Laporan Pbs Semester 1

download Laporan Pbs Semester 1

of 6

description

bn nfgdvgfngfbdf

Transcript of Laporan Pbs Semester 1

REFLEKSI PBS SEMESTER 4, SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL (SJKT) LADANG SEREMBAN Laporan Hari Pertama 22 September 2014 Pada hari ini saya akan melakukan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah pilihan saya, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Seremban. Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar. Saya memilih sekolah ini kerana, ini merupakan bekas sekolah ibu saya. Sesi persekolahan bermula pada pukul 7.15 pagi dan saya tidak mahu lambat ke sekolah. Saya tiba di sekolah pada pukul 7.00 pagi. Sebaik tiba di sekolah, saya terus melapor diri di pejabat sekolah dan ketibaan saya disambut dengan baik. Saya telah pun diberikan tempat yang khas di bilik guru untuk menjalankan urusan saya. Selain itu, sambil sedang menunggu di dalam pejabat, bermacam-macam perasaan yang bermain di ruang hati saya seperti teruja, gelisah, takut, gembira dan banyak lagi. Namun pada masa yang sama saya gembira kerana dapat merasa kehidupan seorang guru. Pada pukul 8 pagi perhimpunan telah bermula dan saya bersama dengan guru-guru yang lain di sekolah tersebut telah berhimpun. Muridnya tidak ramai dalam lingkungan 90 orang sahaja manakala, gurunya ialah sebanyak 15 orang guru. Selepas berhimpun, saya ke pejabat untuk mendapatkan beberapa maklumat tentang sekolah PBS kami. Oleh yang demikian, kami berjumpa dengan guru besar, Puan A.Gracy dan Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1), Puan Saraswathy. Di sini saya dapat berkenalan dengan guru besar dan GPK 1. Program PBS ini merupakan satu peluang untuk saya untuk berjumpa semula dengan bekas guru sekolah rendah saya iaitu guru besar sekolah ini. Beliau berasa gembira dan memperkenalkan saya kepada guru-guru lain. Di sini saya dapat berkenalan dengan cikgu-cikgu dari sekolah ini yang ramah-ramah belaka. Kemudian, saya telah pun mendapatkan beberapa maklumat penting tentang sekolah ini daripada guru Matematik sekolah ini.Kemudian, saya berjumpa dengan guru panita Matematik untuk menemubual beliau bagi mendapatkan maklumat tentang tugasan PBS ketiga saya. Maklumat dan hasil temubual dengan guru tersebut telah saya rekodkan dalam borang kolabrasi. Kemudian saya ke kantin untuk makan dan dapat makan bersama-sama dengan guru-guru lain. Kemudian, saya ke perpustakaan untuk menelitikan tentang kemudahan-kemudahan yang terdapat di perpustakaan. Saya telah menangkap beberapa gambar sebagai bukti. Walaupun, sekolah ini merupakan sekolah luar bandar tetapi kemudahan asas di perpustakaan disediakan sehingga saluran ASTRO disediakan untuk murid-murid. Kemudian, apabila tiba waktu rehat untuk murid-murid tahap satu saya ke kantin untuk memerhati tindakan dan kelakuan murid-murid semasa membeli makanan. Kemudian,saya juga telah merekodkan beberapa aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid di sekolah. Kemudian, dengan bantuan seorang guru Matematik saya telah mendapat peluang untuk memerhati proses pengajaran yang di ajar oleh Puan. Anthonyammal bagi darjah 4. Saya juga berpeluang untuk melibatkan diri sebagai guru dalam proses pengajaran di mana membimbing murid-murid untuk melaksanakan latihan pengkukuhan yang diberikan oleh guru tersebut. Sementara menunggu waktu pulang saya meninjau ke sekeliling sekolah Waktu persekolahan tamat pada pukul 1.40 tengah hari dan saya pulang tepat pada pukul 2.00 petang. Laporan Hari Kedua 23 September 2014Pada hari ini saya bangun seperti biasa. Tepat 7.00 saya tiba di sekolah. Selepas menandatangani kedatangan, saya telah ke bilik guru. Pada pagi itu, saya ke padang untuk menangkap gambar sebagai bukti. Di situ saya telah memerhatikan beberapa perkara dan saya telahpun mencatakannya. Kemudian, saya telah bertemubual dengan dua orang guru dan seorang pekerja kantin. Semua maklumat yang diberikan oleh mereka telah saya rekodkan dalam borang kolabrasi. Kemudian setelah mendapatkan kebenaran guru besar, sekali lagi saya telah pergi mengelilingi sekolah untuk mengambil beberapa gambar sebagai bahan bukti. Selesai sesi pengambaran saya telah ke pejabat untuk mendapatkan kebenaran daripada GPK 1 untuk memerhati kelas yang diajar oleh beliau untuk matapelajaran Matematik tahun tiga. Setelah mendapatkan maklumat yang bersesuaian dengan tugasan saya saya telah meangkap beberapa gambar sebagai bahan bukti. Saya menandatangani buku kedatangan, di pejabat selepas sekolah habis pukul 1 25 petang.

