan tartil, akal mengambil pemahaman makna yang tersirat, manakala hati pula mengambil pengajaran untuk dijadikan panduan. Maka akan terserlahlah al-Quran sebagai Kitab hidayah dan mukjizat yang sarat dengan khazanah-khazanah yang tidak ternilai harganya.

Inilah asas para ulama dan ilmuwan pada zaman keagungan Islam menbangun suatu tamadun lahiriah dan rohaniah yang tiada tolak bandingnya.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Pembaca akan terhibur, beroleh ketenangan jiwa dan kepuasan yang tersendiri di samping memperoleh ganjaran pahala serta fadilat tertentu.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Adalah amat penting seseorang guru muslim memahami, menghayati malah mengamalkan setiap kata-kata Allah (al-Quran) untuk mengawal emosi dalam menghadapi karenah murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................( ) ( )

B0RANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH Kod Sekolah: AEA 2056

Page 13: sinopsis & rekod pembacaan ldp

1. Nama Guru Asmariah bt Harun

2. Judul Kubur Yang Menanti 3. Bidang:Kemahiran Profesionalisme

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Rabi’ b Hadi Umar dalam kata pengantarnya, sesuai dijadikan sebagai bahan peringatan kepada umat Islam agar tidak tenggelam dalam hiruk-pikuk urusan dunia.

Di dalamnya dijelaskan hal-hal yang berkaitan dengan kubur menurut al-Quran dan Sunah. Antaranya dinyatakan tentang seksa dan nikmat kubur. Kemudian pada bahagian kedua, dijelaskan pula tentang sebab-sebab seseorang terkena azab kubur dan akhir sekali pada bahagian ketiga dijelaskan sebab-sebab yang dapat menyelamatkan seseorang daripada siksa kubur; antara yang terpenting adalah mengukuhkan keimanan kita kepada Allah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Memberi pengetahuan bagaimana cara kita dapat menyelamatkan seseorang daripada siksa kubur dan yang paling penting adalah cara bagaimana dapat mengukuhkan keimanan kita kepada Allah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Amanah dan Bertanggungjawab dalam menunaikan P&P..

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................( ) ( )

B0RANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SMK JELAPANG JAYA, 30020 IPOH Kod Sekolah: AEA 2056

1. Nama Guru Asmariah bt Harun

Page 14: sinopsis & rekod pembacaan ldp

2. Judul Kubur Yang Menanti 3. Bidang:Kemahiran Profesionalisme

4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan

7. Sinopsis

Buku ini sebagaimana yang disebut oleh Syeikh Rabi’ b Hadi Umar dalam kata pengantarnya, sesuai dijadikan sebagai bahan peringatan kepada umat Islam agar tidak tenggelam dalam hiruk-pikuk urusan dunia.

Di dalamnya dijelaskan hal-hal yang berkaitan dengan kubur menurut al-Quran dan Sunah. Antaranya dinyatakan tentang seksa dan nikmat kubur. Kemudian pada bahagian kedua, dijelaskan pula tentang sebab-sebab seseorang terkena azab kubur dan akhir sekali pada bahagian ketiga dijelaskan sebab-sebab yang dapat menyelamatkan seseorang daripada siksa kubur; antara yang terpenting adalah mengukuhkan keimanan kita kepada Allah.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Memberi pengetahuan bagaimana cara kita dapat menyelamatkan seseorang daripada siksa kubur dan yang paling penting adalah cara bagaimana dapat mengukuhkan keimanan kita kepada Allah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Amanah dan Bertanggungjawab dalam menunaikan P&P..

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................( ) ( )