Laporan Lengkap Rancangan Mengajar

10
6 LAPORAN LENGKAP RANCANGAN MENGAJAR. Topik yang dipilih ialah menggambar dengan menggunakan teknik kolaj yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.Kolaj merupakan teknik yang menggunakan kaedah koyakkan,guntingan,tebukkan kertas dan tampalan tindan tindih.Lukisan kolaj biasanya dihasilkan dengan menampal cebisan kertas secara tindan tindih untuk menghasilkan sesuatu gambar,contohnya lukisan burung yang dihasilkan dengan menampal kertas dari pelbagai sumber seperti kertas warna,surat khabar ataupun majalah untuk menghasilkan bentuk seekor burung di atas kertas. Menurut Kamus Dewan Edisi III,muka surat 702 konstruktif membawa maksud membina (bukan kritikan,pemikiran dan lain- lain).Meminjam definisi Jerome Bruner melalui bukunya Toward a Theory of Instruction,1996 mengatakan bahawa teori konstruktivisme mengandungi empat aspek utama iaitu pertama kecenderungan untuk belajar.Kedua,cara di mana bahasa badan boleh distrukturkan yang membolehkan pelajar menggarap ilmu yang disampaikan dan yang keempat,kaedah hukuman dan ganjaran.Jika kita perhatikan kedua-dua pengertian di atas boleh disimpulkan bahawa teori konstruktivisme merupakan suatu teori yang membina kefahaman pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk menggarap dan ilmu yang disampaikan,di samping menyediakan beberapa metode untuk membantu pelajar memperoleh ilmu yang disampaikan.Definisi ini disokong pula oleh Borich dan Disediakan oleh | shakizah said