Laporan Hari Ketiga 24 September 2014Pada hari ini saya datang sekolah seperti biasa dan ke pejabat untuk menandatangani kedatangan. Kemudian, guru Penolong Kanan meminta bantuan untuk menjalankan Program Bacaan bagi darjah tiga. Saya ke kelas dan selepas murid-murid mengucap saya meminta mereka membuka buka yang disediakan untuk program tersebut. Kemudian, selepas saya membaca mereka akan mengikuti saya dan seterusnya saya akan meminta setiap murid untuk membacakannya di hadapan kelas. Saya telah berada di kelsd tersebut bagi 30 minit dan murid-murid tersebut bekerjasama dengan saya. Mereka mematuhi setiap arahan yang diberikan kepada mereka. Saya agak gembira kerana murid-murid tersebut menghormati saya walaupun saya merupakan guru yang baru di sekolah itu dan menurut arahan yang saya berikan kepada mereka. Kemudian, saya telah menemu bual beberapa orang guru di sekolah tersebut dan semua maklumat tersebut dicatatkan dalam borang kolabrasi saya. Selepas itu, saya ke kantin untuk sarapan pagi. Kemudian saya ke bilik guru untuk meneruskan kerja PBS saya. Kemudian, saya telah menemubual GPK Hal Ehwal Murid dan semua maklumat tersebut telahpun dicatatakan. Masa telah berlalu dengan begitu cepat. Saya juga diminta untuk mengendalikan Persatuan Tunas Puteri pada waktu kokurikulum. Selepas makanan petang, saya terus ke kelas Tunas Puteri. Setelah masuk mereka memberi salam kemudian membaca persetiaan Tunas Puteri, Lagu Dunia dan persembahan setiap kumpulan. Bilangan murid agak tidak ramai tetapi masih mereka bersemangat dalam mempersembahkan sembahaan kumpulan masing-masing. Guru penasihat mereka mengajar mereka cara berjabat tangan, senyuman, serta isyarat yang terdapat dalam Tunas Puteri. Kemudian, guru meminta beberapa orang murid untuk medemonstrasikan cara-cara berjabat tangan yang diajar serta menjelaskan maksud isyarat Tunas Puteri. Kemudian, murid-murid diberikan sehelai kertas oleh guru penasihat dan menyuruh mereka untuk menguntingkannya dan tampal dalam buku log mereka. Sementara itu, guru penasihat lain telah menandatangani buku log murid-murid. Guru penasihat membimbing murid-murid dalam menampalkan gambar-gambar yang dibekalkan di dalam buku log. Kemudian pada pukul 3 30 semua murid diminta menukarkan baju mereka untuk permainan masing-masing. Antara permainan yang terdapat ialah bola jaring, bola sepak dan olahraga. Saya telah memilih permainan olahraga. Guru penasihat olahraga telah mengajar mereka terlebih dahulu teknik-teknik untuk berlari di selekoh dan juga di landasan yang lurus bagi acara 100 dan 200 meter. Kemudian, murid-murid dibenarkan ke padang dan diminta untuk berlari di selekoh dan cara membuat toros. Murid-murid telah membuat kerja amali dengan berlari sekelilingi padang sekolah scara selekoh dan di bahagian akhir membuat toros. Seterusnya, selepas semua murid diberi peluang untuk berlari murid-murid diminta ke perpustakaan. Guru memberi sedikit sebanyak maklumat mengenai sejarah olahraga 4 X 400 meter dan menyuruh murid-murid menyalin nota yang terdapat di papan putih. Laporan Hari Keempat 25 September 2014 Hari yang keempat dimulakan seperti biasa. Pada hari tersebut, GPK Kurikulum telah memberi senarai kelas yang perlu saya gantikan. Pada pagi tersebut saya ke kantin untuk makan sarapan bersama guru-guru lain. Kemudian, saya ke bilik guru untuk menyiapkan kerja PBS saya dan menemubual GPK Kurikulum bagi mendapatkan maklumat mengenai prestasi murid-murid dalam kurikulum bagi sekolah tersebut. Kemudian, apabila tiba masa 12 40 tengah hari saya telah ke kelas darjah satu bagi mengganti guru matematik kelas tersebut. Walaubagaimanapun, guru matematik tersebut sia sediakan bahan bantu mengajar dengan latihan yang harus saya mengajar murid-murid dan saya hanya menurut apa yang diminta olehnya. Setelah saya masuk murid-murid telah memberi salam dan kemudian selepas set iduksi saya telah menampalkan bahan bantu mengajar yang telah disediakan oleh guru matematik tersebut. kemudian saya mengajar murid-murid akan cara untuk mengira nombor secara menaik. Kemudian, saya meminta murid-murid untuk membuat latihan yang terdapat dalam buku latihan mereka. Akan tetapi saya tetap membimbing mereka di mana saya per satu soalan dibincangkan bersama dan setelah murid memberi jawapan yang betul baru dibenarkan murid-murid untuk menulis jawapan tersebut dalam buku latihan mereka.Saya berasa gembira kerana walaubagaimana pun terdapat murid-murid yang mengalami kesukaran dalam membuat latihan, akan tetapi pada akhir waktu mereka berjaya menyiapkannya di akhir pengajaran apabila saya cuba memimpin mereka. Ini memberikan keyakinan kepada saya bahawa saya boleh melahirkan pelajar yang cemerlang pada masa akan datang.Kemudian selepas itu, pada pukul 1 00 petang saya menyertai persatuan Bahasa Tamil bersama-sama dengan guru-guru yang lain. Guru penasihat bagi persatuan tersebut telah meminta murid-murid untuk mempersembahkan cerita, pantun dan perbahasan di hadapan kelas. Guru tersebut sedang menyediakan murid-murid untuk suatu pertandingan yang akan diadakan pada bulan depan iaitu April. Maka, selepas murid-murid mempersembahkan sembahan mereka, guru memberi komen tentang persembahan mereka. Terdapat juga murid-murid yang tidak menghafal transkrip yang diberikan maka, guru tidak dapat memberi sebarang komen atas persembahan mereka. Kemudian, pada pukul 2 15 petang saya telah menandatangani buku kehadiran di pejabat. Hari Kelima 26 September 2014 Hari ini merupakan hari terakhir saya di sekolah ini. Pada pagi saya telah masuk ke pejabat setelah menandatangani buku kehadiran dan ke tempat saya untuk menyelesaikan semua kerja saya yang tertangguh bagi PBS ini. Kemudian, saya telah menemubual seorang guru kelas bagi darjah empat bagi mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai murid-murid sekolah ini. Kemudian, saya menyelesaikan semua kerja PBS saya. Pada pukul 10 pagi saya pergi ke pejabat untuk berjumpa GPK Kurikulum bagi mendapatkan tandatangan beliau. Saya juga sempat berbual-bual dengan beliau dan beliau telah memotivasikan saya. Selepas itu, saya sambung saki-baki tugas saya yang perliu diselesaikan.Sebelum pulang saya sempat mengambil gambar guru-guru, murid dan murid saya. Saya sebenarnya sangat terharu melihat murid-murid di sini yang menghormati guru mereka. Ditambah saya telah menerima sedikit buah tangan dari seorang murid di sini walaupun saya masih baru di sekolah ini. Bersyukurlah saya, berasa sangat seronok sepanjang lima hari berada di sekolah ini. Saya juga dapat melihat sendiri ragam dan karenah murid di sekolah ini selama 5 hari ini. Akhirnya, saya berharap semua pengalaman yang saya memperolehi akan jadikan pedoman kepada saya pada masa akan datang.