description

rancangan mengajar

Transcript of Laporan Lengkap Rancangan Mengajar

LAPORAN LENGKAP RANCANGAN MENGAJAR.Topik yang dipilih ialah menggambar dengan menggunakan teknik kolaj yang diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.Kolaj merupakan teknik yang menggunakan kaedah koyakkan,guntingan,tebukkan kertas dan tampalan tindan tindih.Lukisan kolaj biasanya dihasilkan dengan menampal cebisan kertas secara tindan tindih untuk menghasilkan sesuatu gambar,contohnya lukisan burung yang dihasilkan dengan menampal kertas dari pelbagai sumber seperti kertas warna,surat khabar ataupun majalah untuk menghasilkan bentuk seekor burung di atas kertas.Menurut Kamus Dewan Edisi III,muka surat 702 konstruktif membawa maksud membina (bukan kritikan,pemikiran dan lain-lain).Meminjam definisi Jerome Bruner melalui bukunya Toward a Theory of Instruction,1996 mengatakan bahawa teori konstruktivisme mengandungi empat aspek utama iaitu pertama kecenderungan untuk belajar.Kedua,cara di mana bahasa badan boleh distrukturkan yang membolehkan pelajar menggarap ilmu yang disampaikan dan yang keempat,kaedah hukuman dan ganjaran.Jika kita perhatikan kedua-dua pengertian di atas boleh disimpulkan bahawa teori konstruktivisme merupakan suatu teori yang membina kefahaman pelajar dan memberi peluang kepada pelajar untuk menggarap dan ilmu yang disampaikan,di samping menyediakan beberapa metode untuk membantu pelajar memperoleh ilmu yang disampaikan.Definisi ini disokong pula oleh Borich dan Tombari(1997) dalam bukunya Educational Psychology:A Contemporary Approach,konstruktivisme ialah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan (dalam minda) antara idea dan fakta yang sedang dipelajari.Di Amerika Syarikat pada sekitar tahun 1930-an dan 1940-an,teori konstruktivisme merupakan perspektif utama kebanyakkan sekolah awam di sana.Namun begitu,aplikasi teori ini lebih tertumpu kepada pelajar berbanding guru kerana guru dianggap sebagai jurulatih atau fasilitator untuk membantu pelajar menyelesaikan masalah mereka dan membantu mereka untuk membina perspektif sendiri dalam kehidupan.Teori Konstruktivisme ini bagaimanapun bukanlah suatu perkara baru.Hal ini adalah kerana Socrates seorang ahli falsafah Greek yang hidup pada masa antara 469 SM hingga 399 SM ada mengatakan bahawa setiap individu mempunyai asas untuk belajar secara kognitif(Kanuka & Anderson,1998) di mana membawa pengertian yang menepati definisi teori kognitif.Teori Konstruktivisme dapat diaplikasi di dalam kelas di setiap sekolah-sekolah di Malaysia,sebagai contoh guru yang mengajar ingin mengajar topik kolaj dalam mata pelajaran Pendidikan Seni boleh mengaplikasikan teori ini di dalam kelas dengan menerangkan bagaimana lukisan kolaj terhasil,menerangkan langkah-langkah untuk menghasilkan lukisan kolaj,menunujukkan beberapa contoh lukisan kolaj yang telah dihasilkan oleh pelukis-pelukis tempatan untuk memberi inspirasi kepada pelajar untuk lukisan kolaj yang bakal mereka hasilkan.Manakala pelajar pula dapat berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan ketika dalam proses untuk menghasilkan lukisan kolaj mereka.Mereka juga boleh bertanya kepada guru yang mengajar mengenai lukisan kolaj serta teknik-teknik yang mereka boleh gunakan ketika menghasilkan karya.Melalui proses ini pelajar dapat membina kefahaman mengenai topik kolaj yang mereka pelajari melalui pengaplikasian teori konstruktivisme di dalam kelas.Menurut Brophy(1978) strategi pengajaran terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pemusatan kepada guru,pemusatan kepada pelajar dan pemusatan kepada bahan.Pemusatan kepada guru adalah strategi pengajaran yang tertumpu kepada guru sahaja di mana guru memberi syarahan,bercerita,pengajaran secara berkumpulan.Ianya ialah pengajaran sehala yang menyebabkan murid tidak aktif dan pasif,murid tidak memberi perhatian kepada pengajaran guru,pengajaran bersifat autokratif,mementingkan pencapaian pengajaran guru dan guru tidak dapat mengukur tahap kefahaman murid.Di sebaliknya strategi pengajaran pemusatan kepada murid pula lebih melibatkan murid dalam proses pengajaran di mana murid digalakkan terlibat dengan lebih aktif dan guru menjadi pembimbing ketika proses pengajaran ini berlaku.Ini merupakan proses pengajaran dua hala.Melalui strategi ini murid akan lebih aktif dan dapat membina kefahaman secara kognitif dan lebih kritis.Contoh aplikasi strategi pengajaran pemusatan kepada murid adalah pembentangan secara berkumpulan oleh murid-murid mengikut topik yang diberikan dan sesi soal jawab antara murid dengan murid yang lain.Strategi pemusatan kepada murid ialah pengajaran dua hala dan strategi ini membuatkan murid terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan mereka dapat memberi perhatian kepada pengajaran,Pengajaran akan lebih bersifat demokratik dan mementingkan pencapaian objektif pengajaran berbanding pencapaian pengajaran seperti dalam strategi pengajaran pemusatan kepada guru.Strategi pengajaran kepada bahan pengajaran pula merupakan strategi pengajaran yang menggunakan bahan dalam mengajar dan proses pengajaran ini juga boleh berlaku tanpa kehadiran guru.Bahan ini pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran.Bahan pengajaran ialah bahan yang digunakan oleh guru untuk mengajar contohnya seperti carta,model,graf,peta,gambar,slaid,radio dan video.Manakala bahan pembelajaran pula ialah bahan yang digunakkan oleh murid untuk belajar contohnya seperti kad aktiviti,kad cantuman,lembaran kerja,bahan bercetak atau komputer.Gearheart(1989),Hawkridge dan Vincent(1992) dan Mather dan Bos(1994) sepakat mengatakan bahawa murid bermasalah pembelajaran dan tingkah laku dapat mempelajari sesuatu yang baru melalui literasi komputer.Hal ini adalah mungkin kerana paparan pada skrin komputer dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari sesuatu yang baru.Berdasarkan rancangan mengajar yang disediakan adalah lebih sesuai jika strategi pemusatan pelajar dan strategi pemusatan bahan diaplikasikan dalam proses pengajaran.Strategi-strategi ini digunakan untuk menjadikan proses pengajaran menjadi lebih menarik dan dapat memancing minat murid untuk terus belajar dan menggalakkan sifat ingin tahu murid terhadap sesuatu yang baru.Contohnya dalam proses mengajar mata pelajaran pendidikan seni pelajar boleh membuat pembentangan mengenai topik yang ingin diajar kepada rakan-rakan murid yang lain dengan menggunakan slaid,video ataupun gambar-gambar karya seni,secara tidak langsung ini dapat membangkitkan semangat murid untuk belajar dan menerokai topik yang diajar.

Bahan bantu mengajar ataupun dikenali sebagai BBM adalah bahan ataupun media yang digunakan oleh guru untuk membantu proses pengajaran.BBM yang digunakan pada masa kini adalah sesuatu yang juga diperkenalkan oleh Tait,Entwistle dan McCane(1998) iaitu Approaches to Study Inventory (ASI).Bahan bantu mengajar boleh dikelaskan kepada tiga bahagian iaitu bahan bantu mengajar bukan elektronik,bahan bantu mengajar elektronik dan bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar.Bahan bantu mengajar bukan elektronik ialah media yang digunakan tanpa menggunakan elektrik contohnya seperti papan hitam dan papan tulis,papan bulletin,fail tegak atau bahan bacaan seperti majalah,novel,surat khabar dan jurnal,gambar,kad imbasan dank ad cantuman,carta,grafik dan model tiga dimensi.Di sebaliknya bahan bantu mengajar elektronik pula adalah media yang digunakan dengan menggunakan sambungan elektrik contohnya overhead projector(OHP),transparensi OHP,pita slaid,radio,televisyen,alat rakaman,filem tayang dan komputer.Manakala bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar pula ialah terdiri daripada sesuatu yang datang dari alam semula jadi.Bahan yang bercorak pengalaman adalah seperti lakonan,pantomin,lawatan dan projek pameran.Manakala bahan sebenar pula atau juga dipanggil relia yang hadir dalam bentuk 3 dimensi dan dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu benda bukan hidup,benda buatan,tumbuh tumbuhan dan benda hidup.Berdasarkan rancangan mengajar yang telah disediakan, ketiga-tiga bahan bantu mengajar ini adalah sangat sesuai digunakan.Bahan bantu mengajar bukan elektronik yang sering digunakan dalam proses pengajaran berdasarkan rancangan mengajar ini adalah seperti papan tulis yang digunakan untuk melakar gambaran seekor burung,menulis tajuk dan alatan yang digunakan untuk menghasilkan lukisan kolaj.Selain itu gambar-gambar burung,dan patung model seekor burung turut digunakan.Manakala,bahan bantu mengajar elektronik yang digunakan ketika proses pengajaran adalah seperti komputer yang digunakan untuk menunjukkan karya-karya lukisan kolaj oleh pelukis-pelukis professional tempatan dalam bentuk slaid,radio juga digunakan untuk memainkan muzik instrumental untuk memberi inspirasi kepada murid.Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar yang digunakan dalam rancangan mengajar ini pula adalah seperti lakonan semula seekor burung dan lawatan di sekitar kelas untuk menggambil gambaran sebenar seekor burung.Selain itu,guru membawa seekor patung model seekor burung ketika menerangkan mengenai lukisan kolaj bagi membentuk seekor burung.Rancangan mengajar yang telah disediakan ialah satu rancangan mengajar untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual untuk murid tahun 3.Masa untuk kelas ini adalah diantara 11.45 tengah hari hingga 12.45 tengah hari.Bidang untuk mata pelajaran ini pula adalah dalam bidang menggambar(kolaj).Melalui aktiviti ini murid dapat membuat lukisan daripada pelbagai media seperti kertas warna,surat khabar ataupun majalah dengan menggunkan teknik kolaj.Selain itu,murid-murid juga dapat menghasilkan sebuah lukisan kolaj yang kreatif.Tajuk yang diberi untuk menjalankan tugasan ini adalah burung dan teknik yang digunakan unutk akiviti menggambar ini adalah teknik kolaj iaitu suatu teknik koyakkan,guntingan,tebukkan kertas dan tampalan tindan-tindih kertas.Terdapat beberapa keperluan yang digunakan dalam proses pengajaran ini.Keperluan ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu alatan dan bahan.Alatan yang digunakan untuk aktiviti ini ialah gunting dan penebuk kertas(puncher).Manakala,bahan yang digunakan ialah gam,majalah,surat khabar,kertas warna dan kertas lukisan.Untuk menghasilkan rancangan mengajar ini beberapa sumber rujukan telah digunakan seperti Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual Taahun3,Buku Pendidikan Seni Visual Tahun 3 dan juga Internet.Objektif modul untuk rancangan mengajar ini pula adalah guru dapat mengajar murid-murid kemahiran menggunting,mengoyak kertas dan menampal secara tindan-tindih kertas mengikut warna yang bersesuaian untuk membentuk seekor burung.Selain itu,murid-murid dapat mencari sumber rujukan dan melakar gambar burung.Objektif pengajaran dan pembelajaran pula adalah memahami konsep dan fungsi setiap aktivit yang dijalankan,membuat penyataan secara lisan tentang kerja sendiri dan rakan secara kritis dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti berkerjasama,berkeyakinan diri,ketekunan,kekemasan dan kebersihan.Proses pengajaran pula dimulakan dengan set induksi dimana guru memulakan P&P dengan menunjukkan karya-karya seni kolaj melalui slaid di komputer dan dipancarkan menggunakan LCD projector di dalam kelas selain menunujukkan sebuah hasil lukisan kolaj yang telah dihasilkan di dalam kelas.Kemudian guru menyoal murid-murid tentang teknik lukisan kolaj berdasarkan karya yang telah dipilih untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid.Di antara contoh soalan adalah seperti Bagaimana lukisan kolaj ini dihasilkan? dan Apakah teknik yang digunakan bagi menghasilkan lukisan ini?.Melalui set induksi ini murid-murid diberi peluang untuk membina kefahaman terhadap perkara yang mereka pelajari dengan menunjukkan contoh-contoh lukisan dan soal-menyoal mengenai teknik lukisan yang digunakan.Selain itu alatan-alatan elektronik dan bukan elektronik juga turut digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk menambah minat dan membantu pelajar untuk lebih memahami proses pengajaran yang berlangsung.Rancangan mengajar seterusnya diteruskan dengan langkah pertama iaitu guru menerangkan tentang definisi kolaj di mana kolaj adalah satu aktiviti guntingan,koyakkan,tebukkan kertas dan susunan tindan-tindih dan tampalan.Seterusnya,murid-murid dikehendaki menyiapkan lakaran seekor burung berdasarkan patung model seekor burung yang dibawa oleh guru ataupun lawatan singkat di kawasan sekitar kelas.Kemudian murid-murid mengoyakkan kertas warna,surat khabar,dan majalah kecil-kecil.Melalui langkah ini murid-murid mula menjalankan aktiviti dan langkah ini dapat menepati aktiviti hands on dan minds on yang bertepatan dengan teori konstruktivisme.Langkah kedua pula adalah murid-murid dikehendaki menggunting,menebuk dan mengoyakkan kertas warna,majalah ataupun surat khabar dan seterusnya menggam dan menyusun tindan-tindih cebisan-cebisan kecil kertas tersebut pada lakaran yang telah disediakan.Langkah ketiga rancangan mengajar ini pula adalah guru memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada murid-murid cara untuk menghasilkan teknik kolaj,kemudian murid dalam kumpulan menyusun koyakkan kertas mengikut warna dan bentuk burung dengan ini dapat menggalakkan murid bekerja dalam kumpulan.Murid-murid juga dikehendaki melakukan aktiviti ini dengan kemas.Langkah keempat guru meminta murid-murid lain memberi respon atau komen tentang hasil kerja rakan-rakan mereka dengan ini ianya dapat membuka ruang kepada murid-murid untuk berkongsi persepsi mereka antara satu sama lain dan ini juga dapat menggalakkan murid-murid untuk menghormati pandangan alternatif rakan mereka serta menghormati pendapat dan pandangan pelajar dan tidak memandang rendah terhadap pandangan mereka.Akhir sekali sebagai penutup rancangan mengajar ini pelajaran diakhiri dengan sesi Apresiasi dan Refleksi di mana guru membuat rumusan dan penerapan nilai-nilai murni dan seterusnya mengadakan sesi soal jawab diantara guru dan murid-murid contohnya seperti Apakah yang dimaksudkan dengan kolaj? dan Apakah nilai-nilai murni yang anda dapat dari pembelajaran hari ini?.Kesimpulannya,di antara komponen-komponen yang penting dalam menyediakan satu rancangan pelajaran yang efektif adalah teori pengajaran pembelajaran,isi pelajaran dan hasil pembelajaran,strategi pengajaran dan media atau bahan bantu pengajaran.Keempat-empat komponen ini dapat membantu guru-guru menyediakan satu proses pengajaran yang lebih sistematik dan efektif dan dapat menggalakkan murid-murid untuk membina satu kefahaman baru dan membolehkan pelajar memberi pandangan tersendiri mengenai sesuatu konsep. (2121 patah perkataan)

Disediakan oleh | shakizah said6